combine 1.docx

42
Laporan Kem Bina Insan Guru Fasa 1 Siri 3 / 2012 1.0 Pengenalan Pada 28 Februari hingga 2 Mac 2012, opsyen kami, 1 PISMP BC 2 telah mengikuti program Kem Bina Insan Guru (BIG) di Teluk Gorek, Mersing. Dalam program ini, opsyen kami telah bergabung dengan opsyen BM dan TESL 2. Jumlah guru pelatih yang mengikuti program ini adalah seramai 70 orang. Pada pukul 7.30 pagi tepat, semua guru pelatih telah berkumpul di depan Jabatan Hal Ehwal Pelajar untuk menunggu bas institut hantar kami ke tapak perkhemahan. Namun, kami telah menghadapi kesusahan, iaitu pemandu bas tidak diberitahu sebelum hari tersebut menyebabkan kami telah lewat bertolak berbanding dengan jadual yang telah ditetapkan. Walaubagaimanapun, kami tetap bertolak dengan lancar pada pukul 9.00 pagi di mana kami sampai ke tapak perkhemahan pada pukul 12.30 tengah hari. Dalam program ini, opsyen kami telah dibahagikan kepada 2 kumpulan yang memainkan peranan masing-masing, iaitu AJK Latihan Dalam Kumpulan (LDK) dan AJK Kembara. Opsyen kami dibimbing oleh mentor kami, iaitu Dr Sia Keng Yek. Gambar 1.0.1 : Pemandangan tapak perkhemahan kami 1

Upload: anonymous-qqmjbgs

Post on 08-Dec-2015

290 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: Combine 1.docx

Laporan Kem Bina Insan Guru

Fasa 1 Siri 3 / 2012

1.0 Pengenalan

Pada 28 Februari hingga 2 Mac 2012, opsyen kami, 1 PISMP BC 2 telah

mengikuti program Kem Bina Insan Guru (BIG) di Teluk Gorek, Mersing. Dalam

program ini, opsyen kami telah bergabung dengan opsyen BM dan TESL 2.

Jumlah guru pelatih yang mengikuti program ini adalah seramai 70 orang. Pada

pukul 7.30 pagi tepat, semua guru pelatih telah berkumpul di depan Jabatan Hal

Ehwal Pelajar untuk menunggu bas institut hantar kami ke tapak perkhemahan.

Namun, kami telah menghadapi kesusahan, iaitu pemandu bas tidak diberitahu

sebelum hari tersebut menyebabkan kami telah lewat bertolak berbanding

dengan jadual yang telah ditetapkan. Walaubagaimanapun, kami tetap bertolak

dengan lancar pada pukul 9.00 pagi di mana kami sampai ke tapak

perkhemahan pada pukul 12.30 tengah hari.

Dalam program ini, opsyen kami telah dibahagikan kepada 2 kumpulan

yang memainkan peranan masing-masing, iaitu AJK Latihan Dalam Kumpulan

(LDK) dan AJK Kembara. Opsyen kami dibimbing oleh mentor kami, iaitu Dr Sia

Keng Yek.

Gambar 1.0.1 : Pemandangan tapak perkhemahan kami

1

Page 2: Combine 1.docx

Gambar 1.0.2 : Pemandangan laut di Teluk Gorek, Mersing

2

Page 3: Combine 1.docx

1.1 Perkhemahan

Perkhemahan merupakan sejenis cara hidup sementara di persekitaran

luar yang memerlukan seseorang melaksanakan tugasan-tugasan yang diberi

untuk memenuhi keperluan harian dengan menggunakan bekalan dan peralatan

yang seminimum mungkin.

Perkhemahan kumpulan kami telah dijalankan di Teluk Gorek bagi Fasa I.

Seterusnya, perkhemahan yang dilaksanakan adalah secara sistematik dan

bersepadu. Secara tidak langsung, ini telah mewujudkan peluang kepada para

guru pelatih untuk mengembangkan kemahiran kognitif, afektif dan psikomotor

masing-masing.

Objektif utama program ini adalah untuk berekreasi dan meningkatkan

tahap ketahanan mental dan fizikal guru-guru pelatih. Dalam kandungannya,

kami perlu mendirikan khemah serta memasak sendiri sepanjang perkhemahan

diadakan. Suasana sebegini amat berbeza dengan kehidupan di bandar di mana

kita boleh membeli bahan-bahan keperluan dengan mudah sekali. Secara tidak

langsung, kami dapat meningkatkan daya ketahanan mental kami kerana cara

untuk menangani cabaran haruslah ditanam dalam sanubari kami.

Gambar 1.1.1 : Guru-guru pelatih sedang menyediakan makanan

3

Page 4: Combine 1.docx

Ketahanan fizikal juga dapat ditingkatkan melalui aktiviti-aktiviti yang

dijalankan seperti mengayuh rakit dan aktiviti kembara. Untuk menjalankan

aktiviti seperti ini, kami perlu mempunyai tahap kecergasan fizikal yang tinggi

dan semangat keberanian.

Di samping itu, aktiviti perkhemahan juga dapat memupuk nilai-nilai murni

individu, khususnya kepada para guru pelatih sebagai pendidik anak-anak muda

negara kita pada masa hadapan. Nilai-nilai murni yang hendak dipupuk melalui

aktiviti perkhemahan merangkumi semangat keusahawanan, kesedaran dan

keyakinan diri yang lebih tinggi, berdisiplin, sifat bertanggungjawab dan tekad

untuk berjaya dan interaksi antara ahli kumpulan yang dapat lahirnya sikap

bertoleransi serta kepimpinan yang meningkatkan keupayaan untuk bekerja

secara berpasukan.

Pada hari pertama kami dibahagikan kepada beberapa kumpulan untuk

menerima taklimat daripada kem komander, En Arshad bin Ismail sebelum kami

mendirikan khemah. Beliau telah menunjukkan cara yang betul untuk mendirikan

khemah kepada kami. Semua guru pelatih memberi perhatian apabila En.

Arshad memberi penerangan kepada kami. Menurut beliau, khemah ini

berbentuk gelembung dan menggunakan material yang sesuai dan fleksibel. Di

sampang itu, khemah ini ringan, mudah dibawa dan sesuai digunakan untuk

perkhemahan seperti di sekolah dan sebagainya mahupun digunakan di

pergunungan kerana boleh ditutup dan menghalang dari kesejukan. Khemah ini

boleh memerangkap udara panas di dalam khemah dan menghalang angin sejuk

dari menerobos ke dalam. Dengan ini memberi keselesaan kepada pengguna di

persekitaran yang sejuk.

Untuk memasangkan khemah Dome, keluarkan khemah serta kain tapak

(ground sheet). Kemudian, kain tapak dan khemah dibuka dengan sepenuhnya.

Tiang dan pancang serta tali-tali telah dikeluarkan. Tiang-tiang disambungkan

dengan menggunakan getah. Seterusnya, tiang-tiang yang disediakan akan

4

Page 5: Combine 1.docx

dimasukkan ke dalam lubang luar khemah bermula dari satu sisi ke sisi

bertentangan dengan memastikan tiang tidak terputus di pertengahan. Setelah

tiang itu kelihatan seperti huruf x, khemah boleh didirikan dan hujung tiang

ditempatkan di lubang sisi khemah serta memastikan rakan membuat perkara

yang sama pada sisi yang bertentangan. Membengkokkan tiang ini kepada

bentuk D semasa hendak memasukkan tiang dan proses ini diulangkan bagi

tiang satu lagi. Seterusnya, memasangkan kain hujan (flying sheet) dengan cara

yang sama dan memasang pancang di sekeliling khemah agar tidak mudah

diterbangkan semasa tiupan angin serta dapat kelihatan lebih kemas. Untuk

buka semula khemah, caranya sama seperti memasang khemah tetapi secara

terbalik.

Gambar 1.1.2 : Tapak perkhemahan

Selepas taklimat tersebut, kami pun bermula memasang khemah bagi

kumpulan masing-masing. Kami telah bekerjasama dan bantu-membantu antara

satu sama lain. Dengan ini, semangat kekitaan telah terjalin antara beberapa

bangsa seperti bangsa Melayu, Cina, Iban, India dan lain-lain lagi. Yang paling

penting, semangat perpaduan antara kaum juga telah dipupuk dan dikukuhkan

lagi. Dengan ini, perselisihan faham dan konflik antara kaum dapat dihapus

semasa aktiviti dijalankan atau pada waktu harian semasa kami bertembung di

kawasan institut. Tidak dapat dinafikan, para guru pelatih telah menimba ilmu

pengetahuan dan pengalaman yang mendalam mengenai aktiviti perkhemahan.

5

Page 6: Combine 1.docx

Contohnya, cara-cara bagi memasang khemah dan penjagaan khemah dengan

baik.

Gambar 1.1.3 : Selepas khemah didirikan

Pada malam yang ketiga, hujan turun dengan lebat. Hal ini telah

menyebabkan khemah kami telah basah. Oleh sebab itu, kami tidak dapat

berehat dan tidur dalam khemah yang basah tersebut. Kebetulan pada malam

tersebut, opsyen kami telah diamanahkan untuk menjalankan kawalan

keselamatan malam. Justeru, opsyen kami telah mengambil keputusan agar

membasuh khemah yang penuh dengan tanah-tanih selepas menyaksikan

aktiviti malam kebudayaan. Sebaik sahaja aktiviti malam kebudayaan tamat,

kami mengalihkan barang-barang kami yang basah itu ke dewan terbuka bagi

memudahkan aktiviti membasuh khemah. Kami telah menurunkan khemah

dengan berhati-hati dan membasuhnya dengan air yang bersih tanpa

menggunakan bahan pencuci. Hal ini demikian kerana bahan pencuci akan

menghakis bahan pengkalis air yang ada pada fabrik khemah. Selapas

pencucian, kami telah menjemurkan khemah sehingga kering.

Pada awal pagi hari terakhir, kami telah mengemas dan membersihkan

tapak perkhemahan. Kami telah mengelap khemah yang serba basah dengan

menggunakan kain dan seterusnya memeriksa sama ada sebarang tanda koyak.

6

Page 7: Combine 1.docx

Beberapa orang guru pelatih lelaki telah mengajar caranya bagi memasuki dan

menyimpan khemah dengan baik. Secara tidak langsung, kami telah menambah

ilmu pengetahuan yang tidak dapat belajar melalui buku rujukan.

Secara keseluruhan, perkhemahan adalah satu penerokaan baru dalam

kehidupan kita kerana setiap langkah akan berhadapan dengan pelbagai situasi

yang tidak pernah dijangkakan. Semasa aktiviti perkhemahan diadakan, kita

akan menghadapi pelbagai cabaran dan dugaan. Cabaran-cabaran tersebut

sebenarnya bertujuan untuk membina semangat perjuangan yang tinggi untuk

menjadikan diri kita seorang pemimpin yang sememangnya tabah kepada diri

sendiri, keluarga dan masyarakat. Dengan ini, kita bukan sahaja dapat

membentuk jati diri ke arah yang lebih baik, malah juga berpeluang untuk

melakukan kerja amal di mana melalui aktiviti ini kita dapat didedahkan dengan

pelbagai kerja-kerja seperti melawat perkampungan orang asli. Seterusnya, kita

dapat menambah ilmu pengetahuan dan pengalaman kita mengenai cara hidup,

cara berpakaian, bahasa, budaya dan agama orang asli. Maka, aktiviti

perkhemahan banyak membentuk sahsiah individu dari segi jasmani, fizikal, dan

rohani. Pembentukan yang sempurna dan seimbang akan menjadikan kita

seorang yang lebih matang dan lebih berkualiti.

7

Page 8: Combine 1.docx

1.2 Malaysia Cergas & Patriotik, Aktiviti Moral dan Persembahan

Kumpulan

Malaysia Cergas & Patriotik

Pada pagi hari kedua dan hari ketiga, kami telah menjalankan aktiviti

senaman pagi dan menyanyikan lagu Negara-Ku, lagu Bangsa Johor, lagu IPG

dan lagu Semaian Subur.

Melalui nyanyian lagu-lagu tersebut, kita dapat memupuk semangat cinta

akan negara dalam jati diri kita. Ini juga menampilkan imej baik kampus kita dan

profesion kita sebagai seorang pendidik. Sebelum menjejaki bidang profesion

keguruan, kesedaran tentang kepentingan patriotik adalah begitu rendah dalam

kalangan kami. Namun, setelah menjejak ke dalam bidang perguruan, kami

sedar bahawa semangat patriotik seperti cinta akan negara amat penting kerana

kita merupakan rakyat Malaysia juga.

Malaysia Cergas pula, merupakan satu idea dan konsep yang lahir untuk

memberi penekanan kepada usaha meluaskan kegiatan sukan dan rekreasi

fizikal kepada rakyat Malaysia. Ia merupakan satu usaha mewujudkan

kecergasan Nasional yang berteraskan kepada penyertaan aktif, kecergasan

yang berterusan dan sikap positif dalam hidup.

Malaysia cergas juga bertujuan menimbulkan kesedaran di kalangan

masyarakat Malaysia - akan betapa pentingnya kesihatan yang boleh dipupuk

melalui kegiatan fizikal dan rekresai. Kesedaran akan menimbulkan minat. Minat

untuk mengetahui tentang jenis-jenis sukan dan kegiatan yang hendak disertai,

supaya penyertaan manjadi lebih teratur dan berkekalan.Tambahan pula,

Malaysia Cergas ingin mendidik masyarakat mengenai sebab-sebab

mustahanya bersukan, tentang di mana dan bagaimana melakukan sesuatu

kegiatan fizikal, tentang apa yang elok dilakukan , apa yang tidak bagi setengah

golongan umur, tentang apa yang sesuai.

8

Page 9: Combine 1.docx

Pada pagi hari kedua dan hari ketiga, kami telah menjalankan aktiviti

senaman pagi yang selaras dengan slogan kata, atau dipanggil sebagai

Malaysia Cergas. Pada awal pagi hari kedua, penglibatan para guru pelatih

adalah dikira gagal. Walaupun telah ditegaskan pada malam sehari sebelum itu,

pukul 6.30 pagi hendaklah berkumpul di tapak tiang bendera, namun hanya

segelintir guru pelatih yang tepat pada waktu sahaja. Ini menyebabkan pada

waktu semua guru pelatih sampai, masa sudah hampir 6.50 pagi. Sebagai

seorang bakal guru, adalah dilarang sama sekali tidak menepati masa.

Walaupun mungkin antara mereka mempunyai sebab-sebab tertentu, tetapi

haruslah mengelakkan diri daripada lewat sampai ke tapak yang ditentukan

untuk menjalankan aktiviti. Kelewatan seseorang sahaja juga mampu

melengahkan aktiviti tersebut sehingga tidak dapat dilaksanakan dengan

sempurna. Kita juga menghadapi masalah tempat menjalankan senaman tidak

sesuai kerana tempat tersebut merupakan tanah yang berpasir. Selain itu, kita

kekurangan musik untuk lagu patriotisme dan juga senaman pagi.

Pada hari esoknya, perkara yang sama berlaku lagi. Namun, kali ini telah

bertambah baik kerana kehadiran Pn. Zaiton yang asyik menggesa-gesa guru-

guru pelatih supaya bergerak lebih pantas untuk sampai ke tapak tiang bendera

yang ditetapkan sehari sebelum itu. Pn. Zaiton sangat tidak berpuas hati dengan

sikap guru-guru pelatih yang lewat sampai ke aktiviti senaman pagi dan nyanyian

lagu patriotik. Beliau telah mendenda guru-guru pelatih yang lewat ke tapak

dengan larian 2 pusingan di tapak perkhemahan kami. Setelah itu, Puan telah

menjalankan permainan kecil dan dua aktiviti berkumpulan.Aktiviti yang

dijalankan oleh Puan Zaiton memberi tujuan untuk mengeratkan hubungan

antara siswa-siswi guru. Kita juga berpeluang untuk berinteraksi dengan rakan-

rakan yang berbilang kaum dan dari kelas yang berbeza.

9

Page 10: Combine 1.docx

Melalui aktiviti senaman pagi, seperti yang slogan kata, atau lebih dikenali

sebagai Malaysia Cergas, sememangnya dan selebih-lebih jelasnya bahawa

semangat fizikal dan tahap mental guru-guru pelatih dapat ditingkatkan lagi.

Aktiviti Moral

Sebagai seorang guru, kita juga harus mempunyai kerohanian dan

moraliti yang tinggi. Oleh hal yang demikian, penyelaras BIG tidak ketinggal

mengaturkan sesi moral kepada yang bukan Islam. Semasa aktiviti sesi moral,

kami telah mempelajari pelbagai pengetahuan am yang diberi oleh Tn. Hj.

Abdullah dan Dr. Sia Keng Yek.

Pada malam pertama, aktiviti moral dikendalikan oleh Tn. Hj. Abdullah.

Beliau telah berkongsi dengan kami tentang profesion keguruan. Dalam sesi ini,

beliau telah berkongsi dengan kami tentang pengalaman beliau melibatkan duru

dalam profesion keguruan sepanjang hayat yang beliau sampai sehingga

sekarang. Beliau berkata bahawa sebenarnya profesion keguruan ini bukanlah

susah sangat tetapi bukan juga sesuatu yang sangat senang. Profesion ini amat

menekankan bahawa kesabaran dan kasih sayang terhadap anak-anak murid

kita. Sekiranya kita kekurangan mana-mana satu aspek tersebut, maka kami

akan sentiasa berasa susah dan beban yang berat sepanjang masa kami

memberi pengajaran kepada anak-anak murid kami.

Pada malam kedua, aktiviti moral ini pula dikendalikan oleh Dr. Sia Keng

Yek. Beliau telah mengambil bahan yang beliau serta sebahagian guru pelatih

yang telah melalui pada waktu petang hari tersebut, iaitu aktiviti kembara

sebagai bahan perbincangan. Beliau telah bercerita tentang pengalaman yang

mereka lalui pada pagi itu untuk berkaitkan dengan falsafah kehidupan yang

patut kita miliki. Sebagai contoh, semasa berjalan di batu bata yang berbeza saiz

dan bentuk , kita haruslah memilih jalan yang paling sesuai tetapi bukannya

hanya mengikuti jejaki orang lain. Mengikuti jejaki orang lain walaupun dapat

10

Page 11: Combine 1.docx

menjanjikan kami boleh sampai ke penamat, tetapi pada masa yang sama ia

juga bermakna pencapaian kami tidak mungkin akan lebih tinggi dari orang yang

pertama menjejak langkah tersebut. Kita hendaklah cuba sendiri, percaya diri

sendiri dapat memperoleh kejayaan dengan menggunakan cara kami sendiri.

Tetapi, yang penting sekali, kita mestilah berjalan dengan beransur maju.

Persembahan Kumpulan

Pada malam ketiga, aktiviti malam kebudayaan telah diadakan. Sebelum

itu, kami diberi masa untuk berlatih pada waktu petang selepas aktiviti kembara

dan aktiviti laut serta masa selepas makan malam. Tema untuk persembahan

pada malam tersebut adalah “Profesion Keguruan” di mana cara persembahan

adalah dicadang dan keputusan dibuat oleh kumpulan masing-masing. Dalam

opsyen kami, kedua-dua kumpulan telah memilih drama sebagai cara

persembahan kami.

Gambar 1.2.1 : Kumpulan 3 dari opsyen kami sedang membuat persembahan

11

Page 12: Combine 1.docx

Gambar 1.2.2 : Kumpulan 4 dari opsyen kami sedang membuat persembahan

Malam persembahan yang dijalankan denganpersembahan lakonan

drama-drama yang telah dibincang antara ahli kumpulan. Semua kumpulan telah

berjaya melakon berdasarkan tema persembahan. Selain itu, malam

persembahan ini juga bertujuan untuk melatih kita berani berdepan dengan

kalangan ramai. Kita dapat menggunakan peluang ini untuk menonjolkan bakat-

bakat yang ada dalam diri kita. Seperti dalam persembahan, kita dapati

sesetengah guru pelatih dapat bersajak, ada pula yang dapat menyanyi dan

berlakon dengan aksi-aksi dan mimik muka yang lucu. Ini merupakan kebolehan

dan ciri-ciri yang harus ada pada seorang guru.

Di samping itu, setelah penat menjalankan aktiviti sepanjang hari, ini

merupakan peluang yang baik untuk guru pelatih merehatkan minda dan

menyaksikan persembahan yang telah dipersembahkan oleh guru-guru pelatih

yang lain. Dalam ahli kumpulan seperti yang dibahagikan, kita dapat memupuk

nilai bekerjasama antara ahli kumpulan. Kami juga lebih memahami kekuatan

ahli -ahli kumpulan kami.

Setelah persembahan yang telah dilaksanakan, pensyarah telah memberi

anugerah kepada kumpulan-kumpulan yang berjaya berlakon dengan baik.

12

Page 13: Combine 1.docx

Kumpulan kami telah mendapat sagu hati. Kami berasa berpuas hati kerana ini

merupakan titik peluh yang dihasilkan oleh ahli kumpulan bersama.

Dalam persembahan malam yang telah dijalankan, kami mendapati

kekurangan dan masalahnya adalah tempat untuk membuat persembahan

kurang sesuai, kerana tidak ada pentas yang diberi. Selain itu, sistem PA tidak

disediakan. Kita juga menghadapi kesuntukan masa semasa persembahan

kerana malam itu semakin lewat.

Kesimpulannnya, aktiviti seperti ini amat bernilai kepada semua guru

pelatih, kerana biasanya ,kita susah untuk mendapat peluang seperti ini. Kita

harus mengambil peluang seperti ini untuk meningkatkan keupayaan diri dan

cuba untuk menonjolkan keyakinan diri kerana kita sebagai pendidik yang akan

berkhidmat untuk negara dan mendidik generasi-generasi yang akan datang.

13

Page 14: Combine 1.docx

1.3 Latihan Dalam Kumpulan (LDK)

Aktiviti Latihan Dalam Kumpulan (LDK) adalah program yang dapat

meningkatkan personaliti seseorang. Semasa menjalankan aktiviti ini ,

pensyarah kami telah membincangkan beberapa tajuk yang berkaitan dengan

kerjaya kami iaitu sebagai seorang guru pada masa yang akan datang.

Pada malam hari pertama, Encik Wan Azhar dari Jabatan Kajian Sosial

telah memberi kami seorang satu petikan yang ceritanya bertajuk ”Cerita Beluk”.

Cerita itu memang bermakna kepada kami kerana ia telah mengeluarkan ciri-ciri

dan peranan sebagai seorang guru penyayang. Selepas habis baca cerita

tersebut, Encik Wan Azhar telah meminta beberapa guru pelatih keluar ke

depan untuk memberi pendapat mereka tentang cerita tersebut. Kami telah

membincangkan tajuk ini di bawah bimbingan beliau. Beliau telah memainkan

peranannya dengan sempurna kerana beliau telah menbimbing kami berfikir

dengan rasional tentang peranan dan tanggungjawab guru.

Selepas itu, kami telah membincang tentang sikap dan perwatakan guru

dalam cerita beluk tersebut. Kami telah menulis pendapat kami ke dalam sehelai

kertas mahjong dan bentang di hadapan para guru pelatih. Apabila mereka

sudah habis membentangnya, kami telah menanya soalan supaya lebih jelas

dan faham apa nilai-nilai murni yang dapat kami belajar melalui cerita tersebut.

Sebelum tamat aktiviti tersebut, kami telah membuat satu kesimpulan tentang

cerita tersebut iaitu kami seharusnya sentiasa mengambil berat terhadap murid

dan membantu mereka apabila mereka menghadapi masalah. Selepas aktiviti

ini, kami lebih jelas tentang tanggungjawab dan persenoliti yang patut ada pada

seseorang guru.

14

Page 15: Combine 1.docx

Gambar 1.3.1 En. Wan Azhar sedang memberi input kepada guru-guru pelatih.

Selain itu , kami juga ada membincang tentang hak-hak seorang murid .

Contohnya, murid-murid yang miskin mempunyai hak untuk mendapat bantuan

pinjaman buku teks daripada pihak sekolah. Murid-murid tersebut juga boleh

dapat bantuan biasiswa untuk melanjutkan pembelajarannya dalam sekolah.

Murid- murid juga ada hak bersuara iaitu apabila guru pukul mereka tanpa

beritahu sebab, mereka sepatutnya melaporkan kes tersebut kepada pihak

sekolah supaya boleh ambil tindakan terhadap guru tersebut.

Kami telah mempunyai satu imej dan panduan yang betul untuk kami ke

jalan kerjayaan. Semasa sesi LDK ini, kami juga diberi peluang untuk berfikir

secara kritis dan kreatif serta rasional terhadap beberapa isu semasa yang

hangat diperkatakan tentang profesion keguruan. Kami juga dikehendaki untuk

membuat perbentangan di depan pensyarah dan guru-guru pelatih lain megikut

kumpulan.

Gambar 1.3.2 Guru-guru pelatih sedang membuat pembentangan.

15

Page 16: Combine 1.docx

Semasa aktiviti pembinaan jati diri hari kedua, kami telah bincang tentang

guru idaman, iaitu guru yang disukai oleh pelajar-pelajar di sekolah. Dengan

bimbingan Encik Wan, kami telah dapat satu imej yang jelas tentang ciri-ciri guru

idaman dalam kalangan pelajar sama ada pada sekarang atau pada masa yang

akan datang.Beberapa guru pelatih telah diminta untuk memberitahu guru- guru

yang disukai oleh mereka dan beri sebabnya

.

Dengan itu, dapatlah kami tahu bahawa perkara-perkara yang kami perlu

bersiap sedia untuk menjadi sebagai guru idaman dalam kalangan anak-anak

murid kami pada masa hadapan dan seterusnya dapat melancarkan proses P&P

kami. Kami seharusnya menjadi seorang guru penyayang dan berpengetahuan

pada masa yang akan datang .

Kami telah mengadakan satu perbincangan dalam kumpulan untuk

berbincang tentang ciri-ciri guru idaman dan seterusnya membuat satu peta

minda untuk membuat perbentangan di depan. Selepas pembentangan tajuk ini,

dipercayai bahawa semua guru pelatih mendapat satu idea yang cukup baik dan

jelas atas peranan dan ciri-ciri mereka yang patut ada mereka pada masa yang

akan semasa mengajar di sekolah.

Kami telah diberikan masa yang cukup untuk membincang tentang tajuk

ciri-ciri guru idaman dan menulis dalam cara peta minda. Semasa kami

membentangkan ciri- ciri guru idaman, Dr Sia Keng Yek telah memberikan

pendapatnya tentang apa yang telah kami kurang. Dengan pendapat beliau ,

kami telah lebih jelas tentang tanggungjawab dan peranan yang harus diamalkan

oleh seorang guru. Kesimpulannya, kami harus sentiasa menjaga ketampilan diri

dan meningkatkan ilmu pengetahuan dalam kehidupan kita.

16

Page 17: Combine 1.docx

Gambar 1.3.3 Sesi perbincangan dalam kumpulan sebelum pembentangan.

Pada malam hari kedua, sesi kedua Latihan Dalam Kumpulan, kami telah

dibimbing oleh Encik Abdul Jalil. Beliau telah membimbing kami untuk

berbincang dengan tajuk yang berkaitan juga dengan profesion keguruan,

namun cara persembahan kami telah ditukar, iaitu dengan penggunaan forum.

Melalui cara ini, dapatlah kami mempelajari satu cara membimbing anak-anak

murid pada masa hadapan untuk membuat aktiviti secara dua hala. Dengan itu,

anak-anak murid tidaklah akan berasa bosan dan dapat menerima input yang

dibagi oleh guru dengan senang dan jelas.

Selepas tamat sesi latihan dalam kumpulan dan pembinaan jati diri, kami

telah dapat satu pandangan baru tentang guru ini. Bukan sahaja tenaga menajar

tetapi juga teladan kepada pelajar kami. Oleh itu, kami harus menjaga pertuturan

dan keterampilan diri dalam kehidupan seharian, kerana semua aspek ini akan

jadi contoh kepada pelajar dan juga menwakili personalitikami. Dengan

keterampilan yang baik dan pertuturan yang sopan santun, ibu bapa dan pelajar

juga akan berasa yakin kepada kami sebagai guru kepada anak-anak mereka.

Walaubagaimana pun, aktiviti ini juga mempunyai beberapa kekurangan

seperti sebahagian kecil guru pelatih yang tidak memberi perhatian yang

sepenuhnya kepada pensyarah yang membuat penerangan. Apabila guru pelatih

membuat persembahan, juga mempunyai guru pelatih yang tidak memberi

17

Page 18: Combine 1.docx

perhatian. Selain daripada itu, tajuk yang kami bincangkan tidak harus hanya

fokus pada peranan guru sahaja tetapi pelajar sendiri dan juga ibu bapa.

Beberapa candangan telah dicadangkan oleh ahli kumpulan kami supaya

aktiviti latihan dalam kumpulan ini dapat dijalankan dengan lebih efektif dan

lancar. Candangan yang pertama ialah pensyarah memberi amaran kepada

semua guru pelatih supaya member perhatian yang sepenuhnya semasa beliau

memberi penjelasan dan penerangan. Selain itu, tajuk-tajuk yang

diperbincangkan juga harus menjadi lebih luas seperti peranan ibu bapa dan

pelajar. Hal ini membolehkan kami lebih jelas dengan sistem atau suasana pada

sekolah yang akan kami hadapi pada masa yang akan datang.

18

Page 19: Combine 1.docx

1.4 KEMBARA DAN ORIENTEERING

Berjalan merentas rimba

Pada permulaan perjalanan masuk ke dalam hutan, kami menjumpai

banyak flora dan fauna di sekeliling kami. En. Latiff sebagai jurulatih darat kami

telah memperkenalkan nama flora dan kegunaannya kepada kami. Atas faktor

keselamatan, kami berjalan secara berpasangan mengikut kumpulan sepanjang

perjalanan.

Berjalan lasak

Untuk sampai ke destinasi, kami perlu melalui jalan yang berbatu bata.

Batu bata di sana berbentuk berbeza-beza. Batu yang besar lebih kukuh

berbanding dengan batu yang kecil dan halus. Padahalnya, terdapat satu laluan

alternatif yang lebih mendekati laut. Menurut Dr. Sia Keng Yek, kita perlu memilih

laluan yang paling senang untuk dilalui tetapi bukannya hanya mengikut jejaki

orang lain untuk sampai ke destinasi. Oleh hal yang demikian, beliau telah

memilih laluan yang lebih senang untuk direntasi tetapi lebih mendekati laut

seorang diri.

Gambar 1.4.1: Guru-guru pelatih sedang berjalan di atas batu bata

19

Page 20: Combine 1.docx

Perjalanan batu bata adalah rintangan yang susah tetapi proses

mengatasinya dapat meningkatkan daya ketahanan dan kekuatan jasmani,

emosi, rohani dan sosial kami. Kami dapat dilatih supaya sabar, tidak berebut-

rebut dan saling membantu antara satu sama lain. Selain itu, sikap prihatin juga

dipupuk dan dikukuhkan lagi dalam kalangan kami semasa aktiviti ini dijalankan.

Selain itu, kami turut merentas sungai yang kotor dengan menggunakan

titi serta bantuan sebatang tali yang tebal. Titi sempit ini dapat menguji

keberanian dan kerjasama antara guru-guru pelatih dan ia seumpama

kesempitan dan kesusahan dalam kehidupan kami. Perjalanan menyeberangi

sungai itu nampak bahaya tetapi kami tetap perlu melintasinya seumpama

cabaran dalam kehidupan kami. Kami perlu mengatasi cabaran dalam kehidupan

kami dengan tabah dan berani. Sekiranya tidak, kita tidak akan berjaya dan tidak

akan dapat sampai ke destinasi. Sepanjang masa melintasi sungai, kami

mengamalkan semangat bekerjasama dan saling membantu antara satu sama

lain. Kami membantu rakan-rakan yang sedang melintasi sungai dengan

mengimbangkan kedudukan tali secara bergilir-gilir supaya tidak bergoyang-

goyang. Sebagai ahli kumpulan, kami haruslah saling menjaga antara satu sama

lain, menghulurkan bantuan mengikut kemampuan diri untuk membantu rakan

semasa mereka mengatasi kesusahan.

Gambar 1.4.2 : Guru pelatih sedang melintas sungai melalui titi yang sempit

20

Page 21: Combine 1.docx

Walaupun pelbagai rintangan telah menghalangkan perjalanan yang

lancar kami, namun kami masih berseronok semasa mengatasi rintangan-

rintangan. Kami berbual-bual dan menikmati pemandangan di tepi pantai yang

begitu indah sekali sepanjang perjalanan dalam aktiviti ini. Setelah melepasi dari

jalan batu bata, kami telah tiba di pantai pasir. Di atas pantai, kami telah

menjumpai beberapa jenis cangkerang, ketam dan tulang-tulang sotong.

Gambar 1.4.4 : Tulang sotong

Gambar 1.4.5 : Ketam

Gambar 1.4.6: Guru-guru pelatih mengambil gambar bersama dengan tutor

21

Page 22: Combine 1.docx

Bukan itu sahaja, kami juga ternampak banyak tahi lembu berada di tepi

pantai bersama juga sebuah tulang kepala lembu yang besar. Tulang kepala dan

tahi lembu tersebut telah kering akibat dipancar cahaya matahari.

Gambar 1.4.7 : Tahi lembu yang telah kering dipancar cahaya matahari

Gambar 1.4.8 : Tulang kepala lembu

Pada suatu masa, En. Latiff turut memberitahu kami bahawa batu besar di

tepi pantai berserta dengan satu kayu yang istimewa itu adalah kubur pedagang

yang berdagang di negara kita pada zaman dahulu. Kubur itu telah lama berada

di sana. Sebab mereka ditanam di sana adalah kerana negara asal mereka

adalah jauh dan mereka tidak sempat untuk menghantar balik mayat si mati

tersebut.

22

Page 23: Combine 1.docx

Gambar 1.4.9 : Kubur peniaga zaman dahulu

Aktiviti Penghayatan Alam

Sepanjang perjalanan aktiviti kembara, kami telah menjumpai banyak

jenis flora dan fauna. Kami sedar terdapat pelbagai kegunaan bagi tumbuh-

tumbuhan di alam sekitar selepas penerangan dari jurulatih-jurulatih kami.

Sebagai contoh, pucuk daun palas boleh digunakan untuk membuat ketupat dan

daunnya boleh digunakan sebagai hiasan. Kita haruslah menghargai apa yang

kita ada dan menggunakannya dengan sepenuhnya supaya pembaziran tidak

berlaku.

Berikut merupakan flora dan fauna yang telah kami jumpai:

FLORA

Pokok-pokok bakau Daun Palas

23

Page 24: Combine 1.docx

Blueberry Pokok mata ayam

Pokok periuk kera Bunga kemunting

Pokok peria pantai /pokok sabun Daun mempelas

24

Page 25: Combine 1.docx

Pokok gajus Pokok limau

Bunga senduduk Daun kelor

FAUNA

25

Page 26: Combine 1.docx

Biri-biri Kerbau

Ayam

Kita seharusnya sentiasa bersyukur terhadap apa yang sedia ada di

negara kita dan kita patut berusaha menyayangi dan menghargai alam sekitar

untuk mengekalkan keseimbangan ekosistem yang begitu indah.

Aktiviti memasak

Dalam sesi memasak, bahan-bahan yang sesuai untuk diguanakan

menyalakan api senang didapati di tapak memasak yang ditentukan oleh En.

Latiff. Tetapi, masalah yang kami hadapi adalah kebanyakan bahan yang kami

dapati berada dalam keadaan basah kerana hujan pada sebelah pagi sebelum

kami sampai. Dengan itu, En. Latiff dan Dr. Sia Keng Yek telah memberi tunjuk

ajar kepada kami dengan menunjukkan cara menyalakan api dengan mendirikan

“cross” dan seterusnya menggunakan bahan yang lebih kering untuk

menyalakan api di sementara meletak bahan-bahan yang kurang

26

Page 27: Combine 1.docx

kelembapannya untuk terusnya api yang dinyalakan sehingga api menjadi

marak. Dengan semangat tidak putus asa dan pada akhirnya, kami berjaya

menyalakan api.

Sementara sebahagian antara kami menyalakan api, sebahagian antara

kami membuat persediaan untuk memasak. Melalui pengalaman ini, kami

bersyukur kerana kami tidak perlu menyalakan api dengan cara ini dalam

kehidupan harian. Dalam hidupan harian, kami hanya perlu menekan butang

atau memusing suis, dapatlah kami menyalakan api atau mendapat haba untuk

memasak.

AKTIVITI YANG TELAH KAMI LAKUKAN SEMASA MEMASAK

Membelah kayu untuk dijadikan bahan

pembakar

Kami menggunakan kayu dan daun-

daun kering untuk membangunkan api

Penyediaan hidangan Menanak nasi

27

Page 28: Combine 1.docx

Pembukaan tin sardin Hasil masakan kami

Kami menghiaskan masakan kami

dengan cantik

Hasil hiasan masakan kami

Kami makan bersama-sama dengan

jurulatih darat kami, En Latif di bawah

peneduhan yang telah kami bina

Kami makan bersama-sama dengan

jurulatih darat kami

28

Page 29: Combine 1.docx

Kami menggunakan pasir untuk

membersihkan kesan kebakaran yang

ada pada bekas makanan selepas

memasak

Kami mengumpulkan sisa-sisa

makanan dan sampah sarap di tempat

pengumpulan sampah sarap selepas

makan

Penggunaan kompas

En. Latiff telah mewajibkan kami untuk membuat ukuran bearing setiap 100m

bermula dari tempat yang kami bertolak, pintu besar tapak perkhemahan kami.

Beliau telah memberikan penerangan menggunakan kompas seperti berikut :

1. Pemegang kompas memeriksa kesempurnaan operasi kompas.

Kadangkala, jarum kompas tidak bergerak kerana lama tidak digunakan,

ataupun bergerak secara spontan disebabkan ketidakstabilan daya

magnetik tempat tersebut.

2. Kalau mengalami keadaan tersebut di atas, pemegang boleh

menggoncangkan kompas tersebut dengan ringan agar jarumnya “sedar”.

Namun begitu, lebih baiknya untuk menukarkan kompas yang beroperasi

dengan sempurna.

3. Apabila ingin mengambil ukuran, pemegang perlu menghadapi arah tujuan,

pusingkan kompas sehingga jarum merah berhenti di arah “N (North)”

29

Page 30: Combine 1.docx

dalam kompas. Selepas itu, mengambil ukuran arah tujuan yang tertunjuk

atas kompas.

Akhirnya, ukuran yang diambil sepanjang kembara kami adalah sebanyak

15 jumlahnya. Berikut adalah ukuran yang kami dapat sepanjang

perjalanan:

220, 220, 300, 284, 184, 186, 262, 246, 280, 198, 200, 100, 120, 250,

200.

Gambar 1.4.10 : En Latif sedang menunjukkan cara untuk menggunakan

kompas sebelum aktiviti kembara dimulakan.

Penyelesaian masalah

Masalah adalah kesusahan yang kami hadapi. Sebelum sampai balik ke

tapak perkhemahan, kami telah diberi “masalah” oleh jurulatih-jurulatih kami.

Kami dikehendaki menunjukkan cara menyelamatkan orang apabila berada

dalam hutan. Kami telah dibawa ke suatu tempat yang penuh dengan bekalan

kayu. Kami telah mencari dua kayu yang panjangnya kira-kira tujuh kaki untuk

membuat satu pengusung yang digunakan untuk mengangkut orang.

Guru-guru pelatih lelaki dapat menampilkan diri membelah kayu yang

telah kami cari dengan menggunakan parang. Kami membahagikan kumpulan

30

Page 31: Combine 1.docx

kami kepada 3 kumpulan untuk melaksanakan tiga cara penyelamatan iaitu

mengangkat satu orang dengan menggunakan pengusung, menanggung orang

serta mengangkat satu orang lagi dengan tangan oleh dua orang guru pelatih.

Selepas berbincang dengan ahli kumpulan, akhirnya kami dapat memilih

orang yang badannya lebih berat sebagai pengangkat orang dan orang yang

lebih ringan sebagai orang pesakit untuk diangkat. Setelah kami sampai balik ke

tapak perkhemahan, kami telah membuat pembentangan tentang jenis flora dan

fauna yang telah kami jumpai dalam perjalanan.

AKTIVITI MEMPELAJARI CARA MENYELAMATKAN ORANG

Pemotongan kayu untuk membuat

pengusung

Guru pelatih menggunakan pengusung

untuk mengangkat orang

Perjalanan balik ke tapak

perkhemahan

Pembentangan jenis flora dan fauna

31

Page 32: Combine 1.docx

Pada akhirnya, kami telah berjaya menjalankan aktiviti kembara. Kami

berasa sangat berterima kasih kepada jurulatih-jurulatih darat dan mentor kami

kerana telah memberi banyak ilmu pengetahuan baru yang tidak pernah

dipelajari dari buku teks di samping dapat menguji ketahanan fizikal dan mental

kami di samping mengizinkan dan memberi peluang kepada kami untuk

menghayati alam sekitar di sekelilingi kami. Bak kata pepatah, “bersatu kita

teguh, bercerai kita roboh”. Tanpa kerjasama antara ahli kumpulan, aktiviti

kembara ini tidak akan dapat dijalankan dengan baik dan sempurna.

32

Page 33: Combine 1.docx

1.5 Aktiviti Air

Dalam program ini, kami dikehendaki melibatkan diri dalam aktiviti air

yang kandungannya tentang keyakinan diri melibatkan diri dalam aktiviti air

(water confidence) dan kemahiran asas berenang yang telah dijalankan dengan

lancar pada hari kedua dan hari ketiga. Aktiviti ini dijalankan dari pukul 10 pagi

sehingga pukul 12 tengah hari di bawah bimbingan ketua jurulatih air kami, En.

Hishammuddin. Beliau telah mengajar secara ansur maju untuk menimbulkan

keyakinan diri dalam aktiviti air para guru pelatih dan kemahiran serta teknik-

teknik asas berenang dengan teliti. Di samping itu, En. Mohamad Jasa

merupakan pembantu kepada En. Hishammudin dalam aktiviti air turut memberi

tunjuk ajar kepada guru-guru pelatih apabila segelintir di antara kami kurang

mahir tentang isi-isi yang diajar oleh En. Hishammuddin.

Sebelum memulakan aktiviti air, kami telah diarahkan untuk memakai

jaket keselamatan (buoyancy aid) dengan cara yang betul. Selepas itu, En.

Hishammuddin telah menerangkan ilmu tentang keselamatan semasa aktiviti air

kepada kami dengan teliti.

Melalui penerangan tersebut, kami telah sedia maklum dengan langkah-

langkah keselamatan semasa menjalankan aktiviti air. Kami juga diarahkan

supaya berenang dengan berpasangan bagi menjamin keselamatan diri.

Tambahan pula, Encik Hishamuddin telah memesan kami supaya selalu berada

dalam keadaan yang tenang semasa berenang di dalam laut. Dengan ini, kami

berupaya bertindak rasional sekiranya berlakunya kecemasan. Kami turut diajar

supaya tidak melanggar orang lain semasa berenang. Selain itu, kami telah

melakukan senaman memanaskan badan untuk mencegah dari kekejangan otot

sebelum memulakan aktiviti air. Sebelum berenang, guru pelatih yang memakai

cermin mata telah diminta menanggalkan cermin mata supaya cermin mata tidak

mencederakan mata.

33

Page 34: Combine 1.docx

Selepas itu, Encik Hishamuddin membahagikan kami kepada dua orang

dalam setiap kumpulan sebelum memasuk ke dalam air. Untuk membiasakan diri

dalam air, Encik Hishamuddin menyuruh semua peserta berdiri dalam satu

barisan yang panjang menghadap ke laut. Kami memegang tangan bersama-

sama dan berjalan menuju ke laut yang lebih dalam secara perlahan-perlahan.

Selepas itu, beliau menyuruh kami untuk berkumur sebanyak lima kali dan

membasuh muka dengan menggunakan air laut supaya kami boleh

menyesuaikan diri semasa berada di laut di samping bersifat sedikit bomoh

dalam kalangan orang ramai. Hal ini juga dapat mengurangkan ketakutan guru-

guru pelatih yang menghadapi fobia air.

Kemudian, latihan tukar nafas telah dijalankan. Encik Hishamuddin telah

membahagikan kami secara berpasangan untuk menjalankan aktiviti ini secara

bergilir-gilir. Ini dapat menjamin keselamatan guru-guru pelatih di samping dapat

menjaminkan mereka yang fobia terhadap aktiviti air lebih berkeyakinan untuk

menjalankan aktiviti yang seterusnya.

Semasa menjalankan latihan tersebut, pensyarah mengingati kami

supaya menggunakan cara pernafasan yang betul. Selepas itu, kami diarahkan

untuk menahan nafas dan menyelamkan muka kami ke dalam air dalam

kumpulan secara bergiliran. Apabila oksigen tidak dapat menampung kegunaan,

kami menghembuskan udara melalui hidung dengan perlahan-lahan. Selepas

semua udara dikeluarkan, kami mengangkat muka daripada air dengan perlahan

dan seterusnya tarik nafas dengan sedalam-dalamnya. Seterusnya, kami juga

menjalankan aktiviti membuka mata di dalam air.

Latihan memasukkan kepala lebih dalam ke dalam air dan latihan

apungan berdiri juga dijalankan. Latihan ini adalah amat penting kerana ia

membolehkan guru pelatih yang fobia air mempunyai keyakinan untuk

menguasai teknik berenang. Untuk menjalankan latihan ini, pada permulaannya,

kami perlu memasukkan kepala ke dalam air supaya kaki kami dapat dinaikkan

34

Page 35: Combine 1.docx

ke atas dan merapatkan lutut ke dada. Tangan kami juga perlu diluruskan.

Kemudian, kami perlu menjarakkan lutut kami daripada dada untuk kembali

berdiri dan mengeluarkan kepala daripada air.

Selain itu, kami diarahkan melakukan apungan meniarap. Apungan

meniarap merupakan sejenis apungan pada permukaan air di mana bahagian

hadapan badan menghadap dasar laut manakala badan hendaklah terapung

pada permukaan air dengan kandungan udara dalam paru-paru. Untuk

melakukan apungan tersebut, kami diajar untuk merebahkan badan ke hadapan

dan meluruskan kaki. Setiap peserta perlu memegang tangan rakannya.

Manakala, bagi apungan terlentang, peserta diarahkan untuk berbaring dengan

meluruskan kaki ke hadapan. Semasa kami  terlentang, kami juga berpegang

tangan rakan kami. Kemudian, kami diarahkan untuk melakukan apungan tukar

arah. Kami membaring dengan meluruskan kaki ke depan dan menyilangkan

kaki kanan ke atas kaki kiri sewaktu kami hendak ke arah kiri. Jika ke kanan,

maka sebaliknya. Selepas itu, kami diarahkan untuk melakukan setiap apungan

yang dinyatakan di atas secara individu.

Setelah menguasai teknik mengapung, kami juga belajar beberapa gaya

berenang iaitu gaya katak dan gaya bebas. Encik Hishamuddin telah menunjuk

teknik berenang dan juga membetulkan gerakan badan kami yang salah semasa

berlatih bagi mengelakkan kami daripada tercedera. Akhirnya, guru-guru pelatih

telah berjaya untuk melaksanakan latihan tersebut dengan sempurna walaupun

dalam masa yang singkat.

Selepas itu, kami telah mendarat dan berehat selama 5 minit di atas

pantai. Encik Hishamuddin telah membahagikan semua guru pelatih kepada

enam kumpulan, iaitu kumpulan 2, 4 dan 6 berjalan kaki untuk sampai ke teluk

sebelah manakala kumpulan 1, 3 dan 5 menggunakan rakit untuk menyeberangi

laut. Setiap kumpulan terdiri daripada 6 orang guru pelatih yang mempunyai

kaum dan bangsa yang berbeza. Rakit yang digunakan merupakan rakit yang

35

Page 36: Combine 1.docx

dibina pada hari pertama. Pada hari itu, para guru pelatih telah diarahkan

membina rakit dengan menggunakan paip PVC, pelambung dan papan kayu

mengikut opysen masing-masing. Encik Arshad dan Encik Mohamad Jasa telah

mengajar guru-guru pelatih ikatan untuk menyambung dan mengetatkan

pelambung dengan paip PVC seperti simpul manuk, simpul buku sila dan

sebagainya. Selepas itu, kami telah bekerjasama untuk mengikat setiap

bahagian rakit tersebut.

Gambar 1.5.1 : Guru-guru pelatih sedang membuat rakit dengan menggunakan

tali dan cara ikatan yang ditunjukkan oleh En. Arshad dan En.

Mohamad Jasa pada hari pertama selepas taklimat keselamatan

di air

Gambar 1.5.2 : En. Mohamad Jasa sedang memberi arahan sebelum

menjalankan sesi kedua aktiviti air pada hari kedua

36

Page 37: Combine 1.docx

Gambar 1.5.3 : Guru pelatih sedang membawa rakit ke paras yang lebih

dalam dan seterusnya mula berakit

Untuk berakit, guru pelatih haruslah mempunyai motivasi yang tinggi.

Selain itu, kerjasama antara rakan juga memainkan peranan penting dalam

aktiviti tersebut. Jiwa, mental dan fizikal guru pelatih mestilah kuat dan tabah.

Jika seseorang tidak memberi kerjasama, kayak tersebut akan mengalami

kesukaran untuk terus mara ke depan. Oleh itu, ketua kumpulan perlu

berdedikasi dan memberi sokongan kepada semua ahli untuk menyelesaikan

masalah yang dihadapi semasa berakit di laut. Misalnya, Tuhan telah menguji

daya tahan guru pelatih pada hari ketiga. Guru pelatih telah menghadapi hujan

yang lebat semasa ingin berakit balik ke tempat asal. Tetapi pada akhirnya, kami

berasa sangat gembira kerana berjaya mengharungi cabaran tersebut dan

kembali ke tapak perkhemahan dengan selamat di bawah penjagaan pensyarah.

Antara yang paling menyeronokkan adalah semasa kami perlu berakit melawan

arus deras di pertengahan. Kami telah mengambil masa yang lama untuk

mengatasinya dan ini serupa-rupa satu kejayaan yang amat bangga kepada diri

sendiri setelah berjaya. Akhirnya, semua guru pelatih berjaya menyelesaikan

misi tersebut walaupun sesetengah orang mengalami mabuk laut ataupun

terjatuh ke dalam laut semasa berdayung.

37

Page 38: Combine 1.docx

Sementara kumpulan lain berakit menyeberangi teluk, kami telah berjalan

kaki sambil mengangkat bag rakan kami ke sana. Sewaktu kami tiba di destinasi,

kami telah membahagikan tugas antara satu sama lain. Sebahagian ahli

kumpulan kami telah mencari kayu atau batang yang kering supaya mudah

digunakan untuk menghidupkan api. Manakala beberapa orang ahli kumpulan

kami mencari batu-batu untuk mendirikan tempat untuk memasak. Oleh sebab

terdapat hujan yang lebat pada hari itu, kayu dan batang di kawasan tersebut

adalah basah dan susah untuk menghidupkan api. Namun begitu, kami telah

berjaya menghidupkan api dengan menggunakan cara yang betul dan berkesan

dengan bantuan mentor dan jurulatih-jurulatih aktiviti air kami. Dengan

pembahagian tugasan kepada ahli-ahli kumpulan yang sistematik, kumpulan

kami telah menyempurnakan tugas memasak dalam masa satu jam. Kami

berpeluang makan tengah hari dengan rakan-rakan sambil menikmati keindahan

pemandangan laut dan alam sekitar. Ini merupakan satu pengalaman yang

sangat istimewa bagi kami semua. Selepas makan, kami telah membersihkan

tapak memasak dan semua peralatan memasak sebelum balik. Kami turut

membungkus semua sampah sarap bagi menjaga kebersihan alam sekitar.

Gambar 1.5.4 : Guru-guru pelatih sedang memasak tengah hari pada

pertengahan sesi kedua aktiviti air dijalankan sebagai waktu rehat pada hari

kedua

Untuk menambahbaikan aktiviti air ini, terdapat beberapa cadangan telah

dikemukakan. Pakaian guru pelatih perlu diberi perhatian dan ditambahbaikan

38

Page 39: Combine 1.docx

lagi. Pakaian guru-guru pelatih seharusnya ditukar kepada pakaian yang lebih

sesuai, terutamanya kain pakaian yang ringan. Pakaian ini dapat memudahkan

pergerakan seseorang dan juga tidak memberi beban kepada guru pelatih.

Selain itu, guru-guru pelatih perempuan seharusnya memakai topi berenang

kerana rambut panjang mereka telah menganggu penglihatan mereka semasa

berenang di dalam laut. Di samping itu, bahan bakar yang digunakan haruslah

cukup untuk menampung keperluan memasak. Sekiranya ranting-ranting kayu

digunakan dalam aktiviti memasak, tapak memasak yang dipilih mestilah di

kawasan yang mudah untuk mendapatkan bahan tersebut. Guru pelatih yang

menjalankan aktiviti air pada hari ketiga juga perlu memeriksa keadaan rakit

demi keselamatan diri kerana ikatan telah longgar selepas aktiviti air dijalankan

pada hari kedua.

Kesimpulannya, aktiviti ini memberi banyak iktibar kepada kami. Daya

kekuatan, ketahanan dan daya kelenturan badan guru-guru pelatih dapat

ditingkatkan. Aktiviti ini juga telah membantu kami membina jati diri dan

mendisiplinkan diri. Selain itu, aktiviti ini penting untuk menyihatkan tubuh badan

kita dan meningkatkan tahap kecerdasan dan kesihatan kita. Kita tidak boleh

berputus asa jika kita menghadapi masalah semasa mendidik anak muda kita.

Kita harus bersikap positif sama seperti sikap keyakinan dan keberanian kita

semasa menyeberangi laut tersebut.

39

Page 40: Combine 1.docx

2.0 Refleksi Umum

Terlebih dahulu, kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada

semua pensyarah yang menjayakan program Bina Insan Guru (BIG) Fasa 1 Siri

3 di Teluk Gorek, Mersing dari 28 Februari hingga 2 Mac 2012, terutama sekali

mentor kami, Dr. Sia Keng Yek yang telah meluangkan masa beliau untuk

menemani kami sepanjang program ini dijalankan. Tidak ketinggalan juga kami

ingin mengucapkan terima kasih kepada rakan-rakan dari 1 PISMP BM dan 1

PISMP TESL 2 yang telah memberi kerjasama dan dorongan kepada kami

sepanjang program ini dijalankan. Yang paling penting sekali, kami juga ingin

bersyukur kepada Tuhan kerana memberkati kepada semua peserta dan

pensyarah, dapat melaksanakan program ini dengan sempurna dan semuanya

sampai ke tapak perkhemahan dalam keadaan sihat dan pulang ke IPG dengan

badan yang sihat juga.

Sebelum program ini dijalankan, dalam hati kami hanya berasa bahawa

program ini adalah hanya satu aktiviti yang biasa, dan tidak mendatangkan

terlalu banyak input kepada kami. Tetapi, telah dibuktikan bahawa persepsi kami

telah salah sebenarnya. Ini adalah kerana melalui aktiviti-aktiviti yang dijalankan,

pelbagai nilai murni, cara memasak dengan tiada bantuan gas, teknik asas

berenang dan sebagainya. Antaranya terdapat yang tidak dapat kita belajar dari

buku atau mestilah melalui praktik di kehidupan, barulah kita dapat mempelajari

teknik-teknik tersebut dengan sepenuhnya.

Sepanjang program ini dijalankan, kami telah dipupuk dan dikukuhkan lagi

nilai toleransi antara satu sama lain. Guru-guru peserta yang mengikuti program

ini termasuklah Cina, Melayu, India, Iban dan sebagainya. Sebagai seorang

warganegara Malaysia, kita haruslah sedar bahawa sifat toleransi adalah begitu

penting sekali dalam negara kita kerana negara kita merupakan satu negara

yang terdiri daripada banyak kaum. Ketidak wujudnya nilai toleransi ini akan

menyebabkan negara kita tidak dapat dimajukan dan selalu berlakunya huru-

40

Page 41: Combine 1.docx

hara dalam negara. Yang penting sekali, kami dapat mempelajari berdikari tanpa

bergantung kepada bantuan keluarga. Dalam kata Cina bahawa semasa di

keluarga, kita hendaklah bergantung kepada ibu bapa dan bergantung kepada

kawan-kawan apabila kita berada di luar keluarga. Dalam program ini, pepatah

kata ini telah ditunjukkan dengan sempurna sekali. Di sini, kami hanya boleh

berganding bahu, tanpa mengira bangsa, kaum dan agama, untuk

menyelesaikan tugasan yang diberi dan akhirnya mencapai matlamat program

ini. Nilai-nilai murni dan sikap positif ini telah dipupuk dan dikukuhkan lagi dalam

kalangan guru-guru pelatih melalui semua aktiviti yang dijalankan sepanjang

program ini dilaksanakan terutama sekali semasa latihan dalam kumpulan (LDK),

pembinaan jati diri dan aktiviti Takzirah bagi yang beragama Islam dan sesi

Moral bagi mereka yang tidak beragama Islam.

Selain itu, kami semua telah mempelajari teknik-tenik asas berenang,

mengapungkan diri dan tukar pernafasan di dalam air. En. Hishamuddin yang

merupakan ketua jurulatih air telah membimbing kami mempelajari teknik-teknik

tersebut secara ansur maju. Aktiviti air telah dibahagikan kepada dua sesi, iaitu

sesi pertama dan sesi kedua. Sesi pertama bermatlamat utama untuk menbina

keyakinan diri dalam guru-guru pelatih supaya tidak fobia terhadap air atau laut,

di mana En. Hishamuddin telah berjaya melakukan tugasan ini dan semua guru

pelatih selepas tamat sesi pertama sekurang-kurangnya telah mempelajari teknik

mengapungkan diri di atas laut.

Di mana pula, melalui aktiviti kembara yang dibimbiung oleh En. Abdul

Latif sebagai ketua jurulatih darat, kami telah mengharungi pelbagai rintangan

yang tidak diharungi semasa aktiviti harian. Sebagai contoh, kami telah

menyeberangi sungai dengan titi yang begitu halus dengan bantuan sebatang

tali yang tebal. Jalan-jalan yang kami lalui semasa aktiviti kembara juga tidak

begitu senang dan ia memerlukan ketabahan dan keyakinan diri agar dapat

mengharungi semua rintangan tersebut. Ini adalah sebagai cabaran-cabaran

yang kami perlu atasi dalam hidupan harian kami. Walaubagaimanapun, kami

41

Page 42: Combine 1.docx

semua telah berjaya mengatasi cabaran-cabaran ini dengan hati yang tabah

serta galakan dan dorongan dari rakan-rakan sekalian.

Akhirulkalam, kami tidak akan lupa tentang matlamat BIG dan berjanji

berusaha memupuk diri menjadi guru yang berdaya maju sebelum kami tamat

pengajian di IPGKTI. Kami berpegang janji untuk menjadi guru yang

berkebolehan dan mendidik generasi baru dengan penuh dedikasi tanpa

mengenal jemu. Kami bukan sahaja melahirkan anak – anak murid kelas minda

pertama malah perlu perkembangan seimbang dari aspek JERIS, bak kata

pepatah “ Pemuda Harapan Bangsa, Pemudi Tiang Negara”.

Sekian, terima kasih.

Gambar 2.0.1 : En. Adib, Ketua Jabatan PJPK memberi ucapan semasa upacara

penutupan majlis

42

Page 43: Combine 1.docx

Gambar 2.0.2 : Opsyen kami mengambil gambar dengan mentor, Dr. Sia Keng

Yek selepas upacara penutupan majlis

43