lawatan 1.docx

10
1.0 PENGENALAN Tajuk : Lawatan 1 Lokasi : Parit Bengkok Tarikh : 24 November 2014 (Isnin) Masa : 9.00 Pagi Aktiviti : Pembinaan kotak bentuk, memotong dan membengkok tetulang keluli Projek pembinaan ini merupakan pembinaan rumah 3 tingkat. Projek ini dibina sendiri oleh tuan rumah dengan bantuan 2 orang pekerja yang diupah. Pada masa ini, projek pembinaan telah siap 60% di mana progress kerja d tingkat 3 sedang dilakukan. Progress kerja buat masa ini lebih tertumpu pada pembinaan kotak bentuk dan pembentukan tetulang.

Upload: siti-masrura-syahrial

Post on 30-Jan-2016

305 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Lawatan 1.docx

1.0 PENGENALAN

Tajuk : Lawatan 1

Lokasi : Parit Bengkok

Tarikh : 24 November 2014 (Isnin)

Masa : 9.00 Pagi

Aktiviti : Pembinaan kotak bentuk, memotong dan membengkok tetulang keluli

Projek pembinaan ini merupakan pembinaan rumah 3 tingkat. Projek ini dibina

sendiri oleh tuan rumah dengan bantuan 2 orang pekerja yang diupah. Pada masa ini,

projek pembinaan telah siap 60% di mana progress kerja d tingkat 3 sedang dilakukan.

Progress kerja buat masa ini lebih tertumpu pada pembinaan kotak bentuk dan

pembentukan tetulang.

Page 2: Lawatan 1.docx

2.0 TEORI

2.1 KOTAK BENTUK

Kotak bentuk merupakan satu struktur sementara yang dibina untuk menampung

konkrit basah bagi membentuknya kepada bentuk-bentuk dan saiz (dimensi) yang

diperlukan dan menyokongnya sehingga ia boleh berdiri dengan sendiri (mengeras).

Kotak bentuk terdiri daripada bahan (papan)yang bersentuhan dengan konkrit dan

bahan penggalas yang menyokong atau menupang bahan permukaan tersebut. Kotak

bentuk bertujuan untuk:

i. Menampung konkrit basah yang baru dituang bagi membentuknya ke bentuk

dan saiz yang dikehendaki.

ii. Menanggung konkrit semasa kerja-kerja pemadatan (compaction)

iii. Menahan konkrit sehingga konkrit tersebut memperoleh kekuatan yang

mencukupi untuk berdikari (self-supporting).

2.2 TETULANG

Tetulang ialah sejenis besi yang berbentuk bulat dan panjang yang digunakan sebagai

tetulang pada konkrit. Tetulang juga adalah suatu bahan yang penting kepada

bangunan kerana ia sebagai rangka yang akan menguatkan bangunan tersebut. Jenis-

jenis Keluli Bar ADALAH SEPERTI BERIKUT:

i. Mild Steel Bar / Plain Round Bar (Keluli bar lembut)

Bentuknya bulat dan licin bersimbolkan huruf R. Jenis ini mempunyai saiz dan

simbol yang tetap (non-standard) bersimbolkan huruf M,MS MR

ii. High Yield bar / High tensile bar / Deformed Bar (Keluli Bar Keras/Bunga)

Kod BS 4449 Bentuknya bulat, bulat empat segi bersimbolkan Y. Jenis ini juga

mempunyai saiz dan simbol yang tidak tetap (non-standard) bersimbolkan

huruf-huruf dan tanda berikut; H, HY, HT. Bentuk empat segi dikenali dengan

(Square Twisted). Kedua-dua bar ini dicacatkan (bergerutu/Bunga) bagi

menyediakan lekatan yang lebih baik dan pegangan yang kemas.

iii. Welded Steel Fabric Reinforcement (British Reinforcement Concrete / British

Rol Coil (BRC)

Page 3: Lawatan 1.docx

Bentuk berjejaring empat segi tepat atau empat segi bujur dalam kepingan. Ia

juga disediakan dalam bentuk bergulung kepingan. BRC ini dibuat daripada

keluli yang berukuran garis pusat 2.5mm hingga 120mm. Panjang kepingan

tersebut ialah 4.8 m dan lebarnya 2.4 m. BRC ini dibuat daripada keluli yang

sama ukuran garis pusat berlainan ukuran garis pusat. BRC juga terdapat jenis

yang berbunga/keras ( bersaiz dan simbol A 8, A10 dan lain-lain).

3.0 PERALATAN

3.1 Pembinaan Kotak Bentuk

i. Pita Pengukur

ii. Papan lapis

iii. Kayu saiz 2” x 1”

iv. Tukul

v. Paku

Page 4: Lawatan 1.docx

vi. Gergaji

vii. Kepala Staging

viii. Penimbang Air

3.2 Memotong dan Membengkok Tetulang Keluli

i. Tempat membengkok tetulang keluli manual

ii. Pahat

Page 5: Lawatan 1.docx

iii. Tukul besi

iv. Pita Pengukur

4.0 Langkah Kerja

Page 6: Lawatan 1.docx

4.1 Pembinaan Kotak Bentuk

a. Pembinaan Kotak Bentuk Bagi Rasuk Bumbung

i. Sebelum pemasangannya, tetulang bagi rasuk bumbung yang di sokong oleh

tiang akan diletakkan terlebih dahulu. Tetulang diikat menggunakan dawai

halus dan dikemaskan dengan playar. Kerja-kerja memaku kayu pelapik saiz 2’

x 4’ juga dilakukan bagi menyokong kotak bentuk. Ini penting kerana ia akan

menggelakkan daripada kotak bentuk daripada terbuka dan jatuh

ii. Di bahagian bawah yang menyokong papan ini diletakkan kepala perancah

bagi mengukuhkan perancah yang menyokong secara keseluruhannya. Ia

diperbuat daripada besi keluli dan berat. Ia dikemaskan dengan bolt dan nat.

iii. Pembinaan kotak bentuk bagi rasuk bumbung adalah agak berbeza dengan

pembinaan rasuk tanah kerana perancah seperti kayu atau ‘staging’ digunakan

untuk menyokong kedudukan kotak bentuk semasa kerja-kerja pembinaan

rasuk bumbung dijalankan.

iv. Pekerja-pekerja akan menjalankan kerja-kerja di atas perancah dengan

membina pampan bawah atau ‘toto’ terlebih dahulu dan seterusnya memasang

sisi kotak bentuk bagi rasuk bumbung.

4.2 Memotong dan Membengkok Tetulang Keluli

i. Kerja merancang tanda pada tetulang keluli dilakukan terlebih dahulu

ii. Keluli yang telah selesai diukur dan di tanda di letakkan di tempat

pembengkok tetulang keluli (Manual)

iii. Sebelum kerja-kerja pembengkokan besi dijalankan. Tetulang keluli mestilah:

a. Keluli mestilah bersih dari minyak dan gris serta bebas dari habuk.

b. Keluli mestilah dipotong dan di bengkok mengikut kehendak Jadual

Bentuk yang disediakan

c. Pemotongan dan bengkokkan hendaklah mematuhi piawaian yang telah

ditetapkan

iv. Kerja-kerja pembengkokan besi dijalankan dengan menggunakan bantuan

spanner untuk menolak tetulang keluli

Page 7: Lawatan 1.docx

v. Kerja-

kerja

pemotongan tetulang keluli dilakukan dengan menggunakan pahat dan tukul

besi.

Page 8: Lawatan 1.docx

5.0 PERBINCANGAN

i. Penggunaan alatan mesin kurang diaplikasikan di tapak bina. Untuk projek

pembinaan bagi kawasan ini majoriti menggunakan alatan manual kecuali

alatan membancuh simen. Hal ini disebabkan projek yang dilaksanakan Cuma

berskala kecil. Penggunaan alatan manual untuk projek yang kecil adalah

relevan cuma memerlukan masa yang agak lama untuk melakukan sesuatu

kerja.

6.0 KESIMPULAN

Kerja pemasangan kotak bentuk, memotong dan membengkok kotak bentuk

merupakan antara kerja pembinaan yang sangat penting. Kotak bentuk berperanan

penting bagi memastikan konkrit dapat dibentuk mengikut bentuk yang dikehendaki

dan tetulang berperanan penting bagi memastikan kekuatan sesuatu bangunan itu

kukuh. Oleh sebab itu, kerja-kerja pembinaan harus dilakukan dengan teliti agar

kekuatan sesuatu struktur dapat dijamin selamat.