sejarah t3 elemen 2

24
SENARAI KANDUNGAN PERKARA MUKASURAT Penghargaan Objektif Kajian Kaedah Kajian Hasil Kajian Rumusan Lampiran Rujukan

Upload: kayshamini

Post on 02-Jul-2015

1.592 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

Kerja kursus Sejarah Tingkatan 3 yang memberi keterangan tentang institusi pentadbiran di negara Malaysia, khususnya Majlis Pembandaran Pulau Pinang.- Feel free to use this portfolio for your school projects...:D

TRANSCRIPT

Page 1: sejarah t3 elemen 2

SENARAI KANDUNGAN

PERKARA MUKASURAT

Penghargaan

Objektif Kajian

Kaedah Kajian

Hasil Kajian

Rumusan

Lampiran

Rujukan

Page 2: sejarah t3 elemen 2

PENGHARGAAN

Perlaksanaan kajian berkaitan institusi pentadbiran tempatan ini telah

melibatkan kerjasama dan bantuan daripada banyak pihak. Oleh itu, saya

ingin merakamkan penghargaan dan jutaan terima kasih kepada semua

pihak yang memberikan sumbangan sehingga kajian ini siap

dilaksanakan. Sekalung penghargaan dan ucapan terima kasih ditujukan

kepada ibu bapa saya iaitu En.Chandran Supramaniam dan Pn.Prema

Chandran kerana sudi mengangkut dan membawa saya dari dan ke

kawasan Majlis Perbandaran Pulau Pinang sepanjang waktu proses kajian

ini dijalankan. Selain itu, saya juga berterima kasih kepada mereka kerana

meminjam saya kamera mereka.

Di samping itu, saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih

kepada guru Sejarah saya, iaitu Pn.Regina Geramu. Akibat semua nasihat

dan bimbingan beliau, saya telah berjaya melaksanakan kajian ini dengan

sempurna. Sumbangan beliau telah membantu saya menyelesaikan kajian

mengikut kehendak sukatan matapelajaran Sejarah.

Sehubungan itu, saya ingin merakamkan jutaan terima kasih dan

penghargaan kepada rakan-rakan saya yang turut membantu saya

melaksanakan kajian ini. Antaranya, Chan Su-Yi, Stephanie Lim, Stellah

Youbirdmurali, Jayshree dan Hafizah bt. Mahmood Ali yang telah banyak

menolong dan bekerjasama sepanjang waktu kajian ini dijalankan.

Page 3: sejarah t3 elemen 2

OBJEKTIF PROJEK

Bagi memenuhi kehendak sukatan matapelajaran Sejarah bagi

Tingkatan 3 tahun ini, saya telah memilih untuk mengkaji sesuatu

institusi pentadbiran tempatan iaitu pihak berkuasa tempatan (PBT). Pihak

berkuasa tersebut yang telah saya pilih ialah Majlis Perbandaran Pulau

Pinang.

Hal ini demikian, saya ingin mengetahui dengan lebih lanjut mengenai

Majlis Perbandaran Pualu Pinang, ataupun lebih dikenali sebagai MPPP.

Sebagai seorang penduduk di Pulau Pinang, saya mempercayai bahawa

kita perlu mengetahui tentang perkara-perkara yang berkaitan dengan

negeri sendiri. Contohnya, institusi pentadbiran tempatan.

Sehubungan itu, saya juga hendak menguasai teknik menglaksanakan

pengajian. Penguasaan teknik tersebut dapat membantu saya pada masa

hadapan jika saya perlu melakukan sebarang pengajian dalam sesuatu

projek.

Di samping itu, saya ingin mengumpul dan menyimpan sebarang

maklumat dan data yang berkaitan dengan institusi pentadbiran di

Page 4: sejarah t3 elemen 2

Malaysia. Maklumat ini akan saya kemudian menggunakannnya sebagai

sesuatu rujukan mengenai pihak berkuasa tempatan.

KAEDAH KAJIAN

Kajian institusi pentadbiran tempatan telah melibatkan usaha yang

banyak. Oleh itu, saya telah mengambil beberapa langkah untuk

menjamin kejayaan kajian ini. Antaranya, saya membuat rujukan seperti

melayari laman web Majlis Perbandaran Pulau Pinang untuk memperoleh

maklumat lanjut mengenai pihak pentadbiran tersebut. Laman web MPPP

iaitu www.mppp.gov.my memaparkan program dan aktiviti yang

dilaksanakan oleh pihak tersebut, seperti gotong-royong dan kitar

semula.Di samping itu, laman itu juga memberi maklumat mengenai latar

belakang dan pengurusan MPPP.

Selain itu, saya juga menggunakan kaedah melawat tempat kajian

tersebut. Dengan bantuan ibu bapa saya, saya berpeluang untuk melawat

MPPP yang diletakkan di paras keempat di Kompleks Tun Abdul Razak,

(atau lebih dikenali sebagai KOMTAR), Jalan Penang, 10675, Pulau Pinang.

Di situ, saya sempat mengambil gambar pejabat MPPP.

Page 5: sejarah t3 elemen 2

Seterusnya, saya telah melaksanakan kaedah analisis dokumen-

dokumen. Salah satu dokumen yang telah saya kaji ialah surat khabar.

Saya telah memperoleh artikel-artikel yang berkaitan dengan MPPP dari

surat khabar “The Star” dan “Berita Harian”. Selain itu, saya juga telah

menganalisis risalah-risalah yang diterbit oleh pihak MPPP. Risalah

tersebut telah saya ambil dari pejabat MPPP di KOMTAR.

HASIL KAJIAN

1. Institut Pentadbiran Tempatan

2. Latar Belakang

3. Peranan

Page 6: sejarah t3 elemen 2

4. Perkembangan

1. Institusi Pentadbiran Tempatan

Nama rasmi Pihak Berkuasa Tempatan yang telah saya pilih ialah

Majlis Perbandaran Pulau Pinang. Namun begitu, nama ringkasnya yang

banyak digunakan dalam kalangan penduduk Pulau Pinang ialah MPPP.

Tujuan MPPP ditubuhkan adalah untuk merancang dan melaksanakan

pembangunan yang seimbang dan memelihara alam sekitar yang

berkualiti. Di samping itu, MPPP bertujuan untuk meningkatkan budaya

hidup berkualiti, memulihara warisan dan menggalakkan penglibatan

komuniti untuk mencapai pembangunan masa depan. Selain itu, objektif

MPPP seterusnya adalah untuk memperkukuhkan pulau sebagai hub

Page 7: sejarah t3 elemen 2

ekonomi yang dinamik selaras dengan pembangunan NCER dalam

konteks wilayah utara dan antarabangsa.Akhirnya, MPPP bercita-cita

untuk menyediakan kemudahan infrastruktur dan awam yang berkualiti,

perkhidmatan masyarakat yang vibrant dan persekitaran yang bersih dan

indah.

Majlis Perbandaran Pulau Pinang ditempatkan di paras ke-empat di

Komtar, Jalan Penang, 10675, Pulau Pinang. Selain itu, MPPP juga dapat

dihubungi melalui panggilan telefon, iaitu 04-2592020 serta melalui e-

mel, [email protected] .

Berikut merupkan carta organisasi dan senarai pentadbir Majlis

Perbandaran Pulau Pinang:

YANG DIPERTUA

Ar. Patahiyah bt. IsmailDJN., KMN., AMN., BCN., PKT.,PJK.

SETIAUSAHA PERBANDARAN

Ir. Ang Aing Thye BCN.,

ARKITEK LANDSKAP KANAN

Hajah Nor Rezan bt. Sulaiman

AKAUNTAN (BELANJAWAN & AKAUN)

Tan Bee Luan

Page 8: sejarah t3 elemen 2

2. Latar Belakang

Pulau Pinang adalah sebuah daripada tiga belas negeri di Malaysia

yang letaknya di sebelah utara Semenanjung. Kerajaan Tempatan

merupakan peringkat ketiga di dalam struktur pentadbiran Kerajaan

Malaysia. Kerajaan Tempatan mula wujud di Pulau Pinang pada tahun

1856.

PENGARAH KHIDMAT PENGURUSAN

Patrick Khoo Poh Aik,BCN., PKT., PJK.

PEGAWAI TADBIR (Penyelarasan Pembangunan )

KETUA BAHAGIAN SISTEM MAKLUMAT Mohd Hornain bin Abd. Wahab

PENGARAH BANGUNAN

Ar. Yew Tung Seang,

PENGARAH PENILAIAN & PENGURUSAN

HARTA

Zariah bt. Hj. Yahaya, PKT

PENGARAH PERBENDAHARAAN Javed Ahmed bin Gulzar Ahmed,

KETUA UNIT HASIL

Suhaida binti Kamalul Ariffin

PENGARAH PERKHIDMATAN PERBANDARAN,Kesihatan Awam & Pelesenan

PEGAWAI

PERUBATAN Dr. S. Ramalingam

PENGARAH KHIDMAT KEMASYARAKATAN

Hj. Mohamad Ismail bin Ibrahim, PJK.,PKT.

PENGARAH BAHAGIAN PELESENAN Rafiah bt. Mohd. Radzi,PKT,PJK.

KETUA UNIT OSC Y.M Ku Mohd Lafdzi b. Y.M Ku Ismail

Page 9: sejarah t3 elemen 2

Majlis Perbandaran Pulau Pinang mempunyai satu kawasan

pentadbiran tempatan yang luasnya kira-kira 299.65 kilometer persegi

dengan bilangan penduduk berbilang bangsa seramai lebih kurang

660,000 orang.

Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) telah ditubuhkan pada 15

Disember, 1976, di bawah Akta Kerajaan Tempatan, 1976.

Majlis Perbandaran Pulau Pinang juga ada undang-undang kecil

sendiri. Berikut merupakan senarai undang-undang tersebut:

UNDANG-UNDANG KECIL1. By-laws for the licensing of Bullock Cart Drivers, 1918

2. By-laws for the Regulation of the Transport and Storage ofPetroleum and Dangerous Petroleum, 1931

3. By-laws with respect to Places of Public Entertainment, 1933

4. The Prevention of Cruelty to Animals By-laws, 1947

5. Penang Municipal Trisha By-laws, 1948

6. Penang Municipal (Garages) By-laws, 1952

7. Penang (Municipal) Tricycle By-laws, 1953

8. Penang (Municipal) Fees Title By-laws, 1953

9. Rural District Council, Penang Island, Sewage Purification Plants By-laws, 1957

10 Rural District Council, Penang Island, Dangerous, Unhealthy or Offensive Trades and Garages By-laws, 1962 [Dimansuhkan: Jadual Bahagian A, B & D sahaja - Lihat Undang-Undang Kecil (Tred, Perniagaan & Industri) 1991]

11. Undang-Undang Kecil (Lembu-Kerbau) Bandaraya George Town, Pulau Pinang, 1968

12. Undang-Undang Kecil (Pemasangan Sistem Saluran Najis dan Alat-alat Kebersihan), 1970 Majlis Bandaraya George Town

13. City of Georgetown, Penang, Liquefied Petroleum Gases By-laws, 1971

14. Undang-Undang Kecil Kerja-kerja (Pembinaan) Jalan Baru Majlis Bandar Raya, 1971

Page 10: sejarah t3 elemen 2

15. Undang-Undang Kecil (Lembu-kerbau) Majlis Daerah Luar Bandar, Pulau Pinang, 1972

16. Undang-Undang Kecil (Kerjatanah), Pulau Pinang 1975

17. Undang-Undang Kecil (Pengimpotan Daging) Majlis Perbandaran Pulau Pinang, 1977

18. Undang-Undang Kecil (Mengkompaun Kesalahan-kesalahan) Majlis Perbandaran Pulau Pinang, 1977

19. Undang-Undang Kecil (Anjing-anjing) Majlis Perbandaran Pulau Pinang, 1977 [Undang-Undang Kecil (Anjing-anjing)(Pindaan) 1985]

20. Undang-Undang Kecil (Larangan Merokok DalamPanggungwayang-panggungwayang) Majlis Perbandaran Pulau Pinang, 1978

21. Undang-Undang Kecil Penjaja-penjaja, 1979 [Undang-Undang Kecil (Pindaan) Penjaja-penjaja, 1987] [Undang-Undang Kecil Penjaja-penjaja (Pindaan) 1991]

22. Undang-Undang Kecil (Gadi-Gadi) Majlis Perbandaran Pulau Pinang, 1979

23. Undang-Undang Kecil (Rumah-Rumah Sembelih) Majlis Perbandaran Pulau Pinang, 1979

24. Undang-Undang Kecil (Rumah Urut) Majlis Perbandaran Pulau Pinang, 1980

25. Undang-Undang Kecil (Kebersihan dan Keselamatan Awam) Majlis Perbandaran Pulau Pinang, 1980

26. Undang-Undang Kecil Pasar-Pasar, 1980, Majlis Perbandaran Pulau Pinang

27. Undang-Undang Kecil (Balai Rakyat Padang Tembak) Majlis Perbandaran Pulau Pinang, 1980

28. Undang-Undang Kecil (Larangan Merokok Di Dalam Kenderaan-Kenderaan Perkhidmatan Awam) 1980

29. Undang-Undang Kecil (Rumah Bantai Perbandaran) Majlis Perbandaran Pulau Pinang, 1980 [Undang-Undang Kecil (Rumah Bantai Perbandaran) Majlis Perbandaran Pulau Pinang (Pindaan) 1997]

30. Undang-Undang Kecil (Mengkompaun Kesalahan-Kesalahan) Jalan, Parit dan Bangunan, 1980

31. Undang-Undang Kecil Bayaran Pelan, 1981

32. Undang-Undang Kecil (Pengendali Makanan) Majlis Perbandaran Pulau Pinang, 1983

33. Undang-Undang Kecil (Bangunan Seragam) Majlis Perbandaran Pulau Pinang, 1984

34. Undang-Undang Kecil (Bayaran-bayaran Stadium) Majlis Perbandaran Pulau Pinang,

Page 11: sejarah t3 elemen 2

1986 [Undang-Undang Kecil (Pindaan) (Bayaran-Bayaran Stadium) Majlis Perbandaran Pulau Pinang, 1988]

35. Undang-Undang Kecil (Memelihara Babi) Majlis Perbandaran Pulau Pinang, 1987

36. Undang-Undang Kecil (Tempat Letak Kereta Persendirian) Majlis Perbandaran Pulau Pinang, 1988

37. Undang-Undang Kecil (Iklan Pilihanraya) Majlis Perbandaran Pulau Pinang, 1990

38. Undang-Undang Kecil (Establisymen Makanan) Majlis Perbandaran Pulau Pinang, 1991

39. Undang-Undang Kecil (Tred, Perniagaan dan Perindustrian) Majlis Perbandaran Pulau Pinang, 1991

40. Undang-Undang Kecil (Taman) (Majlis Perbandaran Pulau Pinang), 1993

41. Undang-Undang Kecil Majlis Perbandaran Pulau Pinang (Tandas Awam) 1993

42. Undang-Undang Kecil (Ski Jet Dan Skuter Air) Majlis Perbandaran Pulau Pinang, 1995

43. Undang-Undang Kecil (Iklan) Majlis Perbandaran Pulau Pinang, 2000

Setiap pihak berkuasa tempatan mempunyai peranan dan

tanggungjawabnya yang sendiri. Selaku Pihak Berkuasa Tempatan, Majlis

Perbandaran Pulau Pinang sentiasa memainkan peranan dan tanggungjawab menganjurkan

aktiviti dan program yang melibatkan

masyarakat tempatan, agensi kerajaan, pertubuhan bukan kerajaan [NGO] dan pihak swasta.

Antara peranan yang dimainkan oleh MPPP adalah program ‘Local Agenda 21’ yang

merupakan program kemasyarakatan dan komuniti yang menjalinkan kerjasama dan

hubungan yang erat melibatkan 3 pihak iaitu kerajaan, swasta dan NGO .

Majlis Perbandaran Pulau Pinang ialah organisasi yang menyediakan

perkhidmatan pihak berkuasa tempatan untuk Pulau Pinang. Aktiviti dan

operasi Majlis mempengaruhi mutu hidup harian orang ramai secara

langsung.

Page 12: sejarah t3 elemen 2

Bagi setiap institut pentadbiran tempatan, pastilah ada cara pelantikan

pentadbir tempatan masing-masing. Jemaah pentadbiran Majlis

Perbandaran Pulau Pinang terdiri daripada seorang Yang Dipertua dan 24

orang Ahli Majlis. Mereka dilantik oleh Kerajaan Negeri di bawah Akta

Kerajaan Tempatan 1976. Ada juga pentadbir tempatan yang dilantik

melalui mesyuarat. Pegawai dan kakitangan MPPP dilantik berdasarkan

Perintah Am Bab A.

3. Peranan

Majlis Perbandaran Pulau Pinang memainkan peranan yang besar dari

segi kemasyarakatan. Contohnya, Program ‘Bandar Bersih, Hijau & Selamat’

(Cleaner Greener Penang ) merupakan satu inisiatif dan moto Kerajaan Negeri Pulau Pinang

Page 13: sejarah t3 elemen 2

mendidik dan mendekati masyarakat bagi memastikan alam sekitar kita dipelihara dan

dilindungi bagi kepentingan semua. MPPP menganjurkan beberapa program untuk

menjayakan program ‘Bandar Bersih, Hijau & Selamat’. Antaranya, pameran Alam Sekitar &

Kitar Semula, kempen Penanaman Pokok Teduhan ‘Tecoma’,taklimat & kuiz ‘ Kitar Semula

Cleaner Greener Penang’, pemberian beg kitar-semula, pameran dan taklimat Pencegahan

Penyakit Demam Denggi & Kencing Tikus.

Selain itu, MPPP terlibat dengan perkhidmatan kesihatan. Institut tersebut memberi

ceramah kesihatan dan kebersihan kepada murid-murid sekolah rendah mengenai 5 tajuk

utama, iaitu: kebersihan diri; keracunan makanan; makanan seimbang; cara hidup sihat dan

penyakit-penyakit berjangkit. Program ini bertujuan untuk member kefahaman kepada muri-

murid sekolah rendah mengenai kepentingan kebersihan diri dan alam sekitar serta berusaha

untuk mengubah sikap murid yang tidak kisah kepada sikap yang bersifat nilai-nilai positf

kesihatan awam untuk menjamin kesejahteraan masyarakat awam. MPPP juga melaksanakan

kawalan makhluk perosak, kawalan gagak, kawalan rodensa dan sebagainya bagi menjaga

kesihatan penduduk Pulau Pinang.

Peranan yang dimainkan dalam kategori ekonomi oleh MPPP ialah penyediaan tapak

penjaja serta kompleks untuk peniaga serta infrastruktur perniagaan. Di samping itu, pihak

berkuasa tempatan itu juga menjalankan penyenggaraan Zon Industri Bebas Bayan Lepas

dengan membersihkan kawasan tersebut serta menyediakan infrastruktur.

Dari segi perayaan pula, kakitangan MPPP memasang lampu di sepanjang jalan dan

pada bangunan serta tempat tumpuan semasa hari perayaan keagamaan dan perayaan

kebangsaan. Misalnya, Hari Merdeka, Tahun Baru Cina, Hari Raya, Deepavali dan lain-lain.

4. Perkembangan

Majlis Perbandaran Pulau Pinang mempunyai autonomi kewangan. Sumber kewangan

MPPP terbahagi kepada tiga, iaitu hasil cukai, hasil bukan cukai dan terimaan bukan hasil.

Sumber utama kewangan adalah daripada kutipan cukai taksiran. Bagi tahun 2009, MPPP

Page 14: sejarah t3 elemen 2

telah berjaya mengutip sebanyak RM139, 632,027. Kutipan ini meningkat setiap tahun,

berdasarkan laman web rasmi institut tersebut.

Selain itu, MPPP juga dibelenggu pelbagai cabaran. Hal ini kerana, Pihak tersebut tidak

mampu memberi perkhidmatan yang terbaik kepada semua penduduk Pulau Pinang. Salah

satu daripada caaran yang dihadapi oleh mereka ialah masalah pelupusan sampah di Pulau

Burung. Didapati bahawa dua buah tongkang yang membawa muatan sampah rosak dan

terkandas di tempat pelupusan sampah. Akibatnya, lori sampah terpaksa menunggu selama

enam jam hanya untuk menjalankan proses pelupusan sampah. Ini bukan sahaja

menimbulkan kesesakan, malahan kemarahan pemandu. Menurut Isuzree Ibrahim, seorang

ahli MPPP, masalah ini telah menimbul sebanyak dua kali dan beliau terpaksa meminta

bantuan syarikat lain. Tambahan lagi, MPPP mengalami cabaran dalam bentuk masalah

kesesakan lalu lintas. Oleh itu, pelbagai langkah, seperti mengkaji aliran lalu lintas, telah

diambil untuk mengurangkan masalah yang diharungi MPPP.

Walaubagaimanapun, MPPP juga ada pengiktirafa dan anugerah bagi pencapaian mereka.

Antaranya, MPPP berjaya mendapat Naib Johan dalam K-ICT KETUA MENTERI PULAU

PINANG pada tahun 2007 (KATEGORI e-kHIDMAT). Anugerah K-ICT Ketua Menteri

Pulau Pinang adalah salah satu program berterusan untuk mencerminkan peranan kritikal ICT

sebagai pemangkin kepada pertumbuhan ekonomi Pulau Pinang. Anugerah ini dianjurkan

oleh Kerajaan Negeri melalui Majlis K-ICT Pulau Pinang. MPPP telah mencalonkan Sistem

Pengurusan Maklumat Lesen dalam kategori Anugerah e-khidmat dan berjaya meraih Naib

Johan. Selain itu, MPPP mencapai anugerah bagi Laman Web Terbaik 2007 Peringkat Pulau

Pinang Tempat Pertama, Anugerah “Taman Paling Kreatif” Laman 2006 Peringkat

Kebangsaan dan sebagainya.

Page 15: sejarah t3 elemen 2

Di samping itu, MPPP telah menjalankan pembangunan prasana di tempat-tempat awam.

Contohnya, pemuliharaan dan penaiktarafan Lebuh-lebuh Armenian, menaik taraf dan

memperlebar jalan-jalan yang sedia ada, pembinaan sistem pengawalan banjir, menaik taraf

lampu jalan, menambah dan menyusun semula tempat letak kenderaan dan menaik taraf

pondok keselamatan dan pejabat kastam serta menaik taraf sistem saliran.

RUMUSAN

Page 16: sejarah t3 elemen 2

Secara kesimpulannya, saya telah mendapati bahawa kajian ini telah membolehkan saya

memperoleh banyak unsur patriotisme. Kajian ini telah memberi iktibar terhadap diri sendiri,

bangsa dan negara. Misalnya, selepas mendapat tahu dengan lebih lanjut tentang pihak

berkuasa tempatan seperti Majlis Perbandaran Pulau Pinang, saya berasa bersyukur kerana

terdapat sesuatu institut pentadbiran tempatan yang sedang menjaga prasana, kebajikan dan

kesihatan penduduk-penduduk di Pulau Pinang. Pada masa yang sama, saya berasa bangga

akan MPPP. Hal ini demikian, tanpa pihak berkuasa sebegini, tidak tentulah negeri kami akan

begitu maju dalam semua aspek.

Di samping itu, kajian ini juga memberi iktibar terhadap bangsa. Hal ini demikian, institut

sebegini dapat melahirkan perasaan jati diri yang tinggi serta membentuk keperibadian

bangsa dengan menghapuskan rasa rendah diri dengan bangsa lain di dunia.

Seterusnya,saya mendapati bahawa kajian ini turut memberi iktibar kepada negara kita.

Peranan penting yang dimainkan oleh pihak MPPP mampu memberi sumbangan yang besar

yang mengakibatkan Pulau Pinang diiktiraf sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO. Hal ini

membangunkan imej negara di mata dunia. Akibatnya, kita berasa bangga menjadi rakyat

negara Malaysia yang maju serta menghargai jasa pemimpin dan terutamanya pihak berkuasa

tempatan negara kita.

LAMPIRAN

Page 17: sejarah t3 elemen 2

GAMBAR

Pintu masuk pejabat MPPP

Tempat menunggu di dalam pejabat MPPP

Page 18: sejarah t3 elemen 2

Jalan kaki di MPPP yang menunjukkan misi dan visi MPPP

CARTA

Carta Organisasi MPPP

Page 19: sejarah t3 elemen 2

RUJUKAN

Ahkbar

The Star, Saturday Metro, 12 Mac 2011, halaman 2.

Sinar Harian, 19 Januari 2011, halaman 23.

Melawat Tempat Kajian

Majlis Perbandaran Pulau Pinang, Paras 4, Komtar, Jalan Penang, 10675 Pulau Pinang.

Internet

Majlis Perbandaran Pulau Pinang, http://www.mppp.gov.my/home.

Lokasi Majlis Perbandaran Pulau Pinang, http://maps.google.com.my/maps?q

Risalah

Majlis perbandaran Pulau pinang, Risalah Jabatan-jabatan MPPP.