laporan-pbe (1) wan punya cth

14
DVM TEKNOLOGI ELEKTRONIK (ETN) TAHUN 2 LAPORAN PBE TAJUK: MINI EMERGENCY LIGHT DISEDIAKAN OLEH: Mohd Syazwan bin Syamadi K761AETN018 960126 – 15 – 5031 1

Upload: daniel-ambrose

Post on 09-Sep-2015

69 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

Laporan

TRANSCRIPT

DVM TEKNOLOGI ELEKTRONIK (ETN) TAHUN 2

LAPORAN PBE

TAJUK:MINI EMERGENCY LIGHT

DISEDIAKAN OLEH:Mohd Syazwan bin SyamadiK761AETN018960126 15 5031

penghargaan

Alhamdulillah syukur kehadrat Ilahi kerana berkat dan nikmat serta kurniaan dari-Nya, akhirnya dapat juga saya menyiapkan laporan penuh mengenai projek PBE ini. Di dalam menyiapkan laporan ini, terlalu banyak dugaan dan cabaran yang terpaksa saya harungi, tapi semua itu saya jadikan sebagai satu pengajaran dan pengalaman yang cukup berharga kerana penat lelah saya akhirnya berbaloi apabila laporan ini akhirnya berjaya disiapkan dengan jayanya. Ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada pensyarah saya kerana banyak membantu saya dalam semua segi terutamanya apabila saya hampir hilang semangat kerana buntu untuk memikirkan cara yang sepatutnya untuk menyelesaikan masalah yang di hadapi. Selain itu, ucapan ini ditujukan juga kepada kedua-dua ibu bapa saya kerana banyak menyokong dan membantu saya dari segi kewangan, semangat dan moral. Tidak lupa juga kepada rakan-rakan sekelas saya serta mereka yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam membantu saya menyiapkan laporan ini dengan jayanya. Sekian.

isi kandungan

Perkara

Muka Surat

Halaman Judul

1

Penghargaan

2

Isi Kandungan

3

Bahagian Awal

Pengenalan Skop Objektif

4

Bahagian Utama

Komponen yang Digunakan Langkah Pembuatan Projek Carta Gant Operasi Litar Kos Penghasilan Projek Masalah yang Dihadapi dan Cara Mengatasi Kelemahan Projek Kesimpulan

5 9

Bahagian Tambahan

Rujukan Lampiran

1011 12

pengenalan

Litar ini ialah litar untuk lampu kecemasan yang berdasarkan komponen LDR yang akan berfungsi untuk menyalakan lampu LED apabila ada kegelapan di dalam satu bilik. Ia boleh digunakan sebagai lampu kecemasan yang mudah untuk disimpan di bilik kanak kanak supaya dapat mengelak dari berlak kecemasan apabila berlaku blackout.objektif

Di dalam membina dan menyiapkan projek ini terdapat beberapa objektif yang ditetapkan. Antaranya : Membuat lampu kecemasan yang murah dan efektif. Menyediakan lampu kecemasan yang mudah diguna oleh pengguna. Menyediakan lampu kecemasan yan selamat diguna untuk kanak kanak dan dewasa.skop

Skop atau had perlaksanaan projek perlu dibuat sebagai rujukan bagi memastikan setiap perlaksanaan projek tidak terkeluar dari objektif yang ingin dicapai. Skop perlaksanaan projek ditetapkan berdasarkan objektif atau matlamat projek. Oleh itu, projek ini mestilah tidak melampaui matlamat dan fungsinya. Diantaranya: Litar lampu kecemasan mestilah mudah dan senang untuk dibaiki. Komponen yang diperlukan untuk membuat litar mestilah sedikit dan jimat kos. Menggunakan bateri untuk menghidupkan lampu kecemasan.

komponen yang digunakan

1. LDR (Light Dependant Resistor)LDR telah dipilh untuk kegunaan projek ini. Ini kerana selain murah dan mudah diperolehi, LDR juga mempunyai kepekaan yang tinggi.

2. PerintangPerintang merupakan komponen elektronik yang paling kerap digunakan pada mana-mana litar elektronik, alatan elektronik dan juga projek elektronik. Perintang berfungsi merintangi atau menghadkan pengaliran voltan melaluinya. Ia juga berfungsi sebagai pembahagi voltan. Ia mengandungi nilai-nilai yang berperingkat-peringkat seperti dari Ohm meningkat ke Kilo Ohm (K) hingga ke Mega Ohm (M). Perintang boleh dibahagi kepada 2 jenis iaitu perintang tetap dan perintang boleh ubah.

3. Perintang Boleh UbahPerintang boleh laras merupakan perintang yang mempunyai nilai rintangan yang boleh dilaraskan secara mekanikal sama ada dengan cara pusingan ataupun secara sliding. Ia juga selalu disebut sebagai VR. VR mempunyai pelbagai bentuk dan saiz. Ia juga mempunyai nilai rintangan yang berbeza-beza sama seperti memilih perintang tetap.

4. TransistorTransistor berfungsi sebagai penguat. Ia menguatkan voltan dan arus mengikut penyambungan litar tertentu. Selain itu juga transistor boleh berfungsi sebagai suis. Suis elektronik. Kaki transistor adalah 3 iaitu Base (tapak), Collector (pemungut) dan Emitter (pengeluar/ pemancar). Ketiga-tiga kaki ini mempunyai fungsi tertentu.

5. LED (Light Emitting Diode)Pembawa cas - elektron dan lubang - mengalir ke simpang dari elektrod dengan voltan berbeza. Apabila elektron bertemu dengan lubang, ia akan jatuh ke tahap tenaga lebih rendah, dan melepaskan tenaga dalam bentuk foton.

langkah pembuatan projek

1. Mereka LitarReka bentuk sebuah litar yang bakal diterapkan kepada Stripboard daripada sebuah litar skematik yang telah sedia ada. Proses ini sebaiknya dilakukan di atas sehelai kertas graf yang sesuai. Reka litar yang tidak atau mempunyai kurang pelompat jumper.

2. Pengujian Komponen Langkah yang kedua adalah mendapatkan komponen-komponen yang berkaitan dengan litar-litar yang terlibat dengan projek. Setelah semua komponen-komponen didapati, komponen-komponen tersebut perlu diuji sama ada ia dalam keadaan baik atau sebaliknya. Ini bagi memastikan tiada masalah yang akan timbul apabila pengujian ke atas litar yang telah siap dilakukan.

3. Pemasangan Komponen Pada StripboardSemasa proses pemasangan komponen, beberapa langkah sebelum dan selepas pemasangan perlu dilakukan bagi menghasilkan pemasangan komponen yang sempurna. Langkah-langkah ini amat penting dan perlu dilakukan dengan penuh hati-hati dan penuh ketelitian.

4. Pengujian Setelah PemasanganProses yang terakhir ialah pengujian litar. Ia adalah untuk memastikan projek boleh berkendali dengan baik dan sempurna. Untuk proses ini multimeter diperlukan untuk mengukur dan memastikan ada arus mengalir. Sebelum proses pengujian dilakukan projek diperiksa terlebih dahulu. Kaki-kaki komponen diperiksa untuk memastikan tiada kaki yang terpintas dan dipasang dengan polariti yang betul.

carta gant

AKTIVITI/MINGGUM1M2M3M4M5M6M7M8M9M10M11M12

TAKLIMAT & PROJEK

BIMBINGAN DAN PERBINCANGAN PROJEK

PELAKSANANAAN PROJEK

PENYEDIAAN LAPORAN

PEMBENTANGAN LAPORAN & PROJEK

PENGHANTARAN LAPORAN & PROJEK

operasi litar

Litar ini digunakan sebagai pengesan cahaya. Litar ini terdiri daripada komponen transistor NPN 2N2222A, perintang 1K Ohm, perintang 330 Ohm, LED, Perintang Boleh Ubah 100K dan LDR (light dependent resistors). Litar ini mengesan cahaya untuk menghidupkan lampu LED apabila berlakunya blackout

kos penghasilan projek

Dalam jadual ini menunjukkan komponen-komponen yang digunakan adalah murah dan dapat menjimatkan kos.

BIl.KomponenKuantitiHarga SeunitJumlah

1. LDR1RM2.00RM2.00

2. Perintang Boleh Laras 100K1RM1.50RM1.50

3. Perintang 1K1RM0.10RM0.10

4. Perintang 3301RM0.10RM0.10

5. LDR 1RM1.20RM1.20

6. Transistor 2N2222A1RM2.00RM2.00

7. Bateri 9V1RM10.00RM10.00

JumlahRM16.90

masalah yang dihadapi dan cara mengatasi

Litar mengalami sedikit masalah iaitu litar ini tidak berfungsi seperti yang dikehendaki. Setelah diperiksa berulangkali didapati bahawa cahaya untuk membolehkan LED mati tidak mencukupi. Masalah ini dapat diselesaikan dengan mengurangkan sensitiviti LDR. Ianya dilakukan dengan memusingkan perintang 100K yang terdapat pada litar ini. kelemahan projek

Projek ini juga tidak dapat digunakan jika tiada tempat yang sesuai disediakan seperti bilik - bilik yang tidak mempunyai cahaya yang terang. Projek ini mestilah diletakkan dikawasan yang mempunyai cahaya yang terang. Dan antara kelemahan terbesar ialah litar ini tidak dapat berfungsi sekiranya bekalan bateri telah habis.

kesimpulan

Dengan terciptanya projek ini, ia sekurang- kurangnya ia dapat membantu rakyat Malaysia mengurangkan perbelanjaan mereka. Memandangkan keadaan ekonomi semasa yang tidak menentu serta harga barangan yang melambung tinggi.Akhir sekali, diharap projek ini dapat dimanfaatkan sepenuhya, diterima dan digunapakai dan sesuai dengan perkembangan teknologi di zaman ini serta hasil yang didapati dari projek ini dapat memenuhi kehendak semua pengguna.

rujukan

1. Prinsip Elektrik dan Elektronik Tingkatan 4 & 5

PENULIS: Sabariah Binti Haji Bohanudin, Maimunah Binti HusienNO. KK: 600 1076721NO. ISBN: 9836286683PENERBIT: DBPTAHUN TERBITAN: 2005HALAMAN: 248

2. Aplikasi Elektrik dan Elektronik Tingkatan 4 & 5

PENULIS: Mohamed Nazi Haji Mustafa, Ramli Bin JimanNO. KK: 600 1073721NO. ISBN: 983628611XPENERBIT: DBPTAHUN TERBITAN: 2005HALAMAN: 248

3. Electronics - Using an NPN Transistor as a Switch

https://www.youtube.com/watch?v=gEMBXxWKUS0

4. Total Resistance and Calculating Voltage, Current, and Power for any Resistor

https://www.youtube.com/watch?v=vM6wRzWZHPw

lampiran

Gambar Rajah Litar Skematik

Gambar Rajah Litar

Kefungsian Litar

7