kerja kursus sejarah elemen 1 pmr 2011

Upload: ahmad-naqib

Post on 08-Apr-2018

254 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 8/6/2019 kerja kursus Sejarah Elemen 1 PMR 2011

    1/20

    Tajuk

    MajlisPerbandaranKota Bharu

    SENARAI KANDUNGAN

  • 8/6/2019 kerja kursus Sejarah Elemen 1 PMR 2011

    2/20

    BIL PERKARA HALAMAN

    1 PENGHARGAAN

    2 OBJEKTIF KAJIAN3 KAEDAH KAJIAN

    4 HASIL KAJIAN

    5 RUMUSAN

    6 LAMPIRAN

    7 RUJUKAN

    PENGHARGAAN

  • 8/6/2019 kerja kursus Sejarah Elemen 1 PMR 2011

    3/20

    Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan kesyukuran kepada Allah s.w.t kerana telah

    mengurniakan saya kesihatan dan petunjuk untuk menyiapkan Kerja Kursus Sejarah

    PMR 2011 dengan sempurnanya.

    Saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Puan Mudirah,

    . yang telah memberi kebenaran kepada saya untuk manjalankan

    tugasan ini. Saya juga ingin berterima kasih kepada ., guru Sejarah yang

    sentiasa memberi dorongan, galakan dan semangat kepada saya. Beliau juga banyakmemberikan tunjuk ajar dan nasihat sepanjang kajian ini dijalankan.

    Ucapan terima kasih juga kepada kedua ibu bapa saya kerana memberikan sokongan

    dan dorongan kepada saya untuk menyiapkan kerja kursus ini. Banyak wang ringgit yangtelah mereka habiskan demi memastikan kajian ini dapat dilaksanakan dengan jayanya.Tidak lupa juga kepada sahabat yang disayangi Izyan Awatif, Nur Syazwani , Puteri

    Arini dan Anniisah yang telah banyak berkongsi idea dan pendapat untuk menghasilkan

    kerja kursus ini. Hanya Allah sahaja yang dapat membalas jasa dan budi baik kalian

    semua.

    .

    OBJEKTIF KAJIAN

  • 8/6/2019 kerja kursus Sejarah Elemen 1 PMR 2011

    4/20

    Tujuan kajian ini dijalankan adalah seperti berikut:

    Untuk mengetahui visi dan misi yang dilaksanakan oleh MPKB.

    Untuk mengenali dengan lebih jelas mengenai latar belakang, carta organisasi

    sejarah penubuhan MPKB.

    Untuk memenuhi kehendak Lembaga Peperiksaan Malaysia bagi menduduki

    Penilaian Menengah Rendah pada tahun ini.

    Kajian ini juga bertujuan untuk memahami sesebuah institusi pentadbiran

    empatan di negeri Kelantan seperti MPKB.

    Sebagai panduan kepada rakyat yang mendiami di negeri Kelantan.

    Kaedah kajian

  • 8/6/2019 kerja kursus Sejarah Elemen 1 PMR 2011

    5/20

    1. Penyelidikan Perpustakaan

    Saya bersama beberapa sahabat telah pergi ke Perpustakaan Awam Kota Bharu. Kami

    mengumpulkan buku ilmiah dan akhbar lama yang berkaitan dengan tajuk untuk membuatsalinan fotostat sebagai sumber kajian ini.

    2. Melayari Internet

    Saya dapat mengumpul beberapa fakta melalui internet. Saya telah melayari

    laman web http://www.mpkbbri.gov.my untuk dijadikan sebagai bahan kajian saya.

    3. Rujukan

    Saya telah merujuk beberapa buah majalah untuk dimuatkan dalam kerja kursus ini.

    Hasil kajian

    http://www.mpkbbri.gov.my/http://www.mpkbbri.gov.my/
  • 8/6/2019 kerja kursus Sejarah Elemen 1 PMR 2011

    6/20

    1. Majlis Perbandaran Kota Bharu

    Nama rasminya ialah Majlis Perbandaran Kota Bharu atau dengan nama ringkasnyaMPKB yang terletak di Jalan Hospital, 15000 Kota Bharu, Kelantan Darul Naim.

    Antara objektif MPKB ialah :

    Memperkemaskan jentera pentadbiran Majlis supaya menjadi pihak Berkuasa

    Tempatan yang melaksanakan segala tindakan berasaskan perancangan yangteratur dan tersusun

    Memperkukuhkan kewangan majlis dengan mempertingkatkan keupayaan jenterapungutan hasil dan mengenal pasti punca-punca hasil baru

    Mempertingkatkan perkhidmatan perbandaran dengan memberi penekanan

    kepada aspek kebersihan dan keindahan bandar

    Mempertingkat program pembangunan insan untuk melahirkan wargakota yang

    berwibawa seterusnya menyumbang ke arah pembangunan fizikal dan rohani

    selaras dengan Kota Bharu Bandar Raya Islam

    Mengutamakan dan menggalakkan penglibatan masyarakat di dalam aktiviti dan

    program pembangunan majlis

    Mempertingkatkan langkah-langkah pembasmian aktiviti maksiat dankemungkaran dalam kawasan majlis

    Antara visi dan misinya adalah seperti berikut :

  • 8/6/2019 kerja kursus Sejarah Elemen 1 PMR 2011

    7/20

    Visi

    Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam sebagai sebuah organisasi yangunggul akan membangun dan memajukan bandar Kota Bharu sebagai sebuah

    Bandaraya Islam yang bersih, indah dan berdikari berteraskan dasar Membangun

    Bersama Islam

    Misi

    Membawa kemakmuran dan kesejahteraan hidup kepada warga kota dan

    mempertingkatkan kemajuan sosio-ekonomi serta memberi sumbangan yang besarkepada pertumbuhan ekonomi bandar Kota Bharu khasnya dan negeri Kelantan

    amnya.

    CARTA ORGANISASI MPKB

  • 8/6/2019 kerja kursus Sejarah Elemen 1 PMR 2011

    8/20

    YANG DIPERTUA

    BahagianPengurusan

    Korporat

    PembangunanKorporat

    Perhubungan

    Awam

    Unit AuditDalam

    Khidmat

    NasihatPerundin

    Setiausaha Jabatan

    Undang

    Undang

    Bahagian

    Pembangunan

    dan Pelaburan

    Pendakw

    JabatanKhidmat

    Pengurusan

    BahagianPentadbiran

    Bahagian

    PengurusanHarta

    Bahagian

    TeknologiMaklumat

    Bahagian

    Perkhidmatan

    BahagianPenilaian

    BahagianPenguatkuasan

    Bahagia

    Bangunan

    Elektrik

    BahagianPerancangan

    BandarBahagiaMekanik

    Jabatan Penilaian

    & Pengurusan

    Harta

    Jabatan

    Kejuruteraa

    BahagiaInfrastruk

    Jabatan

    Perbendaharaan

    JabatanPerancangan

    & Kawalan

    Bangunan

    Bahagian

    Landskap

    Perolehan

    BahagianKawalan

    Bangunan

    Kewangan

    & Akaun

    Letak Kereta

    Bahagian

    Pentadbiran

    Setiausaha

  • 8/6/2019 kerja kursus Sejarah Elemen 1 PMR 2011

    9/20

    SENARAI AHLI MAJLIS 2010

    Jabatan

    Perlesenan

    &Kawalan Perniagaan

    JabatanKemasyarakatan

    JabatanPerkhidmatan

    Perbandaran &

    Kesihatan

    Bahagian

    Perlesenan

    Bahagian

    Pembentungan

    BahagianPembangunan

    Masyarakat

    BahagianKesihatan

    Awam

    Bahagian

    Kebersihan

    Bahagian

    Pembangunan

    InsanBahagian

    Pengurusan Pasar&

    Penjaja

  • 8/6/2019 kerja kursus Sejarah Elemen 1 PMR 2011

    10/20

    BIL NAMA PEGAWAI JAWATAN

    1 Ust. Hj. Abd. Rahman Bin Yunus Ahli Majlis2 En. Aidy Bin Hassan Ahli Majlis

    3 Tn. Hj. Mohd Noordin Bin Noor Ahli Majlis

    4 Hj Dr Izani bin husin Ahli Majlis

    5 Dr Ramly Mamat Ahli Majlis

    6 Chua Chin Hui Ahli Majlis

    7 Wan Sepiah Wan Sulaiman Ahli Majlis

    8 Hjh Norriha Ab Ghani Ahli Majlis

    9 En. Hassan Bin Mamat Ahli Majlis

    10 En. Shaari Bin Mat Yaman Ahli Majlis

    11 En. Mohamed Bin Sulaiman Ahli Majlis

    12 Tn. Hj. Mortazi Bin Ismail Ahli Majlis13 Ust. Wan Azimin Bin Wan Adnan Ahli Majlis

    14 En. Ruzely Bin Abdullah Ahli Majlis

    15 En. Abd Hamid Bin Seman Ahli Majlis

    16 En. Mohd Noor Bin Mat Yajid Ahli Majlis

    17 Tuan Hj. Mohd. Makhatar bin Che Haron Ahli Majlis

    18 Ong Tian Huei @ Wong Tian Huei Ahli Majlis

    19 Hjh. Nik Shamsiah @ Aminah bt. Ismail Ahli Majlis

    20 Nor Hashimah binti Deraman Ahli Majlis

    21 Wan Abu Bakar bin Wan Muhammad Ahli Majlis

    22 Hjh. Noraini binti Hussein Ahli Majlis

    23 En. Musa bin Amin Ahli Majlis

    24 Hj Mohd. Zahiruddin bin Hj. Ahmad @ Mohd Ahli Majlis

    2. LATAR BELAKANG

  • 8/6/2019 kerja kursus Sejarah Elemen 1 PMR 2011

    11/20

    Sejarah Penubuhan :

    Majlis Perbandaran Kota Bharu (MPKB) adalah organisasi Majlis Kerajaan Negeri

    yang menjalankan operasi di sekitar bandar Kota Bharu yang meliputi 65 seksyen.

    Keluasan kawasan pentadbirannya ialah 115.64 kilometer persegi yang merangkumikawasan dari Pantai Cahaya Bulan kePantai Sabakdi sebelah utara, kawasan yang

    bersempadan dengan kawasan Batu 5, Jalan Pasir Mas danJalan Kuala Kraike

    jambatanPasir Tumboh di sebelah selatan,SungaiPengkalan Datu dan Wakaf Stan di

    sebelah timur dan disebelah baratSungai Kelantan.

    Kawasan MPKB adalah merupakan nodus pembangunan bagi Negeri Kelantan

    dengan terletaknya bandar Kota Bharu sebagai pusat pentadbiran, perdagangan dan

    kewangan. ManakalaPengkalan Chepa sebagai pusat perindustrian danKubang Kerian

    sebagai Pusat Institusi.

  • 8/6/2019 kerja kursus Sejarah Elemen 1 PMR 2011

    12/20

    Bandar Kota Bharu telah ditubuhkan pada tahun 1844 dan diisytiharkan sebagai pusat

    pemerintahan Negeri Kelantan oleh Kebawah Duli Yang Mulia Al-Marhum Sultan

    Muhammad Ke-II. Pada tahun 1936, bandar Kota Bharu dinaik tarafkan sebagai Majlis

    Bandaran Kota Bharu (MBKB). MBKB telah dimansuhkan dan ditukarkan kepada

    Lembaga Bandaran pada tahun 1971. Pada tahun 1978 Lembaga Bandaran Kota Bharu

    disusun semula dan dinaik tarafkan kepada Majlis Perbandaran Kota Bharu pada tahun

    1978.

  • 8/6/2019 kerja kursus Sejarah Elemen 1 PMR 2011

    13/20

    Perincian Peranan :

    Jabatan-jabatan yang terdapat di Majlis Perbandaran Kota Bharu :

    Jabatan Khidmat Pengurusan

    Jabatan Perbendaharaan

    Jabatan Kejuruteraan

    Jabatan Perancangan dan Kawalan Bangunan

    Jabatan Penilaian dan Pengurusan Harta

    Jabatan Pekhidmatan Perbandaran dan Kesihatan Jabatan Kemasyarakatan

    Perlesenan dan Kawalan Perniagaan

    Jabatan Undang-Undang

    Bahagian Pembangunan dan Pelaburan

    Jabatan Pengurusan Korporat

    Jabatan Audit Dalam

    3.PERANAN

  • 8/6/2019 kerja kursus Sejarah Elemen 1 PMR 2011

    14/20

    Pendidikan

    Keilmuan menuntut kita semua menghidupkan pusat-pusat pengajian dan

    majlis-majlis ilmu agama, sentiasa melakukan dakwah secara lisan, media cetak

    dan memperbanyakkan papan tanda-tanda kerohanian.

    Keagamaan

    Kepatuhan kepada Allah dapat merealisasikan dalam bentuk etika danperaturan hidup masyarakat, membimbing mereka menghayati ajaran Islam dengan

    sempurna dan program pemulihan serta penguatkuasaan sentiasa dipertingkatkan.

    Kebajikan

    Kebajikan dapat dizahirkan melalui perkhidmatan mesra pelanggan,

    kemudahan-kemudahan awam yang mencukupi dan golongan dhaif, kurrang upaya

    sentiasa mendapat perhatian dan pembelaan daripada semua pihak.

    Kemasyarakatan

    Ciri kesejahteraan ini akan tercapai setelah keamanan dan keharmonian sentiasadijaga oleh semua pihak, ikatan persaudaraan dan perpaduan kaum terpelihara dan

    suasana suka nasihat menasihati disuburkan dengan mengajak masyarakat kepada

    kebaikan serta mencegah mereka daripada kejahatan.

  • 8/6/2019 kerja kursus Sejarah Elemen 1 PMR 2011

    15/20

    4. PERKEMBANGAN

    Pengiktirafan

    Kota Bharu Bandar Raya Islam 1 Oktober

    Kerajaan Kelantan akan mengisytiharkan Kota Bharu sebagai Bandar raya Islampada 1 Oktober. Sultan Kelantan , Tuanku Ismail Petra berkenan untuk

    menyempurnakan pengisytiharan tersebut di Stadium Muhamad ke 4. Selepas

    pengisytiharan secara rasmi oleh Sultan, MPKBakan dikenali sebagai Bandar RayaIslam.

    Kemajuan Yang Dicapai

    MPKB-BRI Berjaya Memperbaharui Sijil Program 5S Untuk Tahun Ke-3

    MPKB-BRI sekali lagi diaudit oleh Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC)

    bagi memperbaharui sijil program berkualiti5S bagi tahun 2011-2011. Majlis pengauditanke atas MPKB-BRI bagi tahun 2010 telah dilakukan selama sehari.

    Pembangunan Prasarana

    Pembinaan Menara MPKB

    Pembinaan menara MPKB yang RM180 juta yang menjadi mercu tanda baru

    Bandar Kota Bharu dimulakan Ogos 2003. Tarikan utama di menara itu yang mempunyaiciri-ciri seni bina Islam iailah ruang khas bagi menjual pelbagai jenis barang kemas yang

    dihasilkan oleh penduduk Kelantan.

    Keistimewaan

    RM 2.88 juta untuk MPKB bina tapak lupus sampah

    Kerajaan PAS Kelantan meluluskan peruntukan RM2.88 juta kepada MPKB untuk

    mendapatkan tapak baru pelupusan sampah seluas kira-kira 20 hektar berhampiran

    Mukim Telok Kitang, Pantai Sabak.

  • 8/6/2019 kerja kursus Sejarah Elemen 1 PMR 2011

    16/20

    RUMUSAN

    Antara unsur patriotisme yang saya perolehi daripada kajian ini iailah :

    1. Diri

    1. Saya dapat menyemaikan rasa bangga kerana dapat hidup di bawah pimpinan

    Majlis Perbadanan Kota Bharu yang mengamalkan pentadbiran sistematik dan

    teratur.

    2. Saya juga mendapat beberapa pengetahua yang bermanfaat setelah menyelidikbeberapa perkara yang dijalankan oleh MPKB.

    2. Bangsa

    1. Kajian yang telah dijalankan ini dapat melahirkan sebuah bangsa yang hidup

    dalam keaddan yang bersatu padu, aman dan harmoni.2. Bangsa-bangsa di dalam negeri Kelantan dapat mengamalkan sifat yang murni di

    bawah arahan oleh pihak MPKB.

    3. Negara

    1. Ia dapat melahirkan rakyat yang kenal dan cinta akan tanah airnya yang makmur.

    2. Ia juga dapat membina sebuah negara yang mengamalkan sistem yang teratur .

  • 8/6/2019 kerja kursus Sejarah Elemen 1 PMR 2011

    17/20

    Lampiran

    Figure 1Kota Bharu Bandar Raya Islam

  • 8/6/2019 kerja kursus Sejarah Elemen 1 PMR 2011

    18/20

    Figure 2 Peta Kota Bharu

  • 8/6/2019 kerja kursus Sejarah Elemen 1 PMR 2011

    19/20

    Figure 3Logo MPKB

    Figure 4Portal Rasmi MPKB

  • 8/6/2019 kerja kursus Sejarah Elemen 1 PMR 2011

    20/20

    RUJUKAN

    1. Internet

    - http://www.mpkbbri.gov.my

    2. Akhbar

    -Utusan Malaysia(28.01.2003)

    -Mingguan Malaysia(24.07.2005)-Berita Harian(13.06.2003)

    3. Majalah

    -Buletin MPKB-BRI (Edisi Mei 2010)