contoh pbs stpm sejarah & wardieburn camp

38
SEJARAH PENUBUHAN KEM WARDIEBURN (1888-1972) DAN KINI (2013) MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA PENULISAN KERJA PROJEK PENGGAL 2 TAHUN 2013 MATA PELAJARAN/KOD: 940/4 SEJARAH TAJUK : NAMA CALON : NOMBOR : KAD PENGENALAN ANGKA GILIRAN : ALAMAT SEKOLAH/ : ALAMAT CALON NAMA GURU/ : PEMERIKSA TANDATANGAN : GURU/PEMERIKSA TARIKH : MARKAH : NAJWA HUDA BINTI MOHD SHAHIDIN SMKA MAAHAD HAMIDIAH JALAN SUNGAI RAMAL LUAR 43000 KAJANG, SELANGOR ENCIK ZULKIPLI BIN ZAKARIA 21 FEBRUARI 11 APRIL 2013

Upload: wahud-lo

Post on 20-Jul-2015

487 views

Category:

Education


8 download

TRANSCRIPT

Page 1: Contoh PBS STPM Sejarah & WARDIEBURN Camp

SEJARAH PENUBUHAN KEM WARDIEBURN

(1888-1972) DAN KINI (2013)

MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA

SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA

PENULISAN KERJA PROJEK

PENGGAL 2 TAHUN 2013

MATA PELAJARAN/KOD: 940/4 – SEJARAH

TAJUK :

NAMA CALON :

NOMBOR :

KAD PENGENALAN

ANGKA GILIRAN :

ALAMAT SEKOLAH/ :

ALAMAT CALON

NAMA GURU/ :

PEMERIKSA

TANDATANGAN :

GURU/PEMERIKSA

TARIKH :

MARKAH :

NAJWA HUDA BINTI MOHD SHAHIDIN

SMKA MAAHAD HAMIDIAH

JALAN SUNGAI RAMAL LUAR

43000 KAJANG, SELANGOR

ENCIK ZULKIPLI BIN ZAKARIA

21 FEBRUARI – 11 APRIL 2013

Page 2: Contoh PBS STPM Sejarah & WARDIEBURN Camp

MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA

SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA

PENULISAN KERJA KURSUS

PENGGAL 2 TAHUN 2013

MATA PELAJARAN/KOD: 940/4 – SEJARAH

BORANG PERAKUAN CALON

Borang ini mestilah ditandatangani oleh calon dan guru/pemeriksa yang memeriksa kerja projek calon, dan

dilampirkan bersama dengan kerja projek yang dihantar kepada guru/pemeriksa. Kegagalan calon

menandatangani borang pengakuan ini akan menyebabkan calon tidak diberikan sebarang markah untuk kerja

projek yang dihasilkan.

Nama Calon Najwa Huda Binti Mohd Shahidin

No. Kad Pengenalan Calon

Angka Giliran Calon

Nama Pusat PBS Calon SMKA Maahad Hamidiah Kajang, Selangor

Makluman kepada calon :

Kerja projek yang dihantar untuk dinilai mestilah hasil kerja calon sendiri. Kerja projek calon boleh dibatalkan

sekiranya calon didapati meniru kerja projek calon lain atau membenarkan calon lain untuk meniru kerja projek

yang dihasilkan oleh calon sendiri, atau calon didapati meniru dalam apa cara sekalipun bagi menghasilkan kerja

projek tersebut.

Perakuan Keaslian Kerja Kursus Calon :

Saya telah membaca dan memahami makluman kepada calon di atas. Saya telah menghasilkan kerja kursus

Sejarah Penubuhan Kem Wardiebun (1888-1972) dan Kini (2013), Sejarah (940) tanpa bantuan mana-mana

pihak, kecuali penerangan dan bimbingan oleh pihak yang dibenarkan, iaitu guru mata pelajaran Sejarah :

Encik Zuklkipli bin Zakaria di sekolah (untuk sekolah kerajaan dan calon sekolah bantuan kerajaan)

Tandatangan Calon

Tarikh

Perakuan oleh Guru/Penilai

Saya mengesahkan bahawa kerja kursus Sejarah Penubuhan Kem Wardiebun (1888-1972) dan Kini (2013),

Sejarah (940) telah dihasilkan mengikut spesifikasi yang telah ditetapkan. Saya telah memeriksa kerja kursus

Sejarah Penubuhan Kem Wardiebun (1888-1972) dan Kini (2013) calon dan saya berpuas hati bahawa

sepanjang pengetahuan saya, kerja kursus Sejarah Penubuhan Kem Wardiebun (1888-1972) dan Kini (2013),

tersebut telah dihasilkan sendiri oleh calon.

Tandatangan Guru/Pemeriksa

Nama Guru/Pemeriksa Encik Zulkipli bin Zakaria

Tarikh

Page 3: Contoh PBS STPM Sejarah & WARDIEBURN Camp

MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA

SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA

PENULISAN KERJA KURSUS

PENGGAL 2 TAHUN 2013

MATA PELAJARAN/KOD: 940/4 – SEJARAH

BORANG REKOD KERJA KURSUS CALON

No. Pusat/Angka Giliran: No. Kad Pengenalan:

Tarikh Aktiviti dalam Penghasilan

Projek

Ulasan Guru Tandatangan

Guru

Tandatangan

Calon

21.02.2013 Pemberitahuan cara menulis

PBS Sejarah.

28.02.2013 Guru menyemak kertas

cadangan yang diberikan.

07.03.2013 Semakan penulisan secara

kasar pada bahagian awal

kajian.

11.04.2013 Penyerahan Kerja Projek

kepada guru.

Pengesahan Guru Mata Pelajaran:

Saya mengesahkan bahawa calon ini telah menjalankan sendiri setiap tahap proses kerja

dalam penghasilan kerja projek bagi mata pelajaran Sejarah Tahun 2013 mengikut peraturan

yang ditetapkan oleh Majlis Peperiksaan Malaysia.

Tandatangan Guru : ____________________________

Nama Guru : Encik Zulkipli bin Zakaria

Tarikh : ____________________________

Cap Sekolah :

Page 4: Contoh PBS STPM Sejarah & WARDIEBURN Camp

MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA

SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA

PENULISAN KERJA KURSUS

PENGGAL 2 TAHUN 2013

MATA PELAJARAN/KOD: 940/4 – SEJARAH

BORANG MARKAH KERJA KURSUS CALON

Nama Calon : Najwa Huda Binti Mohd Shahidin

No. Kad Pengenalan :

Angka Giliran :

(Untuk diisi oleh guru/pemeriksa/penyelaras)

Dimensi Penilaian Markah

Penuh

Markah

Guru/Pemeriksa

Markah

Penyelaras

1. Pengetahuan

10

2. Organisasi

10

3. Komunikasi

10

4. Gaya, Mekanik dan Dokumentasi

10

5. Cadangan Kajian

7

6. Pembentangan

8

Jumlah Markah

55

PERAKUAN GURU/PEMERIKSA

Saya memperakui bahawa markah dan butiran di

atas adalah benar

Tandatangan Guru/Pemeriksa :_______________

Nama : Encik Zulkipli bin Zakaria

No Kad Pengenalan :_______________________

Tarikh : ________________________________

No Telefon (sekolah) : 03 87376300

(bimbit) : _____________________

PENGESAHAN PENYELARAS

Saya mengesahkan bahawa markah dan butiran di atas

adalah benar.

Tandatangan Penyelaras :________________________

Nama : ______________________________________

No. Kad Pengenalan : __________________________

Tarikh : _____________________________________

No. Telefon (sekolah) : _________________________

(bimbit) : _________________________

Page 5: Contoh PBS STPM Sejarah & WARDIEBURN Camp

PENGHARGAAN

Syukur ke hadrat Illahi kerana membantu penulis serta meminjamkan sedikit kekuatan-Nya

kepada penulis dalam menyiapkan kajian ini meskipun pelbagai perkara yang terpaksa

ditempuhi. Alhamdulillah, akhirnya, kajian ilmiah ini berjaya disiapkan hingga ke noktah

terakhir.

Segunung apresiasi dan ucapan terima kasih yang tidak terhingga ditujukan buat

ayahanda dan bonda yang sangat memahami penulis dan juga yang turut membantu dari segi

kewangan dan motivasi kepada penulis semasa proses penulisan ini berlangsung. Begitu juga

buat kekanda-kekanda penulis yang turut sama membantu.

Jutaan terima kasih kepada guru matapelajaran Sejarah STPM SMKA Maahad

Hamidiah yang juga merangkap pemeriksa penyelidikan ilmiah ini iaitu Encik Zulkipli bin

Zakaria. Selaku penyelia, beliau telah membimbing, memandu, memberikan tip-tip yang

berguna serta menegur dan menasihati penyelidik semasa dalam pembikinan kajian ini.

Terima kasih diucapkan.

Selaut penghargaan buat Mejar Jeneral Dato’ Suhaimi bin Hj. Zuki, Leftenan Kolonel

Md Rodzlan bin Mohd Shariff dan Mejar Hazizaton Naroslinda binti Nang serta para Pegawai

Kanan yang lain kerana sudi meluangkan masa untuk ditemu ramah serta melayani penulis

dengan begitu baik sekali. Kenangan manis antara penulis dan semua warga kem tidak akan

dapat dilupakan.

Tidak lupa juga ucapan terima kasih kepada pihak Arkib Negara yang membantu

penulis dalam mencari bahan-bahan arkib yang diperlukan dan juga membenarkan penulis

untuk mencari bahan kajian di dalam Arkib Negara.

Seterusnya kepada semua yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung

dalam menyiapkan kajian ilmiah ini.

Sekian,

Najwa Huda Mohd Shahidin

April 2013

Page 6: Contoh PBS STPM Sejarah & WARDIEBURN Camp

PENGENALAN

Peta 1: Lokasi Kem Wardieburn

Kem Wardieburn yang berkeluasan kira-kira 111.68 ekar dengan koordinat 3°12'38" Utara

101°43'28" Timur yang ada pada masa kini adalah merupakan sebuah kem yang ditubuhkan

sejak zaman tentera British beroperasi di Malaya (nama Malaysia suatu masa dahulu) dan

telah diduduki oleh tentera Gurkha/British. Pelbagai unit dan institusi dari pelbagai

perkhidmatan seperti 22nd Special Air Service (SAS) Regiment telah ditempatkan di sini. Kem

ini berada dalam kawasan Setapak yang pada awalnya dikenali sebagai Batu Tapak dan nama

ini dipercayai diberi sempena nama ketua orang asli pada ketika itu kerana kawasan ini hanya

dihuni oleh orang asli dan orang Minangkabau. Walau bagaimanapun, pada 12 April 1888,

Frank Swettenham (Residen British Selangor) telah meluluskan penukaran nama baru yang

diguna pakai sehingga ke hari ini iaitu Setapak. Hal ini bersempena dengan kedudukannya

yang sangat hampir dengan Bandar Kuala Lumpur. Namun begitu, kem ini bukanlah sebuah

kem pada asalnya. Tapak kem Wardieburn pada hari ini merupakan tanah Wardieburn Estate

yang dimiliki oleh Robert Meikle dan Christopher Meikle sebelum diambil alih oleh Kuala

Lumpur Rubber Company (KLR) pada tahun 1906. Pengurus Wardieburn iaitu Encik

Campbell telah memohon agar tanah perkuburan dibina di ladang tersebut pada 18 Mei 1911.

Pada 18 Ogos 1939 pula, Kampong Lanjut Tin Dreging Ltd telah memohon kelulusan untuk

melombong bijih timah di Wardieburn Estate dan kebenaran untuk melombong telah

dikeluarkan pada 7 November 1941. Namun begitu, hasrat untuk melombong terhenti kerana

tentera Jepun sudah mula mendarat di Malaya pada 8 Disember 1941. Dalam tahun 1942,

kedudukan kem ini telah dimusnahkan oleh tentera Jepun dan telah dibina semula pada awal

1969. Setelah tentera Jepun menyerah diri pada tahun 1945, tanah seluas 32 ekar telah

diserahkan kepada pihak tentera pada 30 September 1947.

Page 7: Contoh PBS STPM Sejarah & WARDIEBURN Camp

WARDIEBURN ESTATE

Ramai yang mengatakan bahawa asal usul nama Kem Wardieburn terdiri daripada tiga

perkataan Bahasa Inggeris iaitu war (perang) die (mati) dan burn (bakar). Namun hakikatnya,

itu hanyalah mitos semata-mata. Rentetan sejarah Kem Wardieburn bermula dengan

pengambilan nama ‘Wardieburn’ yang diambil daripada Wardieburn Estate yang telah dibuka

pada tahun 1888 oleh Robert Meikle dan Christopher Meikle. Mereka menamakan ladang

mereka sebagai Ladang Wardieburn bersempena dengan tempat tinggal bapa mereka di

Wardieburn, Edinburgh, Scotland. Ladang ini telah dimulakan dengan penanaman pokok kopi

yang semakin mendapat tempat dalam pasaran pada masa itu dan diikuti dengan penanaman

pokok getah pada tahun 1899 dan 1900.

Beberapa tahun kemudian, dengan bayaran sebanyak £180000 (RM 845 881.20), KLR

telah berjaya memperolehi lima ladang yang berkeluasan kira-kira 1582 ekar (640 ha) yang

terdiri daripada Kent Estate, Uganda Estate, Wardieburn Estate (1 April 1906), Gunung

Estate dan Klang Gates Estate. Meskipun sesetengah ladang-ladang ini dinamakan

bersempena dengan nama tempat tinggal di tanah air mereka tetapi tidak syak lagi bahawa

kesemua ladang-ladang ini terletak di kawasan yang dikenali kini sebagai Lembah Klang.

Dengan pengambilan Ladang Wardieburn oleh KLR maka tamatlah kuasa Robert Meikle dan

Chrsitopher Meikle ke atas ladang ini. Melalui kejayaan-kejayaan yang dicapai, KLR telah

membeli ladang-ladang baru seperti Rawang Estate pada tahun 1912 bagi menambah bilangan

ladang mereka dan bermulalah penanaman getah secara besar-besaran oleh KLR.

Dalam masa yang sama, pengurus Ladang Wardieburn pada masa itu iaitu Mr.

Campbell telah memohon pembinaan tanah perkuburan di dalam kawasan ladang ini. Pada 16

Mei 1911, setiausaha Residen Selangor telah menghantar surat kepada pengurus tersebut

untuk memaklumkan bahawa permohonan yang diminta sepatutnya dihantar kepada

Pemungut Hasil Tanah Kuala Lumpur kerana lesen tanah perkuburan di bahagian yang

diingini telah pun diluluskan oleh Pegawai Kesihatan. Walau bagaimanpun, tidak ada

sebarang tanda kewujudan tanah perkuburan seperti yang disebut di atas pada ketika ini. Oleh

itu, dapat dikatakan di sini bahawa tidak berlaku sebarang pembinaan tanah perkuburan pada

tahun 1911 seperti yang telah diminta oleh Mr. Campbell kerana selepas permohonan itu,

KLR terus menumpukan sepenuh perhatian terhadap aktivit penanaman getah yang dijalankan.

Page 8: Contoh PBS STPM Sejarah & WARDIEBURN Camp

Kira-kira 932 ekar dari kawasan ladang ini telah ditanam dengan pokok getah.

Sebanyak 30 buah bilik dengan 8 blok dengan kemudahan tandas telah disediakan sebagai

tempat kediaman para pekerja ladang dan kemudahan prasarana yang disediakan ini berada

dalam keadaan bersih serta dijaga dengan baik. Kemudahan air pula, disalur melalui paip

yang disediakan dan sekiranya pam untuk menyalurkan air tersebut rosak atau tidak berfungsi,

para pekerja akan mendapatkan bekalan air dari telaga yang berhampiran dengan kedai-kedai

dan juga sempadan Ladang Wardieburn. Pada 28 April 1913, seramai 694 orang pekerja yang

terdiri daripada 638 orang India, 43 orang Cina dan 13 orang Melayu telah bekerja di ladang

ini dengan bayaran 33 sen untuk setiap 300 pokok getah bagi pekerja lelaki dan 25 sen bagi

pekerja wanita.

Apa yang lebih menarik, dalam kawasan ini juga No. 8 Brigade Group Medical Coy

(kumpulan perubatan) telah ditempatkan sebuah bilik rawatan bagi memberi khidmat kepada

para pekerja yang memerlukan dan juga bagi mendapatkan rawatan awal sebelum dihantar ke

hospital sekiranya perlu. Sebuah ambulans disediakan bagi membawa para pesakit ke hospital

dan sebuah farmasi dibina untuk memudahkan para pesakit mendapatkan ubat yang mereka

perlukan. Semua pekerja ladang KLR mendapat rawatan perubatan di hospital bertempat di

Ladang Kent.

Lebih tepat lagi, pada suatu masa dahulu, sebuah hospital telah ditubuhkan di sini dan

juga di Kinrara. Walau bagaimanapun, hospital di kem ini telah pun ditutup manakala hospital

di Kinrara masih berjalan seperti biasa. Kemungkinan kem ini adalah merupakan destinasi

terakhir sebelum tentera-tentera tersebut dihantar pulang ke tempat asal mereka iaitu United

Kingdom atau negara-negara yang lain tahun 1970. Kerana itu, hospital pernah ditubuhkan di

sini (Mejar Jeneral Dato’ Suhaimi, 2013).

Kampong Lanjut Tin Dredging Ltd telah memohon kelulusan daripada badan-badan

kerajaan dan juga memohon persetujuan daripada KLR untuk melombong bijih timah di

kawasan Ladang Wardieburn. Kelulusan untuk proses penukaran lesen Ladang Wardieburn

KLR daripda pertanian kepada perlombongan beserta syarat-syaratnya telah pun dikeluarkan

pada tahun 1922 dan kelulusan untuk menjalankan kegiatan perlombongan di kawasan ini

dikeluarkan pada 7 November 1941. Sebaik sahaja bahagian-bahagian yang telah dijalankan

operasi perlombongan berhenti dari beroperasi (selesai), bahagian tersebut akan diberimilik

semula oleh kerajaan kepada KLR atau penggantinya pada masa itu. Walau bagaimanapun,

kegiatan ini tidak dapat dilaksanakan meskipun kedua-dua belah pihak telah menandatangani

Page 9: Contoh PBS STPM Sejarah & WARDIEBURN Camp

perjanjian bersama dan telah mendaftarkan diri di Pajabat Tanah di bawah nombor pendafaran

15274. Hal ini kerana pada ketika itu Perang Dunia Ke-2 sedang berlaku dan tentera Jepun

sudah mula memasuki Tanah Melayu (8 Disember 1941). Oleh itu, kegiatan melombong yang

baru hendak dimulakan dan kapal korek yang hendak dihantar dari Malim Nawar ke Ladang

Wardieburn terpaksa dihentikan buat sementara waktu.

Berikutan pendaratan Jepun di Tanah Melayu, sebuah ordinan telah dibina dengan

segera sebelum pendudukan Jepun di kawasan ini. Pada 31 Januari 1942, seluruh Tanah

Melayu telah jatuh ke tangan Jepun dan Tanah Melayu telah ditadbir oleh Jepun hampir

selama 5 tahun. Sebaik sahaja Jepun menyerah diri pada 16 Ogos 1945, tanah seluas 32 ekar

di Lot 3865 telah diserahkan kepada pihak tentera pada jam 10 pagi, 30 September 1947 dan

bahagian tanah ini menjadi milik pihak tentera sepenuhnya.

Pada tahun yang sama juga (1947), sebelum berlakunya penyerahan tanah kepada

pihak tentera, Syarikat Dad Claims and Hiring Kuala Lumpur telah bertanyakan persetujuan

pihak yang berkenaan untuk menandatangani perjanjian dengan mereka yang seterusnya akan

membenarkan pihak Kampong Lanjut Tin Dredging Ltd menyewa tanah tersebut selama

setahun seluas 20 ekar di Lot 3865 yang berada di sekeliling Kilang Pickle kerana kapal korek

biasa tidak akan dapat memasuki kawasan yang diingini.

Lebih kurang setahun kemudian, hasrat mereka untuk melombong bijih timah di

kawasan Ladang Wardieburn dan sekitarnya menjadi kenyataan apabila permohonan yang

dihantar kepada Pusat Pentadbiran Kawasan Tanah Melayu telah diluluskan pada 2 Jun 1948

dan sebuah peta telah diberikan bagi menunjukkan kawasan yang dibenarkan untuk

melombong.

Namun, menjadi suatu kesukaran buat mereka apabila pihak tentera berada di

bahagian Lot 3865. Oleh itu, sepucuk surat telah dihantar untuk bertanyakan bilakah masa

yang sesuai bagi pihak tentera untuk mengosongkan kawasan tersebut. Pihak tentera telah

berada di kawasan ini sebelum peperangan lagi dan bilangan kem pada masa itu sangat terhad.

Namun begitu, pihak Kampong Lanjut Tin Dredging Ltd amat berharap agar pihak tentera

dapat mengosongkan kawasan tersebut akhir tahun itu juga (1948).

Pada masa itu, tempat ini dijadikan tempat simpanan peluru dan senjata api (Mejar

Hazizaton, 2013). Kawasan Lot 3865 (Wardieburn Estate) yang diduduki oleh Jabatan

Tentera mempunyai 6 biji bom dan barangan senjata api yang lain seperti peluru berharga

Page 10: Contoh PBS STPM Sejarah & WARDIEBURN Camp

yang telah disimpan secara strategik di kawasan ini. Oleh itu, mereka berharap agar

dipertimbangkan kembali pengambilan kawasan ini untuk dijadikan tempat perlombongan

kerana mereka perlu bersiap sedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan dan detik cemas

yang akan berlaku di Tanah Melayu seperti Perang Jepun. Tambahan pula, pada masa itu

Tanah Melayu diisytiharkan darurat sehingga tahun 1960 gara-gara Pakatan Komunis Malaya

(PKM) dan juga keadaan antarabangsa masih lagi belum stabil.

Arahan dijadikan kawasan ini sebagai tapak perlombongan tetap dijalankan seperti

biasa. Kawasan A akan dilombong pada tahun 1949 manakala kawasan B pula akan

dilombong 4 tahun kemudian. Sehingga ke hari ini, penulis tidak dapat melihat sebarang

kesan perlombongan dan didapati bahawa aktiviti tersebut tidak dijalankan sebaliknya tanah

tersebut semakin diluaskan kepada pihak tentera.

Dengan kehadiran tentera-tentera di Lot 3865 maka kawasan ini dikenali sebagai Kem

Wardieburn (Wardieburn Camp). Pada 1 April 1952, Penubuhan Khas Kepolisian telah

ditubuhkan di kem ini. Encik E. B. Skinner yang merupakan Suruhanjaya Kerosakan Perang

pada 19 Februari 1955 melaporkan tanah Kem Wardieburn sebelum perang ialah seluas 2700

ekar. 88.5 ekar untuk khemah Pihak Berkuasa Tentera dan 87 ekar untuk Pusat Latihan

Pengawal Tanah Air. Manakala 9 ekar lagi untuk bekalan air dan 192 ekar untuk kawasan

kediaman.

Tanah sebesar 257 ekar tanah telah dijual oleh KLR dengan harga $500 per ekar pada

2 Mac 1957. Walau bagaimanapun, penulis tidak mengetahui kepada siapakah KLR menjual

tanah tersebut. Alhamdulillah, pada tahun yang sama telah berlakunya sebuah peristiwa yang

pastinya tidak akan dapat dilupakan buat rakyat tempatan iaitu peristiwa kemerdekaan Tanah

Melayu (31 Ogos 1957).

Tidak lama kemudian, Skuadron 55 SAS (pasukan tentera British) telah meninggalkan

Kem Wardieburn pada 23 Mac 1959. Dengan kepulangan British ke tanah air mereka, kem ini

menjadi sepi dan telah diduduki oleh tentera negara. Pada 31 Julai 1960, pengisytiharan

darurat telah dibatalkan dan pada 16 April 1962, No. 8 Brigade Group Medical Coy telah

menyerahkan bahagian yang diduduki mereka kepada Jabatan Tentera.

Pada 29 April 1964, kerajaan akan berbincang mengenai hasrat mereka untuk membeli

606 ekar tanah Wardieburn. Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Encik Khaw Kai

Boh, telah melawat tapak rancangan rumah murah di Ladang Wardieburn pada 3 September

Page 11: Contoh PBS STPM Sejarah & WARDIEBURN Camp

1965. Tapak itu meliputi satu kawasan seluas 820 ekar dan akan menempatkan sebanyak

42000 buah rumah murah. Keseluruhan rancangan itu akan menelan belanja kira-kira RM150

juta dan dijangka siap dalam tempoh sepuluh tahun. Pada 18 September 1972, Ibu Pejabat

Jabatan Kerja Raya (Bahagia Senggara Tentera) mengatakan bahawa bangunan dan blok

kediaman di Kem Wardieburn akan berjaya dibina dan disiapkan.

Page 12: Contoh PBS STPM Sejarah & WARDIEBURN Camp

KEM WARDIEBURN MASA KINI (2013)

Kem ini memuatkan seramai 4000 orang penghuni di dalamnya dengan pelbagai infrastruktur

yang disediakan di dalamnya. Kira–kira separuh daripada anggota tentera di kem ini tinggal di

sini dan selebihnya tinggal di tempat lain. Antara jenis kediaman yang diberikan ialah, rumah

banglo, rumah semi-d dan apartment (4 bilik) yang dilengkapi dengan perabot sepenuhnya.

Dari aspek kesihatan pula, sebuah klinik telah dibina di dalam kem ini bagi

kemudahan penghuni untuk mendapatkan rawatan dan sebagainya. Dengan kemudahan ini,

mereka tidak perlu membazirkan duit dan tenaga mereka untuk keluar dari kawasan kem.

Dunia tanpa sempadan kini membuatkan sains dan teknologi sangat diperlukan dan

menjadi keutamaan dalam semua aspek. Oleh yang demikian, bagi menyenangkan para

penghuni untuk melayari internet dan sebagainya, sebuah kafe siber telah dibina dengan harga

yang sangat berpatutan iaitu RM1.50 per jam.

Bukan itu sahaja, di sini juga terdapat sebuah perpustakaan mini yang mempunyai

pelbagai jenis buku yang dapat digunakan oleh anggota tentera bagi menambahkan ilmu

pengetahuan mereka. Kebiasaannya, anggota tentera kem ini akan berandang ke sini hampir

setiap hari untuk membaca surat khabar. Kemudahan yang lain adalah masjid yang terletak di

bahagian hadapan pagar masuk kem bagi memudahkan jemaah yang ingin solat jumaat untuk

bersolat di situ.

Dalam memberi keselesaan kepada penghuni, kem ini telah menyediakan pelbagai

jenis gelanggang dan padang agar mereka dapat menjalankan aktiviti riadah bersama rakan-

rakan ataupun dengan keluarga. Antara kemudahan sukan yang disediakan di kem ini ialah

gimnasium, padang bola, gelanggang futsal yang bertutup, gelanggang badminton, trek untuk

berjoging dan juga taman permainan bagi kanak-kanak. Dengan ini, ibu bapa tidak perlu risau

dengan keselamatan anak-anak mereka kerana semuanya disediakan dalam kawasan kem.

Kem Wardieburn pada hari ini jauh berbeza dengan Kem Wardieburn pada masa

dahulu. Namun begitu, pembangunan yang akan datang seperti naik taraf pejabat pentadbiran

masih dalam perancangan. Dapat dirumuskan bahawa pihak atasan kem ini sangat menjaga

kebajikan pekerja bawahannya apabila pelbagai kemudahan prasarana diberikan yang

bersesuaian mengikut peredaran masa dan juga keperluan para penghuni.

Page 13: Contoh PBS STPM Sejarah & WARDIEBURN Camp

ORGANISASI PENTADBIRAN

Pada masa ini Tentera Darat mempunyai 4 Divisyen Infantri Tempur di bawah pemerintahan

Markas Tentera Darat yang bertempat di Kem Sungai Besi. Ibu Pejabat bagi Markas 1

Divisyen Infantri (1 Div) berada di Kem Bukavu Satok, Kuching, Sarawak manakala Markas

2 Divisyen Infantri (2 Div) pula bertempat di Kem Tun Razak, Bukit Gedong, Pulau Pinang.

Bagi Ibu Pejabat Markas 3 Divisyen Infantri (3 Div) ialah Kem Terendak, Melaka dan Kem

Wardieburn ini menjadi Ibu Pejabat bagi Markas Divisyen 4 Infantri (4 Div).

Divisyen biasanya mempunyai kekuatan 3 briged tempur dan disokong oleh pasukan

bantuan tempur seperti Semboyan, Polis Tentera, Akar Jurutera dan juga turut dibantu oleh

pasukan bantuan seperti pasukan kesihatan.

Markas 4 Div diketuai oleh Mejar Jeneral Dato’ Suhaimi bin Hj. Zuki dan beliau

dibantu 11 Briged, 12 Briged dan Tp Div. Pasukan bantuan tempur ini pula diketuai oleh

Briged Jeneral dan di bawah mereka, terdapat beberapa batalion, skuadron, kompeni, platun

dan sebagainya yang akan membantu mereka.

Markas 4 Div

11 Briged 12 Briged Tp Div

Page 14: Contoh PBS STPM Sejarah & WARDIEBURN Camp

PEGAWAI YANG DITEMPATKAN

Terdapat 17 susur galur pangkat dalam Tentera Darat Malaysia (TDM) bermula dari Prebet

sehinggalah Jeneral yang boleh dibahagikan kepada dua kategori iaitu kumpulan Pegawai dan

kumpulan Lain-lain Pangkat (LLP).

Kumpulan Pegawai bermula daripada Leftenan Muda hingga Jeneral dan terbahagi kepada

tiga kelompok iaitu :

1. Kumpulan Pegawai Kanan

Jeneral Leftenan Jeneral Mejar Jeneral Brigedier Jeneral Kolonel Leftenan Kolonel

2. Kumpulan Pegawai Medan

Mejar

3. Kumpulan Pegawai Muda

Kapten Leftenan Leftenan Muda

Page 15: Contoh PBS STPM Sejarah & WARDIEBURN Camp

Kumpulan Lain-lain Pangkat bermula dari prebet hingga Pegawai Waran I yang juga

terbahagi kepada tiga kelompok iaitu :

1. Kumpulan Pegawai Tanpa Tauliah (PTT) Kanan.

Pegawai Waren I Pegawai Waren II Staf Sarjan Sarjan

2. Kumpulan Pegawai Tanpa Tauliah (PTT) Rendah.

Koperal Lans Koperal

3. Prebet. Tidak mempunyai pangkat.

Kem Wardieburn menempatkan pegawai-pegawai yang berpangkat seperti yang disebut di

atas kecuali pangkat Jeneral dan Leftenan Jeneral. Kem ini diketuai oleh Mejar Jeneral Dato’

Suhaimi bin Hj. Zuki yang menjawat jawatan sebagai Panglima 4 Div. Pegawai-pegawai dan

prebet-prebet yang ada dalam kem ini dan juga kem-kem di seluruh Malaysia dihantar oleh

Markas Tentera Darat (MINDEF).

Page 16: Contoh PBS STPM Sejarah & WARDIEBURN Camp

TUGAS-TUGAS DAN KEGIATAN TENTERA

Orang awam mengetahui bahawa tugas seorang askar ialah menjaga keselamatan negara. Tak

kurang juga yang mengatakan bahawa pihak tentera hanya akan menjalankan tugas mereka

apabila pihak polis sudah tidak dapat mengawal keadaan bandar atau negara (darurat).

Hakikatnya, masih banyak lagi tugas-tugas tentera yang tidak diketahui ramai. Dalam

penulisan ini, penulis akan menerangkan serba sedikit tugas anggota tentera yang sebenarnya.

Tugasan semasa aman, pasukan infantri berkemampuan melaksanakan tugas-tugas

istiadat, membantu pihak berkuasa awam semasa bencana alam, ketenteraman awam, menjaga

keselamatan sempadan Malaysia daripada pendatang tanpa izin (PATI) serta penyuludupan

dan keselamatan kepada kawasan-kawasan yang berkepentingan. Kawasan jagaan bagi

Markas 4 Div ialah Kuala Lumpur, Putrajaya dan Selangor.

Selain itu, anggota tentera kem ini juga terlibat dalam Operasi Pemerintahan Medan,

OPPASIR (Operasi Pulau Padanan, Sipadan Resort). 1 batalion telah dihantar ke tempat-

tempat yang telah ditentukan bagi menjaga keselamatan di kawasan tersebut. Mereka juga

terlibat dengan Op Wawasan dan Op Mas. Bukan itu sahaja, anggota tentera di kem ini turut

menjalankan kerja-kerja kebajikan seperti memberi bantuan kesihatan dan membina rumah.

Aktiviti kebajikan ini dipanggil sebagai Jiwa Murni. Dalam masa yang sama, mereka perlu

menjalani latihan ketenteraan bagi bersiap siaga dalam menghadapi sebarang kemungkinan.

Antara latihan ketenteraan yang wajib dijalani ialah Latihan Tempatan, Latihan

Berterusan dan Latihan Kem Tahunan. Kursus, Seminar, hari Pegawai/PTT tergolong di

bawah jenis Latihan Berterusan. Mereka telah melalui Op Bamboo, beberapa jenis seminar,

latihan menembak, ujian kemahiran tempur, ujian berjalan kaki sejauh 15 km, ujian tahap

kecergasan dan bermacam-macam lagi. Latihan yang diberikan mestilah mematuhi piawaian

yang telah disediakan oleh Tentera Darat Malaysia.

Uniknya kem terletak pada kegiatan harian dan mingguan mereka dan juga perihal

agama yang sangat dititik beratkan di kem ini. Pada waktu pagi, mereka akan solat subuh

secara berjemaah di masjid kemudian mereka akan menjalan latihan fizikal (PT) pada waktu

pagi. Kemudian mereka akan masuk ke pejabat masing-masing. Pada waktu petang juga,

mereka akan menjalani latihan fizikal. Perkara ini terpulang kepada unit masing-masing dan

anggota tentera itu sendiri. Solat Zuhur dan Asar perlu dilakukan secara berjemaah.

Page 17: Contoh PBS STPM Sejarah & WARDIEBURN Camp

Pada setiap hari Jumaat, solat dhuha secara berjemaah akan diadakan. Mereka juga

akan mengadakan qiamullail sekali untuk setiap bulan. Bagi mengimarahkan masjid, sebulan

sekali penceramah jemputan seperti Ustaz Don telah dijemput untuk menyampaikan Kuliah

Maghrib. Kebiasannya. Kor Agama Angkatan Tentera (KAGAT) yang akan menyampaikan

kuliah tersebut.

Konklusinya, kehidupan harian seorang tentera begitu padat. Penulis berasa sungguh

bangga dan kagum dengan mereka kerana sanggup untuk menggalas tanggungjawab dengan

menjadi seorang tentera.

Page 18: Contoh PBS STPM Sejarah & WARDIEBURN Camp

SENJATA API YANG DIGUNAKAN

SENAPANG MODEL 16 (M-16)

Berat : 35 kg (tidak berisi peluru) dan 400 kg (berisi peluru penuh)

Panjang : 1 010 000 mm

Panjang laras : 508 mm

Peluru : 5.56 x 45 mm NATO

Mekanisme : Mekanisme gas dan putaran bolt

Rata-rata tembakan :12-15 putaran/minit berketelanjutan, 45-60 putaran/minit semi-

automatik, 700-950 putaran/minit siklik

Kecepatan peluru : 944.88 m/s

Jarak Efektif : 550 m (titik sasaran), 800 m (daerah sasaran)

Alat Bidik : Bidikan besi

Page 19: Contoh PBS STPM Sejarah & WARDIEBURN Camp

PISTOL

Berat : 730 g

Panjang : 161.5 mm

Panjang laras : 93.5 mm

Peluru : 9x18 mm Makarov

Mekanisme : Blowback

Kecepatan peluru : 315 m/s

Jarak Efektif : 50 m

Page 20: Contoh PBS STPM Sejarah & WARDIEBURN Camp

SENAPANG MESIN SERBA GUNA (GPMG)

Berat : 10.9 kg

Berat kaki tiga : 13.6 kg

Berat laras : 2.7 kg

Panjang : 125.8 cm

Panjang laras : 7.62mm

Berat 1x200 butir peluru : 5.4 kg

Mekanisme : Operasi gas piston panjang

Kecepatan peluru : 100-600 rds/min

Jarak Efektif : 200 – 1800 m

Page 21: Contoh PBS STPM Sejarah & WARDIEBURN Camp

RUMUSAN

Kem Wardieburn pada suatu masa dahulu sangat berbeza dengan Kem Wardieburn yang ada

pada hari ini. Pelbagai penambah baikkan telah dilakukan. Kemudahan prasarana yang ada

pada masa awal penubuhan kem ini ternyata telah berubah sama sekali.

Rentetan sejarah ini tidak akan berhenti sebaliknya akan berterusan hinggan akhir

zaman. Dari pengambilan KLR terhadap Wardieburn Estate oleh Robert Meikle dan

Christopher Meikle, kini Kem Wardieburn dimiliki sepenuhnya oleh negara.

Pelbagai perkara telah ditempuhi oleh pihak tentera dalam mempertahankan tanah air

namun masih ada golongan yang tidak tahu berterima kasih dengan pihak tentera. Unit-unit

yang ada pada hari ini telah diubah suai sedikit demi sedikit bagi memudahkan sistem

ketenteraan. Unit kini masih sama seperti yang ada pada zaman dahulu cuma yang berbezanya

adalah tugas dan pecahannya.

Kegiatan harian yang begitu padat tidak membataskan mereka daripada melakukan

kebajikan kepada masyarakat. Meskipun perlu berhadapan dengan tugasan pejabat, tugasan di

medan perang dan juga latihan perang turut perlu diikuti.

Oleh itu, kisah mengenai ketenteraan adalah suatu yang sangat menyeronokkan

apabila dikupas dengan lebih mendalam lagi. Diharapkan Malaysia akan terus berada dalam

keadaan aman dan damai. Oleh yang demikian, masyarakat perlu berterima kasih kepada

pihak berkuasa kerana telah mambantu dalam menjaga keamanan negara.

Page 22: Contoh PBS STPM Sejarah & WARDIEBURN Camp

LAMPIRAN

Gambar 1 : Barisan Kehormat di Kem Wardieburn tahun 1955

Page 23: Contoh PBS STPM Sejarah & WARDIEBURN Camp

Gambar 2 : Eastern Daily Mail and Straits Morning Advertiser, 11 July 1906, Page 1

Page 24: Contoh PBS STPM Sejarah & WARDIEBURN Camp

Gambar 3 : The Straits Times, Monday, 2 July 1933, Page 8.

Page 25: Contoh PBS STPM Sejarah & WARDIEBURN Camp

Gambar 4 : Lawatan The Duke of Edinburgh ke Kem Wardieburn

Gambar 5 : Pemeriksaan ke atas 1st Battalion di Kem Wardieburn

Page 26: Contoh PBS STPM Sejarah & WARDIEBURN Camp

Gambar 6 : Koperal Baker di Kem Wardieburn

Gambar 7 : Mejar Jeneral Dato’ Suhaimi masa dahulu

Page 27: Contoh PBS STPM Sejarah & WARDIEBURN Camp

Gambar 8 : Penerangan daripada Leftenan Kolonel Rodzlan

Gambar 9 : Lawatan bersama Pegawai Kanan

Page 28: Contoh PBS STPM Sejarah & WARDIEBURN Camp

Gmbar 10 : Mural di bahagian laluan ke Indera Mahkota

Gmbar 11 : Kereta kebal di bahagian hadapan Markas 4 Div

Page 29: Contoh PBS STPM Sejarah & WARDIEBURN Camp

Gambar 12 : Leftenan Kolonel Md Rodzlan

Gambar 13 : Mejar Hazizaton Naroslinda

Page 30: Contoh PBS STPM Sejarah & WARDIEBURN Camp

Gambar 14 : Laluan ke Bilik Pnglima 4 Div

Gmbar 15 : Gambar Panglima-panglima 4 Div yang pertama hingga ke-18

Page 31: Contoh PBS STPM Sejarah & WARDIEBURN Camp

Gambar 16 : Bahagian luar bilik Pnglima 4 Div

Gambar 17 :

Penulis bersama Mej. Jen Dato’ Suhaimi (Panglima 4 Div) dan Lef. Konel Rodzlan

Page 32: Contoh PBS STPM Sejarah & WARDIEBURN Camp

.

KERTAS CADANGAN BAGI KERJA

KURSUS SEJARAH

Nama : Najwa Huda Binti Mohd Shahidin

Kelas : 6 Ibn Hisyam

No I/C :

Nama Guru : Encik Zulkipli bin Zakaria

Tajuk : Sejarah Penubuhan Kem Wardieburn (1888-1972) dan Kini

(2013)

Page 33: Contoh PBS STPM Sejarah & WARDIEBURN Camp

PEMILIHAN TAJUK

Penulis telah memilih tajuk Sejarah Penubuhan Kem Wardieburn (1888-1972) dan Kini

(2013) yang terletak di Setapak kerana kawasan kajian ini berhampiran dengan tempat

kediaman keluarga penulis. Hal ini, akan memudahkan penulis untuk berurusan dengan pihak

kem. Dalam masa yang sama, penulis amat tertarik dengan tugas seorang tentera sedari

dahulu lagi kerana datuk penulis merupakan bekas tentera. Bagi penulis, kisah mengenai

perihal tentera amat sesuai untuk dijadikan sebagai kajian kerana tidak ramai yang

menghargai perjuangan mereka pada hari ini. Tambahan pula, penulis tidak menjumpai

mana-mana kajian mengenai kem ini. Meskipun kawasan ini mempunyai penduduk yang

ramai dan amat strategik tetapi tidak ramai yang berminat untuk mengetahui sejarah di sebalik

kem ini. Oleh itu, penulis berasa terpanggil untuk mengkaji mengenai kem ini agar lebih

ramai lagi akan mengikut jejak langkah penulis.

PENGENALAN

Kem Wardieburn yang berkeluasan kira-kira 111.68 ekar dengan koordinat 3°12'38" Utara

101°43'28" Timur yang ada pada masa kini adalah merupakan sebuah kem yang ditubuhkan

sejak zaman tentera British beroperasi di Malaya (nama Malaysia ketika itu) dan telah diduki

oleh tentera Gurkha/British. Pelbagai unit dan institusi dari pelbagai perkhidmatan seperti

22nd Special Air Service (SAS) Regiment telah ditempatkan di sini. Kem ini berada dalam

kawasan Setapak yang pada awalnya dikenali sebagai Batu Tapak dan nama ini dipercayai

diberi sempena nama ketua orang asli pada ketika itu kerana kawasan ini hanya dihuni oleh

orang asli dan orang Minangkabau. Walau bagaimanapun, pada 12 April 1888, Frank

Swettenham (Residen British Selangor pada masa itu) telah meluluskan penukaran nama baru

yang digunapakai sehingga ke hari ini iaitu Setapak. Hal ini bersempena dengan

kedudukannya yang sangat hampir dengan Bandar Kuala Lumpur.

Page 34: Contoh PBS STPM Sejarah & WARDIEBURN Camp

OBJEKTIF KAJIAN

a) Mengenal pasti asal usul kemunculan Kem Wardieburn.

b) Mengkaji kebenaran khabar angin mengenai nama Wardieburn.

c) Mengetahui tugas seorang tentera.

d) Mengenal pasti kemudahan yang terdapat dalam Kem Wardieburn.

PERMASALAHAN KAJIAN

a) Tidak ada mana-mana pihak yang pernah menulis mengenai sejarah kewujudan kem ini.

b) Banyak desas-desus mengenai asal usul nama kem ini.

c) Ramai yang mengatakan tentera tidak mempunyai tugas yang banyak.

SKOP KAJIAN

Skop kajian ini bermula pada tahun 1888 iaitu semasa sebelum kedatangan Jepun ke Tanah

Melayu dan berakhir pada 1972. Walau bagaimanapun, penulis tetap akan menfokuskan pada

masa kini iaitu tahun 2013 untuk melihat Kem Wardieburn pada hari ini.

KAEDAH KAJIAN

Untuk hasil kajian penulis ini, penulis telah mengaplikasikan beberapa jenis kaedah kajian.

Antaranya ialah :

a) Kaedah temubual :- Melalui kaedah ini, penulis telah menemu ramah beberapa

orang Pegawai Kanan dan juga Pegawai Lain-lain Pangkat.

Page 35: Contoh PBS STPM Sejarah & WARDIEBURN Camp

b) Kaedah pemerhatian :- Penulis telah melawat kawasan kajian iaitu Kem Wardieburn

yang terletak di setapak seorang diri.

c) Melayari internet :- Kaedah melayari internet juga turut penulis aplikasikan

kerana terdapat akhabar mengenai perihal asal usul Kem Wardieburn keluaran Singapura

yang tidak terdapat di Malaysia.

d) Pembacaan bahan arkib :- Penulis telah mencari dan membaca beberapa bahan dari

Arkib Negara yang sedikit sebanyak menyumbang kepada hasil kajian penulis.

PEMBAHAGIAN STRUKTUR ESEI

Bahagian 1 : Wardieburn Estate

Penulis menceritakan mengenai pindah milik Wardieburn Estate kepada Kuala Lumpur

Rubber Company Ltd. (KLR). Kisah-kisah yang terjadi seperti perlombongan bijih timah

sepanjang nama Wardieburn Estate diguna pakai dan jugalah unit-unit yang ada di dalamnya

seperti No. 8 Brigade Group Medical Corps (kumpulan perubatan).

Bahagian 2 : Kem Wardieburn Masa Kini (2013)

Penulis menerangkan segala infrastruktur yang terdapat di dalam kem ini daripada perumahan

hinggalah kawasan taman permainan untuk kanak-kanak. Kemudahan prasarana yang terdapat

di dalam kem ini boleh dikatakan hampir lengkap. Bagi mendapatkan barangan basah dan

barangan harian, mereka hanya perlu berjalan beberapa meter untuk sampai ke pasaraya yang

besar seperti Festival City kerana lokasinya yang berdekatan dengan pasaraya-pasaraya besar.

Bahagian 3 : Organisasi Pentadbiran

Divisyen 4 Infantri Malaysia (4 Div) merupakan kepala untuk bahagian pentadbiran kem ini

dan terdapat tiga unit yang berdiri di bawahnya. Antaranya ialah 11 Briged dan 12 Briged.

Walau bagaimanapun, 4 Div ini tidak hanya terdapat di kem ini sahaja. Apa yang lebih

menarik lagi, 4 Div di Kem Wardieburn merupakan head quarters kepada 4 Div seluruh

Malaysia.

Bahagian 4 : Tugas-tugas dan Kegiatan Tentera

Page 36: Contoh PBS STPM Sejarah & WARDIEBURN Camp

Ramai orang yang sering menyatakan bahawa untuk menjadi seorang tentera perlulah bersiap

seida dari segi fizikal dan mental. Meskipun mereka berhadapan dengan lambakan kerja yang

begitu banyak, mereka tetap komited menjalani latihan ketenteraan untuk bersiap siaga bagi

mempertahankan tanah air yang tercinta.

Bahagian 5 : Pegawai Yang Ditempatkan

Prebet dan pegawai tentera yang ditempatkan di sini dihantar oleh MINDEF. Kira-kira

seramai 40 orang Pegawai Kanan dan 159 orang Pegawai Lain-lain Pangkat (LLP) telah

ditempatkan di kem ini. Jawatan yang tertinggi di kem ini ialah Mejar Jeneral.

Bahagian 6 : Senjata Yang Digunakan

Memandangkan bahagian 4 Div ini lebih berfokus kepada penjagaan bandar maka senjata api

yang diguna pakai tidaklah terlalu banyak. Antara yang digunakan oleh mereka ialah

senapang M-16, GPMG dan pistol.

PENUTUP

Penulis berharap, dengan hasil kajian penulis ini, masyarakat akan membuka mata untuk lebih

menghargai jasa yang telah dicurahkan oleh pihak tentera seperti yang berlaku di Lahad Datu.

Penulis juga berharap agar masyarakat akan menilai sesuatu sejarah itu dengan mata hati.

Perjuangan tentera pada zaman dahulu tidak wajar untuk dilupakan kerana mereka sanggup

berjuang bermati-matian dalam mempertahankan negara seperti mana yang dilakukan oleh

Leftenan Adnan. Diharapkan agar sejarah mengenai kem ini akan dikarang oleh orang lain

dengan lebih baik lagi agar kem ini lebih menyinar di mata masyarakat.

Page 37: Contoh PBS STPM Sejarah & WARDIEBURN Camp

BIBLIOGRAFI

Buletin 4 Divisyen, Bil 18/2010

Buletin 4 Divisyen, Bil 17/2010

Buletin 4 Divisyen, Bil 18/2010

Gambar barisan kehormat di Kem Wardieburn, Setapak Kuala Lumpur (1955). Kuala

Lumpur : Arkib Negara.

RECEPTION CAMP AT WARDIEBURN ESTATE - POLICY, bahan arkib. Kuala Lumpur :

Arkib Negara.

Request from Kampong Lanjut Tin Dredging Limited for Government's assistance in getting

the Army to evacuate an area of 32 acres of the Wardieburn Estate occupied by the

army, bahan arkib. Kuala Lumpur : Arkib Negara.

Training Centre for Community Development, bahan arkib. Kuala Lumpur : Arkib Negara

Terms approved in 1922 for the issue of a prospecting Licence and for the conversion

from Agricultural Title to Mining Title in the case of Wardieburn Estate : Kuala

Lumpur Rubber Company, bahan arkib. Kuala Lumpur : Arkib Negara.

Wardieburn Estate. Water for the:- Ask for Mr. James Mrikle's letter, bahan arkib. Kuala

Lumpur : Arkib Negara.

Temu bual bersama Mejar Hazizaton Naroslinda binti Nang (PS2 Pendidikan) di pejabatnya

di Kem Wardieburn pada jam 3.45 petang,

Temu bual bersama Mejar Jeneral Dato’ Suhaimi bin Hj. Zuki, Panglima 4 Div, Kolonel Dr.

Zakaria (Medical), Kolonel Dr. Zahani (Dental ), Leftenan Kolonel Ishak (G3-OPS),

Leftenan Kolonel Md Rodzlan bin Mohd Shariff (G4-JLJ) di Indera Mahkota, Markas 4

Div, Kem Wardieburn pada jam 10.37 pagi , 29 April 2013.

http://www.rsgc.com.my/Heritage-History.htm. Telah dilayari pada 30.03.2012

Page 38: Contoh PBS STPM Sejarah & WARDIEBURN Camp

http://www.klk.com.my/corporate-information/milestones/1969-1906/. Telah dilayari pada

30.03.2013

http://prpm.dbp.gov.my/. Telah dilayari pada 30.03.2013

http://announcements.bursamalaysia.com/EDMS/subweb.nsf/9c414dbb47e140c148256aaa00

13486f/587901303870c427482570ee000c1b14/$FILE/KLK-Cover-100YearsHistory-

Contents((27KB).pdf. Telah dilayari pada 30.03.2013

http://newspapers.nl.sg/Digitised/Article/straitstimes19371224.2.132.aspx. Telah dilayari

pada 30.03.2013

http://newspapers.nl.sg/Digitised/Article/straitstimes19121211.2.83.aspx. Telah dilayari pada

08.04.2013

http://newspapers.nl.sg/Digitised/Article/straitstimes19131208-1.2.74.aspx. Telah dilayari

pada 08.04.2013

http://www.britains-smallwars.com/malaya/reg.html. Telah dilayari pada 08.04.2013

http://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-20051964.pdf. Telah dilayari pada

09.04.2013

http://kaptnizam.wordpress.com/atm/. Telah dilayari pada 10.04.2013

http://army.mod.gov.my/raw/index.php/latihan/25-jenis-latihan. Telah dilayari pada

10.04.2013