elemen-elemen pertuturan

31
Istilah bahasa dalam BM, sama dengan taal (Belanda), langue (Perancis), language (Inggeris), sprache (Jerman), kokugo(Jepun), lughatun (Arab), bhasa (Sanskrit). PKU 3102 – Pengenalan Kepada Masalah Bahasa Dan PKU 3102 – Pengenalan Kepada Masalah Bahasa Dan Komunikasi Komunikasi Elemen-Elemen Pertuturan

Upload: dewa18

Post on 13-Jun-2015

2.101 views

Category:

Documents


9 download

TRANSCRIPT

Page 1: Elemen-Elemen Pertuturan

Istilah bahasa dalam BM, sama dengan

taal (Belanda),langue (Perancis), language (Inggeris), sprache  (Jerman), kokugo(Jepun),lughatun (Arab),bhasa (Sanskrit).

PKU 3102 – Pengenalan Kepada Masalah Bahasa Dan PKU 3102 – Pengenalan Kepada Masalah Bahasa Dan KomunikasiKomunikasi

Elemen-Elemen Pertuturan

Page 2: Elemen-Elemen Pertuturan

Elemen-Elemen Pertuturan

Sistem Bunyi Bahasa Melayu

Bahasa Melayu mempunyai sistem bunyi yang tersendiri dan untuk menguasai kemahiran bertutur dalam bahasa Melayu dengan baik dan berkesan, seseorang pengguna bahasa perlulah mempunyai pengetahuan yang mendalam tentangnya.  Kajian bunyi lazimnya terbahagi kepada dua bidang, iaitu fonetik dan fonologi.

Fonetik mengkaji bunyi bahasa dari segi penyebutan dan pendengaran atau sifatnya.

Fonologi pula mengkaji bunyi-bunyi yang berfungsi dalam sesuatu bahasa.

PKU 3102 – Pengenalan Kepada Masalah Bahasa Dan PKU 3102 – Pengenalan Kepada Masalah Bahasa Dan KomunikasiKomunikasi

Page 3: Elemen-Elemen Pertuturan

Elemen-Elemen Pertuturan

1. Proses pengeluaran suara

PKU 3102 – Pengenalan Kepada Masalah Bahasa Dan PKU 3102 – Pengenalan Kepada Masalah Bahasa Dan KomunikasiKomunikasi

Page 4: Elemen-Elemen Pertuturan

PKU 3102 – Pengenalan Kepada Masalah Bahasa Dan PKU 3102 – Pengenalan Kepada Masalah Bahasa Dan KomunikasiKomunikasi

1. Bibir atas 11. Tengah lidah

2. Bibir bawah 12. Belakang lidah

3. Gigi atas 13. Akar lidah

4. Gigi bawah 14. Epiglotis

5. Gusi 15. Pita suara

6. Lelangit keras 16. Rongga tekak

7. Lelangit lembut 17. Rongga Hidung

8. Anak tekak 18. Rongga mulut

9. Hujung lidah 19. Rahang

10. Hadapan lidah 20. Tenggorok

Alat Artikulasi

Page 5: Elemen-Elemen Pertuturan

Rajah pita suara ketika menghasilkan bunyi

PKU 3102 – Pengenalan Kepada Masalah Bahasa Dan PKU 3102 – Pengenalan Kepada Masalah Bahasa Dan KomunikasiKomunikasi

Page 6: Elemen-Elemen Pertuturan

FUNGSI ALAT PERTUTURAN  Lidah

Lidah ialah alat artikulasi yang terpenting dan paling aktif dalam pengeluaran bunyi bahasa. Lidah terbahagi kepada empat bahagian1. Hujung lidah2. Tengah lidah3. Hadapan lidah4. Belakang lidah

Ini membolehkan lidah membuat deskripsi pelbagai jenis penghasilan bunyi.

PKU 3102 – Pengenalan Kepada Masalah Bahasa Dan PKU 3102 – Pengenalan Kepada Masalah Bahasa Dan KomunikasiKomunikasi

Page 7: Elemen-Elemen Pertuturan

…..sambungan

Bahagian hadapan lidah, tengah lidah dan belakang lidah penting dalam pengeluaran bunyi-bunyi vokal, iaitu bunyi vokal hadapan, tengah dan belakang.

Hujung lidah merupakan bahagian paling aktif dan boleh digerakkan ke mana-mana bahagian mulut untuk membuat penyekatan.  

PKU 3102 – Pengenalan Kepada Masalah Bahasa Dan PKU 3102 – Pengenalan Kepada Masalah Bahasa Dan KomunikasiKomunikasi

Page 8: Elemen-Elemen Pertuturan

…..sambungan

Gigi     Gigi juga berperanan dalam penghasilan bunyi bahasa tetapi peranannya tidaklah aktif. Kedudukannya yang statik dan sentiasa digunakan sebagai penampan aliran udara dalam penghasilan bunyi.

Penampan aliran udara inilah yang menghasilkan bunyi. 

PKU 3102 – Pengenalan Kepada Masalah Bahasa Dan PKU 3102 – Pengenalan Kepada Masalah Bahasa Dan KomunikasiKomunikasi

Page 9: Elemen-Elemen Pertuturan

PKU 3102 – Pengenalan Kepada Masalah Bahasa Dan PKU 3102 – Pengenalan Kepada Masalah Bahasa Dan KomunikasiKomunikasi

Bibir     Bibir adalah alat artikulasi yang terletak pada bahagian luar rongga mulut. Bibir terdiri daripada otot-otot kenyal yang boleh dihamparkan dan dibundarkan dan berperanan mengeluarkan bunyi yang berbagai-bagai. Bibir juga menjadi sempadan paling luar daripada rongga mulut. Bibir juga berfungsi membuat sekatan kepada udara yang keluar daripada rongga mulut. 

Page 10: Elemen-Elemen Pertuturan

Gusi Gusi merupakan bahagian yang embung dan menurun dari gigi ke bahagian dalam rongga mulut. Organ ini digunakan sebagai daerah sebutan dengan bantuan hujung lidah yang berfungsi membuat penyekatan. 

PKU 3102 – Pengenalan Kepada Masalah Bahasa Dan PKU 3102 – Pengenalan Kepada Masalah Bahasa Dan KomunikasiKomunikasi

Page 11: Elemen-Elemen Pertuturan

Lelangit     Lelangit terbahag kepada dua bahagian1. Lelangit keras 2. Lelangit lembut

Lelangit lembut menganjur dari sempadan lelangit keras hingga ke akhir rongga mulut.

Lelangit keras bermula dari sempadan gusi di bahagian hadapan atas rongga mulut dapat diturunnaikkan untuk menutup atau membuka saluran rongga tekak terus ke rongga hidung.

PKU 3102 – Pengenalan Kepada Masalah Bahasa Dan PKU 3102 – Pengenalan Kepada Masalah Bahasa Dan KomunikasiKomunikasi

Page 12: Elemen-Elemen Pertuturan

….sambungan

Apabila dinaikkan, rongga mulut akan terbuka dan udara akan keluar melalui rongga mulut dan apabila diturunkan, rongga mulut akan tertutup dan udara terpaksa keluar melalui rongga hidung.  

PKU 3102 – Pengenalan Kepada Masalah Bahasa Dan PKU 3102 – Pengenalan Kepada Masalah Bahasa Dan KomunikasiKomunikasi

Page 13: Elemen-Elemen Pertuturan

Rongga Hidung     Terletak di atas rongga mulut yang dipisahkan oleh lelangit. Rongga hidung boleh dibuka atau ditutup, bergantung kepada keadaan sama ada anak tekak dan lelangit lembut dinaikkan atau tidak.

Pita Suara    Pita suara terletak dalam ruang tenggorok (halkum) dan amat penting dalam penghasilan bunyi. Proses pengeluaran suara berlaku dengan cara memperluas dan mempersempit lubang yang terdapat di antara dua keping selaput nipis berkenaan.

PKU 3102 – Pengenalan Kepada Masalah Bahasa Dan PKU 3102 – Pengenalan Kepada Masalah Bahasa Dan KomunikasiKomunikasi

Page 14: Elemen-Elemen Pertuturan

JENIS-JENIS BUNYI

1. Bunyi Vokal     Bunyi vokal terhasil apabila udara keluar daripada rongga mulut tidak mengalami sekatan atau himpitan. Bunyi vokal juga dipengaruhi oleh pengaruh lidah, keadaan rongga mulut dan bentuk bibir.

PKU 3102 – Pengenalan Kepada Masalah Bahasa Dan PKU 3102 – Pengenalan Kepada Masalah Bahasa Dan KomunikasiKomunikasi

Page 15: Elemen-Elemen Pertuturan

PKU 3102 – Pengenalan Kepada Masalah Bahasa Dan PKU 3102 – Pengenalan Kepada Masalah Bahasa Dan KomunikasiKomunikasi

Kedudukan vokal-vokal dapat dilihat seperti berikut:

Page 16: Elemen-Elemen Pertuturan

PENGHASILAN BUNYI VOKAL 

1. Vokal Depan Sempit (i)  Untuk mengeluarkan bunyi vokal ini, depan lidah dinaikkan hingga hampir menyentuh lelangit keras, sementara hujung lidah didekatkan pada gusi. Lelangit lembut diangkat untuk menutup rongga hidung. Udara dari paru-paru melalui rongga mulut sambil menggetarkan pita suara tanpa sekatan, halangan atau himpitan yang boleh menyebabkan geseran kedengaran. Bibir berada dalam keadaan terhampat. 

Contoh: bilik, titik, ipar, jari, cari 

PKU 3102 – Pengenalan Kepada Masalah Bahasa Dan PKU 3102 – Pengenalan Kepada Masalah Bahasa Dan KomunikasiKomunikasi

Page 17: Elemen-Elemen Pertuturan

2. Vokal Depan Separuh Sempit (e)  Untuk menghasilkan bunyi ini depan lidah dinaikkan, tetapi tidaklah setinggi membunyikan vokal (i).  Contoh: kole, tauge, bendi, elok

PKU 3102 – Pengenalan Kepada Masalah Bahasa Dan PKU 3102 – Pengenalan Kepada Masalah Bahasa Dan KomunikasiKomunikasi

Page 18: Elemen-Elemen Pertuturan

3. Vokal Depan Separuh Luas Untuk mengeluarkan vokal ini, depan lidah diturunkan sepertiga dari kedudukan untuk mengeluarkan vokal (e). Kedudukan alat pertuturan adalah sama seperti semasa mengeluarkan bunyi vokal (i) dan (e). 

Contoh: tauke, gelek, gesek, gerek

PKU 3102 – Pengenalan Kepada Masalah Bahasa Dan PKU 3102 – Pengenalan Kepada Masalah Bahasa Dan KomunikasiKomunikasi

Page 19: Elemen-Elemen Pertuturan

4. Vokal Depan Luas ( a)  Untuk mengeluarkan bunyi vokal ini, depan lidah diturunkan serendah-rendahnya. Lelangit lembut berkeadaan terangkat rapat ke belakang tekak dan menutup rongga hidung. Kedudukan alat pertuturan lain adalah sama seperti menghasilkan vokal (i), dan (e). 

Contoh: anak, pandai, landai, anting, siapa, takat

PKU 3102 – Pengenalan Kepada Masalah Bahasa Dan PKU 3102 – Pengenalan Kepada Masalah Bahasa Dan KomunikasiKomunikasi

Page 20: Elemen-Elemen Pertuturan

5. Vokal Belakang Sempit (u)  Dihasilkan dengan mengangkat belakang lidah setinggi mungkin ke atas, tetapi tidak menutup ruang aliran udara. Bentuk bibir dibundarkan. 

Contoh: ubat, ulat, undang, udang, ulang 

PKU 3102 – Pengenalan Kepada Masalah Bahasa Dan PKU 3102 – Pengenalan Kepada Masalah Bahasa Dan KomunikasiKomunikasi

Page 21: Elemen-Elemen Pertuturan

6. Vokal Separuh Sempit ( o ) 

Dihasilkan dengan menurunkan belakang lidah 1/3 di antara tempat yang paling tinggi dan tempat yang paling rendah. Keadaan bibir pula dibundarkan.  Contoh: obor, solo, polo, toko, orang  

PKU 3102 – Pengenalan Kepada Masalah Bahasa Dan PKU 3102 – Pengenalan Kepada Masalah Bahasa Dan KomunikasiKomunikasi

Page 22: Elemen-Elemen Pertuturan

7. Vokal Belakang Separuh Luas

Dihasilkan apabila belakang lidah diturunkan 1/3 daripada kedudukan separuh sempit dan bentuk bibir turut dibundarkan.

Vokal ini tidak terdapat dalam bahasa Melayu.

PKU 3102 – Pengenalan Kepada Masalah Bahasa Dan PKU 3102 – Pengenalan Kepada Masalah Bahasa Dan KomunikasiKomunikasi

Page 23: Elemen-Elemen Pertuturan

8. Vokal Tengah   Dihasilkan dengan meletakkan lidah seperti biasa di lantai rongga mulut. Bahagian tepi lidah dilengkungkan sedikit, manakala rongga mulut berkeadaan sederhana luasnya. 

Contoh: enam, empat, kenduri, gerai 

PKU 3102 – Pengenalan Kepada Masalah Bahasa Dan PKU 3102 – Pengenalan Kepada Masalah Bahasa Dan KomunikasiKomunikasi

Page 24: Elemen-Elemen Pertuturan

2. DIFTONG    Gabungan bunyi vokal dinamakan diftong. Diftong terbentuk apabila berlaku pengeluncuran bunyi-bunyi vokal. Satu vokal mengeluncur dari satu vokal kepada vokal yang lain.

Terdapat 3 jenis diftong.  a. (ai): sampai, salai, gulai, sungai, cuai, landai b. (au): lampau, silau, garau, surau, pukau c. (oi): amboi, dodoi, adoi, sepoi, boikot.

PKU 3102 – Pengenalan Kepada Masalah Bahasa Dan PKU 3102 – Pengenalan Kepada Masalah Bahasa Dan KomunikasiKomunikasi

Page 25: Elemen-Elemen Pertuturan

Aspek Segmental Dan Non-Segmental Dalam Pertuturan

Bentuk bahasa dapat dibahagikan kepada dua bahagian 1. Unsur segmental 2. Unsur non-segmental.

PKU 3102 – Pengenalan Kepada Masalah Bahasa Dan PKU 3102 – Pengenalan Kepada Masalah Bahasa Dan KomunikasiKomunikasi

Page 26: Elemen-Elemen Pertuturan

Unsur segmental bahasa

Unsur segmental bahasa, secara kronologinya dapat diperincikan daripada unit yang lebih besar hinggalah unit yang lebih kecil, iaitu wacana, ayat, klausa, frasa, kata, morfem, suku kata, fonem, dan fon.

PKU 3102 – Pengenalan Kepada Masalah Bahasa Dan PKU 3102 – Pengenalan Kepada Masalah Bahasa Dan KomunikasiKomunikasi

Page 27: Elemen-Elemen Pertuturan

Unsur non-segmental bahasa

Unsur non-segmental bahasa terdiri daripada intonasi dan unsur di bawahnya, yang kehadirannya ditentukan oleh unsur segmental bahasa.

Unsur intonasi ialah tekanan (keras lembutnya ujaran), nada (tinggi rendahnya ujaran), durasi (panjang pendeknya setiap segmen), dan perhentian (pembahagian arus ujaran).

PKU 3102 – Pengenalan Kepada Masalah Bahasa Dan PKU 3102 – Pengenalan Kepada Masalah Bahasa Dan KomunikasiKomunikasi

Page 28: Elemen-Elemen Pertuturan

Unsur segmental dapat dibahagikan kepada segmen yang lebih kecil, dan unsur non-segmental ialah bahagian bahasa yang kehadirannya ditentukan olehunsur segmental.

PKU 3102 – Pengenalan Kepada Masalah Bahasa Dan PKU 3102 – Pengenalan Kepada Masalah Bahasa Dan KomunikasiKomunikasi

Page 29: Elemen-Elemen Pertuturan

“WEII.. apalah korang ni.. Aku dah tunggu korang lama ‘giler’..Nenek aku pun lagi laju daripada korang lah. Ingat mak bapak korang bayar aku untuk tunggu korang ke?"

Yang Indah Itu Bahasa.

Mengapa Berkasar Bahasa?

PKU 3102 – Pengenalan Kepada Masalah Bahasa Dan PKU 3102 – Pengenalan Kepada Masalah Bahasa Dan KomunikasiKomunikasi

Page 30: Elemen-Elemen Pertuturan

Ciri-ciri Pertuturan Yang Baik

1. Mengenalpasti mesej yang hendak disampaikan.2. Mesej yang hendak disampaikan mestilah jelas / maklumat yang cukup.3. Laras bahasa yang sesuai.4. Gaya pertuturan yang sesuai.5. Kesesuaian mengikut konteks.6. Bertutur secara ringkas dan teratur.7. Elakkan ketaksaan (ambiguiti / kekaburan makna) yang tak perlu.8. Perkara yang dipertuturkan mestilah benar.

PKU 3102 – Pengenalan Kepada Masalah Bahasa Dan PKU 3102 – Pengenalan Kepada Masalah Bahasa Dan KomunikasiKomunikasi

Page 31: Elemen-Elemen Pertuturan

Sekian, terima Sekian, terima kasih.kasih.