aa203 sains teknologi - pengklonan

28
POLITEKNIK SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH POLITEKNIK PREMIER DISEMBER 2012 SEMESTER 2 JABATAN KEJURUTERAAN MEKANIKAL AA203 SAINS TEKNOLOGI DKM2D PENGLKLONAN MANUSIA, HAIWAN, DAN TUMBUHAN MENURUT PANDANGAN ISLAM: ADAKAH MENENTANG TUHAN? MUHAMMAD FAIZ BIN AWANG 08DKM12F1124 ANNUAR RASHID BIN ABDUL AZIZ 08DKM12F1125 AMYRUL AFIQ BIN NAZARI MOHAMAD NURKHAIRIN BIN UMOR 08DKM12F1127 AMIR KHAIRIL KHAZMIE BIN ABD RAZAK 08DKM12F1112 1

Upload: pais-dt

Post on 19-Jun-2015

3.562 views

Category:

Education


1 download

DESCRIPTION

AA203 SAINS TEKNOLOGI PENGKLONAN

TRANSCRIPT

Page 1: AA203 Sains Teknologi - Pengklonan

POLITEKNIK SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAHPOLITEKNIK PREMIER

DISEMBER 2012 SEMESTER 2

JABATAN KEJURUTERAAN MEKANIKAL

AA203 SAINS TEKNOLOGI

DKM2D

PENGLKLONAN MANUSIA, HAIWAN, DAN TUMBUHAN MENURUT PANDANGAN ISLAM: ADAKAH MENENTANG TUHAN?

MUHAMMAD FAIZ BIN AWANG 08DKM12F1124

ANNUAR RASHID BIN ABDUL AZIZ 08DKM12F1125

AMYRUL AFIQ BIN NAZARI

MOHAMAD NURKHAIRIN BIN UMOR 08DKM12F1127

AMIR KHAIRIL KHAZMIE BIN ABD RAZAK 08DKM12F1112

1

Page 2: AA203 Sains Teknologi - Pengklonan

SENARAI KANDUNGAN

NO. TAJUK MUKA SURAT

1. PENGENALAN

a. DEFINISI PENGKLONAN

b. LATAR BELAKANG

c. OBJEKTIF

2. ULASAN ISI

3. PENGAJARAN

4. KESIMPULAN

5. RUJUKAN

2

Page 3: AA203 Sains Teknologi - Pengklonan

PENGENALAN PENGKLONAN

DEFINISI PENGKLONAN

Klon ialah proses menghasil dan menyalin sesuatu makhluk yang baru dari spesis makhluk

yang sama dengannya melalui proses pengembangan sel-sel tertentu melalui kaedah tertentu. Ia

melibatkan klon manusia, binatang dan juga tumbuh-tumbuhan. Organisma hidup terbina daripada

unit-unit sel. Begitu juga dengan badan manusia. Setiap sel itu mengandungi molekul-molekul asid

nukleik deoksiri (DNA). Penghasilan haiwan yang sama dari segi genetik akibat “pembahagian

embrio”. Keadan ini berlaku secara semulajadi pada tahap dua sel untuk menghasilkan kembar

seiras. Penciptaan satu atau lebih haiwan yang sama dari segi genetik dengan memindahkan

nukleusnya. Proses ini juga dikenali sebagai Pemindahan Nuklear (Nuclear Transfer) ataupun

penggantian sel nuklear sepertimana Dolly dihasilkan.

Secara ringkasnya, pengklonan boleh dieertikan sebagai Pengklonan adalah satu proses

pembiakan seksual tanpa memerlukan percantuman sel jantan (sperma) dengan sel betina (ovum).

Sebaliknya apa yang diperlukan ialah sel matang mengandungi kod genetik, iaitu asid

deoksiribonukleik (DNA), yang dimasukkan ke dalam ovum yang tidak tersenyawa, yang

dikeluarkan nukleusnya.

LATAR BELAKANG

3

Page 4: AA203 Sains Teknologi - Pengklonan

Sebenarnya, teknik pengklonan telah dijalankan berpuluh-puluh tahun yang lalu. Banyak

ahli sains yang menyoalkan bahawa adakah pengklonan haiwan berlaku pada 1950-an. Adalah

dipercayai bahawa spesis yang julung-julung kali dijalankan eksperimen pada masa itu ialah

berudu, iaitu anak katak pada tahun 1952. Akan tetapi, tiada bukti yang mengesahkannya

kerana eksperimen tersebut tidak terbuka kepada orang awam. Pada tahub 1963, seorang

embriologi Cina yang bernama Thong Dizhou, telah mengklonkan seekor ikan. Keputusan

pengklonan tersebut telah diterbitkan dalam journal sains Cina, yang tidak diperterjemahkan

dalam Bahasa Inggeris.

Pada tahun 1997, mamalia yang pertama telah diperklonkan. Seekor bebiri, bernama

“Dolly” telah Berjaya diperklonkan di Institusi Roslin di Edinburgh, Scotland. Ia hidup selama 6

tahun dan disahkan mati kerana menghidapi penyakit peparu. Akibatnya, ini mengakibatkan

berlaki kontroversi bahawa klon-klon spesis tidak hidup lama. Ahli sains Roslin membela

bahawa Dolly mati disebabkan oleh penyakit peparu yang biasa dijangkiti oleh bebiri,

terutamanya bebiri yang dipelihara di dalam bagunan. Memamg tidak dapat disangkakan, Dolly

merupakan seekor bebiri yang dilindungi dengan sekuriti yang ketat. Ini menyebabkan Dolly

dijangkiti penyakit tersebut lalu mati. Pada tahun-tahun yang seterusnya, pelbagai spesis

Berjaya diperklonkan. Antaranya termasuklah kuda, kucing dan monyet.

Malah, pada tahun 2002, seorang bayi manusia yang bernama Eve, telah dilahirkan

dengan teknik pengklonan, oleh Dr Brigitte Boisselier di Amerika Syarikat. Kelahiran bayi itu,

katanya, bukan saja menggembirakan ibu bapa bayi terbabit malah memberi harapan kepada

pasangan yang bermasalah untuk mendapat anak. Eve dikatakan diklon daripada ibunya,

seorang warga Amerika Syarikat berusia 31 tahun. Pengklonan Eve dilakukan selepas wanita

itu dan suaminya gagal mendapat anak disebabkan suaminya mandul.

Walaupun ramai yang mempertikaikan kesahihan dakwaan saintis aliens ini ( saintis

terbabit percaya manusia dijadikan oleh makhluk asing atau aliens), kelahiran Eve sebenarnya

menandakan bermulanya satu era baru dalam kelahiran manusia. Kelahiran pertama seorang

bayi yang tidak mengikut hokum fitrah, tidak menerusi percampuran lelaki dn perempuan,

persenyawaan air mani dan telur, sebaliknya melalui mana-mana sel badan manusia untuk

menghasilkan penduaan.

OBJEKTIF KAJIAN

4

Page 5: AA203 Sains Teknologi - Pengklonan

1. Digunakan untuk mengubati penyakit atau menggantikan organ yang telah rosak

(seperti jantung, hati atau ginjal).

5

Page 6: AA203 Sains Teknologi - Pengklonan

PENGKLONAN MANUSIA, HAIWAN DAN TUMBUHAN MENURUT PANDANGAN ISLAM

1.1 HUKUM PENGKLONAN MENURUT ISLAM

Panel Kajian Syariah dalam mesyuaratnya pada 1 Mac 2002 telah memutuskan bahawa:

1. Pengklonan untuk tujuan pembiakan manusia hukumnya adalah haram, kerana ianya

bertentangan dengan fitrah kejadian manusia.

i. Perbuatan ini akan menjatuhkan darjat manusia sama seperti haiwan dan

bertentangan dengan hikmat kejadian manusia seperti yang diterangkan Allah SWT

di dalam ayat 70, surah Al-Isra', yang bermaksud dan ayat 12-14, surah Mu'minun,

juga ayat 4, surah At-Tin.

ii. Pengklonan jenis ini juga akan memberikan implikasi yang buruk kepada individu

dan masyarakat. Akibatnya, akan terhakis ikatan kekeluargaan dari segi syarak dan

undang-undang. Hal ini bukan sahaja akan menafikan hak si anak, malah akan

menimbulkan komplikasi, jika si ‘ayah' atau si ‘ibu' tidak lagi mahu bertanggungjawab

terhadap hak tersebut. Kedudukan anak serta ibu tidak lagi terjamin dari segi nafkah,

harta pesaka dan sebagainya setelah berlaku perpisahan atau kematian.

iii. Kebenaran menggunakan kaedah ini kepada wanita yang tidak berkahwin akan

menambahkan lagi masalah ibu tunggal dan anak yang tidak mendapat kasih

sayang bapa. Hal ini menjadi lebih serius dalam jangka panjang, iaitu

berkemungkinan bahawa kaum lelaki tidak diperlukan lagi kerana pembiakan tidak

lagi bergantung kepada sperma lelaki.

iv. Kaedah ini juga akan memusnahkan institusi keluarga, dan bertentangan dengan

fitrah kejadian manusia yang telah ditetapkan oleh Allah SWT seperti yang tersebut

di dalam ayat 30, surah Ar-Rum.

6

Page 7: AA203 Sains Teknologi - Pengklonan

2. Kaedah ini juga tidak seharusnya dibenarkan kepada pasangan suami isteri kerana dari

segi saintifik, status anak yang dilahirkan sebenarnya bukanlah ‘anak' kepada pemberi

nucleus tersebut. Sebaliknya anak klon yang dihasilkan adalah ‘kembar seirasnya' yang

dilahirkan pada waktu yang terlewat oleh orang yang berbeza. Hal ini akan menimbulkan

implikasi terhadap status anak dari sudut syarak, seperti perwalian, nafkah, harta

pusaka, penentuan aurat dan sebagainya.

3. Perbuatan mengklon janin manusia untuk tujuan kajian : Kaedah ini adalah diharuskan

dengan syarat bahawa janin tersebut dimusnahkan sebelum tempoh 120 hari

berdasarkan pandangan para Fuqaha' yang mengharuskan pengguguran kandungan

sebelum sempurna 120 hari.

4. Pengklonan manusia untuk diambil sum-sum tulang atau mana-mana organ pada

manusia yang telah diklonkan hukumnya haram kerana pengklonan ini telah melahirkan

manusia yang cukup sifatnya.

.

5. Pengklonan untuk tujuan perubatan seperti mencipta sel-sel tertentu bagi menggantikan

organ yang rosak hukumnya adalah harus.

Muzakarah yang diadakan pada 11 Mac 2002 telah mengambil perhatian tentang pandangan

Panel Kajian Syariah seperti yang tersebut di atas, dan telah membuat keputusan seperti

berikut:

1. Pengklonan manusia untuk apa-apa tujuan sekalipun adalah haram kerana ianya

bertentangan dengan fitrah kejadian manusia yang ditentukan oleh Allah SWT.

2. Penggunaan ‘stem cell' bagi tujuan perubatan dan kajian, yang diambil bukan dari

proses pengklonan adalah diharuskan selagi ianya tidak bercanggah dengan hukum

syara’.

7

Page 8: AA203 Sains Teknologi - Pengklonan

2.1 FATWA TENTANG HUKUM PENGKLONAN PEMBIAKAN MANUSIA DAN

PERUBATAN DARI SUDUT SYARA

2.1.1 SUDUT AQIDAH

1. Pengklonan akan menyebabkan wujudnya pertentangan terhadap tujuan Allah S.W.T

menjadiakan manusia serta meningkatkan darjat mereka kepada sebaik-baik kejadian.

Ini dijelaskan oleh Allah melalui firmannya;

“Dan Dialah yang menciptakan manusia daripada air, lalu dijadikanNya

(mempunyai) titisan baka dan pertalian keluarga (persemendaan); dan

sememangnya Tuhanmu berkuasa (menciptakan apa jua yang dikendaki-Nya)”.

2. Perbuatan pengklonan lebih dilihat kepada usaha manusia untuk bertindak di luar

daripada pertaturan yang telah ditentukan Allah S.W.T iaitu kelahiran manusia atau

keturusannya melalui perkahwinan. Ia juga sebagai satu usaha manusia untuk keluar

daripada peraturan hidup yang dicipta oleh Allah S.W.T.

Firman Allah S.W.T:

'’Sesunguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-

baiknya."

3. Perbuatan pengklonan akan menyebabkan manusia merasai dirinya mempunyai kuasa

dan mampu untuk mencipta serta menentukan kejadian manusia lain menurut kehendak

dirinya .Kepercayaan seperti ini bertentangan dengn akidah Islam yang menyakini

bahawa hanya Allah S.W.T sahajalah yang mempunyai kekuasaan dan kehendak dalam

menentukan apakah nasib yang akan menimpa diri seseorang dari alam rahim

sehinggalah hari kematiannya.

8

Page 9: AA203 Sains Teknologi - Pengklonan

2.1.2 SUDUT SYARIAT

1. Manusia tidak harus dijadiakan bahan percubaan sepertimana yang dilakukan kepada

tumbuhan-tumbuhan, binatang dan batu-batan. Ini kerana Allah S.W.T telah memuliakan

serta mengangkat darjat manusia melebihi makhluknya yang lain. Kejadian manusia

bermula daripada tanah kemudian ditiupkan roh sehinggalah sempurna kejadiannya.

Mereka kemudian dipertanggujawabkan dengan tugas-tugas agama. Jesteru,

pengklonan manusia sebagaimana yang dilakukan k eats binatang akan menjadikan

manusia sama seperti binatang sedangkan Allah S.W.T menjadikan manusia dengan

sempurna dan manusia diberi tangungjawab untuk mentadbir dunia ini dengan sebaik-

baiknya.

2. Pengklonan manusia akan mengganggu sistem keturunan dan kesucian sistem

kekeluargaan. Anak yang dilahirkan daripada kasih sayang ibu dan bapa akan terjaga

urusan hidup dan tempat pergantungannya, sebaiknya anak yang dilahirkan daripada

pengklonan boleh meruntuhkan sistem kekeluargaan.

3. Pengklonan juga membuatkan seorang wanita tidak memerlukan lelaki dan seorang

isteri tidak memerlukan suami, kerana wujudnya perasaan dia boleh melahirkan anak

tanpa perlu kepada perkahwinan dan pembentukan keluarga. Jika ini berlaku keluarga

yang akan terbentuk pasti berbeza daripada keluarga yang telah wujud selama ini.

Dengan itu akan lahirlah satu keadaan hidup masyarakat yang luar daripada fitrah

manusia dan alam.

4. Bagi wanita yang tidak berkahwin, kebenaran penggunaan kaedah ini untuk

membolehkan mereka mendapatkan anak juga tidak boleh dibenarkan. Ia akan

menambahkan masalah ibu tunggal dan menindas hak seseorang anak untuk

memdapatkan kasih saying seorang ayah. Dan yang paling ditakuti, kaum lelaki tidak

lagi diperlukan kerana pembiakan tidak lagi kepada spema. Perhubungan seksual akan

dijadikan bahan permainan hanya untuk memenuhi nafsu manusia.

5. Anak yang diklon bukanlah dilahirkan dari perkahwinan yang sah. Ia tidak mempunyai

bapa yang sepatutnya bertanggujawab memberi nafkah kepada anak tersebut.

9

Page 10: AA203 Sains Teknologi - Pengklonan

6. Dari segi perwalian nikah. Keadaan ini akan menjadi rumit ketika anak tersebut akan

berkahwin. Siapakah yang sepatutnya menjadi wali nikahnya jika anak tersebut

perempuan. Bagaimanapula hubungannya dengan kerabat yang lain seperti adik

beradik, ipar dan sebagainya. Apakah batas pergaulan yang sepatutnya antara anak

klon dengan bukan mahramnya.

7. Dari segi nasab anak klon juga akan menghadapi masalah yang sama. Anak klon tidak

dapat diangkat menjadikan anak sendiri.

8. Dari segi pusaka, kerana anak pengklonan tidak ada hubungan darah dan kerabata

yang sebenarnya tidak berhak mendapat pusaka atau menjadi sebab untuk dia

memperolehi warisan. Tidak ada ukuran syarak yang boleh dibuat kepada anak klon

bagi membolehkannya memperolehi harta pusaka.

10

Page 11: AA203 Sains Teknologi - Pengklonan

3.1 PENGKLONAN MENURUT PERSPEKTIF ISLAM

Secara dasarnya, Islam menggalakkan kajian di dalam bidang sains dan teknologi serta

menyambut baik perkembangan ilmu pengetahuan dan penelitian ilmiah, bahkan menjadi

fardhu kifayah kepada umat Islam mengetahui dan mendalaminya. Sejak zaman Rasulullah

S.A.W. Islam menyuruh umatnya meneroka alam bagi menghasilkan sesuatu yang

bermanfaat kepada umat manusia. Walau bagaimanapun, jika kajian yang dilakukan dan

produk yang dihasilkan boleh mendatangkan kemudharatan kepada manusia dan alam, ia

dilarang dan diharamkan oleh Islam.

3.1.1 KLON YANG DIHALALKAN

Tidak semua klon diharamkan, namun begitu klon yang dibolehkan mestilah

mempunyai syarat-syarat berikut;

1. Klon janin manusia untuk tujuan kajian, kaedah ini adalah diharuskan dengan syarat

janin tersebut dimusnahkan sebelum tempoh 120 hari berdasarkan pandangan para

fuqaha’ yang mengharuskan pengguguran kandungan sebelum sempurna 120 hari.

Pengguguran ini diharuskan kerana sebelum 120 hari, janin tersebut masih belum

ditiupkan roh.

2. Klon untuk tujuan perubatan seperti mencipta sel-sel tertentu bagi menggantikan organ

yang rosak, klon jenis ini juga diharuskan dalam Islam.

3. Pengklonan dibenarkan terhadap haiwan dan tumbuh-tumbuhan klon yang dilakukan

terhadap haiwan juga diharuskan berdasarkan syarat-syarat berikut:

i. Penciptaan tersebut sangat penting kepada kehidupan manusia, bukan hanya

kepada sesetengah individu.

ii. Tidak menimbulkan kerosakan atau bahaya yang lebih besar daripada manfaat

yang diperolehi.

iii. Tidak mendatangkan kesakitan atau membahayakan binatang itu sendiri,

sekalipun untuk jangka masa panjang. Tindakan menyakiti makhluk di kalangan

haiwan, hukumnya adalah haram di sisi agama Islam.

4.1 PENGKLONAN MANUSIA, HAIWAN, DAN TUMBUHAN YANG TELAH BERLAKU

11

Page 12: AA203 Sains Teknologi - Pengklonan

iv.1.1 PENGKLONAN MANUSIA

Pada 26 Disember 2002 dunia digemparkan oleh berita kelahiran bayi berjenis kelamin

perempuan hasil pengklonan manusia yang pertama di dunia. Berita tersebut

dihembuskan oleh Clonaid, syarikat yang bergerak dibidang pengklonan makluk hidup

yang beribu pejabat di Bahamas. Bayi tersebut dilahirkan melalui bedah Caesar di lokasi

yang dirahsiakan. "Bayi tersebut dalam keadaan sihat," demikian kenyataan akhbar

yang disampaikan oleh Brigitte Boisselier, Presiden Clonaid waktu itu seperti dipetik

Newscientist. Adapun bayi tersebut merupakan hasil kloningan dari seorang wanita

berusia 31 tahun asal Amerika Syarikat yang mempunyai pasangan yang mandul.

Proses pengkloningan manusia merupakan proses yang rumit kerana DNA manusia

amat kompleks. Sulit memetakan DNA manusiaa, memilih gen yang baik dan

membuang gen yang buruk. Banyak sekali kegagalan dalam proses pengkloningan

manusia. Hasilnya pun mengerikan. Banyak yang tidak tahu bahawa risiko terbesar dari

makhluk hasil pengkloningan adalah kelahiran yang cacat dan tidak sempurna. Selama

ini kita tidak pernah mengetahui betapa teruk daripada bayi-bayi hasil pengklonan

manusia yang gagal. Inilah bayi-bayi hasil pengklonan manusia yang gagal.

12

Page 13: AA203 Sains Teknologi - Pengklonan

Gambar bayi-bayi cacat hasil kloning yang gagal

13

Page 14: AA203 Sains Teknologi - Pengklonan

iv.1.2 PENGKLONAN HAIWAN

Pengklonan Mitosis

Pengklonan adalah proses menghasilkan ciptaan hidupan baru dengan cara mitosis. Setakat

ini, haiwan yang berjaya diklonkan adalah seekor kambing yang diberi gelaran "dolly".

“Dolly” hasil pengklonan

1. Sel somatik diambil daripada penderma sel somatik. Dan paling berkesan adalah diambil

daripada telinga haiwan tersebut. Anda pasti pernah terlihat lembu yang ditindik telinganya. Hal

ini adalah untuk mengambil sel somatiknya dan sebagai nombor siri haiwan tersebut.

14

Page 15: AA203 Sains Teknologi - Pengklonan

2. Sel somatik ini dimasukkan ke dalam telur sel daripada haiwan lain pula melalui "electric

shock". Kemudian sel ini dimasukkan ke dalam rahim penyumbang sel telur tadi, dan haiwan

yang diklon akan dilahirkan.

Proses pengklonan biri-biri

Beginilah cara bagaimana haiwan itu diklonkan.

Dan sesungguhnya, hal ini telah disebutkan dalam al-Quran, dan dibuktikan dengan kemajuan

sains. Maha Suci Allah, Dia telah menunjukkan KebesaranNya kepada kita, namun mampukah

kita lari daripada kebenaran setelah datang kepada kita kebenaran, malahan dengan bukti yang

kukuh lagi.

15

Page 16: AA203 Sains Teknologi - Pengklonan

iv.1.3PENGKLONAN TUMBUHAN

1. Pengklonan tumbuhan dilakukan menggunakan kaedah kultur tisu. Kultur tisu

merupakan teknik atau proses untuk memastikan tisu hidup di dalam nutrien buatan.Tisu

tersebut diambil daripada bahagian-bahagian tumbuhan tertentu dan kemudiannya

dikulturkan sehingga menjadi satu tumbuhan lengkap. ia juga disebut sebagai

micropropagation.

Kultur tisu merupakan satu cara menghasilkan anak pokok yang lengkap bermula

dengan sebahagian kecil tisu tumbuhan dalam eksplant, seperti daun, batang atau sel yang

dikulturkan dalam media secara steril ataupun aseptic untuk tumbesaran. 

Ia juga dikenali sebagai satu teknik memelihara sel atau cebisan tisu haiwan dan tumbuhan

secara in vitro. In vitro merujuk sesuatu yang dijalankan di luar badan organisma, umumnya di

balang kaca ataupun tabung uji. Hasil daipada kaedah ini adalah serba serupa dengan

induknya dan ia mewarisi sifat-sifat pokok induknya dan mengekalkan ciri-ciri asalnya. Jikalau

didapati anak pokok yang dihasilkan berbeza daripada induknya, ini mungkin terjadi pada

bahagian-bahagian tertentu seperti bunga dan daunnya. Misalnya induk yang berdaun lurus

menghasilkan anak pokok yang daunnya sedikit melengkung dan sebagainya.Walau

bagaimanapun, ini adalah jarang berlaku. 

16

Page 17: AA203 Sains Teknologi - Pengklonan

2. Pengklonan bagi haiwan lebih mendatang keburukan berbanding kebaikan, namun

pengklonan tumbuhan lebih mendatangkan manfaat kepada manusia. 

 Banyak kelebihan tanaman melalui kaedah tisu kultur antaranya;

i. Penghasilan bahan tanaman bermutu tinggi, sihat, bebas penyakit dan seragam

dalam jumlah yang besar.

ii. Spesies tanaman herba yang dibiakkan secara in-vitro didapati kurang variasi di

dalam kandungan secondary metabolites berbanding pembiakan biasa. 

iii. Sesuai untuk spesies tanaman yang sukar dibiakkan dan spesies yang hampir

pupus.

iv. Bahan tanaman yang bebas patogen serta disimpan di dalam keadaan in-vitro

membolehkan pertukaran sumber genetik organisme yang selamat di antara

negara.

17

Page 18: AA203 Sains Teknologi - Pengklonan

5.1 ADAKAH PENGKLONAN MENENTANG TUHAN ?

Dari pandangan agama islam,islam memandang berat kekeliruan ini kerana ia akan

membawa kepada masalah penentuan nasab.Firman allah bermaksud ”Dan dialah tuhan

yang menciptakan manusia daripada air,lalu dijadikannya(mempunyai)titisan baka

dan pertalian keluarga (persemendaan) dan sememangnya tuhanmu

berkuasa(menciptakan apa juga yang dikehendakinya)”.(surah fussilat,ayat 54).Dalam

ayat tersebut,jelaslah diberitahu hanyalah tuhan yang mempunyai kuasa untuk mencipta

manusia bukan manusia mencipta manusia.

Pengklonan akan melahirkan generasi manusia yang boleh mencipta manusia dan akan

melahirkan manusia yang akan menafikan kekuasaan tuhan.Perbuatan ini menyebabkan

manusia berasa dirinya mempunyai kuasa dan mampu untuk mencipta serta menentukan

kejadian manusia lain menurut kehendaknya dirinya. Ini akan menyeret manusia kepada

kesesatan akidah kerana mereka beranggapan bahawa manusia juga boleh mencipta

manusia sama seperti kekuasaan tuhan mencipta kejadian alam ini.

Selain itu,teknologi pengklonan manusia dilihat mampu meruntuhkan institusi keluarga yang

ditekankan oleh islam.Hal ini kerana dengan teknologi pengklonan manusia, peranan yang

dimainkan oleh lelaki menjadi tidak lagi penting,sebaliknya wanita yang tidak berkahwin juga

boleh mendapat anak. Ini tentu akan meningkatkan jumlah ibu tunggal dalam satu-satu

masyarakat.

Ini dijelaskan oleh firman allah dalam firmanya yang bermaksud “Wahai sekalian manusia!

bertakwalah kepada tuhan kamu yang menjadikan kamu(bermula)daripada diri yang

satu(adam),dan yang menjadikan daripada(adam)itu pasangannya(isterinya hawa)dan

juga yang membiakkan dari keduanya,zuriat keturunan lelaki dan perempuan yang

ramai.Dan bertakwalah kepada allah yang kamu selalu meminta dengan menyebut-

nyebut namanya,serta peliharalah hubungan(silaturrahim)kaum

kerabat:sesungguhnya allah sentiasa memerhati(mengawas)kamu”.(surah an-

nisa,ayat 1).

18

Page 19: AA203 Sains Teknologi - Pengklonan

PENGAJARAN

Pengajaran atau nilai yang kami perolehi daripada projek mini yang berkaitan dengan

pengklonan manusia, haiwan dan tumbuhan menurut pandangan Islam ialah seperti berikut:

19

Page 20: AA203 Sains Teknologi - Pengklonan

KESIMPULAN

Di akhir penyelidikan yang telah kami lakukan, kami mendapati teknologi pengklonan perlu

diakui sebagai teknologi dan alat yang hebat di abad ini. Kaedah pengklonan dapat memberi

revolusi kepada manusia serta menjaga alam dan sumber persekitaran jika kita melakukan

dengan kaedah dan cara yang betul. Akan tetapi kita adalah diharam mengklonkan manusia

dan menghasilkan individu yang seiras dengan induk manusia, kerana ia bukan sahaja

menentang hukum alam semula jadi malah bertentangan dengan agama Islam.

20

Page 21: AA203 Sains Teknologi - Pengklonan

21

Page 22: AA203 Sains Teknologi - Pengklonan

SUMBER RUJUKAN

INTERNET

http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-negeri/fatwa-tentang-hukum-pengklonan-pembiakan- manusia-dan-perubatan-dari-sudut-syara

http://akucintakanislam.blogspot.com/2012/01/sains-dan-al-quran-pengklonan-haiwan.html

http://cool-ron98.freeservers.com/faedahklon.htm

http://wanville.wordpress.com/2012/08/05/akibat-mencabar-tuhan-bayi-klon-

yang-gagal/

22