contoh minit mesyuarat kurikulum ke 2 2015

7
SEKOLAH KEBANGSAAN BUKIT BALACON, PETI SURAT 60591,91115 LAHAD DATU, SABAH MINIT MESYUARAT KURIKULUM KALI KE-2, 2015 Tarikh : 25.05.2015 (Isnin) Masa : 11.35 pagi Tempat : Bilik mesyuarat Sk Bukit Balacon Lahad Datu Kehadiran: 1. Pn.Zamaliah Hj Abdul Karim Guru Besar 2. En.Ednin Sodoi PK Kurikulum 3. Pn.Roslia Selamat PK HEM 4. En.Rozan Richard 5. En.Mohd Nurhaminza Abdul Rahman 6. Pn. Anis Amira Abdul Kadir 7. Pn.Rabiana Ramli 8. Pn.Suzianah Abdullah 9. Pn. Jamiyana Abdullah 10. Pn.Jurainey Jamil 11. En. Mahadir Bakar 12. En. Mohd Rifaei Hassan 13. En.Dismond Jabong 14. En. Haidir Abu Bakar 15. Cik Nurul Syahadah Sholikhin 16. Pn.Umy Fazilah Masri 17. Pn. Failin Jaipol 18. Pn. Hasnawia A. Rahman 19. Pn. Norzaini Sergius 20. Pn.Rinah Tinggas 21. Cik Siti’ Afifah Misman 22. Pn.Asmiah Paidi 23. Pn.Norayah Emanah 24. Cik Nurul Fadhilah Abdullah 25. Pn. Farhiyah Abdul Ghani Setiausaha: Cik Nor Mahani Mohd Asran Tidak Hadir: 1. En.Selamat Hj Abdul PK Ko-Kum (bersebab) 2. Pn.Anisyafira (bersebab) 3. En.Haidir (bersebab) 4. En.Salim Abd Gani (bersebab) 5. Pn.Ajijah Esran (bersebab) 6. Pn.Norliana Ismail (bersebab)

Upload: namaku-mahani

Post on 18-Aug-2015

86 views

Category:

Education


16 download

TRANSCRIPT

Page 1: Contoh Minit mesyuarat kurikulum ke 2 2015

SEKOLAH KEBANGSAAN BUKIT BALACON,PETI SURAT 60591,91115

LAHAD DATU, SABAH

MINIT MESYUARAT KURIKULUM KALI KE-2, 2015

Tarikh : 25.05.2015 (Isnin)Masa : 11.35 pagiTempat : Bilik mesyuarat Sk Bukit Balacon Lahad Datu

Kehadiran:1. Pn.Zamaliah Hj Abdul Karim Guru Besar2. En.Ednin Sodoi PK Kurikulum3. Pn.Roslia Selamat PK HEM4. En.Rozan Richard5. En.Mohd Nurhaminza Abdul Rahman6. Pn. Anis Amira Abdul Kadir7. Pn.Rabiana Ramli8. Pn.Suzianah Abdullah9. Pn. Jamiyana Abdullah10. Pn.Jurainey Jamil11. En. Mahadir Bakar12. En. Mohd Rifaei Hassan13. En.Dismond Jabong14. En. Haidir Abu Bakar15. Cik Nurul Syahadah Sholikhin16. Pn.Umy Fazilah Masri17. Pn. Failin Jaipol18. Pn. Hasnawia A. Rahman19. Pn. Norzaini Sergius20. Pn.Rinah Tinggas21. Cik Siti’ Afifah Misman22. Pn.Asmiah Paidi23. Pn.Norayah Emanah24. Cik Nurul Fadhilah Abdullah25. Pn. Farhiyah Abdul Ghani

Setiausaha: Cik Nor Mahani Mohd Asran

Tidak Hadir:1. En.Selamat Hj Abdul PK Ko-Kum (bersebab)2. Pn.Anisyafira (bersebab)3. En.Haidir (bersebab)4. En.Salim Abd Gani (bersebab)5. Pn.Ajijah Esran (bersebab)6. Pn.Norliana Ismail (bersebab)

1. Ucapan alu-aluan

Page 2: Contoh Minit mesyuarat kurikulum ke 2 2015

1.1 Ucapan salam dan selamat datang ke mesyuarat Kurikulum kali kedua daripada Pn

Zamaliah Hj Abdul Karim.

1.2 Ucapan terima kasih atas kehadiran semua guru.

2. Pengesahan Minit Mesyuarat yang lalu

Dicadang untuk disahkan oleh : Pn Roslia Selamat

Disokong oleh : En Mohd Nurhaminza Abdul Rahman

3. Perkara-perkara berbangkit

3.1 Info tiang jika masih belum diadakan perlu diadakan segera. Tindakan: Ketua Panitia

dan ahli

3.2 VLE FROG, ibu bapa digalakkan membuka laman web tersebut. Tindakan: Guru

Kelas

4. Pelaksanaan Dokumen Standard Kurikulum pentaksiran (DSKP KSSR)

4.1 Guru-guru perlu tahu/faham apa sahaja yang berkaitan dengan DSKP. Tindakan:

Semua guru

4.2 Tempoh pentaksirannya adalah berpanjangan dan berlaku semasa PDP.

4.3 DSKP perlu dinilai mengikut unit. Satu salinan DSKP perlu diserahkan kepada Ketua

Panitia. Tindakan: Semua guru

5. Sistem Aplikasi Peperiksaan Sekolah (SAPS)

5.1 PPD tekankan agar guru-guru mengisi markah pentaksiran di dalam sistem SAPS.

Tindakan: Semua guru

6. Linus, Pemulihan, Protim

6.1 Pemulihan;

6.1.1 Hasil laporan daripada dapatan Puan Norayah: Terdapat 15 orang murid terpilih

memasuki Pemulihan bagi tahun 1 dan seorang sahaja calon bagi tahun 2 iaitu adik

Nor Syafifie menurut laporan lisan daripada Pn Norayah.

6.1.2 Terdapat 4 orang murid tahun 6 yang masih belum menguasai 4 operasi utama

Matematik iaitu Kelliry, Rysvaniel,Gedeon dan Brandon. Pn Norayah di minta

mengambil dan membimbing murid-murid berkenaan sehingga mereka menguasai 4

operasi utama Matematik. Tindakan: Pn Norayah Emanah

6.2 Protim;

6.2.1 Pn Jurainey menerangkan bahawa 2 matapelajaran sahaja diuji untuk Protim iaitu

Bahasa Melayu dan Matematik.

6.2.2 Bahasa Melayu tahun 4, secara keseluruhannya 22 orang murid tidak menguasai:

Membaca: 20 murid tidak menguasai

Menulis : 22 murid tidak menguasai

6.2.3 Bahasa Melayu tahun 5, keseluruhannya 18 orang tidak menguasai

Membaca: 2 orang tidak menguasai

Menulis : 16 orang tidak menguasai

6.2.4 Matematik tahun 4: 43 orang tidak menguasai

6.2.5 Matematik tahun 5: 43 orang tidak menguasai

6.3 Linus;

6.3.1 Pn Norzaini menerangkan:

6.3.2 Tahun 1:

Bahasa Melayu, 18 orang menguasai, 61 orang tidak menguasai

Page 3: Contoh Minit mesyuarat kurikulum ke 2 2015

Matematik, 54 orang menguasai, 25 orang tidak menguasai

Bahasa Inggeris, 42 orang menguasai, 37 tidak menguasai

6.3.3 Tahun 2:

Bahasa Melayu, 46 menguasai, 26 tidak menguasai

Matematik, 50 Menguasai, 22 tidak menguasai

Bahasa Inggeris, 33 menguasai, 39 tidak menguasai.

6.3.4 Tahun 3:

Bahasa Melayu, 80 menguasai, 3 tidak menguasai

Matematik, semua menguasai

Bahasa Inggeris, 73 menguasai, 10 tidak menguasai.

7. Program Kecemerlangan Tahun 6, Linus, Protim dan Pemulihan

7.1 Pn Failin menerangkan program kecemerlangan tahun 6 yang sudah dan akan

dilaksanakan adalah seperti:

7.1.1 Program permuafakatan siri 1

7.1.2 Klinik UPSR mengikut subjek

7.1.3 Kelas Tambahan

7.1.4 Ujian Bulanan

7.1.5 Gerak-gempur (akan datang)

7.1.6 Bacaan Yasin

7.1.7 Usaha guru-guru

7.2 Dalam Dialog Prestasi yang lepas sudah dipersetujui untuk membuat jadual anjal.

7.3 Linus: sudah dilaksanakan,

7.3.1 Kelas tambahan

7.3.2 Permuafakatan ibu bapa

7.3.3 Gerak-gempur sebelum saringan

7.3.4 Ruang Linus (Projek yang ditambah)

7.4 Protim: sudah dan akan dilaksanakan,

7.4.1 Kelas tambahan

7.4.2 Modul

7.4.3 Program Bijak Sifir (tahun 1hingga 2 disasar hafal sifir 1 hingga 5. Tahun 3 disasar

hafal sifir 1 hingga 9 dan begitulah seterusnya untuk tahun 4 hingga 6).

7.4.4 Bacaan pantas

7.4.5 Bacaan Bergred

7.4.6 Bimbingan individu

7.5 Pemulihan; sudah dan akan dilaksanakan,

7.5.1 Klinik Pemulihan

7.5.2 Anak Angkat PLP

7.5.3 Gerak gempur 1 dan 2

7.5.4 Ruang pemulihan (Projek yang ditambah)

8. Program Kecemerlangan Kurikulum Pra Sekolah

8.1 Pn Suzianah menerangkan, Program Bijak Membaca “Bacalah Anakku” dilaksanakan.

70% murid sudah menguasai dan selepas cuti yang akan datang, pra akan

menekankan aspek penulisan.

Page 4: Contoh Minit mesyuarat kurikulum ke 2 2015

8.2 10 orang murid pra dapat membaca dan lancar membaca. 75 murid yang lain pula

menguasai bacaan. Tidak kenal huruf seramai 10 orang, kebanyakkannya murid pra

yang berumur 5 tahun.

8.3 Untuk Bahasa Inggeris, 10 orang menguasai bacaan.

8.4 Program Permuafakatan ibu bapa untuk pra sekolah sudah dilaksanakan.

9. Pencerapan PDP guru

9.1 Pn Zamaliah mengingatkan agar guru-guru menggunakan 8 peta I-Think dan KBAT

dalam PDP.

9.2 Guru-guru diminta membuat Rancangan Pengajaran Harian setiap hari dan jalankan

PDP mengikut RPH yang ditulis.

9.3 Melalui perkongsian lawatan JPN daripada Unit Pemulihan ke atas Pn Norayah yang

dipantau oleh pihak JPN baru-baru ini, JPN akan pantau dengan teliti termasuklah

penulisan refleksi. Sebarang aktiviti pdp yang tidak dapat dijalankan disebabkan hal-

hal yang tidak dapat dielakkan, perlu tulis dalam ‘catatan’ bukannya pada ruang

‘refleksi’.

10. PBS

10.1 Pn Zamaliah mengingatkan agar guru-guru tahu 6 band dan penjelasannya dengan

betul.

10.2 Penilaian pada murid bukan berbentuk markah.

10.3 Data kini diisi secara luar talian, guru-guru diminta melengkapkan data luar talian

tersebut mengikut mata pelajaran yang diajar.

10.4 Jawatan asal Pn Norliana Ismail sebagai penyelaras PBS dikekalkan.

11. Hal-Hal Lain

11.1 Pn Zamaliah menerangkan dapatan semasa mesyuarat dengan PPD yang dihadirinya;

11.2 Guru-guru yang sambung belajar jika ingin mendapatkan apa-apa data tidak boleh

terus ambil daripada sekolah, perlu buat surat minta kebenaran terlebih dahulu

daripada PPD. Begitu juga halnya dengan urusan-urusan kenaikan pangkat.

11.3 Dapatan daripada Pn Mariani menurut Pn Zamaliah, latihan dalam kelas mesti dibuat,

pentaksiran sumatif perlu diadakan 2 kali setahun dan SEGAK akan dipantau.

11.4 Bermula semester 2 nanti, bilik peperiksaan akan digunakan untuk menyimpan kertas-

kertas soalan sebelum hari peperiksaan. Tindakan: En Mahadir

11.5 Soalan yang dicetak tidak perlu sertakan kulit hadapan bagi menjimatkan kos fotokopi.

11.6 Setiap Panitia akan dipotong RM 50 hingga RM100 bergantung kepada jumlah

peruntukkan kewangan panitia masing-masing bagi menampung kos bayaran

sebanyak RM2800 untuk pencetakkan kertas soalan semester 1 yang lalu.

11.7 Guru dan pembantu pra sekolah diminta bersama-sama guru bertugas menyambut

murid-murid di pintu masuk sekolah setiap pagi. Tindakan: Guru dan pembantu

pra

11.8 Kedudukan tempat duduk Abad ke 21, SK Bukit Balacon sudah laksanakan, oleh itu

meja murid disetiap kelas perlu disusun mengikut susun atur meja abad ke 21. Model

susunan mengikut kesesuaian kelas masing-masing. Tindakan: Guru

kelas

Page 5: Contoh Minit mesyuarat kurikulum ke 2 2015

11.9 Pn Zamaliah mengarahkan agar setiap guru perlu ada fail PPPB. Tindakan: Semua

guru

11.10 Kerja rumah untuk murid sebelum cuti sekolah perlu diberi. Tindakan: guru tahun 6

11.11 En.Ednin mengingatkan agar guru masa pertama setiap pagi agar masuk awal ke kelas

untuk semai (7.00-7.10)

11.12 Pn Roslia meminta guru kelas yang masih belum diberi lencana supaya

memaklumkannya untuk tindakan lanjut. Merakamkan terima kasih atas kerjasama

guru-guru sepanjang perkhidmatannya.

11.13 En Mahadir memaklumkan berkaitan SAPS. 27/10 adalah tarikh peperiksaan semester

2 dan 6/11 adalah tarikh memasukkan markah ke dalam SAPS bagi semua kelas tahun

1 hingga 6. Tindakan: semua guru

11.14 Percubaan UPSR akan diadakan pada 27/7

11.15 Guru-guru diminta lengkapkan TOV,ETR dan markah dalam SAPS.

11.16 Untuk markah peperiksaan semester 1 baru-baru ini, serah pada setiap KP masing-

masing untuk simpanan.

11.17 Permuafakatan tahun 6 kali kedua akan diadakan pada 29/5. Tindakan: En Rozan

11.18 Pn Zamaliah mengingatkan jadual anjal akan dibuat oleh guru bertugas jika jumlah

guru yang tidak hadir adalah seramai 6 orang ke atas.

11.19 Jadual anjal akan dibuat oleh PK 1 dan akan menjadi tanggungjawab PK HEM apabila

PK 1 tidak berada di sekolah dan begitulah seterusnya.

11.20 Pn Norayah berterima kasih atas sumbangan guru-guru sejumlah RM360 selama 2 hari

untuk Azmansyah dan Ahmad Syafie (mangsa rumah terbakar). Ziarah Marhabah akan

diadakan pada 27/5/2015 (rabu).

11.21 Pn Asmiah menerangkan mengenai program pusat sumber yang dilaksanakan seperti

sebelum masuk kelas atau masa rehat murid boleh baca buku ditempat atau ruang

yang akan disediakan nanti.

11.22 En Dismond mengingatkan selepas cuti nanti SK Bukit Balacon akan dilawati oleh SK

Ulu Tungku untuk pemantauan kualiti PK 01 hingga PK 09 pada 24 Jun dan memastikan

PK 01 hingga PK 09 membuat kemaskini sebelum pemantauan.

11.23 Guru-guru yang bercuti atau MC diminta menghantar salinan MC kepada kerani untuk

tujuan kemaskini.

11.24 Semua guru diminta kemaskini fail meja masing-masing.

11.25 16/7 cuti, 17/7 hari raya, 27/7 Hari persekolahan.

11.26 Mesyuarat ditanguhkan pada jam 2.10 pm.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

(NOR MAHANI MOHD ASRAN) (ZAMALIAH HJ ABDUL KARIM)

Setiausaha Unit Kurikulum Guru Besar

Sk Bukit Balacon Sk Bukit Balacon

Lahad Datu Lahad Datu

Page 6: Contoh Minit mesyuarat kurikulum ke 2 2015

Dicadang untuk disahkan oleh :_________________________________________

Disokong oleh :_________________________________________

Tarikh :_________________________________________