cth 1

9
1.0 PENGENALAN Peranan guru amat penting dewasa ini, ia adalah domain utama yang perlu dilaksanakan dengan penuh amanah dalam proses penerapan dan penyampaian ilmu kepada anak bangsa. Ledakan era globalisasi turut mengheret kemajuan pesat bidang pendidikan negara. Hal ini menuntut warga pendidik untuk membangunkan diri, sama ada secara rela atau tidak supaya selari dengan bidang pendidikan yang sememangnya sentiasa berubah dan mengalami pembaharuan dari masa ke semasa. Situasi inilah secara umumnya telah mengakibatkan warga pendidik terpaksa berhadapan dengan pelbagai tugas dan tanggungjawab yang lebih mencabar, lebih berat dan semakin terbeban. Situasi inilah menyebabkan guru-guru dikatakan sangat terdedah kepada risiko tinggi untuk mengalami stres. Dipetik daripada Utusan Online ruangan Gaya Hidup bahagian pendidikan oleh Noor Hamizah Abu Bakar di dalam artikelnya yang bertajuk; Guru Lebih Stes, menyatakan hasil kajian mendapati bahawa guru berada di kedudukan keempat dalam kerjaya yang paling mencetuskan tekanan atau stres terutama dari segi fizikal selepas polis, pegawai penjara dan jururawat. Malah, kedudukan itu berada di atas daripada profesion tentera yang menduduki tempat ke lima. Stres di kalangan guru merupakan topik popular yang tidak asing lagi dibincangkan oleh media massa mutakhir kini. Di Malaysia, stres di kalangan guru dilaporkan meningkat pesat selari dengan kepesatan pembangunan pendidikan di Malaysia. Laporan berkenaan masalah dan salah laku guru di dada-dada akhbar, hampir kesemuanya adalah kesan daripada kegagalan guru-guru berkenaan menguruskan stres dalam diri. Masalah stres dikalangan guru haruslah dikenal pasti dan diketahui punca sebenar seterusnya ditangani sewajarnya. Sekiranya tidak ditangani masalah ini akan merebak sehingga mengakibatkan permasalahan- permasalahan yang serius yang berhubung kait rapat dengan gangguan emosi, perubahan dalam tingkah laku seterusnya burn out yang menghalang mereka daripada melaksanakan tugas dan tanggungjawab dengan lebih berkesan (Kyriacou dan Sutcliffe, 1978). 2.0 DEFINISI STRES Stres merupakan perkataan pinjaman yang bersal daripada perkataan bahasa Inggeris; stress yang membawa maksud tekanan, titik berat, dan ketegangan. Kamus Oxford pula mendefinisikan stres sebagai satu tekanan atau desakan, usaha, tuntutan ke atas keupayaan fizikal atau mental.Ini bermaksud stres adalah suatu keadaan dimana kekuatan fizikal, mental dan emosi seseorang individu teruji

Upload: zaini-md-saad

Post on 24-Dec-2015

221 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

edu

TRANSCRIPT

Page 1: cth 1

1.0       PENGENALAN

Peranan guru amat penting dewasa ini, ia adalah domain utama yang perlu dilaksanakan

dengan penuh amanah dalam proses penerapan dan penyampaian ilmu kepada anak bangsa.

Ledakan era globalisasi turut mengheret kemajuan pesat bidang pendidikan negara. Hal ini

menuntut warga pendidik untuk membangunkan diri, sama ada secara rela atau tidak supaya

selari dengan bidang pendidikan yang sememangnya sentiasa berubah dan mengalami

pembaharuan dari masa ke semasa. Situasi inilah secara umumnya telah mengakibatkan

warga pendidik terpaksa berhadapan dengan pelbagai tugas dan tanggungjawab  yang lebih

mencabar, lebih berat dan semakin terbeban. Situasi inilah menyebabkan guru-guru dikatakan

sangat terdedah kepada risiko tinggi untuk mengalami stres.

Dipetik daripada Utusan Online ruangan Gaya Hidup bahagian pendidikan oleh Noor

Hamizah Abu Bakar di dalam artikelnya yang bertajuk; Guru Lebih Stes, menyatakan hasil

kajian mendapati bahawa guru berada di kedudukan keempat dalam kerjaya yang paling

mencetuskan tekanan atau stres terutama dari segi fizikal selepas polis, pegawai penjara dan

jururawat. Malah, kedudukan itu berada di atas daripada profesion tentera yang menduduki

tempat ke lima.

Stres di kalangan guru merupakan topik popular yang tidak asing lagi dibincangkan oleh

media massa mutakhir kini. Di Malaysia, stres di kalangan guru dilaporkan meningkat pesat

selari dengan kepesatan pembangunan pendidikan di Malaysia. Laporan berkenaan masalah

dan salah laku guru di dada-dada akhbar, hampir kesemuanya adalah kesan daripada

kegagalan guru-guru berkenaan menguruskan stres dalam diri. Masalah stres dikalangan guru

haruslah dikenal pasti dan diketahui punca sebenar seterusnya ditangani sewajarnya.

Sekiranya tidak ditangani masalah ini akan merebak sehingga mengakibatkan permasalahan-

permasalahan yang serius yang berhubung kait rapat dengan gangguan emosi, perubahan

dalam tingkah laku seterusnya “burn out” yang menghalang mereka daripada melaksanakan

tugas dan tanggungjawab dengan lebih berkesan (Kyriacou dan Sutcliffe, 1978).

2.0       DEFINISI STRES

Stres merupakan perkataan pinjaman yang bersal daripada perkataan bahasa Inggeris; “stress”

yang membawa maksud tekanan, titik berat, dan ketegangan.

Kamus Oxford pula mendefinisikan stres sebagai satu tekanan atau desakan, usaha,

tuntutan ke atas keupayaan fizikal atau mental.Ini bermaksud stres adalah suatu keadaan

Page 2: cth 1

dimana kekuatan fizikal, mental dan emosi seseorang individu teruji melampaui keupayaan

tubuh dan mindanya yang tidak mampu menahan dan menanggungnya lagi.

Menurut Statt (1981), stres ialah ketegangan fizikal dan psikologi yang berpanjangan

untuk suatu masa, yang boleh menggugat keupayaan seseorang untuk mengendali suatu

situasi.

Hans Selye (1963), telah memberikan maksud yang berbeza mengenai stres dengan

membuktikan di dalam kajiannya terhadap binatang. Beliau menunjukkan bahawa stres boleh

menyebabkan penyakit, seterusnya penyakit yang dihidapi akibat daripada stres yang

berlebihan  boleh membawa maut. Daripada kajian beliau juga mendapati stres juga boleh

berlaku ke atas manusia.

Secara keseluruhannya stres adalah :

·         Ketidakupayaan memenuhi tuntutan persekitaran.

·         Gangguan fungsi kehidupan.

·         Perubahan dinamik yang menyebabkan individu berdepan dengan masalah, kekangan dan

desakan hidup.

·         Peristiwa atau keadaan persekitaran yang mendatangkan akibat yang negatif.

·         Tekanan yang mengakibatkan kebimbingan, keletihan dan ketegangan kepada individu.

·         Tindak balas luaran yang mengganggu mental dan fizikal atau tindak balas kimia dalam

tubuh.

3.0       FAKTOR-FAKTOR STRES DI KALANGAN GURU

            Terdapat banyak punca berlakunya stres dikalangan guru. Faktor-faktor ini dapat

dibahagikan kepada lima faktor utama;

·         Faktor diri.

·         Faktor interpersonal.

·         Faktor organisasi.

·         Faktor kekurangan sumber.

3.1       Faktor diri

Pada zaman yang sangat mencabar, pekerjaan yang diimpikan amat sukar untuk

diperolehi. Kebanyakan mahasiswa keluaran universiti-unversiti tempatan terpaksa mengangur

begitu lama untuk mencari pekerjaan yang selesea, mudah, dan menjanjikan gaji yang

lumayan.

Page 3: cth 1

Profesion keguruan sering dilihat sebagai pilihan terakhir. Sering kali profesion ini

dianggap sebagai profesion peringkat pertengahan di bawah profesion professional yang lain

seperti doktor, jurutera, peguam dan lain-lain. Ini menyebabkan ramai dikalangan guru yang

tidak ikhlas semasa memilih profesion ini. Mereka meramalkan profesion ini begitu selesa dan

tidak menyusahkan kerana beranggapan tanpa latihan asas pun mereka masih boleh menjadi

guru dan menerima gaji bulanan yang lumayan disamping cuti yang banyak.

Hal ini menyebabkan golongan guru seperti ini menghadapi tekanan sebaik sahaja

menjalani kehidupan sebagai seorang guru kerana realiti situasi yang dihadapi tidak seperti apa

yang diramalkan. Menjadi seorang guru bukanlah sesuatu yang mudah. Insan guru mestilah

insan yang ikhlas dan sanggup berkorban.

3.2       Faktor Interpersonal

Daripada kajian yang telah dijalankan, Azizi Yahya (2007) mendapati diantara faktor

interpersonal stres dikalangan guru ialah meraka merasakan diri mereka tersisih daripada rakan

sekerja. Selain daripada itu, rakan guru juga mementingkan diri serta tidak menghormati

tindakan, perasaan serta pendapat dari rakan guru yang lain.

Hal ini sepatutnya tidak berlaku kerana setiap insan guru perlulah meningkatkan

motivasi diri, menanam sikap tolong menolong, bekerjasama dalam menyelesaikan sesuatu

tugasan yang ditetapkan. Di samping menghormati perasaan dan pendapat rakan sekerja

dengan hati yang terbuka dan cuba mempertingkatkan kelemahan yang ada pada diri.

3.3       Faktor Organisasi

Faktor organisasi merupakan antara faktor yang terbesar menyebabkan stres

dikalangan guru. Faktor ini juga merupakan faktor yang utama dalam sektor awam selain guru.

Antara faktor-faktor stres yang dikategorikan sebagai faktor organisasi ialah;

·         Semua kerja perlu segera - kesuntukan masa.

·         Tugasan kerja berterusan (kronik).

·         Perbezaan persediaan tugas dengan ketetapan tugas.

·         Tugasan kerja kerana kuantitatif dan kualitatif.

·         Perubahan dasar yang drastik.

Faktor-faktor yang diatas secara umumnya terus menerus berlaku dalam profesion

keguruan dan telah menambah beban guru. Dipetik daripada arkib Utusan Online bertarikh 18

Mei 2009, Presiden Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP), Hashim Anang di

Page 4: cth 1

dalam laporan yang bertajuk; Beban Tugas boleh Bawa Tekanan Perasaan Guru, menegaskan

bahawa peningkatan beban tugas dan tekanan kerja menyebabkan semakin ramai kalangan

guru terdedah kepada risiko mengalami tekanan perasaan.

3.4       Faktor kekurangan Sumber.

Kekurangan sumber terutamanya sumber tenaga manusia merumitkan lagi masalah

stres yang dihadapi dalam bidang keguruan. Kekurangan guru sememangnya diakui

merupakan faktor yang rumit dan sukar diatasi. Hal ini menabahkan lagi bebanan kerja guru-

guru sedia ada secara terus menerus. Tahap stres guru sememangnya bertambah berikutan

keadaan jumlah guru yang kurang dan tidak seimbang serta peningkatan jumlah murid tahun,

guru-guru seringkali memikul tanggung jawab dan bebanan yang banyak.

Aziz Yahya (2007) menegaskan diantara faktor stres dikalangan guru ialah mereka

terpaksa melakukan tugas yang bertentangan dengan bidang, kemahiran dan kehendak

mereka. Hal ini sama sekali tidak akan berlaku sekiranya bilangan guru di sekolah mencukupi.

4.0       MENGENDALIKAN STRES DI KALANGAN GURU

Kesemua faktor yang menyumbang kepada masalah stres di kalangan guru seharusnya

diambil perhatian sepenuhnya oleh semua pihak seterusnya di atasi dengan cara yang palin

sesuai dan berkesan. Sebagai tunggak pendidikan negara, guru sememangnya perlu bijak

menangani segala isu pendidikan agar dapat mengawal stres. Oleh itu, guru perlu bijak dalam

mengendalikan stres. Kegagalan guru untuk mengendalikan stres memberikan kesan negatif

kepada kesejahteraan fizikal, mental dan emosi guru sekaligus menjejaskan profesion keguruan

dan bidang pendidikan negara.

Stress dalam kalangan guru dapat dikendalikan dengan strategi berikut:

4.1       Kenal pasti reaksi emosional.

Apabila keperluan emosi dapat dikenal pasti maka seseorang guru boleh menangani

stress dengan cara yang lebih positif. Contoh situasi, seorang guru perempuan tidak

bersefahaman dengan pengetua di sekolahnya. Guru tersebut telah menangani stress dengan

cara yang negatif, iaitu menengking pengetua itu. Setelah guru tersebut mengetahui keperluan

emosi dalam dirinya, guru tersebut sedar bahawa tindakannya adalah kerana suatu masa

dahulu ayahnya telah menggunakan pendekatan yang sama oleh pengetua itu, iaitu lagak bapa

yang menghukum anaknya. Guru tersebut sedar bahawa dia inginkan pengetua itu menghargai

beliau. Guru tersebut telah berhadapan dengan pengetua dan memberitahu perasaannya itu.

Akhirnya, hubungan mereka berjaya dipulihkan.

Page 5: cth 1

4.2       Komitmen sosial.

Apabila berhadapan dengan stress, guru memerlukan sokongan daripada orang-orang

di sekelilingnya. Oleh itu, komitmen sosial amatlah penting.

4.3       Kehidupan fizikal.

Stress menjejaskan kesihatan dari segi imunisasi tubuh. Oleh itu, seseorang guru harus

tahu teknik yang berkesan untuk menangani stress terutamanya menjelang waktu-waktu

tekanan memuncak seperti musim peperiksaan pelajar dan pertukaran pentadbiran di sekolah.

Pengetahuan dalam senaman rutin dan pelan makanan seimbang boleh membantu guru

menangani stress. Seorang guru perlu memberi perhatian kepada penjagaan kesihatan dan

kecergasan diri. Perbanyakkan melakukan dan menyertai aktiviti yang menjurus kepada

senaman berbentuk fizikal seperti aerobik dan bermain badminton serta melakukan secara

beramai-ramai bagi menimbulkan suasana yang harmoni dan penuh gelak-ketawa.

Selain dari menjaga kecergasan diri, guru juga boleh bersosial dengan teman-teman

rapat dalam masa yang sama untuk bertukar-tukar pandangan dan pendapat  tentang sesuatu

isu.

Semua guru haruslah mengamalkan gaya hidup yang sihat dalam kehidupan seharian.

Ini termasuklah menjaga soal pemakanan dengan pengambilan makanan yang seimbang serta

banyak menghabiskan masa dengan keluarga dan mengelakkan gaya hidup yang negatif

seperti merokok, minum arak, berhibur di kelab malam dan sering tidur lewat.

4.4       Intelek

Guru hendaklah bergaul dengan golongan yang memiliki tahap intelek yang serupa

dengan mereka kerana aspek intelek boleh membantu guru menangani stress (Gold Yvonne

dan A. Roth Robert, 1993).

Dengan menjadi guru tidak semestinya kita tidak perlu menambah ilmu pengetahuan

terutamanya dalam mengetehui cara mengatasi stres. Guru seharusnya terus

memperbanyakkan maklumat mengenai pengurusan tekanan dari pembacaan buku ataupun

rencana akhbar mahupun menonton rancangan-rancangan berkaitan di televisyen. Lebih

Page 6: cth 1

banyak maklumat yang diperolehi maka  lebih mudahlah untuk seseorang guru mengurus

tekanannya.

Stress jika dibiarkan, boleh mendatangkan kesan sampingan yang tidak baik. Justeru

adalah penting untuk mengubah diri individu untuk menangani stress dengan cara yang terbaik.

Kenal pasti punca yang menyebabkan masalah tersebut dan ubah. Dengan mengetahui punca

stress tersebut, individu bukan hanya meringankan masalah kini malah menghindarkan

berulangnya masalah serupa pada masa akan datang. Contohnya, jika seseorang guru kecewa

dengan perbalahan dengan pelajarnya, guru tersebut mungkin menyedari bahawa punca

kekecewaannya itu bukan disebabkan oleh tingkah laku pelajar tetapi harapan yang tidak

realistik guru berkenaan. Dengan mengubah standard yang ingin dicapai, guru tersebut akan

mendapati bahawa tingkah laku pelajar tidak lagi mengganggunya.

Bagi mengatasi masalah tersebut juga, Goleman (1999) telah menyarankan lima faktor

atribusi terhadap masalah stress atau burnout. Faktor- faktor tersebut ialah:

a) Kesedaran Kendiri (self-awareness)

b) Pengawalan Kendiri (self-regulation)

c) Motivasi Kendiri (self-motivation)

d) Empati

e) Kemahiran Sosial (social skills)

Faktor atribusi pertama iaitu kesedaran kendiri bermaksud kebolehan seseorang guru

untuk mengetahui perasaan mereka dalam satu-satu situasi dan keupayaan mereka untuk

memilih keutamaan panduan dalam membuat keputusan. Seseorang guru yang mempunyai

kesedaran kendiri juga mempunyai penilaian yang realistik tentang keupayaan diri dan mereka

mempunyai keyakinan diri yang utuh.

Pengawalan kendiri (self-regulation) dimaksudkan sebagai kebolehan mengurus emosi

agar ianya memudahkan dan bukannya mengganggu dalam menyelesaikan sesuatu tugasan.

Guru yang boleh mengawal diri mereka sentiasa berhemah dan boleh menangguhkan

sementara perasaan negatif mereka. Guru sedemikian juga cepat pulih daripada tekanan

emosi.

Guru yang mempunyai motivasi kendiri (self-motivation) berupaya menggunakan

kehendak diri dalam menggerak dan memandu arah mereka untuk mencapai sesuatu tujuan.

Motivasi kendiri boleh membantu seseorang dalam mengambil inisiatif dan bersungguh-

Page 7: cth 1

sungguh untuk memperbaiki diri. Individu dengan motivasi kendiri yang tinggi sentiasa tabah

apabila menghadapi masalah atau dalam keadaan kekecewaan yang tinggi.

Empati merupakan faktor atribusi yang boleh membantu seseorang mengesan perasaan

orang lain. Sifat berempati juga membolehkan seseorang guru melihat atau memahami sudut

pandangan orang lain. Sifat ini juga boleh menjadi faktor pencetus dan penyubur kemesraan

dan keserasian dengan individu dari pelbagai latar belakang. Individu yang mempunyai sifat

empati boleh menyelami keperitan, kesusahan, kekecewaan atau keraguan seseorang

terhadap sesuatu perkara. Rogers (dalam Corey, Corey & Callahan 1998) menyatakan bahawa

seseorang yang boleh menunjukkan sifat berempati akan lebih mudah berinteraksi dengan

orang lain terutama dalam proses membantu seseorang. Guru perlu memiliki sikap ini supaya

dengan mudah memahami dan mendekati murid. Murid akan berasa selesa bersama guru

dengan adanya kemahiran tersebut.

Faktor atribusi terakhir yang dicadangkan oleh Goleman (1999) ialah kemahiran

bersosial (social skills). Beliau menyatakan bahawa faktor kemahiran bersosial ini

membolehkan seseorang mengurus pelbagai emosi secara efektif dalam perhubungan. Mereka

juga mampu mentafsir dengan tepat situasi sosial dan jaringannya selain daripada mahir

memujuk dan memimpin. Seseorang guru yang mempunyai kemahiran bersosial yang berkesan

juga mampu menjadi pakar runding yang baik disamping berkebolehan menyelesaikan konflik

bagi mewujudkan kerjasama dan semangat berpasukan dalam bilik darjah.

Selain itu hubungan interpersonal yang baik juga perlu bagi guru antaranya berkongsi

masalah dengan rakan sekerja, rakan sekerja sentiasa memberi kerjasama dan sentiasa

mendapat galakan daripada pentadbir atau pengetua. Guru juga telah dibebankan dengan

pelbagai tugasan pentadbiran yang telah menjadi rutin pekerjaan mereka, umpamanya mengisi

borang, mengutip yuran, mengemas kini kedatangan pelajar, menyediakan laporan prestasi,

menyediakan soalan ujian dan peperiksaan, memberi bimbingan dan pelbagai lagi bagi

memajukan pelajarnya.

Kyriacou (1987) juga menekankan bahawa stres yang berpanjangan boleh melemahkan

mental dan fizikal serta berupaya melemahkan secara signifikan kerjaya guru dan prestasi

pelajarnya kerana stress menjejaskan kualiti pengajaran dan komitmen para guru.

Keberkesanan sesuatu pendidikan adalah bergantung kepada pengerak utama sistem ini iaitu

guru-guru. Prestasi guru dan komitmen adalah penting bagi seseorang guru untuk membantu

anak bangsa dalam memperolehi kejayaan.

Page 8: cth 1

5.0       KAEDAH ISLAM DALAM MENANGANI STRES

Islam merupakan agama yang sempurna. Cara yang terbaik dalam menangani stres

ialah dengan mendekatkan diri kepada Allah. Hashim Anang (2009) menyatakan pendidikan

dan pengamalan Islam yang sepenuhnya akan membantu mengatasi masalah stres dikalangan

guru.

Seorang guru yang beragama Islam seharusnya memainkan peranannya sebagai agen

dakwah dengan melakukan segala perintah di dalam agama Islam terlebih dahulu. Di dalam

ajaran Islam misalnya, amalan solat yang khusyuk lima waktu sehari semalam sebenarnya

merupakan kaedah terbaik untuk mencapai kejayaan dalam kehidupan sekaligus menangani

segala masalah.  Allah SWT berfirman dalam surah al-Mukminun, 23: 1&2 yang bermaksud:

"Sesungguhnya berjayalah orang-orang Yang beriman, Iaitu mereka Yang khusyuk Dalam

solatnya".

Perkataan “aflaha” atau berjaya di sini bukan sekadar berjaya di dunia malah berjaya

juga di akhirat. Mereka yang beroleh khusyuk dalam solat, akan juga beroleh khusyuk dan

ketenangan dalam kehidupan dan minda mereka. Malah seruan azan juga turut mengaitkan

solat dengan kejayaan. Marilah bersolat dan marilah menuju kejayaan.

Abu Darda' di dalam kitab al-Asas fi Tafsir menyatakan bahawa khusyuk itu ialah

pengagungan terhadap Tuhan, keikhlasan dalam perkataan, kesempurnaan dalam keyakinan,

memberikan sepenuh perhatian dan tidak berpaling ke kiri dan kanan kerana ia adalah dari

syaitan. Faedah khusyuk ini akan membina jati diri seseorang muslim yang taat dan soleh, yang

tenang dan aman jiwanya dan yang ikhlas dalam tindak-tanduk amalnya. Ketenangan jiwa

merupakan penawar utama bagi masalah stres.

Berzikir juga merupakan amalan yang mampu menenangkan jiwa dan menghilangkan

stres. Dalam hal ini, Allah SWT memberi jaminan bahawa mereka yang senantiasa mengingati-

Nya akan beroleh ketenangan hati. Allah SWT berfirman dalam surah al-Rad, 13: 28 yang

bermaksud, "(Iaitu) orangp-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan

zikrullah". Ketahuilah Dengan "zikrullah" itu, tenang tenteramlah hati manusia". Allah SWT juga

berfirman dalam surah al-Baqarah, 2:152 yang bermaksud; "Maka berzikirlah (ingatlah) kepada-

Ku, nescaya Aku akan mengingati kamu sekelian".

Amalan membaca, mendengar dan menghayati al-Quran juga mampu menjadi

penenang kepada jiwa. Diriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Al-

Quran adalah penawar kepada kesakitan minda". (Hadis riwayat Bukhari). Rasulullah SAW juga

Page 9: cth 1

pernah bersabda: "Didiklah anak-anak kamu atas tiga sifat iaitu: Cintakan nabi mereka,

cintakan keluarga nabi dan membaca al-Quran".

Jelas di sini berdasarkan pencerahan beberapa amalan di atas, Islam mempunyai

kaedah tersendiri dalam menjaga kesihatan jiwa dan menangani stres. Mereka yang mengalami

stres khususnya di kalangan guru seharusnya berusaha mencapai solat yang khusyuk, sentiasa

berzikir dan menghayati isi kandungan al-Quran. Amalan-amalan ini terbukti mampu

menjadikan diri kita sihat zahir dan batin.

6.0       PENUTUP

Profesion perguruan adalah profesion yang tidak mempunyai pembahagian masa yang

jelas antara masa bekerja dan masa tidak bekerja. Keadaan sedemikian sememangnya

mewujudkan stres kepada guru-guru.

Profesion keguruan dan tugas guru merupakan bidang yang kompleks dan mencabar.

Guru bukan sahaja perlu mengajar, malah perlu melakukan kerja-kerja pengkeranian dan

pentadbiran, menjalankan aktiviti kokurikulum dan juga melibatkan diri secara aktif dalam

Persatuan Ibu-Bapa dan Guru. Disamping kerja-kerja yang dinyatakan, guru juga perlu

memastikan tanggung jawab utama iaitu berinteraksi dengan pelajar-pelajar secara fizikal, dan

emosi semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung dalam keadaan yang kodusif.

Boleh dikatakan stres dapat dikawal dengan baik oleh guru sekiranya mereka

mementingkan kepada cara-cara untuk menguruskan stres tersebut. Pengurusan stres amat

kritikal atau diperlukan oleh guru bagi memastikan  mereka sentiasa bersedia untuk

Page 10: cth 1

menghadapi segala cabaran dalam profesion keguruan dan dunia pendidikan yang mendatang.

Hal ini seterusnya akan membantu pemecutan kemajuan bidang pendidikan negara.