ringkasan cadangan

Download ringkasan cadangan

Post on 21-Dec-2015

26 views

Category:

Documents

1 download

Embed Size (px)

DESCRIPTION

ringkasan

TRANSCRIPT

FAKULTI PENDIDIKAN, SASTERA DAN SAINS SOSIAL

TAJUK KAJIAN : PENGGUNAAN CD COURSEVARE SAINS TAHUN TIGA AKAN MEMPERTINGKATKAN KEMAHIRAN MENGENAL PEMBOLEHUBAH DI SK TAMAN SRI MUDA SHAH ALAM

NAMA PELAJAR: RODUAN BIN PINNO. MATRIK : 690712085809002NO. TEL PELAJAR: 013-6088718NAMA IPG / PPW/ PPT: INSTITUT PERGURUAN ISLAM BANGIINTAKE: SEPTEMBER 2006PROGRAM: SMPPENGKHUSUSAN / MAJOR : SAINS

NAMA TUTOR PENYELIA: ENCIK HAMDAN BIN MISRAM

Sila tandakan ( ) pada kotak yang berkenaanRINGKASAN CADANGAN KAJIAN

LAPORAN CADANGAN KAJIAN

KANDUNGANPERKARAMUKA SURAT

Penyataan Masalah Kajian2

Objektif Kajian3

Soalan Kajian4

Kaedah Kajian5

Sampel6

Instrumen: Borang Soal Selidik, Pra-Ujian, Pasca-Ujian & Permerhatian 6

Pernyataan Masalah Kajian

Kajian ini adalah bertujuan untuk menguji sejauh mana guru dapat memberi pemahaman kepada murid dalam mata pelajaran sains tahun tiga dengan menggunakan cd courseware. Kajian yang dijalankan adalah penting kepada guru yang mengajar matapelajaran sains bagi mengenalpasti langkah-langkah perlu dalam sesi pengajaran. Ini termasuklah bagaimana kendak memanfaaatkan penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi dalam waktu pengajarannya dalam mendapatkan pemahaman murid secara optimum. Guru juga dapat memastikan pecahan masa penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi dalam pengajaran agar murid tidak berasa bosan. Kaedah pengajaran yang harus digunapakai haruslah relevan dengan aras pemikiran murid. Kajian ini juga akan membantu guru dengan memberikan petunjuk tentang peningkatan perubahan kognitif yang diinginkan selaras asas pengunaan teknologi maklumat dan komunikasi sebagai alat bantu mengajar dan bukannya penganti guru itu sendiri.

Pelajar sebagai kayu pengukur kejayaan pengajaran guru bakal menerima impak besar dalam kajian ini. Mereka akan didedahkan bahawa cara pengajaran yang interaktif akan memberikan pengalaman baru dan cabaran kognitif yang berterusan berbekalkan kepakaran guru dalam menghasilkan pembelajaran interaktif yang melibatkan pelajar secara aktif dalam sesi pengajarannya. Pelajar akan dirangsang dengan aktiviti yang memberikan mereka input baru dan menambah baik skema atau penhgalaman sedia ada mereka semasa mengikuti sesi pengajaran menggunakan cd courseware ini. Bagi pelajar yang berada dalam kategori cemerlang mereka akan diberi input pengayaan secara interaktif dalam mod penerokaan.

Bagi pelajar sederhana pula kefahaman mereka kepada pelajaran akan diperkukuhkan secara interaktif dengan mendapat latihan bagi isi penting pengajaran pada sesi tersebut. Bagi pelajar yang lemah mereka akan diberi latih tubi dalam memperbetulkan konsep asal isi pelajaran. Secara amnya perubahan ini akan memperlihatkan penambahbaikan akan terjadi kepada prestasi sekolah kerana teknologi maklumat dan komunikasi yang dilaksanakan akan menghasilkan pelajar yang cemerlang dan mengelakkan keciciran dikalangan pelajar. Bagi pihak kerajaan pula, kajian ini membantu menambahkan celik teknologi maklumat dan komunikasi dikalangan guru dan pelajar serta menjadikan membantu mencapai matlamat wawasan 2020 yang diimpikan.

Objektif Kajian

1. Mengenalpasti preastasi murid sebelum pengajaran dan pembelajaran menggunakan courseware diijalankan dengan menjalankan penilaian praujian tentang pemboleh ubah.2. Mengenalpasti peningkatan pemahaman murid tentang kemahiran mengenal pembolehubah dengan mengadakan ujian selepas penggunaaan courseware dijalankan.3. Memastikan pengurusan kelas yang digunapakai dalam menyampaikan pengajaran berbantukan penggunaan computer.4. Memastikan keberkesanan cara penilaian yang dilakukan dengan menggunakan komputer.5. Memastikan cara guru menangani pelbagai aras pencapaian pelajar dengan berbantukan komputer dapat mempertingkatkan kemahiran mengenal pembolehubah.6. Mengambilkira persepsi murid tentang pemahaman kemahiran mengenal pembolehubah setelah melalui proses pembelajaran dengan berbantukan computer menggunakan cd courseware.

Soalan Kajian

1. Apakah cara penilaian yang dilakukan dengan menggunakan komputer tentang mengenal pembolehubah lebih efektif berbanding kaedah tradisional?2. Bagaimanakah cara guru menangani pelbagai aras pencapaian pelajar tentang mengenal pembolehubah dengan berbantukan computer menggunakan cd courseware?3. Bagaimanakah persepsi murid tentang pemahaman tentang mengenal pembolehubah setelah melalui proses pembelajaran dengan berbantukan komputer menggunakan cd courseware berbanding tanpa penggunaan komputer?4. Bagaimanakah pencapaian murid dalam penilaian tentang mengenal pembolehubah yang diadakan pada akhir pembelajaran berbantukan komputer menggunakan cd courseware?5. Apakah kadar keberkesanan pembelajaran mengenal pembolehubah setelah penilaian dibuat memberikan skala pemahaman yang tinggi bagi kumpulan pelajar yang cerdas, sederhana dan rendah.

Kaedah Kajian

Kajian ini akan dijalankan terhadap pelajar dalam mengenalpasti pembolehubah yang telah dipilih hasil dari keputusan pencapaian ujian-ujian yang lepas dan juga berdasarkan pencalonan dari guru sains di sekolah berkenaan.

Pelajar yang telah di sasarkan akan diberi ujian pra bagi mengesan kebolehan pelajar mengenalpasti pembolehubah. Soalan yang dikemukakan dalam ujian tersebut hanya melibatkan sukatan pelajaran yang telah mereka pelajari. Jawapan-jawapan dari kumpulan sasaran akan dikumpulkan dan dianalisis untuk mengenalpasti kelemahan yang wujud. Seterusnya kumpulan sasaran akan diberi rawatan iaitu dibimbing dalam mengenalpasti pembolehubah melalui pengunaan courseware yang disediakan oleh Kementerian Pelajaran.

Setelah sesi kelas bimbingan selesai, satu ujian pos diberikan kepada kumpulan sasaran untuk melihat tahap kebolehan dalam mengenalpasti pembolehubah serta mengesan keberkesanan pengunaan courseware. Selepas itu, kumpulan sasaran akan diberikan satu borang soal selidik untuk mengesan persepsi pelajar terhadap kaedah yang telah dijalankan. Di samping itu, beberapa orang pelajar dari kumpulan sasaran akan dipilih secara rawak untuk menjalani sesi temubual bagi mengesan keberkesanan kaedah ini dengan lebih teliti untuk menyokong soal selidik yang telah dijalankan.

Sampel

Kajian ini akan dijalankan di Sekolah Kebangsaan Taman Sri Muda. Sekolah ini mempunyai 4 buah kelas bagi tahun tiga yang terdiri daripada pelbagai kaum, agama, budaya dan kedua-dua jantina. Sampel pelajar diambil dari 1 buah kelas sahaja iaitu seramai 35 orang. Pencapaian sains dalam Penilaian Pertengahan Tahun menunjukkan mereka mempunyai pencapaian yang agak sama . Sampel pelajar dipilih berdasarkan analisis data dari borang maklumat keseluruhan pelajar-pelajar dalam kelas tersebut dan juga berdasarkan pencalonan dari guru matapelajaran sains mereka..

Instrumen Kajian

a. Borang Maklumat Pelajar

Borang ini mengandungi maklumat tentang latar belakang sasaran kajian. Maklumat yang dikehendaki ialah seperti nama, jantina, umur, latar belakang keluarga dan markah peperiksaan yang lepas. Borang ini juga menerangkan tujuan kajian ini dijalankan. Borang ini akan diagihkan kepada kumpulan sasaran pada perjumpaan pertama pengkaji dengan kumpulan sasaran.

b. Kertas Ujian Pra Dan Kertas Ujian Pos

Soalan-soalan yang terkandung dalam kedua ujian ini, akan menepati huraian sukatan pelajaran sains tahun tiga. Dengan ini penentuan item-item dibuat berdasarkan kepada Sukatan Pelajaran Sains KBSR dan kelemahan yang dikesan dalam kajian-kajian lepas. Pengkaji akan merujuk item-item daripada buku-buku rujukan untuk dijadikan instrumen. Kedua-dua kertas ujian menguji kemahiran yang sama dan soalan juga hampir sama. Kertas ujian pra dan pos mengandungi 10 item yang berbentuk berstruktur.

c. Borang Soal Selidik

Borang soal selidik akan diagihkan kepada kumpulan sasaran selepas mereka selesai menjawab ujian pos. Borang ini dibina untuk mengetahui persepsi kumpulan sasaran terhadap pengunaan courseware yang telah dilaksanakan. Borang soal selidik mengandungi 6 soalan kajian akan menggunakan borang maklumat pelajar, borang temubual, borang soal selidik,ujian pra dan ujian pos. Hasil dapatan akan ditafsir dengan mengunakan literasi computer SPSS.

PRE TEST

NAME : CLASS: ..

Please answer all questions.

Question 1

Look at the picture and fill in the blanks.

If two springs have the same length, the spring with the ____________ diameter will stretch more than the spring with the _________ diameter.

Question 2

Now, look at these pictures. Which of these pictures shows you what to change in a fair test? Tick () on the correct picture.

Question 3

The table below shows the observations by a pupil about the shadow of an object.

TimeThe length of the shadow

7.00 a.m.160 cm

10.00 a.m.80 cm

12.00 noon0 cm

3.00 p.m.80 cm

7.00 p.m.160 cm

i. What is to be changed in the experiment? _____________________________________________________________

ii. What is to be observed in the experiment? ____________________________________________________________

Question 4

A pupil measures the mass of a liquid. The table below shows the result of his investigation.Volume (ml)Mass (g)

15050

300100

450150

i. What is to be changed in the experiment? _____________________________________________________________

iii. What is to be observed in the experiment? ____________________________________________________________

Question 5The following table shows the data from an investigation carried out by a group of pupils. Type of dry cell are the same.

Number of dry cells in the circuitCondition of bulb

1Dimmer

3Brighter

6Burns out

i. What is to be