cadangan nyuk

3
6.0 CADANGAN Kadar Inflasi di sesebuah Negara biasanya akan memberi kesan kepada ekonomi dunia dan keseimbangan ekonomi sesebuah Negara.Kadar inflasi yang tinggi akan menjejaskan menaikkan kos sara hidup dan menjejaskan taraf hidup penduduk.Justeru Pengkaji telah mencadangkan beberapa langkah yang boleh diambil supaya inflasi dapat dikawal . Menyedari bahawa inflasi boleh menimbulkan kesan buruk kepada perkembangan ekonomi negara , kos sara hidup dan taraf hidup orang berpendapatan rendah , kerajaan melaksanakan Kempen Anti Inflasi melalui media cetak dan elektronik untuk meningkatkan kesedaran dan perubahan sikap pembeli supaya mereka boleh mengambil langkah-langkah positif untuk membantu membendung inflasi . Objektif kempen berkenaan ialah untuk mengurangkan kadar inflasi ke tahap sifar . Kempen ini disasarkan kepada konsep untuk memupuk pemikiran masyarakat supaya membanteras inflasi dengan menggalakkan pengguna agar membeli barang buatan Malaysia , mengelakkan pembelian tidak dirancang , membeli hanya barangan yang benar diperlukan . Selain itu , kerajaan mengambil langkah mengurangkan harga barang keperluan seperti petrol dan beras selaras dengan pengurangan harga komoditi dunia . Subsidi diesel patut terus diberikan kepada golongan tertentu terutamanya nelayan kerana bertujuan mengurangkan kos operasi mereka dan secara tidak langsung harga ikan murah di pasaran .

Upload: dizchang

Post on 16-Feb-2016

216 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

mm

TRANSCRIPT

Page 1: Cadangan Nyuk

6.0 CADANGAN

Kadar Inflasi di sesebuah Negara biasanya akan memberi kesan kepada ekonomi dunia dan

keseimbangan ekonomi sesebuah Negara.Kadar inflasi yang tinggi akan menjejaskan

menaikkan kos sara hidup dan menjejaskan taraf hidup penduduk.Justeru Pengkaji telah

mencadangkan beberapa langkah yang boleh diambil supaya inflasi dapat dikawal .

Menyedari bahawa inflasi boleh menimbulkan kesan buruk kepada perkembangan

ekonomi negara , kos sara hidup dan taraf hidup orang berpendapatan rendah , kerajaan

melaksanakan Kempen Anti Inflasi melalui media cetak dan elektronik untuk meningkatkan

kesedaran dan perubahan sikap pembeli supaya mereka boleh mengambil langkah-langkah

positif untuk membantu membendung inflasi . Objektif kempen berkenaan ialah untuk

mengurangkan kadar inflasi ke tahap sifar . Kempen ini disasarkan kepada konsep untuk

memupuk pemikiran masyarakat supaya membanteras inflasi dengan menggalakkan

pengguna agar membeli barang buatan Malaysia , mengelakkan pembelian tidak dirancang ,

membeli hanya barangan yang benar diperlukan .

Selain itu , kerajaan mengambil langkah mengurangkan harga barang keperluan seperti

petrol dan beras selaras dengan pengurangan harga komoditi dunia . Subsidi diesel patut terus

diberikan kepada golongan tertentu terutamanya nelayan kerana bertujuan mengurangkan kos

operasi mereka dan secara tidak langsung harga ikan murah di pasaran . Subsidi petrol atau

diesel patut disalurkan kepada rakyat supaya dapat menjimatkan perbelanjaan rakyat . Kos

sara hidup rakyat dikurangkan dan taraf hidup rakyat dapat ditingkatkan .

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri , Koperasi dan Hal Ehwal Pengguna

menganjurkan ‘Kempen Beli Barangan Malaysia’ . Langkah ini amat mustahak untuk

memulihkan masalah inflasi . Rakyat Malaysia digalakkan supaya membeli bahan keperluan

asas yang sedia ada di negara kita daripada membeli barangan import . Ini untuk

mengelakkan inflasi di import berlaku . Sementara itu , kilang tempatan juga digalakkan

untuk meningkatkan kualiti barangan agar dapat bersaing dengan barangan import dan

barangan tempatan dapat dijadikan barang penggantian import . Hal ini dapat memantapkan

defisit pendapatan negara supaya nilai mata wang Malaysia tidak jatuh berbanding dengan

mata wang asing . Sebagai contoh , Kedai 1 Malaysia dan Klinik 1 Malaysia dibuka untuk

Page 2: Cadangan Nyuk

mengalakkan rakyat membeli barang buatan tempatan serta membantu rakyat supaya dapat

membeli barang pengguna yang lebih murah .

Tambahan pula , penguatkuasaan undang-undang merupakan tindakan yang ampuh

untuk membendung inflasi . Demi mencegah penyelewengan peniaga yang tamak , pengawai

yang terlibat tidak patut bertindak bena tak bena sahaja . Misalnya permantauan atau serbuan

hanya dijalankan secara bermusim sahaja . Tanpa tindakan undang-undang yang ketat ,

peniaga akan bertindak bermaharajalela dengan penjara dan hukuman denda yang berat

dijatuhkan dengan semaksimunya terhadap peniaga yang licik . Pemantauan yang lebih kerap

harus diadakan terhadap semua permis perniagaan dan pasar malam . Masyarakat kita perlu

menjadi mata dan telinga kepada pihak berkuasa seperti ‘Rakan Cop’ untuk melaporkan

berlakunya penyelewengan peniaga .

Kesimpulannya , pihak kerajaan dan pihak yang bertanggungjawab harus bersama-

sama mengatasi masalah inflasi di Malaysia . Selain itu , pihak autoriti dan masyarakat juga

harus bekerjasama untuk membendung inflasi yang berlaku di negara kita agar Wawasan

2020 dapat dicapai .