ciri pedagogi

1
Ciri-Ciri/ Kriteria-Kriteria dalam Pedagogi Relevan Budaya Menurut Guittierez (1994) dan Ladson-Billings (1994) menerusi Noriati et al.(2009), antara ciri pedagogi releven budaya termasuklah pembelajaran akan menjadi lebih berkesan apabila murid mengabungkan semua pengetahuan, konsep, prosedur, kemahiran dan strategi yang telah dipelajari oleh mereka daripada situasi pelbagai budaya ke dalam kesepaduan ilmu dan nilai tanpa prejudis budaya, pedagogi releven budaya adalah mustahak bagi murid untuk memahami latar belakang mereka yang berlainan budaya, supaya murid dapat belajar dalam proses aktif pembelajaran merentasi pelbagai budaya, dan selain membantu pelajar memperoleh pengetahuan, pedagogi relevan budaya juga memberikan motivasi murid untuk belajar secara konstektual, iaitu mengambil kira pengalaman murid yang berbeza. Berdasarkan ciri-ciri yang disenaraikan di atas, kita dapat merumuskan bahawa pembelajaran yang mampu menghubungkan pengalaman murid di rumah dengan pengalaman di sekolah serta memenuhi tuntutan dan keperluan kurikulum dan menjanjikan kecemerlangan murid dari segi semua aspek di sekolah. Pedagogi releven budaya harus memanfaatkan latar belakang, pengetahuan dan pengalaman murid untuk memahami pengajaran guru, serta menjadikan budaya sebagai sumber dalam pengajaran dan pembelajaran. Untuk mengetahui ciri-ciri pedagogi releven budaya dengan lebih lanjut, Ladson Billings (1995a, 1995b) telah mengutarakan tiga jenis kriteria untuk menjelaskan pedagogi releven budaya. Antaranya termasuklah kejayaan akademik murid, persaingan budaya, dan budaya mengkritik.

Upload: siti-hajar

Post on 27-Dec-2015

113 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

pn

TRANSCRIPT

Page 1: Ciri Pedagogi

      Ciri-Ciri/ Kriteria-Kriteria dalam Pedagogi Relevan BudayaMenurut Guittierez (1994) dan Ladson-Billings (1994) menerusi Noriati et al.

(2009), antara ciri pedagogi releven budaya termasuklah pembelajaran akan menjadi lebih berkesan apabila murid mengabungkan semua pengetahuan, konsep, prosedur, kemahiran dan strategi yang telah dipelajari oleh mereka daripada situasi pelbagai budaya ke dalam kesepaduan ilmu dan nilai tanpa prejudis budaya, pedagogi releven budaya adalah mustahak bagi murid untuk memahami latar belakang mereka yang berlainan budaya, supaya murid dapat belajar dalam proses aktif pembelajaran merentasi pelbagai budaya, dan selain membantu pelajar memperoleh pengetahuan, pedagogi relevan budaya juga memberikan motivasi murid untuk belajar secara konstektual, iaitu mengambil kira pengalaman murid yang berbeza.

Berdasarkan ciri-ciri yang disenaraikan di atas, kita dapat merumuskan bahawa pembelajaran yang mampu menghubungkan pengalaman murid di rumah dengan pengalaman di sekolah serta memenuhi tuntutan dan keperluan kurikulum dan menjanjikan kecemerlangan murid dari segi semua aspek di sekolah. Pedagogi releven budaya harus memanfaatkan latar belakang, pengetahuan dan pengalaman murid untuk memahami pengajaran guru, serta menjadikan budaya sebagai sumber dalam pengajaran dan pembelajaran.

Untuk mengetahui ciri-ciri pedagogi releven budaya dengan lebih lanjut, Ladson Billings (1995a, 1995b) telah mengutarakan tiga jenis kriteria untuk menjelaskan pedagogi releven budaya. Antaranya termasuklah kejayaan akademik murid, persaingan budaya, dan budaya mengkritik.