contoh folio lengkap sejarah pmr

Upload: hamizi-saman

Post on 13-Jul-2015

8.679 views

Category:

Documents


7 download

DESCRIPTION

TAJUK KAJIANPERMAINAN TRADISIONALCONGKAK1SENARAI KANDUNGANBIL 1 2 3 4 5 6 PERKARA TAJUK KAJIAN SENARAI KANDUNGAN PENGHARGAAN OBJEKTIF KAJIAN KAEDAH KAJIAN HASIL KAJIAN A. LATAR BELAKANG B. ASAL USUL CONGKAK C. CARA PEMBUATAN CONGKAK D. ALATAN YANG DIGUNAKAN E. CARA PERMAINAN CONGKAK 7 8 9 RUMUSAN LAMPIRAN RUJUKAN 6 7 8–9 10 11 12 13 – 15 16 MUKA SURAT 1 2 3 4 52PENGHARGAANAssalamualaikum w.b.t. Alhamdulillah, syukur ke hadrat ilahi kerana dengan izinNya saya dapat menyiapkan kerj

TRANSCRIPT

TAJUK KAJIAN

PERMAINAN TRADISIONAL

CONGKAK

1

SENARAI KANDUNGANBIL 1 2 3 4 5 6 PERKARA TAJUK KAJIAN SENARAI KANDUNGAN PENGHARGAAN OBJEKTIF KAJIAN KAEDAH KAJIAN HASIL KAJIAN A. LATAR BELAKANG B. ASAL USUL CONGKAK C. CARA PEMBUATAN CONGKAK D. ALATAN YANG DIGUNAKAN E. CARA PERMAINAN CONGKAK 7 8 9 RUMUSAN LAMPIRAN RUJUKAN 6 7 89 10 11 12 13 15 16 MUKA SURAT 1 2 3 4 5

2

PENGHARGAANAssalamualaikum w.b.t. Alhamdulillah, syukur ke hadrat ilahi kerana dengan izinNya saya dapat menyiapkan kerja kursus ini. Saya menghadapi sedikit kerumitan serta cabaran untuk menyiapkan kajian ini. Kesampaaian di sini, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang telah membantu saya dalam pengumpulan maklumat hingga terhasilnya folio ini. Ucapan terima kasih ditujukan khususnya kapada ibu bapa saya yang telah banyak memberi dorongan dan sokongan sepanjang kajian ini dijalankan. Setinggi-tinggi penghargaan kepada En R Rashid , guru sejarah tingkatan 3T yang telah banyak memberi panduan, nasihat serta bimbingan sepanjang kajian dijalankan, juga kepada Pn Hajah Selmiah Hasin iaitu pengetua SMK Syed Alwi yang banyak memberi sokongan dan dorongan kepada para pelajar. Tidak lupa, rakan-rakan seperjuangan saya. Ribuan terima kasih atas segala pertolongan yang diberikan tidak kira agama dan bangsa. Saya inigin mengucapkan ribuan terima kasih kepada responden-responden kerana sudi ditemubual. Akhir kata, ribuan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan folio ini. Sekian, Wassalam.

3

OBJEKTIF KAJIAN1. Membuat perkaitan Permainan Tradisional dengan rakyat Malaysia 2. Mengetahui lebih mendalam tentang Permainan Tradisional yang dikaji 3. Mengenalpasti asal usul Permainan Tradisional yang dikaji 4. Memberi cadangan untuk meningkatkan taraf Permainan Tradisional Malaysia supaya terkenal diseluruh Negara.

4

KAEDAH KAJIAN. Melalui kaedah sumber pula, saya dapat memperoleh banyak bahan melalui Internet,Perpustakaan,Soal selidik dan sebagainya. Di samping itu, dari segi soal selidik, saya dapat mengetahui lebih mendalam tentang Permainan Tradisional yang dikaji serta dapat mengeratkan silaturahim di antara individu. Dalam kerja kursus ini saya telah menggunakan kaedah rujukan.Saya telah membuat rujukan melalui internet dan buku-buku ilmiah yang berkaitan dengan permainan tradisional untuk mendapatkan maklumat untuk menyiapkan folio ini. Selain itu,saya juga menggunakan kaedah pemerhatian. Saya melihat dan memerhati cara permainan congkak. Disamping itu,saya juga telah menemubual jiran-jiran di kawasan perumahan serta rakan-rakan mengenai permainan congkak. Dan akhir sekali,saya menggunakan kaedah pandang dengar dengan menonton rancangan majalah 3 yang disiarkan di TV3.

HASIL KAJIAN5

A. LATAR BELAKANG

Congkak sejenis permainan tradisional Melayu yang menggunakan papan kayu berlubang atau lubang di atas tanah dan buahnya daripada biji congkak, biji getah, biji guli dan lain-lain. Di utara semenanjung ianya dipanggil juga Jongkok. . Di Kepulauan Caribbean, congkak dikenali sebagai warri atau awari. Di Indonesia, congkak dikenali dengan nama congklak, di Filipina, sungka.

B. ASAL USUL

6

Permainan ini telah wujud sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka lagi, tetapi tidak pasti asalnya, samada pengaruh luar telah datang bersama pedagang atau sememangnya telah dicipta oleh orang Melayu ketika itu. Ada pendapat lain yang mengatakan Congkak yang dipercayai berasal daripada dunia Afrika atau Arab.Bagaimanapun bergantung kepada teori mana yang anda percayai.Bukti tertua yang dijumpai oleh cari gali purba yang dibiayai oleh Persatuan National Geographic menjumpai kepingan Batu kapur yang mempunyai dua liang selari bertarikh semenjak 5000 hingga 7000SM di masa kini Jordan. Dari Timur Tengah, permainan ini tersebar ke Afrika. Congkak tersebar ke Asia melalui pedagang-pedagang Arab.Di Asia Tenggara, congkak mungkin berkembang dari Melaka memandangkan negeri ini merupakan pusat perdagangan pada waktu dahulu. Kanak-kanak di Kepulauan Caribbean juga bermain congkak. Congkak dipercayai sampai ke sana melalui perdagangan hambaPada zaman dahulu, golongan istana bermain congkak dengan menggunakan papan congkak yang berukir mewah, sementara di kalangan rakyat jelata, ia sekadar dimainkan dengan mengorek lubang di dalam tanah. Pada hari ini, congkak dimainkan di seluruh dunia. Congkak begitu popular dan diminati sehingga peminat-peminatnya mencipta pelbagai laman web di internet.

C. CARA PEMBUATAN

7

Peralatan yang digunakan untuk bermain congkak biasanya diperbuat daripada batang pokok kayu besar yang diukir seperti perahu. Disebelah hujungnya diukir bentuk kepala pelbagai haiwan seperti burung manakala dibahagian badan papan diukir dengan pelbagai ukiran Melayu. Lubang sebesar 9sm. garis pusat dan 7sm. dalam ditebuk atas permukaan papan tersebut. Sekiranya permainan congkak di tanah, lubang digali dan kemudian diletak tempurung kelapa supaya tangan tidak kotor terkena tanah.Selain itu, terdapat kaedah lain membuat congkak iaitu Lazimnya dibuat dari kayu hutan seperti merbau, keruing, balau dan sebagainya. Terdapat juga papan congkak yang dibuat dari kayu rambutan,nangka dan sebagainya, mengikut kemampuan si tukang pembuat congkak. Langkah-langkah membuat congkak: 1. Kayu ditebang menggunakan kapak dan dipotong mengikut kepanjangan papan congkak yang bergantung kepada lubang rumah yang dihasilkan kelak. 2. Kayu yang masih buah dibelah dua bahagian. Hanya satu bahagian sahaja yang diperlukan dalam membuat congkak. 3. Setelah dibelah, gergaji digunakan untuk mengerat lebihan kayu yang tidak terpakai. Parang atau pahat digunakan untuk melicinkan batang kayu tersebut. 4. Kayu tersebut akan dipahat untuk membuat lubang. Lubang-lubang ditebuk dalam dua baris dan dinamakan kampung yang mempunyai jumlah bilangan tertentu. 5. Ditebuk satu lubang besar di kedua-dua hujung yang dikenali sebagai rumah. 6. Pahat bermata halus digunakan untuk melicinkan lubang tersebut. Ini penting supaya tidak menggelikan jari-jari pemain sewaktu bermain. 7. Setelah siap, papan tersebut akan diukir dengan pelbagai hiasan seperti bentuk tumbuh-tumbuhan, kosmos, geometri dan sebagainya.

8

8. Papan congkak divarniskan dengan warna perang kekuningan, perang kemerahan, perang atau hitam. Congkak juga dihasilkan daripada logam ataupun tanah di kawasan pendalaman. Tempurung kelapa digunakan supaya tangan tidak kotor terkena tanah. Buah congkak yang paling biasa digunakan ialah guli, namun apa-apa biji atau batu kecil yang agak bulat boleh digunakan. Lubang-lubang congkak dibuat dalam dua barisan selari antara satu samalain yang disebut kampung. Pada penghujung kampung terdapat sebuah lubang besar dan dalam dinamakan rumah. Jumlah kampung yang biasa terdapat pada papan congkak ialah lima, tujuh atau sembilan sebaris. Kampung-kampung ini diisikan dengan buah congkak sama banyak.

D. ALAT-ALAT YANG DIGUNAKAN

9

Biasanya pembuatan congkak memerlukan kemahiran tinggi yang biasanya terdapat pada tukang kayu. Untuk membuat congkak bagi permainan golongan bangsawan memerlukan kayu yang bermutu tinggi seperti cengal, merbau dan lain-lain kayu yang mudah diukir.

Proses pembuatan congkak juga melibatkan alatan pertukangan seperti pahat, penukul dan alatan menebuk lubang. Selain itu alatan untuk mengukir juga diperlukan untuk mengindahkan bentuk congkak mengikut corak yang dikehendaki.

Namun demikian congkak secara asasnya boleh dibuat hanya dengan menebuk lubang pada tanah seperti yang biasanya dibuat oleh anak-anak di kampong.

E. CARA DIMAINKAN

10

Dua orang pemain duduk berhadapan menghadap papan congkak, dimulakan dengan kedua-dua pemain serentak mencapai buah di kampung masing-masing dan memasukkan buah satu demi satu di dalam lubang kampung dengan pergerakan dari kanan ke kiri hingga ke rumah dan kampung lawan.

Gerakan diteruskan hingga buah yang terakhir pada tangan dimasukkan dalam kampung kosong di kawasan sendiri atau lawan dan pemain hendaklah berhenti, sekiranya buah itu jatuh atau mati di kampung sendiri. Pemain itu boleh menembak kampung lawan yang setentang dengan kampungnya iaitu mengaut kesemua buah (jika ada) di dalam kampung tersebut.

Pihak lawan mengambil giliran meneruskan permainan hingga buahnya mati. Sekiranya buah terakhir jatuh di dalam rumah sendiri, pemain boleh meneruskan permainan dengan mengambil buah yang masih banyak di mana-mana kampung sendiri. Sekiranya buah terakhir jatuh di kampung kosong pihak lawan, maka permainan itu mati di situ sahaja dan pihak lawan boleh memulakan permainan seterusnya hingga mati.

Setelah tamat pusingan pertama, setiap pemain mengisi semula kampung dengan buah congkak dan jika ada kampung yang tidak cukup buah, ia dianggap terbakar. Kampung ini tidak boleh diisi apabila bermain pada pusingan yang kedua, ketiga dan seterusnya hingga pihak lawan mengaku kalah.

RUMUSAN11

Selepas menjalankan kajian ini, saya rasa amat bersyukur sebagai seorang warganegara Malaysia kerana keunikan dan kepelbagaian budaya dan adat resam yang terdapat di negara yang tercinta ini.Saya juga rasa sangat bertuah kerana dapat mengenali dengan lebih mendalam tentang Permainan tradisional. Bak kata perpatah melayu, tak kenal maka tak cinta. Selepas kajian ini, saya lebih faham dan menghayati permainan tradisional orang melayu. Saya akan cuba untuk mengamalkan permainan dan budaya bangsa yang begitu unik dan indah. Jika semua rakyat masyarakat kita dapat mengenali dan memahami permainan sesuatu kaum dengan mendalam, maka akan timbul semangat bersefahaman dan hormathormati antara kaum. Persefahaman yang timbul ini bukan sahaja dapat mengelakkan sebarang perselisihan faham yang mungkin berlaku antara kaum malah dapat menjalinkan semangat muhibah atau semangat masyarakat antara kaum. Semangat muhibah yang wujud ini mungkin membolehkan perpaduan rakyat Malaysia yang berbilang kaum ini terus berkekalan.Rakyat Malaysia yang bersatupadu ini juga dapat berganding bahu dalam semua aspek untuk membangunkan negara yang tercinta sehinggakan semua rakyat berbangga sebagai rakyat Malaysia.

LAMPIRAN12

POSTER FILEM CONGKAK

13

JENIS-JENIS CONGKAK

RUJUKAN14

LAMAN WEB http://malaysiana.pnm.my http://www.tradisional-bib.blogspot.com/2007/03/congkak_22.html BUKU ILMIAH Rosnah Din,2003,Warisan permainan dan kebudayaan,kompang/congkak/sepak raga:Perpustakaan Negara Malaysia.

ORANG SUMBER Rohaiyu Binti Hussain,42 tahun,No 58 jalan 3/31,seksyen 3 tambahan,43650,Bandar Baru Bangi

MAJALAH Majalah Siswa 2007 Bulan Mei

ELEMEN 3

15

Sebagai rakyat Malaysia kita mesti berbangga menjadi sebahagian daripada rakyatnya.melalui permainan dan sukan juga kita dapat menghargai dan mengamalkan tradisi bangsa. Serta kita dapat mengekalkan identiti budaya dan bangsa kita. Melalui permainan dan sukan ini kita dapat memupuk semangat setia pada Negara. Contohnya seperti, apabila kita mewakili pasukan dalam pasukan sepak raga Negara untuk bertanding di peringkat antarabangsa. Kita akan berasa bertanggungjawab kepada bangsa dan Negara dengan cara kita akan berusaha untuk mencapai kemenangan demi memartabatkan maruah bangsa dan Negara. Jika kita bertanding dalam apa-apa pertandingan yang melbatkan secara berkumpulan seperti sepak raga. Secara tidak langsung kita dapat memupuk semangat kekitaan. Ini kerana kita akan bekerjasama dan akan tolong-menolong antara satu sama lain untuk mencapai kemenangan. Melalui permainan dan sukan juga, ia dapat membentuk disiplin dalam diri setiap pemain. Ini kerana setiap sukan dan permainan mempunyai peraturan dan undang-undang yang telah ditetapkan dan perlu dipatuhi oleh setiap pemain. Secara tidak langsung mereka akan mematuhi undang-undang dan peraturan yang telah ditetapkan.

16