kerja kursus sejarah - contoh 2011

45
IDRIS BIN JOHARI SMK Felda Besout Sekolah Bestari Luar Bandar Disediakan oleh: TAKLIMAT KERJA KURSUS SEJARAH KERTAS SEJARAH 21/2

Upload: muhammad-huzaimy

Post on 01-Jul-2015

3.363 views

Category:

Documents


6 download

TRANSCRIPT

Page 1: KERJA KURSUS SEJARAH - CONTOH  2011

IDRIS BIN JOHARISMK Felda Besout

Sekolah Bestari Luar Bandar

Disediakan oleh:

TAKLIMATKERJA KURSUS SEJARAH

KERTAS SEJARAH 21/2

Page 2: KERJA KURSUS SEJARAH - CONTOH  2011

TUGASAN 1Anda ditugaskan membuat kajian berkaitan institusi pentadbiran tempatan yang terdapat di negara kita berdasarkan satu daripada tajuk berikut:(i) Pihak Berkuasa Tempatan (PBT)*(ii) Rancangan Pembangunan Tanah dan Wilayah* (iii) Pentadbiran Komuniti Setempat*

TUGASAN 2Tulis satu esei tidak kurang daripada 100 patah perkataan yang mengandungi pengamalan unsur patriotisme berdasarkan soalan di bawah.Soalan:Bagaimanakah institusi pentadbiran tempatan dapat memperkukuh integrasi nasional di negara kita?

TAJUK

Page 3: KERJA KURSUS SEJARAH - CONTOH  2011

* Calon PMR wajib melaksanakan Kerja Kursus Sejarah.* Masa merancang dan melaksanakan Kerja Kursus dari bulan Februari hingga bulan Julai * Calon perlu mendapat bimbingan guru dalam pemilihan tajuk kajian (berkaitan dengan Malaysia)* Melaksanakan ketiga-tiga elemen untuk mendapat Kod 1, Kod 2 atau Kod 3. Sekiranya calon hanya melaksanakan satu atau dua elemen sahaja, calon hanya layak mendapat Kod 4.* Calon digalakkan menggunakan teknologi maklumat dan komunikasi ,untuk mencari dan mengumpul fakta sejarah.* Kajian secara berkumpulan tetapi hasil kerja mestilah secara individu.* Fakta sejarah yang dikumpul untuk Elemen 1 hendaklah didokumentasikan bersama-sama hasil Elemen 2 dan Elemen 3.

ARAHAN KEPADA CALON (1)

Page 4: KERJA KURSUS SEJARAH - CONTOH  2011

* Hasil kerja kursus mestilah merupakan hasil usaha sendiri dan tidak ditiru .* Elemen 2 hendaklah dihasilkan dalam bentuk esei tidak kurang daripada 15 halaman mengikut format yang ditetapkan.* Hasil kerja kursus hendaklah ditulis tangan, ditaip atau menggunakan komputer ( fon t:Times New Roman, saiz 12 dengan langkau 2.0. )* Hasil kerja kursus hendaklah menggunakan kertas saiz A4 sahaja.* Maklumat peribadi calon hendaklah ditulis di halaman hadapan laporan..* Penilaian proses kerja calon akan dilakukan sepanjang masa kerja kursus dilaksanakan.* Penilaian dan pemberian markah dilakukan selepas pelaksanaan setiap elemen.* Penskoran hasil kerja calon dilakukan pada bulan Julai.

ARAHAN KEPADA CALON (2)

Page 5: KERJA KURSUS SEJARAH - CONTOH  2011

Kerja Kursus Sejarah mengandungi tiga elemen iaitu:

Elemen 1 Mengumpul fakta sejarahMencari dan mengumpul fakta sejarah daripada sumber yang sahih.

Elemen 2 Merekod fakta sejarahMengelas, menganalisis, mentafsir, mensintesis, merumus dan merekod fakta sejarah mengikut format yang ditetapkan.

Elemen 3 Penerapan unsur patriotisme3.1 Berbangga sebagai rakyat Malaysia3.2 Bersemangat setia negara3.3 Bersemangat kekitaan3.4 Berdisiplin3.5 Berusaha dan produktif

ELEMEN YANG HENDAK DINILAI

Page 6: KERJA KURSUS SEJARAH - CONTOH  2011

Jumlah Markah Kod Tahap Pencapaian

09 – 12 1 Cemerlang06 – 08 2 Kepujian03 – 05 3 Memuaskan01 – 02 4 Mencapai sebahagian tahap penguasaan Minimum

0 5 Tidak melaksanakan kerja kursus– 6 Dikecualikan (Dengan kebenaran LP)

Penilaian kerja kursus berdasarkan sistem Skor Berdasarkan Elemen (SBE).

Definisi(SBE) ialah satu kaedah menyatakan prestasi calon berdasarkan penguasaannya dalam sesuatu elemen yang dinilai. Skor ini menunjukkan keupayaan calon sendiri dan tidak boleh dibandingkan dengan calon lain. Calon akan dibimbing untuk memperoleh tahap pencapaian cemerlang bagi setiap elemen.

Pelaporan* Skor bagi SBE meliputi markah, kod dan tahap pencapaian calon.* Jumlah markah bagi tiga elemen dikira bagi menentukan kod dan tahap pencapaian calon.

SISTEM PENILAIAN

Page 7: KERJA KURSUS SEJARAH - CONTOH  2011

Bil NamaCalon

AngkaGiliran

No KP Markah Elemen JumlahMarkah

Kod CatatanE1 E2 E3

1 4 4 4 12 1 3 elemen2 4 2 2 8 2 3 elemen

3 1 1 3 5 3 3 elemen

4 0 0 4 4 4 1 elemen sahaja

5 4 4 0 8 4 2 elemen sahaja

6 0 0 0 0 5 Tidak melaksanakan KK

7 – – – – 6 Dikecualikan

CONTOH PENENTUAN KOD DAN TAHAP PENCAPAIAN CALON

Page 8: KERJA KURSUS SEJARAH - CONTOH  2011

CONTOH KERJA KURSUS SEJARAH

Page 9: KERJA KURSUS SEJARAH - CONTOH  2011

LEMBAGA PEPERIKSAAN KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

SEJARAH 21/2 KERJA KURSUS

Nama Calon : …………………………………………..Tingkatan : …………………………………………..No. Kad Pengenalan : …………………………………………..Angka Giliran : …………………………………………..Nama & Alamat Sekolah : ……………………………………….Tajuk Kerja Kursus : …………………………………………..Nama Guru : …………………………………………..

Skor :

Tandatangan Guru : ………………………...

Elemen MarkahElemen 1 : Mengumpul Fakta SejarahElemen 2 : Merekod Fakta SejarahElemen 3 : Penerapan Unsur Patriotisme

Jumlah MarkahKod

Tahap pencapaian

Kulit Folio

Ditulis oleh calon

Page 10: KERJA KURSUS SEJARAH - CONTOH  2011

SEJARAH 21/2KERJA KURSUS

ELEMEN 1

TAJUK: ………………………………………………………………………….

SENARAI SEMAK

Tandatangan Guru : …………………………………

BIL

SUMBER TANDAKAN ()

1 Buku Ilmiah2 Jurnal3 Akhbar4 Majalah5 Orang Sumber6 Melawat Tempat

Kajian7 Internet8 Televisyen9 Radio

10 VCD / DVD11 Sumber Lain

MARKAH

Ditulis oleh calon

Senarai semak

Eleman 1

Page 11: KERJA KURSUS SEJARAH - CONTOH  2011

http://malaysiana.pnm.my/03/0314wau.htm url internet

Sumber 1Internet

Page 12: KERJA KURSUS SEJARAH - CONTOH  2011

Teraju tiga sememangnya sinonim dengan wau, juga dikenali sebagai layang-layang di negeri-negeri sebelah pantai barat semenanjung. Sebagai permainan masa lapang bagi kalangan rakyat biasa dan golongan istana. Sejak zaman-berzaman sekitar kurun kelima belas, wau telah dimainkan oleh orang Melayu. Mereka telah mempercayai ada kaitan di antara semangat angin dan langit.

Jenis Wau                        Berbagai jenis dan bentuk wau telah dicipta. Wau burung, wau pari, wau katak, wau bayan, wau merak, wau kucing, wau jala budi, wau lenggang kebayan, wau sewah, wau barat dan yang sangat digemari oleh orang Melayu ialah wau bulan. Rekacorak bermotifkan awan larat pada kebiasaannya adalah menghiasi kebanyakan wau yang dihasilkan dengan berwarna-warni. Kelantan dan Terengganu sehingga kini masih mengekalkan tradisi pembuatan wau yang menarik, selain dijadikan untuk permainan ianya juga sebagai hasil kraftangan dan hiasan dinding.

Membuat Wau

Pembuatan sesebuah wau agak rumit dan memakan masa, dari kerja-kerja meraut buluh untuk dijadikan rangka, mengimbang stabilkan kepak sehingga melekatkan kertas pada rangka wau tersebut mengambil masa dua minggu untuk siap. Rangka buluh tulang belakang wau lebih besar daripada kepaknya, kemudian diikat dengan menggunakan benang mengikut bentuk serta jenisnya. Rangka yang telah disiapkan akan ditampal dengan tiga lapis kertas nipis dan lutsinar dengan berlainan warna. Lapisan pertama menggunakan kertas berkilat, lapisan kedua menggunakan warna yang berbeza dan bercorak awan larat iaitu bercorak pucuk rebung atau bunga cengkih yang telah ditebuk. Pada lapisan ketiga pula corak berlainan yang telah ditebuk ditampalkan.

Di bahagian kepala atau muncungnya serta dihujung kiri dan kanan kepak, akan dihiasi dengan rambu-rambu halus yang berwarna warni menambah cantik lagi rupanya. Busul akan diregangkan di bahagian belakang tengkuk wau, agar ianya mengeluarkan bunyi dengung apabila diterbangkan diudara. Busul diperbuat dari daun rembia atau mengkuang yang telah direndam dan dilurut lalu dibiarkan kering. Ia berbentuk seperti alat memanah. Tali teraju diikatkan di antara bahu kepak dan tulang belakang sebelah bawah wau bagi mengimbangi wau - Teraju Tiga.

Cara Bermain

Pada kebiasaannya wau akan dimainkan oleh dua orang, iaitu seorang akan memegang wau dan seorang lagi dipanggil juru anjung yang memegang tali. Apabila angin bertiup maka tali akan ditarik melawan arus angin dengan cara menghulur dan menarik talinya sehinggalah wau tersebut tinggi di udara. Kilauan cahaya matahari akan menambah cantik lagi wau yang dihias berwarna-warni.

Di masa kini walaupun wau masih mendapat tempat dikalangan masyarakat Melayu tetapi layang-layang juga tidak kurangnya telah mendapat perhatian oleh masyarakat tempatan dan juga antarabangsa. Pelbagai bentuk dan corak layang-layang telah dicipta, ada layang-layang yang berbentuk orang, kapal berangkai dan ada yang dimainkan dengan menggunakan dua utas tali. Kebanyakkan pertunjukan wau dan layang-layang masih mendapat tempat di Malaysia, terutama ketika hari-hari sambutan perayaan atau pertandingan wau antarabangsa.

http://malaysiana.pnm.my/03/0314wau.htm url internet

Isi / fakta

Page 13: KERJA KURSUS SEJARAH - CONTOH  2011

Sumber 2Televisyen

Majalah 3, Permainan Tradisional – Wau, TV3, 15.3.2008, 9 malam

Bukti

Page 14: KERJA KURSUS SEJARAH - CONTOH  2011

SEJARAH 21/2KERJA KURSUS

ELEMEN 2

TAJUK: ………………………………………………………………………….

SENARAI SEMAK

Tandatangan Guru : …………………………………

BIL

SUMBER TANDAKAN ()

1 Tajuk Kajian2 Senarai Kandungan3 Penghargaan4 Objektif Kajian5 Kaedah Kajian6 Hasil Kajian7 Rumusan8 Lampiran9 Rujukan

MARKAH

Ditulis oleh calon

Senarai semak

Eleman 2

Page 15: KERJA KURSUS SEJARAH - CONTOH  2011

TAJUK KAJIAN

Permainan tradisIonal

wauMuka surat1

Tajuk

Page 16: KERJA KURSUS SEJARAH - CONTOH  2011

Senarai kandungan

BIL TAJUK KAJIAN MUKA SURAT

1 Tajuk kajian 1

2 Senarai kandungan 2

3 Penghargaan

4 Objektif kajian

5 Kaedah kajian

6 Hasil kajian

7 Rumusan

8 Lampiran

9 Rujukan

2

Muka suratrujukan

Page 17: KERJA KURSUS SEJARAH - CONTOH  2011

PENGHARGAAN

Saya bersyukur kepada Allah S.W.T kerana dengan limpah kurnianya saya telah berjaya menyiapkan kerja kursus sejarah. Terlebih dahulu, saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada ibu bapa saya iaitu Tn. Haji Idris b. Johari dan Pn. Hajah Marina bt. Bujang kerana telah memberikan sokongan , dorongan serta bantuan kewangan dalam menyiapkan kerja kursus ini.

Selain itu, ucapan terima kasih juga ditujukan kepada guru sejarah saya, Pn. Azizah bt. Mohd Saleh kerana sudi memberi bimbingan dan tunjuk ajar dalam menjalankan kajian ini.

Terima kasih juga kepada rakan-rakan saya iaitu Zaquan, Fitri, Farhan, Ridzuan, Syafiq dan Zulhazmy yang telah membantu dalam mencari maklumat yang berkaitan dengan kerja kursus saya .

3

1

2

3

Page 18: KERJA KURSUS SEJARAH - CONTOH  2011

Objektif kajian

Objektif kajian ini dijalankan untuk:

•Mengetahui sejarah asal-usul sesuatu permainan tradisional dengan lebih terperinci

•Memahami dan mengetahui tujuan permainan wau dimainkan.

•Memperkenalkan kepada masyarakat lain dunia tentang permainan tradisional orang Melayu.

•Berbangga dan menghargai warisan seni permainan tradisional orang Melayu yang unik.

•Menguasai kemahiran mencari, mengumpul, merekod, dan menganalisis maklumat.

4

1

2

3

Page 19: KERJA KURSUS SEJARAH - CONTOH  2011

Kaedah kajian

Semasa kajian ini dijalankan, saya telah mengumpul dan mendapatkan maklumat yang berkaitan dengan kerja kursus saya dengan menggunakan beberapa kaedah. Antara kaedah yang saya guna itu ialah:

Kaedah PerlaksanaanKaedah pemerhatian

kaedah ini dijalankan dengan mencari maklumat dari televisyen

Kaedah rujukanrujukan daripada akhbar-akhbar, buku-buku ilmiah dan encyclopedia

Penyelidikkan di pusat sumber

Saya telah mencari buku-buku lmiah yang terdapat di pusat sumber sekolah saya yang berkaitan dengan tajuk kerja kursus.

InternetSaya telah melayari internet untuk mencari maklumat yang berkaitan dengan tajuk kerja kursus

5

1

2

3

4

Huraian kaedah

Page 20: KERJA KURSUS SEJARAH - CONTOH  2011

Hasil kajianPengenalan

Permainan rakyat seperti wau, gasing, dan lain-lain merupakan suatu kegiatan masa lapang yang amat popular dalam kalangan masyarakat Melayu tradisional. Wau umpamanya amat digemari oleh orang Melayu di Pantai Timur paling kurang sejak lima abad yang lalu. Wau di mainkan bukan saja untuk tujuan hiburan, malah dipertandingkan terutamanya oleh para petani selepas menuai padi.

Sebagai salah satu daripada kesenian Melayu tradisional, kedudukan wau lebih kurang pentingnya dengan permainan tradisional lain seperti gasing, kertuk, rebana, dan lain-lain. Dalam apa-apa jua ciptaan sekalipun, pasti ada sebab dan tujuan-tujuan falsafahnya.

Dalam hal ini ciptaan kesenian dan permainan tradisional pasti akan dihubungi dengan suatu keperluan untuk menyatakan sesuatu atau untuk menyatakan konsep, pemikiran dan gagasan yang mencerminkan kehidupan masyarakat Melayu. Setiap wau mengambarkan budaya yang berbeza dan mempunyai tradisi sendiri.

6

Sub Topik

Page 21: KERJA KURSUS SEJARAH - CONTOH  2011

Nama lain permainan wau

Teraju tiga sememangnya sinonim dengan wau. Selain itu, wau juga dikenali sebagai layang-layang di negeri-negeri sebelah pantai barat semenanjung.

Jenis-jenis wau

Wau dicipta dalam pelbagai bentuk dan mempunyai nama tersendiri seperti wau burung, wau pari, wau katak, wau bayan, wau merak, wau kucing , wau jala budi, wau lenggang kebayan, wau sewah dan wau barat. Begitupun wau bulan sangat digemari oleh orang Melayu.

7

Sub Topik

Page 22: KERJA KURSUS SEJARAH - CONTOH  2011

Asal-usul wau

Sehingga ke hari ini,terdapat banyak pendapat mengenai asal-usul wau, tetapi tidak dapat dipastikan pendapat mana yang betul

Pendapat pertama:

Pendapat yang pertama menyatakan permainan wau telah bermula di negara China sejak 3000 tahun yang lalu. Bagaimanapun pada masa itu wau bukannya dicipta untuk tujuan hiburan, sebaliknya wau dicipta untuk menerbangkan makanan kepada mereka yang terperangkap di bukit-bukit atau di gunung-gunung semasa banjir.

Pendapat kedua:

Wau bukan sahaja dimainkan,malah sudah mempunyai pelbagai bentuk rupa pada zaman pemerintahan Sultan Mahmud. Perkara ini dapat dibuktikan melalui buku “Sejarah Melayu” yang menceritakan perihal pertandingan wau yang disertai oleh Raja Ahmad putera Sultan Mahmud.

8

Sub Topik

Page 23: KERJA KURSUS SEJARAH - CONTOH  2011

Pendapat ketiga:

Wau pada awalnya adalah permainan tanpa nama. Permainan ini dimainkan oleh kanak-kanak dan diperbuat daripada daun tertentu yang diikat pada tulang belakang daun tersebut dengan menggunakan tali daripada kelopak batang pisang atau urat-urat daun nanas.

Permainan ini selalunya dimainkan di kawasan lapang yang berangin. Apabila permainan tanpa nama itu terputus talinya, anak-anak yang memainnya menangis. Bunyi tangisan “wa…wa…wa...” kedengaran. Dengan itu lahirlah perkataan ‘wau’

9

Page 24: KERJA KURSUS SEJARAH - CONTOH  2011

Pendapat keempat:

wau juga dikatakan bermula apabila Dewa Dewi Dani bersalinkan Dewa Muda. Tembuni Dewa Muda dibuang ke laut oleh bidan. Mak si Dewa-dewa yang turun ke Medan Kulum Laman Yang Rata melihat tembuni Dewa Muda terapung-apung di Sungai Nil.

Tembuni itu diambilnya dan dipilih-pilih wujud seorang dewa yang dinamakan Awang Si Jambul Lebat. Selaput tembuni Dewa Muda pula dijadikan rangka wau untuk Dewa Muda.

Bagi tujuan melengkapkan wau itu, mak si Dewa-dewa mengambil panau Dewa Muda untuk di jadikan bunga wau, tangan Dewa Muda sebagai sayap wau, laras kaki Dewa Muda pula dijadikan tangan dan badan wau manakala rambutnya di jadikan jambul wau.

Apabila wau yang sudah siap dinaikkan , busurnya berbunyi 12 bahasa dan 12 ragam. Daripada bunyi busur itulah wujudnya nama wau.

10

Page 25: KERJA KURSUS SEJARAH - CONTOH  2011

Pendapat kelima:

menurut satu lagenda di Utara Malaysia, wau dikatakan wujud daripada semangat padi. Ceritanya ialah mengenai sepasang suami isteri yang mengerjakan padi huma di kaki sebuah bukit. Mereka tidak mempunyai anak.

Pada suatu hari, ketika sedang bekerja di ladang, mereka terjumpa seorang budak perempuan yang cantik lalu dipelihara oleh mereka. Disebabkan rasa sayang terhadap budak perempuan itu, setiap hari si suami menghantar makanan ke tempat budak itu bermain-main iaitu di rumah padi.

Perlakuan si suami ini menimbulkan rasa cemburu di hati isterinya. Budak perempuan itu dipukul, dan di halau dari situ oleh isterinya. Akhirnya budak itu melarikan diri dari rumah pasangan petani tersebut mengikut mata angin barat.

Berikutan daripada itu, padi mereka tidak berbuah dan diserang penyakit. Pasangan suami isteri tersebut mula berasa risau dan pergi berjumpa Tok Nujum. Mengikut Tok Nujum, budak perempuan yang dihalau itu sebenarnya semangat padi.

Untuk memohon maaf, pasangan suami isteri itu harus membuat satu lembaga yang menyerupai wau bulan sekarang ini dan dinaikkan dengan menggunakan tali rami sesudah musim menuai. Daripada peristiwa inilah bermulanya permainan wau.

11

Page 26: KERJA KURSUS SEJARAH - CONTOH  2011

Pendapat keenam:

Wau (wau bulan) lahir sebagai beberapa nama gelaran selain nama sebenarnya Jaya Sinha, iaitu Sabjaya, Sanjaya Putera dan lain-lain. Beliau lebih dikenali sebagai Dewa Muda. Dewa Muda mengadakan pertapaan untuk menuntut ilmu kebatinan. Apabila selesai, dia keluar daripada pertapaan dengan membawa rangka wau bulan yang pada pendapatnya merupakan peta penyerangan dan penaklukan kembali empayar Seri Vijaya. Wau bulan itu dipilih menjadi lambang negara.

12

Page 27: KERJA KURSUS SEJARAH - CONTOH  2011

Kedudukan Melaka (tanda panah)negeri yang mempopularkan permainan ‘Wau”

Negeri yang mempopularkan permainan wau

Mengikut sejarah, negeri yang mempopularkan permainan ini ialah negeri Melaka. Perkara ini dapat dibuktikan melalui buku ‘Sejarah Melayu’ yang menceritakan perihal pertndingan wau yang disertai oleh Raja Ahmad putera Sultan Mahmud.

Ini menujukkan permainan wau sangat popular hingga wujud permainan kebangsaan bagi anak-anak raja dan golongan istana.

13

Sub Topik

Gambar, peta, rajah , jadual

Kapsyen / huraian

Page 28: KERJA KURSUS SEJARAH - CONTOH  2011

Kaum atau etnik yang terlibat

Sebagai permainan masa lapang bagi kalangan rakyat biasa dan golongan istana. Wau telah dimainkan oleh orang Melayu sejak zaman-zaman sekitar kurun kelima belas.

Tujuan permainan wau dimainkan:

Permainan wau atau layang-layang mempunyai hubungan dengan kepercayaan kepada semangat padi. Permainan wau dipercayai telah dilakukan sebagai satu cara untuk memohon maaf kepada semangat padi yang telah menjelma menjadi seorang anak gadis.

Permainan wau diadakan sebagai hiburan untuk pelbagai peringkat umur. Permainan juga diadakan untuk pertandingan. Pertandingan yang melihat bentuk kecantikannya diukur dari segi keindahannya kepada bentuk, corak ciptaan, warna, keaslian ciptaan dan ukurannya.

14

Sub Topik

Page 29: KERJA KURSUS SEJARAH - CONTOH  2011

Alat-alat yang digunakan untuk membuat wau:

Antara peralatan yang diperlukan untuk membuat wau ialah kertas, gunting, pisau raut, tali serta gam atau pelekat

Kertas

Gunting

Tali

Gam

Pisau Raut

Buluh15

Page 30: KERJA KURSUS SEJARAH - CONTOH  2011

Cara membuat wau

Membuat wau bukanlah satu pekerjaan yang mudah. Dalam membuat wau memerlukan kesabaran dan ketekunan. Pembuat wau akan memulakan kerja dengan mencari buluh yang sesuai untuk membuat rangka wau. Pada pendapat Pak Sapie ialah penting dalam membuat wau ialah kualiti buluh untuk membuat bingkai agar tidak patah. Beliau juga berkata ibu buluh tidak boleh ditebang agar buluh boleh membiak.

Buluh yang digunakan ialah tebal, ringan dan mudah dilenturkan agar tidak reput dan dimakan anai-anai. Setelah buluh ditebang, buluh akan dibelah dan dijemur selama tiga minggu agar lebih ringan diudara. Lembapan yang tinggi pada buluh boleh menyebabkan wau rosak jika buluh tidak dijemur dengan secukupnya.

Buluh yang rosak 16

Page 31: KERJA KURSUS SEJARAH - CONTOH  2011

Setelah dijemur, buluh akan diraut untuk dijadikan bilah yang kecil. Rangka yang sudah siap akan ditampal dengan kertas warna. Kertas warna yang akan digunakan perlu direnyuk terlebih dahulu agar wau tidak akan terkoyak apabila ditolak momentum angin.

Kemudian kertas warna akan ditebuk dengan pisau halus. Ini memerlukan kesabaran kerana kertas warna yang digunakan lekas koyak. Kemudian, wau akan menghiaskan wau dengan pelbagai corak agar kelihatan cantik. Akhirnya wau yang berkualiti dan cantik akan terhasil.

Cara bermain wau

Pada masa dahulu wujud dua cara bermain wau yang diketahui, iaitu pertamanya dengan cara melagakan wau ketika sedang terbang di udara dan yang kedua perlawanan dari segi ketinggian dan kecantikan.

17

Page 32: KERJA KURSUS SEJARAH - CONTOH  2011

Cara pertama:

Cara pertama adalah dengan cara melagakan wau tetapi cara ini dianggap merugikan. Ini disebabkan oleh dua atau lebih wau yang sedang terbang didekatkan sehingga talinya bersilang antara satu sama lain. Para pemain akan menggunakan kemahiran bermain wau untuk memutuskan tali wau pihak lawan. Wau yang terakhir yang tidak terputus talinya akan dianggap sebagai pemenang.

Cara permainan yang merugikan ini tidak diamalkan lagi pada hari ini. Sebaliknya cara bermain yang kedua menjadi popular dan digemari kini.

18

Page 33: KERJA KURSUS SEJARAH - CONTOH  2011

Cara kedua:

Dalam sesebuah pertandingan atau permainan biasa,sebuah kumpulan akan diwakili oleh dua orang peserta. Salah seorang daripadanya berperanan sebagai tukang tarik dan seorang lagi akan bertindak sebagai tukang anjung.

Tukang tarik berfungsi untuk memegang tali dan akan berjalan ke arah tiupan angin. Tukang anjung pula akan memegang wau sambil berdiri pada sesuatu masa yang sesuai dengan angin yang sederhana, tukang anjung akan melepaskan wau ke udara.

Pada masa yang sama tukang tarik akan menarik dan merenggut tali supaya waunya menerima puputan angin yang sesuai. Kadang-kadang tukang tarik terpaksa berlari sejauh antara 90 hingga 180 meter bagi memastikan wau naik ke udara dengan tepat.

Kebiasaan lain dalam menaikkan wau ialah angin yang kencang akan memusnahkan wau itu atau menyebabkan lenggokan wau tidak teratur. Angin diperlukan untuk menyokong wau naik dan terbang, tetapi bukan angin kencang yang akan memusnahkan wau tersebut.

19

Page 34: KERJA KURSUS SEJARAH - CONTOH  2011

RumusanMasyarakat melayu mempunyai warisan seni

permainan tradisional yang unik. Warisan ini hendaklah dikekalkan dan dipelihara agar tidak luput ditelan zaman. Kerajaan dan masyarakat perlulah memperkenalkan warisan ini kepada generasi muda dan kaum-kaum yang lain serta pelancong-pelancong yang melawat negara kita. Oleh itu,warisan ini akan dapat dikekalkan untuk generasi akan datang dan tidak luput ditelan zaman.

20

1

2

3

Unsur patriotisme

Page 35: KERJA KURSUS SEJARAH - CONTOH  2011

RujukanBuku Ilmiah•Jasman Ahmad dan Siti Zaiton, Wau, Siri Seni dan Kebudayaan, Petaling Jaya, Kuala Lumpur, 1996•Jasmin Ahmad, Siri Kenegaraan Malaysia, Kebudayaan Warisan Bangsa, Jade Green Publications Sdn. Bhd., Kuala Lumpur, 2006.

Encyclopedia•The Macmillan Ilusrtrated Encyclopedia, Volume 5, Kite, Macmillan Edu. Australia Pty. Ltd., South Melbourne, 1996

Internet•http://malaysiana.pnm.my/03/0314wau.htm : warisan budaya malaysia

Surat Khabar•Berita Harian, Didik Bil. 676, 17-23 Mac 2008, Layang-layang semakin popular,

Televisyen•Majalah 3, Permainan Tradisional – Wau, TV3, 15.3.2008, 9 malam

Orang Sumber•Encik Oman bin Masri, guru sejarah, No. 27, Taman Syarikat Melayu 35600 Sungkai Perak Darul Ridzuan 21

1

2

3

4

5

4

Page 36: KERJA KURSUS SEJARAH - CONTOH  2011

Lampiran

Negeri-Negeri yang mempopularkan permainan wau

22

Kapsyen

(1) Peta

Page 37: KERJA KURSUS SEJARAH - CONTOH  2011

Lampiran

Kelantan - Salah satu negeri yang mempopularkan permainan wau

23

Kapsyen

Page 38: KERJA KURSUS SEJARAH - CONTOH  2011

Lampiran

Jenis-jenis wau

Wau Payung

Wau KucingWau Bulan

24

Kapsyen

(2)Jenis Wau

Page 39: KERJA KURSUS SEJARAH - CONTOH  2011

Lampiran

Rancangan TV3 - Majalah Tiga , 15.3.2008 , 9 mlm

Wau yang sudah siap dibuat

Proses membuat wau

Rangka wauKapsyen

(3)RancanganTV

Page 40: KERJA KURSUS SEJARAH - CONTOH  2011

Lampiran

PEMANDANGAN FESTIVAL LAYANG-LAYANG KELANTAN KE-26, PADA 23-28 MEI 2008 25

(4)Pertandingan

Page 41: KERJA KURSUS SEJARAH - CONTOH  2011

Lampiran

Buku Permainan Tradisional (gasing dan wau)

26

(5)Buku

Page 42: KERJA KURSUS SEJARAH - CONTOH  2011

http://malaysiana.pnm.my/03/0314wau.htm

27

(6)Internet

Page 43: KERJA KURSUS SEJARAH - CONTOH  2011

SMK FELDA BESOUT 35600 SUNGKAI, PERAK

SEJARAH 21/2KERJA KURSUS

ELEMEN 3

TAJUK: ………………………………………………………………………….

SENARAI SEMAK

Tandatangan Guru : …………………………………

UNSUR PATRIOTISME TANDAKAN ()12345

MARKAH

SEJARAH 21/2KERJA KURSUS

ELEMEN 3

TAJUK: ………………………………………………………………………….

SENARAI SEMAK

Tandatangan Guru : …………………………………

UNSUR PATRIOTISME TANDAKAN ()12345

MARKAH

Senarai semak

Eleman 3

Page 44: KERJA KURSUS SEJARAH - CONTOH  2011

SMK FELDA BESOUT 35600 SUNGKAI, PERAK

SEJARAH 21/2KERJA KURSUS

ELEMEN 3

TAJUK: ………………………………………………………………………….

SENARAI SEMAK

Tandatangan Guru : …………………………………

ESEI100 PP

Page 45: KERJA KURSUS SEJARAH - CONTOH  2011

SEKIANTERIMA KASIH