cth soalan fonetik

17
BAHAGIAN A (20 Markah Jawab semua soalan. 1. Fonetik dan fonologi adalah bidang kajian ilmu linguistik. Yang dimaksudkan dengan bidang kajian fonetik ialah kajian A mengenai pola bunyi bahasa iaitu mengkaji bunyi-bunyi yang berfungsi dalam sesuatu bahasa. B transmisi signal bunyi daripada penutur kepada pendengar semasa komunikasi sedang berlangsung C mengenai bunyi-bunyi bahasa iaitu menentukan sIstem bunyi satu-satu bahasa dengan berdasarkan jenis-jenis bunyi. D mengenai bunyi-bunyi bahasa yang dihasilkan oleh manusia yang merangkumi cara pengeluaran, daerah pengeluaran dan alat-alat pengucapan yang terlibat dalam penghasilan bunyi-bunyi bahasa itu. 2. Fonetik dan fonologi penting dipelajari dan dikuasai oleh penutur bahasa Melayu kerana A fonetik dan fonologi dapat membantu penutur menguasai morfologi dan sintaksis bahasa Melayu. B fonetik dan fonologi dapat membantu penutur membezakan makna kata dalam bahasa Melayu. C fonetik dan fonologi dapat membantu penutur membezakan kaedah pengeluaran bunyi bahasa mengikut umur. D dapat membantu penutur mengetahui sifat-sifat semula jadi, produksi dan persepsi bunyi-bunyi bahasa Melayu. 3. Rajah 1 di bawah menunjukkan beberapa alat artikulasi yang menghasilkan bunyi-bunyi bahasa secara langsung dan tidak langsung. Yang manakah yang berfungsi sebagai alat artikulasi lelangit lembut. D C (B) B A Rajah 1: Alat-alat artikulasi

Upload: madlane-assing-aline

Post on 03-Jan-2016

112 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

Page 1: cth soalan fonetik

BAHAGIAN A (20 Markah

Jawab semua soalan.

1. Fonetik dan fonologi adalah bidang kajian ilmu linguistik. Yang dimaksudkan dengan bidang kajian fonetik ialah kajian

A mengenai pola bunyi bahasa iaitu mengkaji bunyi-bunyi yang berfungsi dalam sesuatu bahasa.

B transmisi signal bunyi daripada penutur kepada pendengar semasa komunikasi sedang berlangsung

C mengenai bunyi-bunyi bahasa iaitu menentukan sIstem bunyi satu-satu bahasa dengan berdasarkan jenis-jenis bunyi.

D mengenai bunyi-bunyi bahasa yang dihasilkan oleh manusia yang merangkumi cara pengeluaran, daerah pengeluaran dan alat-alat pengucapan yang terlibat dalam penghasilan bunyi-bunyi bahasa itu.

2. Fonetik dan fonologi penting dipelajari dan dikuasai oleh penutur bahasa Melayu kerana

A fonetik dan fonologi dapat membantu penutur menguasai morfologi dan sintaksis bahasa Melayu.

B fonetik dan fonologi dapat membantu penutur membezakan makna kata dalam bahasa Melayu.

C fonetik dan fonologi dapat membantu penutur membezakan kaedah pengeluaran bunyi bahasa mengikut umur.

D dapat membantu penutur mengetahui sifat-sifat semula jadi, produksi dan persepsi bunyi-bunyi bahasa Melayu.

3. Rajah 1 di bawah menunjukkan beberapa alat artikulasi yang menghasilkan bunyi-bunyi bahasa secara langsung dan tidak langsung.

Yang manakah yang berfungsi sebagai alat artikulasi lelangit lembut.

D C (B) B A Rajah 1: Alat-alat artikulasi

4. Berdasarkan Rajah 2 di bawah, daerah yang menghasilkan bunyi geseran bibir gigi bersuara konsonan [v] seperti bunyi perkataan larva ialah

A B C D Rajah 2: Daerah Bunyi Bahasa

Page 2: cth soalan fonetik

5. Bunyi-bunyi vokal dalam bahasa Melayu yang dihasilkan oleh alat-alat artikulasi mempunyai ciri bunyi yang rendah atau tinggi. Ciri bunyi sesuatu vokal ditentukan oleh

A keadaan bibir.

B kedudukan lidah.

C kedudukan pita suara

D kedudukan lelangit keras

6. Bunyi-bunyi diftong dalam Bahasa Melayu mempunyai ciri-ciri tertentu. Pernyataan-pernyataan di bawah tepat tentang bunyi diftong kecuali

A bunyi yang dihasilkan melalui proses geluncuran.

B dilafazkan secara berterusan tanpa ada penggalan.

C gabungan dua huruf vokal yang menghasilkan satu bunyi.

D berada pada semua kedudukan awal, tengah, dan akhir perkataan

7. Konsonan gandingan banyak terdapat dalam kata pinjaman bahasa Melayu. Pilih senarai perkataan yang terdiri daripada konsonan gandingan.

A skrip, straw dan skrol

B skrol, manuskrip dan ghaib

C demokrasi, khusus dan syirik

D khasiat, skrip dan transformasi

8. Simbol fonetik bertujuan untuk membantu penutur menyebut bunyi-bunyi huruf bahasa Melayu dengan tepat. Simbol fonetik yang tepat untuk konsonan pinjaman dalam perkataan yang berikut ialah

A [ fi’il ]

B [ fikir ]

C [ tulus ]

D [ surat ]

Page 3: cth soalan fonetik

9. Bahasa Melayu menggunakan simbol fonetik daripada bahasa Arab bagi menyebut bunyi-bunyi yang tidak terdapat dalam bahasa Melayu asli. Pilih simbol fonetik yang tepat untuk konsonan pinjaman daripada bahasa Arab. I [θ] II [y] III [χ] IV [š]

A I, II dan III sahaja

B I, II dan IV sahaja

C I, III dan IV sahaja

D I, II, III dan IV

10. Fonem vokal berfungsi sebagai penentu penyukuan dalam sebutan perkataan bahasa Melayu. Fonem vokal dalam bahasa Melayu terbahagi kepada _________ jenis.

A dua

B tiga

C lima

D empat

11. Vokal-vokal dalam bahasa Melayu terdiri daripada vokal depan, vokal tengah dan vokal belakang. Yang manakah fonem vokal yang tergolong dalam vokal belakang?

A [ a ] dan [ i ]

B [ i ] dan [ e ]

C [ i ] dan [ u ]

D [ u ] dan [ o ]

12. Alat artikulasi dan artikulator berfungsi untuk mengeluarkan bunyi bahasa melalui proses tertentu. Bunyi konsonan letupan dua bibir [ p ] terhasil melalui I bibir dirapatkan. II pita suara tidak digetarkan. III lelangit lembut dinaikkan ke atas. IV udara dari paru-paru tersekat pada bahagian bibir dan dipaksa keluar.

A I, II, dan III sahaja

B I, II, dan IV sahaja

C I, III, dan IV sahaja

D I, II, III dan IV

Page 4: cth soalan fonetik

13. Fonem diftong bahasa Melayu terdapat dalam pelbagai perkataan. Antara yang berikut, yang manakah bukan fonem diftong bahasa Melayu?

A / buih /

B / gulai /

C / pulau /

D / sekoi /

14. Sesuatu konsonan dalam bahasa Melayu boleh dibezakan berdasarkan ciri-ciri konsonan itu. Ciri yang terdapat pada konsonan geseran / h / ialah bunyi

A bersuara.

B geseran gigi.

C tidak bersuara.

D konsonan pinjaman.

15. Pasangan minimal atau pasangan terkecil dalam bahasa Melayu menunjukkan perbezaan makna. Yang berikut ialah pasangan minimal kecuali

A / sapi / - / səpi /

B / fikir / - / pikir /

C / sepak / - / sepah /

D / padang / - / ladang /

16. Hujung lidah dinaikkan ke gusi dan berlaku sempitan pada arus udara. Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan ke belakang dan menyekat arus udara ke rongga hidung. Pita suara tidak digetarkan. Bunyi yang dihasilkan dinamakan konsonan

A sisian bersuara [ l ].

B getaran gigi bersuara [ r ].

C geseran gusi tidak bersuara [ s ].

D letupan lelangit lembut bersuara [ g ].

Page 5: cth soalan fonetik

17. [ # dia pakai baju adik # ] [ # dia pakai baju # adik # ] Dua ayat di atas merujuk kepada fungsi jeda sebagai unsur

A yang boleh membezakan makna.

B suprasegmental dalam bahasa Melayu baku.

C bunyi yang disengaukan daripada arus tuturan.

D hentian ketika menyebut satu deratan bunyi dalam bahasa Melayu.

18. Fonem segmental konsonan sengauan dalam bahasa Melayu terdiri daripada / m /, / n /, / ɲ /, dan / ŋ /. Pernyataan yang tepat tentang bunyi konsonan sengauan / m / ialah

A dua bibir dirapatkan.

B hujung lidah dinaikkan ke gusi.

C tengah lidah dinaikkan ke lelangit lembut.

D belakang lidah dinaikkan ke lelangit lembut.

19. Kedudukan lidah pada mulanya untuk membunyikan / u /, kemudian bergerak pada vokal yang lain. Bunyi ini hadir dalam perkataan yang berikut.

A / belaian /

B / andaian /

C / universiti /

D / persekutuan /

20. Sebutan dan ejaan kata pinjaman hendaklah mematuhi prinsip penyukuan bahasa Melayu. Pilih padanan perkataan dan sebutan mengikut penyukuan yang betul daripada kata pinjaman berdasarkan jadual di bawah. Ejaan Sebutan

A psikologi [ psiko.lo.ji ]

B akordion [ a.kor.dion ]

C pluralisme [ plu.ral.isme ]

D ambulans [ am.bu.lan.s ]

Page 6: cth soalan fonetik

BAHAGIAN B (40 markah)Jawab semua soalan.

1. Fonem vokal dan fonem konsonan ialah fonem-fonem yang terdapat dalam bahasa Melayu.

(a) Nyatakan dua fonem vokal dalam bahasa Melayu berserta contoh perkataan bagi setiap fonem vokal tersebut.

i. __________________________________________________________

ii.__________________________________________________________ (4 markah)

(b) Fonem konsonan terdapat pada awal, tengah dan akhir perkataan dalam bahasa Melayu. Lengkapkan jadual fonem konsonan di bawah.

Fonem Awal Tengah Akhir /t/ /d/ (6 markah)

/t/ /d/

2. Transkripsi fonetik bertujuan untuk memberikan nilai bunyi sebutan baku yang betul pada konsonan, vokal dan diftong bahasa Melayu.

(a) Transkripsikan perkataan di bawah berdasarkan sebutan baku bahasa Melayu.

i. senggang = _________________________________________

ii. menyanyi = _________________________________________

iii. bertimbun = _________________________________________

iv. mendodoi = _________________________________________

v. menyediakan = _________________________________________ (5 markah)

(b) Cerakinkan perkataan di bawah berdasarkan penyukuan sebutan bahasa Melayu yang betul.

i. cantik = _________________________________________

ii. jelmaan = _________________________________________

iii. hakisan = _________________________________________

iv. semboyan = _________________________________________

v. cendekiawan = _________________________________________ (5 markah)

Page 7: cth soalan fonetik

3. Sebutan bagi kata pinjaman bahasa Inggeris hendaklah bersifat fonemik dan berdasarkan nilai bunyi bahasa Melayu.

(a) Senaraikan lima perkataan pinjaman bahasa Inggeris yang huruf konsonan /g/ disebutkan sebagai [j] dalam bahasa Inggeris tetapi ditulis /g/ dan disebut [g] dalam bahasa Melayu.

i. __________________________________________________________

ii. __________________________________________________________

iii. __________________________________________________________

iv. __________________________________________________________

v. __________________________________________________________ (5 markah)

(b) Sebutan kata pinjaman dari bahasa Arab tertakluk kepada pedoman umum sebutan kata bahasa Melayu jati dan cara sebutan menurut bunyi asal dalam sumber. Tuliskan cara sebutan perkataan yang berikut:

i. taat = _________________________________________

ii. zikir = _________________________________________

iii. ghaib = _________________________________________

iv. Syarat = _________________________________________

v. Syafaat = _________________________________________ (5 markah)

4. Transkripsikan slogan di bawah dengan menggunakan bahasa Melayu baku.

i. ’ budi bahasa amalan bidup kita ’ ________________________________________________________________

ii. ‘ nilai murni lambang ketinggian peribadi ’ ________________________________________________________________

(10 markah)

Page 8: cth soalan fonetik

BAHAGIAN C (40 markah)Jawab dua soalan sahaja.

1. Dalam bahasa Melayu terdapat fonem vokal dan fonem konsonan. Kenal pasti 6 fonem vokal dan 14 fonem konsonan asli dalam bahasa Melayu. Berikan satu contoh perkataan bagi setiap fonem, kemudian tuliskan contoh perkataan tersebut dalam bentuk transkripsi fonemik. (20 markah)

2. Sebutan baku dalam Bahasa Melayu adalah bertujuan untuk menyeragamkan cara penyebutan termasuklah bagi kata terbitan

Tuliskan cara penyebutan perkataan terbitan di bawah mengikut pola pemisah suku kata. Bilangan Perkataan Terbitan Penyebutan Perkataan 1 Beringat 2 Saduran 3 Mengairi 4 Terbantut 5 Bersyarat 6 Serangan 7 Memukau 8 Bersekutu 9 Merengus 10 Sokongan 11 Mencantas 12 Berkenalan 13 Pertunjukan 14 Persetujuan 15 Perlembagaan 16 Mendefinisikan 17 Keseimbangan 18 Perkembangan 19 Mengetengahkan 20 Mengkategorikan (20 markah)

3. Pengetahuan tentang fonetik dan fonologi dalam bahasa Melayu membolehkan seseorang itu menyebut bunyi-bunyi bahasa dengan betul berdasarkan ejaan bahasa baku. Tuliskan semula ayat-ayat di bawah dalam bentuk transkripsi fonetik dengan menggunakan bahasa Melayu baku. Dalam konteks komunikatif, bahasa menjadi penghubung makna dengan mesej. Penguasaan bahasa berlaku apabila orang memahami mesej melalui bahasa yang dituturkan. (20 markah)

Page 9: cth soalan fonetik

BAHAGIAN B

1. (a) Berikan maksud bahasa baku dan jelaskan matlamat pembakuan bahasa.

Bahasa Melayu Baku ialah bahasa Melayu yang sempurna dan lengkap dalam semua aspek, dari segi kod, status, penggunaan bahasa dan betul dalam ejaan, tatabahasa, istilah, penggunaan kata, laras bahasa serta sebutannya.Menurut Garvin dan Mathiot (1998) bahasa baku membawa maksud pembakuan di dalam semua aspek bahasa, berusaha dan melakukan proses pengekodan melalui kutipan informasi pelbagai aspek  bahasa yang diterima daripada masyarakat dan menjadi norma kebahasaan seluruh masyarakat itu. Pengekodan ialah satu persetujuan tidak rasmi yang diambil mengenai satu variasi daripada beberapa variasi yang wujud lalu menjadi kelainan yang mewakili bahasa. Sebagai contoh, satu variasi telah dipilih kerana penggunanya terdiri dari golongan terpelajar. Maka variasi (bahasa itu) diterima pakai oleh penutur-penutur lain. khusus pembakuan bahasa Melayu yang merupakan bahasa kebangsaan mempunyai matlamat untuk:

i.  mewujudkan satu variasi sebutan baku di dalam bahasa Melayu yang dapat digunakan di dalam situasi formal atau rasmi. meningkatkan kecekapan berbahasa Melayu di kalangan pengguna bahasa,

iii. memantapkan sistem dan struktur dalaman bahasa Melayu supaya sistem sebutannya menjadi mantap dan baku sejajar pemantapan dan pembakuan tatabahasa, kosa kata, sistem ejaan dan laras bahasa,

iv. menyeragamkan cara berbahasa dan bertutur dan mengurangkan penggunaan pelbagai variasi dan gaya sebutan disamping menghindarkan penggunaan dialek setempat di dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu di sekolah.

(b) Nyatakan pendekatan yang paling sesuai dan perkara-perkara yang perlu diberi perhatian oleh guru bagi melicinkan proses pengajaran dan pembelajaran sebutan baku.

Pendekatan yang paling sesuai ialah pendekatan situasi dan kontekstual. Seseorang murid perlu memahami situasi yang dibina oleh guru kemudian mereka akan mengajuknya. Guru boleh mewujudkan situasi tertentu seperti di sebuah pasaraya, kaunter pejabat pos, kantin sekolah, stesen bas atau sebagainya. Situasi yang menyerupai keadaan sebenar ini akan menambahbahkan keceriaan di kalangan murid-murid.

Page 10: cth soalan fonetik

Terlebih dahulu guru hendaklah menentukan aspek kemahiran bahasa yang harus dikuasai oleh murid-murid dan ditentukan melalui perancangan objektif pengajaran dan pembelajaran. Contohnya murid dapat menyebut perkataan ekasuku dan dwisuku dengan tepat, sesuai dengan fonetik bahasa Melayu. Antara perkara yang pelu dititikberatkan ialah:

i. Fokus utama dan sampingan hendaklah sesuai dengan rujukan sukatan pelajaran, sama ada murid sekolah rendah atau sekolah menengah.

ii. Kemahiran bahasa hendaklah disepadukan iaitu lisan, membaca dan memahami serta menulis.

iii. Pengetahuan Sedia Ada murid.

iv. Mengenalpasti Bahan Bantu Belajar yang sesuai.

v. Menyusun langkah-langkah pengajaran bermula set induksi hingga penutup dan membuat refleksi sesudah tamat.

vi. Menyediakan bahan-bahan rangsangan seperti

- Perkataan ekasuku = bab, bah, cat, cap, had, ha

- Perkataan dwisuku = ada, abu, baba, bapa, dakwat, danau.

2. (a) Beri definisi kesilapan sebutan dan nyatakan empat kategorinya. 

Sebagaimana yang telah disepakati oleh ahli bahasa, kesilapan sebutan ialah penyimpangan yang berlaku daripada hukum, rumus, norma dan cara sebutan bahasa Melayu baku, semasa menyebut fonem, suku kata, kata, frasa, ayat dan semasa berwacana. Kesilapan intonasi, jeda dan tekanan juga boleh menyumbangkan kesilapan sebutan bahasa Melayu dengan mengakibatkan perubahan makna. Empat kategori kesilapan sebutan seperti berikut;

i. Penyebutan Fonem

Kesilapan penyebutan fonem kebanyakannya dituturkan oleh penutu bahasa Melayu sebagai bahasa kedua dan ketiga. Contohnya, bunyi /b/ dalam 'banyak' disalah sebut /m/ menjadi 'manyak' dan /r/ dalam 'lori' disebut /l/ menjadi 'loli'.

ii. Penyebutan Suku Kata

Kesilapan penyebutan suku kata kebanyakannya berlaku apabila wujud gugusan konsonan dan gugusan vokal terutamanya yang melibatkan kata pinjaman. Contohnya, 'psikologi' disebut 'pi.si.ko.lo.gi'.

Page 11: cth soalan fonetik

iii. Penyebutan Kata

Kesilapannya berkait rapat dengan kesilapan dalam fonem dan suku kata.  Sekiranya seseorang penutur tidak mengenalpasi fonem, tentu sekali dia kurang pasi fonem mana yang hendak dipakai.

Contohnya, 'faham' disebut 'paham' dan 'biologi' disebut 'bioloji'.

iv. Penyebutan Frasa

Kesilapannya adalah akibat daripada pengaruh bahasa asing sebagai sumber masukan daan pinjaman. Contohnya, "Aminah's Restaurant" disebut "Aminah Restoran".

(b) Jelaskan dua faktor yang mempengaruhi kesilapan sebutan. 

Dua faktor yang mempengaruhi kesilapan sebutan ialah;

i. Faktor Fizikal Penutur

Faktor fisiologi seseorang penutur berkait rapat dengan organ pertuturan dan alam sekeliling. Organ pendengaran penutur mestilah berfungsi dengan baik supaya dia dapat memberi respon dengan betul. Sebagai contoh, bayi yang lahir dalam keluarga bisu  berkemungkinan bisu juga.  Anak itu tidak dapat meniru sebutan orang lain kerana tidak memperoleh rangsangan persekitaran.

Bagi anak yang berpeluang meniru perlu memiliki organ pertuturan iaitu bibir atas dan bawah, gigi, gusi, hujung, tengah dan pangkal lidah, lelangit keras dan lembut, tekak, rongga hidung, laring, pita suara dan glotis yang sempurna dan baik. Andainya bibir atas si penutur cacat atau sumbing akan menyebabkan berlakunya nasalisasi atau sengauan. Organ pertuturan yang sempurna akan membantu si penutur berucap dengan baik dan sempurna.

ii. Faktor Sosial Penutur

Apabila seseorang anak dipelihara oleh serigala, maka perilaku anak itu juga seperti serigala. Kejadian ini menunjukkan kesan persekitaran pada kehidupan seseorang individu. Corak dan cara hidup, sosioekonomi dan faktor persekitaran merupakan faktor sosial dan mempunyai kaitan dengan proses pertuturan. 

Persekitaran dan proses sosiolisasi amat perlu untuk melicinkan proses pertuturan yang baik. Lagi banyak kita bersosiologi, lagi mendalam ilmu yang didapati dan lagi luas pendengaran kita mengenai bunyi kata dan ayat. 

Ilmu psikologi juga berkait rapat dengan pertuturan. Seseorang individu akan menjadi pendiam kerana tidak banyak didedahkan dengan 'alam komunikasi' dan perhubungan dengan orang lain. Ia juga mempunyai kaitan dengan sifat, sikap, kepercayaan dan nilai hidup seseorang.

Page 12: cth soalan fonetik

3. (a) Apakah kepentingan penggunaan tanda baca?

Tanda baca ialah aspek mekanika bahan tulisan, contohnya titik (.), koma(,), koma bertindih (;) dan sempang (-). Penggunaan tanda baca yang betul dan tepat di dalam tulisan berkait rapat dengan tatabahasa dan gaya penulisan. Tulisan yang tidak mempunyai tanda baca atau penggunaan yang tidak tepat boleh mengganggu pembacaan dan pemahaman.

(b) Huraikan 3 penggunaan tanda titik, tanda koma dan sempang.

i. Tanda Titik (.)

a. Digunakan pada akhir ayat yang bukan pertanyaan atau seruan.Misalnya:Ayahku tinggal di Melaka.Adnin sudah tidur.

b. Digunakan pada akhir singkatan nama orang.

Misalnya: Md. Lazim bin Abd. Latif Muhd. Yamin

c. Digunakan pada akhir singkatan gelar, jawatan, pangkat dan sapaan.Misalnya:Dr. (Doktor)Y. A.B (Yang Amat Berhormat) Kol. (Kolonel)  

ii. Tanda Koma (,)

a. Digunakan di antara unsur-unsur di dalam suatu pemerincian atau pembilangan.Contohnya, Saya membeli kertas, pen, dan dakwat.Satu, dua, tiga...

b. Digunakan untuk memisahkan ayat setara yang satu daripada ayat setara berikutnya didahului oleh kata seperti, tetapi atau melainkan.

Contohnya, Saya ingin bersenam, tetapi hari hujan

c. Digunakan untuk memisahkan anak ayat daripada ayat induk apabila anak ayat tersebut mendahului ayat induknya

Contohnya, Saya tidak akan bersenam, kalau hari hujan.Dia lupa akan janjinya, kerana sibuk. 

iii. Tanda Sempang (-)

a. Menyambung suku kata dasar yang terpisah oleh penggantian baris.

Contohnya, [         ... ada cara ba-] [ru juga                             ]  

b. Menyambung awalan dengan bahagian kata di akhiran dengan bahagian kata di depan nya pada penggantian baris.

Contohnya,[                 ... cara baru meng- ] [ukur kelapa                              ]  

c. Menyambung unsur-unsur kata ulang.

Contohnya,anak-anakgotong-royong

Page 13: cth soalan fonetik

BAHAGIAN C

1. Jelaskan mengapa aktiviti pembaikpulihan dijalankan di sekolah. 

Menurut Kamus Dewan Edisi 111: 1067: "pulih" bererti kembali seperti biasa (keadaan semula). Dengan merujuk kepada kanak-kanak yang menghadapi masalah dalam pembelajaran, "pembaikpulihan" biasanya dikaitkan dengan usaha untuk memperbaiki sesuatu kekurangan atau memperbetulkan sesuatu yang tidak betul.

Pembaikpulihan atau pemulihan ialah aktiviti alternatif yang dirancang oleh guru kepada murid-murid yang tidak dapat mengikuti kemahiran asas kemahiran bahasa. Contoh masalah yang sering dihadapi murid dalam kemahiran bahasa ialah:

a. Kemahiran Lisan

Tidak dapat menyebut bunyi huruf dan perkataan dengan betul.

b. Kemahiran Membaca

Tidak boleh membaca dengan sebutan yang betul dan tidak memahami teks yang dibaca.

c. Kemahiran Menulis

Mencampur-adukkan huruf besar dengan huruf kecil, bentuk huruf terbalik dan tulisan bengkang-bengkok.

Aktiviti pembaikpulihan perlu dijalankan di sekolah kerana:

i. Murid menghadapi masalah pembelajaran di dalam kelas

Kanak-kanak yang mempunyai daya intelek dan kecerdasan yang rendah serta kurang kebolehan menerima pendidikan biasa memerlukan satu program pendidikan yang teratur dan terancang. Aktiviti yang dijalankan dapat membantu mereka menghadapi proses pembelajaran seperti murid biasa.

ii. Mengecilkan jurang perbezaan antara murid bermasalah pembelajaran dengan murid lain Murid yang lemah di dalam sesebuah kelas perlu diberi pembaikpulihan oleh guru agar murid tersebut tidak tercicir dalam pelajaran. Melalui program pembaikpulihan mereka dapat belajar dalam suasana yang lebih menarik dan menggembirakan di dalam kelas biasa. Bagi memastikan keberkesanan aktiviti pembaikpulihan ini, seseorang guru perlu:

i. Menganalisis masalah murid yang telah dikenal pasti memerlukan aktiviti pembaikpulihan

ii. Membuat perancangan teliti dari segi strategi pengajaran dan pembelajaran

iii. Membuat penilaian pada akhir sesuatu sesi pembaikpulihan bagi menentukan sama ada sesi tersebut berjaya atau memerlukan tindakan susulan

Kesimpulannya, Pendidikan Pembaikpulihan adalah satu aktiviti pengajaran dan pembelajaran alternatif untuk membantu murid yang menghadapi masalah di dalam kelas. Program pembaikpulihan ini sesuai supaya jurang perbezaan antara murid dengan murid dapat dikecilkan dan mereka dapat belajar dalam suasana yang lebih baik dalam kelas biasa.

Page 14: cth soalan fonetik