contoh elemen 2 sejarah

Upload: mazlina-binti-omar

Post on 03-Apr-2018

312 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 7/28/2019 contoh elemen 2 sejarah

    1/30

    Tugasan 1(b)Elemen 2

  • 7/28/2019 contoh elemen 2 sejarah

    2/30

    Tajuk kajian:

    KEGIATAN EKONOMI

    TRADISIONAL DI

    MALAYSIA

    Nasi Kandar

  • 7/28/2019 contoh elemen 2 sejarah

    3/30

    Senarai Kandungan

  • 7/28/2019 contoh elemen 2 sejarah

    4/30

    BIL PERKARA MUKA SURAT

    1. TAJUK KAJIAN Isi sendiri

    2. SENARAI KANDUNGAN Isi sendiri3. PENGHARGAAN Isi sendiri4. OBJEKTIF KAJIAN Isi sendiri5. KAEDAH KAJIAN Isi sendiri6. HASIL KAJIAN

    1.0 Maklumat Asas

    1.1 Nama/ Jenis Kegiatan Ekonomi

    1.2 Sejarah/ Asal-usul Kegiatan Ekonomi

    1.3 Lokasi/ Tempat Kajian

    1.4 Individu yang mengusahakan

    2.0 Latar Belakang

    2.1 Tujuan dijalankan

    2.2 Proses/ Cara Pelaksanaan

    2.3 Peralatan/ Kaedah yang digunakan

    2.4 Produk yang dihasilkan

    2.5 Tempat/ Kawasan (bengkel/ keluasan tanah DLL)

    2.6 Kos Pengendalian

    3.0 Sumbangan/ Pengaruh kepada keluarga atau masyarakat

    Isi sendiri

  • 7/28/2019 contoh elemen 2 sejarah

    5/30

    3.1 Status Keluarga/ Mobiliti Sosial

    3.2 Identiti Keluarga/ Kawasan

    3.3 Sumber Pendapatan

    3.4 Penerusan Tradisi Keluarga

    3.5 Memenuhi Permintaan

    3.6 Pembangunan kawasan setempat

    3.7 Hubungan Kemasyarakatan

    3.8 Industri Hiliran

    3.9 Prasarana/ Rangkaian Perniagaan

    3.10 Pelancongan

    3.11 Peluang Pekerjaan

    (pilih mana-mana 4 aspek sahaja)

    4.0 Prospek

    4.1 Cabaran/ Kekangan yang dihadapi

    4.2 Penglibatan pihak luar/ galakan kerajaan atau swasta

    4.3 Reaksi/ penerimaan masyarakat

    4.4 Saranan dan harapan

    (pilih mana-mana 4 aspek sahaja)

    7. RUMUSAN

    8. LAMPIRAN

    9. RUJUKAN

  • 7/28/2019 contoh elemen 2 sejarah

    6/30

    Penghargaan

  • 7/28/2019 contoh elemen 2 sejarah

    7/30

    PENGHARGAAN:

    Saya ingin mengucapkan syukur kepada Tuhan kerana dengan izin-Nya, Kerja Kursus Sejarah2013 dapat disiapkan tepat pada masanya. Dalam usaha menyiapkan kerja kursus ini saya telah

    mendapat sokongan dan bantuan daripada pelbagai pihak.

    Pertamanya saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Pengetua Sekolah

    Menengah Kebangsaan .. kerana telah memberikan kerjasama yang tidak

    terhingga kepada saya dan rakan-rakan dalam menyiapkan kerja kursus yang berkaitan dengan

    "..". Jutaan terima kasih juga diucapkan kepada pihak sekolah yang turutsama membantu saya menyempurnakan folio saya ini.

    Seterusnya saya ingin menyampaikan penghargaan yang setinggi-tingginya kepada Guru MataPelajaran Sejarah saya iaitu En/Pn. ... kerana telah memberi bimbingan dan teguran

    yang sangat berharga semasa saya membuat kerja kursus ini.

    Tidak ketinggalan juga penghargaan untuk rakan-rakan kumpulan yang turut sama membantudari segi memberi tunjuk ajar dan idea dalam usaha untuk menyiapkan kerja kursus ini seperti

    yang telah ditetapkan.

    Saya juga amat terhutang budi kepada kedua ibu bapa saya yang telah memberikan bantuan

    daripada segi kewangan dan buah fikiran kepada saya apabila saya memerlukan mereka.

    Sekian, terima kasih.

  • 7/28/2019 contoh elemen 2 sejarah

    8/30

    Objektif Kajian

  • 7/28/2019 contoh elemen 2 sejarah

    9/30

    Objektif Kajian

    Melalui Projek kerja kursus ini, saya dapat mempelajari kemahiran mencari,

    mengumpul fakta daripada sumber yang sahih mengenai produk yang dikeluarkan

    oleh pengusaha Nasi KandarSaya juga dapat mengelas, menganalisis, mentafsir, mensintesis dan merumus

    fakta yang telah diperolehi secara baik dan rasional. Melihat kepada tajuk kajian

    saya iaitu Makanan Tradisional Malaysia (Nasi Kandar). Tajuk berkenaan telah

    membantu saya mengetahui tentang sejarah makanan tersebut seterusnya

    mengetahui pula tentang sejarah dan perkembangan perniagaan tersebut.Selain itu, saya juga telah belajar merekod dan menyimpan maklumat denganbaik seperti yang telah saya lakukan dalam DVD+R. Secara tidak langsung, kajian ini

    juga mendorong saya memahami dan menyusun format kajian dengan betul.

    Saya dapat mengenal pasti peranan produksi/syarikat iaitu . (nama) yang

    mengeluarkan barangan/produk dalam pembangunan Negara, terutamanya

    berkaitan pemasaran, masalah pemasaran serta potensi syarikat yang membantu

    perkembangan ekonomi Negara.

    Akhir sekali, kajian ini membantu saya mengamalkan nilai murni dan unsur

    patriotisme. Ia berjaya diterap melalui kerjasama dengan ahli kumpulan.

  • 7/28/2019 contoh elemen 2 sejarah

    10/30

    Kaedah Kajian

  • 7/28/2019 contoh elemen 2 sejarah

    11/30

    Kaedah Kajian

    Kaedah kajian yang saya gunakan adalah menggunakan kaedah kajian sumber

    bertulis atau penyelidikan perpustakaan seperti majalah. Majalah tersebut saya

    rujuk untuk melihat resepi dan produk Nasi Kandar. Saya telah menjalankan

    penyelidikan di Perpustakaan Sekolah Menengah Bedong mendapatkan maklumat

    bagi melengkapkan projek ini.Saya telah mewawancara individuyang bernama . . mendapatkan

    maklumat mengenai perniagaan nasi kandar ini. Beliau juga merupakan pemilik

    perniagaan tersebut. Justeru, temu ramah dengan beliau merupakan tulang belakang

    kajian ini.Saya juga telah melayari laman Internet atau menganalisis dengan kaedah

    ICT bagi mengetahui latar belakang makanan tradisional Malaysia. Antara laman

    sesawang ialah seperti berikut:

    1)http://lagunamerbok.blogspot.com/2012/04/jjcm-di-restoran-nasi-kandar-mat-bedong.html

    2)http://www.aimannajmy.com/nukilan-hidup/kedai-makan-popular-di-bedong-part-1/

    3)http://www.omar.my/2011/07/mencari-keunikan-nasi-kandar/

    4)http://salmiasaidin.com/2011/01/nasi-kandar/-perniagaan-zbch.html

    5)http://ms.wikipedia.org/wiki/Nasi kandar

    6)http://ms.wikipedia.org/wiki/Bedong

    Saya juga telah menjalankan kaedah lawatan dan ke tempat kajian. Kaedah

    ini telah banyak membantu dalam menjawab kemusykilan tentang aspek dalam

    perniagaan. Semasa berada di tempat kajian saya juga mengkaji melalui kaedah

    pemerhatian dengan melihat sendiri bagaimana proses masakan dijalankan,

    peralatan dan bahan yang digunakan.

    Akhir sekali, saya telah melaksanakan kaedah menyimpan maklumat di

    DVD+R agar, temubual dan gambar dijaga dengan baik.

    http://lagunamerbok.blogspot.com/2012/04/jjcm-di-restoran-nasi-kandar-mat-bedong.htmlhttp://lagunamerbok.blogspot.com/2012/04/jjcm-di-restoran-nasi-kandar-mat-bedong.htmlhttp://lagunamerbok.blogspot.com/2012/04/jjcm-di-restoran-nasi-kandar-mat-bedong.htmlhttp://www.aimannajmy.com/nukilan-hidup/kedai-makan-popular-di-bedong-part-1/http://www.aimannajmy.com/nukilan-hidup/kedai-makan-popular-di-bedong-part-1/http://www.aimannajmy.com/nukilan-hidup/kedai-makan-popular-di-bedong-part-1/http://www.omar.my/2011/07/mencari-keunikan-nasi-kandar/http://www.omar.my/2011/07/mencari-keunikan-nasi-kandar/http://www.omar.my/2011/07/mencari-keunikan-nasi-kandar/http://salmiasaidin.com/2011/01/nasi-kandar/-perniagaan-zbch.htmlhttp://salmiasaidin.com/2011/01/nasi-kandar/-perniagaan-zbch.htmlhttp://salmiasaidin.com/2011/01/nasi-kandar/-perniagaan-zbch.htmlhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Nasi%20kandar6http://ms.wikipedia.org/wiki/Nasi%20kandar6http://ms.wikipedia.org/wiki/Nasi%20kandar6http://ms.wikipedia.org/wiki/Nasi%20kandar6http://ms.wikipedia.org/wiki/Bedonghttp://ms.wikipedia.org/wiki/Bedonghttp://ms.wikipedia.org/wiki/Bedonghttp://ms.wikipedia.org/wiki/Bedonghttp://ms.wikipedia.org/wiki/Nasi%20kandar6http://ms.wikipedia.org/wiki/Nasi%20kandar6http://salmiasaidin.com/2011/01/nasi-kandar/-perniagaan-zbch.htmlhttp://www.omar.my/2011/07/mencari-keunikan-nasi-kandar/http://www.aimannajmy.com/nukilan-hidup/kedai-makan-popular-di-bedong-part-1/http://lagunamerbok.blogspot.com/2012/04/jjcm-di-restoran-nasi-kandar-mat-bedong.html
  • 7/28/2019 contoh elemen 2 sejarah

    12/30

    Hasil Kajian

    1.0 Maklumat Asas

    1.1 Nama/ Jenis Kegiatan Ekonomi

    1.2 Sejarah/ Asal-usul Kegiatan Ekonomi

    1.3 Lokasi/ Tempat Kajian

    1.4 Individu yang mengusahakan

  • 7/28/2019 contoh elemen 2 sejarah

    13/30

    Maklumat Asas

    Nama ekonomi tradisional

    Nasi Kandar

    Sejarah / Asal Usul Nasi Kandar

    Resipi nasi kandar diilhamkan oleh golongan India Muslim atau mamak. Berdasarkan sejarah,

    pedagang India Muslim dari wilayah-wilayah selatan India seperti Malabar datang ke TanahMelayu pada kurun ke-16.

    Mereka mencipta resipi nasi kandar dengan berpuluh-puluh jenis rempah dan menyesuaikannya

    dengan persekitaran di Tanah Melayu.

    Nasi kandar pada zaman awal cuma dihidangkan pada waktu pagi dan gelaran kandar kekal

    hingga kini sempena gaya penjual dekad 1930-an mengandar bakul atau raga yang mengandunginasi dan lauk dengan sebatang kayu tebal.

    Dengan kaedah itu, mereka merentasi pekan dan kampung menjaja makanan tersebut. Pada

    peringkat awal, nasi dihidangkan bersama lauk daging masak kicap, telur rebus dan bendi rebus

    sebagai sarapan pagi.

    Nasi kandar mendapat namanya apabila nasi diangkut oleh penjual menggunakan kandar iaitu

    kayu dengan penampung berat kantung makanan yang digalas di bahu.

    Sambil menggalas kandar, peniaga-peniaga berjalan menuju ke pelabuhan, tepi-tepi pantai atau

    ke pekan untuk menjual nasi kandar kepada orang ramai

    Lokasi

    Sebuah restoran yang letaknya di Bedong. Bedong merupakan bandar kecil yang terletak dalam

    daerah Kuala Muda, di negeri Kedah. Bandar kecil ini terletak kira-kira 12km ke utara Bandar

    Sungai Petani.

    Tempat Kajian

    No 38, Jalan Selesa 1,

    Taman Selesa,

    08100 Bedong.

  • 7/28/2019 contoh elemen 2 sejarah

    14/30

    Individu yang mengusahakan

    Restoran ini diusahakan oleh seorang individu bernama Encik Che Mat Bin Hussein. Iamerupakan satu-satunya restoran milik 100% melayu. Encik Che Mat Bin Hussein merupakan

    pemilik tunggal Restoran Nasi Kandar Perniagaan ZBCH atau lebih dikenali dengan Nasi Mat

    oleh penududuk tempatan.

  • 7/28/2019 contoh elemen 2 sejarah

    15/30

    Hasil Kajian

    2.0 Latar Belakang

    2.1 Tujuan dijalankan

    2.2 Proses/ Cara Pelaksanaan

    2.3 Peralatan/ Kaedah yang digunakan

    2.4 Produk yang dihasilkan

    2.5 Tempat/ Kawasan (bengkel/ keluasan tanah DLL)

    2.6 Kos Pengendalian

  • 7/28/2019 contoh elemen 2 sejarah

    16/30

    Latar Belakang Perniagaan

    Tujuan perniagaan dijalankan

    Untuk meneruskan kegemilangan makanan tradisional seperti nasi kandar

    Kepentingan perniagaan

    Memenuhi keperluan dan permintaan masyarakat setempat terutamanya terhadap makanan halal.

    Nama Syarikat

    Perniagaan ZBCH

    No Pendaftaran Syarikat

    ASO 309088-W

    Sejarah dan Asal usul Perniagaan ZBCH

    En Che Mat Bin Hussein, 42 tahun, mula berniaga di pasar malam sebelum membuka Restoran

    Nasi Kandar. Berdasarkan temuramah yang saya dan ahli kumpulan lakukan, beliau merupakan

    seorang peniaga yang menyewa di kedai makan bekas majikannnya, dengan menjual roti canai.

    Kegigihannnya mendorong beliau, pada sebelah malamnya berniaga di beberapa tapak pasar

    malam seperti tapak Pasar Malam Bedong, Semeling, Sungai Layar dan Gurun. Selepas berjaya

    mengumpul modal, maka beliau mula berniaga menjual nasi kandar di tepi jalan. Tidak sampai 5tahun berniaga di tepi jalan, beliau telah berjaya memiliki sebuah restoran nasi kandar di deretan

    rumah kedai, Taman Selesa, Bedong. Usia restoran tersebuh masih setahun jagung.Punca dan Jumlah Modal

    wang simpanan sendiri

    Waktu Operasi

    3:00 petang hingga 1:00 pagi

    Isnin hingga Jumaat

    Menu/ Produk yang dikeluarkan

    Menu Utama

    Nasi Kandar Putih

  • 7/28/2019 contoh elemen 2 sejarah

    17/30

    Nasi Kandar Kuning

    Aneka Lauk

    Ayam Goreng

    Kari Ikan

    Dalca

    Ayam Madu

    Daging Masak Hitam

    Aneka Minuman

    Minuman Panas

    Minuman Sejuk

    Proses dan Perlaksanaa Menu

    1) Mendapatkan bahan mentah kering yang berkualiti seperti cili kering, rempah ratus,

    beras, minyak

    masak susu sejat,

    madu dan lain-lain lagi.

    2) Mendapatkan juga bahan mentah basah yang berkualiti daripada pembekal. Antara bahanmentah basah

    ialah ikan, ayam, daging bebawang dan sayuran.

    3) Bahanbahan tersebut hendaklah dibersihkan . Kemudian dipotong kecil atau dikisar

    (mengikut kesesuaian)

    4) Bahan seperti ayam, daging dan ikan pelu dibasuh dengan teliti hingga hilang bau hanyir.Kemudiannya ia digoreng sedikit dan ditoskan.

    5) Rempah ratus dan bebawang yang dikisar ditumis untuk dijadikan kari ikan dan dalca.

    6) Cili kering, bebawang dan madu dikisar untuk dijadikan Ayam Masak Madu

    7) Akhir sekali barulah, dibasuh beras dan akhirnya beras sedia untuk dikukus

  • 7/28/2019 contoh elemen 2 sejarah

    18/30

    Saya telah memilih satu menu yang sangat laris iaitu Ayam Goreng

    Proses Membuat Ayam Goreng

    Ayam dibasuh dengan tepung, agar hilang bau yang tidak enak

    Setelah bersih sejat dan biar seketika

    Penyediaan bahan perap

    bawang besar, halia, lengkuas, ketumbar, jintan manis, jintan putih, rempah daging

    dan serbuk kunyit disediakan dan dikisar

    Gaulkan bahan perap ke dalam ayam. Perapan dilakukan sekurang-kurangnya 2jam

    Ayam digoreng dalam kuali panas secara deep-fryer

    Sedia untuk dihidang dan dijual.

  • 7/28/2019 contoh elemen 2 sejarah

    19/30

    Peralatan yang digunakan

    Peralatan semasa menyedia bahan mentah :

    Pisau, gunting, besen, penyejat dan tempat memotong

    Peralatan semasa memasak

    Periuk besar untuk mengukus nasi

    Kuali besar untuk menggoreng ayam

    Dapur gas

    Peralatan semasa menghidang

    Bekas aluminium untuk menghidang lauk-pauk

    Pinggan, mangkuk dan gelas melamin

    Kos pengendalian

    Harga jual sepinggan set nasi kandar (seketul ayam goreng dan kuah dalca) ialah RM 4.70

    Kos (termasuk bahan mentah, pentadbiran dan upah) bagi sepinggan set nasi kandar tersebut

    ialah 70%

    Keuntungan ialah 40% daripada harga jualan

    Jualan yang dibuat ialah 150pinggan untuk sehari, maka jumlah keuntungan sehari ialah RM

    ..

    Jumlah Pendapatan

    Pendapatan masih berskala kecil, ini kerana harga jual juga agak murah kerana perniagaandijalankan di Bandar

    kecil seperti Bedong.

  • 7/28/2019 contoh elemen 2 sejarah

    20/30

    Hasil Kajian

    3.0 Sumbangan/ Pengaruh kepada keluarga atau masyarakat

    3.1 Status Keluarga/ Mobiliti Sosial

    3.2 Identiti Keluarga/ Kawasan

    3.3 Sumber Pendapatan

    3.4 Penerusan Tradisi Keluarga

    3.5 Memenuhi Permintaan

    3.6 Pembangunan kawasan setempat

    3.7 Hubungan Kemasyarakatan

    3.8 Industri Hiliran

    3.9 Prasarana/ Rangkaian Perniagaan

    3.10 Pelancongan

    3.11 Peluang Pekerjaan

  • 7/28/2019 contoh elemen 2 sejarah

    21/30

    Sumbangan perniagaan ini

    Perniagaan ini dilihat telah memberi banyak sumbangan kepada keluarga dan masyarakat. Ia

    bukan sekadar membuka peluang pekerjaan malahan penyambung tradisi negara. Perniagaan

    kecil-kecilan di tepi jalan itu kemudian diterima masyarakat tempatan dan akhirnya, iaberkembang kepada gerai lebih besar sehingga ke konsep restoran.

    Kewujudan restoran nasi kandar ini seakan satu kemestian di kawasan penempatan ini malah

    tidak keterlaluan jika dikatakan ia pelaris kepada kawasan pembangunan baru terutamnya diBedong. Ia ternyata berpotensi untuk memajukan ekonomi setempat bukan sekadar di bandar

    kecil seperti Bedong, malahan memesatkan ekonomi negeri dan seterusnya negara. Berita

    kelazatan dan kesedapan masakan menjadi topik hangat dalam laman sosial seperti blog danfacebook. Rata-rata mereka mempromosikan restoran ini yang secara tidak langsung

    memperkenalkan bandar kecil Bedong. Ia juga turut menyumbang memperkembangkan ekonomi

    lain seperti pelancongan. Hotel dan homestay di kawasan setempat turut mendapat sambutan

    takala ramai yang ingin mencuba rasa masakan di restoran ini. Ini kerana ada yang sanggupdatang dari selatan tanahair, semata-mata ingin mencuba masakan tradisional ini kerana

    istimewanya ia merupakan air tangan orang melayu.

    Selepas menjadi sebahagian daripada masyarakat di kawasan Bedong,restoran ini berupaya

    menghilangkan jurang perbezaan taraf sesebuah masyarakat. Boleh dikatakan ia juga tidak terhad

    didatangi oleh penduduk golongan bawahan dan pertengahan, malah golongan elit yang terdiri

    daripada golongan professional turut membaniiri restoran ini. Pemasaran ini berlaku kerana

    kawasan restoran ini merupakan laluan utama Alor Setar ke Sungai Petani. Lebihmenguntungkan, ramai jurutera yang tinggal di kawasan Sungai Petani berkhidmat di kilang-

    kilang seperti Petronas Fertiliser, Modenas dan Nafas Fertiliser. Justeru, ia menjadi mudah bagimereka untuk singgah dan membuat belian.

    Selain itu, restoran ini juga mampu melengkapkan lagi perpaduan kaum masyarakat tempatan. Ia

    bukan sahaja dihadiri oleh masyarakat India malahan masakan ini turut digemari olehmasyarakat Melayu dan Cina. Secara tidak langsung ini menggalakkan penyatuan bangsa dalam

    masyarakat tempatan.

  • 7/28/2019 contoh elemen 2 sejarah

    22/30

    Hasil Kajian4.0 Prospek

    4.1 Cabaran/ Kekangan yang dihadapi

    4.2 Penglibatan pihak luar/ galakan kerajaan atau swasta

    4.3 Reaksi/ penerimaan masyarakat

    4.4 Saranan dan harapan

  • 7/28/2019 contoh elemen 2 sejarah

    23/30

    Prospek Perniagaan

    Kemajuan budaya

    Melihat kepada perkembangan restoran ini, banyak perubahan dilalui bukan saja dari segi menu

    yang pelbagai, bahkan reka bentuk restoran juga lebih moden. Imej restoran ini juga mulamenampilkan imej dan wajah baru yang menampilkan suasana kafe. Pengusaha restoran ini

    cekap memahami selera dan cita rasa pelanggan serta mengikuti trend dan pasaran semasa.

    Perniagaan ZBCH juga hari ini tidak lagi terhad kepada menu nasi kandar berasaskan kari,

    bahkan turut menyediakan menu tomyam.

    Reaksi dan penerimaan Masyarakat

    Pendek kata, semuanya ada di sini mengikut selera pelbagai golongan pelanggan yang terdiri

    daripada mereka yang berpendapatan rendah sehingga membabitkan orang kenamaan dan

    masyarakat berbilang bangsa.

    Keupayaannya beroperasi sehingga awal pagi memberikannya satu kelebihan yang tidak mampuditandingi restoran lain, tambahan pula turut menyediakan skrin besar menayangkan filem dan

    sukan secara langsung daripada rancangan TV berbayar.

    Secara tidak langsung, kewujudan restoran ini berjaya mengumpul masyarakat majmuk di

    kawasan Bedong dan memberi gambaran faktor yang menggalakkan pembentukan budayamasyarakat baru tersendiri.

    Perkhidmatan Wifi percuma disediakan juga menarik minat anak muda berkunjung ke restoran

    ini sehingga berjam-jam.

    Kekangan yang dihadapi dapat disangkal

    Faktor lain yang menyebabkan restoran nasi kandar ZBCH kerap dikunjungi ialah layanan mesra

    dan cepat oleh pekerjanya membuatkan pelanggan terasa dihargai.

    Apa yang pasti, pekerjanya tidak sombong walaupun sesekali ada pelanggan yang cerewet,

    mereka masih mampu mengambil pesanan dengan baik dan tidak menarik muka walaupun

    kadang kala pelanggan tersalah memberi pesanan.

    Dengan segala kemudahan yang ditawarkan ini, tidak hairanlah mengapa restoran nasi kandar

    ZBCH sentiasa menjadi pilihan penduduk setempat.

  • 7/28/2019 contoh elemen 2 sejarah

    24/30

    Restoran nasi kandar menyaingi restoran barat

    Tidak kira di mana, nasi kandar kini menjadi imej makanan rakyat Malaysia seperti restoranmakanan segera Barat. Sekarang nasi kandar juga sudah menjadi hidangan utama pada majlis

    perkahwinan, majlis keraian dan hari lahir.

  • 7/28/2019 contoh elemen 2 sejarah

    25/30

    Rumusan

  • 7/28/2019 contoh elemen 2 sejarah

    26/30

    Rumusan

    Saya bersyukur pengkajian terhadap Makanan Tradisional Malaysia membolehkan saya

    mendapat pengalaman berguna. Ia juga mendedahkan saya dengan pengalaman sebenar duniaperniagaan di luar sana. Saya juga dapat menimba pengalaman professional dan

    mengenengahkan potensi diri saya. Saya amat gembira dan teruja kerana dapat mengutip

    pengalaman dan menyamar sebagai wartawan di luar sana. Saya juga berpengalaman dalam

    mengamalkan aspek dan skil komunikasi terhadap kerja-kerja kumpulan. Kajian ini menjadikan

    saya lebih matang dalam menjalankan penyelidikan dan dapat berfikir di luar kotak. Saya juga

    mendapat informasi melalui pencarian di perpustakaan dengan merujuk majalah. Saya juga telah

    berjaya mewujudkan kerjasama antara rakan kumpulan di samping berpeluang mewawancara

    (namakan siapa.). Saya juga mendapatkan maklumat melalui pencarian ICT atau internet

    dengan merujuk bebarapa laman web seperti yang diterangkan dalam lampiran saya

    mukasurat.

    Kajian seperti ini sangat membantu saya dalam mengkaji restoran berskala kecil

    mengusahakan perniagaan Nasi Kandar secara holistik dan menyeluruh. Saya juga mempelajari

    nilai-nilai kerjasama bersama-sama rakan saya kerana kami bekerja secara kumpulan. Dengan ini

    saya berpeluang menghayati konsep perpaduan, selari dengan kempen Satu Malaysia yang

    diwar-warkan kerajaan. Selain itu juga, mereka yang menyambung atau menusahakan makanan

    tradisi seperti ini telah membuka peluang dan membantu rakyat Malaysia mendapat pekerjaan

    sekaligus menjana ekonomi negara.

    Saya amat berbesar hati dan sangat berbangga kerana negara kita ini mempunyaibanyak rangkaian Restoran Nasi Kandar. Ini menunjukkan respon positif rakyat dan permintaan

    baik terhadap makanan tradisional. Ini juga jelas menunjukkan perkembangan pembangunan

    ekonomi Negara samada di bandar kecil mahupun bandar metropolitan. Dengan perkembangan

    ini, dapat dikatakan yang rakyat kita mempunyai semangat kekitaan yang jitu. Ini juga dilihat

    dapat membantu mengenalkan Malaysia, sebagai sebuah negara yang kaya dengan tradisi.

    Saya juga amat berterima kasih kepada kawan-kawan saya iaitu ..,

    , dan . kerana sama-sama berkongsi idea, maklumat dan

    rujukan agar kami sama-sama menyiapkan laporan kerja kursus ini.

    Tanpa kerjasama semua pihak, saya percaya dan yakin kajian kerja kursus saya tidak

    dapat dijalankan dengan jayanya. Alhamdulilah, selepas menyiapkan kerja kursus ini saya sangat

    yakin dengan diri melalui pelbagai aspek seperti sosial, intelek, ekonomi dan patriotik.

  • 7/28/2019 contoh elemen 2 sejarah

    27/30

    Lampiran

  • 7/28/2019 contoh elemen 2 sejarah

    28/30

    letakkan

    gambar

    peta

    rujukan di internet

  • 7/28/2019 contoh elemen 2 sejarah

    29/30

    Rujukan

  • 7/28/2019 contoh elemen 2 sejarah

    30/30

    masukkan semua elemen 1 ikut turutan