kolokium pengajian am tingkatan enam atas

Upload: shazwanserun

Post on 10-Apr-2018

247 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 8/8/2019 Kolokium Pengajian Am Tingkatan Enam Atas

    1/50

    KolokiumKolokium PengajianPengajian AmAm TingkatanTingkatan EnamEnam AtasAtas

    Pengaruh Rakan Sebelah diDalam Kelas Mempengaruhi

    Minat danTingkah LakuPelajarTerhadap Pelajaran

    NamaAhli :

    Siti Aishah Maulad JainudinJudith Ambrose

    Kenneth ak Jarin

    Siti Zulaikha binti Salim

    Voon Ming Hann

  • 8/8/2019 Kolokium Pengajian Am Tingkatan Enam Atas

    2/50

    PenjelasanPenjelasan

    y Kajian ini adalah bertujuan untukmengenalpasti pengaruh rakan sebelah didalam kelas dalam mempengaruhi minat danpresatsi pelajar. Hal ini adalah bertujuan

    untuk mengenalpasti sama ada rakan sebelahdi dalam kelas mampu memberi pengaruhdalam prestasi dan minat pelajar. Di sampingitu, terdapat juga isu yang meyatakan bahawa

    personaliti rakan sebelah di dalam kelas itumampu mempengaruhi dalam perkembanganminat dan seterusnya mempengaruhi prestasipelajar.

  • 8/8/2019 Kolokium Pengajian Am Tingkatan Enam Atas

    3/50

    PenghargaanPenghargaan

    y Kami ingin mengucapkan jutaan terima kasih yangtidak terhingga terutama sekali kepada PuanPengetua yang sudi memberi peluang kepadakumpulan kami untuk menjayakan kajian ini. Tidak

    lupa juga kepada guru guru Tingkatan Enam,khususnya Puan Azizah binti Baharudin yang telahbanyak bertungkus lumus membantu danmemberi tunjuk ajar sepanjang penyelidikan inidijalankan. Kami juga ingin merakamkan ribuanterima kasih kepada rakan rakan kerana telahmemberi kerjasama semasa kajian ini dijalankan.

    Tanpa kerjasama dari mereka semua, kami tidakmungkin akan dapat menyiapkan kajian ini mengikuttempoh yang telah ditetapkan.

  • 8/8/2019 Kolokium Pengajian Am Tingkatan Enam Atas

    4/50

    AbstrakAbstrak

    y Tujuan kami menjalankan kajian ini adalah untukmengenalpasti sama ada rakan sebelah di dalam kelasbenar-benar memberikan pengaruh dalam minat dantingkah laku pelajar terhadap pelajaran. Kamimenjalankan kajian melalui kaedah soal selidik kepada

    para pelajar tingkatan enam atas tahun 2010. Melaluirespon soal selidik yang kami peroleh, kami mendapatibahawa majoriti pelajar tingkatan enam atas bersetujubahawa individu yang duduk di sebelah di dalam kelasbanyak mempengaruhi minat dan tingkah laku pelajar

    terhadap pelajaran. Kajian ini penting dalam mengenalpasti sama ada personaliti rakan sebelah di dalamkelas ini dapat memberi impak dalam mempengaruhiminat dan tingkah laku pelajar terhadap pelajaran.

  • 8/8/2019 Kolokium Pengajian Am Tingkatan Enam Atas

    5/50

  • 8/8/2019 Kolokium Pengajian Am Tingkatan Enam Atas

    6/50

    MASALAH PENYELIDIKANMASALAH PENYELIDIKAN

    Pengenalan kepada masalah penyelidikan

    y Kajian ini penting untuk memberi pendedahan terhadap pengaruhrakan sebelah di dalam kelas ke atas minat dan tingkah laku yangturut dipengaruhi oleh pelbagai faktor lain seperti faktor sosial danpersekitaran fizikal. Kelas merupakan tempat yang terbaik untukpelajar belajar, mengulangkaji serta tempat untuk menyiapkan kerja

    sekolah. Namun begitu, sekiranya keadaan persekitaran ini tidakmemuaskan, perkara ini boleh memberi pengaruh yang negatifterhadap pelajar, khususnya dalam bidang akademik.

    y Tambahan pula, setiap pelajar mempunyai tingkah laku dan tabiatmasing masing, dan adakalanya mereka amat mudah terpengaruhdengan orang orang di sekeliling mereka. Oleh itu, pelajar yang

    berada di dalam persekitaran yang baik akan mendatangkan kesanpositif ke atas diri mereka.

    y Warga SMK Matang Jaya amat menggalakkan pertumbuhan sosialdan emosi yang baik dalam kalangan pelajar di dalam kelas. Pelajardididik dengan amalan yang baik di dalam kelas sejak dari peringkatsekolah agar menjadi perisai dalam menuju ke alam kedewasaan.

  • 8/8/2019 Kolokium Pengajian Am Tingkatan Enam Atas

    7/50

    ObjektifObjektif PenyelidikanPenyelidikan

    Objektif penyelidikan kajian ini ialah :

    I. Rakan sebelah di dalam kelas mempunyaihubungan yang signifikan ke ataspencapaian pelajar.

    II. Rakan sebelah di dalam kelas mempunyaihubungan yang signifikan ke atas perubahandan tingkah laku pelajar.

    III. Faktor gender mempunyai hubungan yang

    signifikan ke atas pencapaian pelajar.IV. Faktor gender mempunyai hubungan yang

    signifikan dalam perubahan tingkah lakupelajar.

  • 8/8/2019 Kolokium Pengajian Am Tingkatan Enam Atas

    8/50

    KekanganKekangan PenyelidikanPenyelidikan

    y Kajian ini dilaksanakan ke atas 44 orang

    pelajarTingkatan 6 Atas di SMK Matang Jaya.

    Jadi, kajian ini adalah terbatas kepada pelajar

    Tingkatan 6 Atas sahaja. Kajian ini hanyamenggunakan kaedah soal selidik yang

    dijadikan sebagai instrumen kajian. Oleh

    sebab itu, keberkesanan kajian ini adalah

    sangat bergantung kepada sejauh mana

    kejujuran dan keikhlasan para pelajar dalam

    menjawab borang soal selidik yang diberikan.

  • 8/8/2019 Kolokium Pengajian Am Tingkatan Enam Atas

    9/50

    RUJUKANRUJUKAN

    Teori

    y Menurut Hoel, Parker dan Rivenberg (2004), terdapat kesan yangtinggi antara kualiti akademik rakan sebaya atau rakan sebelah denganpencapaian akademik pelajar. Penyelidik mendapati kelayakan akademikrakan sebaya atau rakan sebelah boleh merangsang dan mendatangkankesan ke atas pencapaian pelajar sama ada dalam semester pertama

    mahupun semasa melalui zaman karier mereka. Penyelidik turut mendapatipelajar yang cemerlang dalam akademik berpunca daripada tabiat dantingkah laku rakan sebelah dan juga rakan rakan.

    y Laar, Levin, Sinclair dan Sidanius (2004 : 329) mendapati rakan sebelah darilatar belakang etnik yang berbeza, sama ada secara paksaan atau sukarelaberpotensi untuk menyumbang tingkah laku yang negatif.

    y Piaget dan Erikson (1995) berpendapat bahawa persekitaran menolong

    remaja mencapai potensinya. Piaget menjelaskan bahawa masyarakatberperanan membantu remaja membina identiti yang positif. Individu pulatidak akan dapat berkembang langsung selepas peringkat pengendaliankonkrit dalam masyarakat yang kurang maju. Erikson pula berpendapatidentiti bergantung kepada sokongan yang diterima oleh generasi muda.

    y Dusek (1995) pula menjelaskan bahawa pada tahap operasi formal ini,remaja boleh berfikir secara mendalam, membuat andaian dan berfikirtentang masa depan. Perkembangan kognitif pada remaja boleh membawa

    kepada pembentukan personaliti remaja.

  • 8/8/2019 Kolokium Pengajian Am Tingkatan Enam Atas

    10/50

    PenyelidikanPenyelidikan yangyang berkaitanberkaitan

    y Sulaiman Shamsuri (1985, dalam Hasmaliza Husain1990 : 8) menjelaskan bahawa kemajuan seseorangpelajar dari segi fizikal, mental dan psikologibergantung kepada pelajar itu sendiri dan dipengaruhioleh tiga faktor utama iaitu latar belakang keluarga,

    pengalaman dan reaksi terhadap pengalaman itusendiri.

    y Menurut Baharuddin Omar, KamarulzamanKamaruddin dan Nordin Mamat (2002 : 73) pula,pengaruh rakan sebelah terhadap seseorang individu

    lebih banyak berbanding pengaruhnya dalammembentuk personaliti serta gaya tingkah laku positifatau negatif. Selain itu, pengaruh rakan sebelah jugaboleh memahirkan lagi pembelajaran melaluiperbincangan terutamanya bagi rakan yang cemerlang.

  • 8/8/2019 Kolokium Pengajian Am Tingkatan Enam Atas

    11/50

    METOLOGI PENYELIDIKANMETOLOGI PENYELIDIKAN

    Reka Bentuk Penyelidikan

    y Kajian ini dijalankan dengan menggunakan

    kaedah soal selidik . Kaedah ini digunakan

    kerana membolehkan penyelidik

    memahami keseluruhan skop kajian

    dengan sampel yang kecil serta dapat

    mengukur pendapat, sikap dan tingkahlaku responden ( Fox, 1986).

  • 8/8/2019 Kolokium Pengajian Am Tingkatan Enam Atas

    12/50

    Populasi

    y Populasi untuk kajian ini ialah seramai 44 orangresponden pelajarTingkatan 6 Atas di SMK Matang Jaya.

    Oleh sebab bilangan responden lelaki Tingkatan EnamAtashanya 22 orang responden sahaja, jadi kami telah memilihseramai 22 orang responden perempuan yang terpilih untukmenyeimbangkan bilangan responden lelaki. Tujuan kamimenjadikan pelajarTingkatan Enam Atas tahun 2009/2010sebagai responden kerana akan memudahkan penyelidikankami di samping dapat mengecilkan lagi skop kajian yangdijalankan.

    Kaedah Penyelidikan

    y Kajian ini dijalankan dengan menggunakan kajian tinjauan.Kajian tinjauan merupakan satu kajian deskriptif. Data

    deskriptif biasanya dikumpul dengan mentadbir soal selidik,menemu bual subjek, memerhatikan peristiwa ataumenganalisis sumber sumber dokumentari. Kami jugamengedarkan sendiri borang soal selidik kepada respondenyang terlibat untuk mendapatkan data.

  • 8/8/2019 Kolokium Pengajian Am Tingkatan Enam Atas

    13/50

    ProsedurProsedur PengumpulanPengumpulan DataData

    y Alat kajian yang digunakan dalam kajian ini adalah satu setsoal selidik yang dibuat menerusi perbincangan dengan gurupenasihat kami, iaitu Puan Azizah binti Baharudin. Soal selidikini mengandungi dua bahagian iaitu :

    y Bahagian A : Soal selidik tentang maklumat peribadi pelajar

    y Bahagian B: Soal selidik mengenai pengaruh rakan sebelah didalam kelas mempengaruhi minat dan tingkah laku pelajarterhadap pelajaran.

    y Item item dalam bahagian A dibina untuk mengetahuimaklumat peribadi responden manakala bahagian B puladigubal untuk mendapatkan maklumat mengenai hubungkait

    pengaruh rakan sebelah mempengaruhi minat dan tingkahlaku pelajar terhadap pelajaran. Item dalam bahagian Bberbentuk soalan yang menggunakan skala dari TidakSetuju hingga ke Sangat Setuju.

  • 8/8/2019 Kolokium Pengajian Am Tingkatan Enam Atas

    14/50

    KEPUTUSAN ENYELIDIKANKEPUTUSAN ENYELIDIKAN

    Maklumat Pemaklum Balas

    y Minat

  • 8/8/2019 Kolokium Pengajian Am Tingkatan Enam Atas

    15/50

    y Tingkah laku

  • 8/8/2019 Kolokium Pengajian Am Tingkatan Enam Atas

    16/50

    DapatanDapatan PenyelidikanPenyelidikan

    A) Minat

  • 8/8/2019 Kolokium Pengajian Am Tingkatan Enam Atas

    17/50

  • 8/8/2019 Kolokium Pengajian Am Tingkatan Enam Atas

    18/50

    y Berdasarkan Jadual 1 dan graf 1,seramai 14 orang atau 31.8% responden sangat setujurakan sebelah antara factor yang mendorong mereka berminat terhadappelajaran,manakala 19 orang responden atau 43.2% setuju, kurang setuju pula mencatatkansebanyak 15 orang responden atau 34.1% serta seramai 6 atau 13.6% orang respondentidak setuju mengenai pernyataan di atas dan seramai 2 orang atau 4.5% responden sangattidak setuju perbincangan bersama rakan sebelah mempengaruhi prestasi pelajaranmereka.

    y Manakala dari segi gender pula,seramai 3 atau 6.8% orang responden lelaki sangat setujurakan sebelah mempengaruhi minat pelajaran .Seramai 8 orang responden lelaki atau18.2% setuju mengenai pernyataan di atas manakala 6 atau 13.6% orang responden lelakikurang setuju dan tidak setuju pula mencatatkan sebanyak 4 atau 9.1% bilangan respondenlelaki serta sangat tidak setuju pula mencatatkan 1 atau 2.3% orang responden lelaki.

    y Untuk gender perempuan pula ialah seramai 11 orang responden atau 50% sangat setujumengenai pernyataan di atas.Sebanyak 7 orang responden perempuan atau 15.9% setuju

    rakan sebelah antara factor yang mendorong mereka berminat terhadap pelajaran merekaserta 1 atau 2.3% kurang setuju dengan pernyataan di atas.Bagi tidak setuju pula hanyamencatatkan 2 orang responden perempuan atau 4.5% dan sangat tidak setuju pula jugahanya mencatatkan 1 atau 2.3% orang responden perempuan.

  • 8/8/2019 Kolokium Pengajian Am Tingkatan Enam Atas

    19/50

  • 8/8/2019 Kolokium Pengajian Am Tingkatan Enam Atas

    20/50

    y Berdasarkan Jadual 2 dan graf 2,seramai 7 orang atau 15.9% responden sangat setujuperbincangan bersama rakan sebelah yang berkaitan dengan pelajaran mempengaruhiprestasi pelajaran mereka,manakala 19 orang responden atau 43.2% setuju, kurang setujupula mencatatkan sebanyak 15 orang responden atau 34.1% serta seramai 1 atau 2.3%orang responden tidak setuju mengenai pernyataan di atas dan seramai 2 orang atau 4.5%responden sangat tidak setuju perbincangan bersama rakan sebelah mempengaruhiprestasi pelajaran mereka.

    y Manakala dari segi gender pula,seramai 4 atau 9.1% orang responden lelaki sangat setujuperbincangan bersama rakan mempengaruhi prestasi pelajaran mereka.Seramai 11 orangresponden lelaki atau 25% setuju mengenai pernyataan di atas manakala 6 atau 13.6%orang responden lelaki kurang setuju dan tidak setuju tidak mencatatkan sebarangbilangan responden lelaki serta sangat tidak setuju pula mencatatkan 1 atau 2.3% orangresponden lelaki.

    y Untuk gender perempuan pula ialah seramai 3 orang responden atau 6.8% sangat setuju

    mengenai pernyataan di atas.Sebanyak 8 orang responden perempuan atau 18.1% setujuperbincangan bersama rakan mempengaruhi prestasi pelajaran mereka serta 9 atau 20.5%kurang setuju dengan pernyataan di atas.Bagi tidak setuju pula hanya mencatatkan 1 orangresponden perempuan atau 2.3% dan sangat tidak setuju pula juga hanya mencatatkan 1atau 2.3% orang responden perempuan.

  • 8/8/2019 Kolokium Pengajian Am Tingkatan Enam Atas

    21/50

  • 8/8/2019 Kolokium Pengajian Am Tingkatan Enam Atas

    22/50

    y Berdasarkan Jadual 3 dan graf 3,seramai 7 orang atau 15.9% responden sangat setujubahawa berasa gembira apabila ditanya mengenai masalah dalam pelajaran oleh rakansebelah,manakala 21 orang responden atau 47.7% setuju, kurang setuju pula mencatatkansebanyak 10 orang responden atau 22.7% serta seramai 4 atau 9.1% orang respondentidak setuju mengenai pernyataan di atas dan seramai 2 orang atau 4.5% responden sangattidak setuju bahawa mereka gembira apabila ditanya mengenai masalah dalam pelajaranoleh rakan sebelah.

    y Manakala dari segi gender pula,seramai 3 atau 6.8% orang responden lelaki sangat setujubahawa mereka gembira apabila ditanya mengenai masalah dalam pelajaran oleh rakansebelah.Seramai 11 orang responden lelaki atau 25% setuju mengenai pernyataan di atasmanakala 4 atau 9.1% orang responden lelaki kurang setuju dan tidak setuju pulamencatatkan 3 atau 6.8% orang bilangan responden lelaki serta sangat tidak setuju pulamencatatkan 1 atau 2.3% orang responden lelaki.

    y Untuk gender perempuan pula ialah seramai 4 orang responden atau 9.1% sangat setuju

    mengenai pernyataan di atas.Sebanyak 10 orang responden perempuan atau 22.7% setujumereka berasa gembira apabila ditanya mengenai masalah dalam pelajaran oleh rakansebelah serta 6 atau 13.6% kurang setuju dengan pernyataan di atas.Bagi tidak setuju pulahanya mencatatkan 1 orang responden perempuan atau 2.3% dan sangat tidak setuju jugahanya mencatatkan 1 atau 2.3% orang responden perempuan.

  • 8/8/2019 Kolokium Pengajian Am Tingkatan Enam Atas

    23/50

  • 8/8/2019 Kolokium Pengajian Am Tingkatan Enam Atas

    24/50

    y Berdasarkan Jadual 4 dan graf 4,seramai 5 orang atau 11.4% responden sangat setujumereka tidak berasa jemu apabila berbincang mengenai hal-hal berkaitan denganpelajaran,manakala 22 orang responden atau 50% setuju, kurang setuju pula mencatatkansebanyak 10 orang responden atau 22.7% serta seramai 5 atau 11.4% orang respondentidak setuju mengenai pernyataan di atas dan seramai 2 orang atau 4.5% responden sangattidak setuju bahawa mereka tidak pernah berasa jemu apabila berbincang dengan rakansebelah mengenai hal-hal berkaitan dengan pelajaran.

    y Manakala dari segi gender pula,seramai 2 atau 4.5% orang responden lelaki sangat setujubahawa mereka tidak berasa jemu apabila berbincang mengenai hal-hal berkaitan pelajaranoleh rakan sebelah.Seramai 10 orang responden lelaki atau 22.7% setuju mengenaipernyataan di atas manakala 6 atau 13.6% orang responden lelaki kurang setuju dan tidaksetuju pula mencatatkan 3 atau 6.8% orang bilangan responden lelaki serta sangat tidaksetuju pula mencatatkan 1 atau 2.3% orang responden lelaki.

    y Untuk gender perempuan pula ialah seramai 3 orang responden atau 6.8% sangat setuju

    mengenai pernyataan di atas.Sebanyak 12 orang responden perempuan atau 27.3% setujumereka tidak berasa jemu apabila berbincang mengenai hal-hal berkaitan dengan pelajaranoleh rakan sebelah serta 4 atau 9.1% kurang setuju dengan pernyataan di atas.Bagi tidaksetuju pula hanya mencatatkan 2 orang responden perempuan atau 4.5% dan sangat tidaksetuju juga hanya mencatatkan 1 atau 2.3% orang responden perempuan.

  • 8/8/2019 Kolokium Pengajian Am Tingkatan Enam Atas

    25/50

  • 8/8/2019 Kolokium Pengajian Am Tingkatan Enam Atas

    26/50

    y Berdasarkan Jadual 5 dan graf 5,seramai 7 orang atau 15.9% responden sangat setujumereka tidak berasa bosan setiap kali rakan sebelah mengemukakan soalan-soalan tentangpelajaran,manakala 18 orang responden atau 40.9% setuju, kurang setuju pula mencatatkansebanyak 14 orang responden atau 31.9% serta seramai 2 atau 4.5% orang respondentidak setuju mengenai pernyataan di atas dan seramai 3 orang atau 6.8% responden sangattidak setuju bahawa mereka tidak berasa bosan setiap kali rakan sebelah mengemukakansoalan-soalan berkaitan tentang pelajaran.

    y Manakala dari segi gender pula,seramai 2 atau 4.5% orang responden lelaki sangat setujubahawa mereka tidak berasa bosan setiap kali rakan sebelah mengemukakan soalan-soalantentang pelajaran oleh rakan sebelah.Seramai 11 orang responden lelaki atau 25% setujumengenai pernyataan di atas manakala 6 atau 13.6% orang responden lelaki kurang setujudan tidak setuju pula mencatatkan 2 atau 4.5% orang bilangan responden lelaki sertasangat tidak setuju pula mencatatkan 1 atau 2.3 orang responden lelaki.

    y Untuk gender perempuan pula ialah seramai 5 orang responden atau 11.4% sangat setuju

    mengenai pernyataan di atas.Sebanyak 7 orang responden perempuan atau 15.9% setujumereka tidak berasa bosan setiap kali rakan sebelah meengemukakan soalan-soalantentang pelajaran oleh rakan sebelah serta 8 atau 18.2% kurang setuju dengan pernyataandi atas.Bagi tidak setuju pula tidak mencatatkan sebarang bilangan responden perempuandan sangat tidak setuju juga hanya mencatatkan 2 atau 4.5% orang responden perempuan.

  • 8/8/2019 Kolokium Pengajian Am Tingkatan Enam Atas

    27/50

  • 8/8/2019 Kolokium Pengajian Am Tingkatan Enam Atas

    28/50

    y Berdasarkan Jadual 6 dan graf 6,seramai 7 orang atau 15.9% responden sangat setujumereka akan mengambil inisiatif untuk mengulangkaji setiap kali rakan sebelahmengulangkaji pelajaran,manakala 18 orang responden atau 40.9% setuju, kurang setujupula mencatatkan sebanyak 14 orang responden atau 31.9% serta seramai 2 atau 4.5%orang responden tidak setuju mengenai pernyataan di atas dan seramai 3 orang atau 6.8%responden sangat tidak setuju mereka akan mengambil inisiatif untuk mengulangkaji setiapkali rakan sebelah mengulangkaji pelajaran.

    y Manakala dari segi gender pula,seramai 2 atau 4.5% orang responden lelaki sangat setujubahawa mereka akan mengambil inisiatif untuk mengulangkaji setiap kali rakan sebelahmengulangkaji pelajaran.Seramai 11 orang responden lelaki atau 25% setuju mengenaipernyataan di atas manakala 6 atau 13.6% orang responden lelaki kurang setuju dan tidaksetuju pula mencatatkan sebanyak 2 atau 4.5% orang bilangan responden lelaki serta sangattidak setuju pula mencatatkan 1 atau 2.3% orang responden lelaki.

    y Untuk gender perempuan pula ialah seramai 5 orang responden atau11.4% sangat setuju

    mengenai pernyataan di atas.Sebanyak 7 orang responden perempuan atau 15.9% setujubahawa mereka akan mengambil inisiatif untuk mengulangkaji setiap kali rakan sebelahmengulangkaji pelajaran, serta 8 atau 18.2% kurang setuju dengan pernyataan di atas.Bagitidak setuju pula tidak mencatatkan sebarang bilangan responden perempuan dan sangattidak setuju juga hanya mencatatkan 2 atau 4.5% orang responden perempuan.

  • 8/8/2019 Kolokium Pengajian Am Tingkatan Enam Atas

    29/50

  • 8/8/2019 Kolokium Pengajian Am Tingkatan Enam Atas

    30/50

    y Berdasarkan Jadual 7 dan graf 7,seramai 13 orang atau 29.5% responden sangat setujuprestasi akademik rakan sebelah yang baik mempengaruhi rakan sebelah untuk merekaberusaha bersungguh-sungguh,manakala 19 orang responden atau 43.2% setuju, kurangsetuju pula mencatatkan sebanyak 4 orang responden atau 9.1% serta seramai 4 atau 9.1%orang responden tidak setuju mengenai pernyataan di atas dan seramai 4 orang atau 9.1%responden sangat tidak setuju bahawa prestasi akademik rakan sebelah mempengaruhimereka untuk berusaha bersungguh-sungguh.

    y Manakala dari segi gender pula,seramai 7 atau 15.9% orang responden lelaki sangat setujubahawa prestasi akademik rakan sebelah yang baik mempengaruhi mereka untuk berusahabersungguh-sungguh, manakala kurang setuju tidak mencatatkan sebarang bilanganresponden dan tidak setuju pula mencatatkan sebanyak 4 atau 9.1% orang bilanganresponden lelaki serta sangat tidak setuju pula mencatatkan 2 atau 4.5% orang respondenlelaki.

    y Untuk gender perempuan pula ialah seramai 6 orang responden atau 13.6% sangat setuju

    mengenai pernyataan di atas.Sebanyak 10 orang responden perempuan atau 22.8% setujubahawa prestasi akademik rakan sebelah yang baik mempengaruhi mereka untuk berusahabersungguh-sungguh, serta 4 atau 9.1% kurang setuju dengan pernyataan di atas.Bagi tidaksetuju pula tidak mencatatkan sebarang bilangan responden perempuan dan sangat tidaksetuju juga hanya mencatatkan 4 atau 9.1% orang responden perempuan.

  • 8/8/2019 Kolokium Pengajian Am Tingkatan Enam Atas

    31/50

  • 8/8/2019 Kolokium Pengajian Am Tingkatan Enam Atas

    32/50

    y Berdasarkan Jadual 8 dan graf 8,seramai 4 orang atau 9.1% responden sangat setujubahawa mereka mengulangkaji dan membuat perbincangan bersama rakan sebelah secarasukarela,manakala 22 orang responden atau 50% setuju, kurang setuju pula mencatatkansebanyak 12 orang responden atau 27.3% serta seramai 4 atau 9.1% orang respondentidak setuju mengenai pernyataan di atas dan sebanyak 2 orang atau 4.5% respondensangat tidak setuju bahawa mereka mengulangkaji dan membuat perbincangan bersamarakan sebelah secara sukarela.

    y Manakala dari segi gender pula,seramai 2 atau 4.5% orang responden lelaki sangat setujubahawa mereka megulangkaji dan membuat perbincangan bersama rakan sebelah secarasukarela,setuju pula mencatatkan sebanyak 11 orang responden atau 25%, manakalakurang setuju hanya berjumlah 5 atau 11.3% bilangan responden dan tidak setuju pulamencatatkan sebanyak 3 atau 6.9% orang bilangan responden lelaki serta sangat tidaksetuju pula mencatatkan 1 atau 2.3% orang responden lelaki.

    y Untuk gender perempuan pula ialah seramai 2 orang responden atau 4.5% sangat setuju

    mengenai pernyataan di atas.Sebanyak 11 orang responden perempuan atau 22.8% setujubahawa prestasi akademik rakan sebelah yang baik mempengaruhi mereka untuk berusahabersungguh-sungguh, serta 7 atau 15.9% kurang setuju dengan pernyataan di atas.Bagitidak setuju pula hanya mencatatkan 1 bilangan responden perempuan dan sangat tidaksetuju juga hanya mencatatkan 1 atau 2.3% orang responden perempuan.

  • 8/8/2019 Kolokium Pengajian Am Tingkatan Enam Atas

    33/50

  • 8/8/2019 Kolokium Pengajian Am Tingkatan Enam Atas

    34/50

    y Berdasarkan Jadual 9 dan graf 9 ,seramai 4 orang atau 9.1% responden terdorong untukbertanya kepada guru setiap kali rakan sebelah bertanya kepada guru mengenai halpelajaran ,manakala 24 orang responden atau 54.5% setuju, kurang setuju pulamencatatkan sebanyak 11 orang responden atau 25% serta seramai 1 atau 2.3% orangresponden tidak setuju mengenai pernyataan di atas dan sebanyak 4 orang atau 9.1%responden sangat tidak setuju bahawa setiap kali rakan sebelah mereka bertanya kepadaguru mengenai hal pelajaran,mereka terdorong untuk bertanya kepada guru juga.

    y Manakala dari segi gender pula,seramai 2 atau 4.5% orang responden lelaki sangat setujubahawa setiap kali rakan sbelah mereka bertanya kepada guru mengenai halpelajaran,mereka terdorong untuk bertanya kepada guru juga,setuju pula mencatatkansebanyak 13 orang responden atau 29.5%, manakala kurang setuju hanya berjumlah 4 atau9.1% bilangan responden dan tidak setuju pula tidak mencatatkan sebarang bilanganresponden lelaki serta sangat tidak setuju pula mencatatkan 3 atau 6.9% orang respondenlelaki.

    y

    Untuk gender perempuan pula ialah seramai 2 orang responden atau 4.5% sangat setujumengenai pernyataan di atas.Sebanyak 11 orang responden perempuan atau 25% setujubahawa setiap kali rakan sebelah mereka bertanya kepada guru mengenai halpelajaran,mereka terdorong untuk bertanya kepada guru juga, serta 7 atau 15.9% kurangsetuju dengan pernyataan di atas.Bagi tidak setuju pula mencatatkan bilangan respondenperempuan sebanyak 1 atau 2.3% dan sangat tidak setuju juga hanya mencatatkan 1 atau2.3% orang responden perempuan.

  • 8/8/2019 Kolokium Pengajian Am Tingkatan Enam Atas

    35/50

    B) Tingkah Laku

  • 8/8/2019 Kolokium Pengajian Am Tingkatan Enam Atas

    36/50

  • 8/8/2019 Kolokium Pengajian Am Tingkatan Enam Atas

    37/50

    y Berdasarkan Jadual 1 dan Graf 1, seramai 8 orang responden atau 18.2% sangat setuju,setuju pula seramai 18 orang responden atau 40.9% dan kurang setuju pula mencatatkanseramai 12 orang atau 27.3% terhadap penyataan bahawa rakan sebelah merupakan antarafaktor yang mendorong mereka mengubah sikap. Walau bagaimanapun, bilangan respondenyang tidak setuju dan sangat tidak setuju dengan penyataan ini ialah seramai 3 orang atau6.8%.

    y Jika dilihat dari segi gender pula, seramai 5 orang responden perempuan atau 11.4%

    sangat setuju dengan penyataan di atas, diikuti pula seramai 8 orang atau 18.2% setuju dan7 orang responden atau 15.9%kurang setuju. Tiada bilangan responden yang tidak setujudengan penyataan di atas namun seramai 2 orang responden atau 4.5% menyatakanmereka sangat tidak setuju dengan penyataan tersebut.

    y Bilangan responden lelaki yang menyatakan bahawa mereka sangat setuju rakan sebelahmerupakan faktor yang mendorong mereka untuk mengubah sikap ialah seramai 3 orangatau 6.8%, diikuti pula seramai 10 orang responden atau 22.8% setuju serta 5 orang

    responden atau 11.3% kurang setuju dengan penyataan tersebut. Seramai 3 orangresponden lelaki atau 6.8% tidak setuju dan 1 orang responden atau 2.3% sangat tidaksetuju dengan penyataan di atas.

  • 8/8/2019 Kolokium Pengajian Am Tingkatan Enam Atas

    38/50

  • 8/8/2019 Kolokium Pengajian Am Tingkatan Enam Atas

    39/50

    y Berdasarkan Jadual 2 dan Graf 2, seramai 9 orang responden atau 20.5% sangat setuju,setuju pula seramai 20 orang responden atau 45.4% dan kurang setuju pula mencatatkanseramai 11 orang atau 25% terhadap penyataan bahawa mereka tidak pernah berasa marahapabila rakan sebelah menegur sikap negatif mereka. Walau bagaimanapun, bilanganresponden yang tidak setuju ialah hanya seorang sahaja atau 2.3% dan seramai 3 orangresponden atau 6.8% sangat tidak setuju dengan penyataan tersebut.

    y Jika dilihat dari segi gender pula, seramai 5 orang responden perempuan atau 11.4%

    sangat setuju dengan penyataan di atas, diikuti pula seramai 8 orang atau 18.2% setuju dan7 orang responden atau 15.9% kurang setuju. Tiada bilangan responden yang tidak setujudengan penyataan di atas namun seramai 2 orang responden atau 4.5% menyatakanmereka sangat tidak setuju dengan penyataan tersebut.

    y Bilangan responden lelaki yang menyatakan bahawa mereka sangat setuju dan tidak pernahberasa marah apabila rakan sebelah menegur sikap negatif mereka ialah seramai 4 orangatau 9.1%, diikuti pula seramai 12 orang responden atau 27.2% setuju serta 4 orang

    responden atau 9.1% kurang setuju dengan penyataan tersebut. Hanya seorang respondenlelaki atau 2.3% tidak setuju dan sangat tidak setuju dengan penyataan di atas.

  • 8/8/2019 Kolokium Pengajian Am Tingkatan Enam Atas

    40/50

  • 8/8/2019 Kolokium Pengajian Am Tingkatan Enam Atas

    41/50

    y Berdasarkan Jadual 3 dan Graf 3, seramai 6 orang responden atau 13.6% sangat setuju,setuju pula seramai 19 orang responden atau 43.2% dan kurang setuju pula mencatatkanseramai 12 orang atau 27.3% terhadap penyataan bahawa mereka berasakan sikap merekasemakin positif apabila bersama sama rakan sebelah. Walau bagaimanapun, bilanganresponden yang tidak setuju ialah seramai 4 orang atau 9.1% dan bagi yang sangat tidaksetuju dengan penyataan tersebut ialah seramai 3 orang responden atau 6.8%.

    y Jika dilihat dari segi gender pula, seramai 3 orang responden perempuan atau 6.8% sangat

    setuju dengan penyataan di atas, diikuti pula seramai 7 orang atau 15.9% setuju dan 8orang responden atau 18.3% kurang setuju. Bilangan responden yang tidak setuju dansangat tidak setuju mencatatkan bilangan yang sama iaitu hanya 2 orang responden sahajaatau 4.5%.

    y Bilangan responden lelaki yang menyatakan bahawa mereka sangat setuju dan berasakanbahawa sikap mereka semakin positif apabila bersama sama rakan sebelah mereka ialahseramai 4 orang atau 9.1%, diikuti pula seramai 8 orang responden atau 18.2% setuju serta

    4 orang responden atau 11.4% kurang setuju dengan penyataan tersebut. Seramai 3 orangresponden lelaki atau 6.8% tidak setuju dan 2 orang responden atau 4.5% sangat tidaksetuju dengan penyataan di atas.

  • 8/8/2019 Kolokium Pengajian Am Tingkatan Enam Atas

    42/50

  • 8/8/2019 Kolokium Pengajian Am Tingkatan Enam Atas

    43/50

    y Berdasarkan Jadual 4 dan Graf 4, seramai 6 orang responden atau 13.6%sangat setuju, dan bilangan responden yang setuju dan kurang setuju denganpenyataan di atas mencatatkan bilangan yang sama iaitu seramai 15 orangatau 34.1% . Bilangan responden yang tidak setuju dan sangat tidak setujujuga mencatatkan bilangan yang sama iaitu seramai 4 orang atau 9.1%.

    y

    Jika dilihat dari segi gender pula, seramai 2 orang responden perempuanatau 4.5% sangat setuju dengan penyataan di atas, diikuti pula seramai 7orang atau 15.9% setuju dan 10 orang responden atau 22.8% sangat tidaksetuju. Bilangan responden yang tidak setuju pula ialah hanya seorang sahajaatau 2.3% dan sangat tidak setuju pula seramai 2 orang responden atau4.5%.

    y

    Bilangan responden lelaki yang menyatakan bahawa mereka sangat setujudan tidak kisah seandainya rakan sebelah menegur sebarang tingkah lakumereka ialah seramai 3 orang atau 6.8%, diikuti pula seramai 12 orangresponden atau 27.3% setuju serta 4 orang responden atau 9.1% kurangsetuju dengan penyataan tersebut. Seramai 2 orang responden lelaki atau4.5% tidak setuju dan 1 orang responden atau 2.3% sangat tidak setujudengan penyataan di atas.

  • 8/8/2019 Kolokium Pengajian Am Tingkatan Enam Atas

    44/50

  • 8/8/2019 Kolokium Pengajian Am Tingkatan Enam Atas

    45/50

    y Berdasarkan Jadual 5 dan Graf 5 , seramai 10 orang responden atau 22.7% sangat setuju,setuju pula seramai 18 orang responden atau 40.9% dan kurang setuju pula mencatatkanseramai 8 orang atau 18.2% terhadap penyataan bahawa mereka terdorong untukmerubah sikap apabila rakan sebelah mereka lebih berdisiplin. Walau bagaimanapun,bilangan responden yang tidak setuju ialah seramai 5 orang atau 11.4% dan bagi yangsangat tidak setuju dengan penyataan tersebut ialah seramai 3 orang responden atau 6.8%.

    y Jika dilihat dari segi gender pula, seramai 4 orang responden perempuan atau 9.0% sangat

    setuju dengan penyataan di atas, diikuti pula seramai 10 orang atau 22.8% setuju dan 5orang responden atau 11.4% sangat tidak setuju. Bilangan responden yang tidak setuju pulaialah seramai dua orang atau 4.5% dan sangat tidak setuju pula hanya seorang respondensahaja atau 2.3%.

    y Bilangan responden lelaki yang menyatakan bahawa mereka sangat setuju dan terdoronguntuk merubah sikap apabila rakan sebelah mereka lebih berdisiplin ialah seramai 6 orangatau 13.7%, diikuti pula seramai 8 orang responden atau 18.2% setuju serta 3 orang

    responden atau 6.8% kurang setuju dengan penyataan tersebut. Seramai 3 orangresponden lelaki atau 6.8% tidak setuju dan 2 orang responden atau 4.5% sangat tidaksetuju dengan penyataan di atas.

  • 8/8/2019 Kolokium Pengajian Am Tingkatan Enam Atas

    46/50

  • 8/8/2019 Kolokium Pengajian Am Tingkatan Enam Atas

    47/50

    y Berdasarkan Jadual 6 dan Graf 6 , seramai 4 orang responden atau 9.1% sangat setuju,setuju pula seramai 14 orang responden atau 31.9% dan kurang setuju pula mencatatkanseramai 16 orang atau 36.3% terhadap penyataan bahawa mereka tidak akan menemanirakan sebelah bersembang apabila diajak bersembang walaupun ketika guru sedangmengajar. Walau bagaimanapun, bilangan responden yang tidak setuju ialah seramai 4 orangatau 9.1% dan bagi yang sangat tidak setuju dengan penyataan tersebut ialah seramai 6orang responden atau 13.6%.

    y Jika dilihat dari segi gender pula, seramai 2 orang responden perempuan atau 4.5% sangatsetuju dengan penyataan di atas, diikuti pula seramai 5 orang atau 11.3% setuju dan 10orang responden atau 22.8% sangat tidak setuju. Bilangan responden yang tidak setujuhanya seorang responden sahaja atau 2.3%. dan sangat tidak setuju pula seramai 4 orangatau 9.1% .

    y Bilangan responden lelaki yang menyatakan bahawa mereka sangat setuju dan mereka tidakakan menemani rakan sebelah bersembang apabila diajak bersembang walaupun ketika

    guru sedang mengajar ialah seramai 2 orang atau 4.5%, diikuti pula seramai 9 orangresponden atau 20.5% setuju serta 6 orang responden atau 13.7% kurang setuju denganpenyataan tersebut. Seramai 3 orang responden lelaki atau 6.8% tidak setuju dan 2 orangresponden atau 4.5% sangat tidak setuju dengan penyataan di atas.

  • 8/8/2019 Kolokium Pengajian Am Tingkatan Enam Atas

    48/50

    KESIMPULAN DAPATAN KAJIANKESIMPULAN DAPATAN KAJIAN

    y Kesimpulannya, pengaruh rakan sebelah di dalam kelas telahmemberi kesan terhadap minat dan tingkah laku pelajar-pelajar Tingkatan 6 Atas terhadap pelajaran di SMK Matang

    Jaya Kuching Sarawak. Pengaruh lebih cenderung baiknyadalam akademik setiap pelajar manakala rakan sebelahmerupakan pengaruh utama dalam membentuk minat dan

    tingkah laku para pelajar.

    y Hal ini telah menunjukan bahawa pelajar Tingkatan 6 Atasmudah terpengaruh dengan sikap rakan sebelah mereka didalam kelas. Para pelajar lebih cenderung terhadap minat dantingkah laku yang positif dan mereka tidak mudahterpengaruh dengan pengaruh yang negatif. Selain itu, merekamempunyai inisiatif sendiri untuk mengelakkan diri merekadaripada terpengaruh dengan pengaruh-pengaruh negatif.

  • 8/8/2019 Kolokium Pengajian Am Tingkatan Enam Atas

    49/50

    CADANGAN PENYELIDIKANCADANGAN PENYELIDIKAN

    y Menerusi kesimpulan di atas, kumpulan kami telah membincangkancadangan dalam merubah minat dan tingkah laku rakan sebelah terhadappembelajaran di dalam kelas ke atas pelajar-pelajarTingkatan 6 Atas.

    Cadangan penyelidikan kami ialah;

    I. Para guru di SMK Matang Jaya boleh menentukan tempat duduk para

    pelajar bersesuaian dengan prestasi akademik dan sikap mereka.II. Guru subjek juga boleh menentukan kedudukan pelajar di dalam kelas

    bersesuaian dengan rakan di sebelah yang boleh mendorong pelajar yanglemah identit yang lebih cemerlang.

    III. Para pelajar juga boleh memilih rakan sebelah mereka mengikutpencapaian akademik dan tingkah laku yang sesuai dengan mereka.

    IV. Semua cadangan di atas boleh membentuk generasi yang cemerlang

    menerusi pengaruh rakan sebelah yang baik. Oleh itu, pengaruh rakansebelah di dalam kelas memainkan peranan penting dalammempengaruhi minat dan tingkah laku pelajar terhadap pelajaran danperubahan sikap pelajar ini boleh menonjolkan identiti sebenar seorangpelajar.

  • 8/8/2019 Kolokium Pengajian Am Tingkatan Enam Atas

    50/50

    BIBLIOGRAFIBIBLIOGRAFI

    y Hoel J, Parker J, and Rivenberg J (2004). PeerEffects : Do First-YearClassmates,Roomates and Dormmates AffectsStudents Academic Success.

    y Sekaran U (2003). Research Methods forBusiness. A Skill Building Approach, 4th

    Edition. New Jersey : John Wiley and sons.

    y

    William Wiersma (2002) : ResearchMethods in Education An Introduction7th Edition, University of Toledo, Allyn andBacon.