kajian tindakan (combine)

35
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA PROJEK KAJIAN TINDAKAN Pembiayaan Bahagian Perancangan Dan Penyelidikan Dasar Pendidikan OLEH: 1 “AKU DAN GSP” MENINGKATKAN KEFAHAMAN HUKUM OHM’S MELALUI KAEDAH LATIH TUBI ”AKU DAN GSP” DIKALANGAN MURID PMR SMK PARIT PANJANG

Upload: ismi

Post on 13-Jun-2015

2.708 views

Category:

Documents


6 download

TRANSCRIPT

Page 1: Kajian Tindakan (Combine)

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

PROJEK KAJIAN TINDAKAN

PembiayaanBahagian Perancangan Dan Penyelidikan Dasar Pendidikan

OLEH:

Ismi Kamarul Sham b. Ismail

SMK PARIT PANJANG09200 KUPANG

KEDAH DARUL AMAN

OKTOBER 2009

1

“AKU DAN GSP”MENINGKATKAN KEFAHAMAN HUKUM OHM’S MELALUI

KAEDAH LATIH TUBI ”AKU DAN GSP” DIKALANGAN MURID PMR SMK PARIT PANJANG

Page 2: Kajian Tindakan (Combine)

PENGHARGAAN

Syukur Alhamdulillah saya panjatkan kehadirat Allah s.w.t. kerana dengan keizinan

daripadanya maka saya sekali lagi telah berjaya untuk menyiapkan satu lagi laporan

kajian tindakan bagi kali yang ketiga di peringkat negeri. Namun kali ini telah beralih

ke peringkat negeri Kedah Darul Aman selepas menimba dua kali pengalaman

membentangkan kajian tindakan di peringkat Negeri Perak pada tahun 2006 dan

2007 bagi matapelajaran Matematik.

Namun pada kali ini, dengan khidmat nasihat yang diperolehi daripada Guru

Cemerlang Geografi Pn. Halimaton SMK Parit Panjang serta pihak pengurusan

sekolah yang telah memberikan sokongan padu serta tunjuk ajar dalam meneruskan

lagi penulisan serta pelaksanaan kajian tindakan menyebabkan saya sekali lagi

terpanggil untuk meneruskan agenda kajian tindakan ini sekali lagi.

Terima kasih yang tidak terhingga juga ingin saya ucapkan kepada Juru latih Daerah

yang di bawah pimpinan Pegawai PPD Baling/Sik En. Asmadi serta krew-krew

kajian tindakannya yang begitu komitet dengan tugasan ini yang tidak pernah

mengenal erti penat dan putus asa serta sentiasa merancang pelbagai aktiviti dan

strategi demi untuk menjayakan program kajian tindakan dan ternyata telah berjaya

menghasilkan satu output kajian tindakan yang begitu dinamik untuk

dipersembahkan ke peringkat seterusnya.

Seterusnya ucapan jutaan terima kasih kepada Unit Latihan dan Pembangunan JPN

Kedah di bawah kelolaan En. Abdullah bin Manaf serta krewnya yang sudah pasti

sentiasa memberi perhatian yang serius demi untuk menghasilkan satu pelaporan

kajian tindakan yang berkualiti dari masa ke semasa.

ABSTRAK

2

Page 3: Kajian Tindakan (Combine)

Kajian tindakan yang saya jalankan ini adalah bertujuan untuk mencari penyelesaian

kepada masalah murid yang kurang menguasai kefahaman pengiraan Hukum Ohm

yang mengandungi nilai rintangan, nilai voltan dan nilai arus elektrik - RVI. Seramai

5 orang murid Tingkatan 3 Dedikasi terlibat dalam kajian ini. Tinjauan awal telah

dilakukan dengan menggunakan kaedah temu bual, soal selidik, membuat

pemerhatian dan berdasarkan latihan yang terkandung di dalam buku latihan

Science Process Skill (SPS). Hasil daripada tinjauan, saya mendapati mereka

kurang memahami cara bagaimana untuk menggunakan maklumat yang terdapat

dalam soalan ketika menjawab soalan pengiraan nilai RVI samada dalam kertas

satu ataupun kertas dua. Begitu juga dengan soalan latihan yang diberikan,

segelintir murid tidak cuba untuk menjawab soalan ini. Walaupun penerangan

tentang soalan telah diberikan mereka hanya menunggu jawapan daripada guru

sahaja. Untuk mengatasi masalah ini, saya telah mengumpulkan murid yang benar-

benar tidak memahami akan Hukum Ohm dan menjalankan kajian dengan

melakukan aktiviti latih tubi tetapi tidak dengan kaedah biasa iaitu dengan

menggunakan pensil, kertas dan mesin kira-kira. Ia melalui kaedah yang lebih

menarik iaitu dengan satu kaedah yang saya namakan “AKU & GSP”. Melalui

metodologi ini, saya menerangkan kepada murid tentang kaedah bagaimana

membuat pengiraan secara latih tubi dari soalan yang dijanakan sendiri oleh mereka

melalui perisian GSP. Di sini, guru tidak memberi soalan-soalan untuk latih tubi

tetapi mereka sendiri yang mencipta soalan lalu menyelesaikannya secara terus,

tepat dan mengetahui jawapan setiap kali soalan yang diberi. Saya percaya jika

murid dibimbing dengan kaedah atau cara yang betul yang lebih menarik, mereka

dapat membuat latih tubi secara terus menerus dan akhirnya mereka sendiri akan

dapat membina kefahaman dan mendapatkan markah yang lebih baik. Berdasarkan

perbandingan keputusan Ujian Pra dan Pasca membuktikan peningkatan walaupun

tidak seperti yang diharapkan iaitu kesemua sampel murid yang telah mendapat

skor 0 pada peringkat ujian Pra telah menunjukkan peningkatan kepada skor

markah melebihi 50% pada Ujian Pasca. Ini sudah cukup membuktikan satu

perubahan yang sukup drastic dan memberi impak secara maksima. Dengan erti

3

Page 4: Kajian Tindakan (Combine)

kata lain satu kaedah yang saya perkenalkan ini telah menunjukkan kesan yang

positif kepada saya selaku pendidik dan seterusnya membantu pelajar

meningkatkan kefahaman yang lebih jitu lagi.

4

Page 5: Kajian Tindakan (Combine)

HALAMAN KANDUNGAN

Muka surat

Penghargaan ii

Abstrak iii

Halaman Kandungan v

1. Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran 1

2. Fokus Kajian 2

3. Objektif Kajian 3

4. Kumpulan Sasaran 3

5. Prosedur Kajian

5.1 Tinjauan Masalah 4

5.2 Analisis Tinjauan Masalah 5

5.3 Melaksanakan Tindakan 7

6. Melaksanakan Kajian

a) Aktiviti 1 – Peta Minda

b) Aktiviti 2 – Ujian Pra

c) Aktiviti 3 – Pengenalan GSP d) Aktiviti 4 – Ujian Pasca e) Aktiviti 5 - Borang Soal selidik

7 9 10 13 14

7 Penilaian 14

8 Refleksi Kajian 16

9 Rujukan Cadangan Lanjutan 16

10 Rujukan

Lampiran

Lampiran 1:

Lampiran 2:

Lampiran 3:

5

Page 6: Kajian Tindakan (Combine)

1. REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN LALU

Kajian tindakan ini telah bermula ekoran daripada dapatan secara tidak langsung

ketika saya mengajar tajuk Elektrik Tingkatan 3 pada awal April tahun ini. Saya

dapati masih ramai murid yang belum jelas dan tidak memahami dengan baik akan

maksud serta hubungan diantara Hukum Ohm’s iaitu perkaitan antara nilai arus

elektrik(I) dan Voltan(V) serta terhasilnya rintangan(R) bagi sesuatu litar. Melalui

hubungkait antara nilai voltan dan nilai arus elektrik yang sebenarnya adalah Hukum

Ohm’s iaitu rintangan bagi sesuatu arus elektrik.

Melalui pemerhatian rambang, murid masih lemah dalam pengetahuan asas seperti

apa itu arus elektrik dan begitu juga apa yang dikatakan voltan dalam elektrik. Murid

juga gagal mengaitkan voltan dan arus serta mengira nilai rintangan yang terhasil.

Justeru itu, saya telah memikirkan suatu kaedah yang boleh diguna pakai

terutamanya bagi murid-murid yang sangat lemah tahap pemikirannya untuk

menghubungkait di antara voltan dan arus untuk mencari nilai rintangan yang

sebenar di dalam sesuatu pengaliran arus elektrik dengan cara lojik, pantas dan

menarik. Teknik ini merupakan satu teknik yang menggunakan satu perisian yang

dikenali sebagai Geometer’s Sketcpad (GSP) ataupun maksud yang ditukarganti

untuk lebih menarik perhatian murid yang telah saya ubah iaitu Guna Sampai

Pandai.

Melalui perisian tersebut murid diminta untuk memilih jenis soalan berdasarkan

gambar murid itu sendiri yang telah dimuat turun ke dalam perisian tersebut dan

melalui pilihan tersebut akan terbina pelbagai bentuk jenis soalan pengiraan nilai

voltan, arus dan rintangan secara automatik dan dapat membantu pengiraan secara

latih tubi yang pantas dan tepat. Teknik ini juga dikenali sebagai teknik Latih Tubi

“Aku dan GSP” untuk mengira jumlah nilai rintangan (R), voltan (V) dan arus (I)”.

6

Page 7: Kajian Tindakan (Combine)

2. FOKUS KAJIAN

Berdasarkan latihan daripada soalan-soalan yang terkandung di dalam buku SPS

keluaran Longman, terdapat beberapa orang murid yang gagal menjawab dengan

betul. Cuma pada kali ini saya mengambil sampel murid-murid yang gagal

menjawab kesemua soalan yang ada untuk dibuat kajian. Ini amat

membimbangkan, maka saya terfikir untuk membuat kajian bagaimana untuk

meningkatkan kemahiran murid menjawab soalan sebegini melalui latih tubi

kerana soalan jenis ini hanya melibatkan pengiraan semata-mata disamping

formula yang telah pun ditetapkan oleh Hukum Ohms iaitu Rintangan (R)

bersamaan dengan nilai voltan(V) dibahagikan dengan nilai arus (I). Antara

kelemahan murid-murid ini mungkin berpunca daripada beberapa faktor seperti

berikut :

tidak menguasai kemahiran proses sains.

tidak memahami kaedah guru mengajar

tidak mengetahui kaedah menjawab soalan dengan betul

tidak dapat mengaitkan soalan dengan topik yang telah dipelajari

tidak boleh membaca atau boleh membaca tetapi lemah

tidak memahami istilah kemahiran proses sains (KPS) dan perkataan

sains dalam Bahasa Inggeris.

tidak memahami konsep pengiraan dalam matematik

murid gagal menghubung kaitkan bahawa matematik dan sains

sebenarnya ada pertalian.

Walaupun terdapat banyak faktor yang menyebabkan murid-murid tidak dapat

menjawab soalan jenis pengiraan ini, saya hanya memfokuskan kajian ini kepada

kaedah atau teknik menjawab soalan pengiraan semata-mata berdasarkan

maklumat-maklumat yang diberi dalam soalan. Contohnya, sekiranya terdapat nilai

voltan dan arus dalam soalan, nilai rintangan boleh diperolehi. Ataupun sekiranya

nilai rintangan dan arus diberi, nilai voltan boleh diperolehi dan seterusnya.

7

Page 8: Kajian Tindakan (Combine)

3. OBJEKTIF KAJIAN

3.1 Am

Meningkatkan kefahaman dan ingatan murid untuk mengira setiap nilai rintangan,

voltan atau arus elektrik dengan mudah dan pantas serta dengan penuh keyakinan.

3.2 Khusus

1. meningkatkan kemahiran murid untuk memahami definasi rintangan, arus

dan voltan dalam setiap pengaliran arus elektrik.

2. membantu murid mencapai keputusan yang lebih cemerlang dalam PMR

nanti.

3. mengubah corak pengajaran guru supaya murid merasakan proses

pembelajaran dan pengajaran sais adalah tidak membosankan.

4. memberi pendekatan kepada murid agar sentiasa menghargai akan setiap

kaedah baru dalam pengajaran dan pembelajaran serta memberi nilai positif

kepada mereka dan bukannya untuk menyusahkan.

4. KUMPULAN SASARAN

Kajian ini melibatkan 5 orang murid Tingkatan 3 Dedikasi SMK Parit Panjang

yang terdiri daripada 2 orang murid lelaki dan 3 orang murid perempuan yang

kesemuanya adalah anak-anak penoreh getah di kampung berdekatan dengan

sekolah. Difahamkan bahawa tahap pemikiran mereka agak lemah disamping

berada di dalam kedudukan kelas keempat daripada enam kelas, mereka juga

mempunyai nilai motivasi yang agak rendah kerana faktor kediaman mereka di

kampung. Hal ini adalah jauh berbeza dengan murid yang tinggal di kawasan

bandar yang menjalani kehidupan seharian dengan penuh persaingan dan

mempunyai nilai motivasi diri yang tinggi. Bukan sekadar dalam matapelajaran

sains tetapi bagi matapelajaran yang lain juga mereka ini mempunyai rekod

pencapaian prestasi yang kurang memberangsangkan.

8

Page 9: Kajian Tindakan (Combine)

5. METODOLOGI KAJIAN

Kajian tindakan “Aku dan GSP” ini telah membuat tinjauan masalah serta analisis

terhadap tinjauan masalah tersebut.

5.1 Tinjauan Masalah

Tinjauan awal terhadap masalah yang dikenalpasti telah dibuat bertujuan untuk

memahami dengan lebih terperinci masalah tersebut.

i. Kajian tindakan kali ini telah berkisarkan kepada pemerhatian tidak

berstruktur ketika proses P&P berjalan secara tidak langsung. Terdapat segelintir

murid yang sukar memberi tumpuan kepada setiap pengajaran yang diberi seperti

bersembang dengan rakan-rakan dan mengganggu tumpuan rakan-rakan lain. Ini

sekaligus telah menunjukkan perasaan kurang minat terhadap pengajaran sains

yang diajar.

ii. Ujian Pra juga telah dijalankan sebagai mengukuhkan lagi bahawa terdapat

segelintir murid yang benar-benar tidak mempunyai pengetahuan asas mengenai

pengiraan rintangan, voltan dan arus elektrik. Apatah lagi untuk mengaplikasikan

Hukum Ohms dalam matapelajaran Sains.

iii. Satu set soalan soal selidik berkenaan dengan tajuk kajian juga telah

dirangka khas bertujuan untuk membuat analisa sikap dan juga tanggapan murid

terhadap Sains amnya dan proses kajian tindakan yang dijalankan mempunyai

impak yang negatif. Soal selidik ini telah dibuat sebelum dan selepas pelaksanaan

teknik “Aku dan GSP”. Diantara soalan soal selidik yang telah diajukan ialah seperti

berikut:

9

Page 10: Kajian Tindakan (Combine)

Skala

Perkara

1 Sains merupakan matapelajaran yang senang

2Saya begitu seronok apabila dapat menjawab soalan dengan betul.

3 Saya sentiasa bersedia untuk belajar sains

4Teknik belajar saya lebih baik daripada teknik yang diajar oleh guru saya.

5Pengiraa Hukum Ohm adalah bab yang senang dikuasai tanpa teknik "Aku & GSP"

6Saya lebih mudah memahami pengiraan Hukum Ohm selepas teknik "Aku & GSP" diajar

7Saya lebih mudah menghafal formula Hukum Ohm setelah teknik "Aku & GSP" dijalankan.

8Saya lebih yakin dan seronok selepas menjalani teknik "Aku & GSP"

9Saya akan cuba membayangkan teknik "Aku & GSP" ketika waktu ujian kerana ia mudah diingati.

10Teknik "Aku & GSP" dapat membantu saya dalam memahami dan meningkatkan daya kreativiti.

4 5No 1 2 3

5.2 Analisis Tinjauan Masalah

Dapatan kajian ini adalah berdasarkan daripada 5 orang murid yang benar-benar

keliru dan sukar memahami konsep pengiraan nilai rintangan, voltan dan juga nilai

arus lektrik yang ditakrifkan sebagai Hukum Ohms.

a) Temubual Dengan Murid

Hasil temu bual dengan murid yang telah dikenalpasti mempunyai masalah

ini sememangnya tidak dapat mengaitkan nilai R.V.I itu secara total dan

seterusnya tidak berminat untuk menjawab soalan.

b) Tinjauan Buku Latihan Murid Dan Lembaran Kerja

Kelemahan murid dalam menjawab soalan Sains yang berkaitan dengan

R.V.I ini juga ditinjau dengan terperinci melalui buku latihan murid. Murid

yang telah dikenalpasti. Didapati mereka tidak dapat menjawab soalan

latihan yang diberikan kerana tidak faham langsung dan hanya menunggu

jawapan daripada guru sahaja seperti lampiran di bawah.

10

Page 11: Kajian Tindakan (Combine)

11

Soalan tidak berjawab selepas satu jangka masa diberi

Page 12: Kajian Tindakan (Combine)

Bil Pelajar & Skor [ Ujian Pra ]

0%

10%

20%

30%

40%

50%

60%

70%

80%

90%

100%

0 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10

Skor

Per

atu

s B

il M

uri

d [

%]

0

1

2

3

4

5

Bil

Mu

rid

[N

]

Peratus Bil pelajar

c) Kelemahan murid menjawab soalan dapat dikenalpasti melalui Ujian Pra

yang telah diadakan.

Rumusan :

Kesemua sampel

murid seramai 5

orang telah

mendapat skor 0

daripada 10

soalan.

d) Berdasarkan maklum balas daripada borang soal selidik juga mendapati

bahawa 100% daripada murid-murid tersebut sememangnya mempunyai

persepsi yang mengatakan bahawa matapelajaran sains adalah sains

semata-mata dan tidak mempunyai perkaitan dengan matapelajaran lain

seperti kaitan matapelajaran sains dan matematik. Mereka sukar untuk

menghubungkan teori matematik dalam matapelajaran sains. Contohnya,

sekiranya terdapat soalan sains yang melibatkan pengiraan, hukum

matematik tidak diaplikasikan bagi menyelesaikan masalah soalan tersebut.

5.3 Melaksanakan Tindakan

Berdasarkan data-data yang dikumpul daripada tinjauan awal, saya telah

menentukan aktiviti yang perlu dilaksanakan.

Aktiviti-aktiviti yang perlu dilaksanakan bagi menangani masalah ini ialah:

5.3.1 Aktiviti 1- Peta Minda (Asas Operasi Dalam Matematik)

5.3.2 Aktiviti 2- Ujian Pra

12

Page 13: Kajian Tindakan (Combine)

5.3.3 Aktiviti 3- Pengenalan Perisian GSP

5.3.4 Aktiviti 4- Ujian Pasca

5.3.5 Aktiviti 5- Borang Soal Selidik

6. MELAKSANAKAN KAJIAN

6..0.1 Aktiviti 1

- Peta Minda (Asas Operasi Dalam Matematik)

Saya mengambil masa selama satu jam untuk menerangkan konsep operasi

matematik terlebih dahulu iaitu bagaimana operasi bertukar daripada nilai darab

bertukar menjadi nilai bahagi apabila dipindahkan dari sebelah kiri ke kanan

operasi dan sebaliknya dengan menggunakan alat bantuan komputer ’power point’

dan memaparkannya di skrin. Setelah itu saya telah menggantikan operasi

pendaraban dan pembahagian itu dengan formula Hukum Ohms iaitu R=V/I.

Untuk menarik minat murid dalam slot ini, saya menyediakan satu set soalan (rujuk

Lampiran 1) untuk dijawab oleh murid. Saya fokuskan soalan yang cukup mudah

dan meminta murid menggubahkan operasi itu sahaja tanpa membuat pengiraan.

Contoh Soalan :

1. Please re-write these questions in term of ’a’ as a topic.

i. 3a = c

ii. 4a = 4

iii. 200a = 5

Pemerhatian :

Walaupun sebelum ini, guru matapelajaran matematik ada menunjukkan

kaedah penyelesaian bagi soalan-soalan di atas namun masih lagi ada murid

yang kurang faham dan keliru untuk menyelesaikannya. Daripada

pemerhatian yang telah dibuat melalui aktiviti ini, didapati sampel murid-murid

ini menunjukkan reaksi kurang jelas terhadap penerangan yang diberikan.

Setelah ’hand out’ panduan menjawab soalan diedarkan dan saya

13

i - a = c/3

ii – a = 4/4

iii – a = 5/200

Page 14: Kajian Tindakan (Combine)

menerangkan cara penyelesaian langkah demi langkah barulah semua murid

ini dapat memahami cara untuk menjawab soalan tersebut.

Refleksi :

100 % orang murid dapat menjawab soalan yang diberikan dengan baik

setelah tunjuk ajar diberi dengan baik secara bimbingan.

Pelajar sedang berbincang

secara kumpulan untuk

menjawab soalan yang

diberi.

6..0.2 Aktiviti 2

- Ujian Pra

Ujian Pra telah dijalankan cuma 20 minit sahaja pada hari yang berlainan

setelah aktiviti 1 dijalankan. (rujuk Lampiran 2)

Pemerhatian :

Walaupun sebelum ini konsep pertukaran operasi dalam matematik telah

dipraktikkan, namun apabila nilai berikut adalah fakta sains seperti nilai R.V.I

diberi, murid-murid ini tadi telah keliru dan tidak dapat mengaplikasikan

dengan baik kerana tanggapan mereka sains dan matematik adalah dua

matapelajaran yang berbeza dan tidak boleh dihubungkaitkan.

14

Page 15: Kajian Tindakan (Combine)

Bil Pelajar & Skor [ Ujian Pra ]

0%

10%

20%

30%

40%

50%

60%

70%

80%

90%

100%

0 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10

Skor

Per

atu

s B

il M

uri

d [

%]

0

1

2

3

4

5

Bil

Mu

rid

[N

]

Peratus Bil pelajar

Murid sedang menduduki ujian ujian pra.

Refleksi :

100 % orang murid tidak dapat menjawab kesemua soalan yang diberikan

dengan baik.

6..0.3 Aktiviti 3

- Pengenalan

Perisian GSP

Memperkenalkan Teknik “Aku dan GSP” selama 40 minit

Guru mempamerkan perisian GSP kepada murid dan kaedah

penggunaannya langkah demi langkah.

Setiap pilihan soalan yang dibuat akan dapat menghasilkan kombinasi

nilai R.V.I yang berbeza.

Bantuan LCD dan komputer mudah alih dapat dipraktikkan diserata

tempat. Murid akan berfokuskan tayangan serta hand-out yang diberi

untuk melengkapkan pengiraan secara pantas.

Setelah pilihan soalan dibuat, murid diminta mengira samada nilai

rintangan, nilai voltan ataupun nilai arus secara terus.

Murid akan terus membuat pengiraan secara latih tubi dan menyemak

jawapan secara terus tanpa menunggu masa yang panjang. Dengan

15

Page 16: Kajian Tindakan (Combine)

itu murid akan dapat memahami konsep pengiraan dengan jelas dan

tepat.

Contoh : Apabila murid memilih gambar murid pertama, maka satu set

soalan akan dipaparkan. Melalui soalan ini nanti, murid diminta untuk

mengira nilai samada nilai rintangan, voltan ataupun arus seperti

paparan di bawah:

Kemudian ’Button’ demi ’Button’ perlu diklik untuk memaparkan jalan

kerja

pengiraan

sehingga kepada jawapan terakhir. Dengan itu murid akan dapat

menjawab secara terus menerus dan menyemak pengiraan yang

dibuat daripada satu langkah ke langkah seterusnya dengan pantas.

Seterusnya pelajar akan klik ’Button – Change Question’ untuk terus

ke soalan yang seterusnya.

Pemerhatian :

Walaupun pada peringkat awal kesemua murid kekok menggunakan perisian

GSP ini kerana terpaksa memegang ’mouse’ dengan sendiri untuk memilih

soalan, tetapi akhirnya mereka boleh menggunakannya dengan baik sekali.

Mereka juga terus bergerak aktif untuk menukar soalan demi soalan

disamping mengira jawapan serta menyemak jawapan dengan segera secara

berkumpulan dan bersaing siapa yang cepat memperolehi jawapan.

16

Page 17: Kajian Tindakan (Combine)

Contoh paparan GSP adalah seperti berikut:

17

Page 18: Kajian Tindakan (Combine)

Refleksi :

Semua sampel murid telah melibatkan diri secara menyeluruh untuk

memilih jenis soalan serta berlumba-lumba untuk menyelesaikan

masalah bagi setiap soalan dengan jayanya.

lebih gembira di waktu P&P kerana nilai intraktif melalui gambar murid

sendiri di dalam perisian komputer.

dapat mengesan kesilapan ketika membuat pengiraan.

dapat memberi fokus yang lebih tinggi berbanding sebelumnya.

Kaedah cubajaya dan latih tubi yang dinamik memberi satu impak yang

cukup berkesan dan jitu.

18

Page 19: Kajian Tindakan (Combine)

6..0.4 Aktiviti 4

- Ujian Pasca

Ujian Pasca juga telah dijalankan cuma 20 minit sahaja pada hari yang

berlainan setelah aktiviti 1 hingga aktiviti 3 dijalankan.

Murid sedang menjalani ujian pasca

Pemerhatian :

Soalan yang digunakan adalah 100% sama dengan soalan Pra tempohari.

Walaupun sela masa ujian pra dan pasca agak lama iaitu lebih kurang

sebulan, namun tahap ingatan mereka masih kuat. Ini dapat dibuktikan

dengan keputusan ujian Pasca adalah jauh lebih baik daripada ujian Pra

tempohari seperti graf di bawah.

19

Page 20: Kajian Tindakan (Combine)

Bil Pelajar & Skor [ Ujian Pasca ]

0%

10%

20%

30%

40%

50%

60%

70%

80%

90%

100%

0 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10

Skor

Per

atu

s B

il M

uri

d [

%]

0

1

2

3

4

5

Bil

Mu

rid

[N

]

Peratus Bil pelajar

Refleksi :

100 % orang murid

telah berjaya

menjawab soalan

dengan baik dan

serta dapat

menunjukkan

pemudah cara

untuk

menyelesaikan pengiraan dengan pantas, tepat dan penuh keyakinan.

6..0.5 Aktiviti 5

- Borang Soal Selidik

Selepas melaksanakan semua aktiviti yang dirancang, saya sekali lagi telah

mengedarkan Borang Soal Selidik untuk melihat impak kajian tindakan yang

telah dijalankan pada kali ini.

Pemerhatian :

Berdasarkan jawapan borang soal selidik itu terdapat perubahan sikap

mereka terhadap sains ternyata berubah ke arah yang lebih positif. Walaupun

tidak kesemua murid yang berubah dengan begitu drastik namun sekurang-

kurangnya dalam 50% telah menanamkan nilai positif yang lebih baik dari

sebelumnya. Jikalau sebelum ini kesemua murid mendapati sains adalah

salah satu matapelajaran yang sukar untuk didampingi tetapi setelah melalui

aktiviti-aktiviti yang telah dirancang ternyata ia adalah disebaliknya.

Refleksi :

100 % orang murid telah memberi kerjasama menyatakan isihati mereka

secara tulus berkaitan dengan sikap mereka terhadap sains.

20

Page 21: Kajian Tindakan (Combine)

7. PENILAIAN

Analisis data markah ujian Pra

Skor

Markah0 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10

Bilangan

murid5 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0

Murid-murid menunjukkan markah yang tidak memberansangkan pada Ujian

Pra.

Analisis data markah ujian Pasca

Skor

Markah0 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10

Bilangan

murid0 0 0 0 0 0 0 0 2 0 3

Murid-murid telah menunjukkan markah yang lebih baik setelah kefahaman

dapat dibina melalui aktiviti yang telah dijalankan.

21

Page 22: Kajian Tindakan (Combine)

Perbandingan Skor Markah Antara

Ujian Pra dan Pasca

0

1

2

3

4

5

0 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10

Skor Markah

Bil M

uri

d (N)

Ujian Pra Ujian Pasca

Graf menunjukkan perbezaan markah bagi setiap ujian. Markah bagi ujian Pra

adalah jauh lebih rendah yang telah dicapai oleh murid-murid berbanding

Ujian Pasca. Dalam Ujian Pra 100% murid telah mendapat 0 markah

manakala dalam Ujian Pasca 40% mendapat skor markah 8/10 dan 60%

telah mendapat skor markah 10/10.

Hasil kajian menunjukkan bahawa proses kefahaman murid boleh dicapai

asalkan terdapat kaedah yang mudah dan lojik pada tahap pemikiran murid itu

sendiri. Walaupun sesuatu kaedah itu kelihatan remeh dan mudah, tetapi

impaknya adalah besar terhadap sudut kefahaman murid. Tahap kecerdasan

murid juga harus diambil kira agar aras pengenalan sesuatu kaedah dapat

diadaptasikan oleh murid secara berperingkat-peringkat. Kajian kali ini

membuktikan tahap kefahaman murid telah berjaya dipertingkatkan melalui

kaedah latih tubi tetapi dibantu oleh satu perisian yang begitu dinamik dan

mudah diguna pakai.

22

Page 23: Kajian Tindakan (Combine)

8. REFLEKSI KAJIAN

Berdasarkan pemerhatian saya, Teknik “Aku dan GSP” telah berjaya

membantu murid untuk mempertingkatkan kefahaman mereka disamping

mengubah persepsi murid terhadap matapelajaran Sains ke arah yang lebih

positif.

9. CADANGAN LANJUTAN

Kajian ini sebenarnya adalah satu pengenalan teknik yang padat, tepat,

interaktif dan bebas berkomunikasi demi mencapai maksud kejayaan

cemerlang. Oleh itu mengaplikasikan pelbagai sumber yang ada disekelilingi

kita mengikut kesesuai adalah merupakan kata kunci untuk memberi

kefahaman kepada murid samada dalam matapelajaran Sains atau lain-lain

matapelajaran yang difikirkan boleh untuk dilaksanakan pada kadar paling

optimum.

Oleh kerana fokus utama dalam pedagogi adalah kefahaman pelajar terhadap

sesuatu perkara, maka kaedah latih tubi yang mempunyai seribu cara untuk

dilaksanakan maka kaedah ini akan saya teruskan lagi dengan cara yang lebih

baik lagi serta pemurniaan ke atas bahagian-bahagian yang saya rasakan

perlu nanti.

10. RUJUKAN (LAMPIRAN)

1. Lee Soon Guan et al. (2006). Matra keluaran kedua. Jabatan Pelajaran

Kedah.

2. Unit Latihan Khas (2006). Modul Kajian Tindakan. Jabatan Pelajaran Kedah.

3. Unit Latihan Khas (2006 & 2007). Modul Kajian Tindakan. Jabatan Pelajaran

Perak.

23

Page 24: Kajian Tindakan (Combine)

Projek Kajian Tindakan – Aktiviti 1

Simplify the below simple equations

1. Please re-write these questions

in term of a as a topic.

a. 3a = c

b. 4a = 4

c. 200a = 5

d. 345a = 345

24

Page 25: Kajian Tindakan (Combine)

e. 500a = 100

2. Please re-write these questions

in term of (?) as a topic.

a. (I)

RI = V

b. (V)

R = V/I

c. (R)

I = V/R

Projek Kajian Tindakan – Aktiviti 2&4 (Pra/Pasca)

Solve the following problems using Ohm’s Law, R= V/I

1. What is the value of the resistor in

the diagram, if the power supply

(dry cells) VVV and the ammeter

reading is AAA ?

No VVV AAA RRR

1 3 0.5

2 3 0.3

3 3 0.6

2. If the bulb in the diagram has a

resistance of RRR , what is the

reading shown on the ammeter, if

the dry cells supply VVV?

No VVV AAA RRR

1 2 4

2 3 5

25

Page 26: Kajian Tindakan (Combine)

3 5 8

3. If the current of AAA flows through

the resistor of RRR in the diagram,

calculate the voltage supplied by

the dry cells?

Projek Kajian Tindakan – Aktiviti 5 (Borang Soal Selidik)

No VVV AAA RRR

1 0.5 2

2 1.0 1.5

3 1.5 3

4 2.0 4.5

26

Page 27: Kajian Tindakan (Combine)

Skala

Perkara

1 Sains merupakan matapelajaran yang senang

2Saya begitu seronok apabila dapat menjawab soalan dengan betul.

3 Saya sentiasa bersedia untuk belajar sains

4Teknik belajar saya lebih baik daripada teknik yang diajar oleh guru saya.

5Pengiraa Hukum Ohm adalah bab yang senang dikuasai tanpa teknik "Aku & GSP"

6Saya lebih mudah memahami pengiraan Hukum Ohm selepas teknik "Aku & GSP" diajar

7Saya lebih mudah menghafal formula Hukum Ohm setelah teknik "Aku & GSP" dijalankan.

8Saya lebih yakin dan seronok selepas menjalani teknik "Aku & GSP"

9Saya akan cuba membayangkan teknik "Aku & GSP" ketika waktu ujian kerana ia mudah diingati.

10Teknik "Aku & GSP" dapat membantu saya dalam memahami dan meningkatkan daya kreativiti.

4 5No 1 2 3

Nama Pelajar :_____________________

Date : ____________________________

Arahan : Sila tandakan (X) ke dalam kotak skala berdasarkan soalan yang diberi

secara jujur mengikut skala yang anda fikirkan sesuai dengan kemampuan anda.

Skala :

1- Sangat Tidak Setuju

2- Tidak Setuju

3- Kurang Setuju

4- Setuju

5- Sangat Setuju

Page 28: Kajian Tindakan (Combine)