contoh jawapan sejarah 2 untuk perkampungan sejarah

40
8/14/2019 Contoh Jawapan Sejarah 2 Untuk Perkampungan Sejarah http://slidepdf.com/reader/full/contoh-jawapan-sejarah-2-untuk-perkampungan-sejarah 1/40 CONTOH JAWAPAN SEJARAH 2 UNTUK PERKAMPUNGAN SEJARAH STPM NEGERI PERAK TAHUN 2008 (PROGRAM GALUS) 1

Upload: vividfuchias

Post on 30-May-2018

268 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Contoh Jawapan Sejarah 2 Untuk Perkampungan Sejarah

8/14/2019 Contoh Jawapan Sejarah 2 Untuk Perkampungan Sejarah

http://slidepdf.com/reader/full/contoh-jawapan-sejarah-2-untuk-perkampungan-sejarah 1/40

CONTOH JAWAPAN SEJARAH 2

UNTUK PERKAMPUNGANSEJARAH STPM NEGERI PERAKTAHUN 2008 (PROGRAM GALUS)

1

Page 2: Contoh Jawapan Sejarah 2 Untuk Perkampungan Sejarah

8/14/2019 Contoh Jawapan Sejarah 2 Untuk Perkampungan Sejarah

http://slidepdf.com/reader/full/contoh-jawapan-sejarah-2-untuk-perkampungan-sejarah 2/40

Soalan 1

Bincangkan peranan pembesar di Tanah Melayu sebelum campur tangan Britishpada tahun 1874

Pengenalan

Pembesar merupakan golongan yang sangat penting dan berpengaruh dari segipolitik, ekonomi dan sosial. Jawatan pembesar diperoleh melalui dua cara iaitu; taraf tersedia dan taraf capaian. Taraf tersedia, iaitu jawatan diperoleh secara warisan;apabila seseorang pembesar meninggal dunia maka anak akan menggantikantempatnya.Taraf capaian; pembesar yang dilantik kerana kehebatan dan ketokohanyang dimiliki oleh seseorang

Isi

1. Politik

Pembesar berperanan utama dalam politik. Mereka merupakan golongan yangmemonopoli kuasa politik. Mereka juga berperanan dalam melantik raja/sultan,contoh di Negeri Sembilan, empat orang Undang (Undang Jelebu, Undang SungaiUjong, Undang Rembau dan Johol) akan melantik Yam Tuan Besar NegeriSembilan. Di Perak pembesar berkuasa melantik sultan dan mereka berpengaruhdalam menentukan perlantikan seseorang bakal sultan. Mereka bolehmengenepikan mana-mana bakal sultan yang tidak disukai, contoh Raja Yusuf gagalmenjadi sultan kerana baginda gagal mendapat sokongan dan diketepikan olehpembesar.

Pembesar berperanan membantu raja dalam pemerintahan dan pentadbirannegeri. Mereka mempunyai cop mohor sendiri., contoh di Kelantan pada masapemerintahan Sultan Muhamad 1, baginda telah membentuk Jemaah Menteri yangterdiri daripada 7 orang pembesar untuk memudah dan melicinkan pentadbirannya.Di Johor Sultan Abu Bakar memperkenalkan satu perlembagaan berasaskanperlembagaan British. Menurut perlembagaan ini satu Jemaah Menteri yangdianggotai oleh pembesar telah dibentuk untuk memberi nasihat kepada sultan.

Pembesar turut membantu sultan mentadbir kawasan-kawasan tertentu di luar wilayah. Kawasan ini dipanggil “pegangan” yang merupakan anugerah sultankepada pembesar kerana jasa perkhidmatan cemerlang. Contoh Dato’ Bahamandilantik sebagai pembesar Semantan, Tok Gajah dilantik mentadbir Puau Tawar.

2. Ekonomi

Pembesar berperanan dalam hal memungut cukai di kawasan pentadbirannyayang dipanggil kawasan pemakanan. Semua pedagang yang melintasi daerah ituakan dikenakan cukai di pangkalan cukai yang didirikan di sepanjang sungai.Biasanya barang-barang itu dikenakan cukai 10% dan dibayar dengan barangan.Sebahagian daripada hasil cukai diberi kepada pemerintah sebagai ufti contoh diPerak, sultan berhak mengambil $ 6.00 dari setiap bahara (400 paun) bijih timah

2

Page 3: Contoh Jawapan Sejarah 2 Untuk Perkampungan Sejarah

8/14/2019 Contoh Jawapan Sejarah 2 Untuk Perkampungan Sejarah

http://slidepdf.com/reader/full/contoh-jawapan-sejarah-2-untuk-perkampungan-sejarah 3/40

yang diekspot di mana-mana daerah di Perak. Pemberian ufti sebagai lambang taatsetia pembesar kepada sultan. Di Negeri Sembilan Sungai Linggi menjadi kawasanpemungutan cukai terhadap bijih timah yang dibawa keluar dari sungai berkenaansehingga menjadi rebutan di antara Dato’ Bandar dengan Dato’ Kelana.

Pendapatan pembesar bergantung kepada cukai yang dikenakan ke atas

penduduk. Untuk itu pembesar sentiasa menggalakkan kemajuan daerahnya denganmenambahkan bilangan penduduk yang produktif untuk mendapatkan lebihan hasilyang banyak. Kekuasaan pembesar bergantung kepada kekuatan ekonomi. Oleh itupembesar sentiasa berwaspada agar tidak ada orang lain mengumpulkan harta yanglebih banyak bagi tujuan pemberontakan. Pembesar juga berkongsi pendapatanyang diterima dengan pengikutnya bagi mengekalkan sokongannya. Hasil lebihanakan digunakan sebagai pinjaman untuk mengikat lebih ramai orang berhutangdengannya.

Pembesar juga menjalankan kegiatan ekonominya sendiri seperti perlombonganbijih timah dan berdagang. Ini menyebabkan di tempat-tempat tertentu pembesar lebih kaya daripada sultan, contohnya di Perak, Long Jaafar dan Ngah Ibrahim yangmenguasai daerah Larut lebih kaya daripada sultan.

Pembesar juga terlibat dalam kegiatan perdagangan dengan keizinan sultan.Mereka menjadi pengeluar modal. Perniagaan dan perdagangan pembesar diuruskan oleh wakil-wakilnya. Bagi mempastikan urusan perdagangan berjalanlancar pembesar akan menentukan timbangan dan sukatan yang betul.

Pembesar juga berperanan dalam menjaga perairan daripada pencerobohanlanun, mengawasi perdagang-pedagang, menjaga kebajikan pedagang asing,menyediakan tempat perniagaan dan gudang untuk menyimpang barang.

3. Sosial

Pembesar berperanan dalam menjaga keamanan dan keselamatan negara,contohnya, Jemaah Menteri Peperangandi Kelantan menguruskan hal-ehwalpeperangan, ketenteraan, pertahanan dan keamanan. Lembaga di Negeri Sembilanmenjaga keselamatan dan keamanan kawasan anak buahnya. Pembesar jugamemastikan penduduk di bawah jagaannya taat setia kepada Sultan.

Pembesar juga berperanan sebagai penghubung antara sultan dengan rakyat.Pembesar bertanggungjawab menyediakan dan membekalkan ketenteraan untukmempertahankan negara dan juga untuk ekspidisi memperluaskan empaya jika ada.

Pembesar juga berperanan dalam menjatuhkan hukuman dan mendenda dalamkes-kes jenayah di daerahnya. Pada masa itu tidak ada badan kehakiman bebasdaripada pemerintah sebaliknya sultan dan pembesarlah yang mentadbir undang-undang. Pembesar boleh menjatuhkan semua jenis hukuman kecuali hukuman matiyang hanya boleh dijatuhkan oleh sultan.

Pembesar juga dikehendaki membekalkan tenaga buruh kepada raja sepertimembina istana baru, membina kapal raja, membina panggung dan pentasa serta

3

Page 4: Contoh Jawapan Sejarah 2 Untuk Perkampungan Sejarah

8/14/2019 Contoh Jawapan Sejarah 2 Untuk Perkampungan Sejarah

http://slidepdf.com/reader/full/contoh-jawapan-sejarah-2-untuk-perkampungan-sejarah 4/40

perhiasan istana untuk menyambut perayaan adat dan agama. Ini dilakukan melaluisistem kerah.

Pembesar juga mengetuai kerja-kerja sosial seperti membina surau, masjid,

balai raya, jambatan dan sebagainya. Pembesar juga berperanan dalammenjalankan adat istiadat di istana

Kesimpulan

Pembesar memainkan peranan penting dalam bidang politik, ekonomi dan sosialsebelum campur tangan British.Namun selepas campur tangan British perananpembesar mulai berubah. Pembesar tidak lagi memainkan peranan dalam pentadbiranBritish sebaliknya British melantik pegawai pemungut dan majisterit yang mengambil alihtugas dan peranan pembesar. Tindakan British ini telah menimbulkan rasa tidak puashati dalam kalangan pembesar yang akhirnya membawa kepada penentangan terhadap

British.

 

4

Page 5: Contoh Jawapan Sejarah 2 Untuk Perkampungan Sejarah

8/14/2019 Contoh Jawapan Sejarah 2 Untuk Perkampungan Sejarah

http://slidepdf.com/reader/full/contoh-jawapan-sejarah-2-untuk-perkampungan-sejarah 5/40

Soalan 2

Sejauhmanakah sistem ekonomi masyarakat Melayu sebelum campur tanganBritish pada tahun 1874 bersifat sara diri?

Pengenalan

Masyarakat Melayu tradisional mengamalkan kegiatan ekonomi yang berbentuksara diri. Sara diri bermaksud kegiatan ekonomi yang dikendalikan bagi mendapatkanbahan-bahan makanan dan hasil-hasil lain untuk memenuhi keperluan hidup seharian.Keperluan ekonomi petani ialah berbentuk secukup hidup bagi menyara keperluan

keluarga sendiri dengan menekankan kepada keperluan asas. Oleh itu, perhatianutama ditumpukan kepada usaha-usaha untuk mendapatkan sumber-sumber makanan.Walaupun kegiatan ekonomi sara diri telah diusahakan di kebanyakan negeri, namunterdapat juga ekonomi separa sara diri yang dijalankan di Kedah dan Perlis, sertaekonomi komersil berasaskan pertanian, perlombongan dan perdagangan khususnya diNegeri Johor.

Isi

1. Ekonomi Sara diri

I. Pertanian sara diri

Penanaman padi adalah kegiatan pertanian sara diri utama. Masyarakat Melayuyang tinggal di pesisiran sungai dan kawasan pedalaman menanam padi sawah danpadi huma

Padi sawah ditanam di kawasan lembah sungai atau tanah rendah. Lembahsungai menjadi tumpuan kerana tanah lanar yang subur dan mudah mendapatkanbekalan air. Contoh di Lembah Sungai Kelantan, Lembah Sungai Muda.

Baja yang digunakan adalah tahi binatang dan menggunakan tenaga binatanguntuk menjalankan kegiatan membajak seperti lembu dan kerbau.

Sistem pengairan dibina untuk mengairi kawasan tanaman padi, contohTerusan Wan Mat Saman di Kedah (1885), Sungai Raja Gali di Kelantan. Di NegeriSembilan kincir air dibina untuk mengairi kawasan tanaman padi. Kawasanpenanaman padi utama di Tanah Melayu ialah di Negeri Kedah, Pahang danKelantan.

5

Page 6: Contoh Jawapan Sejarah 2 Untuk Perkampungan Sejarah

8/14/2019 Contoh Jawapan Sejarah 2 Untuk Perkampungan Sejarah

http://slidepdf.com/reader/full/contoh-jawapan-sejarah-2-untuk-perkampungan-sejarah 6/40

Tanaman lain yang turut diusahakan ialah pisang, jagung, ubi kayu dan buah-buahan.

Padi huma ditanam di kawasan bukit dan pedalaman. Tanaman ini ditanam ditanah tinggi kerana tidak memerlukan air yang banyak

II. Memburu dan menternak binatang

Masyarakat Melayu juga memburu binatang seperti rusa, ayam hutan,pelanduk. Mereka juga memburu gajah untuk mendapatkan gading. Selain itumereka juga menternak binatang seperti ayam, lembu, kerbau dan sebaginya.

III. Memungut hasil hutan

Contohnya buluh, rotan, damar, gaharu, cendana, sarang burung, getah percha, jelutung dan pelbagai jenis herba dan akar kayu

IV. Menangkap ikan

Merupakan kegiatan utama penduduk persisir sungai dan pantai. Menggunakankaedah dan peralatan tradisional. Hasil tangkapan kecil dan untuk menampungkeperluan sendiri

V. Pertukangan dan kraftangan

Menggunakan hasil hutan terutamanya buluh, rotan dan kayu-kayan untukmenghasilkan pelbagai barangan keperluan harian

2. Ekonomi komersil

Ekonomi komersial merupakan kegiatan ekonomi yang menggunakan modalyang besar, teknologi moden, dan diusahakan dalam skala yang besar. Melibatkanmodal dan kepakaran asing terutamanya pemodal Cina dan Eropah

I. Perdagangan

Sebelum campur tangan British, masyarakat Melayu tradisional telah punmenjalinkan hubungan perdagangan dengan negara-negara Eropah, China danIndia melalui pelabuhan Singapura

6

Page 7: Contoh Jawapan Sejarah 2 Untuk Perkampungan Sejarah

8/14/2019 Contoh Jawapan Sejarah 2 Untuk Perkampungan Sejarah

http://slidepdf.com/reader/full/contoh-jawapan-sejarah-2-untuk-perkampungan-sejarah 7/40

Terangganu telah menjalankan perdagangan dengan China sebelum campur tangan British. Terengganu mengeksport emas, bijih timah, kopi, rotan dan damar 

 

II. Perlombongan

Pada awalnya diusahakan secara sambilan oleh sebahagian kecil orang Melayu.Pada awal dan pertengahan abad ke -19, perlombongan bijih timah giat dijalankan dikawasan Larut, Kinta dan Hilir Perak. Lombong-lombong ini adalah kepunyaanpembesar Melayu

Buruh Cina dibawa masuk dari Pulau Pinang dan Melaka untuk bekerjadilombong. Pelombong Cina menggunakan kaedah pam dedah dan roda air. DiSelangor, perlombongan bijih timah dijalankan di kawasan Lukut dan Kelang

Di Negeri Sembilan, perlombongan dijalankan oleh orang Cina di SungaiUjongsejak tahun 1828. di Terengganu Sultan Terengganu menggalakkan usaha mencari

gali emas di Ulu Nerus dan perlombongan bijih timah di Kemaman 

III. Pertanian dagangan

Sistem Kangcu telah diasaskan di Johor oleh Temenggung Ibrahim dandiperluaskan oleh pengganti baginda iaitu Sultan Abu Bakar. Antara tahun 1840-1850an, tanaman lada hitam dan gambir telah diusahakan secara besar-besaran disepanjang sungai utama untuk tujuan eksport. Tanaman ini mendapat  permintaanyang tinggi di pasaran Eropah dan Singapura. Johor juga turut menghasilkan getahperca, sagu dan koko untuk komersil

Pala, cengkih dan tebu pula banyak ditanam di Seberang Perai oleh pengusahabangsa Eropah. Ubi kayu ditanam di Melaka dan dianggarkan terdapat 400 hektar 

ladang ubi kayu di Melaka pada tahun 1860. Terengganu pula telah mengeksportkopi, rotan dan damar 

 

IV. Pembalakan

Perusahaan pembalakan di Johor diusahakan oleh Syarikat Peterson & Simons.Kayu balak yang telah diproses dieksport ke China, Mauritius, Jawa dan Sri Lanka

Kesimpulan

Secara keseluruhannya sistem ekonomi tradisional di Negeri-negeri Melayuadalah mirip sara diri, namun bagi negeri Kedah dan Perlis ekonominya lebih bersifatsepara sara diri. Di samping itu, bidang ekonomi komersil juga turut berkembangterutamanya di Johor yang melibatkan kegiatan perdagangan, pertanian dagangandan perlombongan yang dimonopoli oleh pembesar Melayu dan pemodal Cina.

7

Page 8: Contoh Jawapan Sejarah 2 Untuk Perkampungan Sejarah

8/14/2019 Contoh Jawapan Sejarah 2 Untuk Perkampungan Sejarah

http://slidepdf.com/reader/full/contoh-jawapan-sejarah-2-untuk-perkampungan-sejarah 8/40

Kekayaan sumber alam telah menarik saudaganr Cina dan Eropah untuk melabur modaldalam bidang-bidang berkenaan.

Soalan 3

Bincangkan perubahan-perubahan perlembagaan di Negeri-negeri MelayuBersekutu antara tahun 1895 hingga 1941.

Pengenalan

Menjelang tahun 1874 Sistem Residen telah diperkenalkan di Perak selepastermenterainya Persetiaan Pangkor. Selepas itu Sistem Residen turut diperkenalkan diSelangor, Pahang dan Negeri Sembilan selepas British campur tangan di negeri-negeriberkenaan. Kesan daripada Sistem Residen yang diperkenalkan berlaku penentanganrakyat tempatan terhadap Inggeris di Perak dan Pahang. Pihak Inggeris terpaksamelakukan beberapa perubahan perlembagaan mulai tahun 1895 hinggalah meletusnyaPerang Dunia Kedua. Antara perubahan-perubahan perlembagaan yang berlaku diPerak, Selangor, Pahang dan Negeri Sembilan dalam tempoh tersebut ialahPembentukan Persekutuan 1895, Persidangan Raja-raja Melayu atau Durbar danPengagihan Kuasa Pusat atau dasar desentralisasi.

Isi

1. Pembentukan Persekutuan 1895

Perjanjian Persekutuan 1895 telah dikuatkuasakan pada 1 Julai 1896 di negeriPerak, Selangor, Pahang dan Negeri Sembilan yang disatukan di bawah satupemerintahan pusat.

Antara faktor-faktor yang menyebabkan terbentuknya Perjanjian Persekutuanialah masalah-masalah kewangan Pahang, mengurangkan kuasa Residen,

keseragaman pentadbiran, faktor keselamatan dan kecenderungan penubuhanPersekutuan.

Syarat-syarat utama pembentukan Persekutuan 1895 ialah :

(i) Keempat-empat negeri itu disatukan di bawah sebuah kerajaan pusat di KualaLumpur dan dikenali sebagai Negeri-negeri Melayu Bersekutu yang berada dibawah naungan British.

8

Page 9: Contoh Jawapan Sejarah 2 Untuk Perkampungan Sejarah

8/14/2019 Contoh Jawapan Sejarah 2 Untuk Perkampungan Sejarah

http://slidepdf.com/reader/full/contoh-jawapan-sejarah-2-untuk-perkampungan-sejarah 9/40

Page 10: Contoh Jawapan Sejarah 2 Untuk Perkampungan Sejarah

8/14/2019 Contoh Jawapan Sejarah 2 Untuk Perkampungan Sejarah

http://slidepdf.com/reader/full/contoh-jawapan-sejarah-2-untuk-perkampungan-sejarah 10/40

Dalam soal pemusatan kuasa yang berlebihan, Sultan Perak meminta

pemusatan kuasa yang berlebihan kepada Residen Jeneral dikurangkan. Baginda

 juga meminta supaya negeri-negeri ditadbirkan oleh para pegawainya sendiri supaya

setiap kerajaan boleh wujud secara berasingan. Pandangan Sultan Perak ini diberi

perhatian oleh pihak British apabila beberapa pembaharuan diperkenalkan dalam

sistem persekutuan pada tahun 1909.

3. Dasar Pengagihan Kuasa Persekutuan atau Desentralisasi

Dasar Desentralisasi dilakukan oleh kerajaan British ekoran daripada

bantahan yang dibuat oleh Sultan Idris dalam Durbar kedua. Dasar ini bertujuan

untuk melonggarkan kawalan Residen Jeneral dan kerajaan pusat ke atas Majlis

Mesyuarat Negeri serta membahagikan kuasa atau fungsi-fungsi tertentu di antara

kerajaan pusat dan kerajaan negeri.

4. Dasar Desentralisasi 1920-an

Faktor-faktor yang menyebabkan dasar ini diperkenalkan ialah rasa tidak

puas hati dalam kalangan pembesar, keinginan British untuk menyatukan Negeri

Melayu Tidak Bersekutu dengan Negeri-negeri Melayu Bersekutu, kemelesetan

ekonomi dunia 1920-an dan pergelutan kuasa antara Residen Jeneral dan

Pesuruhjaya Tinggi.

Dalam Dasar Desentralisasi ini Sir Lawrence Guilemard iaitu Pesuruhjaya

tinggi NNMB 1920-1927 telah mencadangkan beberapa perkara iaitu:

(i) Jawatan Ketua Setiausaha dihapuskan dan kuasanya dipindahkan kepada

Residen-residen dan Majlis- majlis Negeri.

(ii) Semua jabatan kecuali perkhidmatan kereta api, kastam dan eksais serta pos

dan telegraf menjadi tanggungjawab negeri.

(iii) Keanggotaan dalam majlis Mesyuarat Undangan Persekutuan (MMP) ditambah

menjadi 24 orang dengan bilangan ahli-ahli rasmi berjumlah 13 orang dan ahli-

ahli tidak rasmi pula 11 orang. Buat pertama kali ahli tidak rasmi India telah

dilantik pada tahun 1928.

(iv) MMP masih berhak ke atas penggubalan undang-undang tetapi Rang Undang-

undang mesti ditandatangani oleh Sultan supaya sah di sisi undang-undang.Namun, Sultan tidak mempunyai kuasa veto dalam hal ini.

(v) Sultan-sultan hanya akan menghadiri upacara pembukaan rasmi MMP sekali

setahun sahaja. Tempat sultan-sultan diambil-alih ole tiga orang pegawai kanan

British dan tiga orang Melayu yang biasanya daripada golongan bangsawan.

10

Page 11: Contoh Jawapan Sejarah 2 Untuk Perkampungan Sejarah

8/14/2019 Contoh Jawapan Sejarah 2 Untuk Perkampungan Sejarah

http://slidepdf.com/reader/full/contoh-jawapan-sejarah-2-untuk-perkampungan-sejarah 11/40

(vi) Majlis Mesyuarat Negeri dipulihkan kuasanya sedikit apabila diberi kuasa yang

lebih ke atas kewangan, segala hal berkaitan dengan tentera mesti mendapat

kebenaran MMN.

Cadangan-cadangan Guilemard disokong oleh sultan-sultan tetapi ditentang

oleh ahli perniagaan orang Eropah dan Cina. Akibat tentangan oleh golongan ini,cadangan-cadangan Giulemard tidak dilaksanakan sepenuhnya dan kerajaan British

telah berkompromi.

 5. Dasar Desentralisasi 1930-an

Beberapa faktor menyebabkan dasar ini diperkenalkan di NNMB iaitu

keinginan untuk Kesatuan Tanah Melayu, kemelesetan ekonomi dunia tahun 1930-

an dan keperluan menjaga kepentingan kaum Melayu dan mengawal kegiatan politik

orang Cina.

Sir Cecil Clementi Smith telah menggantikan Sir hugh Clifford sebagai

Pesuruhjaya pada tahun 1930. Beliau telah mencadangkan beberapa perubahan

dalam dasar ini iaitu:

(i) Negeri-negeri Melayu Bersekutu dibubarkan dan dibentuk satu kesatuan semua

negeri.

(ii) Jawatan Ketua Setiausaha harus dihapuskan dan digantikan oleh seorang

Setiausaha Persekutuan yang kedudukannya lebih rendah daripada Residen.

(iii) Semua jabatan kecuali Jabatan Perkhidmatan Kereta api, Jabatan Kastam dan

Jabatan Pos harus ditadbirkan oleh negeri-negeri.

(iv) Sebuah Kesatuan Kastam harus ditubuhkan untuk menggalakkan perdagangan

antara NNMB, NNMTB dan NNS.

Cadangan-cadangan Clementi disokong oleh sultan-sultan Melayu tetapi

ditentang oleh golongan peniaga Cina dan Eropah serta NNMTB. Akibat daripada

tentangan-tentangan tersebut, Clementi telah menarik balik cadangan-cadangannya

bagi pengagihan kuasa pusat.

Pada tahun 1932, Kerajaan British telah menghantar Sir Samuel Wilson

untuk mengkaji prospek pengagihan kuasa pusat dan cadangan-cadangan Clementi.

Hasil daripada perakuan-perakuan Wilson, pengagihan kuasa pusat telah dijalankan

secara berperingkat-peringkat mulai tahun 1934.

Kesimpulan

11

Page 12: Contoh Jawapan Sejarah 2 Untuk Perkampungan Sejarah

8/14/2019 Contoh Jawapan Sejarah 2 Untuk Perkampungan Sejarah

http://slidepdf.com/reader/full/contoh-jawapan-sejarah-2-untuk-perkampungan-sejarah 12/40

Perubahan-perubahan perlembagaan di NNMB berlaku secara berperingkat-

peringkat dan tidak secara menyeluruh atau dilakukan secara tidak sempurna kerana

kerajaan pusat masih mengawal bidang kuasa yang penting. Namun begitu, antara

tahun 1895 hingga tahun 1941 memang terdapat beberapa perubahan perlembagaan di

NNMB yang memberi kesan dari segi politik, ekonomi dan sosial. Perubahan

perlembagaan di NNMB terpaksa dihentikan menjelang tahun 1942 apabila berlakunyaPerang Dunia Kedua dan Jepun telah menyerang Tanah Melayu.

Soalan 4

Bincangkan Kesan Imigrasi orang Cina dan India ke atas perkembangansosio-ekonomi di Tanah Melayu sehingga Perang Dunia ke-2

Pengenalan

Sebelum tahun 1848 , bilangan masyarakat Cina dan India adalah kecil

sahaja. Terdapat petempatan-petempatan kecil pedagang Cina di kelantan,Melaka, Kuala Terengganu muara sungai Johor dan Sungai Pahang. Bilanganorang India juga kecil hanya mendiami ladang tebu dan kopi di Pulau Pinang danPrivince Wellesley. Namun demikian, menjelang pertengahan abad ke-19 hinggaawal abad ke-20 perkembangan perusahaan getah dan timah telah membawapertambahan penduduk di Tanah Melayu.

Isi

1 Kesan Imigrasi orang Cina ke atas sosioekonomi

Kedatangan Orang Cina di Tanah Melayu telah mendatang kesan darisudut sosio ekonomi di Tanah Melayu. Kedatangan mereka telahmenyumbang kepada pertumbuhan sosio ekonomi Tanah Melayu.

Pada awal abad ke-19 orang-orang Cina telah berhijrah ke Negeri-Negeri Selat (NNS) (Pulau Pinang, Singapura dan Melaka). Kebanyakan

12

Page 13: Contoh Jawapan Sejarah 2 Untuk Perkampungan Sejarah

8/14/2019 Contoh Jawapan Sejarah 2 Untuk Perkampungan Sejarah

http://slidepdf.com/reader/full/contoh-jawapan-sejarah-2-untuk-perkampungan-sejarah 13/40

mereka menyumbang kepada kegiatan sebagai buruh, peniaga-peniaga, dantukang-tukang yang mahir.

Masyarakat Cina menyumbang kepada pertanian perdagangan. OrangCina dalam tahun 1840 an telah membuka ladang-ladang gambir dan lada

hitam di Johor di bawah Sistem kangchu. Pada tahun 1910 lada hitam dangambir merupakan eksport utama negeri Johor.

Orang Cina juga menanam ubi kayu pada tahun 1870 an. Melakamerupakan pengeksport utama. Pada tahun 1880 an tanaman ini diperluaske Negeri Sembilan dan dieksport ke Britain.

Menjelang pertengahan abad ke-19 penghijrah dari negeri Chinadatang ke Tanah Melayu untuk membuka lombong-lombong bijih timah.Mereka tinggal berdekatan dengan kawasan perlombongan bijih timah sepertidi Larut, Kuala Kangsar, Kinta, Larut Lukut, Linggi , Kuala Langat dan lain-

lain.

Suku Hokkien merupakan peniaga-peniaga dan pekedai-pekedaimanakala suku Kantonis merupakan pelombong-pelombong dan tukang-tukang mahir ( tukang kayu, tukang besi dan tukang kasut). Suku Teochewpula merupakan pekedai-pekedai dan peladang-peladang. Mereka membukaladang-ladang tebu di Province Wellesley dan Pulau-Pinang.

Orang Teochew menjadi buruh dalam pertanian dagang seperti ladahitam, gambir, tebu terutamanya di Johor dan Seberang Perai. Orang hailambekerja sebagai peniaga kedai runcit, kedai makanan, dan buruh-buruh diladang-ladang getah.

Pada tahun 1921 jumlah penduduk Cina di Tanah Melayu dianggarkan1.2 juta. Daripada jumlah itu 380656 orang terdiri daripada golongan Hokkienmewakili 32.4% Kantonis 28.3%, Hakka 18.6%, Teochew 11.1% dan Hailam5.9%.

Menjelang Perang Dunia Kedua ,1945 penduduk Cina berjumlah 43%

berbanding penduduk Melayu sebanyak 41%. Namun demikian merekabukan warga negara dan akan kembali semula ke negara asal mereka diChina.

Sementara itu, kesan kedatangan orang Cina telah menyebabkantertubuhnya sekolah-sekolah Cina. Sistem pendidikan orang Cina di TanahMelayu kurang diberi perhatian oleh Inggeris. Mereka telah mendirikansekolah sendiri dengan dibiayai oleh persatuan sukarela, dan persatuan

13

Page 14: Contoh Jawapan Sejarah 2 Untuk Perkampungan Sejarah

8/14/2019 Contoh Jawapan Sejarah 2 Untuk Perkampungan Sejarah

http://slidepdf.com/reader/full/contoh-jawapan-sejarah-2-untuk-perkampungan-sejarah 14/40

orang Cina. Mereka menggunakan bahasa pengantar, sukatan , buku-bukuteks dan guru-guru yang dibawa dari China.

Kedatanga Orang Cina juga turut memberi kesan ke atasperkembangan akhbar. Akhbar Cina menyebarkan berita untuk kaum Cina

sahaja. Berita yang dimuatkan hanyaa berkisar kepada pergolakkan yangberlaku di negara China sahaja.

2. Kesan Imigrasi orang India ke atas sosioekonomi

Orang India juga telah memberikan kesan ke atas sosio ekonomikepada Tanah Melayu pada abad ke-19.

Kedatangan orang India ke Tanah Melayu telah bermula sejak awaltahun masihi lagi. Zaman kesultanan Melaka kedatangan mereka semakin

bertambah. Mereka mendirikan ‘Perkampungan Keling’ di Melaka.Pembukaan Pulau Pinang oleh Francis Light pada tahun 1786 telahmenambah jumlah penduduk Pulau Pinang.

Pada awal abad ke-19 kebanyakan mereka bekerja sebagai buruh diladang-ladang tebu di Pulau Pinang dan seberang Perai . sejak 200 tahunyang lalu askar sepahi telah sampai ke Pulau Pinang.

Sebelum tahun 1867 banduan-banduan India telah dihantar ke Negeri-Negeri Selat oleh Kerajaan Inggeris untuk membina jalan raya , jalan kereta

api, menjadi buruh di pelabuhan dan terlibat dalam bangunan pentadbiran.

Menjelang tahun 1860 an terdapat 15000 orang banduan India yangberada di Tanah Melayu.

Menjelang tahun 1870an kerajaan Inggeris telah menggalakkankemasukan buruh India secara beramai-ramai di Tanah Melayu akibatperkembangan pertanian perdagangan , kerajaan Inggeris menghadapimasalah kekurangan tenaga buruh. Kerajaan akan rugi kerana hasiltanaman dagangan merosot akibat ketiadaan buruh.

Pada tahun 1891, jumlah penduduk India meningkat 622 000 padatahun 1931. Sebahagian besar buruh India yang tiba berasal dari Madras,dan India Utara (Punjab). Mereka terdiri daripada etnik Sindi, Malayali, Telugudan Sikh.

Dalam bidang pentadbiran awam kebanyakan etnik Malayali yangmewakili 7% masyarakat India menceburinya. Sementara etnik Sindi,Benggali, Gujerat, Parsis dan Marwaris bekerja sebagai polis dan penjaga.

14

Page 15: Contoh Jawapan Sejarah 2 Untuk Perkampungan Sejarah

8/14/2019 Contoh Jawapan Sejarah 2 Untuk Perkampungan Sejarah

http://slidepdf.com/reader/full/contoh-jawapan-sejarah-2-untuk-perkampungan-sejarah 15/40

Selepas Perang Dunia Kedua, orang India yang menetap di TanahMelayu mendiami kawasan ladang, atau estet getah. Sebahagiannyamenetap di bandar-bandar di Kuala Lumpur, Ipoh, Taiping, Pulau Pinang danSingapura.

Dari segi pendidikan Tamil, ia amat terhad di peringkat rendah sahaja .Di kawasan bandar sekolah Tamil dibiayai oleh pihak ladang , mubalighkristian dan persatuan orang India.

Pada tahun 1957 penduduk India di Tanah Melayu dianggarkanberjumlah 696000 orang yang mewakili 11% jumlah penduduk Tanah Melayu.

Kesimpulan

Secara tidak langsung kehadiran masyarakat India dan Cina telah

mengubah corak ekonomi dan kegiatan sosial di Tanah Melayu. Orang Cinamemberi kesan kepada pertumbuhan kegiatan ekonomi dagang di Tanah Melayupada abad ke-19 dan 20. Begitu juga kedatangan orang India turut menyumbangkepada kegiatan sosio ekonomi Tanah Melayu. 

Soalan 5

Bincangkan kesan-kesan pelaksanaan Sistem Residen ke atas Negeri-negeriMelayu dari tahun 1874 hingga tahun 1896.

Pengenalan

Campur tangan British secara rasmi bermula di Perak dengan termeterainyaPerjanjian Pangkor pada 20 Januari 1874. Ini diikuti dengan perluasan pengaruh danpelantikan Residen British di Selangor (1874), Sungai Ujong (1874), Pahang (1888), danNegeri Sembilan (1896). Pada teorinya, setiap Residen mempunyai tugas menasihatiSultan dalam urusan pentadbiran, memulihkan keamanan, memajukan ekonomi negeri,dan memperkenalkan sistem pungutan cukai. Namun pada hakikatnya, terdapatpelbagai kelemahan dan masalah dalam pelaksanaan sistem Residen. Ini keranaResiden sering melampaui bidang tugasnya.

Isi

1. Kesan negatif atau kelemahan Sistem Residen

I. Sultan kehilangan kuasa

Residen dilantik sebagai penasihat Sultan dalam urusan pentadbiran. Sultanterpaksa akur dengan arahan Residen. Kuasa Sultan terbatas dalam hal agamaIslam dan adat istiadat Melayu

15

Page 16: Contoh Jawapan Sejarah 2 Untuk Perkampungan Sejarah

8/14/2019 Contoh Jawapan Sejarah 2 Untuk Perkampungan Sejarah

http://slidepdf.com/reader/full/contoh-jawapan-sejarah-2-untuk-perkampungan-sejarah 16/40

II. Ketidakseragaman pentadbiran

Tidak terdapat keseragaman pentadbiran antara Negeri Perak, Selangor,Pahang dan Negeri Sembilan. Tidak terdapat satu panduan yang jelas untuk diikutioleh Residen dalam menjalankan tugasnya. Setiap Residen mentadbir dan seringbertindak mengikut budi bicara sendiri

Sistem Residen di Perak ditentang kerana J.W.W Birch jahil dan mencampuriadat resam Melayu. Sebaliknya sistem Residen di Selangor dianggap berjayakerana Hugh Low dan Frank Swettenham memahami adat resam Melayu

III. Tiada pengawasan daripada Gabenor Negeri-Negeri Selat

Residen sering lambat mengambil tindakan terhadap masalah pentadbiran.

Tiada pemantauan terhadap tugas Residen oleh Gabenor Negeri-Negeri Selat

Jarak kediaman Gabenor yang jauh di Singapura yang jauh memberi peluangkepada Residen berkuasa sepenuhnya

IV Mencampuri urusan adat resam tempatan

Residen melantik Pegawai Pemungut Cukai dan Majistret.

Mengambil alih kuasa memungut cukai daripada pembesar Melayu

Menimbulkan kemarahan pembesar Melayu kerana kehilangan puncapendapatan

dan pengaruh

Amalan hamba abdi juga dihapuskan dan tindakan ini sukar diterima olehpembesar 

Dato’ Maharaja Lela di Perak, Dato’ Bahaman di Pahang, dan Dato’ Kelana diSungai Ujong bangun menentang Residen

V Jurang sosioekonomi antara kaum 

Tumpuan ekonomi British ialah terhadap kawasan perlombongan bijih timah

Mengabaikan kemajuan di kampung yang didiami orang Melayu

Orang Melayu juga tidak mendapat peluang pendidikan yang meluas

VI Eksploitasi ekonomi oleh golongan pemodal Eropah dan Cina

Kawasan perlombongan bijih timah baru telah dibuka dengan pesat terutamadi Lembah Kinta

16

Page 17: Contoh Jawapan Sejarah 2 Untuk Perkampungan Sejarah

8/14/2019 Contoh Jawapan Sejarah 2 Untuk Perkampungan Sejarah

http://slidepdf.com/reader/full/contoh-jawapan-sejarah-2-untuk-perkampungan-sejarah 17/40

Kemasukan pemodal British dan Cina akhirnya mendominasi sektor perlombongan

Hasil pengeluaran bijih timah meningkat kepaa lebih 15,000 tan pada tahun 1890

VII Pertambahan penduduk dan pembukaan bandar baru

Perkembangan ekonomi menyebabkan British membawa masuk imigran Cinadan India bagi mengisi keperluan tenaga buruh dan sebagai golongan pemodal

Menyebabkan pertambahan bilangan penduduk

Ini diikuti dengan pembukaan bandar-bandar baru di kawasan perlombongandan getah misalnya Taiping, Kamunting, Kuala Kangsar, dan Kuala Lumpur 

Menjadi punca masalah pengasingan tempat tinggal antara Melayu, Cina danIndia

Orang Melayu masih kekal di kawasan luar bandar, Cina di bandar baru dankawasan perlombongan manakala India di kawasan ladang getah

2. Kesan positif Sistem Residen

I. mewujudkan keadaan aman

Menamatkan perebutan takhta antara pembesar Melayu

Menamatkan pergaduhan antara kongsi gelap Ghee Hin dan Hai San

Mewujudkan keadaan aman melalui pelaksanaan undang-undang

Kegiatan lanun dapat dikurangkan

Lebih banyak pasukan polis ditubuhkan, misalnya Kapten Speedy telahmenambah anggota polis kepada 2,500 orang untuk mengembalikan keamanandaerah Larut

Mahkamah didirikan di Negeri-negeri Melayu dengan menguatkuasakanundang-undang yang mengamalkan Hukum Kanun Jenayah India

II. Memperkenalkan Majlis Mesyuarat Negeri

Majlis Melayu ditubuhkan oleh William Jervois, ditukar kepada MajlisMesyuarat Negeri (1877)

17

Page 18: Contoh Jawapan Sejarah 2 Untuk Perkampungan Sejarah

8/14/2019 Contoh Jawapan Sejarah 2 Untuk Perkampungan Sejarah

http://slidepdf.com/reader/full/contoh-jawapan-sejarah-2-untuk-perkampungan-sejarah 18/40

Dianggotai oleh Sultan (Presiden MN), residen, pembesar Melayu danwakil pedagang Cina

Peranan MMN:• membincangkan soal pembahagian hasil dan perbelanjaan negeri

• tugas-tugas perundangan dan kehakiman

• sebagai Mahkamah Rayuan dan menjatuhkan hukuman mati

• soal pelantikan pembesar Melayu dan menguruskan hal ehwal agama Islam

III. Perkembangan sistem pengangkutan

Landasan keretapi pertama Taiping- Port Weld (1885) telah dibina

Pembinaan landasan keretapi bertujuan menghubungkan kawasan

perlombongan bijih timah dengan pelabuhan eksport

Jalan raya dibina bagi menghubungkan pusat perlombongan bijih timahdengan bandar-bandar baru

IV. Peningkatan hasil pendapatan negeri

Perkembangan ekonomi meningkatkan hasil pendapatan Negeri-negeriMelayu kepada lebih $2.2 juta (1885). Hasil eksport meningkat kepada $9.6 juta(1885)

V. Penghapusan sistem hamba abdi secara menyeluruh

Residen telah menghapuskan amalan perhambaan secara beransur-ansur 

Kesimpulan

Pelaksanaan sistem Residen di Negeri Perak, Selangor, Pahang dan NegeriSembilan mendatangkan banyak kesan positif dan negatif. Bagaimanapun, kehilangankuasa Sultan dalam pentadbiran negeri dan pelbagai kelemahan lain dalampelaksanaan sistem Residen akhirnya mendorong British untuk melakukan pemusatanpentadbiran melalui penubuhan Negeri-negeri Melayu Bersekutu pada tahun 1896.

18

Page 19: Contoh Jawapan Sejarah 2 Untuk Perkampungan Sejarah

8/14/2019 Contoh Jawapan Sejarah 2 Untuk Perkampungan Sejarah

http://slidepdf.com/reader/full/contoh-jawapan-sejarah-2-untuk-perkampungan-sejarah 19/40

Soalan 6

Jelaskan dasar tutup pintu yang diamalkan di Thailand dan Jepun pada abad ke19.

Pengenalan

Dasar tutup pintu ialah dasar bagi mengelakkan campur tangan dan kemasukanpengaruh-pengaruh luar termasuk kemasukan pedagang-pedagang luar ke negaramereka. Antara sebab mengapa Thailand dan Myanmar mengamalkan dasar tutup pintuialah kerana segala keperluan mereka boleh diperolehi dalam negara mereka sendiri.Thailand dan Jepun adalah dua buah negara yang mengamalkan dasar tutup pintusehingga abad ke 19.

19

Page 20: Contoh Jawapan Sejarah 2 Untuk Perkampungan Sejarah

8/14/2019 Contoh Jawapan Sejarah 2 Untuk Perkampungan Sejarah

http://slidepdf.com/reader/full/contoh-jawapan-sejarah-2-untuk-perkampungan-sejarah 20/40

Isi

A. Thailand

Siam merupakan salah satu negara di Asia Tenggara yang mengamalkan dasar tutup pintu. Dasar tutup pintu zaman Rama I dan Rama II bukanlah satu dasar tertutup secara mutlak. Masih ada jalinan hubungan dengan orang asing sama adaChina mahupun kuasa-kuasa Barat.

Hubungan berlangsung secara kecil-kecilan tanpa sebarang tekanan politik,contohnya semasa zaman Rama I lagi, Siam telah menjalinkan hubungan denganPortugis. Malah hubungan ini makin erat semasa Rama II apabila Portugisdibenarkan mendirikan Konsul Residen di Bangkok pada tahun 1820.

Sebagai sebuah negara yang kaya dengan sumber hasilnya seperti gadinggajah, beras dan kayu jati, Siam menjadi sasaran perdagangan British di AsiaTenggara. Walaubagaimana pun, dasar yang diamalkan oleh Siam tidak

memungkinkan pedagang-pedagang British bergerak secara bebas. Selain itu, Siampenting sebagai kawasan laluan kepada kapal-kapal dagang British ke China dansebaliknya.

Pembabitan British di Negeri-negeri Melayu Utara iaitu Kedah, Perlis, PulauPinang secara langsung turut membabitkan kuasa Siam sebab secara tradisikawasan tersebut adalah di bawah pengaruh Siam. Keadaan ini telah menyebabkanpihak British merasakan bahawa satu bentuk hubungan yang lebih erat hendaklahdiusahakan.

Usaha untuk membuka pintu Siam telah dilakukan oleh Marquis Hastings,Gabenor Jeneral India yang menghantar John Crowford sebagai utusan ke Siam.

Misi John Crowford dilakukan pada tahun 1822. Antara lain beliau meminta agar Siam memulangkan Kedah yang telah berjaya dikuasai pada tahun 1821. Walaubagaimana pun permintaan ini tidak diterima oleh Siam, malah ia dilihat sebagai satubentuk campur tangan dalam perihal Siam. Mereka juga enggan menerima syarattentang cukai import-eksport bagi monopoli diraja. Kedatangan John Crowford jugadicurigai oleh Siam. Rama II merasakan bahawa kedatangan utusan ini bukandengan niat yang jujur untuk mengadakan persahabatan dengan Siam, sebaliknyamembuat penyiasatan terhadap kekuasaan negara itu.

Dasar tutup pintu Siam hanya berubah pada tahap pertama zaman Rama IIImenaiki takhta antara tahun 1824-1851. Tindakan Rama III ini dipengaruhi olehperkembangan-perkembangan politik sekitar Siam terutamanya berkaitan dengan

Burma.

British telah berjaya menguasai Burma melalui Perang Inggeris-Burma. Siambimbang jika dasar agresif British itu juga diteruskan ke Siam. Atas alasan untukmenjaga keselamatan Siam, Rama III berpendapat adalah lebih baik menjalinkanpersahabatan dengan British berbanding menjadikan kuasa tersebut sebagai musuhSiam.

20

Page 21: Contoh Jawapan Sejarah 2 Untuk Perkampungan Sejarah

8/14/2019 Contoh Jawapan Sejarah 2 Untuk Perkampungan Sejarah

http://slidepdf.com/reader/full/contoh-jawapan-sejarah-2-untuk-perkampungan-sejarah 21/40

Sikap tidak putus asa British untuk membuat hubungan dengan Siam dibuktikandengan penghantaran utusan kedua ke negara itu. Utusan kali ini diketuai olehKapten Henry Burney. Atas kebijaksanaan diplomasi Henry Burney, akhirnya Siambersetuju menanda tangani satu persetiaan dengan British. Perjanjian ini dikenalidengan Perjanjian Burney yang diadakan pada tahun 1826 semasa pemerintahanRama III.

Siam bukan sahaja menandatangani perjanjian dengan British, tetapi jugadengan Amerika Syarikat pada 1832. Perjanjian ini penting bagi Siam untukmengelakkan British menjadi kuasa Barat tunggal di Siam. Namun begitu, tahapkedua pemerintahannya, Rama III dikatakan telah mengetatkan dasar negaranya.Rama III telah mengenakan beberapa cukai baru terhadap barangan-barangan didalam negeri. Tindakan ini telah dipandang oleh British dan Amerika Syarikatsebagai telah melanggar syarat perjanjian.

Amerika Syarikat telah menghantar Joseph Balestier, konsulnya di Singapurasebagai duta khas ke Bangkok sementara James Brooke mewakili British. Walau

bagaimanapun, pihak Siam enggan menerima sebarang permohonan dan inibermakna utusan tersebut telah gagal. James Brooke dikatakan telah memberiamaran bahawa peristiwa yang berlaku di China mungkin akan menimpa negara itu.Ini merupakan satu ancaman yang dipandang serius oleh Siam.

Sebenarnya suasana di Siam menjelang 1850 berada dalam keadaan kurangstabil. Rama III sedang sakit menyebabkan pentadbiran Siam diserahkan kepadadua orang pembesarnya, iaitu Chao Phraya Khlang dan Pya Siphiphat. Keputusanyang dibuat oleh dua orang pembesar ini memberikan imej bahawa Siam kembalimenutup pintunya kepada orang asing. Secara ringkasnya dasar tutup pintu Siamdilihat berubah secara total sewaktu Raja Mongkut menaiki takhta pada 1851.

  B.  Jepun

Jepun telah menjalankan dasar tutup pintu yang relatif dari dunia luar selama kira-kira 250 tahun. Soghun Tokogawa telah mengamalkan dasar isolasi sejak tahun1638. Menurut dasar ini, orang Jepun dilarang menjalinkan hubungan perdagangan

dengan kuasa-kuasa asing khasnya kuasa-kuasa Barat. Pedagang-pedagang luar  juga tidak boleh berdagang di Jepun.

Boleh dikatakan bahawa sehingga tahun 1850-an tidak terdapat pedagang asingdi Jepun kerana pada waktu itu Jepun lebih menekankan perkembangan ekonomidalaman sahaja.

Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan Jepun mengamalkan dasar isolasiiaitu :

21

Page 22: Contoh Jawapan Sejarah 2 Untuk Perkampungan Sejarah

8/14/2019 Contoh Jawapan Sejarah 2 Untuk Perkampungan Sejarah

http://slidepdf.com/reader/full/contoh-jawapan-sejarah-2-untuk-perkampungan-sejarah 22/40

a. Wujudnya perasaan syak wasangka terhadap kejujuran pihak Barat. Jepunbimbang kemungkinan besar kuasa-kuasa Barat akan menggunakankesempatan untuk melibatkan diri dalam politik tempatan.

b. Perkembangan agama Kristian akan dijadikan landasan oleh orang Barat untuk

menjatuhkan dan melemahkan kerajaan Jepun dan masyarakat tempatan.

c. Jepun berasa bahawa mereka tidak perlu bergantung kepada orang Baratkerana mereka tidak memerlukan barangan dari luar. Sistem ekonomi sara diriyang dilaksanakan oleh mereka lebih daripada mencukupi untuk keperluanmasyarakat Jepun.

d. Orang-orang asing juga dikatakan kerap kali mencetuskan masalah dan huru-hara di Jepun yang dianggap boleh mengancam keamanan dan keselamatannegara.

e. Kerajaan Jepun juga bimbang pembesar-pembesar seperti Daimyo Tozama

dan Ronin yang tidak berpuas hati akan meminta bantuan senjata dan askar dari luar untuk menentang kerajaan.

Berpunca daripada faktor-faktor tersebut, akhirnya Jepun mula menyekatkemasukan orang-orang Barat ke Jepun. Malah mubaligh-mubaligh Kristian yangketika itu berada di Jepun telah diusir keluar.

Rakyat tempatan turut dilarang melawat ke negara-negara luar terutamanyanegara-negara Barat. Tindakan ini jelas membuktikan amalan dasar isolasi Jepun

Pada tahun 1825, Soghun telah mengeluarkan satu perintah bahawa jika kapal-kapal asing menghampiri mana-mana bahagian Jepun pada bila-bila masa,penduduk Jepun akan mengusir mereka keluar. Sekiranya mereka mendarat,mereka akan ditawan, dibunuh dan kapal mereka akan dimusnahkan.

Walau bagaimanapun, dasar isolasi ini juga tidak dapat bertahan lama. Terdapatbeberapa percubaan oleh kuasa-kuasa Barat bagi mengubah dasar luar Jepun.

Sebagai contoh Amerika Syarikat telah cuba menjalinkan hubunganpersahabatan dengan Jepun pada pertengahan abad ke-19. Pada tahun 1853,Amerika Syarikat telah menghantar perutusan yang besar di bawah Komoder Matthew Perry.

Utusan Perry menekankan aspek persahabatan dan perdamaian tetapimenegaskan bahawa Amerika Syarikat akan menggunakan kekerasan sekiranyaJepun masih menganggap Amerika Syarikat sebagai musuhnya.

Walaupun Maharaja, pembesar istana dan daimyo menentang permintaanAmerika Syarikat, tetapi mereka sedar sekiranya permintaan-permintaan AmerikaSyarikat tidak dipenuhi, Jepun akan senasib dengan China.

22

Page 23: Contoh Jawapan Sejarah 2 Untuk Perkampungan Sejarah

8/14/2019 Contoh Jawapan Sejarah 2 Untuk Perkampungan Sejarah

http://slidepdf.com/reader/full/contoh-jawapan-sejarah-2-untuk-perkampungan-sejarah 23/40

Akhirnya Perjanjian Kanagawa telah ditandatangani pada 31 Mac 1854 antaraJepun dan Amerika Syarikat. Perjanjian ini sekaligus telah menamatkan dasar isolasiyang diamalkan oleh Jepun.

Kesimpulan

Perjanjian Bowring telah mengasaskan satu bentuk hubungan baru antaraSiam dengan kuasa-kuasa Barat yang lain. Siam telah mengadakan perjanjian denganAmerika Syarikat dan Perancis pada tahun 1856. Perjanjian dengan banyak negara ini

 juga merupakan satu dasar pintu terbuka Siam yang diteruskan oleh pengganti-penggantinya. Bagi Jepun pula, Perjanjian Kanagawa telah membuka jalan kepadabeberapa perjanjian dengan kuasa-kuasa Barat yang lain seperti Britain, Rusia danBelanda. Akhirnya, China dan Jepun terpaksa mengamalkan dasar pintu terbuka melaluihubungan perdagangan dan diplomatik dengan kuasa-kuasa Barat selepas pertengahanabad ke-19.

Soalan 7

Bincangkan adat dan kepercayaan yang diamalkan di Thailand dan India sebelumperluasan kuasa Barat pada abad ke-19.

Pengenalan

Adat ialah amalan sesuatu masyarakat secara turun temurun dan merupakansuatu peraturan yang harus dipatuhi. Adat disampaikan secara lisan dari satu generasi

23

Page 24: Contoh Jawapan Sejarah 2 Untuk Perkampungan Sejarah

8/14/2019 Contoh Jawapan Sejarah 2 Untuk Perkampungan Sejarah

http://slidepdf.com/reader/full/contoh-jawapan-sejarah-2-untuk-perkampungan-sejarah 24/40

ke satu generasi. Di Thailand , amalan adat dipengaruhi oleh agama Hindu-Buddha. DiIndia amalan adat dipengaruhi unsur-unsur agama Hindu.

Isi

A Thailand

Perkembangan adat di Asia Tenggara, khususnya di Thailand dapat dibahagikepada dua bentuk yang berbeza. Pertama dilihat sebagai adat-adat yang rasmiyang diamalkan oleh golongan pemerintah , kedua dilihat sebagai adat-adat sosialmasyarakat.

Masyarakat Thailand percaya unsur ketuhanan yang dimiliki pemerintahmembolehkan pemerintah disanjung dan menganggap bahawa Raja Thailandmempunyai kedudukan yang paling mulia dan dianggap suci. Semasa pemerintahanRama III rakyat perlu mengamalkan amalan menyembah raja secara bersujudsebagai penghormatan. Rakyat merangkak masuk dan berada dalam keadaanmeniarap ketika mengadap raja. F.A Neale telah menggambarkan adat ini bahawarombongan mereka telah disuruh masuk ke balai penghadapan, dan merangkakmasuk dengan tubuh mereka sentiasa di atas lantai serta sentiasa meniarapsepanjang masa semasa menghadap raja.

Semasa pemerintahan Maharaja Mongkut, secara perlahan-lahan beberapaadat yang didapati tidak sesuai dengan cita rasa zaman tersebut telah diubahsuaidan dihapuskan sama sekali. Sewaktu menaiki tahta Raja Mongkut telah memintagolongan Khunnang memakai baju sewaktu menghadap raja, sedangkan jikamengikut adat Siam seseorang Khunnang tidak harus memakai baju.

Perubahan ini dilakukan kerana mengikut Mongkut ia menggambarkankerendahan fikiran masyarakat Siam. Bagi negara yang bertaraf tinggi rakyatnyamemakai baju. Mereka yang tidak memakai baju hanyalah golongan nomad (tribe).

Mongkut juga menghapuskan adat melarang rakyat memandang muka rajasemasa bertemu. Berdasarkan adat ini seseorang yang memandang muka raja akandijatuhkan hukuman, iaitu mata akan dibutakan.

Selain itu, adat menjual anak dan isteri untuk menjadi hamba jugadihapuskan oleh Mongkut. Menurut adat yang diamalkan di Siam seseorang bapamempunyai hak mutlak ke atas isteri dan anak-anaknya dan dilihat sebagai hartaatau milik seseorang lelaki (suami).

Masyarakat Thailand juga percaya kepada fahaman animisme. Merekapercaya semangat yang luar biasa boleh mengawal kehidupan mereka. Di Thailandkuasa semangat ini dipanggil ‘phi’. Kuasa semangat ini dipercayai berada disetiaptempat dan memerlukan pemujaan. Semangat ini akan disembah melalui ramalanahli-ahli nujum, bagi mengelakkan kejadian buruk yang menimpa masyarakat.

24

Page 25: Contoh Jawapan Sejarah 2 Untuk Perkampungan Sejarah

8/14/2019 Contoh Jawapan Sejarah 2 Untuk Perkampungan Sejarah

http://slidepdf.com/reader/full/contoh-jawapan-sejarah-2-untuk-perkampungan-sejarah 25/40

Pengaruh agama Buddha berkembang ke Thailand dan meresap ke dalaminstitusi Sangha di Thailand. Raja Thai telah memerintah berdasarkan konsep‘dhammaraja’ dan dipengaruhi ajaran Buddha. Institusi Sangha telah memainkanperanan penting dalam menjaga kepentingan, keamanan dan pendidikan kepadamasyarakat Thailand.

Agama ini terbahagi kepada dua mazhab iaitu, Mazhab Mahayana danHinayana. Pengajaran Buddha merupakan ajaran psikologi dan etika yang berkaitandengan kehidupan. Buddha mengajar hukum karma . Setiap perlakuan akanmeninggalkan kesan baik atau buruk. Ajarannya terkandung dalam Empatkebenaran Mulia, iaitu Dukka, Samudaya, Nirodha dan Marga.

B. India

Masyarakat India Selatan yang majoritinya berbangsa Tamil mengamalkanadat yang berbeza dengan masyarakat India Utara. Masyarakat Tamil amatmementingkan peraturan adat dan segala bentuk pantang larang yang diwarisi sejakzaman berzaman.

Seseorang ibu yang mengandung misalnya, bukan sahaja terpaksamematuhi segala bentuk adat dan menjaga dirinya supaya tidak melanggar segalapantang larang yang diwarisi sejak zaman berzaman. Dalam tempoh ini segalaperbuatan ibu mengandung akan mempengaruhi anak dalam kandungan.Berdasarkan adat ini, beberapa pantang larang harus dipatuhi agar ibu dan bayidalam kandungan tidak didekati oleh roh jahat.

Oleh yang demikian ibu yang mengandung dilarang untuk melakukan

perbuatan mengumpat,dengki, bergaduh, dan sebagainya agar anak yang dilahirkanmenjadi insan yang berguna.

Dalam adat perkahwinan memilih hari yang baik bagi upacara perkahwinan juga penting. Perbuatan ini tidak jauh bezanya dengan tilikan nasib oleh masyarakatdi Asia Timur, terutamanya dalam masyarakat China.

Masyarat India mementingkan adat Sutee. Adat ini diamalkan apabilaseseorang isteri kematian suami,si isteri dikehendaki merelakan diri mereka dibakar bersama mayat suami semasa upacara pengebumian. Ia sebagai membuktikankesetiaan isteri kepada suami. Pada tahun 1829 amalan ini dihapuskan oleh WilliamBentinck melalui akta 1829.

Pengamalan adat Thugee juga dilakukan oleh golongan Thug di wilayahTimur Laut India. Amalan ini dilakukan oleh kumpulan-kumpulan agama denganmelakukan rompakan dan pembunuhan di jalan raya. Mereka menyamar diri denganmencekik pengembara sehingga mati atas nama Dewi Kali.Pada tahun 1829,William Bentinck telah berusaha menghapuskan golongan Thug.

Adat pembunuhan bayi perempuan juga dilakukan oleh masyarakat , padamasa itu. Masyarakat India bersifat patrilinial , iaitu mengutamakan anak lelaki

25

Page 26: Contoh Jawapan Sejarah 2 Untuk Perkampungan Sejarah

8/14/2019 Contoh Jawapan Sejarah 2 Untuk Perkampungan Sejarah

http://slidepdf.com/reader/full/contoh-jawapan-sejarah-2-untuk-perkampungan-sejarah 26/40

berbanding anak perempuan. Bagi mengatasi masalah ini mereka telah melakukanadat pembunuhan bayi perempuan. Hal ini dilakukan bertujuan untuk mengelakkanibu bapa daripada menanggung penderitaan seperti pemberian dowri apabila anakmereka berkahwin kelak. Adat ini juga dihapuskan oleh Lord William Bentinck.

Selain itu, adat tidak membenarkan perkahwinan semula balu juga menjadi

amalan masyarakat India. Mereka dilarang berkahwin semula apabila merekakematian suami. Mereka juga tidak boleh menghias diri dan hanya boleh memakaisari berwarna putih. Mereka juga tidak boleh menghadiri perayaan keluarga dantidak dibenarkan pulang ke rumah keluarga sendiri. Pada tahun 1853, LordDelhousie telah memperkenalkan Akta Perkahwinan Semula dan golongan baludibenarkan berkahwin semula.

Dari segi kepercayaan, masyarakat India memuja unsur-unsur alam sepertimatahari, angin, pokok,sungai dan sebagainya. Semua unsur-unsur tersebutdipercayai bernyawa dan membawa kebaikan dan keburukan kepada manusia.Masyarakat India akan melakukan upacara pengorbanan dan penyembahan yangdiiringi dengan pembacaan dan nyanyian Mazmur daripada veda.

Masyarakat India menganuti kepercayaan Hindu. Mereka percaya kepadatiga dewa utama yang dikenali sebagai ‘trimurthi’ iaitu Dewa Brahman (DewaPencipta), Dewa Vishnu (Dewa Pelindung) dan Dewa Siva ( Dewa Pemusnah).Agama ini menekankan Hukum Karma dan kelahiran semula. Mereka berusahauntuk mencapai ‘Nirvana’ atau ‘Moksha’ supaya tidak dilahirkan semula.

Kesimpulan

Kedatangan kuasa-kuasa Barat telah mengubah beberapa amalan adat yangsekian lama menjadi amalan masyarakat di India dan di Thailand. Namun begitu, tidak

sepenuhnya adat yang diamalkan oleh mereka dihapuskan sama sekali. Terdapat adatyang disesuaikan dengan unsur-unsur moden yang diperkenalkan oleh Barat khususnyadi Thailand semasa pemerintahan Raja Mongkut dan Raja Chulalongkorn. Sebaliknya,di India penghapusan adat yang menjadi amalan masyarakat telah mencetuskanpenentangan terhadap Inggeris yang dikenali sebagai Dahagi India pada tahun 1857.

Soalan 8

Kedatangan golongan imigran ke Thailand dan Myanmar pada abad ke-19 telahmelahirkan masyarakat majmuk. Bincangkan.

Pengenalan

26

Page 27: Contoh Jawapan Sejarah 2 Untuk Perkampungan Sejarah

8/14/2019 Contoh Jawapan Sejarah 2 Untuk Perkampungan Sejarah

http://slidepdf.com/reader/full/contoh-jawapan-sejarah-2-untuk-perkampungan-sejarah 27/40

Thailand telah menerima kemasukan imigran Cina sejak pemerintahan PyaTaksin dan telah mengadakan hubungan diplomatik dengan Cina untuk mendapatbantuan dalam perindustrian tembikar. Dengan termenterinya Perjanjian Bowring 1855,ekonomi Thailand bertambah pesat dan mendorong kemasukan imigran Cina.Kemasukan orang India ke Myanmar semakin meningkat pada abad ke-19. Kemasukanorang Cina dan India telah mewujudkan masyarakat majmuk dan telah memberi kesan

terhadap masyarakat Thailand dan Myanmar dari segi sosio ekonomi.

Isi

A. Thailand.

I. Ekonomi ;

Orang-orang Cina yang datang ke Thailand telah melibatkan diri dalamkegiatan perniagaan dan perdagangan. Mereka tertumpu di kawasan bandar sepertiBangkok, Korat, Sukhotai dan Uttradit.

Terdapat empat suku kaum utama di Thailand ;-

a. Hokkien – Orang Cina terbabit dengan aktiviti perlombangan terutamanya bijihtimah di Segenting Kra.

 b. Teochew – terbabit dalam sektor beras , kilang padi dan import dan eksport

c. Kantonis – terbabit dalam sektor profesional seperti peguam dan jurutera.

d. Hakka – Ahli perniagaan dan tukang. 

Orang Cina juga memonopoli perdagangan diraja dan memonopolikan judi,penjualan candu, loteri dan arak. Penglibatan orang Cina dalam bidang pertanian

dan perlombongan membolehkan mereka menikmati kadar upah yang tinggi.

Pada abad 19 dan orang-orang Cina memainkan peranan penting dalamsektor perdagangan import dan eksport. Orang Cina dibenarkan membuka tanahdan memiliki kawasan perlombongan kerana mendapat perlindungan semasapemerintahan Raja Mongkut dan Raja Chulalongkorn

II. Sosial.

a. Demografi

Kedatangan imigran Cina ke Thailand menyebabkan berlakunyapertambahan penduduk dengan pesat. Pada tahun 1837 terdapat 450 ribu orangCina. Di Bangkok sahaja terdapat 60 ribu orang Cina. Pada tahun 1920-an seramai

27

Page 28: Contoh Jawapan Sejarah 2 Untuk Perkampungan Sejarah

8/14/2019 Contoh Jawapan Sejarah 2 Untuk Perkampungan Sejarah

http://slidepdf.com/reader/full/contoh-jawapan-sejarah-2-untuk-perkampungan-sejarah 28/40

95 ribu orang Cina berhijrah ke Thailand. Pada tahun 1941 orang Cina menjadi 10 %daripada jumlah penduduk Thailand.

Kebanyakan orang Cina yang datang ke Thailand adalah kaum lelakiberbanding kaum wanita. Oleh itu, kaum lelaki Cina memilih wanita Thailand sebagaiteman hidup. Perkahwinan campur ini melahirkan golongan ‘Lukcin” . Jumlahmereka kira-kira 80 ribu orang. Golongan ini mengekalkan ciri-ciri kecinaan danmengamalkan budaya Cina.

Kedatangan orang Cina ke Thailand telah menimbulkan perasaan tidak puashati penduduk tempatan. Penduduk tempatan melihat kedatangan orang Cinamenyekat peluang mereka dalam mendapat kekayaan.

Orang-orang Cina bebas bergerak kerana mendapat kebenaran daripadaRaja Thailand. Mereka juga bebas daripada bergerak tanpa sekatan dan terkecualidaripada menjadi buruh dan dikenakan cukai kepala.

Dari segi agama orang-orang Siam menganut agama sama dengan orang-orang Cina tetapi berlaian mazhab. Oleh itu, kedatangan orang Cina pada peringkatawal bukanlah dianggap sebagai orang asing. Orang Cina juga menyesuaikan diridan berkahwin dengan wanita tempatan. Contohnya ibu Raja Vijiravudh adalahorang Cina.

Langkah-langkah pengawalan kemasukan orang Cina dimulakan pada tahun1913 dengan memperkenalkan Akta Kewarganegaraan. Mulai 1926-1927diperketatkan dan 1930 kawalan kemasukan oleh Pibun Songram dilaksanakandengan mendaftar perusahaan, membuka akaun dalam bahasa Thai, penetapansyarat hak milik mengikut nisbah pekerja, menggunakan nama ciri Thai dan bertutur dalam bahasa Thai. Langkah tersebut dikenali sebagai ‘ Siamization’ sehingga

lahirlah satu bangsa Thai hingga hari ini..

b. Pendidikan.

Kedatangan orang Cina juga menyebabkan kesan dari segi pendidikan.Orang Cina mula memperkenalkan sekolah Cina. Sekolah Cina di Thailand ialahAmerican Presbyterian Mission pada tahun 1852 yang dibina oleh mubaligh Kristian.Pelajar sekolah ini untuk kanak-kanak Cina sahaja. Sistem pendidikan merekamenggunakan bahasa Cina sebagai bahsa pengantar. Penubuhan sekolah Cinaoleh komuniti Cina dengan derma oleh saudagar Cina yang kaya.

Pada tahun 1909 terdapat Sekolah Hua Yi yang terdiri daripada pelajar Cina.Pada tahun 1937-1938 terdapat 197 sekolah rendah Cina dan 20 sekolah menengahdan mulai 1940 bilangan sekolah merosot iaitu tinggal 6 buah sekolah rendah dan 2buah sekolah menengah sahaja. Selepas Perang Dunia ke-2 sekolah Cina dilarangberoperasi dan diganti dengan sekolah kerajaan.

28

Page 29: Contoh Jawapan Sejarah 2 Untuk Perkampungan Sejarah

8/14/2019 Contoh Jawapan Sejarah 2 Untuk Perkampungan Sejarah

http://slidepdf.com/reader/full/contoh-jawapan-sejarah-2-untuk-perkampungan-sejarah 29/40

B. Myanmar 

I. Ekonomi.

a. Padi. 

Kedatangan orang-orang India ke Myanmar memperlihatkan penglibatandalam sektor penanaman padi secara komersil. Pembukaan kawasan padibertambah dari 6 juta ekar kepada 8 juta ekar pada 8 juta ekar pada awal abad ke-20. Mereka diambil untuk membuka kawasan sawah padi pada awal tahun 1870dengan kadar kemasukan 15 ribu orang setahun.

Orang India yang biasa hidup susah sanggup menerima upah yang rendahsehingga penduduk tempatan tidak dapat menyaingi imigran India. Ramaipengusaha yang berjaya memilih buruh dari India untuk bekerja di sektor pertanian,perindustrian dan perkhidmatan.

b. Kewangan

Ramai orang India terlibat sebagai Chettiar atau peminjam wang kepadapetani Myanmar dengan mensyaratkan tanah milik petani sebagai cagaran terhadappinjaman. Tanah-tanah yang dicagar diambil oleh Chettiar apabila petani gagalmembayar balik pinjaman hingga menyebabkan tanah yang dikuasai oleh golonganbukan petani telah bertambah.

Pada tahun 1850-an, golongan Chettiar boleh ditemui di mana-mana sahaja

di Myanmar terdapat seorang ceti dalam setiap jangka perjalanan satu hari bagitiap-tiap petani. Pada tahun 1930-an golongan Chettiar membentuk 2/3 daripadapinjaman kepada petani di Burma Hilir.

c. Perkhidmatan, Pendidikan dan Perubatan.

Kebolehan berbahasa Inggeris serta kebiasaan berhadapan denganpentadbiran British banyak membantu orang India berkhidmat di Myanmar dalamsoalan-soalan pentadbiran.

Bristish merasakan lebih murah dan menguntungkan mengambil pekerja

India yang terlatih bekerja dalam sektor perkhidmatan , pendidikan dan kesihatan.

Orang India mendominasikan kerja-kerja hospital, secara langsung menyekatpeluang orang tempatan membabitkan diri dalam bidang ini.

II. Sosial

29

Page 30: Contoh Jawapan Sejarah 2 Untuk Perkampungan Sejarah

8/14/2019 Contoh Jawapan Sejarah 2 Untuk Perkampungan Sejarah

http://slidepdf.com/reader/full/contoh-jawapan-sejarah-2-untuk-perkampungan-sejarah 30/40

a. Demografi

Kedatangan orang India dan sebahagian kecil orang Cina menyebabkanterdapat 37,500 orang India atau 2 % daripada jumlah penduduk Hilir Burma. Padatahun 1900 kadar kemasukan sebanyak suku juta setahun dan kemuncaknya padatahun 1927 sejumlah 430,000 orang buruh India telah memasuki Myanmar.

Selain orang India terdapat juga imigran Cina di Myanmar tetapi jumlahmereka kecil berbanding India. Pada tahun 1931 jumlah orang Cina di Myanmar seramai 200 ribu orang. Kebanyakan mereka datang dari Yunnan yang masukmelalui Bhamo dan Sungai Irrawaddy.

Orang Cina tidak dimusuhi oleh penduduk tempatan kerana menganutagama Buddha yang sama dengan penduduk tempatan. Persaingan berlaku diantara orang India dengan Myanmar telah menyebabkan berlakunya pergaduhanysng sengit terutamanya di Rangoon pada tahun 1930-an. Pergaduhan inimenyebabkan kematian yang ramai dikedua-dua pihak.

Proses kemasukan orang-orang India berkurangan selepas peristiwapergaduhan antara petani Myanmar dan golongan Chettiar pada awal tahun 1942.

Kesimpulan.

Kedatangan imigran Cina dan India di Thailand dan Myanmar telah mewujudkanmasyarakat majmuk. Kemasukan imigran ini adalah sebahagian daripada strategi kuasaBarat untuk merealisasikan kepentingan ekonomi. Di Thailand pihak pemerintah telahberjaya mengsiamkan orang Cina dan diserapkan dalam tradisi dan budaya tempatanmanakala orang India tetap mengamalkan adat, budaya dan agama mereka.

Soalan 9

Huraikan reaksi masyarakat tempatan terhadap kehadiran kuasa Barat diFilipina dan Vietnam pada abad ke-19.

30

Page 31: Contoh Jawapan Sejarah 2 Untuk Perkampungan Sejarah

8/14/2019 Contoh Jawapan Sejarah 2 Untuk Perkampungan Sejarah

http://slidepdf.com/reader/full/contoh-jawapan-sejarah-2-untuk-perkampungan-sejarah 31/40

Pengenalan :

Kedatangan kuasa Barat di Filipina dan Vietnam dalam menimbulkan reaksidaripada penduduk tempatan. Di Filipina terdapat pelbagai penentangan penduduk

tempatan kerana pelbagai dasar yang diperkenalkan oleh Sepanyol telah menindaspenduduk tempatan. Mereka telah di tindas dalam aspek seperti ekonomi, politik dansosial. Di Vietnam pula kedatangan Barat telah menimbulkan rasa curiga dan takutberlaku campur tangan dalam negara mereka. Oleh itu pemerintah Vietnam telahmengambil pelbagai langkah seperti mengamalkan dasar pintu tertutup bagi menyekatpengaruh dan campur tangan Barat di negara mereka.

Isi

A. Filipina

1. Pemberontakan Casi ( 1807 )

Pembenrontakan Casi berlaku kerana kerajaan Sepanyol telahmengharamkan industri mmembuat arak ( casi ) . Pemberontak ini telah berlaku diIlocos.

Industri membuat arak ( casi ) adalah merupakan pekerjaan tradisionalpenduduk tempatan. Sepanyol bukan sahaja mengharamkan penjualan danpenggemblengan casi malahan telah memonopoli industri membuat arak di Filipina.

Rakyat tempatan dipaksa membeli arak daripada kerajaan Sepanyol. Inimenimbulkan perasaan tidak hati penduduk tempatan dan mereka telahmelancarkan pemberontakan. Pemberontakan ini akhirnya dapat ditewaskan.

2. Pemberontakan Novales ( 1823 )

Tentera Filipina menentang amalan diskriminasi dalam pasukan tentera.

Dalam pemberontakan ini, tentera Filipina hampir menawan Manila. 

3. Pemberontakan Tayabas ( 1840 )

Pemberontakan ini dilancarakan oleh golongan paderi yang diketuai olehseorang paderi yang bernama Apolinario de La Cruz.

Pemberontak ini berlaku kerana paderi Sepanyol diberi pelbagaikeistimewaan manakala paderi tempatan dilayan dengan buruk.

Pemberontak Tayabas dapat ditewaskan kerana tiada peminpin yang berkaliber.

31

Page 32: Contoh Jawapan Sejarah 2 Untuk Perkampungan Sejarah

8/14/2019 Contoh Jawapan Sejarah 2 Untuk Perkampungan Sejarah

http://slidepdf.com/reader/full/contoh-jawapan-sejarah-2-untuk-perkampungan-sejarah 32/40

4. Pemberontakan Cavite ( 1872 )

Pemberontakan ini melibatkan golongan tentera dan paderi. Seramai 200orang tentera terlibat dalam pemberontakan ini. Ia diketuai oleh Sarjan Lamadrid.

Gerakan ini gagal kerana kekurangan senjata dan kekuatan tentera merekatidak setanding dengan tentera Sepanyol.

Dalam pemberontakan ini Sepanyol berjaya membunuh peminpin tenteradan menjatuhkan hukuman bunuh kepada tiga orang paderi Filipina iaitu MarianoComez, Jose Burgos dan Jucinto Zamaro.

Pembunuhan paderi-paderi ini telah membangkitkan lagi perasaan anti-Sepanyol di kalangan rakyat.

5. Gerakan Propaganda ( 1882 – 1896 )

Gerakan ini disertai oleh golongan pelajar Filipina yang berada di luar negara terutamanya di luar Sepanyol. Gerakan ini wujud sejak tahun 1882.

Gerakan ini muncul kerana tindakan pemerintah Sepanyol yang semakinmelampau sehingga ramai peminpin Filipina dihalau keluar dari Filipina.

Gerakan ini juga turut disertai oleh golongan profesonal antaranya ialahDr.Jose Rizal, Lopez Jaena dan Marcelo del Pilar.

Mereka mendedahkan kezaliman kerajaan Sepanyol dan memperjuangkanperubahan di Filipina melalui media massa serta perjuangan untuk persamaan taraf antara pegawai kerajaan Filipina dengan pegawai Sepanyol.

Idea Gerakan propaganda disebarkan melalui akhbar La Solidaridad.

Pada tahun 1887 – 1892 berlaku penganiayaan oleh pegawai dan paderiSepanyol. Akibatnya pendapat mereka merosot dan ada di antara mereka diusir.Gerakan Propaganda telah melancarkan protes terhadap kezaliman Sepanyol.

Pada tahun 1892, Jose Rizal kembali ke Filipina dan menubuhksn LigaFilipina. Liga Filipina menitikberatkan kemajuan ekonomi bertujuan memberiperlindungan kepada orang Filipina yang dianiaya dan juga berjuang mewujudkankeadilan.

Penentangan Liga Filipina ini menyebabkan kerajaan Sepanyolmembubarkan Liga Filipina dan Jose Rizal dibuang negeri pada tahun 1892.

32

Page 33: Contoh Jawapan Sejarah 2 Untuk Perkampungan Sejarah

8/14/2019 Contoh Jawapan Sejarah 2 Untuk Perkampungan Sejarah

http://slidepdf.com/reader/full/contoh-jawapan-sejarah-2-untuk-perkampungan-sejarah 33/40

 6. Revolusi 1896 oleh Katipunan.

Revolusi bersenjata dilakukan oleh Katipunan bagi menggulingkankerajaan Sepanyol melalui pemberontakan bersenjata dan menyatukan orang-rangFilipina menjadi satu bangsa yang kukuh

Liga Filipina ditubuhkan akibat penangkapan Jose Rizal. Liga Filipinaditubuhkan Andres Bonifacio dengan bantuan Teodoro Plata dan Ladislao Diwa.Misalnya.

i. Adnres Bonifacio – Love of Fatherland, Farewell, Duties of the People.ii. Jacinto – To My Fatherland, Ligh and Darknessiii. Dr. Valenzuala – Liberty, Is it fair 

Kemelesetan ekonomi di Filipina pada tahun 1893 tidak memberi peluangkepada Katipunan untuk menguatkan kedudukannya disebabkan Katipunan gagalmendapat bantuan dari ilustrado yang tidak setuju dengan dasar perjuangan

Katipunan yang bersifat revolusiner. Adres Bonafacio bukan daripada golonganterpelajar. Andres Bonifacio dan Jacinto cuba meminta bantuan moral dan membelisenjata dari Jepun tetapi tidak berjaya kerana kekurangan wang.

Pemberontakan Katipunan 1896. Rizal dijatuhkan hukuman bunuh. Katipunanyang bersedia untuk melancarkan pemberontakan mengalami kegagalan keranadiketahuai oleh Sepanyol. Ramai ahli Katipunan dipenjarakan. Andres Bonifacio danahli-ahlinya berundur ke bukit-bukit Balintawda dekat Manila. Beliau mengisytiharkanrevolusi terhadap Sepanyol. Pemberontakan ini gagal dan beliau telah digulingkanoleh Emilio Aquinaldo.

Perjanjian Biacnabato ditandatangani antara Katipunan dengan Sepanyol pada

Disember 1897. Katipunan bersetuju meletakkan senjata. Sepanyol bersetujumembayar ganti rugi. Sebagai balas Emilio Aguinaldo mesti meningggalkan Filipinadan pergi ke Hong Kong.

Amerika menyerang Teluk Manila pada tahun 1898. Emilio Aguinaldo dibawabalik untuk membantu Amerika Syarikat. Pada tahun 1898, Republik Filipinadisytiharkan. Amerika memerintah Filipina sebagai tanah jajahanya. Katipunan telahdibubarkan.

B. Vietnam.

Masyarakat Vietnam tidak menerima kehadiran kuasa Barat di negara mereka.Maharaja-maharaja Vietnam telah mengamalkan dasar pintu tertutup bagi menyekatkehadiran Barat.

1. Maharaja Gia Long.

Maharaja Gia Long telah berjaya menaiki takhta dan ditabalkan sebagaiMaharaja Vietnam. Baginda menaiki tahta dengan bantuan daripada sukarelawan-sukarelawan Perancis Pigneau de Behaine. Pada peringkat awal pemerintahannya

33

Page 34: Contoh Jawapan Sejarah 2 Untuk Perkampungan Sejarah

8/14/2019 Contoh Jawapan Sejarah 2 Untuk Perkampungan Sejarah

http://slidepdf.com/reader/full/contoh-jawapan-sejarah-2-untuk-perkampungan-sejarah 34/40

baginda telah memberi layanan baik kepada sukarelawan Perancis kerana sebagaimembalas jasa dengan bantuan yang diberikan oleh Pigneau de Behaine dansukarelawan-sukarelawan Perancis.

Setelah kematian Pigneau ,Maharaja Gia Long tidak lagi suka denganpenglibatan orang-orang Perancis dan Barat dalam negaranya . Baginda enggan

memberi keistimewaan kepada kuasa Barat. Baginda juga telah mengamalkan dasar pintu tertutup.

Maharaja Gia Long berpendapat bahawa dasar pintu tertutup dapat menjaminkeselamatan dan kedaulatan Vietnam daripada dicerobohi oleh kuasa Barat.Tambahan pula, Maharaja Gia Long sentiasa mencurigai tujuan sebenar kedatangankuasa Barat.

 2. Maharaja Minh-mang.

Seorang yang pengikut ajaran Confucius . Baginda juga mengamalkan dasar pintu tertutup. Beliau sangat benci dengan Barat, bimbang campur tangan Baratterhadap hal-ehwal dalam negeri

Pada tahun 1822, baginda menolak permintaan utusan British iaitu JohnCrawford mengadakan hubungan dengan Vietnam. Baginda berpendapat jika diberikeistemewaan yang sama, maka kuasa-kuasa lain akan turut menuntutkeistimewaan yang sama. Keadaan akan mencabar kedaulatan dan keselamatanVietnam.

Dasar Ming-mang terhadap kuasa Barat didapati lebih keras daripada Gia Long.Maharaja Ming-mang bertindak lebih keras terhadap mubaligh Perancis. Bagindatelah bertindak keras terhadap mubaligh kristian dengan membunuh beberapa orang

mubaligh kristian. Baginda juga telah menutup semua pelabuhan Vietnam kepadakapal-kapal asing. Perdagangan hanya terhad dijalankan dengan negara China.

Pada tahun 1825, Maharaja Minh-mang mengeluarkan satu undang-undangyang melarang kemasukan mubaligh Kristian. Maharaja Ming-mang telahmenganiaya penganut Kristian dan telah membinasakan gereja mereka. Dua orangmubaligh Kristian Perancis telah dihalau keluar Vietnam iaitu Chaigneau dan Vanier.

Perang Candu 1 yang menyebabkan China kalah kepada British telahmenyedarkan Maharaja Minh-mang Vietnam akan menerima nasib yang sama jikamasih enggan menjalinkan hubungan dengan Barat.

Pada tahun 1840, Maharaja Ming-mang telah menghantar satu utusan diplomatikyang terdiri daripada dua Mandarin dan dua orang juru bahasa ke Perancis. Walaubagai manapun , utusan ini gagal kerana Raja Perancis, Louis Philippe engganmenerima selepas Societe des Missioan Estrangeres membuat aduan tentanglayanan burut Vietnam terhadap orang-orang Kristian.

34

Page 35: Contoh Jawapan Sejarah 2 Untuk Perkampungan Sejarah

8/14/2019 Contoh Jawapan Sejarah 2 Untuk Perkampungan Sejarah

http://slidepdf.com/reader/full/contoh-jawapan-sejarah-2-untuk-perkampungan-sejarah 35/40

3. Maharaja Thieu Tri ( 1841- 1847 )

Terus mengamalkan dasar tutup pintu. Meneruskan dasar pemencilan dan antiagama Kristian. Hubungan Vietnam dengan Perancis semakin renggang. MaharajaThieu Tri terus mengamalkan dasar anti-Barat dan menganiaya penganut agamaKristian dengan lebih agresif.

4. Maharaja Tu Duc ( 1848 – 1883 )

Maharaja Tu Duc meneruskan dasar pintu tertutup Vietnam tanpa menyedarikesannya ke atas China.

Antara tahun 1851- 1852 dua orang paderi Perancis iaitu Father AugustinSchoeffker dan Father Jean Louis Bonnard dihukum bunuh. Pada tahun1856,

seorang mubaligh Katolik Perancis diseksa dan dibunuh.

Pada tahun 1857 pula, Maharaja Tu Duc membenarkan hukuman bunuh kemubaligh di Vietnam serta penyokong politik di Perancis. Pada tahun 1852,pemerintah Perancis iaitu Napoleon 111 ingin memulihkan kegemilangan Perancis.Napoleon telah terhadap Vietnam tetapi dasar ini tidak disedari oleh Tu Duc. Tu Ducmeneruskan dasar penganiagaan yang agresif terhadap mubaligh-mubaligh Kristian.

Kesilapan Maharaja Tu Duc membunuh Bishop Sepanyol, iaitu Mgr.Diaz atassatu tuduhan mengambil bahagian dalam satu pemberontakan menentangnya telah

melibatkan Sepanyol dalam pertikaian Vietnam – Perancis.

Perancis telah menghantar wakil mereka, de Montiguy untuk membuat beberapatuntutan seperti menjamin kebebasan beragama di Veitnam, menubuhkan sebuahsyarikat perdagangan Perancis di Hue dan melantik seorang Konsul Perancis.Namun semua tuntutan ini ditolak.

Angkatan Peranci-Sepanyol di bawah pimpinan Laksamana Rigault de Genouilytelah menyerang dan menduduki Tourane pada tahun 1858. Sedikit demi sedikitwilayah-wilayah Vietnam jatuh ke tangan Perancis.

Kesimpulan.

Kesimpulannya jelas menunjukkan bahawa kedatangan Barat ke Filipina danVietnam telah mendapat tentangan daripada pendududukan tempatan. Di Filipina telahterdapat beberapa penentangan terhadap pentadbiran dan dasar-dasar yang dijalankanoleh Sepanyol. Penentangan masyarakat Vietnam dilakukan oleh Maharaja-maharajaVietnam yang anti-Barat dan anti agama Kristian. Maharaja Vietnam telah melakukandasar pintu tertutup. Akibat dasar anti Barat dan agama Kristian wilayah Vietnam sedikitdemi sedikit telah ditakluki oleh Perancis

35

Page 36: Contoh Jawapan Sejarah 2 Untuk Perkampungan Sejarah

8/14/2019 Contoh Jawapan Sejarah 2 Untuk Perkampungan Sejarah

http://slidepdf.com/reader/full/contoh-jawapan-sejarah-2-untuk-perkampungan-sejarah 36/40

Soalan 10

Jelaskan struktur sosial masyarakat di Jepun dan Vietnam sebelum kedatanganBarat.

Pengenalan

Pada awalnya masyarakat di Asia Tenggara, Asia Selatan dan Asia Timur 

mengamalkan struktur sosial yang bercorak tradisional berasaskan kepada sistem

feudal.Secara tradisinya, struktur sosial masyarakat di Jepun dan Vietnam adalah

berbentuk piramid dan terbahagi kepada dua golongan iaitu golongan pemerintah dan

golongan yang diperintah. Lazimnya golongan pemerintah terdiri daripada daripada raja

atau maharaja, kerabat di raja dan golongan bangsawan manakala golongan yang

diperintah terdiri daripada rakyat biasa. Struktur sosial di Jepun dan Vietnam sebelum

kedatangan Barat mempunyai sistem piramid yang hampir sama.

Isi Jepun

Struktur sosial masyarakat di Jepun jelas dilihat semasa pemerintahan Shogun

Tokugawa selepas merampas kuasa daripada Maharaja Jepun dan mengamalkan

sistem feudal dalam masyarakat Jepun.

Maharaja Jepun telah mendapat pengikhtirafan sebagai ketua negara tetapi

baginda tidak mempunyai kuasa pemerintahan. Maharaja hanya dianggap sebagai

simbol perpaduan. Kuasa pemerintahan negara sebenarnya terletak di tangan

Shogun Tokugawa yang menjalankan pemerintahan atas nama maharaja.

Keluarga maharaja tinggal terpencil di Kyoto sedangkan pusat pentadbiran

terletak di Edo. Sistem yang diamalkan oleh maharaja Jepun ini berjaya

mengekalkan kedudukan maharaja dan sistem ini kekal sehingga ke hari ini.

Terdapat empat kelas hierarki sosial selepas Shogun Tokugawa iaitu Daimyo,Samurai, Petani dan Tukang serta Saudagar.

Shogun Tokugawa menjalankan pemerintahan secara langsung ke atas Jepun

melalui pembesar-pembesar feudal iaitu daimyo. Shogun memastikan bahawa

kedudukan mereka di Jepun terjamin.

36

Page 37: Contoh Jawapan Sejarah 2 Untuk Perkampungan Sejarah

8/14/2019 Contoh Jawapan Sejarah 2 Untuk Perkampungan Sejarah

http://slidepdf.com/reader/full/contoh-jawapan-sejarah-2-untuk-perkampungan-sejarah 37/40

Daimyo dibahagikan kepada tiga kumpulan iaitu Daimyo Fudai, Daimyo Shimpan

dan Daimyo Tozama. Daimyo Fudai terdiri daripada ahli keluarga Tokugawa serta

sekutu-sekutunya. Mereka akan membantu Tokugawa menguasai pemerintahan dan

telah dikurniakan tanah di bahagian tengah dan utara Honsyu.

Daimyo Shimpan juga dikenali sebagai rumah-rumah bersaudara dan mereka

terdiri daripada pelbagai cabang keluarga Tokugawa. Keluarga Tokugawa yang

utama dikenali sebagai ‘go-sanke’ atau ‘tiga rumah’ yang terletak di daerah Owari

dan Mito.

Sementara Daimyo Tozama dikenali sebagai daimyo luar. Mereka adalah

musuh Tokugawa yang terdiri daripada suku-suku Barat seperti Satsuma, Chosu,

Tosa dan Hizen. Mereka tidak dibenarkan mengumpulkan kekayaan demi

mengelakkan mereka menjadi terlalu kuat dan mengancam kedudukan Shogun.

Daimyo disokong oleh satu kelas panglima yang kuat yang dikenali sebagai

Samurai. Mereka tidak dibenarkan berkecimpung dalam bidang pekerjaan lain selain

daripada bidang tentera. Mereka berfungsi menjaga keamanan negara dan

memelihara kepentingan daimyo.

Kedudukan golongan Daimyo bertambah kukuh dengan adanya bantuan

golongan samurai. Samurai juga bertanggungjawab menggiatkan usaha perluasan

wilayah. Mereka juga menunjukkan kesetiaan yang tidak berbelah bahagi kepada

daimyo dan tidak dibenarkan berkecimpung dalam pekerjaan lain walaupun keadaan

dalam negara aman dan tiada peperangan.

Di bawah golongan samurai ialah golongan petani. Golongan ini menduduki

tempat yang lebih tinggi daripada kelas saudagar dan tukang memandangkan Jepun

adalah negara pertanian. Oleh itu, petani mengeluarkan beras untuk masyarakat

Jepun dan membayar sebahagian besar cukai. Sebagai balasan, mereka cuma

diberi secukup makan sahaja kerana hasil yang dikeluarkan adalah untuk negara.

Golongan tukang-tukang mahir (artisan) menduduki kelas sosial di bawah petani.

Mereka mahir membuat pedang dan alat-alat lain yang berguna. Mereka diberi

penghormatan kerana sumbangan kepada masyarakat. Mereka diberi gaji dan

rumah yang baik dan dibenarkan memakai sebilah pedang. Tukang-tukang yang

tidak mempunyai kemahiran khusus akan dilayan dengan buruk dan bekerja untuk

daimyo.

Golongan pedagang atau saudagar (chonin) terletak di bawah tukang mahir atau

artisan. Mereka dipandang rendah oleh masyarakat Jepun yang mengamalkan

feudal tentera dan tidak dibenarkan berlaku mobility sosial. Malahan mereka

37

Page 38: Contoh Jawapan Sejarah 2 Untuk Perkampungan Sejarah

8/14/2019 Contoh Jawapan Sejarah 2 Untuk Perkampungan Sejarah

http://slidepdf.com/reader/full/contoh-jawapan-sejarah-2-untuk-perkampungan-sejarah 38/40

menganggap aktiviti perdagangan mengundang pelbagai masalah dalam

masyarakat Jepun jika ia dilaksanakan.

B. Vietnam

Hierarki sosial masyarakat Vietnam terdiri daripada maharaja di lapisan teratas,

golongan cendekiawan (quan atau mandarin) dan rakyat jelata iaitu petani.

Di samping itu, terdapat juga dua kumpulan yang agak penting iaitu sami Buddhadan sekumpulan kecil peniaga Cina yang berpengaruh.

Maharaja menduduki puncak teratas dalam hierarki sosial masyarakat. Maharaja

berkuasa mutlak dalam pemerintahan pusat, pemilikan tanah dan harta. Dianggap

sebagai “Anak dari Syurga” yang mendapat mandat daripada Tuhan untuk

memerintah.

Kesejahteraan rakyat dan negara bergantung kepada kebijaksanaan maharaja

dan apabila maharaja mengabaikan tanggungjawab terhadap rakyatnya maka

tindakan tersebut akan membawa kecelakaan pada negaranya.

Jika seseorang maharaja tidak bertindak adil, mandat dari syurga yang

dimiliknya akan hilang dan negara akan ditimpa kecelakaan. Maharaja juga

bertanggungjawab terhadap sebarang mala petaka alam yang berlaku sewaktu

pemerintahannya. Contohnya semasa pemerintahan Maharaja Minh Mang (1820-

1841) apabila baginda telah membatalkan jamuan istana setelah mendengar berita

tentang benteng pecah di wilayah utara Vietnam.

Di bawah maharaja ialah golongan Quan. Golongan Quan mendapat pendidikan

tinggi berdasarkan ajaran Confucius. Oleh yang demikian, rakyat biasa yang pintar 

serta mempunyai pengetahuan dalam ajaran Confucius secara mendalam

mempunyai peluang untuk menjadi pegawai-pegawai tinggi awam.

Golongan cendekiawan mempunyai pengaruh yang paling kuat dalam

masyarakat Vietnam. Hal ini kerana mereka merupakan pemerintah sebenar di

Vietnam. Mereka bertanggungjawab melaksanakan semua tugas maharaja.

38

Page 39: Contoh Jawapan Sejarah 2 Untuk Perkampungan Sejarah

8/14/2019 Contoh Jawapan Sejarah 2 Untuk Perkampungan Sejarah

http://slidepdf.com/reader/full/contoh-jawapan-sejarah-2-untuk-perkampungan-sejarah 39/40

Mereka bertanggungjawab menentukan beberapa aspek kehidupan rakyat

termasuklah keluasan rumah, bentuk dan warna pakaian yang mesti dipakai dan

upacara keagamaan yang berkaitan dengan pengkebumian.

Mereka mendapat sokongan dan sanjungan serta dihormati oleh rakyat. Mereka

dianggap penjamin dan penegak keadilan. Malahan mereka juga merupakanpentafsir undang-undang dan bertindak sebagai pegawai kehakiman.

Hanya sebilangan kecil rakyat yang berpeluang menjadi quan. Hal ini kerana

pencapaian akademik di peringkat daerah ataupun di pusat hanya terhad kepada

rakyat yang mempunyai harta dan masa untuk belajar.

Terdapat juga golongan pembesar yang berkuasa di peringkat kampung

(komun). Mereka dipilih daripada masyarakat kampung yang merupakan orang tuayang bijak dan berpengalaman serta mendapat kelulusan daripada pihak istana.

Mereka bertanggungjawab menjalankan perintah istana, mendamaikan perselisihan

yang wujud dengan cara rundingan dan tolak ansur serta mengutip cukai.

Lapisan seterusnya dalam masyarakat Vietnam ialah golongan petani. Petani-

petani merupakan golongan yang menjalankan kegiatan ekonomi sara diri

terutamanya menanam padi sawah. Golongan petani membantu meningkatkan

kemajuan ekonomi Vietnam.

Seorang petani dimestikan membayar cukai dan menyumbang tenaga di antara

20 hingga 60 hari dalam tempoh setahun dalam urusan-urusan kerajaan sepertimembina empangan dan tali air.

Lapisan terendah dalam masyarakat Vietnam ialah golongan hamba. Golongan

ini terdiri daripada mereka yang melakukan kesalahan jenayah. Mereka akan

dihantar ke kem-kem tentera di sempadan dan membuka tanah untuk dikerjakan.

Mereka boleh menjadi petani di tanah baru yang mereka kerjakan itu apabila

hukuman sebagai hamba tamat.

Kesimpulan

Susun lapis masyarakat atau sistem feudal yang diamalkan di Jepun dan

Vietnam mula mengalami perubahan setelah kemasukan kuasa-kuasa Barat. Di Jepun,

sistem sosial mulai mengalami perubahan apabila Shogun Tokugawa dijatuhkan dan

pentadbiran Jepun diambil alih oleh Maharaja Meiji (1806-1912) yang telah mengadakan

pembaharuan dari segi politik, ekonomi dan sosial. Sementara di Vietnam pula,

perluasan kuasa Perancis telah mempengaruhi sistem sosial di negara tersebut.

Pembesar mulai kehilangan kuasa dan kedudukan apabila pemerintahan bercorak Barat

39

Page 40: Contoh Jawapan Sejarah 2 Untuk Perkampungan Sejarah

8/14/2019 Contoh Jawapan Sejarah 2 Untuk Perkampungan Sejarah

http://slidepdf.com/reader/full/contoh-jawapan-sejarah-2-untuk-perkampungan-sejarah 40/40

diperkenalkan. Masyarakat di Vietnam juga mengalami perubahan apabila berlakunya

kemasukan rakyat asing yang menguasai pentadbiran dan ekonomi negara tersebut.