combine bab 1-5 percintaan

99
BAB 1 PENGENALAN 1.1 Pengenalan Manusia dan cinta memang tidak dapat dipisahkan. Cinta mempunyai pengertian yang amat luas. Hubungan percintaan merupakan hubungan timbal-balik antara pasangan (Collins, 2003). Secara dasarnya, cinta bermaksud perasaan kasih dan sayang terhadap sesuatu tetapi dalam konteks perbincangan ini, cinta yang difokuskan adalah cinta sesama manusia atau lebih spesifik lagi cinta dalam kalangan pelajar di kampus. Fitrah manusia sememangnya tidak dapat lari daripada cinta lebih-lebih lagi golongan muda yang baru ingin memulakan 1

Upload: aaron-reyes

Post on 28-Sep-2015

238 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

kajian percintaan semasa belajar di upm

TRANSCRIPT

BAB 1

PENGENALAN1.1 Pengenalan

Manusia dan cinta memang tidak dapat dipisahkan. Cinta mempunyai pengertian yang amat luas. Hubungan percintaan merupakan hubungan timbal-balik antara pasangan (Collins, 2003). Secara dasarnya, cinta bermaksud perasaan kasih dan sayang terhadap sesuatu tetapi dalam konteks perbincangan ini, cinta yang difokuskan adalah cinta sesama manusia atau lebih spesifik lagi cinta dalam kalangan pelajar di kampus. Fitrah manusia sememangnya tidak dapat lari daripada cinta lebih-lebih lagi golongan muda yang baru ingin memulakan kehidupan sebagai seorang yang dewasa. Kekosongan hati dapat diisi dengan wujudnya perasaan cinta. Pengalaman hubungan percintaan berperanan membentuk kendiri melalui persepsi terhadap diri sendiri dalam hubungan yang dibina dan penghargaan kendiri global (Furman & Shaffer 2003). Dengan lebih teliti, Furman dan Shaffer (2003) melihat hubungan percintaan sebagai pemusatan utama remaja dan ia membentuk perkembangan kendiri remaja.

Setiap manusia mempunyai perasaan ingin memiliki dan dimiliki apabila telah tiba di peringkat usia tertentu. Naluri yang terdapat dalam diri setiap manusia yang normal akan mendorong manusia untuk saling berkasih sayang (Damon, 1999). Perasaan yang wujud daripada kasih sayang yang diberi dan diterima akan mempengaruhi kehidupan pelajar. Dalam kalangan pelajar pada masa kini, cinta sesama pelajar telah menjadi satu trend atau kebiasaan. Menurut Mariani (2008), seseorang individu terutamanya pelajar memerlukan sokongan sosial dan emosi untuk menghadapi cabaran dan melalui kehidupan sebagai seorang pelajar. Interaksi yang wujud antara seorang lelaki dan perempuan akan mampu mewujudkan satu hubungan yang menuntut komitmen, tanggungjawab, serta melibatkan unsur keghairahan.

Percintaan adalah berbeza dengan persahabatan kerana percintaan perlu dihiasi dengan keintiman (Connolly et al. 1999). Banyak kajian yang telah dilakukan dan mendapati pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan merupakan salah satu punca tercetusnya gejala sosial seperti seks bebas dan pembuangan bayi. Mengikut statistik yang dikeluarkan oleh Polis DiRaja Malaysia (PDRM), sebanyak 517 kes pembuangan bayi direkodkan untuk jangka masa enam tahun iaitu antara tahun 2005 hingga 2011 (Dewan Masyarakat, 2012). Hal ini telah menimbulkan kebimbangan yang bukan sedikit. Isu ini jika diperhatikan menjadi semakin berleluasa dan seolah-olah menjadi trend golongan muda pada hari ini yang terlanjur melakukan hubungan seks sehingga melahirkan anak luar nikah. Walaupun tidak semua pasangan yang bercinta terlibat dalam kegiatan yang tidak sihat, namun hal ini cukup untuk mewujudkan persepsi negatif segelintir ahli masyarakat yang memandang serong terhadap golongan pelajar yang bercinta. Namun, segalagalanya bergantung kepada pembawaan diri pelajar itu sendiri. Kebanyakan pelajar universiti terdiri daripada golongan yang berusia awal 20-an atau awal dewasa. Pada peringkat usia ini, golongan awal dewasa mula memikirkan dan mempunyai kecenderungan untuk menjalin hubungan intim. Pada peringkat usia ini juga, pembuatan keputusan adalah penting untuk memilih pasangan, berkahwin dan menjadi ibu bapa (Brown, 1999).

Pelajar yang terlibat dalam percintaan terdiri daripada pelbagai latar belakang termasuklah dari mana mereka datang, sejak bila mereka melibatkan diri dalam hubungan percintaan, apa yang mendorong mereka untuk bercinta, mengapa mereka bercinta dan bagaimana mereka boleh terlibat dalam percintaan. Persoalan-persoalan ini amat menarik untuk dikupas kerana profil pelajar yang terlibat dalam percintaan akan memberi gambaran ciri-ciri dan karakter pelajar yang bercinta (Susan, 1997). Isu cinta kampus kadang-kala mengundang kontroversi kerana sesetengah orang berpendapat bahawa pelajar hanya perlu fokus dan memberi tumpuan yang sepenuhnya terhadap pelajaran tanpa perlu mencampuradukkan perkara lain yang boleh mengganggu tumpuan pelajar terhadap pencapaian akademik. Hal ini merujuk kepada matlamat asal pelajar melanjutkan pelajaran di institusi pengajian tinggi iaitu untuk memilki masa depan yang cerah, berjaya memperoleh apa yang diimpikan dan mengumpul sebanyak mungkin ilmu yang boleh digunakan untuk meneruskan kehidupan. Potensi diri pelajar juga akan dicungkil ketika mengikuti pengajian di institusi pengajian tinggi kerana pelajar merupakan generasi pewaris yang bakal menjadi tunjang kepimpinan negara pada masa hadapan.

Banyak faktor yang boleh dikaitkan dengan hubungan percintaan termasuklah faktor perkembangan psikologi, pengaruh rakan sebaya, naluri remaja dan juga pengaruh media massa dan elektronik. Dalam era teknologi yang serba canggih pada masa kini, tiada halangan untuk pelajar berkomunikasi antara satu sama lain. Semuanya boleh dilakukan dengan hanya menggunakan hujung jari sahaja. Kewujudan pelbagai laman sosial yang mewujudkan interaksi secara tidak langsung boleh mempengaruhi penglibatan pelajar dalam hubungan percintaan (Berita Harian, 2011). Banyak cinta yang dijalinkan melalui medium laman web sosial walaupun risiko akibat komunikasi secara tidak bersemuka yang diaplikasikan oleh pengguna laman web sosial boleh mengundang perkara-perkara negatif lain yang mungkin akan terjadi. Rakan sebaya pula sering menjadi punca kepada banyak permasalahan sosial yang berlaku pada masa kini. Pengaruh yang terhasil daripada hubungan dengan rakan sebaya boleh mengubah pendirian dan kelakuan pelajar (Zainuddin, 2009). Akibat terpengaruh, kadang-kala individu boleh hilang pertimbangan dan bertindak mengikut perasaan tanpa berfikir secara rasional. Tujuan percintaan adalah antara isu utama yang perlu diberi perhatian kerana apa yang diinginkan tentang masa depan percintaan akan menentukan tindakan dan tingkah laku pelajar yang bercinta pada masa kini. Matlamat cinta yang jelas dan berfokus akan mendorong pelajar untuk mempunyai sikap-sikap tertentu begitu juga sebaliknya (Knox, 2001). Setiap individu mempunyai pegangan dan prinsip hidup yang tersendiri. Apabila bercinta, prinsip hidup yang dipegang akan menjadi garis panduan untuk pelajar bertingkah laku dalam hubungan percintaan tersebut.

Setiap individu mempunyai persepsi yang berbeza terhadap hubungan percintaan yang dijalinkan dalam kalangan pelajar. Hubungan percintaan dilihat sebagai sumber keyakinan dan membentuk kemahiran interpersonal terutamanya berkaitan dengan penerimaan rakan sebaya dan mengukuhkan reputasi atau imej (Brown, 1999) dan keupayaan pengawalan serta pengluahan emosi (Davila et al, 2007). Hubungan ini juga dicirikan dengan kepuasan dan sokongan emosi (Sieffge-Krenke, 2003). Terdapat beberapa kemungkinan yang wujud iaitu sama ada percintaan akan menjadi pendorong kepada pelajar untuk mencapai kecemerlangan dalam pelajaran atau akan merosakkan potensi diri pelajar dan akan melemahkan pelajar sekiranya hubungan percintaan yang dibina tidak stabil atau berlaku konflik. 1.2Kenyataan Masalah

Isu percintaan dalam kalangan pelajar bukanlah isu yang baru diperkatakan. Isu ini telah lama timbul dan masyarakat telah didedahkan dengan pelbagai isu lain yang wujud akibat hubungan percintaan yang dijalinkan dalam kalangan pelajar terutamanya pelajar-pelajar di institusi pengajian tinggi (IPT). Kebanyakan masalah sosial yang berlaku pada masa kini dikatakan banyak berpunca daripada pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan sehingga menyebabkan golongan pelajar terlibat dalam kebejatan sosial seperti gejala buang bayi, seks bebas, mengandung anak luar nikah, serta rakaman dan penyebaran gambar dan video lucah. Hal ini tidak boleh dipandang ringan kerana ikatan kasih sayang merupakan sesuatu yang bersifat positif tetapi telah disalahertikan sehingga menyebabkan golongan muda terjebak dalam kancah maksiat. Persoalan utama yang perlu diajukan adalah apakah rasionalnya sesuatu hubungan percintaan itu terbina? Adakah setiap pasangan itu tahu objektif dan hala tuju percintaan yang dijalinkan?

Percintaan dalam kalangan pelajar merupakan satu perkara biasa yang boleh dilihat di mana-mana IPT. Pelajar dilihat sering menghabiskan masa bersama pasangan masing-masing sekiranya mempunyai masa terluang. Persepsi pelajar terhadap percintaan dan bagaimana sesuatu hubungan percintaan itu perlu dikendalikan seharusnya difahami oleh pelajar. Kawalan kendiri amat penting agar pelajar dapat bertindak dan bertingkah laku dengan sewajarnya dengan menitikberatkan aspek nilai dan batas agama. Nilai yang dipegang memungkinkan pelajar untuk bertindak dengan lebih rasional apabila menjalinkan hubungan percintaan. Tiada unsur-unsur negatif yang harus wujud dalam sesuatu perhubungan yang terjalin sebaliknya percintaan perlu dijalin secara sederhana kerana hubungan cinta yang berlebih-lebihan akan mengundang banyak isu dan masalah. Hala tuju sesuatu hubungan perlu difahami dengan jelas. Percintaan sememangnya lumrah dan hadir berikutan naluri manusia yang terdorong untuk mengasihi dan dikasihi. Faktor-faktor yang menyebabkan pelajar cenderung untuk bercinta perlu dikaji bagi mengawal kecenderungan pelajar untuk bercinta.

Selain itu, isu wanita lambat berkahwin atau istilahnya anak dara tua juga hangat diperkatakan pada masa kini. Percintaan ketika masih bergelar pelajar mungkin boleh menjadi jaminan kepada seseorang itu untuk berkahwin dan memiliki pasangan hidup kerana apabila telah bekerja, tumpuan dan komitmen lebih diberikan kepada kerjaya untuk meningkatkan kualiti hidup. Ketika masih menuntut, pelajar masih mempunyai masa untuk memenuhi keinginan diri untuk berpasangan. Kesibukan ketika bekerja menyebabkan golongan yang lambat berkahwin ini tidak mempunyai masa untuk mencari teman hidup. Terdapat juga wanita pada hari ini yang memegang jawatan yang lebih tinggi daripada lelaki dan menyebabkan mereka menjadi terlalu selektif atau memilih sehingga sukar untuk menemui calon yang sesuai untuk dijadikan pasangan hidup. Lelaki pula tidak cenderung untuk mendekati wanita yang mempunyai taraf hidup yang lebih tinggi dan berpangkat besar kerana risau akan pandangan masyarakat serta disebabkan ego lelaki yang tidak mahu dipandang rendah oleh wanita.Secara umumnya, penyelidikan ini direkabentuk bertujuan untuk memperihalkan percintaan dalam kalangan mahasiswa yang memfokuskan kepada pelajar di Universiti Putra Malaysia. Secara spesifiknya, kajian ini akan mengenal pasti profil pelajar yang terlibat dalam percintaan yang merangkumi umur pelajar, bangsa, latar belakang keluarga, dan pencapaian akademik pelajar. Di samping itu, kajian ini juga akan mengenal pasti tujuan pelajar terlibat dalam percintaan dan faktor-faktor yang mendorong pelajar untuk terlibat dalam hubungan percintaan. Persepsi responden mengenai percintaan dalam kalangan pelajar juga turut dikenal pasti dan dihuraikan. Secara ringkasnya, terdapat empat persoalan yang akan dikupas dalam kajian ini.1. Apakah profil pelajar yang terlibat dalam percintaan?

2. Apakah faktor-faktor yang mendorong pelajar menjalinkan hubungan percintaan?

3. Apakah tujuan pelajar terlibat dalam hubungan percintaan?

4. Apakah persepsi pelajar terhadap percintaan?1.3Objektif Kajian

1. Mengenal pasti profil pelajar yang terlibat dalam menjalinkan hubungan percintaan.

2. Mengenal pasti faktor penglibatan pelajar dalam hubungan percintaan.

3. Mengenal pasti tujuan penglibatan pelajar dalam hubungan percintaan.

4. Mengenal pasti persepsi pelajar terhadap percintaan.1.4Kepentingan Kajian

Kajian ini mempunyai kepentingan yang tersendiri. Kepentingan kajian ini boleh dibahagikan kepada 3 aspek yang merangkumi kepentingan terhadap individu, masyarakat dan polisi. Kepentingan terhadap individu dapat dilihat apabila kajian ini dapat memberi gambaran kasar kepada golongan pelajar tentang keperluan hubungan cinta dalam kalangan pelajar itu sendiri dan adakah persepsi mereka rasional serta selari dengan matlamat sebenar hubungan cinta tersebut wujud. Setiap individu pastinya mempunyai pendapat masing-masing namun setiap pendapat itu pasti mempunyai kelebihan dan kekurangan. Melalui kajian ini, dapat dilihat sejauh mana persepsi pelajar tentang percintaan dan adakah persepsi tersebut relevan atau tidak. Sekurang-kurangnya, sekiranya pelajar mempunyai persepsi dan tujuan yang agak negatif, hal ini masih boleh diperbetulkan supaya hubungan cinta yang dibina tidak terpesong dan tersasar jauh.

Bagi masyarakat, kajian ini boleh memberi pengetahuan di samping boleh dijadikan rujukan bagi mendapatkan informasi yang berkaitan dengan isu-isu sosial terutamanya dalam kalangan pelajar. Melalui dapatan kajian ini juga, masyarakat boleh membuat penilaian sendiri tentang sejauh mana golongan muda atau pelajar melibatkan diri dalam percintaan dan mengetahui pemikiran pelajar berkenaan matlamat percintaan tersebut. Sekiranya pelajar tidak berada pada landasan yang betul dalam percintaan atau tersasar daripada matlamat yang sepatutnya, sekurang-kurangnya unit terkecil dalam struktur masyarakat iaitu keluarga boleh memainkan peranan untuk memperbetulkan keadaan dan memberi kesedaran kepada pelajar.

Akhir sekali adalah kepentingan kajian ini kepada pembentukan polisi di negara ini. Banyak agensi, pertubuhan mahupun persatuan seperti Majlis Belia Malaysia (MBM), Kementerian Belia dan Sukan (KBS), Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) yang boleh menggunakan data dan maklumat yang diperoleh daripada kajian ini untuk sebarang program pembangunan pelajar atau penyediaan modul penerapan nilai dan tingkah laku positif sekiranya perlu untuk mengelakkan pelajar terlibat dalam gejala sosial yang mungkin timbul akibat percintaan. Satu polisi atau garis panduan baru yang bersesuaian mungkin boleh diperkenalkan untuk memastikan pelajar sentiasa berada di landasan yang betul dan berfikiran rasional dalam apa jua perkara agar tidak mengganggu proses pembelajaran dan pembangunan pelajar itu sendiri.

1.5Definisi Istilah

Percintaan

Konseptual :Perihal bercinta dan berkasih-sayang (antara lelaki dan perempuan) (Kamus Dewan, Edisi Keempat, 2010).Operasional :Hubungan cinta berlainan jantina dalam kalangan pelajar Universiti Putra Malaysia (UPM) tanpa mengira latar belakang pelajar dan pasangan.

Mahasiswa

Konseptual :Pelajar (penuntut) di universiti (Kamus Dewan, Edisi Keempat, 2010).Operasional :Pelajar yang masih mengikuti pengajian di UPM yang berusia dalam lingkungan 19-26 tahun yang melibatkan pelajar prasiswazah tahun pertama hingga tahun keempat.

1.6Kerangka Konseptual

Rajah 1.6.1 :Kerangka konseptual mengenai persepsi mahasiswa Universiti Putra Malaysia terhadap hubungan percintaan.1.7Limitasi Kajian

Limitasi pertama yang terdapat dalam kajian ini adalah responden yang dikaji terdiri daripada kalangan pelajar atau mahasiswa sahaja yang mana majoriti daripada golongan ini terdiri daripada golongan remaja dan awal dewasa. Oleh itu, kajian ini tidak mewakili impak keseluruhan bagi peringkat umur yang lain. Bagi kajian ini, borang soal selidik digunakan untuk mengumpul data dan kaedah ini mempunyai beberapa kelemahan. Antaranya adalah kemungkinan berlakunya ketidaktelusan ketika responden menjawab setiap soalan bagi mewakili diri mereka. Kemungkinan responden akan menjawab tanpa mengikut gambaran sebenar dan bukan berdasarkan pendapat peribadi mereka atau apa yang benar-benar mereka lalui.

Selain itu, seperti yang diketahui borang soal selidik dijawab sendiri oleh responden dan unsur bias boleh berlaku seterusnya mengakibatkan keputusan yang diperoleh kurang jitu. Mungkin terdapat golongan responden yang tidak mahu memberi kerjasama seperti yang dikehendaki sehingga menyebabkan timbulnya masalah ketika pengumpulan data dilakukan. Di samping itu, kajian mengenai percintaan dalam kalangan mahasiswa ini juga hanya dilakukan dalam tempoh masa tertentu sahaja dan tidak secara menyeluruh atau jangka masa panjang. Hal ini sedikit sebanyak memberi kesan kepada gambaran sebenar yang seharusnya diperoleh. BAB 2

TINJAUAN LITERATUR

2.1 PengenalanBahagian ini menerangkan tentang kajian yang pernah dijalankan oleh pengkaji terdahulu dan mempunyai kaitan dengan subjek yang ingin dikaji dalam penyelidikan ini. Bahagian ini mempunyai kepentingan yang tersendiri iaitu memberi panduan dan gambaran terhadap kajian yang akan dilakukan. Pengetahuan pengkaji berkaitan tajuk yang dikaji juga akan meningkat dan memudahkan pengkaji untuk melakukan perbandingan terhadap kajian-kajian yang pernah dilakukan sebelum ini. Dalam bahagian ini, pengkaji menghuraikan secara ringkas mengenai pengertian cinta, cinta menurut perspektif Islam, jenis-jenis cinta dan percintaan dalam kalangan pelajar berdasarkan kajian lepas.

2.2 Pengertian CintaCinta mempunyai pelbagai makna dan kadang-kala sukar untuk ditafsirkan. Cinta selalu dikaitkan dengan perapatan antara individu (Shaver et al., 1988). Apabila individu berinteraksi dan mempunyai tarikan antara satu sama lain, perasaan cinta akan wujud. Kadang-kala, cinta sukar difahami dan tidak mampu untuk diertikan oleh sesiapa yang terlibat kerana sifatnya yang begitu subjektif.Cinta adalah satu label sosial yang menggambarkan perasaan dalaman dan boleh diluahkan dalam pelbagai bentuk. Fehr (1988) menyatakan bahawa cinta terbahagi kepada beberapa elemen iaitu komponen positif yang afektif (perasaan bahagia), tingkah laku dengan orang yang dicintai (melakukan pelbagai perkara untuk kebaikan bersama) dan persepsi tentang pasangan (hanya melihat kualiti yang baik yang dimiliki oleh pasangan). Cinta akan membawa seseorang ke satu tahap kebahagiaan yang belum pernah dirasai dan memberikan kesan dalam hidup seseorang. Dalam satu kajian yang pernah dijalankan, para pengkaji mendapati bahawa cinta dialami dan ditafsirkan dalam bentuk tindakan, perasaan fisiologi, persepsi bukan lisan dan sebagai satu jenis hubungan (Marston et al., 1988).Plato berpendapat bahawa cinta tidak berunsurkan sikap mementingkan diri sendiri tetapi menekankan saling pertukaran dan toleransi secara resiprokal (Halperin, 1990). Hubungan timbal-balik antara pasangan yang bercinta amat penting untuk memastikan kesejahteraan dan kebahagiaan hubungan yang dibina. Saling bertoleransi adalah salah satu ciri yang perlu ada dalam diri setiap pasangan yang bercinta. Apabila salah seorang mempunyai masalah, pasangan memainkan peranan yang amat penting untuk membantu menyelesaikan masalah yang dihadapi seterusnya mencari jalan penyelesaian. Pasangan yang dimiliki juga dianggap sebagai sumber inspirasi dan pemberi motivasi dalam apa jua perkara yang dilakukan. Hidup tidak bermakna dan berbaloi dengan segala usaha dan kepayahan tanpa seseorang yang dicintai sepenuh hati berada di sisi (Gavin, 2003).

Stenberg (1988) memperkenalkan teori segitiga cinta yang mengenalpasti tiga komponen iaitu keintiman, keghairahan dan komitmen. Ketiga-tiga komponen ini mempunyai peranan yang tersendiri dalam menguatkan lagi hubungan cinta yang dibina. Keintiman adalah komponen emosi yang melibatkan kehangatan, komunikasi jender, sensitif terhadap kesejahteraan orang lain serta keinginan pasangan untuk memberi dan menerima. Keghairahan pula merujuk kepada keinginan untuk melakukan aktiviti seksual dan romantik iaitu komponen fizikal dan psikologi. Komitmen pula adalah komponen kognitif yang menjadi kayu pengukur kepada pasangan untuk mengekalkan hubungan yang dibina. Menurut Jefson (2006), cinta sering dikelirukan dengan nafsu dan keberahian. Cinta yang sejati adalah cinta yang dibina atas dasar kejujuran dan keikhlasan serta tidak hanya mengikut kehendak nafsu. Cinta yang kekal menekankan konsep penerimaan tentang kebaikan dan keburukan pasangan dan masing-masing berperanan untuk saling melengkapi antara satu sama lain bagi mencapai kesejahteraan hidup. Cinta juga adalah mengenai suatu perasaan yang mendalam serta bersifat kepatuhan. Kepatuhan merujuk kepada ketaatan seseorang kepada pasangan selagi sesuatu perkara itu tidak melanggar peraturan, batas yang ditetapkan agama dan norma masyarakat.2.3Cinta Dari Sudut Psikologi

Abraham Maslow mengenalpasti lima keperluan asas manusia (Damon, 1999). Salah satu daripadanya adalah keperluan kasih sayang dan termilik. Setiap individu memerlukan kasih sayang dan perasaan untuk dimiliki dan memiliki. Apabila kedua-dua keperluan ini dipenuhi, individu akan mempunyai tempat untuk mengadu, bermanja, bermesra dan meluahkan perasaan seterusnya mewujudkan kehidupan yang lebih bermakna. Hal ini amat penting bagi memastikan individu dapat mengecapi kehidupan dengan lebih sempurna dan bermotivasi untuk melakukan apa jua perkara. Perkembangan hidup individu juga akan menjadi lebih positif dan menjamin kehidupan yang berjaya. Komitmen terhadap matlamat dan nilai yang tertentu menyediakan golongan awal dewasa kepada komitmen interpersonal yang semakin meningkat selari dengan perkembangan awal dewasa (Kroger, 2007). Secara psikososial pula, Erik Erikson memperkenalkan lapan tahap perkembangan psikososial bagi manusia (Carver, 2003). Pada tahap keenam iaitu kemesraan lawan pemencilan atau pengasingan, individu mula meninggalkan rumah dan membentuk hubungan intim dengan orang lain di luar sistem keluarga orientasi. Pengalaman awal pada peringkat remaja akan mempengaruhi kemampuan golongan awal dewasa mewujudkan hubungan dengan orang lain pada tahap ini. Mencari pasangan hidup adalah salah satu proses perjalanan hidup bagi peringkat awal dewasa yang memberi kesan mendalam terhadap konsep kendiri dan kesejahteraan psikologi (Meeuset al., 2007). Menurut Arnett (2000), peringkat awal dewasa adalah peringkat penerokaan identiti. Membuat pilihan adalah salah satu cara untuk seseorang mengenali identiti diri. Tidak hairanlah pada peringkat usia awal dewasa, kebanyakan individu lebih-lebih lagi golongan pelajar memiliki pasangan masing-masing. Individu yang mempunyai estim diri yang rendah ragu-ragu bahawa seseorang akan menyintai dan menerima diri mereka seadanya (De Hart et al., 2002). Schoebi (2008) mendapati emosi seseorang dipengaruhi oleh pasangan. Golongan dewasa yang mempunyai sejarah perapatan yang selamat dengan keluarga akan bersifat mudah untuk didekati, selesa dengan keintiman, dan jarang berasa risau terhadap peminggiran oleh pasangan mahupun terhadap sesiapa yang cuba untuk merapati mereka. Berdasarkan sikap-sikap ini, mereka mencirikan kepentingan dalam hubungan percintaan berpandukan kepercayaan, kebahagiaan, dan persahabatan (Cassidy, 2001). Oleh itu, tingkah laku mereka terhadap pasangan adalah berbentuk empati dan memberi sokongan serta lebih mudah mencari jalan penyelesaian sekiranya terdapat konflik. Mereka turut menjadikan pasangan sebagai sumber untuk mendapat keselesaan dan bantuan (Collins et al., 2006). Motif bagi seorang lelaki apabila membuat temu janji dengan pasangan adalah untuk keseronokan dan meningkatkan status dalam kalangan rakan-rakan (Smiler, 2008). Perempuan lebih berminat untuk menjalinkan hubungan percintaan dengan lelaki seusia dan sedikit berusia berbanding umur mereka manakala lelaki lebih cenderung untuk mempunyai hubungan dengan perempuan yang lebih muda (Buunk, 2002). Lelaki lebih mahukan perhubungan yang melibatkan keintiman fizikal dalam jangka masa yang lebih singkat berbanding perempuan yang biasanya mengambil sedikit masa untuk mencapai keintiman psikologi terlebih dahulu (Buss, 2008). 2.4Percintaan Dalam Kalangan Pelajar Berdasarkan Kajian LepasFaktor hubungan dengan ibu bapa menyumbang kepada kecenderungan pelajar untuk bercinta. Memetik hasil kajian oleh Alden et.al.(1995) melaporkan bahawa remaja yang tinggal bersama ibu tunggal, bapa tunggal atau dibesarkan oleh nenek dan datuk mereka lebih cepat memulakan hubungan cinta dengan remaja yang berlainan jenis. Sebaliknya, remaja yang menerima perhatian dan kasih sayang daripada ibu dan bapa mereka, lebih cemerlang dalam bidang akademik, lebih banyak bergaul dengan rakan-rakan sejenis serta lambat melibatkan diri dalam hubungan cinta. Beliau melaporkan 33.9 peratus responden mengaku bahawa mereka terlibat dalam hubungan cinta. Harrison et.al (2000) mendapati remaja yang dibesarkan oleh ibu atau bapa tunggal atau keluarga lanjutan terutamanya nenek dan datuk mereka menyumbang lebih banyak masalah akademik dan masalah sosial di kalangan remaja. Mereka lebih awal terlibat dalam hubungan cinta dan perlakuan seks. Wei Z. (2007) telah melakukan penyelidikan mengenai percintaan dalam kalangan pelajar kolej. Objektif kajian ini dijalankan adalah untuk mengenal pasti faktor yang mendorong pelajar untuk bercinta. Kaedah yang digunakan adalah pengedaran borang soal selidik kepada responden yang terdiri daripada pelajar di empat buah universiti di wilayah Wuhan, China. Borang soal selidik ini telah menggunakan skala Likert untuk mendapatkan jawapan daripada responden dan SPSS digunapakai untuk menganalisis data yang diperoleh. Keputusan yang diperoleh daripada kajian ini adalah terdapat lima faktor utama yang yang mendorong pelajar untuk mencintai antara satu sama lain. Faktor-faktor yang dikenal pasti hasil daripada kajian ini adalah kemampuan individu, ciri-ciri personaliti, latar belakang keluarga, perasaan suka sama suka serta nilai yang dipegang.

Galmeier et al. (1997) mengkaji corak komunikasi pelajar dengan pasangan yang mana corak komunikasi menjadi salah satu elemen penentu kepada tujuan pelajar bercinta. 360 pelajar prasiswazah di 2 buah universiti menjadi responden. Beliau mendapati perempuan lebih suka untuk menyembunyikan informasi diri mereka termasuklah mengenai hubungan cinta yang lepas, apa yang dimahukan tentang sesuatu hubungan, dan apa yang tidak disukai tentang sikap pasangan. Dalam kes ini, keraguan timbul apabila matlamat percintaan seakan-akan tidak jelas kerana soal masa depan hubungan tidak dititikberatkan. Fuller dan Warner (2000) turut menjalankan kajian yang hampir sama dengan mengkaji 257 pelajar kolej dan mendapati perempuan mempunyai kebergantungan yang lebih tinggi terhadap pasangan berbanding lelaki. Mereka juga mendapati bahawa motif bagi seorang lelaki apabila membuat temu janji dengan pasangan adalah untuk keseronokan dan meningkatkan status dalam kalangan rakan.

Satu kajian telah dijalankan untuk meneroka makna hubungan romantik dan hubungannya dengan motif sosial. Kajian telah dijalankan daripada Ogos hingga Disember 2009. Temubual separa berstruktur telah digunakan untuk memungut data. Daripada 15 informan yang berpotensi, hanya lima orang yang terpilih untuk ditemubual. Fail sulit informan turut digunakan sebagai proses triangulasi dan pengesahan. Semua temubual dirakam dan kemudiannya ditranskripsikan manakala analisis thematik digunakan untuk menganalisis data. Keputusan kajian mendapati hampir semua remaja perempuan mentakrifkan hubungan romantik dari segi hubungan intim yang dikaitkan dengan hubungan seksual sementara itu motif sosial dilihat sebagai pengalaman bercinta dan dicintai serta keseronokan yang diperoleh apabila bercinta. Satu kajian telah dijalankan oleh Ellis dan Albert (2010) iaitu mengenai manusia dan perhubungan cinta. Dalam kajian ini, 500 orang pelajar kolej perempuan telah dipilih sebagai responden. 25% mengakui mereka terlibat dalam percintaan dengan 2 orang atau lebih lelaki secara serentak sekurang-kurangnya sekali manakala 58% mengaku bahawa mereka pernah menjalinkan hubungan intim dengan pasangan sekurang-kurangnya sekali. Hal ini menimbulkan persoalan tentang tujuan cinta yang dijalinkan kerana kesetiaan dalam hubungan cinta yang tidak dijadikan keutamaan dalam kalangan responden. Yang (2010) juga telah menjalankan kajian yang memberi fokus kepada analisis kepelbagaian tujuan percintaan dalam kalangan pelajar kolej. Antara tujuan pelajar bercinta dikenalpasti termasuklah untuk menghilangkan kesepian, kecenderungan untuk mendapat kemewahan, dan untuk keperluan seks. Daripada analisis yang telah dilakukan berdasarkan kajian ini, beberapa langkah yang bersesuaian telah dicadangkan. Antaranya adalah memberi pendidikan dan pendedahan tentang institusi keluarga kepada pelajar, memperkukuh pendidikan moral serta mengukuhkan perancangan pembelajaran bagi pelajar universiti. Semua langkah ini boleh membantu untuk mengurangkan konsep yang tidak sihat berkaitan tujuan percintaan dalam kalangan pelajar.

Gerow J.R (1993) telah menjalankan kajian berskala besar di Amerika Syarikat. Seramai 201 pelajar (83.8%) responden mempunyai tahap persepsi yang sederhana terhadap hubungan cinta. Dapatan kajian terhadap gaya bercinta telah menunjukkan tahap gaya bercinta di kalangan pelajar. Kajian ini merujuk kepada gaya bercinta yang diperkenalkan oleh John Alan Lee (1977). Gaya bercinta boleh menggambarkan persepsi pelajar tentang percintaan dan tujuan pelajar bercinta. Seramai 149 (62.1%) pelajar mempunyai tahap cinta pragmatik yang sederhana dan dengan min 3.58 gaya bercinta ini muncul sebagai gaya bercinta yang paling dominan di kalangan pelajar sekolah menengah. Seramai 174 (72.5%) pelajar mempunyai tahap gaya bercinta cinta milikan yang sederhana dengan min 3.06. Ini adalah gaya bercinta yang kedua dominan daripada kesemua enam gaya bercinta yang dikaji. Cinta altruistik diamalkan oleh 167 (69.6%) pelajar dan merupakan gaya bercinta ketiga yang diamalkan dengan min sebanyak 2.90. Seramai 156 (65.0%) pelajar mempunyai gaya bercinta cinta sahabat yang sederhana dengan min 2.82. Seramai 122 (50.8%) pelajar mempunyai gaya bercinta cinta romantik yang sederhana dengan min sebanyak 2.56 dan cinta mainan pula diamalkan oleh 122 (50.8%) pelajar. Gaya bercinta ini merupakan gaya bercinta yang terendah dengan min 2.55.

Dalam kajian yang dilakukan oleh Hatfield, Rapson dan Martel (2007), mereka mendapati bahawa dalam kalangan pelajar Asia, mereka kurang cenderung untuk melihat cinta dari perspektif tarikan fizikal dan emosi dalaman berbanding pelajar di Amerika dan Eropah. Mereka lebih menekankan kepada aspek persamaan latar belakang, peluang kerjaya pada masa hadapan, dan kemungkinan bagi pasangan untuk menjadi ibu bapa yang baik. Hal ini merujuk kepada objektif sesuatu hubungan cinta itu wujud kerana persepsi pelajar tentang tujuan percintaan akan menjadi penentu kepada masa depan hubungan. Dalam satu kajian mengenai hubungan percintaan dalam kalangan pelajar kolej di Universiti East Carolina dan persepsi mereka terhadap percintaan, 94% pelajar mengaku mereka pernah terlibat dalam percintaan. Data diperoleh melalui pengedaran borang soal selidik kepada 184 pelajar prasiswazah di Universiti East Carolina. Umur median bagi keseluruhan responden adalah 19 tahun. Cinta adalah pengalaman yang biasa dilalui dalam kalangan responden. Lebih satu pertiga daripada responden atau 36% pernah menjalinkan hubungan cinta sebanyak 3 kali atau lebih. Median bagi bilangan hubungan cinta yang pernah dijalinkan adalah sebanyak 2 kali manakala lebih 10% pernah menjalinkan hubungan cinta sebanyak 5 kali atau lebih. Pengalaman putus cinta juga biasa berlaku dalam kalangan responden. 84% mengatakan mereka pernah mengalami putus cinta sebanyak sekali atau lebih. Kebanyakan responden juga berpendapat bahawa semua masalah boleh diselesaikan dengan cinta dan cinta adalah segala-galanya bagi mereka. Analisis data juga mendapati bahawa status perhubungan seseorang adalah berkaitan dengan kepercayaan seseorang tentang kuasa cinta yang mampu menyelesaikan semua masalah.

Azizi dan Asiah (2001) telah menjalankan kajian yang bertujuan untuk mengenal pasti kewujudan fenomena cinta, janjitemu, dan hubungannya dengan masalah kebimbangan sosial pelajar-pelajar sekolah menengah. Persepsi pelajar diteroka dalam kajian ini. Seramai 240 orang pelajar daripada lapan buah sekolah di daerah Johor Bahru telah dipilih. Soal selidik berkenaan hubungan serta skala kebimbangan sosial untuk remaja telah digunakan. Hasil daripada kajian ini menunjukkan bahawa persepsi pelajar terhadap fenomena hubungan cinta, janjitemu, dan masalah kebimbangan sosial adalah di tahap sederhana. Manakala gaya bercinta yang dominan di kalangan pelajar sekolah menengah ialah cinta pragmatik.Hong dan Yongjin (2008) telah menjalankan kajian mengenai persepsi pelajar prasiswazah terhadap cinta dan perkahwinan. Seramai 1,531 orang pelajar telah dipilih yang mewakili kolej yang berlainan di beberapa bandar di China. Borang soal selidik yang diedarkan kepada responden mempunyai beberapa bahagian termasuklah motivasi cinta, kecenderungan perkahwinan, persepsi pelajar mengenai kebebasan dalam perkahwinan, nilai perkahwinan, pandangan pelajar tentang peranan perkahwinan, dan pandangan pelajar mengenai kesetiaan dalam perkahwinan. Dapatan kajian yang diperoleh mendapati bahawa persepsi pelajar mengenai cinta dan perkahwinan berada pada tahap sederhana iaitu pada tahap pertengahan antara tradisional dan moden. Mereka menganggap kesetiaan dalam percintaan dan perkahwinan adalah amat penting. Terdapat perbezaan yang signifikan antara persepsi pelajar terhadap cinta dan perkahwinan dengan gred, jantina, bidang pengajian dan bilangan adik-beradik yang berbeza. Wang (2010) telah menjalankan kajian mengenai persepsi pelajar terhadap percintaan dan faktor kurangnya nilai moral pelajar kolej yang terlibat dalam percintaan. Menurut pengkaji, cinta adalah satu jenis perhubungan sosial dan setiap individu mempunyai pilihan masing-masing tentang bagaimana untuk mengendalikan hubungan interpersonal. Pelajar kolej yang bercinta perlu mematuhi prinsip etika yang berkaitan moral dalam percintaan. Pelajar yang dikaji dalam kajian ini kebanyakannya bertindak secara salah dalam hubungan percintaan termasuklah cinta bermotifkan kebendaan, cinta jangka pendek, kurang tanggungjawab, dan kurang moral awam yang mana kesemua faktor ini disebabkan oleh ciri-ciri psikologikal dan fisiologikal pelajar itu sendiri serta latar belakang sosial pelajar yang terdiri daripada budaya, ekonomi, dan persekitaran iaitu keluarga dan tempat pengajian.Hubungan cinta dalam kalangan pelajar kolej adalah satu perkara biasa dan telah menjadi salah satu isu dalam sektor pendidikan. Dalam kajian yang dilakukan oleh Yang (2010) berkaitan percintaan dalam kalangan pelajar kolej, ciri-ciri hubungan cinta dalam kalangan pelajar kolej moden dianalisis dan langkah yang sewajarnya dikenalpasti iaitu membentuk sikap yang baik terhadap hubungan cinta, mengukuhkan pembinaan budaya kampus, memberi pendidikan tentang hubungan cinta kepada pelajar, mencari formula untuk mewujudkan peraturan yang lebih tegas, dan menetapkan contoh yang baik.

2.5 KesimpulanBerdasarkan kajian lepas, faktor yang dikenal pasti yang mendorong pelajar untuk bercinta adalah Faktor-faktor yang dikenal pasti hasil daripada kajian ini adalah kemampuan individu, ciri-ciri personaliti, latar belakang keluarga, perasaan suka sama suka serta nilai yang dipegang. Motif bagi seorang lelaki apabila membuat temu janji dengan pasangan adalah untuk keseronokan dan meningkatkan status dalam kalangan rakan. Antara tujuan pelajar bercinta dikenalpasti termasuklah untuk menghilangkan kesepian, kecenderungan untuk mendapat kemewahan, dan untuk keperluan seks. Dalam kalangan pelajar Asia, mereka kurang cenderung untuk melihat cinta dari perspektif tarikan fizikal dan emosi dalaman berbanding pelajar di Amerika dan Eropah. Mereka lebih menekankan kepada aspek persamaan latar belakang, peluang kerjaya pada masa hadapan, dan kemungkinan bagi pasangan untuk menjadi ibu bapa yang baik. Kebanyakan responden juga berpendapat bahawa semua masalah boleh diselesaikan dengan cinta dan cinta adalah segala-galanya bagi mereka. Persepsi pelajar mengenai cinta dan perkahwinan berada pada tahap sederhana iaitu pada tahap pertengahan antara tradisional dan moden. Mereka menganggap kesetiaan dalam percintaan dan perkahwinan adalah amat penting. BAB 3

METODOLOGI KAJIAN

3.1 PengenalanBab ini menerangkan tentang kaedah kajian dijalankan yang merangkumi reka bentuk kajian, lokasi kajian, kaedah persampelan, pengumpulan data, instrumentasi dan analisis data. Kaedah kajian yang akan dijalankan menentukan hala tuju kajian dan amat penting dalam memastikan kajian yang dijalankan dapat mencapai objektif yang ditetapkan dan memperoleh dapatan yang dikehendaki.3.2 Reka Bentuk KajianKajian ini merupakan kajian berbentuk deskriptif yang mana kajian ini bersifat informatif dan penghuraian. Kajian deskriptif digunakan berdasarkan objektif kajian ini iaitu untuk mengenalpasti profil pelajar yang terlibat dalam menjalinkan hubungan percintaan, mengenalpasti dan menghuraikan faktor-faktor yang mendorong pelajar menjalinkan hubungan percintaan, mengenalpasti tujuan pelajar terlibat dalam hubungan percintaan, mengenalpasti persepsi pelajar terhadap isu percintaan dalam kalangan pelajar. Kajian ini menggunakan pendekatan kajian survei atau tinjauan. Kajian berbentuk kepustakaan turut dibuat berdasarkan maklumat yang diperoleh daripada bahan-bahan seperti buku, majalah, jurnal, kertas kerja sama ada milik perseorangan atau perpustakaan. Kajian lapangan juga dilaksanakan bagi memperoleh data-data primer yang juga merupakan data asli mengenai maklumat individu. 3.3 Lokasi KajianKajian ini dijalankan di Universiti Putra Malaysia (UPM), Serdang yang terletak di negeri Selangor. UPM merupakan salah sebuah Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) serta merupakan universiti penyelidikan yang terkemuka di Malaysia. UPM memiliki lebih kurang 25,000 orang pelajar yang terdiri daripada pelajar dalam negara dan juga luar negara. UPM terdiri daripada beberapa buah fakulti dan kolej kediaman. Tuntasnya, pelajar pada hari ini merupakan aset negara pada masa hadapan kerana tenaga dan buah fikiran anak muda pada hari ini akan digunakan untuk pembangunan negara ke arah mencapai status negara maju suatu hari nanti. UPM dipilih sebagai lokasi kajian kerana dianggap mewakili Institusi Pengajian Tinggi (IPT) lain kerana ciri-ciri yang hampir sama yang dimiliki. Peringkat umur golongan yang dikaji juga bersesuaian dengan sasaran kajian yang menyasarkan golongan muda yang kebanyakannya terdiri daripada pelajar.

3.4 Kaedah PersampelanSampel yang akan dipilih adalah terdiri daripada 60 orang pelajar prasiswazah yang mewakili setiap fakulti yang terdapat di Universiti Putra Malaysia. Pelajar tahun pertama sehingga tahun keempat dipi.lih sebagai responden kerana kebanyakan pelajar ini berusia dalam lingkungan umur 19 hingga 24 tahun serta masih belum berkahwin. Golongan pelajar pada usia sebegini lebih cenderung untuk terlibat dalam percintaan. Persampelan rawak berstrata adalah merupakan teknik yang digunakan untuk memilih responden bagi mengumpul data. Melalui kaedah ini, setiap pelajar akan mempunyai peluang yang sama dan bebas untuk terpilih sebagai sebahagian daripada sampel kajian. Di sini, tiada kemungkinan bagi seseorang itu lebih cenderung untuk dipilih berbanding orang lain. Oleh itu, tiada unsur pilih kasih atau bias yang akan berlaku. Responden terdiri daripada 30 orang pelajar lelaki dan 30 orang pelajar perempuan.

3.5 Pengumpulan DataKaedah yang digunakan untuk pengumpulan data adalah dari jenis data primer yang mana data tersebut diperoleh hasil daripada pengedaran borang soal selidik dan data yang diperoleh adalah data baru yang tidak diambil daripada mana-mana sumber sebelum ini. Borang soal selidik adalah senarai soalan yang diedarkan dan memerlukan responden untuk memberikan jawapan dalam borang tersebut dalam masa yang telah ditetapkan. Kaedah ini juga melibatkan responden untuk membaca soalan tersebut, menginterpretasi diri mereka, seterusnya menanda jawapan berkisar tentang diri responden. Cara yang digunakan untuk memantau pengumpulan data ini adalah dengan cara bersemuka yang mana borang soal selidik tersebut diedarkan secara terus kepada responden. 3.6 InstrumentasiBorang soal selidik diagihkan kepada responden yang mana borang tersebut terdiri daripada beberapa soalan terbuka dan soalan tertutup. Terdapat 4 bahagian dalam borang soal selidik ini.

Bahagian A : Latar belakang responden

Bahagian ini mengandungi soalan berkenaan latar belakang responden yang terdiri daripada umur, jantina, bangsa, agama, pencapaian akademik serta latar belakang keluarga responden.

Bahagian B : Faktor-faktor yang mendorong pelajar terlibat dalam percintaan

Dalam bahagian ini, soalan-soalan yang dikemukakan kepada responden adalah yang berkaitan dengan faktor penglibatan pelajar dalam percintaan yang terdiri daripada faktor individu, keluarga, rakan sebaya dan media massa.

Bahagian C : Tujuan pelajar terlibat dalam hubungan percintaan

Bahagian ini akan mengemukakan soalan berkaitan tujuan penglibatan pelajar dalam percintaan yang meliputi sikap dan tingkah laku pelajar dalam percintaan bagi mengenalpasti objektif pelajar terlibat dalam percintaan..

Bahagian D : Persepsi pelajar tentang percintaan

Bahagian ini mengandungi soalan berkaitan persepsi pelajar tentang percintaan untuk menentukan sama ada pelajar mempunyai persepsi positif atau negatif terhadap percintaan. Antara soalan yang dikemukakan termasuklah pandangan pelajar tentang hubungan yang dibina serta penilaian pelajar tentang hubungan percintaan berdasarkan aspek moral dan nilai.

Kaedah menjawab yang digunakan dalam borang soal selidik ini adalah dengan meminta responden menandakan jawapan pada ruang yang disediakan dengan soalan yang diberikan kebanyakannya adalah dibentuk berdasarkan skala Likert yang terdiri daripada:

1- Sangat tidak setuju

2- Tidak setuju

3- Tidak pasti

4- Setuju

5- Sangat setuju

3.7Analisis Data

Kajian ini merupakan kajian yang berbentuk deskriptif. Oleh itu, beberapa kaedah analisis statistik deskriptif digunakan untuk mendapatkan kekerapan, peratus, min, median, dan mod. Untuk mendapatkan maklumat-maklumat ini, data yang diperoleh diproses dengan menggunakan perisian SPSS (Statistical Package for Social Sciences).

BAB 4

HASIL KAJIAN DAN PERBINCANGAN

4.1 PengenalanBab ini akan membincangkan dengan lebih lanjut tentang profil responden yang bercinta, faktor pelajar bercinta, tujuan pelajar bercinta serta persepsi pelajar tentang percintaan berdasarkan jantina dan tahun pengajian setelah kajian Mahasiswa dan Percintaan : Persepsi Pelajar Universiti Putra Malaysia dijalankan.

4.2 Maklumat Profil RespondenMenerusi kajian yang telah dijalankan, seramai 60 responden yang terdiri daripada pelajar Universiti Putra Malaysia (UPM) telah dipilih secara rawak di setiap fakulti. Jadual 4.2 menunjukkan maklumat secara terperinci mengenai latar belakang responden secara keseluruhannya. Antara maklumat profIil responden yang diperihalkan dalam bahagian ini termasuk jantina, umur, PNGK, bangsa, agama, tempat tinggal dan pendapatan keluarga.

Daripada 60 orang responden, jumlah responden mengikut jantina adalah sama iaitu seramai 30 orang lelaki dan 30 orang perempuan yang mana setiap jantina tersebut mewakili 50% daripada keseluruhan responden. Peringkat umur responden dalam kajian ini dapat dikategorikan kepada 4 peringkat umur iaitu pelajar yang berusia 19 hingga 20 tahun, 21 hingga 22 tahun, 23 hingga 24 tahun serta 25-26 tahun (sila lihat Jadual 4.2). Responden dikategorikan mengikut tahun pengajian iaitu tahun pertama (tahun permulaan), tahun kedua dan ketiga (tahun pertengahan) serta tahun keempat (tahun akhir). Berdasarkan kajian ini, majoriti responden adalah terdiri daripada pelajar yang berusia 21 hingga 22 tahun iaitu seramai 21 orang (28.3%), diikuti peringkat umur 19 hingga 20 tahun dan 23 hingga 24 tahun yang mewakili 7 orang (11.7%) bagi kedua-dua peringkat tersebut. Peringkat umur 25 hingga 26 tahun menunjukkan jumlah yang paling sedikit iaitu seramai 5 orang (8.3%).

Terdapat 4 kategori bangsa dalam kalangan responden iaitu terdiri daripada bangsa Melayu, Cina, India, dan lain-lain bangsa (Jadual 4.2). Daripada kajian yang dijalankan, responden Melayu adalah yang paling ramai iaitu seramai 39 orang (65.0%), diikuti bangsa Cina seramai 11 orang (18.3%), bangsa India seramai 7 orang (11.7%) serta 3 orang (5.0%) responden pula terdiri daripada lain-lain bangsa. Sebanyak 5 kategori agama dapat dikelaskan berdasarkan responden iaitu terdiri daripada agama Islam, Buddha, Hindu, Kristian dan lain-lain agama (Jadual 4.2). Berdasarkan kajian yang dijalankan, pelajar yang beragama Islam adalah yang paling ramai iaitu berjumlah 41 orang (68.3%). Ini diikuti oleh agama Buddha dan Hindu iaitu seramai 7 orang (11.7%) serta responden yang beragama Kristian pula adalah seramai 5 orang (8.3%). Tiada responden dicatatkan bagi kategori lain-lain agama.

Bagi Purata Nilaian Gred Kumulatif (PNGK), 5 kategori telah dikelaskan iaitu 2.00-2.49, 2.50-2.99, 3.00-3.24, 3.25-3.74, dan 3.75-4.00. Majoriti responden berada dalam lingkungan PNGK 3.25-3.74 atau dalam kategori kelas kedua tinggi iaitu seramai 32 orang (53.3%). Responden yang mendapat PNGK 3.00-3.24 pula adalah seramai 14 orang (23.3%). Bagi kategori PNGK tertinggi iaitu 3.75-4.00, didapati seramai 11 orang responden (18.3%) tergolong dalam kategori ini. Hanya terdapat 3 orang (5.0%) sahaja responden yang memperoleh PNGK 2.50-2.99 manakala tiada responden yang dicatatkan memperoleh PNGK 2.00-2.49.

Maklumat berkaitan tempat tinggal responden dibahagikan kepada 2 kategori iaitu bandar dan luar bandar (Jadual 4.2). Dalam kalangan responden, majoriti daripada mereka tinggal di bandar iaitu seramai 32 orang (53.3%). Jumlah responden yang tinggal di luar bandar pula adalah seramai 28 orang (46.7%). Dari segi jumlah pendapatan keluarga pula, terdapat 3 kategori telah dikelaskan iaitu yang mempunyai pendapatan kurang daripada RM1500, RM1500 hingga RM3000 dan berpendapatan melebihi RM3000 (Jadual 4.2). Bagi pendapatan keluarga, responden yang tergolong dalam kategori jumlah pendapatan keluarga RM1500-RM3000 adalah yang paling tinggi iaitu seramai 26 orang (43.3%). Jumlah pendapatan keluarga yang kedua tertinggi dalam kalangan responden adalah melebihi RM3000 iaitu seramai 18 orang (30.0%) manakala bilangan responden yang mempunyai pendapatan keluarga kurang daripada RM1500 adalah seramai 16 orang (26.7%).

Jadual 4.2: Profil Responden (n=60)Pembolehubahn%

Jantina

Lelaki

Perempuan30

3050.0

50.0

Umur

19-20

21-22

23-24

25-2617

21

17

528.3

35.0

28.3

8.3

Tahun Pengajian

Pertama

Kedua

Ketiga

Keempat15

19

12

1425.0

31.7

20.0

23.3

PNGK

2.00-2.49

2.50-2.99

3.00-3.24

3.25-3.74

3.75-4.00-

3

14

32

11-

5.0

23.3

53.3

18.3

Bangsa

Melayu

Cina

India

Lain-lain39

11

7

365.0

18.3

11.7

5.0

Agama

Islam

Buddha

Hindu

Kristian

Lain-lain41

7

7

5

-68.3

11.7

11.7

8.3

-

Tempat tinggal

Bandar

Luar bandar 32

2853.3

46.7

Pendapatan Keluarga

< RM 1,500

RM 1,500-RM 3,000

> RM 3,00016

26

1826.7

43.3

30.0

(Sumber : Data Kajian Lapangan 2012)

4.3 Profil Responden Yang Bercinta

Berdasarkan objektif kajian yang pertama iaitu untuk mengkaji profil pelajar yang bercinta, didapati 40 orang daripada 60 orang responden terlibat dalam percintaan sama ada pernah atau sedang bercinta. Jumlah ini mewakili 66.7% daripada keseluruhan responden dan hal ini menunjukkan bahawa majoriti daripada responden bercinta. Hanya 20 orang responden (33.3%) yang tidak pernah bercinta. Daripada 40 orang responden yang bercinta, 21 orang adalah pelajar lelaki dan 19 orang lagi adalah pelajar perempuan. Daripada jumlah keseluruhan pelajar yang bercinta, 7 orang berumur 19-20 tahun. Seramai 14 orang berumur 21-22 tahun, 14 orang berusia 23-24 tahun manakala seramai 5 pelajar yang bercinta berusia 25-26 tahun.

Dalam kalangan pelajar yang bercinta, seramai 25 orang (62.5%) memperoleh Purata Nilaian Gred Kumulatif (PNGK) dalam julat 3.25-3.74 yang mana majoriti responden yang bercinta berada dalam julat PNGK ini. Seramai 10 (25.0%) orang responden yang bercinta pula memperoleh PNGK 3.00-3.24. 3 orang (7.5%) responden yang bercinta pula mendapat PNGK 3.75-4.00 manakala seramai 2 orang (5.0%) responden memperoleh PNGK 2.50-2.99.

Daripada 40 orang responden yang bercinta, seramai 24 orang (60.0%) adalah berbangsa Melayu, 7 orang (17.5%) responden berbangsa Cina, 6 orang (15.0%) berbangsa India dan seramai 3 orang (7.5%) terdiri daripada lain-lain bangsa. Seramai 27 orang (67.5%) daripada responden yang bercinta beragama Islam, 6 orang (15.0%) beragama Buddha, 5 orang (12.5%) beragama Hindu, manakala seramai 2 orang (5.0%) lagi beragama Kristian.

Seramai 21 orang (52.5%) responden yang bercinta tinggal di bandar manakala 19 orang (47.5%) lagi tinggal di luar bandar. Dari segi pendapatan keluarga, majoriti responden yang bercinta yang terdiri daripada 21 orang (52.5%) mempunyai pendapatan keluarga RM 1500-RM 3000. Seramai 10 orang (25.0%) responden pula mempunyai pendapatan keluarga kurang daripada RM 1500 manakala 9 orang (22.5%) responden pula mempunyai pendapatan keluarga melebihi RM 3000.

Jadual 4.3: Profil Responden Yang Bercinta (n=40)Pembolehubahn%

Jantina

Lelaki

Perempuan211952.547.5

Umur 19-20

21-22

23-24

25-267

14

14

517.5

23.3

23.3

12.5

Tahun Pengajian

Pertama

Kedua

Ketiga

Keempat8

11

12

920.0

27.5

30.0

22.5

PNGK

2.00-2.49

2.50-2.99

3.00-3.24

3.25-3.74

3.75-4.00-

2

10

25

3-

5.0

25.0

62.5

7.5

Bangsa

Melayu

Cina

India

Lain-lain24

7

6

360.0

17.5

15.0

7.5

Agama

Islam

Buddha

Hindu

Kristian

Lain-lain27

6

5

2

-67.5

15.0

12.5

5.0

-

Tempat tinggal

Bandar

Luar bandar 21

1952.5

47.5

Pendapatan Keluarga

< RM 1,500

RM 1,500-RM 3,000

> RM 3,00010

21

925.0

52.5

2.5

(Sumber : Data Kajian Lapangan 2012)4.4 Faktor Penglibatan Pelajar Dalam PercintaanBerdasarkan kajian yang telah dijalankan, terdapat 4 faktor utama yang mempengaruhi pelajar untuk bercinta iaitu faktor individu, faktor keluarga, faktor rakan sebaya dan faktor media massa. Berdasarkan jawapan responden, faktor individu merupakan faktor utama yang mendorong pelajar bercinta.Berdasarkan kajian yang telah dijalankan, faktor yang menunjukkan jumlah min yang tertinggi dan mencatatkan peratusan responden yang bersetuju yang paling tinggi adalah faktor cinta yang merupakan fitrah dan setiap manusia cenderung untuk berkasih sayang. Faktor ini mencatatkan jumlah min 4.48 serta seramai 31 orang (51.7%) responden bersetuju dengan faktor ini manakala 29 orang (48.3%) responden lagi sangat bersetuju. Seramai 31 orang responden bersetuju dan 21 orang responden sangat bersetuju dengan faktor perasaan cinta yang wujud tanpa disangka merupakan faktor yang mendorong mereka terlibat dalam percintaan. Min bagi faktor ini adalah 4.22 dan merupakan faktor kedua tertinggi yang dipersetujui oleh responden.

Faktor ketiga tertinggi yang mendorong responden untuk bercinta adalah pengaruh teknologi seperti kewujudan laman sosial yang semakin berkembang penggunaannya boleh menggalakkan mereka menjalinkan percintaan. Faktor ini mencatatkan min 4.00 yang mana majoriti responden bersetuju iaitu seramai 40 orang (66.7%). Faktor utama seterusnya yang mendorong pelajar terlibat dalam percintaan adalah kerana mereka menemui pasangan yang memenuhi kriteria yang dicari dan mempunyai kualiti yang diinginkan. Min bagi faktor ini adalah 3.98 dengan majoriti responden iaitu seramai 33 orang (55.0%) menyatakan bahawa mereka bersetuju dengan faktor ini. Seramai 31 orang (51.7%) responden bersetuju bahawa faktor pengaruh rakan sebaya boleh mempengaruhi mereka untuk bercinta. Min bagi faktor ini adalah 3.53 dan faktor ini menjadi salah satu daripada faktor utama yang boleh mempengaruhi responden untuk bercinta. Jadual 4.4 : Faktor Penglibatan Pelajar Dalam Percintaan (n=60)

Kenyataann (%)n (%)n (%)n (%)n (%)Min

Sangat Tidak Setuju

Tidak SetujuTidak pastiSetujuSangat Setuju

Fitrah manusia yang cenderung berkasih sayang---31 (51.7)29 (48.3)4.48

Perasaan cinta wujud tanpa disangka

--8 (13.3)31 (51.7)21 (35.0)4.22

Pengaruh media seperti penggunaan laman sosial

1 (1.7)2 (3.3)5 (8.3)40 (66.7)12 (20.0)4.00

Menemui pasangan yang memenuhi kriteria

1 (1.7)4 (6.7)6 (10.0)33 (55.0)16 (26.7)3.98

Pengaruh rakan sebaya

3 (5.0)3 (5.0)18 (30.0)31 (51.7)5 (8.3)3.53

Kurang mendapat kasih sayang daripada keluarga

3 (5.0)8 (13.3)16 (26.7)24 (40.0)9 (15.0)3.47

Faktor persamaan latar belakang dengan pasangan

3 (5.0)6 (10.0)21 (35.0)24 (40.0)6 (10.0)3.40

Cinta pandang pertama

4 (6.7)5 (8.3)23 (38.3)22 (36.7)6 (10.0)3.35

Estim diri yang tinggi

2 (3.3)7 (11.7)29 (48.3)21 (35.0)1 (1.7)3.20

Ibu bapa memberi kebebasan

2 (3.3)12 (20.0)24 (40.0)17 (28.3)5 (8.3)3.18

Tarikan seksual yang dimiliki oleh pasangan

5 (8.3)11 (18.3)21 (35.0)17 (28.3)6 (10.0)3.13

Mempunyai keluarga yang bermasalah

2 (3.3)17 (28.3)21 (35.0)17 (28.3)3 (5.0)3.03

Tekanan belajar

9 (15.0)16 (26.7)21 (35.0)11 (18.3)3 (5.0)2.72

(Sumber : Data Kajian Lapangan 2012)4.5 Tujuan Penglibatan Pelajar Dalam Percintaan Hasil kajian mendapati bahawa tujuan utama pelajar bercinta adalah untuk mencari calon suami atau isteri untuk dijadikan teman hidup apabila telah tiba masanya. Min bagi pernyataan ini adalah 3.82 dengan majoriti responden iaitu seramai 27 orang (45.0%) bersetuju. Responden berpendapat bahawa pelajar bercinta untuk mendapat perhatian dan kasih sayang daripada pasangan yang mana tujuan ini memperoleh min yang kedua tertinggi iaitu 3.60 dengan majoriti responden bersetuju iaitu seramai 27 orang (45.0%).

Min ketiga tertinggi dicatatkan bagi tujuan berkongsi masalah peribadi. Min bagi tujuan ini adalah 3,52 dengan majoriti responden bersetuju iaitu seramai 26 orang (43.3%). Selain itu, responden turut menyatakan bahawa tujuan pelajar bercinta adalah untuk mendapat motivasi terutamanya dalam pelajaran dengan min yang dicatatkan adalah 3.40 dan majoriti responden bersetuju iaitu seramai 24 orang (40.0%). Tujuan utama lain yang turut dipersetujui oleh responden sebagai tujuan pelajar bercinta adalah untuk menghilangkan kesepian. Min bagi tujuan ini adalah 3.23 dengan majoriti responden bersetuju iaitu seramai 20 orang (33.3%).

Jadual 4.5 : Tujuan Penglibatan Pelajar Dalam Percintaan (n=60)

Kenyataann (%)n (%)n (%)n (%)n (%)Min

Sangat Tidak Setuju

Tidak SetujuTidak pastiSetujuSangat Setuju

Mencari calon suami/isteri

1 (1.7)6 (10.0)11 (18.3)27 (45.0)15 (25.0)3.82

Mendapat perhatian dan kasih sayang

1 (1.7)9 (15.0)13 (21.7)27 (45.0)10 (16.7)3.60

Berkongsi masalah termasuk masalah peribadi

2 (3.3)11 (18.3)11 (18.3)26 (43.3)10 (16.7)3.52

Mendapat motivasi sama ada dalam pelajaran atau perkara-perkara lain

4 (6.7)8 (13.3)16 (26.7)24 (40.0)8 (13.3)3.40

Menghilangkan kesepian

5 (8.3)14 (23.3)12 (20.0)20 (33.3)9 (15.0)3.23

Sumber untuk mendapat keselesaan dan pertolongan

6 (10.0)12 (20.0)14 (23.3)23 (38.3)5 (8.3)3.15

Meningkatkan status dalam kalangan rakan sebaya

7 (11.7)9 (15.0)22 (36.7)15 (25.0)7 (11.7)3.10

Pasangan adalah tempat untuk mengadu segala hal

7 (11.7)16 (26.7)12 (20.0)20 (33.3)5 (8.3)3.00

Tempat untuk seseorang bermanja dan bermesra

10 (16.7)11 (18.3)13 (21.7)21 (35.0)5 (8.3)3.00

Mendapat kemewahan (materialistik)

10 (16.7)14 (23.3)9 (15.0)21 (35.0)6 (10.0)2.98

Mendapat keseronokan dan memenuhi keinginan diri

11 (18.3)14 (23.3)17 (28.3)15 (25.0)3 (5.0)2.75

Disebabkan dorongan seks dan nafsu

13 (21.7)14 (23.3)16 (26.7)12 (20.0)5 (8.3)2.70

(Sumber : Data Kajian Lapangan 2012)4.6 Persepsi Pelajar Terhadap Percintaan (Positif)Bagi persepsi positif tentang percintaan jumlah min keseluruhan adalah 3.47. Majoriti responden menganggap bahawa mereka hanya akan bercinta sekiranya menemui seseorang yang layak untuk dijadikan pasangan hidup. Min bagi persepsi ini adalah yang tertinggi iaitu 4.12. Seramai 20 orang (33.3%) responden bersetuju dengan pernyataan ini manakala 26 orang (43.3%) sangat bersetuju. Kebanyakan responden juga bersetuju bahawa percintaan adalah tidak salah selagi seseorang pelajar itu menjaga moral dan perlakuan. Min bagi persepsi ini adalah yang kedua tertinggi iaitu 3.97 dengan 25 orang (41.7%) responden bersetuju dan 21 orang (35.0%) pula sangat bersetuju. Persepsi yang turut mencatatkan min yang tinggi adalah percintaan adalah lumrah dan jatuh cinta adalah perkara normal dalam kalangan pelajar. Min bagi persepsi ini adalah 3.93 dengan seramai 29 orang (48.3%) responden bersetuju manakala 17 orang (28.3%) sangat bersetuju. Responden turut mengakui bahawa percintaan perlu dijalinkan secara serius atau bukan secara main-main. Seramai 22 orang (36.7%) responden bersetuju dengan pernyataan ini manakala seramai 19 orang (31.7%) sangat bersetuju dengan min 3.92. Kebanyakan responden turut bersetuju dengan pernyataan bahawa percintaan menjadikan seseorang itu lebih bertanggungjawab, matang dan berfikiran terbuka. Min bagi persepsi ini adalah 3.80 yang mana seramai 22 orang (36.7%) responden bersetuju dengan pernyataan ini dan 17 orang (28.3%) responden pula sangat bersetuju dengan persepsi ini.

Jadual 4.6 : Persepsi Pelajar Terhadap Percintaan (Positif) (n=60)Kenyataann (%)n (%)n (%)n (%)n (%)Min

Sangat Tidak Setuju

Tidak SetujuTidak pastiSetujuSangat Setuju

Hanya akan bercinta sekiranya menemui seseorang yang layak untuk dijadikan suami/isteri

-5 (8.3)9 (15.0)20 (33.3)26 (43.3)4.12

Bercinta tidak salah selagi seseorang itu menjaga moral dan perlakuan

2 (3.3)5 (8.3)7 (11.7)25 (41.7)21 (35.0)3.97

Percintaan dalam kalangan pelajar adalah lumrah dan jatuh cinta adalah normal

2 (3.3)3 (5.0)9 (15.0)29 (48.3)17 (28.3)3.93

Sesuatu hubungan itu perlu dijalinkan secara serius atau bukan secara main-main

1 (1.7)3 (5.0)15 (25.0)22 (36.7)19 (31.7)3.92

Percintaan menjadikan seseorang itu lebih bertanggungjawab, matang dan berfikiran terbuka

2 (3.3)4 (6.7)15 (25.0)22 (36.7)17 (28.3)3.80

Percintaan boleh mendorong kejayaan seseorang pelajar

2 (3.3)8 (13.3)12 (20.0)30 (50.0)8 (13.3)3.57

Percintaan hanya boleh berlaku apabila seseorang itu bersedia untuk berkahwin

3 (5.0)8 (13.3)18 (30.0)20 (33.3)11 (18.3)3.47

Percintaan dalam kalangan pelajar biasanya menjurus ke arah perkahwinan

-8 (13.3)21 (35.0)26 (43.3)5 (8.3)3.47

Cinta membuatkan hidup seseorang pelajar lebih bemakna dan berinspirasi

4 (6.7)5 (8.3)18 (30.0)27 (45.0)6 (10.0)3.43

Lebih berkeyakinan untuk meneruskan kehidupan apabila bercinta5 (8.3)9 (15.0)12 (20.0)30 (50.0)4 (6.7)3.32

Cinta memberikan kepuasan kepada diri seseorang

4 (6.7)11 (18.3)21 (35.0)23 (38.3)1 (1.7)3.10

Percintaan adalah keperluan bagi golongan pelajar pada hari ini

10 (16.7)21 (35.0)18 (30.0)11 (18.3)-2.50

Bercinta ketika masih bergelar pelajar adalah perlu supaya tidak timbul isu kahwin lambat14 (23.3)16 (26.7)17 (28.3)13 (21.7)-2.48

Min Keseluruhan3.47

(Sumber : Data Kajian Lapangan 2012)4.7 Persepsi Pelajar Terhadap Percintaan (Negatif)

Bagi persepsi negatif tentang percintaan, jumlah min keseluruhan adalah 3.15. Majoriti responden bersetuju bahawa percintaan mendatangkan lebih banyak masalah sekiranya terdapat faktor yang mengganggu hubungan. Min bagi persepsi ini adalah yang tertinggi iaitu 4.03 dengan 26 orang (43.3%) responden bersetuju manakala 21 orang (35.0%) sangat bersetuju. Persepsi negatif yang turut mencatatkan min yang tinggi adalah percintaan menyebabkan lebih banyak masalah sosial berlaku. Min bagi persepsi ini adalah 3.82 dengan 28 orang (46.7%) responden bersetuju manakala 13 orang (21.7%) sangat bersetuju. Ramai responden yang turut menganggap bahawa percintaan kadang-kala memberikan tekanan dalam hidup seseorang pelajar. 31 orang (51.7%) responden bersetuju dengan pernyataan ini manakala 11 orang (18.3%) sangat bersetuju. Min bagi persepsi ini adalah 3.82. Responden turut mengakui bahawa percintaan boleh menyebabkan pelajaran seseorang terganggu. Min bagi persepsi ini adalah 3.45 dengan 22 orang (36.7%) responden bersetuju dengan pernyataan ini manakala seramai 11 orang (18.3%) sangat bersetuju. Kebanyakan responden turut bersetuju dengan pernyataan bahawa percintaan ketika masih bergelar pelajar hanya membuang masa dan melalaikan dengan min yang dicatatkan adalah 3.24. Seramai 12 orang (20.0%) responden bersetuju dengan pernyataan ini. Seramai 9 orang (15.0%) responden pula sangat bersetuju dengan persepsi ini.Jadual 4.7 : Persepsi Pelajar Terhadap Percintaan (Negatif) (n=60)Kenyataann (%)

n (%)n (%)n (%)n (%)Min

Sangat Tidak Setuju

Tidak SetujuTidak pastiSetujuSangat Setuju

Percintaan hanya mendatangkan lebih banyak masalah jika terdapat faktor yang mengganggu hubungan

-6 (10.0)7 (11.7)26 (43.3)21 (35.0)4.03

Percintaan menyebabkan lebih banyak masalah sosial berlaku

1 (1.7)3 (5.0)15 (25.0)28 (46.7)13 (21.7)3.82

Kadang-kala, percintaan memberikan tekanan dalam hidup

-4 (6.7)14 (23.3)31 (51.7)11 (18.3)3.82

Percintaan boleh menyebabkan pelajaran seseorang terganggu

2 (3.3)13 (21.7)12 (20.0)22 (36.7)11 (18.3)3.45

Bercinta ketika masih belajar hanya membuang masa dan melalaikan

4 (6.7)8 (13.3)26 (43.3)13 (21.7)9 (15.0)3.24

Unsur keghairahan adalah perkara biasa dan perlu ada dalam hubungan percintaan

13 (21.7)12 (20.0)22 (36.7)11 (18.3)2 (3.3)2.62

Percintaan perlu diteruskan walaupun mendapat tentangan keluarga25 (41.7)12 (20.0)15 (25.0)7 (11.7)1 (1.7)2.12

Pelajar yang menolak percintaan adalah ketinggalan zaman dan berfikiran kolot27 (45.0)15 (25.0)13 (21.7)2 (3.3)3 (5.0)1.98

Min Keseluruhan3.15

(Sumber : Data Kajian Lapangan 2012)4.8 Persepsi Pelajar Terhadap Percintaan Mengikut Tahun PengajianBerdasarkan kajian, jika dilihat dari sudut persepsi mengikut tahun pengajian, majoriti pelajar tahun pertama dan kedua mempunyai persepsi bahawa percintaan dalam kalangan pelajar adalah lumrah dan jatuh cinta adalah perkara normal. Persepsi ini mencatatkan min tertinggi bagi pelajar tahun pertama dan kedua iaitu dengan nilai min 3.97 dan 4.03. Pelajar tahun ketiga pula lebih bersetuju dengan persepsi bahawa sesuatu hubungan percintaan itu perlu dijalinkan secara serius dan bukan secara main-main. Min yang dicatatkan adalah 3.93. Bagi pelajar tahun akhir, responden berpendapat bahawa mereka hanya akan bercinta sekiranya menemui seseorang yang layak untuk dijadikan suami atau isteri. Min bagi persepsi ini adalah yang tertinggi bagi pelajar tahun akhir yang mana nilai min yang dicatatkan adalah 4.15. Jadual 4.8 : Persepsi Pelajar Terhadap Percintaan Mengikut Tahun Pengajian(n=60)Tahun PengajianPersepsi yang mencatatkan min tertinggiMin bagi persepsi tertinggi

Pertama Percintaan dalam kalangan pelajar adalah lumrah dan jatuh cinta adalah perkara normal

3.97

KeduaPercintaan dalam kalangan pelajar adalah lumrah dan jatuh cinta adalah perkara normal

4.03

KetigaSesuatu hubungan itu perlu dijalinkan secara serius atau bukan secara main-main3.93

Keempat (tahun akhir)Saya hanya akan bercinta sekiranya saya menemui seseorang yang layak untuk dijadikan suami/isteri 4.15

(Sumber : Data Kajian Lapangan 2012)4.9 PerbincanganDapatan kajian menunjukkan objektif pertama kajian ini iaitu untuk mengenalpasti profil pelajar yang terlibat dalam menjalinkan hubungan percintaan tercapai. Responden terdiri daripada pelajar-pelajar Universiti Putra Malaysia (UPM) yang dipilih secara rawak di setiap fakulti pengajian. Daripada 60 orang responden, 40 orang pelajar didapati bercinta. Hal ini bermakna, majoriti pelajar terlibat dalam percintaan kerana pada peringkat awal dewasa, komitmen interpersonal semakin semakin meningkat selari dengan perkembangan awal dewasa (Kroger, 2007). Bilangan responden lelaki dan perempuan yang bercinta juga adalah hampir sama. Jantina bukanlah penentu kepada kecenderungan seseorang untuk bercinta kerana mencari pasangan hidup adalah salah satu proses perjalanan hidup bagi peringkat awal dewasa (Meeuset al., 2007). Dalam kalangan pelajar yang bercinta, majoriti daripada mereka mempunyai pencapaian yang baik dalam pelajaran dengan kebanyakan daripada mereka memperoleh Purata Nilaian Gred Kumulatif (PNGK) 3.25-3.74 malah ada yang memperoleh PNGK yang amat cemerlang iaitu dalam lingkungan 3.75-4.00. Data yang diperoleh ini menunjukkan betapa percintaan bukanlah penghalang kepada pencapaian akademik yang cemerlang dalam kalangan pelajar. Ini dikuatkan lagi dengan kajian yang dilakukan oleh Connoly (2009) yang mendapati bahawa percintaan memberikan kepuasan dan menyokong emosi seseorang untuk menjadi lebih berdaya tahan. Dari segi bangsa dan agama, didapati responden yang berbangsa Melayu dan Islam adalah golongan yang paling ramai bercinta. Ini kerana pemilihan responden dilakukan secara rawak menyebabkan kajian yang dijalankan tidak menumpukan kepada bangsa dan agama, tetapi lebih kepada pengambilan responden secara rawak. Kebarangkalian untuk pelajar Melayu dan beragama Islam dipilih adalah lebih tinggi kerana majoriti pelajar UPM terdiri daripada pelajar Melayu dan beragama Islam. Berdasarkan tempat tinggal, bilangan responden yang bercinta tidak kira sama ada mereka tinggal di kawasan bandar atau luar bandar tidak menunjukkan perbezaan yang ketara. Hal ini kerana, sebagai pelajar responden hidup dan melakukan aktiviti di persekitaran yang sama iaitu di kawasan kampus. Jika dilihat dari aspek pendapatan keluarga, majoriti responden yang bercinta mempunyai pendapatan keluarga yang sederhana iaitu dalam lingkungan RM1500-RM3000. Ini berbeza dengan pendapat Susan (1997) yang menyatakan bahawa seseorang yang datang dari keluarga yang berpendapatan tinggi akan lebih cenderung dan mudah untuk bersosial dan menjalin hubungan dengan orang lain.

Objektif kedua kajian adalah mengenalpasti faktor-faktor yang mendorong pelajar menjalinkan hubungan percintaan. Faktor boleh dibahagikan kepada beberapa bahagian seperti faktor individu, keluarga, rakan sebaya dan media massa. Berdasarkan kajian, faktor utama yang dipersetujui oleh responden sebagai faktor yang mendorong pelajar bercinta adalah faktor cinta yang merupakan fitrah dan setiap manusia cenderung untuk berkasih sayang. Setiap individu memerlukan kasih sayang dan perasaan untuk memiliki dan dimiliki (Damon, 1999). Oleh itu, percintaan adalah perkara biasa dan normal bagi seseorang individu lebih-lebih lagi bagi individu yang mencecah usia awal dewasa. Kebanyakan responden juga memilih faktor perasaan cinta yang wujud tanpa disangka merupakan faktor yang boleh mendorong mereka terlibat dalam percintaan. Hal ini kerana, perasaan cinta adalah fitrah dan cinta boleh datang dengan sendiri walaupun seseorang itu tidak berniat untuk menjalinkan hubungan cinta. Pengaruh teknologi seperti kewujudan laman sosial yang semakin berkembang penggunaannya turut dipersetujui oleh responden sebagai salah satu faktor utama yang boleh menggalakkan mereka menjalinkan percintaan. Pada masa kini, teknologi memainkan peranan penting sebagai medium komunikasi utama yang boleh menghubungkan manusia di seluruh dunia. Perkenalan yang bermula melalui penggunaan laman sosial mendorong pelajar untuk memulakan hubungan cinta. Selain itu, faktor individu yang menemui pasangan yang memenuhi kriteria yang dicari dan mempunyai kualiti yang diinginkan turut mendorong pelajar untuk bercinta. Faktor ini menyokong hasil kajian yang dijalankan oleh Wei Z. (2007) yang mendapati bahawa salah satu faktor yang mendorong pelajar untuk mencintai antara satu sama lain adalah disebabkan oleh ciri-ciri personaliti yang dimiliki oleh pasangan. Majoriti responden turut berpendapat bahawa faktor pengaruh rakan sebaya boleh mempengaruhi mereka untuk bercinta yang mana rakan adalah orang yang paling rapat dengan responden. Zainuddin (2009) menyatakan bahawa apabila individu semakin meningkat dewasa, pengaruh rakan sebaya adalah amat kuat dalam mempengaruhi gerak-geri dan tingkah laku individu.

Objektif ketiga kajian adalah untuk mengenalpasti tujuan pelajar bercinta. Melalui penyelidikan ini, didapati responden berpendapat bahawa tujuan utama pelajar bercinta adalah untuk mencari calon suami atau isteri untuk dijadikan teman hidup apabila telah tiba masanya. Perkara ini menyokong kajian yang pernah dijalankan oleh Hatfield, Rapson dan Martel (2007) yang mana mereka mendapati bahawa dalam kalangan pelajar Asia, mereka lebih cenderung melihat percintaan dari aspek kemungkinan bagi pasangan untuk menjadi ibu bapa yang baik. Hal ini juga disebabkan kerana kebanyakan responden berpandangan jauh tentang hubungan yang dibina. Tujuan utama lain berkaitan percintaan dalam kalangan pelajar yang dipersetujui oleh majoriti responden adalah untuk mendapat perhatian dan kasih sayang daripada pasangan. Hal ini bertepatan dengan hasil kajian Knox (2001) yang mendapati bahawa golongan pelajar bercinta bagi berkongsi perasaan kasih sayang antara satu sama lain. Selain itu, kebanyakan responden juga bersetuju bahawa pelajar menjalinkan hubungan percintaan bagi berkongsi masalah peribadi. Hal ini kerana, cinta melibatkan keupayaan pengawalan serta pengluahan emosi (Brown,1999). Beban masalah yang ditanggung akan dirasai sedikit berkurang apabila dikongsi dengan orang yang disayangi. Responden turut menyatakan bahawa tujuan pelajar bercinta adalah untuk mendapat motivasi terutamanya dalam pelajaran. Apabila orang tersayang berada di sisi, semangat pelajar untuk berjaya akan menjadi lebih kuat kerana mempunyai inspirasi. Hal ini dibuktikan oleh Gavin (2003) yang menyatakan bahawa hidup tidak bermakna dan berbaloi dengan segala usaha dan kepayahan tanpa seseorang yang dicintai berada di sisi. Tujuan utama lain yang turut dipersetujui oleh responden sebagai tujuan utama pelajar bercinta adalah untuk menghilangkan kesepian. Hal ini menyokong hasil kajian yang dijalankan oleh Yang (2010) yang mendapati bahawa antara tujuan pelajar bercinta yang dikenalpasti termasuklah untuk menghilangkan kesepian. Kekosongan jiwa individu dapat diisi sekiranya mempunyai orang yang mengasihi dan dikasihi yang mana pasanagn boleh dijadikan teman sekiranya kesunyian.Objektif terakhir kajian iaitu objektif keempat pula adalah untuk mengenalpasti persepsi pelajar terhadap percintaan. Secara keseluruhan, majoriti pelajar mempunyai persepsi yang positif terhadap percintaan dengan nilai min bagi persepsi positif yang lebih tinggi berbanding persepsi negatif. Berdasarkan kajian, percintaan didapati mampu memberi manfaat kepada pelajar berbanding mendatangkan kemudaratan. Ramai responden yang menganggap bahawa mereka hanya akan bercinta sekiranya menemui seseorang yang layak untuk dijadikan pasangan hidup. Hal ini bermakna pelajar hanya akan bercinta sekiranya hubungan tersebut mempunyai masa hadapan dan bersifat realistik. Ini boleh dikaitkan dengan kajian yang dilakukan oleh Hatfield (2007) yang mana didapati pelajar Asia kurang cenderung melihat percintaan dari aspek fizikal sebaliknya persamaan latar belakang, peluang kerjaya pada masa hadapan serta keupayaan pasangan untuk menjadi ibu bapa yang baik. Majoriti responden bersetuju bahawa percintaan adalah tidak salah selagi seseorang pelajar itu menjaga moral dan perlakuan. Furman dan Shaffer (2003) melihat percintaan sebagai pemusatan utama individu dan ia membentuk perkembangan kendiri seseorang. Hasil yang positif akan diperoleh sekiranya percintaan berada pada landasan yang betul. Percintaan juga dilihat sebagai sumber keyakinan dan membentuk kemahiran interpersonal. Persepsi yang turut mencatatkan min yang tinggi adalah percintaan adalah lumrah dan jatuh cinta adalah perkara normal dalam kalangan pelajar. Yang (2010) telah menjalankan kajian dan mendapati bahawa hubungan percintaan dalam kalangan pelajar kolej adalah satu perkara biasa dan telah menjadi satu isu dalam sektor pendidikan. Responden turut mengakui bahawa percintaan perlu dijalin secara serius atau bukan secara main-main. Hal ini kerana, cinta melibatkan perasaan dan emosi yang boleh mempengaruhi kehidupan seseorang (Schoebi, 2008). Cinta yang serius akan membentuk hala tuju yang jelas tentang masa depan hubungan. Kebanyakan responden turut bersetuju dengan pernyataan bahawa percintaan menjadikan seseorang itu lebih bertanggungjawab, matang dan berfikiran terbuka. Hal ini selari dengan kajian Bulcroft et al. (2000) yang mendapati bahawa jumlah individu yang pragmatik, rasional dan bertanggungjawab dalam percintaan adalah semakin meningkat. Perkara ini disebabkan oleh cinta yang mendidik individu untuk menjadi lebih komited dan sensitif dengan keperluan pasangan. Dalam kalangan responden, terdapat beberapa persepsi negatif terhadap percintaan. Antaranya adalah percintaan mendatangkan lebih banyak masalah sekiranya terdapat faktor yang mengganggu hubungan, percintaan menyebabkan lebih banyak masalah sosial berlaku serta percintaan kadang-kala memberi tekanan dalam hidup seseorang pelajar. Namun begitu, persepsi-persepsi ini hanya akan berlaku sekiranya percintaan tidak dikendalikan dengan sebai-baiknya termasuklah dalam aspek emosi dan jika sesuatu hubungan itu tidak dijalinkan secara rasional. Berdasarkan kajian, jika dilihat dari sudut persepsi mengikut tahun pengajian, majoriti pelajar tahun pertama dan kedua mempunyai persepsi bahawa percintaan dalam kalangan pelajar adalah lumrah dan jatuh cinta adalah perkara normal. Pelajar tahun pertama dan kedua menganggap percintaan adalah perkara biasa yang berlaku memandangkan mereka semakin meningkat dewasa. Hal ini dapat dikaitkan dengan kenyataan oleh Furman dan Shaffer (2003) yang melihat percintaan sebagai pemusatan diri pelajar dan ia berperanan dalam membentuk perkembangan kendiri pelajar. Pelajar tahun ketiga pula lebih bersetuju dengan persepsi bahawa sesuatu hubungan percintaan itu perlu dijalinkan secara serius dan bukan secara main-main. Pelajar tahun tiga lebih mengutamakan aspek tanggungjawab dan komitmen dalam percintaan memandangkan pemikiran mereka lebih matang berbanding pelajar tahun pertama dan kedua. Hal ini selari dengan pendapat Stenberg (2006) yang menyatakan bahawa komitmen dalam percintaan adalah komponen kognitif yang menjadi kayu pengukur kepada pasangan untuk mengekalkan hubungan yang dibina. Bagi pelajar tahun akhir pula, responden berpendapat bahawa mereka hanya akan bercinta sekiranya menemui seseorang yang layak untuk dijadikan suami atau isteri. Hal ini kerana, pelajar tahun akhir lebih fokus dalam menentukan hala tuju masa hadapan memandangkan mereka akan menempuh alam baru iaitu alam pekerjaan seterusnya mula berfikir tentang perkahwinan. Kroger (2007) menyatakan bahawa komitmen terhadap matlamat dan nilai tertentu menyediakan golongan awal dewasa kepada komitmen interpersonal yang semakin meningkat selari dengan perkembangan awal dewasa.4.10 RumusanDengan mengetahui profil pelajar yang bercinta, sedikit sebanyak dapat memberi gambaran tentang latar belakang pelajar yang bercinta mengikut jantina, umur, pencapaian akademik, bangsa, agama, tempat tinggal dan pendapatan keluarga. Hasil kajian yang diperoleh tentang faktor pelajar bercinta menunjukkan betapa percintaan dalam kalangan pelajar berlaku disebabkan faktor individu sendiri yang mana dalam kajian ini merujuk kepada pelajar yang merupakan golongan awal dewasa. Tujuan percintaan dalam kalangan pelajar mendapati bahawa pelajar memikirkan tentang masa depan hubungan secara serius. Hal ini menunjukkan bahawa pelajar berpendapat percintaan adalah satu perkara yang tidak boleh dipandang remeh tetapi setiap individu perlu berpandangan jauh untuk memikirkan tentang mas depan hubungan yang dibina. Persepsi pelajar terhadap percintaan menunjukkan betapa pelajar menganggap percintaan merupakan suatu perkara positif sekiranya dikendalikan dengan betul. Hal ini menggambarkan bahawa responden menganggap percintaan sebagai suatu perkara yang tidak salah dan wajar untuk dilihat sebagai satu keperluan bagi golongan pelajar hari ini. Persepsi positif responden terhadap percintaan dapat menolak pendapat sesetengah golongan masyarakat yang menganggap bahawa percintaan hanya mengundang masalah dan tidak memberi faedah kepada pelajar.

BAB 5

KESIMPULAN, IMPLIKASI DAN CADANGAN

5.1 PengenalanBab ini akan membincangkan dengan lebih lanjut tentang kesimpulan atau rumusan bagi kajian yang telah dijalankan, implikasi kajian serta cadangan berkaitan langkah yang perlu diambil perhatian berkaitan isu yang dibincangkan.

5.2KesimpulanDengan ini dapatlah dirumuskan bahawa percintaan dalam kalangan pelajar pada hari ini telah menjadi satu kebiasaan dan lumrah. Golongan pelajar sering dikaitkan dengan percintaan kerana secara psikologinya, mereka semakin meningkat dewasa dan matang untuk menentukan hala tuju hidup mereka sendiri. Berdasarkan kajian, majoriti pelajar terlibat dalam percintaan dan kenyataan ini telah dijangka lebih awal. Golongan pelajar tanpa mengira latar belakang cenderung untuk bercinta kerana mereka merasakan bahawa perkongsian perasaan dan nilai hidup bersama pasangan akan lebih mematangkan dan merupakan satu proses kehidupan. Setiap orang yang meningkat dewasa mempunyai perasaan untuk menyayangi dan disayangi. Jika diteliti, cinta merupakan satu anugerah yang dikurniakan kepada manusia. Namun, bagaimana cara sesorang itu mengendalikan hubungan percintaan yang dibina perlu diberi perhatian.

Secara keseluruhannya, kajian ini telah berjaya menjawab keempat-empat objektif yang ingin dicapai dalam kajian ini. Melalui kajian ini, objektif pertama kajian iaitu untuk mengenalpasti profil pelajar yang terlibat dalam menjalinkan hubungan percintaan tercapai. Latar belakang pelajar yang bercinta telah dikenalpasti mengikut jantina, umur, PNGK, bangsa, agama, tempat tinggal dan pendapatan keluarga. Responden terdiri daripada pelajar Universiti Putra Malaysia (UPM) dengan majoriti pelajar terlibat dalam percintaan. Bilangan responden mengikut jantina adalah seimbang dan dari segi pencapaian akademik pula, kebanyakan responden yang bercinta mempunyai prestasi yang cemerlang dalam akademik dengan memperoleh Purata Nilaian Gred Kumulatif (PNGK) yang baik. Dari segi agama dan bangsa pula, pelajar Melayu dan beragama Islam pula merupakan yang paling ramai terlibat dalam percintaan berbanding bangsa dan agama lain. Pemilihan responden dilakukan secara rawak menyebabkan kajian yang dijalankan tidak menumpukan kepada bangsa dan agama, tetapi lebih kepada pengambilan responden secara rawak. Berdasarkan tempat tinggal, bilangan responden yang bercinta tidak kira sama ada mereka tinggal di kawasan bandar atau luar bandar tidak menunjukkan perbezaan yang ketara. Hal ini kerana, sebagai pelajar responden hidup dan melakukan aktiviti di persekitaran yang sama iaitu di kawasan kampus. Jika dilihat dari aspek pendapatan keluarga, majoriti responden yang bercinta mempunyai pendapatan keluarga yang sederhana iaitu dalam lingkungan RM1500-RM3000. Objektif kedua kajian adalah mengenalpasti faktor-faktor yang mendorong pelajar menjalinkan hubungan percintaan. Faktor boleh dibahagikan kepada beberapa bahagian seperti faktor individu, keluarga, rakan sebaya dan media massa. Berdasarkan kajian, faktor utama yang dipersetujui oleh responden sebagai faktor yang mendorong pelajar bercinta adalah faktor cinta yang merupakan fitrah dan setiap manusia cenderung untuk berkasih sayang. Kebanyakan responden juga memilih faktor perasaan cinta yang wujud tanpa disangka merupakan faktor yang boleh mendorong mereka terlibat dalam percintaan. Pengaruh teknologi seperti kewujudan laman sosial yang semakin berkembang penggunaannya turut dipersetujui oleh responden sebagai salah satu faktor utama yang boleh menggalakkan mereka menjalinkan percintaan. Selain itu, faktor individu yang menemui pasangan yang memenuhi kriteria yang dicari dan mempunyai kualiti yang diinginkan turut mendorong pelajar untuk bercinta. Majoriti responden turut berpendapat bahawa faktor pengaruh rakan sebaya boleh mempengaruhi mereka untuk bercinta yang mana rakan adalah orang yang paling rapat dengan responden. Objektif ketiga kajian adalah untuk mengenalpasti tujuan pelajar bercinta. Melalui penyelidikan ini, didapati responden berpendapat bahawa tujuan utama pelajar bercinta adalah untuk mencari calon suami atau isteri untuk dijadikan teman hidup apabila telah tiba masanya. Tujuan utama lain berkaitan percintaan dalam kalangan pelajar yang dipersetujui oleh majoriti responden adalah untuk mendapat perhatian dan kasih sayang daripada pasangan. Selain itu, kebanyakan responden juga bersetuju bahawa pelajar menjalinkan hubungan percintaan bagi berkongsi masalah peribadi. Responden turut menyatakan bahawa tujuan pelajar bercinta adalah untuk mendapat motivasi terutamanya dalam pelajaran. Tujuan utama lain yang turut dipersetujui oleh responden sebagai tujuan utama pelajar bercinta adalah untuk menghilangkan kesepian. Objektif keempat pula adalah untuk mengenalpasti persepsi pelajar terhadap percintaan. Secara keseluruhan, majoriti pelajar mempunyai persepsi yang positif terhadap percintaan dengan nilai min bagi persepsi positif yang lebih tinggi berbanding persepsi negatif. Ramai responden yang menganggap bahawa mereka hanya akan bercinta sekiranya menemui seseorang yang layak untuk dijadikan pasangan hidup. Majoriti responden bersetuju bahawa percintaan adalah tidak salah selagi seseorang pelajar itu menjaga moral dan perlakuan. Persepsi yang turut mencatatkan min yang tinggi adalah percintaan adalah lumrah dan jatuh cinta adalah perkara normal dalam kalangan pelajar. Responden turut mengakui bahawa percintaan perlu dijalin secara serius atau bukan secara main-main. Cinta yang serius akan membentuk hala tuju yang jelas tentang masa depan hubungan. Kebanyakan responden turut bersetuju dengan pernyataan bahawa percintaan menjadikan seseorang itu lebih bertanggungjawab, matang dan berfikiran terbuka. Dalam kalangan responden juga, terdapat beberapa persepsi negatif yang dipersetujui oleh responden terhadap percintaan. Antaranya adalah percintaan mendatangkan lebih banyak masalah sekiranya terdapat faktor yang mengganggu hubungan, percintaan menyebabkan lebih banyak masalah sosial berlaku serta percintaan kadang-kala memberi tekanan dalam hidup seseorang pelajar. Berdasarkan kajian, jika dilihat dari sudut persepsi mengikut tahun pengajian, majoriti pelajar tahun pertama dan kedua mempunyai persepsi bahawa percintaan dalam kalangan pelajar adalah lumrah dan jatuh cinta adalah perkara normal. Pelajar tahun ketiga pula lebih bersetuju dengan persepsi bahawa sesuatu hubungan percintaan itu perlu dijalinkan secara serius dan bukan secara main-main. Pelajar tahun tiga lebih mengutamakan aspek tanggungjawab dan komitmen dalam percintaan memandangkan pemikiran mereka lebih matang berbanding pelajar tahun pertama dan kedua. Bagi pelajar tahun akhir pula, responden berpendapat bahawa mereka hanya akan bercinta sekiranya menemui seseorang yang layak untuk dijadikan suami atau isteri. Hal ini kerana, pelajar tahun akhir lebih fokus dalam menentukan hala tuju masa hadapan memandangkan mereka akan menempuh alam baru iaitu alam pekerjaan seterusnya mula berfikir tentang perkahwinan.

5.3 ImplikasiAdalah menjadi harapan penyelidik agar kajian ini dapat memberikan impak kepada semua pihak termasuk individu, institusi atau pihak kerajaan. Kajian ini memberi fokus kepada profil pelajar yang bercinta, faktor pelajar bercinta, tujuan percintaan dalam kalangan pelajar dan persepsi pelajar terhadap percintaan. Kajian ini dapat memberi gambaran kasar kepada golongan pelajar tentang keperluan hubungan cinta dalam kalangan pelajar itu sendiri dengan melihat kepada persepsi mereka terhadap percintaan sama ada ke arah positif atau negatif. Melalui kajian ini, dapat dilihat dan difahami tentang sejauh mana persepsi pelajar tentang percintaan dan adakah persepsi tersebut relevan atau tidak. Sekurang-kurangnya, sekiranya pelajar mempunyai persepsi dan tujuan yang agak negatif, hal ini masih boleh diperbetulkan supaya hubungan cinta yang dibina tidak memberi kesan yang negatif kepada kehidupan pelajar.

Bagi masyarakat, kajian ini boleh memberi pengetahuan di samping membuka minda masyarakat untuk bersifat lebih terbuka apabila memperkatakan tentang iu percintaan dalam kalangan pelajar supaya hubungan percintaan tidak dianggap hanya mendatangkan keburukan kepada pelajar. Melalui dapatan kajian ini juga, masyarakat boleh membuat penilaian sendiri tentang sejauh mana golongan muda atau pelajar melibatkan diri dalam percintaan dan adakah hubungan yang dijalinkan perlu diberi sokongan atau sebaliknya. Hasil kajian ini diharap dapat membuka mata dan hati masyarakat untuk berpandangan jauh terhadap isu percintaan dalam kalangan pelajar.

Kajian ini juga dapat menyumbang kepada penyaluran maklumat bagi agensi yang berkaitan di negara ini bagi membuat kajian yang lebih mendalam tentang isu-isu sosial. Banyak agensi, pertubuhan mahupun persatuan seperti Majlis Belia Malaysia (MBM), Kementerian Belia dan Sukan (KBS), Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) yang boleh menggunakan data dan maklumat yang diperoleh daripada kajian ini untuk sebarang program seperti bengkel mahupun seminar dengan merancang pengisian yang sesuai. Satu polisi atau garis panduan baru yang bersesuaian juga mungkin boleh diperkenalkan untuk memastikan pelajar sentiasa berada di landasan yang betul dan tidak tersilap langkah apabila menjalinkan hubungan percintaan.

5.4 Cadangan

Pelajar perlu didedahkan dengan pendidikan berkenaan cara untuk mengendalikan hubungan percintaan agar tidak tersasar ke arah negatif yang boleh membawa kemudaratan. Pendidikan yang dimaksudkan termasuklah dengan mendedahkan para pelajar tentang sikap yang perlu dibentuk apabila bercinta. Percintaan dalam kalangan pelajar adalah perkara biasa dan sukar untuk dielakkan. Oleh itu, bagi memastikan hubungan yang dibina tidak sia-sia atau hanya bersifat sementara, sikap yang bersesuaian perlu dipraktikkan agar percintaan sentiasa berada pada landasan yang betul. Sikap yang baik merangkumi penerapan nilai-nilai murni, mengamalkan nilai moral yang tinggi, serta rasional dalam apa jua tindakan. Hal ini penting bagi memastikan hubungan yang terjalin berjaya mencapai matlamat.Pendidikan mengenai institusi kekeluargaan juga adalah penting bagi golongan pelajar. Hal ini kerana, percintaan yang dijalin biasanya menjurus ke arah perkahwinan yang mana masa depan hubungan adalah amat penting untuk difikirkan. Sekurang-kurangnya, sekiranya pelajar dididik tentang institusi kekeluargaan dengan lebih awal, mereka akan dapat melihat gambaran tentang bagaimana sesuatu hubungan cinta itu perlu berjalan dan mereka akan menjadi lebih realistik tentang hubungan yang dibina. Komitmen terhadap hubungan juga boleh diperbaiki dengan setiap individu yang bercinta cuba untuk melatih diri menjadi lebih matang dan komited sebagai persediaan untuk ke fasa yang seterusnya iaitu perkahwinan. Ibu bapa selaku individu yang dekat dengan pelajar seharusnya mengikuti perkembangan pelajar yang terlibat dalam percintaan. Ini tidak bermaksud bahawa ibu bapa perlu mengongkong pergerakan anak-anak mereka, sebaliknya pergaulan pelajar dengan pasangan perlu dipantau dan dikawal sekiranya perlu. Kawalan perlu dilakukan oleh ibu bapa sekiranya pelajar mula menunjukkan petanda negatif akibat bercinta. Nasihat dan panduan perlu diberikan di samping menggalakkan pelajar untuk sentiasa berpegang kepada nilai-nilai yang positif.

Pihak institusi pengajian pula perlu menetapkan peraturan yang lebih ketat dan jelas bagi membendung berlakunya gejala sosial yang disebabkan oleh pelajar yang bercinta. Contohnya adalah mengawasi tempat-tempat yang berpotensi untuk pelajar melakukan perbuatan yang tidak sihat dan menegur atau mengambil tindakan sekiranya pelajar yang bercinta ini berkelakuan tidak senonoh atau bertindak di luar batasan. Di kawasan kampus, kawalan perlu dipertingkat pada waktu malam dan kemudahan seperti lampu jalan perlu dipastikan berfungsi dengan sebaik mungkin untuk mengelakkan terdapatnya pelajar yang bercinta melakukan aktiviti yang tidak sihat dan boleh mengundang masalah sosial terutamanya di kawasan gelap dan terlindung daripada pandangan orang ramai.

Bagi kajian yang akan