contoh minit mesyuarat info 10.2.2014

5
SMK SRI TAPAH, JALAN PAHANG, 35000, TAPAH, PERAK LAPORAN TAKLIMAT /INFO MINGGUAN GURU TARIKH : 28 JULAI 2015 (Selasa) MASA : 12.40 – 1.15 TENGAHARI TEMPAT : BILIK GERAKAN 1. Ucapan Pn. Pengetua (Pn. Hjh. Wan Halimatun bt Wan Ismail) 1.1 Ucapan pengetua dimulakan dengan Pn Mahani dan En Hisham tidak dapat hadir ke taklimat info kerana menghadiri tender asrama. 1.2 Ucapan diteruskan dengan pesanan daripada pengetua kepada semua agar menjaga kesihatan. 1.3 Seterusnya, beliau memberi taklimat berkenaan taklimat Ujian Lisan untuk PT3 yang dihadiri oleh beliau pada 27/07/2015. Menurut beliau, semua guru perlu mengetahui tentang PT3. 1.4 Seterusnya, sekolah sedang melaksanakan MOCK TEST. 1.5 Pada hari Khamis (30/07/2015) akan diadakan mesyuarat sama ada mesyuarat asrama ataupun mesyuarat HEM kerana mesyuarat kompang yang asalnya akan diadakan pada minggu ini terpaksa ditundakan kepada minggu hadapan iaitu hari Khamis (06/08/2015). SMK Sri Tapah merupakan pengerusi kompang daerah. 1.6 Pada hari Isnin (03/08/2015), Pengetua dan Pn Rosnah akan ke Ipoh untuk mesyuarat. Selasa, Rabu dan Khamis (04-06/08/2015) pengetua juga tidak ada kerana Persidangan Pengetua di Sungai Petani, jadi semua guru diminta berurusan dengan beliau sekiranya ada hal sebelum tarikh-tarikh tersebut. Sabtu (07/08/2015) semua guru terlibat dengan LADAP. 1.7 Sekolah mencadang untuk mengadakan jamuan Hari Raya pada hari Rabu 12/06/2015 dan semua pelajar berpakaian kokorikulum seperti biasa. 1.8 PT3 - Ujian pelbagai instrumen untuk Geografi dan Sejarah sudah selesai. Pemeriksaan kertas Geografi sudah selesai, Sejarah belum mula lagi.

Upload: nurhisyam-jeepry

Post on 07-Dec-2015

271 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

tq

TRANSCRIPT

Page 1: Contoh Minit Mesyuarat Info 10.2.2014

SMK SRI TAPAH, JALAN PAHANG, 35000, TAPAH, PERAK

LAPORAN TAKLIMAT /INFO MINGGUAN GURU

TARIKH : 28 JULAI 2015 (Selasa)

MASA : 12.40 – 1.15 TENGAHARI

TEMPAT : BILIK GERAKAN

1. Ucapan Pn. Pengetua (Pn. Hjh. Wan Halimatun bt Wan Ismail)

1.1 Ucapan pengetua dimulakan dengan Pn Mahani dan En Hisham tidak dapat hadir ke taklimat info kerana menghadiri tender asrama.

1.2 Ucapan diteruskan dengan pesanan daripada pengetua kepada semua agar menjaga kesihatan.

1.3 Seterusnya, beliau memberi taklimat berkenaan taklimat Ujian Lisan untuk PT3 yang dihadiri oleh beliau pada 27/07/2015. Menurut beliau, semua guru perlu mengetahui tentang PT3.

1.4 Seterusnya, sekolah sedang melaksanakan MOCK TEST.

1.5 Pada hari Khamis (30/07/2015) akan diadakan mesyuarat sama ada mesyuarat asrama ataupun mesyuarat HEM kerana mesyuarat kompang yang asalnya akan diadakan pada minggu ini terpaksa ditundakan kepada minggu hadapan iaitu hari Khamis (06/08/2015). SMK Sri Tapah merupakan pengerusi kompang daerah.

1.6 Pada hari Isnin (03/08/2015), Pengetua dan Pn Rosnah akan ke Ipoh untuk mesyuarat. Selasa, Rabu dan Khamis (04-06/08/2015) pengetua juga tidak ada kerana Persidangan Pengetua di Sungai Petani, jadi semua guru diminta berurusan dengan beliau sekiranya ada hal sebelum tarikh-tarikh tersebut. Sabtu (07/08/2015) semua guru terlibat dengan LADAP.

1.7 Sekolah mencadang untuk mengadakan jamuan Hari Raya pada hari Rabu 12/06/2015 dan semua pelajar berpakaian kokorikulum seperti biasa.

1.8 PT3 - Ujian pelbagai instrumen untuk Geografi dan Sejarah sudah selesai. Pemeriksaan kertas Geografi sudah selesai, Sejarah belum mula lagi.

1.9 Ujian lisan bertutur untuk Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris diadakan pada 04 hingga 28/08/2015 .

1.10 Pada 11/08/2015 adalah ujian mendengar Bahasa Melayu dan 12/08/15 adalah ujian mendengar Bahasa Inggeris. JPN mencadangkan sekolah membuat percubaan dengan menggunakan CD lama. Pelaksanaan ujian mendengar boleh dibuat seperti tahun lepas.

1.11 Prosuder keselamatan perlu dipatuhi oleh semua personal PT3. Antaranya ialah :

i) Jawapan perlu disimpan di tempat berkunci.

ii) Tidak boleh semak di tempat terbuka.

Page 2: Contoh Minit Mesyuarat Info 10.2.2014

iii) Personal PT3 perlu tandatangani Akta Rahsia Rasmi.

1.12 Ujian bertulis PT3 – Selepas peperiksaan jawapan haruslah dihantar ke bilik pengetua terlebih dahulu sebelum dihantar ke guru yang berkenaan. Guru yang menjada peperikasaan haruslah mengira jumlah pelajar sebelum dan selepas peperikasaan agar tidak berlaku keciciran jawapan pelajar.

1.13 Beliau juga menyentuh berkenaan Penilaian Bersepadu Pengawai Perkhidmatan Pendidikan (PBPPP) di mana semua guru haruslah mencapai skor 3-4 kerana akan memberi kesan kepada guru sekiranya tidak mencapai skor tersebut. Antara komponen penilaian dalam PBPPP ialah professional, hubungan pelanggan, sahsiah, budaya kerja sepasukan, potensi diri, keilmuan atau pengetahuan, hubungan luar, sumbangan, kemahiran, keberhasilan murid dan tugas-tugas lain.

2. Ucapan PK Pentadbiran (Pn. Rusnah Bt Nagi)

2.1 Puan Rusnah memberitahu bahawa kelas tambahan akan diadakan pada hari Rabu

29/08/2015 minggu ini bagi tingkatan 3 dan minggu hadapan bagi tingkatan 5 pada hari Rabu

05/09/2015.

2.2 Seterusnya, beliau memberitahu bahawa JSI peperiksaan akhir tahun tingkatan 4 dan

percubaan SPM telah diedarkan daripada JPN.

2.3 Seterusnya, beliau menyentuh berkenaan ujian rintis PT3 dicadangkan akan diadakan

selepas ujian lisan. Mata pelajaran yang terlibat ialah mata pelajaran yang ada PT3. Ujian

dijalankan selama 1 jam dan direkod dalam buku rekod mengajar.

2.4 Seterusnya, beliau memberitahu berkenaan MOCK TEST 2.

i) Bahasa Melayu – Semua pelajar

ii) Bahasa Inggeris – Pelajar potensi A

iii) Sejarah – Kertas 1 dan 2 – Semua pelajar

Kertas 3 – 2 orang sahaja

iv) Kimia, Biologi, Fizik, Matematik – Semua pelajar

v) Matematik Tambahan – Tidak pasti

2.5 LADAP 08/08/15 terbahagi kepada 2 kumpulan iaitu amalan bilik darjah abad 21 dan analisis

PIBOT yang melibatkan semua ketua panitia.

Page 3: Contoh Minit Mesyuarat Info 10.2.2014

3. Ucapan PK HEM (En. Mohd Sabry Bin Deraman)

3.1 En. Mohd Sabry memulakan taklimat beliau dengan APDM di mana beliau meminta semua

guru kelas untuk mengemaskinikan maklumat pelajar. Maklumat pelajar yang ada adalah hanya

890 orang pelajar dan sebanyak 8 orang pelajar lagi tiada data. Menurut beliau, masih ada lagi

guru yang mengisi TIADA di ruangan maklumat pelajar. Guru kelas haruslah mengisi semua

maklumat pelajar seperti nombor sijil lahir, nombor kad pengenalan, nama ibu bapa, tarikh

masuk sekolah, alamat dan sebagainya. Kelas 1 Amanah perlu betulkan semula data kerana

mempunyai maklumat mengatakan ada pelajar OKU. Tarikh akhir kemaskini ialah pada

30/07/2015.

3.2 Seterusnya beliau memberitahu bahawa masih ada kelas yang tidak hantar buku pengesahan

ponteng. Ada juga kelas yang telah hilang buku pengesahan ponteng. Untuk kelas petang jumaat

haruslah menghantar buku pengesahan ponteng kepada PK petang.

3.3 Guru kelas diminta prihatin kepada pelajar yang ada masalah kewangan.

3.4 Beterusnya, berkenaan ponteng sekolah, guru kelas haruslah mengeluarkan surat amaran

ponteng sekolah mengikut kadar ponteng sekolah yang betul. Hal ini adalah untuk menjaga

peratusan kehadiran sekolah.

3.5 Carta organisasi kelas ada yang telah rosak dan koyak. Guru kelas haruslah memastikan carta

organisasi tersebut dijaga dengan baik.

3.6 Akhir sekali ialah berkenaan buku register di mana guru dilarang untuk menggunakan pensel

dan liquiq untuk pembetulan kerana akan dianggap sebagai guru mengubah data. Bagi pelajar

yang berhenti sekolah mestilah tulis tarikh berhenti sekolah. Sekiranya berlaku kekurangan atau

penambahan pelajar guru kelas haruslah kemaskini agar tidak menjejaskan peratusan pelajar.

4. Ucapan PK Ko-Kurikulum ( Tn. Hj. Ahmad Hisham b. Yusof)

Tidak hadir

5. Ucapan PK Petang (En. Samsuri b. Budin@ Sudin)

5.1 Beliau memberitahu bahawa penggunaan Frog VLE perlu ditingkatkan. Langkah yang diambil

ialah jadual telah disediakan untuk pelajar tingkatan 2 sahaja kerana tingkatan tingkatan 1 belum

boleh melakukan Frog VLE. Guru yang terlibat ialah guru yang mengajar Pendidikan Sivik dan

Kewarganegaraan sahaja. Guru haruslah membawa pelajar ke makmal komputer dan log in ke Frog

ULE.

5.2 Bahasa Inggeris 1 Setia dan 1 Rasional yang dijalankan mengikut set iaitu En Jasmir dan Pn

Syuhadah boleh mula dari sekarang dan boleh diagihkan mengikut keputusan pertengahan tahun.

Page 4: Contoh Minit Mesyuarat Info 10.2.2014

6. Hal-hal lain

5.1 Pn Lee menjemput guru yang berminat untuk menyertai jamuan pengawas yang akan

diadakan pada 29/08/2015. Kadar bayaran untuk jamuan adalah sebanyak RM35.

7. Rumusan Pengetua

Pengetua telah menekankan bahawa guru haruslah menyambut dan menyokong penggunaan

Frog VLE dengan membawa pelajar masuk ke makmal komputer untuk log in sistem. Hal ini kerana

banyak sekolah yang tidak menggunakan sistem Frog VLE dengan sepenuhnya.

Disediakan oleh: Disemak oleh:

(HARIST A/L SAWAY) (MAHANI BINTI MOKHTAR)