sains dan teknologi dalam islam

22
1.1 Konsep sains dan teknologi Islam 1.2 Kepentingan sains dan teknologi Islam 1.3 Peranan sains dan teknologi dalam Islam 1.4 Kesan pengabaian sains dan teknologi dalam Islam

Upload: redz00

Post on 05-Jul-2015

11.721 views

Category:

Documents


24 download

TRANSCRIPT

Page 1: Sains Dan Teknologi Dalam Islam

1.1 Konsep sains dan teknologi Islam1.2 Kepentingan sains dan teknologi Islam1.3 Peranan sains dan teknologi dalam Islam1.4 Kesan pengabaian sains dan teknologi

dalam Islam

Page 2: Sains Dan Teknologi Dalam Islam

PENDAHULUAN

Sains dan teknologi Islam adalah ilmu yang tidak dapat dipisahkan daripada agama. Sains transmisi dan sains intelek kedua-duanya bersumberkan wahyu. Sains dan teknologi dalam Islam bertujuan memberi kemudahan kepada manusia sejagat. Bidang sains dalam Islam merupakan tuntutan fardu kifayah yang mana ianya memberi sumbangan besar dalam kesempurnaan aspek fardu ‘ain umat Islam.

Page 3: Sains Dan Teknologi Dalam Islam

KONSEP SAINS DAN TEKNOLOGI DALAM ISLAM

Maksud sains

Secara etimologi istilah sains berasal daripada bahasa Latin iaitu scio, scire atau scientia yang bermaksud tahu (Ramli Awang, 2003:42; Endang Saifuddin Ansari, 1982:43)

Kamus Dewan mendefinisikan sains sebagai cabang ilmu pengetahuan yang berdasarkan kepada kebendaan atau kenyataan semata-mata (sprt. kimia, fizik, biologi dll)

Menurut Sulaiman Nordin, sains adalah ilmu yang tersusun dan teratur berkaitan dengan kajian-kajian terhadap fenomena-fenomena di alam tabii melalui kaedah yang berobjektif, kajian bereksperimen dan cerapan bagi menghasilkan prinsip-prinsip yang boleh dipercayai serta boleh diuji kebenara nnya.

Page 4: Sains Dan Teknologi Dalam Islam

KONSEP SAINS DAN TEKNOLOGI DALAM ISLAM

Sains dalam Islam

Sains yang bersumberkan wahyu dan akal

Metodologi saintifik;o empiris (eksperimen, ujikaji,

pemerhatian, dll)o non empiris ( doa, ilham, intuisi ) Skop kajiano Alam fizik yang mempunyai

hubungan dengan metafiziko Alam tabii – sifat tabii alam dan

interaksinya dengan persekitaran Hubungan dengan agama di mana

prinsip sains selari dengan ajaran dan konsep dalam Islam serta meliputi pelbagai disiplin ilmu

Page 5: Sains Dan Teknologi Dalam Islam

KONSEP SAINS DAN TEKNOLOGI DALAM ISLAM

Maksud teknologiDari segi bahasa ianya berasal daripada bahasa Yunani iaitu techne yang bermaksud seni atau kerja tangan dan logos bermaksud wacana atau kata-kata sistematis (teori).Dari segi istilah ianya bermaksud ilmu pengetahuan dan tindakan bersistem. Biasanya teknologi dikaitkan dengan proses industri. Teknologi juga bermaksud kegiatan berkaitan dengan sains kejuruteraan.

Page 6: Sains Dan Teknologi Dalam Islam

KONSEP SAINS DAN TEKNOLOGI DALAM ISLAM

Teknologi dalam Islam* Istilah diperkenalkan ialah sina’ah atau ilmu gunaan.* Pengetahuan yang berhubung dengan ilmu teknik menggunakan pengetahuan sains.

* Tujuan teknologi dalam Islam adalah untukmemberi kemudahan dan kemakmuran kepada manusia. * Teknologi dalam Islam menerima teknologi yang memberi manfaat sahaja tanpa ada unsur kerosakan (surah ar-Rum;41) * Teknologi yang tidak terkeluar daripada etika serta

prinsip dasar Islam

Page 7: Sains Dan Teknologi Dalam Islam

KONSEP SAINS DAN TEKNOLOGI DALAM ISLAM

Kedudukan Sains dan Teknologi dalam Islam# Sains yang dirujuk sebagai sciences dalam bahasa

Inggeris dan al-ulum dalam bahasa Arab merangkumi bidang ilmu yang bersumberkan wahyu dan intelek manusia. Sains dengan maksud ilmu dalam sistem pendidikan Islam merangkumi bidang ilmu yang dinamakan sebagai sains transmisi dan juga sains intelek. Oleh itu skop sains dalam pendidikan Islam amat luas

Page 8: Sains Dan Teknologi Dalam Islam

. # Kefarduan sains dalam Islam merangkumi dua kefar- duan iaitu fardu ain (sains transmisi) dan fardu kifa- yah (sains intelek) # Sains dalam pengertian dan sistem pendidikan hari ini hanya dirujuk kepada satu bidang ilmu sahaja iaitu sains intelek. Justeru kita dapati sains dalam pendidikan moden sangat sempit iaitu sejauh yang terjangkau oleh indera manusia sahaja (sains intelek sahaja) # Sains dan teknologi dalam Islam bertujuan memberi kemudahan kepada manusia sejagat. Bidang sains fardu kifayah memberi sumbangan besar dalam menyempurnakan sains fardu ain

Page 9: Sains Dan Teknologi Dalam Islam

CIRI-CIRI SAINS ISLAM

1) KeagamaanSains dalam Islam ialah sains yang bersifat keagamaan kerana;- Menerima wahyu sebagai sumber ilmu- Sains bersifat rabbani apabila menghubungkan Pencipta dalam aktiviti S & T- Sains sebagai cara untuk mengabdikan diri kepada Allah SWT- Terikat dengan batas-batas hukum dan etika Islam- Salah satu kaedah penyaksian terhadap kebesaran

Allah SWT

Page 10: Sains Dan Teknologi Dalam Islam

CIRI-CIRI SAINS ISLAM2) Saintifik

Sains Islam dilakukan secara berobjektif, bersifat rasional, melalui ujikaji dan dilakukan sintesis iaitu menerima unsur-unsur pelbagai budaya dan bangsake dalam sains Islam dan disaring mengikut acuanIslam dan menerima yang tidak bertentangan dengan nilai-nilai Islam

Page 11: Sains Dan Teknologi Dalam Islam

CIRI-CIRI SAINS ISLAM3) Universal

Sains Islam bersifat universal kerana ia dihasilkan oleh muslim dan non muslim. Penglibatan penyumbang sains Islam adalah sejagat melibatkan pelbagai bangsa, budaya dan lokasi. Penghasilan karya sains juga adalah universal atau sejagat kerana penulisan sains daripada kalangan muslim dan juga tamadun lain.

Page 12: Sains Dan Teknologi Dalam Islam

CIRI-CIRI SAINS ISLAM

4) Sepadu Sains Islam bersifat sepadu kerana tidak memisahkan antara cabang-cabang ilmu serta kajiannya bersifat menyeluruh. Malahan kajian alam fizik tidak terpisah daripada metafizik di mana mengkaji alam tabii adalah mengkaji sifat Allah SWT. Sains Islam juga sepadu dari segi kefarduan dalam menuntut dan melaksanakannya iaitu fardu ain dan fardu kifayah.

Page 13: Sains Dan Teknologi Dalam Islam

CIRI-CIRI SAINS ISLAM

5) HarmoniTidak terdapat percanggahan antara sains dan agama.Kajian menuju kepada matlamat yang sama iaitu pengabdian diri kepada Allah SWT.

Page 14: Sains Dan Teknologi Dalam Islam

KEPENTINGAN SAINS DAN TEKNOLOGI DALAM ISLAM

Page 15: Sains Dan Teknologi Dalam Islam

KEPENTINGAN SAINS DAN TEKNOLOGI DALAM ISLAM

Page 16: Sains Dan Teknologi Dalam Islam

KEPENTINGAN SAINS DAN TEKNOLOGI DALAM ISLAM

Page 17: Sains Dan Teknologi Dalam Islam

Peranan S&T dalam IslamMembantu manusia mengenali Allah SWT

sebagai Pencipta alam tabii- Alam tabii sebagai kitab terbuka (maftuhah) Allah SWT. Kajian sains yang berpandukan wahyu akan mengarahkan manusia kepada tanda-tanda kebesaran Allah SWT. Penjelasan mengenai kosmologi terkandung dalam kitab yang dibaca iaitu al-Quran. Kewujudan alam merupakan satu tanda kewujudan dan kebesaran Pencipta. Ali ‘Imran (3) : 190-190

Page 18: Sains Dan Teknologi Dalam Islam

ب� ـ� ب� ل� ب� ل� ٱ ب�ى و� أ� ل� �� ت ـ� ب� ب� ب� ب� ب�ا �� ب ب�ٱ� �ب �ل �� ب ٱ �ب ـ� ب� ب ل! ب�ٱ ب" ل� ب� ل� ب�ٱ ب# ب%ٲ ـ� ب& ب�' ٱ� ب) ل� ب! ب(ى ب�* 01+ ١٩٠ب,+ ت أ%2 أ3 ب� 1&ا ت ـ� �ب ب3 ب4 �� ب ٱ� ب* أ�5 أ6 ل7 ب� ب8 ب�7 �� ب ٱ ب� ��ا ب ب9 ٱ� ب7+ ب: ب�ا ب; ب( ب> ب� ـ� ب= أ<ل� ?1 ت بAل ـ� Bب ب7+ ـ� Cب ب� ل; ب� ب! بDا ب�ا B� ب ب� ب" ل� ب� ل� ب�ٱ ب# ب%ٲ ـ� ب& ب�' ب) ٱ� ل� ب! ب(ى ب* أ�5 Eب� Fب ب ب� ب� Gل Hب Bب أ�% Iأ ـى ب� ب: ١٩١ب�

Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi dan pada pertukaran malam dan siang, ada tanda-tanda (kekuasaan, kebijaksanaan dan keluasan rahmat Allah) bagi orang-orang yang berakal. (190) (Iaitu) orang-orang yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri dan duduk dan semasa mereka berbaring mengiring dan mereka pula memikirkan tentang kejadian langit dan bumi (sambil berkata): Wahai Tuhan kami! Tidaklah Engkau menjadikan benda-benda ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari azab Neraka. (191)

Page 19: Sains Dan Teknologi Dalam Islam

Membantu manusia mentauhidkan Allah SWT.- Bukti keesaan Allah SWT boleh dilihat melalui kajian alam tabii

i. Pencipta alam adalah Yang Maha Esa

�ان� ف� � ك ش� ع�ما ل�ل ع� ب� ه� ر� لل �ن� ـ ح� � ف�س� د�ت �ف�س� ه� ل لل �ال �ه�ة� إ م�ا ء�ال ل�ي Jل ٱ ٱ ل9 K‌+ ٱ Mب�ص�ف�ون� يKalau ada di langit dan di bumi tuhan-tuhan yang lain dari Allah, nescaya rosaklah pentadbiran kedua-duanya. Maka (bertauhidlah kamu kepada Allah dengan menegaskan): Maha Suci Allah, Tuhan yang mempunyai Arasy, dari

apa yang mereka sifatkan. (22) ii. Alam tunduk di bawah satu sistem dan peraturan

� ا و�ك لن �ق� اب ل� س� ل ق�م�ر� و�ال� ر�ك� � �ن ت �ه�ا أ �غ�ى ل ب � س� ي لش J�Nال� ت K ب�‌ Mب ٱ Oل ٱ Jل ٱ ل0 ن* Qل ٱ�ح�ون� ب � � ي لRف�ى ف�ل S� ت(Dengan ketentuan yang demikian), matahari tidak mudah baginya mengejar bulan, dan malam pula tidak dapat mendahului siang; kerana tiap-tiap satunya beredar terapung-apung di tempat edarannya masing-masing. (40)

Page 20: Sains Dan Teknologi Dalam Islam

Membantu manusia memenuhi keperluan material-Memenuhi keperluan asasi seperti makanan, pakaian, tempat tinggal, pendidikan, perubatan dan sebagainya memerlukan manusia menguasai ilmu sains dan teknologi.

Membantu dalam pelaksanaan syariat-Kajian sains dan teknologi dalam Islam didorong oleh kepentingan dalam syariat. Kepentingan untuk mengatur beberapa hubungan iaitu hubungan manusia dengan Allah SWT, hubungan manusia dengan manusia serta hubungan manusia dengan alam.

Page 21: Sains Dan Teknologi Dalam Islam

Kesan Pengabaian Sains dan TeknologiKe atas Umat IslamAntara kesan-kesan negatif pengabaiannya ialahi. Sosial – umat Islam ketinggalan daripada bangsa lain di dunia

dan maruah umat Islam akan jatuh. Umat Islam juga terdedah kepada pelbagai teknologi Barat yang meruntuhkan akhlak. Contohnya teknologi internet yang memudahkan penularan masuk budaya asing khususnya Barat yang tidak sihat.

ii. Ekonomi – umat Islam sentiasa bergantung kepada kuasa asing dan berlakunya penguasaan teknologi oleh bukan Islam. Umat Islam menjadi kelompok pengguna yang perlu bergantung kepada bangsa lain.

iii.Politik – berlakunya penjajahan ke atas umat Islam dan negara mereka akibat tidak mampu memperkuatkan sistem pertahanan. Umat Islam akan dijajah dan ditindas dalam pelbagai bentuk dan akibatnya mereka dipandang hina oleh negara kuasa besar.

Page 22: Sains Dan Teknologi Dalam Islam

Kesan Pengabaian Sains dan TeknologiKe atas Umat Islam

i. Pendidikan – sains diajar terpisah daripada nilai agama kerana sistem pendidikan yang dilaksanakan berasaskan sistem dualisme

ii. Teknologi – umat Islam bergantung kepaada teknologi Barat yang kadang kala menimbulkan masalah kepada umat Islam. Ketinggian teknologi banyak memberi keuntungan kepada pemiliknya terutama Barat.