sscf crew - sains teknologi dan manusia - bab 04 teknologi islam

27
BAB 4 TEKNOLOGI & ISLAM

Upload: sscfcrew

Post on 23-Jul-2015

128 views

Category:

Education


6 download

TRANSCRIPT

Page 1: SSCF Crew - sains teknologi dan manusia - Bab 04 teknologi islam

BAB 4

TEKNOLOGI & ISLAM

Page 2: SSCF Crew - sains teknologi dan manusia - Bab 04 teknologi islam

KONSEP TEKNOLOGI

• Ajaran Islam tidak menegah manusia daripada melaksanakan kegiatan sains dan teknologi. Perkara ini telah dibincang, dibahas, dan disepakati oleh ulama dan saintis Muslim.

• Bukti-bukti daripada nas al-Quran juga menunjukkan tiada halangan bagi manusia untuk menimba ilmu pengetahuan dan mengaplikasikan ilmu-ilmu sains, bahkan ia digalakkan malah hukum mengembang dan mengaplikasikan sains untuk kemaslahatan umat manusia adalah fardhu kifayah.

Page 3: SSCF Crew - sains teknologi dan manusia - Bab 04 teknologi islam

Teknologi Menurut Istilah• Teknologi sering digunakan bersama-sama dengan istilah sains dan

ada pula yang menganggapnya sinomin dengan sains. Sebenarnya anggapan tersebut tidak begitu tepat, sebaliknya makna teknologi yang lebih tepat dapat difahami dengan merujuk kepada etimologinya (Hairudin Harun, 1992).

• Dari sudut bahasa, teknologi berasal daripada bahasa Yunani ‘Techne’ bermaksud seni atau kerja tangan dan ‘Logos’ bermaksud wacana atau kata-kata sistematis. Oleh itu, teknologi merupakan satu ilmu yang lebih bersifat praktikal berbanding ilmu sains yang lebih bersifat teorikal.

• Dari segi istilah, teknologi ditakrifkan sebagai ilmu pengetahuan dan tindakan yang bersistem, biasanya dikaitkan dengan proses industri tetapi juga digunakan dengan mana-mana kegiatan dan berkait rapat dengan sains kejuruteraan.

Page 4: SSCF Crew - sains teknologi dan manusia - Bab 04 teknologi islam

SAINS & TEKNOLOGI DALAM SEJARAH ISLAM

• Kalimah Arab yang bertepatan dengan istilah teknologi ialah sina’ah yang bererti ilmu gunaan.

• Dalam menghuraikan maksud kalimah sina’ah, al-Jurjani menyatakan bahawa “ilmu yang tiada kaitan dengan aktiviti (praktikal), dipupuk untuk tujuannya yang tersendiri maka dipanggil ilm, dan jika ia tiada kaitan dengan sesuatu aktiviti (praktikal) dan dipupuk oleh sebab aktiviti itu maka ia dipanggil sina’ah.

• Kesimpulannya, ilmu teknologi ialah ilmu praktis atau teknik yang membolehkan manusia membuat sesuatu perubahan kepada alam tabii.

Page 5: SSCF Crew - sains teknologi dan manusia - Bab 04 teknologi islam

DEFINISI TEKNOLOGI

• Teknologi ialah penggunaan pengetahuan yang umum kepada ‘sains perusahaan’ (Fowler dan Fowler, 1964), alat-alat termasuk jentera, alat-alat intelektual seperti bahasa komputer dan teknik analisis dan yang memakai ilmu matematik (Mesthene, 1971), penerapan yang teratur terhadap sains atau pengetahuan yang tersusun bagi tugas-tugas secara praktis (Galbraith, 1974).

• Menurut Sardar (1977), teknologi lebih merupakan suatu kesan sosial daripada satu takrifan, yang mana semakin dekat kita kepada kesan tersebut, maka semakin sukar bagi kita untuk memberikan takrifan baginya.

Page 6: SSCF Crew - sains teknologi dan manusia - Bab 04 teknologi islam

Sambungan …

• Dickson (1974), menyatakan bahawa penggunaan perkataan teknologi telah digunakan dalam pengertian sosial yang lebih luas dengan cara yang menunjukkan hubungan antara bahasa, perkataan dan pengucapan.

• Sidik Baba (1997) pula mendefinisikan teknologi sebagai suatu aspek penghasilan sains yang sifatnya memudahkan sesuatu. Sekiranya ia dihasilkan dengan niat yang baik dan digunakan dengan betul maka ia boleh mensejahterakan hidup manusia.

Page 7: SSCF Crew - sains teknologi dan manusia - Bab 04 teknologi islam

ISLAM & TEKNOLOGI

• Islam tidak menolak sebarang bentuk teknologi danapa juga bentuk kemodenan selagi tidak bercanggahdengan ajarannya.

• Al-Quran memberitakan bahawa manusia adalahkhalifah di atas muka bumi dan Allah menempatkanposisi alam ini untuk digunakan oleh manusia denganusaha-usahanya yang baik.

• Firman Allah (al-Baqarah 2: 29) yang bermaksud:

“Allah yang menjadikan semua yang ada di bumiuntuk kamu (manusia).”

Page 8: SSCF Crew - sains teknologi dan manusia - Bab 04 teknologi islam

SEJARAH TEKNOLOGI

• Kepesatan pembangunan sains dan teknologi telah memudahkan kehidupan manusia. Justeru, usaha-usaha mempergiatkan aktiviti sains dan teknologi semakin hari semakin mendapat sambutan di seluruh dunia.

• Dalam hal ini, perkembangan teknologi dapat dikategorikan kepada tiga peringkat, iaitu fasa pra-revolusi, fasa revolusi teknologi pertama, dan fasa revolusi teknologi kedua.

Page 9: SSCF Crew - sains teknologi dan manusia - Bab 04 teknologi islam

FASA PERKEMBANGAN TEKNOLOGI

fasa pra-revolusi

Fasa1

fasarevolusi

teknologipertama

Fasa2

fasarevolusi

teknologikedua

Fasa3

Page 10: SSCF Crew - sains teknologi dan manusia - Bab 04 teknologi islam

FASA PRA-REVOLUSI TEKNOLOGI• Bermula dengan berkembangnya pemikiran manusia untuk mencari

jalan penyelesaian kepada masalah asas dalam kehidupan.

• Manusia berusaha mencari idea untuk memperoleh makanan dengan menggunakan bongkah batu sebagai alat. Contohnya, manusia pada zaman ini menggunakan batu untuk memecahkan cengkerang siput dan buah yang keras. Batu yang kecil diasah untuk mendapatkan ketajaman dan digunakan sebagai alat untuk memotong daging binatang buruan dan mempertahankan diri daripada musuh.

• Menggunakan api yang dihasilkan dengan cara melagakan batu untuk membolehkan mereka membakar makanan, memanaskan badan dan menghalau binatang-binatang buas.

Page 11: SSCF Crew - sains teknologi dan manusia - Bab 04 teknologi islam

Sambungan …• Menggunakan api yang dihasilkan dengan cara melagakan batu untuk

membolehkan mereka membakar makanan, memanaskan badan dan menghalau binatang-binatang buas.

• Komunikasi jarak jauh antara manusia pada zaman tersebut adalah dengan menggunakan api dan asap.

• Fasa ini juga memperlihatkan daya kreativiti manusia yang mampu membina piramid dengan menyusun atur bongkah-bongkah batu besar yang digerakkan dengan menggunakan kayu bulat. Selaras dengan perkembangan masa, idea ini telah dikembangkan sehingga terciptalah roda.

• Manusia pada fasa ini juga merupakan pencetus kepada teknologi pembuatan seperti anyaman dan kraftangan yang ringkas.

Page 12: SSCF Crew - sains teknologi dan manusia - Bab 04 teknologi islam

FASA REVOLUSI TEKNOLOGI PERTAMA• Daya pemikiran dan kreativiti manusia semakin berkembang.

• Manusia mula menggunakan barangan yang statik untuk mendapatkan suatu hasil baru yang lebih bermanfaat. Dengan menggabungkan beberapa komponen, manusia berupaya mencipta kereta, mesin, telefon dan sebagainya. Ini menuntut manusia pada zaman ini untuk berusaha menyesuaikan diri dengan mesin yang dicipta agar manfaat yang maksimum dapat diperolehi.

• Bidang pembinaan mula mendapat perhatian sehingga pada tahun 1884 terbinanya bangunan pencakar langit pertama di Chicago yang dikenali sebagai Home Insurance Building yang dibina dengan menggunakan kerangka logam kalis api dengan ukuran ketinggiannya 55 meter (pada tahun 1931 ia terpaksa dirobohkan).

Page 13: SSCF Crew - sains teknologi dan manusia - Bab 04 teknologi islam

FASA REVOLUSI TEKNOLOGI KEDUA• Memperlihatkan kepelbagaian penemuan baru yang lebih

moden dan canggih.

• Manusia zaman ini sudah berupaya mencipta berbagai jenis mesin serta sistem yang lebih kompleks dengan hasil yang lebih baik untuk tujuan peningkatan kualiti hidup manusia.

• Namun, kecanggihan teknologi yang semakin hebat itu perlu dikendalikan dengan cara yang baik agar matlamat penciptaan teknologi sebagai alat untuk kemudahan manusia tidak menyebabkan manusia menjadi hamba kepada teknologi.

• Justeru, elemen kerohanian sepatutnya diperkasakan selaras dengan perkembangan teknologi.

Page 14: SSCF Crew - sains teknologi dan manusia - Bab 04 teknologi islam

PRINSIP TEKNOLOGI DALAM ISLAM

• Kelangsungan teknologi dalam Islam menjurus kepada asas-asas nilai, konsep dan prinsip-prinsip yang bersifat sejagat, tetap, dan menyeluruh yang terkandung dalam ajaran Islam.

• Prinsip teknologi dalam Islam merangkumi konsep tauhid, khilafah, ibadah, halal dan haram, adil dan zalim, istislah (kepentingan awam) dan dhiya’(pembaziran).

Page 15: SSCF Crew - sains teknologi dan manusia - Bab 04 teknologi islam

PRINSIP TEKNOLOGI

DALAM ISLAM

TAUHID

KHILAFAH

IBADAH

HALAL DAN HARAM

ADIL DAN ZALIM,

ISTISLAH(KEPENTINGAN

AWAM) DAN DHIYA’

(PEMBAZIRAN)

Page 16: SSCF Crew - sains teknologi dan manusia - Bab 04 teknologi islam

1) PRINSIP TAUHID• Konsep ketauhidan meletakkan manusia sebagai hamba yang

bertanggungjawab melaksanakan segala suruhan dan meninggalkan segala larangan Allah S.W.T dengan meyakini sepenuh hati bahawa tiada tuhan selain Allah. Ketauhidan ini semestinya diaplikasikan dalam apa jua ruang lingkup aktiviti manusia termasuklah dalam aktiviti teknologi.

• Sains dan teknologi dalam Islam amat berkait rapat dengan keimanan seseorang yang melakukan reka cipta dan penghasilan teknologi tersebut. Justeru, jika individu tersebut berpegang teguh pada syariat Islam dan akan menghasilkan suatu produk yang menepati syarak dan sekaligus mendapat keredhaan Allah S.W.T.

Page 17: SSCF Crew - sains teknologi dan manusia - Bab 04 teknologi islam

Sambungan …• Teknologi yang berteraskan tauhid mengarahkan teknologi diguna

dan disalurkan pada jalan yang benar dan tidak menyalahi apa jua perintah yang termaktub dalam nas al-Quran dan hadis.

• Teknologi dan hasilnya seharusnya mengingatkan serta mendekatkan manusia kepada Allah selain mengingatkan bahawa manusia memegang amanah untuk memakmurkan alam ini.

• Dalam konteks ajaran Islam, teknologi dilihat sebagai alat yang perlu dikendalikan oleh manusia untuk menambahkan keimanan kepada Allah.

• Contohnya, dengan teknologi manusia berupaya mencipta kapal selam yang membolehkan manusia menyelam ke dasar lautan dan meneroka isi lautan ciptaan Allah yang Maha Hebat.

Page 18: SSCF Crew - sains teknologi dan manusia - Bab 04 teknologi islam

2) PRINSIP KHILAFAH• Khalifah menurut Tafsir Pimpinan al-Rahman ialah “Seorang yang

dipertanggungjawabkan oleh Allah untuk mengatur kehidupan manusia di bumi berdasarkan wahyu dan syariat Allah, supaya kehidupan manusia menjadi lebih teratur dan mempunyai tujuan hidup yang suci murni untuk mencapai keredhaan Allah”.

• Manusia sebagai khalifah sepatutnya menggunakan ilmu sebagai syarat utama dalam membangun ketamadunan dan teknologi moden (teknologi dan hasilnya perlu digunakan dengan cara yang baik (makruf) dan bukannya untuk tujuan yang salah/maksiat). Teknologi seharusnya digunakan sebagai alat untuk memakmurkan alam dan bukannya digunakan untuk memusnahkan alam.

• Contohnya, seorang programmer komputer perlu memastikan kandungan programnya menjurus kepada perkara kebaikan, begitu juga dengan gambar-gambar yang dipaparkan.

Page 19: SSCF Crew - sains teknologi dan manusia - Bab 04 teknologi islam

3) PRINSIP HALAL DAN HARAM• Dalam sains dan teknologi Islam, halal adalah satu tuntutan yang

baik, manakala haram adalah perkara-perkara yang dilarang.

• Konsep halal dan haram turut meliputi aspek teknologi, iaitu sebarang aktiviti dan kegiatan teknologi yang dilakukan mestilah mementingkan aspek kehalalannya. Ini bermaksud, penggunaan dan penciptaan apa jua teknologi mestilah seiring dan menepati kehendak Islam.

• Umpamanya, dalam aspek bioteknologi terdapat sempadan-sempadan dan batasan tertentu dalam Islam seperti penggunaan kaedah bioteknologi DNA babi (khinzir) dalam pemprosesan barangan, makanan, dan minuman adalah haram kerana ia secara jelas dan telah disabitkan pengharamannya dalam syarak secara muktamad.

Page 20: SSCF Crew - sains teknologi dan manusia - Bab 04 teknologi islam

4) PRINSIP IBADAH• Segala tindak tanduk manusia tertakluk kepada ruang lingkup

pengabdian diri kepada Allah bagi memperolehi rahmat dan keredhaan-Nya. Oleh itu, penggunaan teknologi yang tidak bercanggah dengan ruang lingkup pengabdian kepada Allah merupakan sebahagian daripada ibadah yang dijanjikan ganjaran pahala di sisi Allah dan memberikan faedah kepada kehidupan manusia dan alam semesta.

• Maksudnya, apa jua aktiviti teknologi yang dilaksanakan dengan niat yang baik serta dengan cara yang halal dan tidak menyalahi syarak dikira suatu ibadah.

• Misalnya, bioteknologi dalam persenyawaan luar rahim antara sperma suami dan isteri adalah diharuskan untuk mendapatkan zuriat. Namun, jika disalahgunakan maka ia memberi mudarat bahkan turut mengundang azab Allah di akhirat kelak.

Page 21: SSCF Crew - sains teknologi dan manusia - Bab 04 teknologi islam

5) PRINSIP ADIL DAN ZALIM• Penggunaan teknologi seharusnya diaplikasikan secara adil, iaitu

dengan meletakkan teknologi sebagai suatu wasilah dan alat untuk melihat dan mengkaji bukti-bukti kewujudan dan keagungan ciptaan Allah yang sekaligus membuktikan kehebatan Penciptanya.

• Teknologi aeroangkasa yang digunakan secara adil membolehkan manusia meneroka alam angkasaraya serta melihat sendiri keajaiban ciptaan Allah dengan pergerakan planet-planet yang bergerak di atas orbitnya dan tidak bertembung antara satu sama lain yang menunjukkan wujudnya peraturan yang ditetapkan Allah.

• Kezaliman dalam konteks teknologi adalah dengan menyalahgunakan teknologi. Contohnya, teknologi pengklonan manusia atau menghasilkan hidupan lain hasil daripada gabungan genetik manusia dan anjing.

Page 22: SSCF Crew - sains teknologi dan manusia - Bab 04 teknologi islam

6) PRINSIP ISTISLAH DAN DHIYA’• Istislah bermaksud kepentingan awam manakala Dhiya’ pula

bermaksud pembaziran.

• Islam mengharuskan penciptaan teknologi yang bertujuan untuk memenuhi keperluan dan kepentingan masyarakat umum.

• Ajaran Islam membolehkan umatnya menerima dan menggunakan apa jua hasil daripada teknologi asalkan ia tidak membawa kepada maksiat dan memberikan manfaat.

• Walau bagaimanapun, sekiranya teknologi itu menyebabkan manusia lalai daripada mengingati Allah (zikir) dan fikir serta meruntuhkan nilai kemanusiaan, maka peringatan dan panduan seharusnya diberikan kepada pengguna teknologi tersebut agar tidak tersasar jauh daripada matlamatnya.

Page 23: SSCF Crew - sains teknologi dan manusia - Bab 04 teknologi islam

MEWARNAKAN TEKNOLOGI DENGAN WAJAH ISLAM

• Sarjana-sarjana Islam berpendapat bahawa teknologi alternatif perlu diperolehi bagi mengelakkan kesan-kesan pencemaran terhadap budaya dan cara hidup Islam yang murni.

• Misalnya, K.D. Sharma dan M. A. Qureshi berhujah bahawa idea tentang teknologi alternatif adalah berdasarkan “pemilihan teknologi daripada satu set teknologi yang tersedia untuk menghasilkan barangan dan komoditi bagi memenuhi keperluan semua”.

Page 24: SSCF Crew - sains teknologi dan manusia - Bab 04 teknologi islam

CIRI-CIRI TEKNOLOGI ALTERNATIF

1) Ia mungkin kelihatan primitif, berstatus rendah dan melibatkan kos yang tinggi atau terletak di antara ketiga-tiga keadaan tersebut

2) Mestilah sesuai dengan sumber-sumber negara

3) Mestilah selaras dengan objektif ekonomi, sosial, budaya, dan politik negara

4) Tidak merosakkan alam sekitar.

Page 25: SSCF Crew - sains teknologi dan manusia - Bab 04 teknologi islam

HUBUNGAN ANTARA TEKNOLOGI DAN MASYARAKAT BOLEH DILIHAT DALAM DUA CARA

1. Ia telah membuktikan bahawa satu-satunyateknologi untuk masyarakat ialah teknologi yang dapat berkembang tanpa bantuan luar. Iamerupakan ciptaan tempatan oleh negara-negarayang sedang membangun itu sendiri.

2. Teknologi alternatif tidak boleh dikembangkanmengikut rangka kerja falsafah dan intelektualperadaban barat.

Page 26: SSCF Crew - sains teknologi dan manusia - Bab 04 teknologi islam

PERTIMBANGAN KEPERLUAN TEMPATAN DALAM PENGGUNAAN TEKNOLOGI ASING

1. Kesedaran atas sistem nilai yang terkandung dalam teknologi

2. Keyakinan terhadap kemampuan masyarakat dari segi tamadun

3. Persetujuan bahawa perubahan yang tidak baik dalam masyarakatnya tidak akan berlaku.

4. Pemilihan dan penyelidikan teliti terhadap teknologi asing

5. Penyesuaiannya jika perlu sebelum ditiru

6. Mengesan dan mengkaji akibat daripada teknologi asing

7. Penolakan dan pembuangannya jika terbukti meninggalkan kesan yang tidak baik.

Page 27: SSCF Crew - sains teknologi dan manusia - Bab 04 teknologi islam

KESIMPULAN• Teknologi barat telah banyak mewarnai budaya dan tamadun umat

Islam.

• Walaupun Islam sebenarnya mempunyai tamadunnya sendiri yang unggul, tetapi keruntuhan tamadun Islam dan penjajahan oleh dunia barat telah menyebabkan umat Islam menjadi mundur dan terkebelakang dalam pelbagai bidang ilmu pengetahuan termasuk teknologi. Akibatnya, umat Islam menadah tangan untuk menerima teknologi asing tanpa berupaya melakukan ubahsuaian yang membawa bersama-samanya ideologi kepakaran.

• Satu pendekatan yang konkrit dan bersepadu perlu difikirkan oleh dunia Islam untuk meminimumkan kesan pemindahan teknologi asing ke atas keutuhan budaya Islam yang murni serta memunculkan dunia Islam dengan teknologi yang ditandai dengan roh dan jiwa Islam.