contoh minit mesyuarat agong

Upload: jumrang-mendeng

Post on 07-Jul-2018

314 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

  • 8/18/2019 Contoh Minit Mesyuarat Agong

    1/5

    MINIT MESYUARAT AGUNG [PERSATUAN PENDUDUK AKUSTIK & ACAPELLA ]

    1

    MINIT MESYUARAT AGUNGKALI KETIGA 2015 PENDUDUK AKUSTIK DAN ACAPELLA

    TARIKH : 27 FEBRUARI 2015HARI : JUMAATMASA : 09.00 MLMTEMPAT : PERKARANGAN RUMAH EN. MOHD SABRI SULAIMAN

    AGENDA :

    1. UCAPAN ALUAN PENGERUSI

    1.1. Ucapan alua-aluan dan bacaan Ummul Kitab. Pengerusi Majlis En. Mohd Sabri Sulaiman mengucapkan ribuan

    terima kasih di atas kehadiran pada malam ini.

    1.2. Beliau merakamkan rasa syukur kerana hasrat ahli untuk mengadakan mesyuarat agung pada malam ini berjaya.

    1.3. Beliau juga turut mengucapkan ribuan terima kasih kepada ahli yang telah menjelaskan yuran kepada persatuan.

    2. BACAAN DOA

    2.1 Bacaan doa disampaikan oleh Ustaz Mohamad Zulkifli Bin Abu Bakar

    3. UCAPAN PENGERUSI PERSATUAN PENDUDUK3.1 En. Mohd Sabri merakamkan rasa syukur yang tidak terhingga di atas sokongan ahli yang hadir pada malam ini.

    3.2 Menurut beliau, mewujudkan persatuan memang mudah tetapi untuk mengurus sebuah persatuan dengan

    cemerlang bukanlah suatu perkara yang mudah dan memerlukan sokongan semua pihak. Sebagai ahli kita mesti

    bersatu padu dalam menghadapi sebarang masalah di dalam persatuan ini.

    3.3 Mesyuarat kali ke-3 ini juga akan diadakan pemilihan Jawatankuasa yang baru. Semoga jawatankuasa yang baru

    ini dapat menjalankan tugas dengan baik.

    4. MEMBENTANG DAN MENGESAHKAN MINIT MESYUARAT KALI 2-2014

    4.1 Minit mesyuarat yang lalu dibentangkan oleh Ust Noorismail Bin Hj Omar, Setiausaha Persatuan Penduduk.

    Cadangan Pengesahan : En. Khairul Nazir Bin Ahmad

    Cadangan Sokongan : En. Yahaya Bin Hashim

  • 8/18/2019 Contoh Minit Mesyuarat Agong

    2/5

    MINIT MESYUARAT AGUNG [PERSATUAN PENDUDUK AKUSTIK & ACAPELLA ]

    2

    5. PERKARA BERBANGKIT

    - Tiada perkara berbangkit –

    6. MEMBENTANG LAPORAN KEWANGAN

    6.1 En. Abdul Aziz membentangkan kedudukan kewangan persatuan penduduk. Baki di bank adalah sebanyak

    RM 13210.42 termasuk hibah bank. Duit di tangan sebanyak RM317.00. Kutipan yuran keahlian tahun ini masih

    belum diterima sepenuhnya.

    Cadangan Pengesahan : En. Amri Bin Razali

    Cadangan Sokongan : En. Mohd Redzhuan Bin Ahmad

    6.2 En. Abd Aziz juga memaklumkan kita telah menerima bantuan daripada pihak ROS sebanyak RM 10 000.00 untuk

    Pembelian barang kegunaan persatuan penduduk.

    7. PEMBUBARAN JAWATANKUASA PENDUDUK AKUSTIK & ACAPELLA SESI 2013 / 2015

    7.1 En. Sabri Sulaiman selaku Pengerusi bagi tahun 2013/2015 merakamkan jutaan terima kasih dan mewakili seluruh

    AJK yang terlibat memohon ampun dan maaf sekiranya terdapat salah dan silap sepanjang memegang jawatan

    dalam persatuan ini.

    7.2 Semoga AJK yang akan dilantik dapat menjalankan tugas dengan baik.

    7.3 Saya dengan ini membubarkan AJK bagi sesi 2013/2015 untuk dibuat pemilihan semula.

    8. PELANTIKAN JA WATANKUASA PENDUDUK AK USTIK & ACAPELLA SESI 2015 / 2017

    8.1 En. Mohd Sabri Sulaiman menjadi pengerusi sementara untuk meneruskan pelantikan AJK baru. Pemilihan dimulai

    dengan pencalonan Pengerusi.

    a) Pencalonan 1 : En. Khairi Bin Suleiman

    Cadang : En. Abd Rahman Hassan

    Sokong : En. Noor Hizam Bin Ibrahim

    b)

    Pencalonan 2 : En. Mohamad Suhani Bin HussinCadang : En. Mohd Sobri Sulaiman

    Sokong : En. Muhammad Zulkifli Abu Bakar

    8.2 Jawatan Pengerusi Persatuan disandang oleh En. Mohamad Suhani Bin Hussin dengan sokongan majoriti.

    Manakala Jawatan Timbalan Pengerusi diberi kepada En. Khairi Bin Suleiman dengan sokongan majoriti.

    8.3 Seterusnya ialah jawatan Setiausaha.

  • 8/18/2019 Contoh Minit Mesyuarat Agong

    3/5

    MINIT MESYUARAT AGUNG [PERSATUAN PENDUDUK AKUSTIK & ACAPELLA ]

    3

    Pencalonan 1 : En. Zainol Abidin Bin Salleh

    Cadang : En. Abd Rahman Hassan

    Sokong : En. Abd Aziz Bin Md Yub

    Pencalonan 2 : En. Azizi Bin Bahari

    Cadang : En. Khairi Bin Suleiman

    Sokong : En. Kahirul Nazir Bin Ahmad

    8.4 Jawatan Setiausaha Persatuan disandang oleh En. Zainol Abidin Bin Salleh dengan sokongan majoriti.

    Manakala Jawatan Naib Setiausaha diberi kepada En. Azizi Bin Bahari dengan sokongan majoriti.

    8.5 Seterusnya ialah pelantikan jawatan bendahari persatuan.

    Pencalonan 1 : En. Mohd Khalid Abd Rahman

    Cadang : En. Noor Hizam Bin Ibrahim

    Sokong : En. Abd Muluk Bin Mat YatimPencalonan 2 : En. Abu Naaim Ahmad

    Cadang : En. Noor Hizam Bin Ibrahim

    Sokong : En. Mohd Faris Bin Mokhtar

    8.6 Jawatan Bendahari Persatuan disandang oleh En. Mohd Khalid Abd Rahman dengan sokongan majoriti.

    Manakala Jawatan Naib Bendahari diberi kepada En. Abu Naaim Ahmad dengan sokongan majoriti.

    8.7 Bagi jawatan AJK dilantik oleh ahli mesyuarat seperti berikut.

    1) Firusdin Bin Zakaria

    2) Mohd Yusri Bin Yusoff

    3) Noor Hizam Bin Ibrahim

    4) Zulkarnain Abd Kadir

    5) Ahmad Bin Din

    6) Wan Amirul Amin

    8.8 Juru Audit

    1) Abd Muluk Bin Mat Yatim

    2) Mahadzir Bin Mahmud

  • 8/18/2019 Contoh Minit Mesyuarat Agong

    4/5

    MINIT MESYUARAT AGUNG [PERSATUAN PENDUDUK AKUSTIK & ACAPELLA ]

    4

    8.9 Majlis sebulat suara menerima Jawatankuasa Persatuan Penduduk Akustik & Acapella bagi sesi 2015/2017.

    Senarai berikut adalah AJK yang telah terpilih.

    Pengerusi : En. Mohamad Suhani Bin Hussin

    Timb. Pengerusi : En. Khairi Bin Suleiman

    Setiausaha : En. Zainol Abidin Bin Salleh

    Pen. Setiausaha : En. Azizi Bin Bahari

    Bendahari : En. Mohd Khalid Abd Rahman

    Naib Bendahari : En. Abu Naaim Ahmad

    AJK

    1) Firusdin Bin Zakaria

    2) Mohd Yusri Bin Yusoff

    3) Noor Hizam Bin Ibrahim4) Zulkarnain Abd Kadir

    5) Ahmad Bin Din

    6) Wan Amirul Amin

    Juru Audit :

    1) Abd Muluk Bin Mat Yatim

    2) Mahadzir Bin Mahmud

    9. HAL-HAL LAIN

    9.1 Makluman daripada En. Noor Hizam berkenaan lubang di hadapan rumah En. Zaki.

    9.2 Pengerusi mencadangkan agar En. Zaki membuat laporan kepada pihak bandaran.

    9.3 Pertanyaan daripada En. Ridzuan berkenaan UNIFI di kawasan ini.

    9.4 Pengerusi memaklumkan UNIFI telah dipasang dan penduduk boleh membuat permohonan kepada pihak Telekom

    10. UCAPAN PENANGGUHAN

    10.1 Ucapan penangguhan oleh Pengerusi berharap persatuan dan ikatan ukhwah kita akan tetap berterusan.10.2 Beliau juga mengharapkan bantuan daripada rakan-rakan dalam menerajui persatuan ini.

    10.3 Majlis ditangguhkan pada jam 10.30 malam.

  • 8/18/2019 Contoh Minit Mesyuarat Agong

    5/5