elemen 2 & 3 sejarah 2009..a'famosa

Upload: faten-athirah

Post on 30-May-2018

246 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

  • 8/14/2019 ELEMEN 2 & 3 SEJARAH 2009..A'FAMOSA

    1/20

  • 8/14/2019 ELEMEN 2 & 3 SEJARAH 2009..A'FAMOSA

    2/20

    BangunanBersejarahAFamosa

    1

  • 8/14/2019 ELEMEN 2 & 3 SEJARAH 2009..A'FAMOSA

    3/20

    Senarai

    KandunganBil Perkara m/s

    1 Tajuk Kajian 1

    2 Senarai Kandungan 2

    3 Penghargaan 3

    4 Objektif Kajian 4

    5 Kaedah Kajian 5

    6 Hasil kajian

    6.1 Nama Bangunan 6

    6.2 Latar Belakang Bangunan 7

    6.3 Keistimewaan Bangunan 8

    6.4 Lain-lain. 9-10

    7 Rumusan 11

    8 Lampiran 12- 14

    9 Rujukan 15

    2

    2

  • 8/14/2019 ELEMEN 2 & 3 SEJARAH 2009..A'FAMOSA

    4/20

    Penghargaan Terlebih dahulu,saya ingin merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada pihaksekolah khususnya Pengetua sekolah saya iaitu Yang Berusaha Tuan Haji Hamzah B. Karimin

    kerana membenarkan saya menjalankan kajian ini. Tidak lupa juga saya mengucapkan terima

    kasih kepada guru sejarah saya, Encik Rafi B. Kunjahamad atas tunjuk ajar dan bimbingan

    beliau ketika menjalankan kajian ini.

    Ucapan terima kasih juga saya tujukan buat kedua-dua ibubapa saya yang banyak memberi

    tunjuk ajar semasa kajian ini dijalankan. Tidak ketinggalan juga saya ingin merakamkan

    penghargaan kepada rakan-rakan yang terlibat menjalankan kajian ini iaitu

    Nurnabihahtulhanani bt Mohd Said dan Nur Aznizah Umi Kalsom bt Abas.

    Akhir sekali saya ingin mengucapkan terima kasih kepada perpustakaan yang membenarkan

    kami mencari sumber rujukan di sana. Pelbagai maklumat tentang AFamosa yang terdapat di

    sana melalui buku-buku ilmiah dan ensiklopedia.

    3

  • 8/14/2019 ELEMEN 2 & 3 SEJARAH 2009..A'FAMOSA

    5/20

    Objektif KajianAntara objektif kajian ini dijalankan ialah mencari dan mengumpul maklumat sejarah.Apabila kajian ini dijalankan,pelbagai maklumat bersejarah dapat dikumpul melalui pelbagaisumber. Di samping itu,sepanjang kajian ini dijalankan,saya dapat mengetahui tentang

    bangunan AFamosa dari segi latar belakang, nama bangunan,kegunaan serta keistimewaan

    bangunan ini.

    Selain itu,kajian ini juga dijalankan supaya kita dapat menghargai warisan Negara di

    samping melahirkan rasa cinta terhadap warisan nenek moyang kita. Objektif lain adalah

    mendokumentasikan sejarah bangunan AFamosa. Diharap kajian ini menjadi rujukan untuk

    generasi akan datang.

    Akhir sekali kajian ini dapat melatih diri saya untuk membuat kajian seterusnya. Ia dapat

    dijadikan panduan untuk membuat kajian lain. Saya juga dapat belajar cara untuk

    menemuramah seseorang. Secara tidak langsung, sifatterpuji seperti sabar dapat dilahirkan

    sepanjang kajian ini dijalankan.

    4

    4

  • 8/14/2019 ELEMEN 2 & 3 SEJARAH 2009..A'FAMOSA

    6/20

    Kaedah KajianAntara kaedah kajian yang digunakan sepanjang kajian ini dijalankan ialah kaedahtemubual. Temubual dijalankan antara saya,Andi Faten Athirah dan kakak saya iaitu,AndiNorazah. Temubual ini diadakan pada 18 Mei 2009. Pelbagai soalan yang diajukan berkaitan

    dengan bangunan AFamosa diajukan oleh saya. Kerjasama yang diberikan oleh orang sumber

    saya amat baik.

    Selain itu,kaedah pemerhatian juga turut digunakan dalam kajian saya. Saya telahmenyelidiki buku ensiklopedia. Saya mencari maklumat tentang bangunan bersejarah yangsaya pilih pada waktu persekolahan di pusat sumber sekolah melalui buku ensiklopedia itu.

    Saya juga telah menganalisis risalah yang mengandungi maklumat bangunan AFamosa. Sayamendapatkan risalah itu daripada seorang pemandu pelancong.

    Kaedah lain yang digunakan oleh saya ialah melayari internet. Saya telah melayari

    internet di rumah saya pada waktu petang. Masa yang diperuntukkan ialah satu jam untuk

    mencari maklumat berkenaan. Antara alamat yang dilayari oleh saya ialah

    http://ms.wikipedia.org/wiki/A_Famosa.

    5

    5

    http://ms.wikipedia.org/wiki/A_Famosahttp://ms.wikipedia.org/wiki/A_Famosahttp://ms.wikipedia.org/wiki/A_Famosahttp://ms.wikipedia.org/wiki/A_Famosa
  • 8/14/2019 ELEMEN 2 & 3 SEJARAH 2009..A'FAMOSA

    7/20

    Hasil Kajiana) Nama BangunanNama bangunan yang dikaji oleh saya untuk kerja kursus sejarah ini ialah bangunan

    AFamosa yang bermaksud Yang Termasyhur. Nama rasmi AFamosa ialah Kubu Melaka

    (Fortaleza de Malaca). Kota A Famosa (bermaksud "Yang Termashur" dalambahasa Portugis)

    telah dibina oleh Portugis sebaik sahaja berjaya menawan Melaka pada tahun 1511. A Famosa

    terletak di Bandar Hilir, Melaka bersebelahan replika Istana Kesultanan Melaka dan Gereja St.

    Paul. Ia merupakan seni bina Eropah tertua yang masih tinggal di Asia.

    6

    6

    http://ms.wikipedia.org/wiki/Bahasa_Portugishttp://ms.wikipedia.org/wiki/Bandar_Hilirhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Melakahttp://ms.wikipedia.org/wiki/Istana_Kesultanan_Melakahttp://ms.wikipedia.org/wiki/Gereja_St._Paulhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Gereja_St._Paulhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Asiahttp://ms.wikipedia.org/wiki/Bahasa_Portugishttp://ms.wikipedia.org/wiki/Bahasa_Portugishttp://ms.wikipedia.org/wiki/Bahasa_Portugishttp://ms.wikipedia.org/wiki/Bandar_Hilirhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Bandar_Hilirhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Bandar_Hilirhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Melakahttp://ms.wikipedia.org/wiki/Melakahttp://ms.wikipedia.org/wiki/Melakahttp://ms.wikipedia.org/wiki/Istana_Kesultanan_Melakahttp://ms.wikipedia.org/wiki/Istana_Kesultanan_Melakahttp://ms.wikipedia.org/wiki/Istana_Kesultanan_Melakahttp://ms.wikipedia.org/wiki/Gereja_St._Paulhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Gereja_St._Paulhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Gereja_St._Paulhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Gereja_St._Paulhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Gereja_St._Paulhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Gereja_St._Paulhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Asiahttp://ms.wikipedia.org/wiki/Asiahttp://ms.wikipedia.org/wiki/Asia
  • 8/14/2019 ELEMEN 2 & 3 SEJARAH 2009..A'FAMOSA

    8/20

    b) Latar Belakang Bangunan

    A Famosa merupakan nama kubu yang dibina oleh orang Portugis selepas menakluk

    Melaka pada 1511. Sebaik sahaja mereka menawan Melaka, Portugis menggunakan buruh

    paksa untuk membina kubu sementara bagi menangkis serangan orang-orang Melayu,

    sementara mereka membina kubu utama yang digelar "A Famosa", atau secara rasminya Kubu

    Melaka (Fortaleza de Malaca). Kota A Famosa mengambil masa selama 5 bulan untuk di bina.

    Akibat suhu panas terik dan kekurangan makanan, ramai buruh paksa yang mati ketika

    membina kota tersebut. Bahan bagi membina kota tersebut diambil dari runtuhan masjid dan

    bangunan lain.

    Pembinaan kota A Famosa atas arahan Alfonso de Albuquerque boleh dikatakan menjadi

    lambang penentangan penduduk Melaka masa itu sehinggakan memaksa pihak Portugis

    membina kota pertahanan sebaik sahaja mereka menguasai bandar Melaka.

    Kota A Famosa yang disiapkan mempunyai empat menara, atau ketelom (bastion), dengantembok setebal 2.4 meterhingga 4.5 meter. Menara-menara tersebut dikenali sebagai Baluarte

    San Pedro, Baluerte de las Virgenes, Baluerte Madre de Dios, Baluerte Santo Domingo, dan

    Baluerte de Santiago. Menjelang tahun 1583, Melaka telah menjadi bandar berkota yang

    dilindungi dengan tujuh puluh meriam ke semua arah.

    7

    A Famosa diperluaskan ke kawasan berhampiran dan meliputi penempatan Eropah. Kawasan

    itu termasuklah Jalan Kota, Jalan Gereja, Jalan Mahkamah & Jalan Istana. Penjajah Portugis

    turut menjadikan ini satu penempatan Kristian dengan 5 gereja, tempat beribadat, biara,

    hospital dan sebagainya. Bagaimanapun, kota ini gagal menghalang Belandapada kurun ke-17.

    Dengan bantuan rakyat tempatan dan Melayu Johor, serangan telah dilancarkan sebelum

    Belanda berjaya merampas Melaka.

    7

    http://ms.wikipedia.org/wiki/Alfonso_de_Albuquerquehttp://ms.wikipedia.org/wiki/Meterhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Portugishttp://ms.wikipedia.org/wiki/Belandahttp://ms.wikipedia.org/wiki/Melakahttp://ms.wikipedia.org/wiki/Alfonso_de_Albuquerquehttp://ms.wikipedia.org/wiki/Alfonso_de_Albuquerquehttp://ms.wikipedia.org/wiki/Alfonso_de_Albuquerquehttp://ms.wikipedia.org/wiki/Meterhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Meterhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Meterhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Portugishttp://ms.wikipedia.org/wiki/Portugishttp://ms.wikipedia.org/wiki/Portugishttp://ms.wikipedia.org/wiki/Belandahttp://ms.wikipedia.org/wiki/Belandahttp://ms.wikipedia.org/wiki/Belandahttp://ms.wikipedia.org/wiki/Melakahttp://ms.wikipedia.org/wiki/Melakahttp://ms.wikipedia.org/wiki/Melaka
  • 8/14/2019 ELEMEN 2 & 3 SEJARAH 2009..A'FAMOSA

    9/20

    A Famosa diperluaskan ke kawasan berhampiran dan meliputi penempatan Eropah. Kawasan

    itu termasuklah Jalan Kota, Jalan Gereja, Jalan Mahkamah & Jalan Istana. Penjajah Portugis

    turut menjadikan ini satu penempatan Kristian dengan 5 gereja, tempat beribadat, biara,

    hospital dan sebagainya. Bagaimanapun, kota ini gagal menghalang Belandapada kurun ke-17.Dengan bantuan rakyat tempatan dan Melayu Johor, serangan telah dilancarkan sebelum

    Belanda berjaya merampas Melaka.

    8

    http://ms.wikipedia.org/wiki/Portugishttp://ms.wikipedia.org/wiki/Belandahttp://ms.wikipedia.org/wiki/Melakahttp://ms.wikipedia.org/wiki/Portugishttp://ms.wikipedia.org/wiki/Portugishttp://ms.wikipedia.org/wiki/Portugishttp://ms.wikipedia.org/wiki/Belandahttp://ms.wikipedia.org/wiki/Belandahttp://ms.wikipedia.org/wiki/Belandahttp://ms.wikipedia.org/wiki/Melakahttp://ms.wikipedia.org/wiki/Melakahttp://ms.wikipedia.org/wiki/Melaka
  • 8/14/2019 ELEMEN 2 & 3 SEJARAH 2009..A'FAMOSA

    10/20

    c) Keistimewaan Bangunan

    Kota A'Famosa merupakan pintu gerbang kubu di Melaka. Pintu gerbang ini merupakan

    peninggalan portugis dan sebuah kubu yang begitu mantap pada suatu masa dahulu.

    Kubu ini dahulu mempunyai tembok yang panjang dan empat menara utama. Salah satu

    daripadanya ialah menara utama empat tingkat, manakala yang lain merupakan bilik simpanan

    senjata, kediaman kapten dan juga kuarters pegawai.

    Kubu ini bertukar tangan pada tahun 1641 apabila orang Belanda berjaya mengusir

    Portugis dari Melaka. Mereka telah mengubah suai pintu gerbang tersebut pada tahun 1670

    yang mana ANNO 1670 boleh dilihat pada pintu gerbang itu.

    Kubu ini mengalami kerosakan struktur yang teruk semasa pencerobohan Belanda.Apabila ia bertukar tangan kepada pihak British, mereka amat berwaspada mengenai

    pengekalannya dan mengarahkan kubu itu dimusnahkan. Ia hampir musnah keseluruhannya

    apabila Sir Stamford Raffles yang melawat Melaka dan campur tangan untuk menyelamatkan

    pintu gerbang daripada dimusnahkan kerana minat beliau terhadap sejarah.

    9

    8

  • 8/14/2019 ELEMEN 2 & 3 SEJARAH 2009..A'FAMOSA

    11/20

    d) Lain-lain

    Penaklukan oleh Belanda

    Kota A Famosa dibina sebegitu kukuh sehinggakan ia membantu Portugis untuk menangkis

    semua bentuk serangan. Untuk menakluk Melaka, pasukan Belanda mengepong kota tersebut

    selama lima bulan, sementara penduduk yang terperangkap di dalamnya terpaksa memakan

    kucing, tikus, dan dalam satu kes seorang wanita memakan bayinya yang mati. Akhirnya, pada

    14 Januari 1641, pihak Belanda menyerbu melalui Pintu Santo Domingo Gate, yang menjelang

    masa itu mengalami korban lebih 7,000, akibat kebuluran, penyakit dan tembakan senjata api.

    Kota A Famosa yang rosak teruk dalam pertempuran telah diperbaiki sementara Porta de

    Santiago yang merupakan pintu utamanya digantikan dengan logo Syarikat Hindia Timur

    Belanda. Selepas menawan kota tersebut, pihak Belanda membaiki dan mengubah suai, dan

    meletakkan jata mereka di atas pintu pagar yang masih kekal sehingga kini pada Porta de

    Santiago, satu-satunya pintu yang terselamat, dengan ukiran "Anno 1670".

    10

    http://ms.wikipedia.org/wiki/Syarikat_Hindia_Timur_Belandahttp://ms.wikipedia.org/wiki/Syarikat_Hindia_Timur_Belandahttp://ms.wikipedia.org/wiki/Syarikat_Hindia_Timur_Belandahttp://ms.wikipedia.org/wiki/Syarikat_Hindia_Timur_Belandahttp://ms.wikipedia.org/wiki/Syarikat_Hindia_Timur_Belandahttp://ms.wikipedia.org/wiki/Syarikat_Hindia_Timur_Belandahttp://ms.wikipedia.org/wiki/Syarikat_Hindia_Timur_Belandahttp://ms.wikipedia.org/wiki/Syarikat_Hindia_Timur_Belanda
  • 8/14/2019 ELEMEN 2 & 3 SEJARAH 2009..A'FAMOSA

    12/20

    Pentadbiran oleh British

    Apabila tentera Napoleon menjajah Belanda (Holland) pada tahun 1795, Putera William of

    Orange melarikan diri ke London, di mana dia memerintah semua penempatan Belanda untuk

    menerima tentera British, bagi menghalang mereka dari jatuh ke tangan Perancis. Akibatnya,

    pihak British berjaya menguasai Melaka pada 1795 tanpa sebarang pertempuran.

    Selepas menguasai Melaka, pihak British tidak berminat menyimpannya, ataupun membiayai

    penempatan tentera bagi mempertahankan Melaka yang dianggap milik sementara dan perlu

    dipulangkan kepada pihak Belanda selepas perang. Sebaliknya meninggalkan kota sekukuh itu

    tanpa pertahanan yang mencukupi adalah mengundang mara bahaya, sekiranya ia ditawan oleh

    pihak musuh. Tambahan lagi, mereka tidak berminat bagi memulangkan Melaka ke tangan

    Belanda dengan kota A Famosa dalam keadaan utuh sebagai saingan kepada penempatan

    Inggeris di Pulau Pinang dan Singapura. Dengan sebab itu, Mr. Robert Farquhar iaitu Leftenan

    Gabenor Pulau Pinang dan juga Gabenor Melaka antara 1803 hingga 1818, telah membuat

    cadangan bagi memusnahkan kota A Famosa kepada Kerajaan Inggeris di India.[1]

    Beliau menyatakan bahawa penyelenggaraan dan pertahanan kubu tersebut hendaklah

    dikecilkan dan memberikan dua sebab utama, iaitu hasil yang diperolehi oleh Melaka tidak

    mampu membantu membiayai kos penempatan tentera 'sepoy' dan pengecilan itu akan dapat

    membantu memajukan Pulau Pinang dengan memindahkan penduduk Melaka ke Pulau Pinang.

    Maka pada awal 1804, beliau dengan tegas mencadangkan agar Melaka dihapuskan dari muka

    11

    http://ms.wikipedia.org/wiki/Perancishttp://ms.wikipedia.org/wiki/Pulau_Pinanghttp://ms.wikipedia.org/wiki/Singapurahttp://ms.wikipedia.org/wiki/Indiahttp://ms.wikipedia.org/wiki/Perancishttp://ms.wikipedia.org/wiki/Perancishttp://ms.wikipedia.org/wiki/Perancishttp://ms.wikipedia.org/wiki/Pulau_Pinanghttp://ms.wikipedia.org/wiki/Pulau_Pinanghttp://ms.wikipedia.org/wiki/Pulau_Pinanghttp://ms.wikipedia.org/wiki/Singapurahttp://ms.wikipedia.org/wiki/Singapurahttp://ms.wikipedia.org/wiki/Singapurahttp://ms.wikipedia.org/wiki/Indiahttp://ms.wikipedia.org/wiki/Indiahttp://ms.wikipedia.org/wiki/India
  • 8/14/2019 ELEMEN 2 & 3 SEJARAH 2009..A'FAMOSA

    13/20

    bumi dengan semua penduduk Melaka diarah supaya dipindahkan ke Pulau Pinang dan Kota

    Famosa dimusnahkan bagi mengelak ia dikuasai oleh pihak lawan.

    Dengan cadangan tersebut, Kerajaan Inggeris di India mengarahkan Kota A Famosa yang terletak

    di Bandar Hilir, Melaka dihancurkan. Kerja merobohkan Kota A Famosa bermula pada 10 Ogos

    1807. Pada awalnya dia memerintahkan pesalah untuk merobohkan Kota A Famosa batu demibatu dengan menggunakan pemungkis dan besi penyungkil. Apabila tembok yang sesetengahnya

    mencecah 4.5 meter kelihatan terlalu kukuh untuk ditanggalkan, dia memutuskan bagi

    memusnahkan Kota A Famosa dengan menggunakan ubat bedil. Dia memerintah lubang digali di

    sekeliling kaki kota dan meletupkan Kota A Famosa, menyebabkan batu sebesar rumah

    berterbangan dan jatuh ke laut. Hampir kesemua kubu, tembok-tembok, Hospital Besar, dua

    tempat menyimpan beras, tempat kediaman dan enam bilik simpanan telah diletup dan diratakan.

    Semasa kerja-kerja pemusnahan telah pun berlaku dengan rancaknya, Sir Stamford Raffles

    seorang kaki-tangan kerajaan yang bercuti sakit telah datang ke Melaka atas jemputan William

    Farquhar. Apabila mengetahui mengenai perobohan Kota A Famosa, beliau telah menulis surat

    kepada Kerajaan Inggeris di Pulau Pinang dan India dengan menyatakan bahawa pemusnahanKota Famosa tidak patut dilakukan. Beliau telah memberi sebab-sebab tertentu, pertamanya jika

    Inggeris membiarkan Melaka, pihak lain akan mendudukinya, sudah pasti ia akan merugikan

    Pulau Pinang, kedua Melaka itu sendiri mempunyai nilai sejarah dan mentadbirkannya tidak

    memerlukan perbelanjaan yang banyak, manakala yang ketiga penduduk-penduduk Melaka tidak

    perlu dipindahkan kerana sebelum Belanda meninggalkan Melaka, Inggeris telah pun

    memerintahkan penduduk Melaka supaya terus tinggal di situ. Beliau turut menyatakan bahawa

    Inggeris tidak perlu meninggalkan Melaka hanya kecuali dipaksa.

    12

    http://ms.wikipedia.org/wiki/1807http://ms.wikipedia.org/wiki/1807http://ms.wikipedia.org/wiki/1807http://ms.wikipedia.org/wiki/1807
  • 8/14/2019 ELEMEN 2 & 3 SEJARAH 2009..A'FAMOSA

    14/20

    Cadangan Raffles itu telah diterima dengan baik oleh Kerajaan Inggeris tetapi ia sudah terlambat

    kerana hampir seluruh kota tersebut telah musnah. Pemusnahan Kota 'A Famosa' pada hari ini

    dalam tahun 1807, telah memusnahkan hampir seluruh kota itu, dan hanya meninggalkan satu

    pintu kotanya yang dapat dilihat hingga hari ini, iaitu Porta de Santiago.Pihak British kekal di Melaka sehingga tahun 1818. Apabila berakhirnya peperangan Napoleon,

    Melaka dikembalikan ke tangan Belanda (tanpa Kota A Famosa). Melaka kekal di tangan

    Belanda selama tujuh tahun berikutnya, sehinggalah perjanjian London 1824, apabila mereka

    menukarkan Melaka dengan Bangkahulu (Bencoolen) di Sumatra.

    13

  • 8/14/2019 ELEMEN 2 & 3 SEJARAH 2009..A'FAMOSA

    15/20

    RumusanSaya berasa amat bersyukur kerana dapat menyempurnakan kerja kursus ini dalammasa yang ditetapkan.Ketika menjalankan kajian ini, banyak pengetahuan, pengajaran dan nilaitelah saya perolehi.Saya telah mempelajari dan mengetahui banyak perkara yang berfaedah

    ketika menjalankan Kerja Kursus Sejarah ini.Saya telah banyak memperoleh maklumat tentang

    sejarah Kota A Famosa ini yang kian dilupakan masyarakat kini.

    Oleh itu, kita mesti menghargai dan memelihara warisan dahulu kala serta berusaha

    mengekalkannya.Saya juga telah mengetahui tentang keunikan dan keistimewaan bangunan ini

    yang dapat menarik minat pelancong asing ke sana.Saya juga dapat menghayati nilai-nilai

    ketabahan,kesabaran dan kerjasama antara rakan semasa menjalankan kajian ini.Kerja kursus

    ini juga memberi peluang kepada saya untuk menguasai kemahiran membuat penyelidikan

    dengan tatacara yang betul serta dapat meningkatkan kemahiran berkomunikasi.Selain itu, nilai

    yang saya perolehi ialah keberanian untuk berkomunikasi serta memupuk sifat menghargai dan

    menyayangi warisan khazanah negara.Kini, saya telah mengetahui erti tidak putus asa dalam

    melaksanakan sesuatu tugasan.

    14

    11

  • 8/14/2019 ELEMEN 2 & 3 SEJARAH 2009..A'FAMOSA

    16/20

    Sebagai masyarakat yang tinggal di Malaysia , kita hendaklah berbangga kerana Negara

    kita banyak bangunan yang bersejarah. Melalui bangunan-bangunan itu, kita dapat lihat

    bahawa masyarakat zaman dahulu mempunyai warisan pertukangan dan ia dapat memberi

    inspirasi serta idea kepada generasi sekarang tentang kesenian yang sangat bermutu. Kita jugadapat melihat bahawa masyarakat zaman dahulu bergotong-royong untuk menyiapkan sesuatu

    dan kita sebagai generasi penyambung warisan seharusnya meneruskan amalan sebegitu.

    Melalui bangunan bersejarah yang ditinggalkan oleh orang zaman dahulu dan penjajah,kita dapat jadikan ia sebagai tempat bersejarah. Dengan itu ia dapat dijadikan tempatpelancongan. Ia juga dapat menambahkan sumber ekonomi dan menaikkan nama Negara keperingkat antarabangsa.

    15

  • 8/14/2019 ELEMEN 2 & 3 SEJARAH 2009..A'FAMOSA

    17/20

    RujukanBuku Suziyana Ismail,2006,Asal Usul Negeri-Negeri,Petaling Jaya,Fermina

    Ahmad Fawzi,Mohd Foad,Azami,2002,Sejarah Tingkatan 1 Buku Teks,Kuala

    Lumpur,Dewan Bahasa Dan Pustaka

    Orang Sumber

    Andi Norazah binti Andi Yusoff,29 tahun,No 345,Jalan Jaafar,Taman Harta,

    82200 Benut,Pontian,Johor Darul Takzim,Malaysia

    Internet

    AFamosa, http://ms.wikipedia.org/wiki/A_Famosa

    Ensiklopedia

    Rusnah Syahila, 2007, Ensiklopedia Umum Untuk Pelajar, Kuala Lumpur, Utusan

    Publication & Distributors Sdn.Bhd,sumber ensiklopedia

    16

    http://ms.wikipedia.org/wiki/A_Famosahttp://ms.wikipedia.org/wiki/A_Famosahttp://ms.wikipedia.org/wiki/A_Famosahttp://ms.wikipedia.org/wiki/A_Famosa
  • 8/14/2019 ELEMEN 2 & 3 SEJARAH 2009..A'FAMOSA

    18/20

  • 8/14/2019 ELEMEN 2 & 3 SEJARAH 2009..A'FAMOSA

    19/20

    Pemeliharaan dan Pemuliharaan Bangunan Bersejarah dapat Memupuk

    Semangat Cinta akan Warisan Bangsa dalam Kalangan Rakyat Malaysia

    Sebagai rakyat Malaysia, kita hendaklah menghargai bangunan bersejarah di Negara

    kita, lebih daripada menghargai bangunan bersejarah di negara orang lain. Pelbagai cara yang

    boleh kita lakukan demi menjaga bangunan-bangunan bersejarah yang ada di Malaysia supaya

    tidak dilupakan begitu sahaja. Kita wajib menjaga dan mempertahankan maruah bangsa dan

    negara supaya rakyat Malaysia dapat menghargai dan mengamalkan tradisi budaya dan

    sentiasa berbangga dengan sejarah Negara kita.

    Memelihara bangunan bersejarah dapat memupuk semangat cinta akan warisan negara.

    Sifat semangat seperti berani dan sanggup mempertahankan kedaulatan bangsa dan negara

    adalah penting. Dengan cara ini, negara lain tidak akan berani mengganggu negara dan bangsakita. Maka, wajarlah kita supaya sentiasa bersyukur sebagai warga negara Malaysia.

    Melalui pemeliharaan dan pemuliharaan bangunan bersejarah juga, kita dapat

    menyemai semangat bersatu padu dan berharmoni di antara masyarakat majmuk. Dalam

    melaksanakan pemeliharaan dan pemuliharaan bangunan bersejarah seperti ini juga

    mengkehendaki kita bekerjasama dan tolong-menolong antara ahli masyarakat. Semangat

    muhibah atau semangat bermasyarakat yang dibentuk seterusnya akan melahirkan semangat

    patriotik antara anggota masyarakat.

  • 8/14/2019 ELEMEN 2 & 3 SEJARAH 2009..A'FAMOSA

    20/20

    Dalam melaksanakan proses pemeliharaan dan pemuliharaan bangunan bersejarah juga,

    masyarakat Malaysia mestilah menunjukkan semangat disiplin yang tinggi. Aktiviti seperti

    seperti ini juga memerlukan kita mempamerkan sikap bertindak wajar serta mematuhi

    peraturan dan undang-undang pemeliharaan dan pemuliharaan bangunan bersejarah. Keadaan

    ini jika disemai berterusan akan melahirkan rakyat Malaysia yang mempunyai disiplin yang

    tinggi terhadap peraturan negara.

    Proses pemeliharaan dan pemuliharaan bangunan bersejarah juga mempamerkan sikap

    rajin dan gigih. Kita juga mesti menunjukkan sikap berdikari bagi menjayakan pemeliharaan

    dan pemuliharaan bangunan bersejarah yang biasanya dilakukan secara kerjasama berpasukan.

    Dalam proses pemeliharaan dan pemuliharaan bangunan bersejarah kita juga perlu

    menunjukkan sikap tabah menghadapi cabaran bagi melengkapkan proses tersebut. Sikap rajin,

    tabah dan berdikari ini akan menjadikan warga negara berusaha dan produktif dalam menyemai

    sikap-sikap ini bagi memajukan negara.

    Kesimpulannya, kita mesti taat dan setia kepada raja dan pemimpin negara kerana

    mereka berani dan sanggup mempertahankan kedaulatan bangsa dan negara. Oleh itu, kita

    mesti berterima kasih kepada tokoh-tokoh negara dengan cara berusaha untuk terus memelihara

    dan memulihara bangunan bersejarah tersebut dan yang paling utama ialah bersyukur kepada

    yang Ilahi iaitu ALLAH S.W.T. kerana telah memberi tenaga untuk berusaha memerdekakan

    tanah air kita ini.