sains islam

54
Sains Islam Beberapa Persoalan Berkaitan Historiografi Sains Islam

Upload: oswald

Post on 15-Jan-2016

108 views

Category:

Documents


8 download

DESCRIPTION

Sains Islam. Beberapa Persoalan Berkaitan Historiografi Sains Islam. Mukaddimah. - PowerPoint PPT Presentation

TRANSCRIPT

Page 1: Sains Islam

Sains Islam

Beberapa Persoalan Berkaitan Historiografi

Sains Islam

Page 2: Sains Islam

MukaddimahDan Dia mengajar kepada Adam

seluruh nama-nama, kemudian mengemukakan kepada para Malaikat dan berfirman; Sebutkan kepada Ku nama-nama benda itu jika kamu yang benar ! Mereka menjawab. Mahasuci Engkau, tidak kami ketahui selain apa yang telah Engkau ajarkan kepada kami; Engkau Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana (Baqarah - Lembu Surah 2: 31-32)

Page 3: Sains Islam

Mukaddimah

Bacalah dengan (menyebut) nama Tuhanmu Yang Mencipta. Dia mencipta manusia dari segumpal darah. Bacalah. Dan Tuhanmulah yang Paling Pemurah. Yang mengajar (manusia) dengan perantaraan kalam. Dia mengajar kepada kepada manusia apa yang tidak diketahui (Alaq – Segumpal Darah Surah 96: 1-5)

Page 4: Sains Islam

Mukaddimah

Tidakkah kau lihat bahawa Allah menurunkan hujan dari langit ? Dengan hujan itu Kami hasilkan buah-buahan anekaragam warnanya. Dan di antara gunung-gunung, ada jalan-jalan yang putih dan merah, yang anekaragam warnanya, dan ada pula yang hitam pekat. Demikian pula dengan manusia, binatang pemikul beban, binatang ternak ada bermacam-macam warnanya…

Page 5: Sains Islam

Mukaddimah

…Yang sungguh takut kepada Allah antara hamba-hamba-Nya hanyalah ‘ulama (orang yang berilmu). Sesungguhnya Allah Maha Perkasa, Maha Pengampun (Fatir – Pencipta Surah 35: 27-28)

Page 6: Sains Islam

Mukaddimah Apakah asal usul manusia? Apa kaitan agama dengan sains? Sains bersumberkan Al-Quran sahaja? Al-Quran

mengesahkan sains? Apakah hubungan antara alam nyata dan alam ghaib ? Bolehkan kajian mengenai Tuhan, malaikat, ruh

dilakukan melalui sains? Apakah api boleh membakar kapas kerana ia berkuasa

untuk membakar? Isu kausaliti Apakah persamaan dan berbezaan antara Sains Islam

dan Sains Moden-Sekular? Apakah masalah-masalah Sains Moden? Ketinggalan-kebangkitan Sains Islam

Page 7: Sains Islam

Persoalan HistoriografiMemahami persekitaran / alam tabiiMitos berbanding dengan Teologi tabii

(berlandas agama)Tabiat semulajadi manusia untuk

fahami-kuasai alamMenggunakan teknologi - berkuasa atas

alam tabii dengan teknologi

Page 8: Sains Islam

Falsafah Tabii

Konsepsi manusia terhad alam tabiiMetafizik dan teologi tabiiHubungan Makhluk dengan Tuhan

(Khaliq)KualitatifAsal usul, taksonomi, kedudukan ilmu (epistemologi)Falsafah sains / Kosmologi Teoritas

Page 9: Sains Islam

Falsafah Tabii

Katakanlah: Perhatikan apa yang ada di langit dan di bumi (Yunus Surah 10: 101)

Dan di bumi itu terdapat tanda-tanda (kekuasaan Allah) bagi orang-orang yang

yakin. Dan (juga) pada jiwa sendiri. Maka apakah kamu tidak memperhatikan ? (Al-Zariyat – Angin Yang Menerbangkan Surah 51: 20-21)

Page 10: Sains Islam

Sains Tabii

Huraian sistematik mengenai fenomena tabii

Kuantitatif / impirikal / pemerhatianFizik, kimia, biologi, matematik Metodologi saintifik

Page 11: Sains Islam

Sains Tabii Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan

bumi, dan bersilih bergantinya malam dan siang, terdapat tanda-tanda bagi orang yang berakal. Yaitu orang-orang yang mengingati Allah sambil berdiri atau duduk atau dalam keadaan berbaring dan mereka memikirkan penciptaan langit dan bumi (seraya berkata): “ Ya Tuhan kami, tidaklah Engkau mencipta ini dengan sia-sia, Mahasuci Engkau maka peliharalah kami dari siksa neraka.” (Ali-Imran Surah 3: 190-191)

Page 12: Sains Islam

Teknologi

Di salah tanggap sebagai sains Ilmu praktikal / teknikLatih tubi (trial error)

Page 13: Sains Islam

TeknologiTidakkah kamu perhatikan sesungguhnya

Allah telah menundukkan (kepentingan) untuk mu apa yang di langit dan di bumi dan menyempurnakan untukmu nikmat Nya lahir dan batin. Dan di antara manusia yang membantah (keesaan) Allah tanpa ilmu pengetahuan atau petunjuk dan tanpa kitab yang beri penerangan (Lukman Surah 31: 20)

Page 14: Sains Islam

Cabaran Terhadap Sains Islam

Historiografi sains semasa/barat bersifat sekular

Sains berkembang dengan biologis manusia

Manusia primitif menganggap fenomena tabii sebagai tuhan (animism / kosmologi politeisme)

Teknologi berkembang secara kebetulan / desakan semasa

Page 15: Sains Islam

Cabaran Terhadap Sains Islam

Sebenarnya Al-Quran itu adalah ayat-ayat yang nyata di dalam dada orang-orang yang diberi ilmu. Dan tidak mengingkari ayat-ayat Kami kecuali orang-orang yang zalim (Ankabut -Laba-Laba Surah 29: 49)

Mereka itulah orang-orang hatinya, pendengarannya dan penglihatanya dikunci oleh Allah dan mereka itulah orang-orang yang lalai (Nahl - Lebah Surah 16: 108)

Page 16: Sains Islam

Cabaran Terhadap Sains Islam

Historiografi Islam – Ilmu manusia bersumberkan Allah s.w.t.

Kemahiran membaca / menulis daripada Allah s.w.t (tidak terdapat pada haiwan,makluk lain)

Adam as dilengkap dengan sains dan teknologi untuk kehidupan di dunia (bukan seperti monyet / haiwan)

Manusia sebagai hamba Allah dan khalifah di dunia

Wahyu dari Allah s.w.t. kepada para anbiya

Page 17: Sains Islam

Sains Islam & Sains Sebelum Islam

Falsafah tabii, sains dan teknologi wujud sebelum al-Quran ditanzilkan

Sains Islam menyerap unsur-unsur sains purba (Yunani)

Ada pendapat bahawa sains Yunani mendapat ilham daripada para Nabi seperti Nabi Daud, Sulaiman (Sa’id Al-Andalusi).

Page 18: Sains Islam

Sains Islam & Sains Sebelum IslamDan sesungguhnya Kami telah memberi

ilmu kepada Daud dan Sulaiman; dan keduanya mengucapkan: “Segala puji bagi Allah yang melebihkan kami dari kebanyakkan hamba-hamba-Nya yang beriman.” Dan Sulaiman telah mewarisi dari Daud dan dia berkata: Hai manusia, kami telah diajari bahasa burung dan kami telah diajari segala sesuatu. Sungguhnya ini adalah suatu kurnia yang nyata (Naml - Semut Surah 27: 15-16)

Page 19: Sains Islam

Al-Quran dan Teologi Tabii Teologi tabii ialah ilmu atau huraian rasional

mengenai kewujudan dan sifat Khaliq melalui kajian ke tas fenomena alam tabii

Peranan aqal dan naql Terencat di barat akibat sekularisma (Charles

Darwin) –perubahan alam akibat dari ’survival of the fittest’ dan ‘random selection’

Dasar metafizik sains barat - menolak agama (wujud / peranan Tuhan)

Page 20: Sains Islam

Teologi Tabii (Golongan Mu’tazilah)Menggunakan kategori intelektual

dalam falsafah Yunani Cuba mempertahankan secara rasional

doktrin Islam daripada akliah Kristen / Nasrani.

Khalifah Ma’mun (bina Bait al-Hikmah) – galak pengajian sains Yunani

Page 21: Sains Islam

Teologi Tabii (Golongan Mu’tazilah)Fenomena alam tabii ikut hukum

rasional seperti yang ditentukan oleh Allah s.w.t. – tidak boleh berubah dengan sewenang-wenang / tidak rasional.

Alam tabii dan makhluk diberi

‘kebebasan’ mengikut hukum tabii.

Page 22: Sains Islam

Pengasasan Teologi Tabii Islam Al-Asy’ari (md 935) - teori atomistik Mutakallimun Atom tidak kekal – bersifat kontingen

(mungkin) Fenomena tabii (contoh api membakar) tidak

mempunyai kuasa kudrat tersendiri Tidak pernah bebas dari kudrat Ilahi Kausal tabii berpunca daripada Tuhan

Page 23: Sains Islam

Pengasasan Teologi Tabii Islam Hujah ontologikal al-Quran mengenai

hubungan konsep Tauhid (atau konsep metafizik) dengan alam tabii (fenomena tabii)

Surah al-Anbiyaa “Bahawa sekiranya Tuhan itu bukan Ahad

atau Esa dan wujudnya tuhan-tuhan lain maka seluruh alam tabii ini dan fenomenanya akan hilang keseimbangan dan menjadi kelam kabut serta hancur lebur”.

Page 24: Sains Islam

Pengasasan Teologi Tabii Islam Seimbang fikir dengan zikir (dalam agama) aqal dengan naql (dalam ilmu) Al Qur’an menggesa manusia menggunakan

akal (bertaaqul, bertafakkur, tadabbur) dalam meneliti ayat-ayat Allah yang tersurat dan tersirat di alam fenomena tabii di langit dan bumi

Kajian membawa kepada maqam-maqam kerohanian

Page 25: Sains Islam

Pengasasan Teologi Tabii Islam Alam tabii sebagai ‘buku’ Fenomena sebagai ‘ayat’ Mencari kebenaran atau ‘haq’ Al-Qur’an sebagai risalah /wahyu Kedua Al-Quran dan alam tabii mengandungi

ayat-ayat berlainan bentuk tetapi membawa simbolisme dan peringatan untuk Pengasasan Teologi Tabii Islam kepada manusia.

Page 26: Sains Islam

Pengasasan Teologi Tabii IslamAl-Quran menyebutkan agar manusia

dan alam tabii menyerah kepada Allah swt melalui syariat Islam.

Harmoni antara manusia (roh) dengan alam badan/jasad (mikro) dan alam tabii (makro)

Manusia dapat laksana amanah sebagai khalifah Allah s.w.t.

Page 27: Sains Islam

Pengasasan Teologi Tabii Islam

Dan Allah mengeluarkan kamu dari perut ibumu dalam keadaan tidak mengetahui sesuatu apapun, dan Dia memberi kamu pendengaran, penglihatan dan intelek agar kamu bersyukur (Nahl - Lebah Surah 16: 78)

Page 28: Sains Islam

Kesimpulan Historiografi sains Islam adalah teosentrik

(berpaksi agama) Tiada kontradiksi antara teologi dengan

kajian rasional alam tabii / fenomena Mengambil manusia sebagai khalifah Mengambil tasawuur al-Din Islam dengan

menyeluruh. Metafizik sebagai asas kepada teori atau

konsep sains

Page 29: Sains Islam

Kebangkitan Sains IslamKefahaman yang mendalam mengenai

sejarah dan falsafah sains; khususnya seperti yang wujud dalam zaman kegemilangan Islam

Penyerapan sains dan teknologi barat ini harus dilakukan secara kritis dan memilih.

Page 30: Sains Islam

Sains Yunani Dalam Pembentukan Budaya Sains

Page 31: Sains Islam

Persoalan Bolehkah kita terima ilmu sains dari pelbagai

sumber selain dari umat Islam sendiri ? Bolehkah kita terima Sains Moden ? Adakah

kita akan mundur jika kita menolak sains moden ?

Bagaimana Sains Moden dapat disesuaikan untuk umat Islam

Bagaimana sains Islam boleh dibangunkan

Page 32: Sains Islam

Mukaddimah

Sains bermula lebih awal dari tamaddun Yunani

Lembah Nil, Mesopotamia dan IndusMembuat api, tembikar dan logamPenciptaan abjad, huruf dan perkataanDitanzil oleh Al-Quran melalui para nabi

dan kitab

Page 33: Sains Islam

Falsafah Sains Sebelum Al-Quran (Sains Purba)

Bersifat impirikal tanpa teori (matematik dan perubatan Mesir)

Bersifat sosial dan praktikal ( astronomi untuk takwim dan geometri untuk pembinaan)

Terikat kepada unsur-unsur agama dan mitos

Page 34: Sains Islam

Sains YunaniMaklumat mengenai sains Yunani

melalui kajian sejarawan Islam klasikal dan latin

Pra-Soktarik (600-400 SM)Plato dan Aristotle (400 SM)Hellenistik (300-100 SM)

Page 35: Sains Islam

Sains YunaniDari Sains purba MesirMitos Olympia Budaya rasionalDiketepi oleh budaya Kristen yang

bersifat mistikal atau kebatinanBertembung dengan sains Islam dan

berlaku penyerapan

Page 36: Sains Islam

Sains YunaniBudaya intelektual Yunani – spekulasi

abstrak dari konkritMetodologi sains – berfikir dan berhujah

secara sistematis atau logikLogik merupakan antara sumbangan

terbesar sains Yunani kepada sains Islam.

Page 37: Sains Islam

Sains Yunani Logik Induktif – dari data spesifik

menjadi rumusan amLogik deduktif – data am menjadi

rumusan khusus/spesifikLogik intipati bagi metodologi sains

YunaniSokratis dan Plato – logik deduktif

Page 38: Sains Islam

Kelemahan kaedah logik deduktif Yunani Mementing kaedah spekulasi abstrak

berbanding dengan kajian impirikal Kelemahan kaitan hujah dengan dalil

pengalaman impirikal Kecuali kajian biologi Aristotle Kelemahan dibaiki oleh metodologi Islam Metodologi Islam menggunakan kaedah logik

induktif (contoh experimen Ibn Haytham berkaitan fizik dan optik)

Page 39: Sains Islam

Pertembungan Intelektual Islam dan Yunani

Berlaku di Mesir dan Palestin Iskandar Zulkarnain (Alexander the

Great) – 400 SM Iskandariah di Mesir tumpuan

cendiakawan Iskandariah jatuh kepada Islam pada

641 Masehi (‘Amr bin Al-’As)

Page 40: Sains Islam

Pertemuan Intelektual Islam dan Yunani Iskandariah terus sebagai pusat ilmu dan

perpustakaan Iran, Iraq dan Syria Islam menjaga dan mewaris tamadun awal

khusus dalam segi ilmu Penterjemahan pelbagai bahan oleh bukan

Islam ke bahasa Arab /Al-Quran. Tahanan / hamba menebus diri dengan

mengajar ilmu.

Page 41: Sains Islam

Tahap Pertemuan 1Zaman bani Umayyah (661-750

Masehi)Dari bangsa yang dijajahSekitar ilmu Yunani (perubatan,

astronomi, alkimia, falsafah)Zaman Abbasiyah (Khalifah Ma’mun)

meneruskan usaha terjemahan Yunani dan juga tamadun Hindi

Page 42: Sains Islam

Tahap Pertemuan 1 Khalifah al-Mansur mengundang

cendiakawan Nasrani untuk berkhidmat di istana

Jurjis ibn Jibr’il ( Nasrani Nestoria) dilantik sebagai tabib istana

Harun al-Rashid (anak Ma’mun) 786-809 mendirikan perpustakaan awam

Al-Makmun (anak Harun al-Rashid) 813-833 menubuhkan Bait al-Hikmah

Page 43: Sains Islam

Hunayn : Tokoh Penterjemah Awal Terkenal sebagai penterjemah yang sangat

cermat dan cekap Terjemah buku Galen (perubatan, falsafah

Plato), Aristotle. Terjemahan langsung ke bahasa Arab (untuk

falsafah) atau ke bahasa Syriac ( perubatan, astronomi) kemudian ke bahasa Arab.

Ketua kumpulan penterjemah di Bait al-Hikmah

Page 44: Sains Islam

Teknologi Kertas, Dakwat dan Qalam Kerja penterjemahan lebih mudah dengan

teknologi membuat kertas dan dakwat Dibawa dari Cina dari Samarkand (kilang mengeluar kertas di Timur) Teknologi buat kertas Cina diserap dan

diubahsuai Teknologi dakwat dari Mesir Kertas menolong membangun semangat iqra

di kalangan orang Islam

Page 45: Sains Islam

Tahap Terjemahan Tidak Pasif Peranan aktif dalam penterjemahan oleh

umat Islam Kaedah terjemahan ( Syriac / Latin) sebelum

Islam banyak silap / lemah Tiada institusi terjemahan dan tiada sistem

teratur seperti dalam zaman Khalifah. Ketelitian dan komitmen ‘kebenaran’ dalam

ilmu pengetahuan merupakan sumbangan budaya ilmu Islam yang penting.

Page 46: Sains Islam

Peranan al-Quran dalam Penyerapan Sains Asing

Al-Quran sebagai pengesah dan peringatan risalah kitab-kitab terdahulu

Iktiraf ilmu sains dari tamadun awal tidak bertentang dengan risalah al-Quran.

Tetapi sains purba juga terdedah kepada pencemaran dan kebatilan

Page 47: Sains Islam

Peranan al-Quran dalam Penyerapan Sains Asing Al-Quran sebagai asas pembeza, penapis

dan pengesah antara haq’ dan batil. Sains –samada kaedah ataupun fakta – dari

tamadun awal diambil atau diperbetul atau ditolak sama sekali menurut kriteria dan semangat al-Quran

Peranan al-Quran dalam Penyerapan Sains Asing

Al-Quran bukan kitab sains (fizik, matematik atau biologi)

Page 48: Sains Islam

Peranan al-Quran dalam Penyerapan Sains Asing

Al-Quran sebagai asas pembeza, penapis dan pengesah antara haq’ dan batil.

Sains –samada kaedah ataupun fakta – dari tamadun awal diambil atau diperbetul atau ditolak sama sekali menurut kriteria dan semangat al-Quran

Page 49: Sains Islam

Peranan al-Quran dalam Penyerapan Sains Asing Al-Quran bukan kitab sains (fizik, matematik

atau biologi) walaupun ia mempunyai ayat-ayat yang boleh dikaitkan dengan bidang-bidang tersebut.

Kepentingan Al-Quran ialah memberi panduan asas, khusus dalam konteks kaedah

Mengasaskan metologi sains Islam yang mementingkan cerapan yang teliti, kaedah ulang kaji dan kesahan fakta.

Page 50: Sains Islam

Peranan al-Quran dalam Penyerapan Sains Asing Panduan al-Quran yang terpenting dalam

sains ialah struktur dan asas metafizik sains Aspek metafizik yang kerap berlaku

penyelewengan Metafizik merupakan aspek yang paling sukar

hendak dikesan dan diperbetulkan berbanding dengan fakta impirikal

Hampir semua sains / falsafah tabii awal termasuk Yunani, Cina, Hindi, Parsi pada asasnya adalah dalam kerangka kesatuan tabii (tetapi telah berlaku penyelewengan).

Page 51: Sains Islam

Bidang-bidang Sains Asing yang diserap oleh Sains Islam Diserap hanya jika sesuai dengan jiwa Islam Yunani (logik dan falsafah tabii), Rumawi

(teknologi abakus, materia medica), Nasrani (leksikografi, teknik terjemahan), Hindi

(matematik dan konsep nombor), Cina kertas kimia), Parsi( fakta cerapan dan astronomi).

Bukan setakat dari Yunani seperti pandangan sarjana barat.

Kota Iskandariah (Yunani), Kota Jundishapur (Yunani, Parsi, Hindi)

Page 52: Sains Islam

KesimpulanTerdapat pertemuan antara pelbagai

budaya fikir asing dengan Islam Budaya fikir Yunani mempunyai kesan

yang mendalam terhadap sains IslamPengumpulan manuskripPenubuhan institusi Bait al-HikmahSokongan peribadi khalifah/pemerintahTeknologi kertas dan dakwat

Page 53: Sains Islam

Kesimpulan Sains Islam memilih dalam penyerapan sains

asing. Islam menolak dengan tegas sebarang unsur

teologi dan metafizik politeisme (syirik) yang wujud dalam budaya fikir tamadun-tamadun tersebut.

Kesejagatan sains Islam dalam mengintegrasi unsur-unsur yang sesuai daripada sains tamadun-tamadun awal

Page 54: Sains Islam

KesimpulanKejayaan aktiviti ini telah menghasilkan

buat pertama kali dalam sejarah intelektual manusia, satu keadaan di mana ilmu daripada pelbagai tamadun yang terpisah dari segi sejarah, bahasa dan geografi disatukan dalam kesejagatan ilmu, bahasa dan kerangka ilmiah Islam – sebagaimana yang digariskan oleh al-Quran