laporan ladang pengeluaran tanaman buah-buahan

14
1 MINGGU 2 TARIKH: 19 September 2013 AKTIVITI : Kaedah Tut A. Bahan yang digunakan ialah GP7, tali pengikat dan plastic B. GP7 direndam dalam air untuk ia mengembang sebagai medium dalam kaedah tut. C. GP7 dibelah kepada dua tetapi jangan membelah kesuluruhan hanya separuh GP 7

Upload: nurezzati-zatie

Post on 13-Jul-2015

289 views

Category:

Education


4 download

TRANSCRIPT

Page 1: LAPORAN LADANG PENGELUARAN TANAMAN BUAH-BUAHAN

1

MINGGU 2

TARIKH: 19 September 2013

AKTIVITI : Kaedah Tut

A. Bahan yang digunakan ialah GP7, tali pengikat dan plastic

B. GP7 direndam dalam air untuk ia mengembang sebagai medium dalam kaedah tut.

C. GP7 dibelah kepada dua tetapi jangan membelah kesuluruhan hanya separuh GP 7

Page 2: LAPORAN LADANG PENGELUARAN TANAMAN BUAH-BUAHAN

2

D. Sebelum meletakkan medium keratkan kulit dahan tersebut dalam jarak 1

inci.Keratkan kulit belah kanan dan kiri serta bawah.kemudian,kopekkan kulit

tersebut.Kikis dahan yang terkopek agar getah tidak melekat pada dahan tersebut

E. Balutkan medium pada dahan yang telah dikiis sebentar tadi

F. Balutkan plastik sekeliling medium tersebut.

Page 3: LAPORAN LADANG PENGELUARAN TANAMAN BUAH-BUAHAN

3

G. Ikat medium berbungkuskan plastik di kedua belah.

H. Kaedah tut yang selesai dilakukan

Page 4: LAPORAN LADANG PENGELUARAN TANAMAN BUAH-BUAHAN

4

MINGGU 3

TARIKH: 26 SEPTEMBER 2013

AKTIVITI : MERUMPUT

A. Merumput bertujuan untuk membuang segala rumput atau halangan yang

berdekatan dengan pokok sebelum pembajaan

B. Merumput boleh menggunakan pencakar atau cangkul bagi memudahkan

membuang rumput yang berdekatan dnegan pokok.

C. Para pelajar boleh mencuba memotong rumput dengan menggunakan mesin rumput

sambil diawasi oleh pekerja ladang

Page 5: LAPORAN LADANG PENGELUARAN TANAMAN BUAH-BUAHAN

5

MINGGU 4

TARIKH : 3 OKTOBER 2013

AKTIVITI : MEMBAJA

BAHAN YANG DIGUNAKAN : NPK Green dan Baja Organik

Sebelum kami membaja, kami diberi penerangan dan teknik yang betul ketika

membaja. Berikut merupakan bahan penting yang digunakan dalam pembajaan. Baja

organik yang digunakan ialah 3 Kg hingga 4 Kg. NPK Green yang diperlukan ialah ¾

daripada 100g. Jumlahnya ialah 15:15:15. Kemudian, setelah penerangan dan

demostrasi,kami melakukan pembajaan secara praktikal sendiri.

RAJAH 1 : NPK Green dan Baja Organik

Page 6: LAPORAN LADANG PENGELUARAN TANAMAN BUAH-BUAHAN

6

a. Sebelum pembajaan, bina longkang disekeliling pokok untuk memudahkan baja

ditaburkan.

b. Selepas itu, taburkan baja organik 3-4 kg disekitar pokok di dalam longkang yang

dibina.

c. Kemudian, taburkan NPK Green ¾ daripada 100g. Disini kami menyukat baja

menggunakan separuh dari botol air mineral 500ml.

Page 7: LAPORAN LADANG PENGELUARAN TANAMAN BUAH-BUAHAN

7

d. Tutupkan baja yang ditabur sebentar tadi dengan tanah semula agar apabila hujan

baja yang ditabur takkan berselerak.

MINGGU : 5

TARIKH : 10 OKTOBER 2013

AKTIVITI : DEMOTRASI MENCANTAS

A. Antara barang yang digunakan dalam proses mencantas

B. Ini merupakan pokok nangka sebelum dilakukan pencantasan.

Page 8: LAPORAN LADANG PENGELUARAN TANAMAN BUAH-BUAHAN

8

C. Sebelum melakukan pencantasan,kita perlu memilih dahan yang hendak dibuang.

Kita perlu meramalkan kesan untuk pertumbuhan dahan tersebut. Contohnya,dahan

yang menghala kearah jalan perlu dibuang kerana peluang untuk traktor membawa

baja atau air melalui jalan tersebut amat tinggi.Ini dapat mengelakkan dahan tersebut

tersangkut pada traktor atau kesukaran traktor tersebut melalui jalan tersebut.

D. Setelah memastikan dahan yang hendak dicantas. Bagi dahan yang besar dan

keras, pencantasan dilakukan mengunakan gergaji kecil.

Page 9: LAPORAN LADANG PENGELUARAN TANAMAN BUAH-BUAHAN

9

E. Seperti rajah diatas,kita dapat melihat cara mencantas dahan yang kecil dan dahan

yang besar. Dahan yang kecil hanya dipotong menggunakan gunting cantasan iaitu

secaterus. Manakala dahan yang besar menggunakan gergaji cantasan.Pertama

sekali, dahan yang hendak dibuang di bahagian bawah dipotong (10-15 cm daripada

batang) sedalam setengah lilitan batang.Diikuti dengan pemotongan dari bahagian

atas dengan jarak 2-3 cm dari potongan pertama Akhir sekali, tunggul yang tinggal

dipotong.

F. Dahan yang kecil dipotong menggunakan gunting cantasan.Rajah sebelah

menunjukkan kedudukan gunting yang betul ketika mencantas dan potong secara

menegak untuk mengelakkan kecederaan yang besar kepada pokok.

Page 10: LAPORAN LADANG PENGELUARAN TANAMAN BUAH-BUAHAN

10

G. Keadaan pokok selepas dicantas mengalami kecederaan yang minima.

H. Setelah mencantas, dahan yang terlalu tinggi akan di “train”. Buluh digunakan

sebagai pancang untuk mengikat tali rafia.Sediakan tali raffia,ukuran mengikut jarak

pancang dengan bahagian tengah dahan.Ikat

Page 11: LAPORAN LADANG PENGELUARAN TANAMAN BUAH-BUAHAN

11

MINGGU 6

TARIKH: 17 OKTOBER 2013

KELAS DIBATALKAN

Page 12: LAPORAN LADANG PENGELUARAN TANAMAN BUAH-BUAHAN

12

MINGGU 7

TARIKH: 24 OKTOBER 2013

AKTIVITI: AMALI MENCANTAS

A. Minggu ini kami melakukan amali mencantas selepas melihat demostrasi pada

minggu 5. Ini keadaan pokok sebelum mencantas.

B. Dahan yang kami pilih untuk dicantas

Page 13: LAPORAN LADANG PENGELUARAN TANAMAN BUAH-BUAHAN

13

C. Dahan yang hendak dicantas,kami potong menggunakan gunting cantasan iaitu

secaterus.Dahan yang kami potong kesemuanya merupakan dahan yang kecil

dan tidak memerlukan gergaji cantasan

D. Keadaan batang pokok setelah dahan dicantas

Page 14: LAPORAN LADANG PENGELUARAN TANAMAN BUAH-BUAHAN

14

E. Selepas mencantas,kami mengenal pasti dahan yang ingin kami latih supaya

mengikut bentuk yang kami kehendaki. Cucukkan buluh yang sederhana tinggi

sebagai pecacak dan ikat tali rafia pada pecacak terlebih dahulu.

F. Kemudian,tarikkan tali tersebut kearah dahan yang hendak dilatih.Ikat dengan

kuat dan pastikan dahan tersebut mengikut arah yang ingin kita bentukkan.

G. Keadaan pokok ini selepas proses pencantasan dan “Train”