etika dalam sains dan teknologi islam ii 130408101347 phpapp02

64
Etika Idalam Sains dan Teknologi Islam B IV.I Pengenalan etika Islam IV.2 Kepentingan etika Islam dalam sains dan teknologi II.3 Isu-isu etika dalam dains dan teknologi moden. Moderator HJ FADZLULLAH HJ SHUIB CITU UITM KAMPUS KUALA PILAH NEGERI SEMBILAN

Upload: adji-prasetyo

Post on 14-Nov-2015

32 views

Category:

Documents


5 download

DESCRIPTION

ppt islamic

TRANSCRIPT

  • Etika Idalam Sains dan Teknologi IslamBIV.IPengenalan etika IslamIV.2Kepentingan etika Islam dalam sains dan teknologiII.3Isu-isu etika dalam dains dan teknologi moden.

    ModeratorHJ FADZLULLAH HJ SHUIBCITUUITM KAMPUS KUALA PILAH NEGERI SEMBILAN

  • KONSEP ETIKA

  • Individu atau komuniti yang beretika cemerlang akan mendapat faedah dari sistem etika yang dianuti dan diamalkannya itu.Reputasi dirinya akan menjamin kejayaannya dalam menempuh arus kehidupan yang deras ini.Tegasnya orang yang berakhlak adalah seseorang yang berpakaian sempurna yang menutupi auratnya.Adapun orang yang tidak beretika diibaratkan seorang bertelanjang yang terdedah kepada kehinaan dan keaiban.Sehubungan ini perbahasan etika memiliki relavansi dengan sains dan teknologi Islam yang menampilkan keunikannya jika dibandingkan dengan krisis etika dan moral dalam sains dan teknologi Moden yang semakin tenat.

  • Objektif etika Islam dalam sains dan teknologiiProses pembinaan syakhsiyyah ( jatidiri ) sesebuah bangsa / ummah dapat dilaksanakan dengan sempurna.iiKod etika yang luhur berupaya menangani persoalan keruntuhan moral yang sedang melanda masyarakat kontemporari.

  • iiiKehidupan seharian boleh dilaksanakan dengan lancar apabila adanya suatu kod etika yang standard dan seimbang.ivSistem etika yang mantap mampu menyelami dan menanggapi fenomena etika semasa yang memiliki kepelbagaian dan dinamik.

    **

  • vDalam perbahasan etika kita perlu mendalami dan menghalusi teori-teori etika yang relevan dengan keperluan masyarakat.viSehubungan ini perlunya kajian perbandingan serta mensintesiskan berbagai teori etika yang bersifat sejagat untuk digubal dan diketengahkan dalam masyarakat global.**

  • Interaksi Etika dengan Falsafah dan TeologiAristotle membahagikan falsafah kepada :LogikEtikaEstetikaPsikologiPolitikFizikMetafizik**

  • Klasifikasi Falsafah al-Ghazzali MatematikLogikFizikMetafizikEtikaPolitik**

  • Falsafah EtikaEtika : Ia juga disebut aksiologi atau teori nilai.Falsafah etika merupakan cabang utama aksiologi.Etika ialah pola umum tentang cara hidup serta set peraturan tentang perlakuan.**

  • 5.2Kepentingan Etika Islam dalam Sains dan TeknologiIslam merupakan sistem hidup ciptaan Ilahi yang tidak bercampur-aduk sama sekali dengan pemikiran manusia.Justeru itu,kriteria utama sistem Islam ialah fitrah ( suci ),sempurna,teguh,menyeluruh,sediakala dan abadi iaitu sifat-sifat yang merujuk kepada penciptaNya. **

  • **Islam tetap memberi ruang dan tempat kepada kegiatan akal manusia dengan batas-batas yang tertentu menurut keupayaan akal itu sendiri.Dalam hal ini panduan dan penjelasan wahyu amat diperlukan oleh manusia dalam persoalan metafizik ( alam ghaib ) yang diluar jangkauan akal dan pancaindera manusia.Walhal metafizik itu menjadi asas kepada kewujudan alam fizik

  • **Kepentingan falsafah dan etika Islam kepada sains dan teknologi iSains dan teknologi yang berteraskan falsafah Islam akan berpaksikan pentafsiran metafizik iaitu yang berlandaskan tauhid.Sains yang berteraskan falsafah Islam mempunyai sifat-sifat kerohanian yang tersendiri yang dikembangkan oleh para sarjana Islam.Falsafah Islam akan menjadikan alam tabii ini mempunyai postulate yang bersifat metafizik.

  • **iiFalsafah Islam telah meletakkan sains dalam kerangka epistemologi ( teori ilmu ) yang betul,saksama dan sah.Umpamanya dilihat dari aspek hierarki ilmu bahawa ilmu syariah adalah ilmu fardu ain dan sains dalam berbagai bidang adalah ilmu fardu kifayah.iiiFalsafah dan etika Islam mensejajarkan sains dengan syariah.Setiap kegiatan sains perlu dipertimbangkan dengan hukum-hukum dan etika-etika syariah.ivFalsafah dan etika Islam telah menggalurkan sains yang dapat direalisasikan demi keperluan ummah.

  • **vEtika merupakan satu bidang falsafah yg membicarakan tentang tingkahlaku manusia dari aspek2 lahiriah dan batiniahnya.Dalam hubungan dengan sains,etika adalah satu bidang ilmu yang mengkaji soal kebaikan dan keburukan dalam aplikasi sains serta berhubung dengan tatacara untuk mempraktiskan kebaikan dan menolak keburukan dalam amalan dan penggunaan sains dan teknologi. Justeru itu benar sekali ungkapan yg ditegaskan oleh Einstein bahawa Science without philosophy is blind,and philosophy without science is empty.

  • **5.3ISU-ISU ETIKA SAINS DAN TEKNOLOGI MODEN SERTA CABARAN KONTEMPORARISains Barat Moden didakwa sebagai ilmu terunggul merentasi segala budaya dan bebas nilai.Faham etnosentrik memuja sains Barat dan tidak mengiktiraf sumbangan dunia di luar komuniti Barat.Tamadun klasikal seperti tamadun Cina,India,Islam,Yunani,Mesir telah memberi sumbangan yang besar kepada kelahiran peradaban moden.

  • **Isu-isu Etika dalam Sains dan Teknologi ModenPensekularan Sains Moden : Pemisahan persoalan agama & dunia.Krisis Sains Moden : Implikasi ke atas alam sekeliling hasil kemajuan sains dan kesan kepada aspek falsafah.Isu moral dan etika dalam budaya sains Moden yang diklasifikasikan kepada tujuh segmen :iMoral sains dari perspektif Budaya Barat terhadap alam dan sains.iiMoral agama dan tradisi dalam Sains Moden.

  • **iiiMoral sosial dari perspektif kemusnahan oleh Sains Moden.ivKedudukan nilai dari perspektif Sains BaratvMoral pengajaran dalam pendidikan Sains ModenviMoral sains dalam konteks pengkajian kontemporari mengenai sains di Malaysia.viiMoral dan etika dalam bioteknologi dan kejuruteraan genetik.

  • **Sains Moden Barat memiliki citra sebagai ilmu yg unggul & sejagat merentasi semua bentuk budaya & tidak terikat dengan sebarang nilai.Pandangan tersebut dikritik hebat oleh para saintis & failasuf Barat & Timur tetapi pandangan etnosentrik tentang keunggulan sains Moden Barat masih berakar umbi di seluruh dunia sehingga kini.Berikutnya sains yang di luar dunia barat dipandang rendah dan dianggap tidak saintifik.Sains klasikal spt sains Islam,Cina,Mesir & India tidak diiktiraf oleh komuniti sains antarabangsa yg ditunggangi oleh kuasa2 Barat.

  • **Pada hakikatnya sains yg tumbuh & berkembang di luar daripada tradisi Barat mempunyai konsep2 asas dan epistemologi yg tersendiri spt sains Islam,Cina & India.Justeru itu perbahasan tentang sains yg berkembang di luar drp sains Barat adalah sah.Demikian halnya apabila kita memperkatakan sains Barat Moden.Ia mempunyai kosmologi sosial yg sama.Ia tidak berkembang secara kebetulan atau sebagai hasil akumulatif ilmu2 moden.Tegasnya,sains moden adalah ilmu yg berkembang dalam situasi & suasana yg bersifat bebas nilai,& dilatari oleh falsafah & fahaman yg serasi dengan doktrin Barat.Misalnya ilmu biologi moden amat dipengaruhi oleh teori evolusi Darwin yg amat bercanggah dengan perspektif sains Islam dan pelbagai sains klasikal yg lain.

  • **Tidak tepat andainya kita menyatakan bahawa sebelum sains Islam,Barat tidak mempunyai sains.Apa yang benar ialah sains Barat amat merosot di Eropah pada lingkungan jangkamasa 400-1100 M.Alasan sebenar mengapa sains Barat tidak berkembang dalam tempoh tersebut ialah :

  • **ketidaksetabilan politik di Eropahketiadaan unsur patronage ( naungan politik terhadap para saintis failasuf )sikap gereja Kristian yang tidak menggalakkan mempelajari ilmu daripada orang bukan Kristian

  • **Institusi gereja mempunyai tanggapan bahawa ilmu yang berasal daripada peradaban yang bukan Kristian adalah ilmu yang sesat lantaran tidak berpandukan kitab Injil.Mereka juga menolak semua ilmu yang berasal daripada Tamadun Yunani yang dihasilkan oleh Plato,Aristotle,Socrates,Thales dan lain-lain kerana sains Yunani didakwa bercanggah dengan ajaran Kristian.

    Seyyed Hossein Nasr menegaskan bahawa sains Barat berkembang berdasarkan ilmu sains yang dikembangkan dan disintesiskan oleh saintis-failasuf dalam peradaban Islam yang diwakili oleh Khawarizmi,Jabir bin Hayyan,Ibn Sina,Ibn Haytham,al-Kindi,Banu Musa,Umar Khayyam,Ibn Firnas,al-Idrisi dan ramai lagi.Sains dalam peradaban Islam telah berkembang dengan gemilang dari tahun 900 M hingga 1400 M dalam pelbagai bidang.Dalam lapangan logik dan perubatan perkembangan mengunjur hingga 1750 M.

  • Budaya sains Barat menjelang tahun 1100 1400 M semakin kurang permusuhan dengan ilmu asing terutama yang dimajukan oleh saintis Muslim.Tempuh ini disebut sebagai era pertembungan Barat dan Islam.Pope Sylvester II ( 999 1003 M ) memainkan peranan mendekatkan jurang di antara orang-orang Kristian dengan budaya ilmu Islam.Beliau telah mengarahkan penterjemahan karya-karya sains berbahasa Arab ke bahasa Latin.Pope tersebut mendapati sains Islam lebih dekat dengan ajaran Kristian jika dibandingkan dengan sains Yunani.Pengetahuan sains Islam juga boleh digunakan untuk meneroka mengenai astrolabe dan abacus.

  • Rentetan dari perkembangan itu menjelang pertengahan abad kesepuluh Masihi penterjemahan karya sains Islam ke bahasa Eropah telah berjalan pesat di Sepanyol terutama di Biara Santa Maria.Kebanyakan karya tersebut di sekitar ilmu astronomi dan geometri.Kegiatan penterjemahan tersebut berjalan dengan lebih pesat selepas kejatuhan kerajaan Islam di Sepanyol.Para penterjemah tersebut terdiri dsaripada Plato dari Trivoli,Gerard dari Cremona,Adelard dari Bath,Robert dari Chester dan Dominicus Gondisalvo.Manakala saintis failasuf Muslim yang menjadi idola mereka ialah Ibn Sina yang mana 276 karyanya diterjemahkan ke pelbagai bahasa Eropah.Tidak keterlaluan andainya dirumuskan bahawa pemikiran yang terdapat dalam buku-buku karya Ibn Sina dan Ibn Rushd yang bertanggungjawab menanamkan benih-benih Renaisans yang pada awalnya tercetus di Itali dan akhirnya merebak ke seluruh Eropah.

  • Sungguhpun sumbangan sains moden menatijahkan kemudahan dan kesempurnaan hidup kepada manusia,namun tidak boleh disangkal sama sekali bahawa ia telah mengakibatkan krisis nilai dan konflik pemikiran yang penuh tragis.Faktor utama yang mencetuskan fenomena itu ialah penyingkiran dan peminggiran agama dan aspek-aspek metafizik dalam budaya sains moden.Pertumbuhan dan perkembangan sains moden telah mengakibatkan dua dampak dalam kehidupan manusia kontemporari.

  • Pertama : Dampak terhadap alam natijah daripada kemajuan dan perkembangan sainsKedua : Dampak kepada aspek falsafah.Alam misalnya telah menderita akibat pencabulan dan manipulasi dahsyat yang dilakukan oleh manusia yang bersenjatakan sains moden.Kerakusan manusia mengakibatkan berlaku kerosakan alam sekitar dan system ekologinya.Ini semua diakibatkan manusia terlalu mengkagumi kebolehan sains.Antara kedurjanaan yang melimpah boleh diteliti daripada isu pengklonan,ponografik,perlumbaan senjata,isu nuclear dan seumpamanya.

  • Implikasi lain yang menonjol dalam perkembangan sains moden ialah perubahan dalam aspek falsafah,baik ditinjau daripada aspek metafizik,epistemologi dan etika.Dalam bidang metafizik,peranan Tuhan disangkal sehingga mewujudkan fahaman eteisme.Begitu juga perubahan dalam epistemology akibat fahaman rasionalisme yang didakwa oleh sains moden sebagai satu-satunya cara yang sah untuk mendapat ilmu pengetahuan membawa kepada penolakan wahyu dan juga ilham sebagai sumber ilmu.Akibat daripada perubahan ini sains moden berjaya meminggirkan agama daripada arena ilmu lantaran agama dianggap sebagai tidak rasional.Dalam bidang etika pula, nilai yang tertinggi bagi pendokong sains moden ialah nilai gunaan seperti yang ditayangkan oleh fahaman utilitarianisme.Semua pengadilan nilai dianggap sebagai cirri kuno dan lantaran itu sains dianggap neutral atau bebas nilai.Dengan perkataan lain sains didakwa tidak mempunyai pertimbangan nilai yang menyebelahi mana-mana pihak.

  • KRISIS SAINS MODENAntara bidang yang perlu dianalisis secara kritis tentang hal ini ialah :1.Moral sains daripada perspektif budaya Barat terhadap alam dan sains2.Moral agama dan tradisi dalam sains moden3.Moral sains daripada perspektif kemusnahan alam oleh sains moden4.Kedudukan nilai dalam perspektif sains Barat5.Moral pengajaran dalam pendidikan sains moden6.Moral sains dalam konteks pengkajian kontemporari mengenai sains di Malaysia7.Moral dan etika dalam bioteknologi dan kejuruteraan genetik.

  • Falsafah sains Barat berlandaskan rasionalisme.Sungguhpun komuniti sains moden Barat mengakui adanya Tuhan tetapi mereka menafikan peranan Tuhan dalam menentukan segala kejadian yang berkaitan dengan manusia dan alam semesta.Salah seorang tokoh saintis Barat yang bernama George Leclerc ( 1707 1788 ) menyatakan bahawa Tuhan memberi daya ( a force of impulsion ) kepada planet-planet sewaktu menciptakannya dengan alam ghaib kerana sebab-sebab yang menasabah yang boleh diterangkan melalui hukum-hukum mekanik.Sebaliknya beliau mendakwa bahawa Tuhan tidak terbabit di dalam kejadian tersebut.

  • Manakala Albercht Von Haller ( md 1740 ), saintis daripada Swiss telah menegaskan bahawa jirim memiliki keupayaan sendiri untuk bergerak.Hujah beliau bersandarkan kenyataan bahawa magnet bertindak menarik besi.Demikian juga Abraham Trembley,seorang biologis telah membuat penemuan yang mendapati hidra,sejenis haiwan mampu membiak walaupun dikerat kepada beberapa kepingan.Penemuan ini telah menyebabkan orang ramai percaya bahawa jisim boleh menerbitkan dirinya sendiri,iaitu bebas tanpa pertolongan Tuhan.Pendapat Trembley disokong oleh paderi John Turbeville ( md 1745 ) yang menemui hidupan-hidupan halus daripada sayuran yang telah mati.

  • Tokoh2 saintis yang disebut tadi telah menimbulkan keraguan terhadap peranan Tuhan ke atas alam dan manusia,disana terdapat tokoh-tokoh saintis dan failasuf moden yang lebih hebat pengaruhnya dalam menyingkirkan pengaruh keagamaan dalam kehidupan manusia.Antaranya ialah Francis Bacon,Rene Descartes,Galileo,Kepler dan Newton yang telah membangunkan sains moden tulen di dalam lapangan matematik dan mekanik.Mereka menganggap dunia seperti sebuah mesin yang canggih dengan segala kegiatan yang memerlukan matematik dan mekanik di dalam berinteraksi.Antara peranan mereka dapat dirumuskan seperti berikut :

  • iNicholas Copernicus ( 1473 1543 ) telah memulakan revolusi sains moden dengan menggagalkan teori Ptolemy dan Bible tentang pusat bumi yang telah diterima lebih beratus tahun yang lalu.iiJames Kepler ( 1571 1630 ) menurut jejak langkah Copernicus dengan menghasilkan undang-undang formula empiric tentang pergerakan bintang-bintang ( planet ).

  • iiiGalileo Galilie ( 1571 - 1642 ) merupakan tokoh saintis Barat yang benar-benar berjaya mengubah paradigma sains.Kejayaan beliau mencipta teleskop iaitu alat cerapan bintang telah memperkecilkan fakta kosmologi kuno dan mengiktiraf hipotesis Copernicus yang muncul sebagai teori sains unggul.ivRene Descartes pula merupakan failasuf saintis yang lebih tersohor dalam lapangan matematik.Pandangan dan penerokaan falsafahnya amat dipengaruhi oleh fizik moden dan astronomi.Beliau tidak menerima sebarang pengetahuan tradisi,tetapi berjaya menegakkan sistem pemikiran baru,beliau menyatakan :

  • " All science is certain evident knowledge.We reject all knowledge which is merely robable and judge that only those things should be believed which are perfectly known and about which there can be no doubt " ( Garber,1978, Science in certainly in Descartes, in Hooker,Michael ed. Descartes,Baltimore : John Hopkins Unly. Press ).

  • Bagi pendokong Cartesian,matematik merupakan penentu bagi dunia yang nyata.Descartes percaya bahawa struktur matematik adalah kunci kepada alam semesta dan sains pula merupakan sinonim dengan matematik.Beliau membentuk kaedah baru dalam penulisan sains semulajadi yang lengkap.Descartes menganggap bahawa bahan2 yang terdapat di dunia ini adalah mesin.Ini bermaksud tiada keazaman,tiada kehidupan ataupun tiada semangat dalam hal ini.Semua perbuatan manusia terikat dengan hukum mekanik dan setiap bahan dapat dijelaskan pergerakannya berdasarkan hukum ini.Beliau menggariskan pemikiran saintifik secara kerangka umum bagi pandangan semulajadi seperti mesin yang sempurna,diperintah oleh undang2mekanik untuk organisasi hidup.

  • 2Moral Agama dan Tradisi dalam Sains ModenSemua agama berusaha mencari doktrin tersendiri tentang sains.Apa jua penemuan dan teori sains yang bercanggah dengan ajaran agama akan ditentang.Contohnya teori evolusi Darwinisme disanggah sekeras2nya oleh para ilmuan Islam.Walaupun teori itu dianggap hebat oleh sesetengah saintis dan rasional,namun ia ternyata tidak dapat menyelesaikan hakikat sebenar kejadian dan perkembangan hidup manusia.Teori tersebut tidak dapat memberi jawapan tentang asl usul manusia yang pertama kali.Sehubungan ini apakah manusia harus menerima kembali teori generasi spontan yang telah terlanjur ketika itu,ataukah terpaksa menerima ajaran agama wahyu yang menyatakan bahawa kehidupan manusia dan seluruk makhluk adalah ciptaan Tuhan.Konsep makhluk yang diciptakan dianggap tidak ada keterangan yang jelas mengenai bagaimana cara menciptakannya.Justeru itu ia disifatkan mengganggu pengertian tentang alam sains ( fizikal dan teknologi).

  • Ilmu pengetahuan atau sains,secara ringkasnya dinisbahkan sebagai himpunan pengetahuan manusia yang dikumpulkan melalui suatyu proses pengajian dan yang dapat diterima oleh rasional.Sains yang dihasilkan oleh ajaran agama seperti sains Islam telah menyumbangkan budaya dan tamadun intelektual yang mantap.Pemangkin kepada sains Islam ialah agama dan tradisi.Sebaliknya sains moden Barat menghadapi dilemma dalam hal ini.Timbul pertanyaan yang bertali arus apakah sains Barat benar-benar ilmu atau hanya sekadar maklumat yang belum pasti benarnya.

  • 3MORAL SOSIAL DARI PERSPEKTIF KEMUSNAHAN OLEH SAINS MODENAkibat agama dan tradisi tidak menunjangi sains moden maka fenomena berikut telah menjadi lumrah di dunia kontemporari,antaranya :iPencemaran Alam SekitarPencemaran alam sekitar menjadi fenomena lazim natijah daripada perkembangan dan kemajuan hidup yang ditaja oleh sains dan teknologi.Pencemaran alam sekitar meliputi kumbahan kimia yang mencemarkan air,udara dan persekitaran.Pencemaran nuklear,penggunaan bahan kimia sebagai baja dan racun,pencemaran bioteknologi dalam penyelidikan menyusun semula DNA dan kejuruteraan genetik ( baka ).Ia bukan sekadar mendatangkan masalah kepada manusia sejagat tetapi juga menjatuhkan imej sains itu sendiri.

  • Pembakaran arang batu merupakan pencemaran yang paling merbahaya ke atas alam sekitar.Di samping itu pencemaran alam sekitar yang berpunca daripada asap,debu,gas,sesetengah bahan organic telah dikategorikan sebagai punca yang menghasilkan toksik atau karsigonik.Punca apencemaran alam sekitar yang lain ialah sulfur dioksida yang boleh membawa penyakit kanser paru-paru.Demikian juga nitrogen oksida yang disebabkan oleh penggunaan bahan berjentera juga mengakibatkan pencemaran alam sekitar.Ia akan menyebabkan berlakunya hujan asid iaitu sebagai satu tindakbalas 02 dengan air meruap yang akan membentuk SO2NO2.

  • iiPencemaran nuklearPengajian tentang nuklear telah menjadi agenda utama kritikal evolusi hasil daripada kemajuan sains dan teknologi.Kebanyakan negara maju berlumba-lumba untuk memajukan senjata nuklear dan ada juga yang mendapat bekalan tenaga nuklear.Senjata dan reaktor nuklear tidak dapat dipisahkan.Jika berlaku perang nuklear seluruh muka bumi dan sega isi kandungannya akan menghadapi kemusnahan.

  • 4Kedudukan Nilai Daripada Perspektif Sains ModenSains adalah pengetahuan mengenai dunia fizikal,manusia dan masyarakat.Ia terbahagi kepada tiga bahagian iaitu sains tulen,sains sosial dan sains gunaan.Sehubungan ini sains gunaan merupakan teknologi yang membolehkan manusia mencipta alat atau perkakas dan rekaan-rekaan lain bagi membantu manusia memenuhi hukum alam tabii.Ia juga boleh dilihat sebagaimana kenyataan J.Brronowski : " Sains merupakan rekaan konsep dan fakta yang berlandaskan kebenaran."

  • Nilai akan wujud apabila dibandingkan sesuatu benda atau tindakan atau kualiti sesuatu bahan dengan pandangan atau pendapat golongan lain.Sistem nilai dipengaruhi oleh keprcayaan,tamadun dan amalan manusia dan ia berbeza mengikut kaum,agama dan masa.Menurut J.Bronowski lagi,nilai etika tidak mempunyai sempadan yang jelas,ia wujud di kalangan ahli sains,para artis.ahli teologis dan kelompok-kelompok manusia yang lain.

  • Period sebelum Masihi,kebanyakan para failasuf bersetuju bahawa tanpa kewujudan unsure-unsur etika dalam sains,sudah tentunya falsafah Aristotle dan Plato tidak dapat memenuhi keperluan masyarakat Greek purba.Kenyataan ini menjadi benar apabila diperhatikan kehidupan masyarakat Grek purba berlandaskan kepada pengamatan deria dan logik.Apabila ditinjau pandangan Plato dan Aristotle,didapati karya falsafah mereka amat sarat dengan unsur-unsur etika.

  • Period sebelum Masihi,kebanyakan para failasuf bersetuju bahawa tanpa kewujudan unsure-unsur etika dalam sains,sudah tentunya falsafah Aristotle dan Plato tidak dapat memenuhi keperluan masyarakat Greek purba.Kenyataan ini menjadi benar apabila diperhatikan kehidupan masyarakat Grek purba berlandaskan kepada pengamatan deria dan logik.Apabila ditinjau pandangan Plato dan Aristotle,didapati karya falsafah mereka amat sarat dengan unsur-unsur etika.

  • Sains merupakan satu konsep yang mempunyai skop yang luas meliputi manusia,kosmos dan masyarakat. Sebaliknya nilai dan etika pula merupakan suatu pengukuran terhadap sesuatu dengan membuat perbandingan terhadap benda,pandangan manusia atau masyarakat.Apabila sesuatu rekaan sains tercipta misalnya pancaran radioaktif diperkenalkan kepada orang ramai ,penilaian terhadap rekaan sains ini akan timbul samada dari segi moral,kegunaan atau aplikasinya.Mungkin ada pihak menyatakan bahawa pancaran radioaktif itu membahayakan manusia.Tetapi pihak lain pula mempertahankan penggunaannya demi membantu perkembangan sosioekonomi negara.Di sinilah timbulnya konflik mengenai nilai tentang sesuatu penemuan atau teori sains.

  • Meskipun demikian,tidak boleh disangkal lagi bahawa rekaan sains atau ciptaan teknologi adalah penting bagi sesebuah negara yang sedang memacu perkembangan yang pesat dalam sektor perindustrian.Pada masa yang sama semua pihak perlu memikirkan tentang aspek nilai yang berkait dengan rekaan sains atau teknologi itu.Kerajaan dan para saintis usahlah memikirkan keuntungan material dan kegunaan sesuatu rekaan sains tanpa mempertimbangkan keselamatan nyawa,harta benda masyarakat,negara dan manusia sejagat.Unsur etika patut diletakkan di tempat yang tinggi seiringan dengan inovasi sains dan teknologi.Ini disebabkan pembangunan sosial yang menyeluruh tidak akan tercapai seandainya penekanan hanya diberikan kepada rekaan sains dan bukan kedua-dua aspek tersebut secara serentak.

  • Revolusi sains abad ke 17 Masihi mencetuskan suatu pembaharuan atau reformasi sains yang ditanggapi oleh Thomas S.Kuhn ( 1970 ),di dalam bukunya The Structure of Scientific Revolution,sebagai satu kumpulan pernyataan yang telah mencapai puncak kegemilangannya.Sains klasikal telah mengalami anjakan secara revolusi ke sains moden.Sehubungan ini para saintis seperti Kepler,Galileo,Francis Bacon,Descartes dan Newton telah melakukan pelbagai spekulasi dan ujikaji yang menghasilkan implikasi besar dalam dunia sains,falsafah dan pemikiran..Menjelang berakhirnya abad ke 20 muncul pula perkembangan sains yang lebih radikal seperti bercambahnya penciptaan computer,robot kerdikan buatan ( artificial intelligence ) dan penyelidikan serta penerokaan angkasa lepas.

  • Meskipun sains telah berkembang secara drastik sejak era revolusi sains tetapi fungsi unsur-unsur etika dan nilai tidak berkembang pesat seiringan dengannya,malah telah merudum jatuh.Apa yang berubah ialah penilaian manusia terhadap etika itu sendiri.Pada dasawarsa mutakhir ini manusia lebih cenderung kepada fahaman dan aliran kebendaan.Dalam konteks ini mereka mementingkan keuntungan dan status bukannya rekaan sains itu sendiri.Malah timbul soalan-soalan yang bercelaru dalam pemikiran para peninjau sains moden.

  • Antaranya apakah unsur-unsur kemanusiaan masih ada tempat di hati sanubari komuniti sains kontemporari ? Sejauhmanakah aspek-aspek kemanusiaan dan moral dihayati oleh para saintis dan failasuf moden baik di Timur mahupun di Barat ? Dengan kata-kata lain boleh ditegaskan bahawa sains Barat moden berterusan mendokong nilai materialisme dan konsumerismenya.Selanjutnya saintisme Barat masih menguasai etika ilmiah dan khidmat.Barat telah menjadikan sains sebagai ideologi tunggangannya.

  • Moral Pengajaran Dalam Pendidikan Sains Moden Pada hakikatnya sains dan teknologi adalah disiplin ilmu yang menjadikan alam dan manusia sebagai objeknya.Justeru itu ia wajar dikembangkan dan dibudayakan dalam persekitaran dan lingkungan umat Islam dengan menjadikan sistem pendidikan Islam sebagai pemangkin yang membangunkannya.Sebaliknya sistem pendidikan global di negara-negara umat Islam masih berorientasikansistem pendidikan kebaratan yang mempunyai kebarangkalian yang tinggi menjerumuskan umat Islam kea rah krisis akidah dan nilai.Lebih-lebih lagi aliran rasionalisme masih menguasai pemikiran sains kontemporari yang memencilkan pegangan keagamaan.Malah proses pencernaan sains yang membuahkan teknologi juga masih berlandaskan dimensi dualisme dan sekularisme.

  • Daripada perspektif saintisme Barat,sistem pengajaran mutakhir tidak menjejaskan pengajaran sains.Sebaliknya sistem yang sama amat mencabar kewibawaan serta keunggulan sistem kepercayaan dan kebudayaan Islaqm.Situasi ini timbul disebabkan pengajaran sains moden menafikan pandangan semesta yang berpaksikan agama.Pendokong sains moden berhasrat menjadikan disiplin sains bersifat objektif dengan memutuskannya daripada sebarang nilai dan kepercayaan atau pegangan agama.

  • Segelintir saintis dan pemikir sains moden turut mengkritik metodologi sains moden.Misalnya Wellington ( 1989 ) di dalam tulisannya " Skill and Process in Science Education,A Critical Analysis, menyatakan bahawa pengajaran sains moden berkecenderungan menjadi 'over specific" dan " restrictive'. Manakala C.R.Benge ( 1972 ), di dalam bukunya,Communication and Identity, menggariskan :" The manace of scientism that is largely psychological,not that of the scientific process.'

  • 6Moral Sains Dalam Konteks Pengkajian Kontemporari Mengenai Sains di MalaysiaSebenarnya permasalahan mekanikalisme dalam sains bukan lagi satu fenomena ketokohan Si Isaac Newton, akan tetapi teori deterministik Newton yang merujuk kepada fizik semata-mata telah dicabar oleh para saintis Barat sendiri misalnya Heisenberge dengan teori relativitinya ( Heisenberge's Uncertainty Principle ) yang dibentangkan pada tahun 1927.Heisenberge sebagai pendokong dan pengasas fizik kuantum telah membuktikan dakwaan bahawa ketiaan Tuhan oleh sains moden adalah sudah ketinggalan zaman.Malah kuasa Tuhan sentiasa wujud dalam semua aspek kehidupan manusia dan alam,akan tetapi bahasa sains sudah tentu berbeza dengan stail bahasa agama.

  • Tokoh2 saintis Barat sendiri seperti Einstein dan De Broglie mendekati kebenaran Tuhan dalam pentafsiran dan tentangan mereka terhadap fenomena sementara yang belum diketahui manusia,walhal ia berkemungkinan bersifat deterministik.Sebenarnya teori hidden variables yang dikemukakan oleh Einstein dan para saintis Barat bukanlah sesuatu yang asing dalam konsep ketuhanan Islam.Angkubah-angkubah atau variables yang dianggap tersembunyi ( hidden ) itu adalah persoalan-persoalan ghaybiyyat dan sam'iyyat ( metafizika ) seperti Zat Allah SWT,para malaikat,alam ruh,alam akhirat dan lain-lain seumpamanya.

  • 7Moral dan Etika Dalam Bioteknologi dan Kejuruteraan GenetikIsu teknologi gabungan DNA ( asid nokliek Deoksiribosa ) dan kejuruteraan genetik turut diperdebatkan oleh para ilmuan Islam yang menghasilkan beberapa rumusan tentang keabsahannya menurut syariah Islam.Islam menggariskan prinsip-prinsip tertentu dalam melaksanakan proses kejuruteraan baka atau lebih khusus lagi disebut pengklonan.Misalnya Islam menolak pengklonan manusia dengan alasan :aManusia adalah ciptaan Allah.Justeru itu pihak lain tidak berhak campurtangan dalam urusan penciptaanNya

  • bpembikinan klon manusia akan mendatangkan kemusnahan kepada alam ciptaan Allahcpengklonan manusia pula akan merosakkan system kekeluargaandpengklonan menyanggahi sunnah Allah yang menciptakan manusia dengan hikmah-hikmah yang tertentu dan unikepengklonan manusia melalui proses yang diluar batas hukum syarak atau di luar institusi perkahwinan Islam yang mantap

  • Apa yang terjadi di kalangan saintis Barat yang melakukan kegiatan genetic engineering untuk kepentingan kebendaan dan keangkuhan ilmu untuk mencabar kuasa Tuhan Yang Maha Pencipta.Akibat daripada kerakusan saintisme Barat akan menimbulkan krisis nilai dalam kehidupan manusia.Masalah sosial akan terus meningkat berikutan hubungan suci manusia melalui ikatan perkahwinan dan kekeluargaan telah dihakis dan dimusnahkan.Apabila situasi itu terjadi para saintis tidak lagi dapat dikawal oleh undang-undang kerana dunia sains semakin eksklusif dan memiliki imuniti tersendiri.

  • Prof Azizan Baharuddin di dalam bukunya Science and Belief Discources on New Perceptions telah membahaskan persoalan biologi kontemporari yang berdepan dengan beberapa pertimbangan nilai dan etika tentang sehingga sejauhmanakah teknologi-teknologi yang berkaitan mengancam keadaan berahsia ( privacy ) ,kebebasan,kesihatan,keamanan,malah kewujudan manusia,keseimbangan pelbagai ekosistem serta futuristic planet bumi.Beliau menampilkan polemik antara golongan yang memegang prinsip hormic dengan golongan yang mendokong konsep pure chance tentang menjelaskan mekanisme kehidupan yang mempunyai implikasi besar terhadap etika.Antaranya :

  • aKesan-kesan bahaya molekul-molekul DNA menghasilkan perbincangan tentang keselamatan manusiabcampurtangan manusia dalam proses kehidupan asas tentang bentuk dan aturan struktur genetikctentang pengawalan ekspresi gen ( control of gene expressions )dtentang proses pembezaan sel

  • Semua proses tersebut memerlukan satu disiplin dan etika yang tinggi.Para penyelidik saintifik mesti memahami bagaimana sesuatu itu berlaku dan bagaimana ia berfungsi.Mereka tidak boleh mengabaikan juga persoalan kenapa sesuatu itu berlaku.Ini membabitkan persoalan yang melepasi dimensi fizikal semata-mata.

  • PENGEMBALIAN SAINS KE PANGKUAN ISLAMUsaha terpenting umat Islam pada masa kini ialah bagaimana amengembalikan semula sains kepada paksinya yang satu iaitu agama.Antara rumusan untuk melaksanakan usaha-usaha murni kea rah pengIslaman sains ini ialah :aKeharmonian agama dan sains,tiada pertentangan di antara kedua-duanyabTerdapat proses pertumbuhan yang selari di antara agama dan sains di dalam sejarah dan dalil-dalil menunjukkan agama mencetuskan kegiatan sains

  • cFakta yang relevan mengisyaratkan bahawa sains telah memantapkan lagi ajaran agama dan demikian juga sebaliknyadPenampilan sains adalah dari cetusan agama malah prinsip-prinsip dan fakta-fakta sains terdapat di dalam teks keagamaan

  • eTerdapat stimuli dan stigma dari falsafah ketuhanan yang menjadi mekanisme kepada eksperimen sains.Justeru itu agama membentuk pemangkin kepada sains dengan rujukan kepada suruhan dan ajaran TuhanfHubungan sains dan agama dari segi fungsinya adalah untuk mencapai kebahagiaan manusia

  • **SEKIAN. TERIMA KASIH