cadangan jawapan kertas 3 tahun 2014

40
CADANGAN JAWAPAN KERTAS 3 TAHUN 2014 DEMOKRASI BERPARLIMEN Latar belakang sistem Demokrasi Berparlimen · Selepas pembentukan Malaysia pada tahun 1963, jentera pentadbiran kerajaan telah diperkemaskan. · Sistem pemerintahan dan pentadbiran negara selepas merdeka adalah berlandaskan sistem pemerintahan demokrasi berparlimen. · Negara demokrasi lahir dpd perjuangan berasaskan kedaulatan rakyat. · Terdapat dua corak pemerintahan demokrasi. · Sistem Raja Berperlembagaan iaitu sistem pemerintahan yang mengekalkan raja sebagai pemerintah tertinggi negara dan negeri · Pemerintah dibantu oleh Perdana Menteri · Malaysia mengamalkan sistem Demokrasi Berparlimen dan Raja Berperlembagaan sejak merdeka pada tahun 1957. · Demokrasi Berparlimen bermaksud rakyat melibatkan diri dalam sistem pemerintahan negara · Raja-raja Melayu menjadi lambang taat setia rakyat · Rakyat berpeluang membentuk kerajaan · Rakyat bebas memilih perwakilan melalui pilihanraya · Rakyat berhak menyokong, mengekal atau menukarkan kerajaaan yang sedia ada melalui pilihanraya · Perlembagaan Malaysia menjadi garis panduan sistem pemerintahan demokrasi berparlimen di Malaysia.

Upload: siti-aminah-salleh

Post on 01-Oct-2015

339 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

word

TRANSCRIPT

CADANGAN JAWAPAN KERTAS 3 TAHUN 2014

DEMOKRASI BERPARLIMENLatar belakang sistem Demokrasi BerparlimenSelepas pembentukan Malaysia pada tahun 1963, jentera pentadbiran kerajaan telah diperkemaskan.Sistem pemerintahan dan pentadbiran negara selepas merdeka adalah berlandaskan sistem pemerintahan demokrasi berparlimen.Negara demokrasi lahir dpd perjuangan berasaskan kedaulatan rakyat.Terdapat dua corak pemerintahan demokrasi.Sistem Raja Berperlembagaan iaitu sistem pemerintahan yang mengekalkan raja sebagai pemerintah tertinggi negara dan negeriPemerintah dibantu oleh Perdana MenteriMalaysia mengamalkan sistem Demokrasi Berparlimen dan Raja Berperlembagaan sejak merdeka pada tahun 1957.Demokrasi Berparlimen bermaksud rakyat melibatkan diri dalam sistem pemerintahan negaraRaja-raja Melayu menjadi lambang taat setia rakyatRakyat berpeluang membentuk kerajaanRakyat bebas memilih perwakilan melalui pilihanrayaRakyat berhak menyokong, mengekal atau menukarkan kerajaaan yang sedia ada melalui pilihanrayaPerlembagaan Malaysia menjadi garis panduan sistem pemerintahan demokrasi berparlimen di Malaysia.Beberapa pindaan perlembagaan dibuat untuk menyesuaikan sistem pentadbiran dengan perkembangan politik semasa.Sistem Demokrasi berparlimen berjaya mengekalkan kerajaan yang adil, sejahtera dan stabil.Konsep PerlembagaanPerlembagaan merupakan undang-undang tertinggi yang menjadi asas kepada pembentukan sesebuah kerajaan.Tujuan perlembagaan adalah sebagai dokumen rasmi negara.Mengandungi segala peraturan dan prinsip sebagai panduan kepada kerajaan untuk melaksanakan kuasanya dan mentadbir negara.Parti politik yang mentadbir akan mengetahui hala tuju pentadbiran negara.Menjamin kerajaan menunaikan tanggungjawab kepada rakyat melalui peruntukan yang terkandung di dalamnya.Perlembagaan Malaysia yang diperkenalkan pada 16 september 1963 mengandungi 183 perkara.Perlembagaan ini mengandungi peruntukan seperti senarai kerajaan persekutuan, kerajaan negeri dan senarai bersama.Institusi Yang Dipertuan Agong, Parlimen, Jemaah Menteri dan badan kehakiman.Perlembagaan Malaysia telah membuat pembahagian kuasa antara kerajaan persekutuan dengan kerajaan negeri kerana Malaysia merupakan sebuah negara persekutuanNegeri -negeri yang bergabung dengan persekutuan Malaysia diberikan hak, kuasa dan tanggungjawab seperti yang diperuntukkan dlm perlembagaan negeri

Keluhuran perlembagaanBermaksud keagungan dan ketertinggian undang-undang atau perlembagaan itu sendiri.Bukti keluhuran perlembagaan ialah kuasa parlimen, kedudukan Yang Dipertuan Agong, kuasa perundangan dan kebebasan asasi diperuntukkan oleh perlembagaanParlimen memperoleh kuasa daripada perlembagaanYang Dipertuan Agong tertakluk kepada perlembagaan Malaysia.Keluhuran perlembagaan Malaysia mengatasi Yang Dipertuan Agong, parlimen, jemaah Menteri, dan mahkamahSemua jenis undang-undang yang bercanggah dengan perlembagaan Malaysia adalah tidak sah

Sebab-sebab pindaan PerlembagaanMelindungi kepentingan rakyat.Menjaga keselamatan Negara.Melicinkan urusan.Supaya sentiasa releven.Sesuai dengan keperluan semasa.Menjadikan perlembagaan sebagai undang-undang yang munasabah.Kandungan dipatuhi oleh rakyat dengan rela hati.Melarang perkara sensitif dipersoalkan secara terbuka.Parlimen telah meluluskan pindaan Akta Hasutan 1970 yang menghadkan seorang individu daripada bercakap sewenang-wenangnya.Mengelakkan perbalahan kaum.Memelihara keselamatan/ketenteraman/ keharmonian masyarakat.

PILIHAN RAYA DI MALAYSIA

Maksud dan Latar Belakang Pilihan RayaPilihan raya ialah proses memilih wakil rakyat untuk memerintah sama ada pada peringkat negeri atau persekutuan.Pemilihan ini dilakukan secara sulit menggunakan prosedur yang telus dan teratur.Pengiraan undi dibuat secara terbuka dan keputusannya direkodkan.Calon yang mendapat undi terbanyak dikira menang.Sistem ini dikenali dengan sistem majoriti mudah.Pilihan rayamerupakan ciri penting sistem demokrasi berparlimen di Malaysia.

Peranan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR)Pilihan raya di Malaysia dijalankan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).Keanggotaannya dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong selepas berunding dengan Majlis Raja-Raja Melayu.Suruhanjaya Pilihan Raya ditubuhkan untuk menjamin pilihan raya yang adil dan bebas tanpa tekanan parti pemerintah atau pembangkang.Tiga fungsi utama SPR adalah menentukan sempadan bahagian-bahagian pilihan raya, menjalankan pendaftaran pemilih dan mengendalikan pilihan raya sama ada pilihan raya umum atau pilihan raya kecil.

Tujuan Pilihan RayaPilihan raya umum diadakan untuk memilih ahli Dewan Rakyat dan ahli Dewan Undangan Negeri secara serentak di seluruh Semenanjung Malaysia.Di Sarawak dan Sabah pula pilihan raya umum bagi bagi Dewan Rakyat dan Dewan Undangan Negeri diadakan secara berasingan.Pilihan raya kecil diadakan apabila berlaku kekosongaan kerusi di mana-mana kawasan Parlimen atau Dewan Undangan Negeri.Kekosongan itu berlaku mungkin disebabkan hal-hal tertentu seperti kematian, peletakan jawatan dan perlucutan jawatan.Pilihan raya kecil mesti diadakan dalam tempoh 60 hari bagi Semenanjung Malaysia dan 90 hari bagi Sarawak dan Sabah selepas kekosongan itu.

Proses Pilihan Raya di MalaysiaPenetapan tarikh penamaan calon dan pengundian oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).Penamaan calon.Penyediaan manifesto oleh parti yang bertanding.Pelancaran kempen pilihan raya.Pengumuman tentang tempat pengundian dan tempat pengiraan undi oleh SPR.Pemberian kertas undi yang mengandungi lambang parti calon yang bakal dipilih kepada pengundi di tempat pengundian.Pengundi akan memangkah calon pilihannya pada kertas undi dan memasukkan kertas tersebut ke dalam peti undi.Pembuangan undi.Pengiraan undi.Pengumuman keputusan pilihan raya oleh Pegawai Pilihan Raya.

Kelayakan CalonWarganegara Malaysia bebas memilih dan menganggotai mana-mana parti politik yang mereka gemari.Mereka boleh menjadi calon dan bebas untuk bertanding dalam pilihan raya.Seseorang yang ingin menjadi calon dalam pilihan raya mestilah warganegara Malaysia, berumur 21 tahun, bermastautin di Malaysia, sempurna akal, bukan orang yang muflis, tidak memegang jawatan dalam perkhidmatan awam dan tidak disabitkan dengan sesuatu kesalahan oleh mahkamah.Seseorang warganegara akan hilang kelayakannya sebagai ahli Parlimen atau ahli Dewan Undangan Negeri jika dihukum penjara tidak kurang daripada 12 bulan atau didenda tidak kurang daripada RM2000 dan belum mendapat pengampunan.Calon-calon dalam sesuatu pilihan raya boleh bertanding atas nama parti atau atas nama individu sebagai calon bebas.Mereka harus mengemukakan kertas penamaan calon pada hari penamaan calon.

Kelayakan PengundiSeseorang pengundi yang berkelayakan boleh mengundi jika namanya didaftarkan dalam Senarai Daftar Pemilih.Menuruf perkara 119 Perlembagaan Malaysia, seseorang warganegara yang berumur 21 tahun, bermastautin atau tidak bermastautin, tinggal di mana-mana kawasan pilihanraya Dewan Rakyat atau Dewan Undangan Negeri mengundi dalam pilihanraya tersebut.Seseorang pengundi hanya boleh mengundi dalam sebuah kawasan pilihanraya sahaja.Perlembagaan membenarkan anggota pasukan keselamatan, pelajar di luar negara dan pegawai kerajaan yang bertugas di luar negara mengundi melalui pos dengan syarat nama mereka terdaftar sebagai pengundi.

Kempen Pilihan RayaDi negara kita, sebelum proses pengundian dijalankan sama ada dalam pilihanraya umum atau pilihan raya kecil, calon daripada pelbagai parti yang bertanding dibenarkanberkempen.Tempoh berkempen adalah antara tujuh hingga lima belas hari sahaja.SPR telah menubuhkan urus setia yang diketuai oleh seorang setiausaha yang berperanan sebagai Ketua Eksekutif dan Ketua Pentadbir urus setia.Mereka dibantu oleh sekumpulan kakitangan awam.Urus setia SPR diwajibkan mengikuti garis panduan dan dasar SPR.Tujuannya untuk memastikan piliharaya dijalankan dengan efektif dan adil.

Kepentingan Pilihan RayaPilihanraya penting kepada semua warganegara dalam sistem pemerintahan demokrasi.Setiap warganegara perlu bertanggungjawab mengambil tahu perkembangan politik semasa.Mereka harus melibatkan diri dalam poses memilih pemimpin negara serta menentukan bentuk kerajaan dan corak pemerintahan demokrasi melalui pilihan raya.

Sebab-Sebab Demokrasi Berparlimen diamalkan di MalaysiaMelahirkan taat setia rakyat yang tidak berbelah bagi kepada pemimpin yang dipilih.Rakyat terlibat dalam menentukan hala tuju politik negara.Memberi ruang dan peluang kepada rakyat memilih pemimpin.Dapat menentukan pemimpin yang berkebolehan dan berkualiti.Rakyat mempunyai hak bersuara, berpolitik dan berpersatuan.Pemimpin yang terpilih akan berkhidmat dengan sebaik mungkin kepada rakyat.Ekonomi negara akan berkembang maju.Mengekalkan kestabilan politik negara.

Kebaikan Amalan DemokrasiMengekalkan kedaulatan kerajaan.Kerajaan dipilih oleh rakyat.Berpeluang menentukan kepimpinan negara.Menentukan masa depan negara.Segala pemasalahan diselesaikan melalui rundingan.Kecekapan pentadbiran negara.Kestabilan negara aman.Memudahkan perancangan kerajaan.Meningkatkan kerjasama dalam kalangan masyarakat.Menjamin hak rakyat.Mengurangkan tekanan antarabangsa.Memperkukuhkan perpaduan.Mengekalkan perkongsian kuasa.Kerajaan stabil.Kemajuan ekonomi.Menarik pelaburan asing.

Cara-Cara Sistem Demokrasi di Malaysia Dapat dikekalkanMendidik rakyat agar menggunakan demokrasi dengan cara yang betul.Mengamalkan demokrasi dengan cara yang betul.Mengelakkan campur tangan asing dalam urusan negara.Mengekalkan keharmonian hidup pelbagai kaum.Semangat demokrasi harus disuburkan di peringkat sekolah.Amalan demokrasi mengikut acuan negara sendiri.Kekalkan sistem pilihanraya yang adil dan bebas.Memelihara undang-undang dan perlembagaan negara.Rakyat mesti memelihara jati diri bangsa.Mengutamakan kepentingan negara.

Kebaikan Sistem Pemerintahan DemokrasiRakyat terlibat dalam memilih dan membentuk kerajaan.Rakyat boleh bersuara dan kemukakan pandangan.Pemimpin tidak berkuasa mutlak.Rakyat bebas memilih pemimpin melalui pilihanraya.Menjamin hak asasi rakyat.Memastlkan keamanan.Menjamin kerajaan yang adil dan stabil.Kedaulatan di tangan rakyat.

Cara-Cara Mengekalkan Kedaulatan dan Kemerdekaan NegaraMenjaga nama baik negara.Mewujudkan kerjasama.Sanggup berkorban demi kebaikan bersama.Bermusyawarah untuk mencapai kata sepakat.Bertolak ansur dalam politik.Merealisasikan dasar-dasar kerajaan.Menghayati sejarah perjuangan para pejuang negara.Menghormati lambang-lambang negara.PERANAN BADAN KEHAKIMAN DAN SISTEM MAHKAMAH

Badan kehakimanMenentukan kesahihan undang-undangBerkuasa mentafsir Perlembagaan Persekutuan dan Perlembagaan NegeriMempunyai kuasa mendengar serta menentukan perkara sivil dan jenayah.Perkara sivil berkaitan dengan saman.Biasanya memerlukan afidavit (keterangan bertulis dengan mengangkat sumpah yang disaksikan oleh seorang peguam).Perkara jenayah melibatkan kanun keseksaan.

Sistem mahkamahBerkuasa mentafsir perlembagaan negara.Mentfsir undang-undang.Mengisytiharkan undang-undang bertulis Kerajaan Persekutuan atau Kerajaan Negeri.Berkuasa mengisytiharkan sesuatu tindakan kerajaan tidak sah di sisi undang-undang.Melaksanakan undang-undangTidak boleh meminda undang-undang.

CIRI-CIRI BADAN PERUNDANGAN (LEGISLATIF)Berperanan mengubal undang-undang oleh Parlimen.Bagi menjamin keadilan dan kesejahteraan rakyat.Parlimen terdiri daripada Yang di-Pertuan Agong, Dewan Negara dan Dewan Rakyat.

Dewan NegaraMerupakan dewan tertinggiMengandungi 69 orang ahli.Mewakili setiap negeri.Ahli digelar Senator.Tempoh keanggotaan adalah tiga tahun.Berumur sekurang-kurangnya 30 tahun.Senator setaraf sama dengan Ahli Parlimen.Beliau boleh dilantik menjadi ahli Jemaah Menteri.Senator dilantik tanpa melalui pilihan raya oleh Yang di-Pertuan Agong.Terdiri daripada individu yang memberi sumbangan cemerlang dan berpengalaman.Dalam perkhidmatan awam, bidang profesional atau bidang tertentu seperti perniagaan, perusahaan, pertanian, kesenian, dan kebajikan, atau mewakili sesuatu kumpulan minoriti seperti Orang Asli.Keahlian Dewan Negara dibahagikan kepada tiga kumpulan.Dua orang ahli yang dipilih oleh Yang di-Pertuan Agong yang mewakili Wilayah Perekutuan Kuala Lumpur dan seorang ahli mewakili Wilayah Persekutuan Labuan.40 orang ahli dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong yang terdiri daripada individu yang telah berjasa dan cemerlang dalam bidang profesional.

Dewan RakyatDewan Rakyat merupakan dewan terpenting.Ahlinya dipilih oleh rakyat dalam pilihan raya umum.Dewan Rakyat mengandungi 219 orang ahli.Mereka mewakili semua kawasan pilihan raya.Tempoh keanggotaannya lima tahun.Tugas utama menggubal dan meluluskan undang-undang di peringkat Dewan Rakyat.

BADAN PELAKSANA (EKSEKUTIF)

Jemaah MenteriTerdiri daripadaJemaah Menteriatau Kabinet.Merupakan badan pelaksana dasar kerajaan.Pembuat dasar tertinggi negara.Diketuai oleh Perdana Menteri.Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri mengetuai sesebuah atau beberapa kementerian.

KementerianKementerianbertanggungjawab menggubal dasar-dasar kerajaan.Merancang serta menyelaraskan program pembangunan ekonomi dan sosial.Setiap kementerian diketuai oleh seorang Menteri.

MenteriMenteridibantu oleh Timbalan Perdana Menteri , Setiausaha Parlimen dan Setiausaha Politik.Menteri yang tidak diberikan tugas dalam kementerian tertentu dikenali sebagai Menteri Tak Berportfolio.Beliau akan diberikan tugas-tugas tertentu oleh Perdana Menteri.

Perkhidmatan AwamPerkhidmatan Awamdiketuai olehsetiausaha Negara(KSN).Bertanggungjawab mengawasi perjalanan kementerian dan jabatan kerajaan.Pentadbiran kementerian diketuai oleh Ketua Setiausaha Kementerian (KSK).KSK dibantu oleh kakitangan kerajaan yang dikenali sebagai pegawai perkhidmatan awam.Kakitangan awam melaksanakan dasar yang ditetapkan oleh kerajaan.Jabatan kerajaan diketuai oleh Ketua Jabatan dengan gelaran Ketua Pengarah.

Badan BerkanunBadan berkanun merupakan badan separuh kerajaan.Mempunyai kuasa autonomi tertentu.Mempunyai peruntukan kewangan tersendiri.Ditadbir oleh sebuah Lembaga Pengarah yang bertanggungjawab kepada Menteri yang berkenaan.

SuruhanjayaMengendalikan urusan pelantikan, kenaikan pangkat, dan pemantauan disiplin.Antara Suruhanjaya ialah Perkhidmatan Awam(SPA), Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP), Suruhanjaya Perkhidmatan Undang-undang dan Kehakiman, Suruhanjaya Pasukan Polis dan Majlis Angkatan Tentera.

Kronologi proses meluluskan undang-undang di Parlimen.Proses meluluskan undang-undang di Parlimen dicadangkan oleh kementerian.Penggubalan rang undang-undang oleh Jabatan Peguam Negara.Pembacaan pertama di Dewan Negara danPembacaan tajuk rang undang-undang sahaja.Pembacaan kedua di Dewan Rakyat dan rang undang-undang dibahaskan.Perbincangan secara terperinci tentang rang undang-undang pada peringkat jawatankuasa di Dewan Rakyat.Pembacaan ketiga di Dewan Rakyat danRang undang-undang dibahaskan semula sebelum diluluskan untuk dikemukakan ke Dewan Negara.Pembentangan di Dewan Negara menjalankan proses yang sama seperti di Dewan RakyatPenyerahan rang undang-undang yang diluluskan oleh Dewan Negara kepada DYMM Yang di-Pertuan Agong untuk diperkenankan dan dicop mohor.Pewartaan atau pemberitahuan undang-undang dalam Warta Kerajaan.

Kepentingan pengagihan kuasa kepada tiga badan pentadbiranMenjamin kesejahteraan hidup rakyatPengagihan kuasa bagi mengelakkan pemusatan kuasa berlaku.Berperanan untuk mengimbangicheck and balancedalam pentadbiran.Pengagihan kuasa dapat mengelakkan penindasan terhadap rakyat.Dapat menjamin kebebasan rakyat dan hak asasi rakyat dilindungi.Mewujudkan kecekapan dalam pentadbiran.Menjadikan sistem pentadbiran yang sistematik.Pengagihan kuasa dapat mengurangkan bebanan tugas.Dapat membantu pembangunan negara yang pantas.Dapat mengelakkan salah guna kuasa dalam pentadbiran.Mengelakakan perbalahan dalam bidang pentadbiran.

Usaha-usaha meningkatkan kecekapanpentadbiranKerajaan perlu memberi keutamaan kerja berpasukan.Mengamalkan budaya kerja yang mesra pelanganMenggunakan kemajuan teknologi dalam pentadbiran seperti dikaunter perkhidmatan.Mengamalkan dan memberikan perkhidmatan yang cepat dan pantas.Memastikan sifar rasuah dalam pentadbiran.

Ciri-ciri pemimpin negaraBerpengetahuan luas dalam pelbagai bidang politik, ekonomi dan sosial.Menggunakan sistem pentadbiran yang moden .Menolak amalan rasuah dan mengukuhkan integriti dalam pentadbiran.Seorang yang menepati masa dan melicinkan urusan pentadbiran.Pemimpin yang mahir dalam ICT dan menggunakannya dalam urusan pentadbiran.Seorang yang profesional dalam tindakanya.

Peranan badan perlaksanaPembuat dasar tertinggi Negara.Menggubal dasar-dasar kerajaan dalam semua perkara.Perdana Menteri sebagai Ketua Jemaah Menteri.Mengetuai kementerian dan beberapa kementerian.Kementerian bertanggungjawab menggubal dasar-dasar kerajaan / merancang dan menyelaras program pembangunan ekonomi dan social.Terdapat 26 kementerian.Kementerian diketuai seorang menteri.Dibantu oleh timbalan menteri / setiausaha parlimen/ politik.Menteri tak berpotfolio.Perkhidmatan awam diketuai setiausaha Negara.Pentadbiran diketuai Ketua Setiausaha NegaraDibantu oleh kakitangan kerajaan.Bertanggungjawab melaksanakan tugas.Jabatan diketuai oleh ketua pengarah.Jabatan di peringkat pusat/ daerah.Badan berkanun berkuasa autonomi.Mempunyai kewangan sendiri.Ditadbir lembaga pengarah.Penubuhan suruhanjaya.

Kebaikan sistem pemerintahan demokrasiRakyat terlibat dalam memilih/ membentuk kerajaan.Rakyat boleh bersuara/ kemukakan pandanganPemimpin tidak berkuasa mutlakRakyat bebas memilih pemimpin melalui pilihanrayaMenjamin hak asasi rakyatMemastikan keamananMenjamin kerajaan yang adil/ stabilKedaulatan di tangan rakyat

Kebaikan amalan demokrasi dalam sesebuah negaraMengekalkan kedaulatan negara.Kerajaan dipilih oleh rakyat.Berpeluang menentukan kepimpinana negara.Menentukan masa depan negaraBerpeluang menentukan kepimpinan negaraMenentukan masa depan negara.Segala permasalahan di selesaikan melalui rundingan.Kecekapan pentadbiran negaraKestabilan negara aman.Memudahkan perancangan kerajaanMeningkatkan kerjasama dalam kalangan masyarakat.Menjamin hak rakyat.Mengurangkan tekanan antarabangsa.Memperkukuhkan perpaduan.Mengekalkan perkongsian kuasa.Kerajaan stabil.Kemajuan ekonomi.Menarik pelaburan asing.

Cara sistem demokrasi di Malaysia dapat dikekalkan.Mendidik rakyat agar menggunakan demokrasi dengan cara yang betul.Mengamalkan demokrasi dengan cara yang betul.Mengelakkan campur tangan asing.Mengekalkan keharmonian hidup pelbagainkaum.Semangat demokrasi harus disuburkan sejak di sekolah lagi.Amalan demokrasi mengikut acuan negara sendiri.Kekalkan sistem pilihanraya dan adil dan bebas.Memelihara undang-undang dan perlembagaan negara.Rakyat mesti memelihara jati diri bangsa.Mengutamakan kepentingan negara.

Peranan anda untuk mengekalkan sistem demokrasi di negara kita.Menganggotai mana-mana parti politik.Mendaftar sebagai pemilih.Menjadi calon pilihan raya.Bertanding atas parti atau calon bebas.Memilih pemimpin yang bertanggungjawab.Memilih pemimpin yang amanah.Memilih pemimpin berwawasan.Memilih pemimpin yang mesra rakyat.Tidak menyertai demonstrasi haram.Tidak menganggotai pertubuhan haram.Memilih pemimpin.Menghormati hak asasi manusia.Patuh pada undang-undang negara.Bertolak ansur.Bekerjasama.Hormat-menghormati

Kejayaan yang dicapai oleh negara kitaPemodenan pertanian.Perkembangan teknologi.Pelaksanaan k-ekonomi.Tumpuan pelancong asing.Hubungan antarabangsa berkembangKemajuan sistem pengangkutan.Kemajuan sistem komunikasi.Pembuatan automobil/ industri berat.Sektor perkilangan.Industri elektronik.Pembangunan wilayah.Koridor raya multimedia.Penganjuran sukan antarabangsa.Hub pendidikan bermutu.Pusat kecemerlangan pendidikan.Pusat kecemerlangan pendidikan.Universiti berkembar dengan universiti terkenal luar negara.

Cabaran yang dihadapi dalam pelaksanaan sistem demokrasi berparlimen.Kemunculan golongan radikal.Masalah perpaduan.Kewujudan pelbagai kaum.Gejala sosial.Perlakuan jenayah.Kebanjiran pendatang asing.Peluang pekerjaan.Globalisasi.Masalah kemiskinan.Jurang ekonomi antara kaum.

Langkah-langkah untuk mengatasi cabaran di atas.Memperkukuh perpaduan.Penguatkuasaan undang-undang.Mewujudkan konsep 1 Malaysia.Memastikan Wawasan 2020 tercapai.Menghayati Rukun Negara.Mewujudkan rakan cop.Menambah peluang pekerjaanMemperketatkan kawalan sempadan.

Nilai-nilai murni atau iktibar yang dapat diambil daripada pelaksanaan sistem demokrasi berparlimen terhadap diri sendiri, masyarakat dan negaraialahMemelihara perpaduanMengekalkan keamananBersikap toleransiBersedia menerima perubahanSaling memahamiBertanggungjawabBersikap inovatif dankreaktif.Patuh kepada undang-undangMenghormati pemimpinSemangat cintakan NegaraMenghormati lambang Negara

Cara mengekalkan kedaulatan dan kemerdekaan NegaraMenjaga nama baik NegaraMewujudkan kerjasamaSanggup berkorban demi kebaikan bersamaBermusyawarah untuk mencapai kata sepakatBertolak ansur dalam politikMerealisasikan dasar dasar kerajaanMenghayati sejarah perjuangan para pejuang NegaraMenjayakan konsep 1 MalaysiaPatuh kepada undang-undangSetia kepada pemimpinMenjaga kedaulatan negara

Aktiviti yang boleh mengukuhkan sistem pemerintahan beraja di Malaysia.Menyemai semangat patriotik dalam kalangan pelajarMenghormati lambang-lambang kebesaran.Menganjurkan pertandingan bahas /pidato/syarahan/kuiz/melukis berkaitan yang di Pertuan Agong dan raja.Menghasilkan buku skrap mengenai institusi rajaMencari maklumat berkaitan melalui internetMenggantung gambar Yang di Pertuan Agong dan Raja-Raja MelayuKembara Tengku Mahkota dilaksanakan.

CADANGANKESIMPULANPengetahuan:Malaysia mengamalkan sistem pemerintahan demokrasi berparlimen.Kuasa pemeritahan dibahagikan kepada tiga badan iaitu badan perundangan, badan pelaksanaan, dan badan kehakiman.Sistem demokrasi melibatkan rakyat dalam pentadbiran.

IktibarSokongan rakyat menjamin kelicinan pentadbiran negara.Kerjasama antara pemimpin dan rakyat menjamin kestabilan politik dan kemakmuran ekonomi.Permuafakatan antara rakyat dengan kerajaan dapat mengekalkan keharmoniam negara.Kesetiaan dan semangat patriotisme mengukuhkan pembentukan identiti negara dan bangsa Malaysia.Perpaduan rakyat menjamin kedaulatan negara.

HarapanIalah rakyat bertanggungjawabmengamalkan ciri-ciri demokrasi supaya dapatmeletakkan Malaysia sebagai negara yang berdaulat dan disegani di persada dunia.Diharap semua rakyat mematuhi dan menghormati sistem pentadbiran negara demi kemakmuran negara.

SPM 2014 KERTAS 3 BAB 7 ( TEKS TINGKATAN 5)KERTAS 3 SPM 2014.

Soalan SPM 2014: Selepas pembentukan Malaysia 1963, jentera pentadbiran Kerajaan Malaysia telah diperkemaskan berasaskan sistem pemerintahan demokrasi berparlimen.

Berdasarkan pernyataan di atas, murid akan diminta bagi membincangkan soalan2 di bawah. UNTUK PELAJAR SMKDJ, EDARAN AKAN DIBERIKAN KEPADA SETIAP ORANG PELAJAR.

Sila tulis dalam perenggan dengan kemas. Key word boleh digaris dengan warna pensil atau highlight supaya jelas. (berwarna merah dalam perenggan)

Terdapat 17 soalan yang dijangka boleh ditanya dalam tajuk ini. Pelajar boleh print (mencetak) dan membawa masuk info semasa SPM. (copy, paste, dan jadikan page berwarna putih supaya lebih jelas)

Soalan 1Berikan latar belakang demokrasi berparlimen yang diamalkan di Malaysia.(5 markah) Negara demokrasi lahir daripada perjuangan berasaskankedaulatan rakyat.Terdapat duacorakpemerintahan negara demokrasi, iaitu Sistem Raja Berperlembagaan dan Sistem Republik.Sistem Raja Berperlembagaanmengekalkan raja sebagai pemerintah tertinggi peringkat negara dan negeri. Pemerintah dibantu olehPerdana Menteri.Sistem Republikmenolak institusi beraja dan diketuai olehpresidenyang dipilih oleh rakyat melalui pilihan raya. (m/s 161-162)

Soalan 2Bolehkan anda berikan definisi atau maksud demokrasi berparlimen(5 markah)

Demokrasi Berparlimen bermaksudrakyat melibatkan diridalam sistem pemerintahan negara.Raja-RajaMelayu menjadi lambang taat setia rakyat. Dalam sistem pemerintahan demokrasi berparlimenrakyat berpeluang membentuk kerajaan.Rakyat bebas memilih perwakilan melaluipilihan raya.Rakyat berhakmenyokong, mengekalkan atau menukarkankerajaanyang sedia ada melalui pilihan raya. (m/s 161-162)

Soalan 3Senaraikan Ciri-ciri demokrasi berparlimen(15 markah)Ciri-ciri Demokrasi Berparlimen di Malaysia terbahagi kepada perlembagaan, RajaBerpelembagaan, Parlimen, Pilihan Raya, Kuasa pemerintahan Parti-parti politik dan Kebebebasan hak asasi.Ciri-ciri demokrasi berparlimen pada peringkat Kerajaan Persekutuan atau pusat diketuai olehYang di-Pertuan Agongsebagaipemerintah tertinggiNegara.Pada peringkat negeri atau Kerajaan Negeri adalahsultan atau raja. Yang di-Pertuan Agong akan dibantu olehPerdana Menterimanakala sultan olehMenteri Besar. Rakyatterlibatdalam pemerintahan dan Raja-Raja Melayu menjadilambang taat setiarakyat. Rakyat jugaberpeluang membentuk kerajaandanbebas memilihperwakilan melalui pilihan raya. Di samping itu, rakyat juga berhakmenyokong, mengekal dan menukarkerajaan melalui pilihan raya.Pemerintahan dalam sistem demokrasi berparlimenberasaskan perlembagaandanmembenarkan perlembagaan dipinda.Di samping itu,menjaga hak kebebasan rakyatyangmembenarkan parti-parti politik dibentukdan menyertai pilihan raya. Di samping itu, terdapatParlimenyang terdiri daripadaYang di-Pertuan Agong, Dewan Rakyat dan Dewan Negara.Demokrasi berparlimen juga berasaskan konsep Raja Berperlembagaan. (m/s 161-162)

Soalan 4Jelaskan kepentingan Perlembagaan kepada negara yang mengamalkan sistem pemerintahan demokrasi berparlimen (15 markah)

Kepentingan perlembagaan kepada negara yang mengamalkan sistem pemerintahan demokrasi berparlimen ialahmenjamin kestabilansesebuah negara denganmenentukanrangka dan bentukpemerintahan. Selain itu, perlembagaanmenentukan bentukkerajaan danmenjadi panduankepada kerajaan supayapemerintahannya menepati kehendak perlembagaandanaspirasi rakyat.Rakyat memegangmatlamat yang samasupaya semangatpatriotismedapat dibentuk.Contohnya Perkara 25menyebut, seseorang warganegara Malaysia boleh dilucutkan kerakyatannya jikaterbukti tidak setia kepada Negara.Perlembagaanmenjamin taat setia rakyatkepada negara. Perlembagaan juga menjaminhak asasidankebebasan rakyat. Contohnya,hak kebebasan berpersatuan, beragama dan memiliki harta. Dengan itu, rakyat mengetahui had kebebasan mereka di sisi undang-undang.Kepentingan lain ialah perlembagaanmemperuntukkan peranan Yang di DipertuanAgongdalam menjaga dan memeliharahak istimewa orang Melayu dan Bumiputera Sabahdan Sarawaktanpa mengabaikan hak-hak kaum lain.Hak tersebut adalah biasiswa, lessen perniagaan dan sebagainya. Perlembagaan juga bolehmenjamin kerjasamaantara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri. Perlembagaan menjadirujukan utamadalam penggubalan undang-undang persekutuan dan negeri dan dengan situasi ini,pentadbiran negara dapat diselaraskantanpa ada perbalahan. (m/s 163-164)

Soalan 5Jelaskan tujuan dan kaedah pindaan perlembagaan oleh Parlimen Malaysia yang terdapat dalam sistem pemerintahan demokrasi berparlimen.(15 markah)

Tujuan pindaan perlembagaan dibuat oleh Parlimen Malaysia adalah untukmelindungi kepentingan rakyat, menjaga keselamatan negara dan melicinkan urusan pentadbiran Negara.

Selain itu pindaan juga bertujuan supaya perlembagaansentiasa relevan dan sesuai dengan keperluan semasa. Pindaan ini menjadikan perlembagaan sebagai undang- undang yangmunasabah dan kandungannya dipatuhioleh rakyat dengan rela hati. Perlembagaan yang dipinda melarangPerkara Sensitifdalam perlembagaan yang tidak boleh dipersoalkan sepertipemerintahan beraja, kedudukan Bahasa Melayu, Hak Keistimewaan Bumiputera.Akta hasutan 1970,melarang individu daripada membincangkan atau bercakap dan menyentuhsensitiviti atau menimbulkan hasutansehingga menimbulkan perbalahan kaum. Tujuannya bagi memelihara keselamatan dan ketenteraman serta keharmonian masyarakat.Terdapat empat kaedah pindaan perlembagaan oleh Parlimen. Kaedah pertama melibatkanpersetujuan majoriti lebih suara dua pertiga dewan parlimendan persetujuan Majlis Raja- Raja.Perkara pindaan yang termasuk dalam kaedah ini ialah Tugas dan Kuasa Majlis Raja- Raja Melayu, kewarganegaraan danperubahan sempadan negeri.

Manakala kaedah kedua melibatkanpersetujuan majoriti lebih dua pertiga dewan parlimen dan kelulusan Yang Dipertua Negeri Sarawak danSabah.Perkara yang dipinda seperti keanggotaan dan bidang kuasa mahkamah tinggi di Sarawak dan Sabah. PerkaraPerundangan dan pemerintahan kuasa negeri,agama, bahasa dan keistimewaan orang bumiputera Sabah dan Sarawak.

Kaedah ketiga pula ialah melibatkanpersetujuan lebih suara dua pertigadewan parlimendalamperkara-perkara yang tidak disebut dalam mana-mana kaedah pindaan.Kaedah keempat pulamelibatkan persetujuan lebih suara dewan parlimen. Antara pindaannya berkaitan dengan kewarganegaraan, bentuk sumpah, ikrar,pemilihan dan persaraan ahli dewan Negara serta persempadanan pilihanraya. (m/s 165-166)Soalan 6Huraikan dengan terperinci bidang Kuasa Yang di-Pertuan Agong (10 Markah)

Yang di-Pertuan Agong (YDA) selain mengetuai tiga badan Kerajaan iaituBadanPerundangan, Badan Pelaksana dan Badan Kehakiman, adalah juga Ketua NegaraMalaysia. Baginda bertindak mengikut perlembagaan Malaysia, di mana baginda bolehmemanggil danmembubarkan parlimen.Yang di-Pertuan Agong juga merupakanKuasa tertinggi dalam Angkatan Tentera.Baginda bolehmengampundan menangguhkan hukuman oleh Mahkamah Tentera. Selainitu, bidang kuasa baginda yang lainmenjaga, memelihara kedudukan dan hak istimewa orang Melayu.Baginda juga berkuasamenitahkan Majlis Raja-Raja Melayu bersidang.Bidang kuasa Yang di-Pertuan Agong juga merangkumiKetua agama Islam bagi negeri baginda sendiri, Pulau Pinang, Melaka, Wilayah Persekutuan, Sabah dan Sarawak.Baginda juga berkuasamelantik Perdana Menteri,memecat menteridan timbalan menteri atas nasihat Perdana Menteri.YDA juga boleh mengisytiharkanundang-undang Daruratdi bawah Undang-undang X jika keselamatan Negara terancam. (m/s 168)Soalan 7Huraikan ciri-ciri /Fungsi Badan-badan Kerajaan. (30 markah) Badan kerajaan terdiri daripada Badan Perundangan/Legislatif, Badan Pelaksanaan/Eksekutif dan Badan Kehakiman/Judisiaria) Badan Perundangan/Legislatif (10 markah)

Perundangan merujuk pada undang-undang yangdigubaloleh badan perundangan yangdipertanggungjawabkanoleh perlembagaan. Fungsi badan perundangan,menggubalundang-undangbagimenjamin keadilan dan kesejahteraanrakyat.Parlimenialah badan perundangan yang bertanggungjawab menggubal undang-undang di negara kita. Parlimen terdiri daripadaYang di-Pertuan Agong, Dewan Negara dan Dewan Rakyat.Dewan Negaramerupakan dewan tertinggi dalam sistem pemerintahan negara kita. Ahli Dewan Negara digelarSenatoryang mewakili setiap negeri. Merekadilantikoleh Yang di-Pertuan Agong. Seseorang senator memegang jawatan bagitempoh tiga tahundan mestilah berumur sekurang-kurangnya30 tahun.TarafSenator sama dengan Ahli Parlimen dan boleh dilantik menjadiahli Jemaah Menteri. (P172)

b) Badan Pelaksanaan/Eksekutif (10 markah)Badan Pelaksana terdiri daripadaJemaah Menteriatau Kabinet. Kabinet merupakanpembuat dasartertinggi negara. Tugas Jemaah Menteri adalahmenggubal dasar-dasar kerajaandalam semua perkara.Perdana Menterimeupakan Ketua Jemaah Menteri. Perdana Menteri atau Timbalan Perdana Menterimengetuaisesebuah atau beberapa kementerian.Dewan Rakyat terdiridaripada ahli yang dilantik melalui proses pilihan raya. Tempoh jawatan mereka adalah lima tahun. Tugas ahli,menggubal dan meluluskan undang-undangperingkat Dewan Rakyat.Setiapkementerianbertanggungjawab menggubal dasar-dasar kerajaan. Setiap kementeriandiketuaioleh seorang Menteri dan dibantu oleh Timbalan Menteri, Setiausaha Parlimen dan Setiausaha Politik. Menteri yang tidak diberkan tugas dalam kementerian tertentu dikenali sebagaiMenteri Tak Berportfolio.Perkhidmatan awamdi Malaysia diketuai oleh Ketua Setiausaha Negara. Beliau bertanggungjawabmengawasiperjalanan kementerian dan jabatan kerajaan. Beliau dibantu olehkakitangan kerajaanyang dikenali sebagai pegawai perkhidmatan awam, contohnya Suruhanjaya Perkhidmatan Awam. Badan kerajaan dikenali sebagai Badan Berkanun, iaitu separuh kerajaan yang mempunyai kuasa autonomi tertentu.(p 172)

c) Badan Kehakiman/Judisiari (10 markah)Sistem mahkamahdiwujudkan bagi melaksanakantugas kehakimandi Negara ini. Sistem ini disusun berasaskansistem hieraki piramid. Badan Kehakiman mempunyaikuasa mendengarserta menentukan perkara sivil dan jenayah. Perkarasivilberkaitan dengan saman biasanya memerlukan afidavit. Perkarajenayahjugamelibatkankanun keseksaan.Badan Kehakiman boleh menentukankesahihan undang-undangyang dibuat oleh badan perundangandan pihak badan pelaksana.Badan Kehakiman juga berkuasamentafsirPerlembagaanPersekutuan dan Perlembagaan Negeri. Semua hakimdilantikoleh Yang di-Pertuan Agong dengan nasihat Perdana Menteri. Hakim tidak dibenarkan mengambil bahagian dalampolitiksupaya hakimdilindungidaripada pengaruh politik untukmenjamin keadilan dan kesaksamaanundang-undang.Penasihat undang-undang kerajaan ialahPeguam Negarayang berperanan sebagaiPendakwa Raya atau Peguam Belabagi kerajaan dandibantuoleh PegawaiPerkhidmatan Undang-undang dan Kehakiman.

Soalan 8.Jelaskan dengan terperinci konsep pilihan raya yang dijalankan di Malaysia.Soalan 8.Jelaskan konsep pilihan raya dalam yang diamalkan di Malaysia.Pilihan raya adalahelemen pentingdalam amalan demokrasi. Pilihan rayaialahproses memilih wakil rakyatsamada di peringkat negeri atau persekutuan. Terdapatdua jenispilihan raya di Malaysia iaitu Pilihan Raya Umum dan Pilihan Raya Kecil yang diadakan untukmemilihAhli Dewan Undangan Negeri dan Ahli Dewan Rakyat.Pilihan Raya Umumdiadakan serentak di seluruh Malaysia kecuali di Sabah dan Sarawak yang menjalankanpilihan raya berasinganbagi memilih Ahli Dewan Rakyat dan Ahli Dewan Undangan Negeri mereka.Pilihan Raya Kecil diadakan apabila berlakukekosonganpada mana-mana kerusi parlimen atau DUN hasildaripadakematian, perletakan jawatan dan perlucutan jawatandan biasanya diadakan dalamtempoh60 haribagi Semenanjung Malaysia dan90 hari bagi Sabah dan Sarawak.Kesemua proses pilihan raya ini dijalankan secarasulitdengan menggunakan prosedur telus dan teratur oleh Badan Bebas iaiti Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Proses pengiraan undidibuatsecaraterbukadan direkodkan. Calon yangmendapat undi terbanyakdikira sebagai pemenang. (m/s 177)

Soalan 9Jelaskan manafaat atau keistimewaan/kelebihan pilihan raya kepada rakyat dan Negara /keistimewaan perlaksaan demokrasi dalam Negara. (10 markah)

Pilihanrayamendidik pemimpin bertanggung jawabapabila diberi mandat, dan akan hilang mandat jika tidak bertanggung jawab. Melalui pilihan raya akan berlakupersaingan sihatdi kalangan ahli politik untuk membantu rakyat. Pilihanraya jugamenjadikan rakyat bertanggung jawabuntuk memilih pemimpin. Rakyat berpeluangmemilih parti politik yang baikuntuk membentuk kerajaan.Saya juga berpendapat melalui pilihan raya, mana-manaindividu berpeluang untukmenjadi calonahli dewan Rakyat (peringkat pusat atau negeri)Idea-idea baharu dapat dipraktikkanoleh pemimpin-pemimpin baharu. Pilihan raya memberi peluang rakyat untuk samada mengekalkan atau menukarkan kerajaan. Saya juga berpendapat pilihan raya memberi peluangparti politik menyediakan manifesto atau akur janjiuntuk rakyat. Akhirnya, pilihan raya mendidik rakyat untukmengambil tahu perkembangan politik semasayang berlaku di negara kita, danmenentukan corak pemerintahan demokrasiyang tulen melalui pilihan raya.

Soalan 10Huraikan dengan terperinci konsep dan bidang kuasa Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri)(15 markah)Malaysia merupakan sebuahNegara persekutuan. Persekutuan bermaksudpenyatuanbeberapa buah negeriyang mempunyai sebuahKerajaan Persekutuan serta beberapa buahKerajaan Negeri.Kedua-dua kerajaan ini menjalankan tugas berdasarkankuasayang diperuntukkan dalam Perlembagaan Malaysia.Kerajaan Persekutuan berkuasa dalampentadbiran negarameliputi aspek ekonomi, sosial, keselamatan dan pendidikan.Kuasa eksekutifbagi Kerajaan Persekutuan terletak pada Yang di-Pertuan Agong.Jemaah Menteripula menjalankan kuasa bagi pihak Yang di-Pertuan Agong yang diketuai olehPerdana Menteri.Kerajaan Negeri berkuasa dalampentadbiran negeri.Badan PelaksanaNegeri terletak pada Sultan atau Yang Dipertua Negeri.Majlis Mesyuarat Kerajaanmenjalankan pentadbiran bagi pihak Sultan atau Yang Dipertua Negeri. Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, Majlis Tertinggi dan Kabinet diketuai olehMenteri Besaratau Ketua Menteri. Menteri Besar atau Ketua Menteridilantikoleh Sultan atau YDP Negeri.Bidang kuasa Kerajaan Persekutuan mengikutSenarai PersekutuanmeliputiHal EhwalLuar Negeri, Pertahanan dan Keselamatan Dalam Negeri.Manakala bidang kuasa Kerajaan Negeri pula mengikutSenarai NegerimerangkumiUndang-Undang Islamdan Tanah.Bidang kuasa Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri mengikutSenarai BersamamerangkumiKebajikan Sosial, Biasiswa dan Taman Negara.

Soalan 11 Jelaskan Kebaikan/Kepentingan/Faedah/Manfaat sistem demokrasi berparlimen yang diamalkan dalam Negara ini.

(10 markah)Sistem demokrasi Berparlimen banyak memberi kebaikan kepada negara dan rakyat. Dari sudut social, Negara akan menjadiamandan terhindar dariberlakunyaperpecahan kaumkerana pemilihandijalankan secara telus, benar dan teratur oleh Suruhanjaya Pilihan Raya. (SPR)Hal iniakan memberi lonjakan dari segi ekonomi, di mana situasi Negara akanmenarik ramai pelabur asingdan mereka akanmenanam modaldi negara kita, sekaligus membentuk situasi ekonomi yang lebih stabil dan dinamik. Ekonomi yang stabil juga akhirnya akan membentuk situasinegara yang aktifdalam persada perdagangan antarabangsa.Jika dilihat dari sudut politik, melalui Sistem demokrasi berparlimen jugarakyat bebas bersuara. Mereka bebasmemilih pemimpindan ini akan menjaminkestabilan politikdalam negara.Ramaipelancong asing akan datangdan hal iniakanmenaikkan imej negara. Malaysia akan dapatbersaing di peringkat antarabangsadalam semua bidang.

Soalan 12 Bincangkan kebaikan/kepentingan/keistimewaan pengagihan kuasa antara kerajaan persekutuan dengan kerajaan negeri.) (10 markah)Kebaikan pengagihan kuasa antara kerajaan persekutuan dengan kerajaan negeri mewujudkan keadaanpolitik yang lebih stabil.Kerajaan Pusattidak akan campurtangan dalam pentadbiran negeri dan sebaliknya.Di samping itu, akan mewujudkanpentadbiran yang seragam. Seterusnya, pengagihan kuasa juga akan menyebabkanpentadbiran menjadi lebih cekap.Pembangunanantara negeriakan menjadi lebih mantap. Selain itu,perpaduan akan menjadi lebih eratdi kalangan rakyat.Pengagihan kuasa kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri juga akan menyebabkanprogram pembangunan Negara yang disusun akan menjadi lebih lancar.Hal ini juga dapatmemupuk semangat taat setia kepada negara.Keamanan negara akan dapat dikekalkan. Seterusnya,keharmonian masyarakat tetap terpelihara. Akhir sekali, pengagihan ini dapatmengurangkan beban kerajaan pusatyang terpaksa menanggung kos bagi semua elemen dalam pentadbiran negeri.

Soalan 13Bagaimanakah kejayaan dapat dibentuk Malaysia melalui amalan demokrasi berparlimen sehingga Malaysia dihormati di persada antarabangsa.(10 markah)Amalan demokrasi berparlimen dapatmewujudkan kestabilan politikyang menyebabkan negara kita dapat mengamalkan dasar dasar berkecuali. Amalan sistem pemerintahan demokrasi berparlimen telah menjadikan Malaysia pusat tumpuan pelaburan antarabangsaakibatkemakmuranekonomi negara.Amalan sistem demokrasi yangmementingkanpilihan rakyatdengan pengekalanperpaduan kaumtelah menjadikan Malaysia dihormati sebagai negara aman dan damai.Selain itu, amalan pilihan raya yang telus berjayamelahirkanpemimpin yang berwibawadan terserlah sebagai tokoh dihormati di peringkat antarabangsa. Sistem pemerintahan demokrasi yangberjaya membangunkanbidang sosial dan pendidikan telah menyebabkan Malaysia menjadi hub pendidikan antarabangsa. . Amalan demokrasi berparlimen yang berjaya meningkatkan ekonomitelah membukapeluang pekerjaan kepada penduduk Negara DuniaKetiga..Amalan demokrasi berparlimen yang berjayamembentuk identiti Malaysia menyebabkan Malaysia dianggap sebagaiNegara berbilang kaum yang paling unik..Amalan memberikan kebebasan kepada Negara agar mencapai objektifWawasan 2020iaitu melahirkan masyarakatberminda kelas pertama.

Soalan 14Nyatakan usaha-usaha yang boleh dijalankan bagi memantapkan perlaksanaan sistem demokrasi berparlimen/ nyatakan peranan warganegara Malaysia menjayakan sistem pemerintahan demokrasi berparlimen di Malaysia. / Bagaimanakah peranan yang boleh dimainkan oleh warganegara Malaysia bagi memastikan amalan demokrasi dijalankan.(10 markah)

Usaha bagi memantapkan pelaksanaan demokrasi berparlimen di negara kita ialah senantiasamenghormati keluhuran perlembagaannegara. Sebagai rakyat, kita mestilah mematuhi syarat-syarat yang terkandung dalamRukun Negara Malaysia. Contohnya,menghormati Raja dan pemimpin Negara Malaysia.Selain itu, kita haruslahmempertahankan kedaulatan negaradari diceroboh. Sebagai rakyat, sudah menjadi keperluan tidak terlibat dengan anasir yang boleh merosakka negara seperti perhimpunan di jalanan.Seterusnyamengadakan kempen kesedaranmengenai kepentingan daripada pengamalan demokrasi berparlimen di negara kita. Kita juga seharusnyamenyemai semangatcinta akan negaradi kalangan rakyat. Semangat perpaduandiperkukuhkandalam kalangan masyarakat agarkedaulatan negara terpelihara. Kitadilarang menimbulkan isu-isu sensitifdansentiasa berpegang teguh dengan nilai sejagat.Pengenalan dakwat kekal semasa pilihan rayacontohnya oleh Suruhan Jaya Pilihan Raya (SPR) juga merupakan usaha kerajaan dalam memantapkan pelaksanaan demokrasi berparlimen.Penguatkuasaan undang-undangyang lebih tegas perlu dilaksanakan untuk membanteras golongan pelampau dalam negara.

Peranan yang perlu ada dalam diri setiap warganegara bagi menjayakan sistem pemerintahan demokrasi berparlimen adalah denganmematuhi segala undang-undangyang telah ditetapkan oleh kerajaan. Selain itu, kita jugaharuslahmenyokong dasar-dasaryang telah dilaksanakan oleh kerajaan. Seterusnya, kita mestilah meningkatkansemangat jatidiri agar tidak terpengaruh dengan gejala negatif. Setiap warganegara perlumenghormati pemimpin negaradanmengamalkan semangat toleransisertameningkatkan ilmu pengetahuan. Kita haruslahberusaha meningkatkan taraf hidup.Akhir sekali,mewujudkan perpaduan antara kaumdanmengutamakan rundingandalam menyelesaikan masalah.

Soalan 15Jelaskan cabaran-cabaran yang mungkin akan dihadapi oleh Malaysia dalam pelaksanaan sistem pemerintahan demokrasi berparlimen dan langkah-langkah mengatasi cabaran tersebut)(10 markah)

Cabaran yang dihadapi ialah berlakunyamasalah rasuahdalam proses pemilihan pemimpin dalam Parti-parti politik.Pilihanraya jugatercemardengan tindakan pihak-pihak tertentu yang sering mengadakan protes ataudemonstrasi jalanan. Rakyat jugamudah terpengaruhdengan ideamedia sosial baruterutamanya campurtangan negara luar. Media-media asing termasuk saluran intenet sering menggunakan elemen negatif bagi memburukkan negara. Selain itu,institusi beraja akan turut dipersendakandanperpaduan kaum akan sukar dicapai. Segelintir rakyatjugakurang menghayati semangat patriotik.

Untuk mengatasi cabaran di atas pihak SPRM dan Badan Pencegah Rasuah mestilahmenguatkuasakan undang-undangyang lebih tegas untuk membendung masalah rasuah. Badan Pencegah Rasuah perlu mengambil tindakan segera kepada ahli-ahli politik yang mencemarkan sistem pilihan raya. Selain itu,akta baru perludigubalbagi membendung hak kebebasan bersuara yang melampau.Peranan SPR perludimantapkanlagi, bagi menjamin pilihanraya yang lebih adil. Pihak polisperlumemperketatkan pemberian permitdan mengambil tindakan yang lebih tegas kepada penganjur yang mengadakan perhimpunan. Rakyat pula perlu diberiilmukeagamaanyang secukupnya supaya dapat menilai baik buruk bahan yang terdapat dalam media sosial terkini. Manakala pihak-pihak yang mempersendakan institusi beraja perlulah menerimahukuman setimpal. Seluruh rakyat perlu mengamalkankonsep 1 Malaysiadan mengamalkanpenghayatan Rukun Negarasecara mendalam.

Soalan 16Nyatakan nilai-nilai murni & Iktibar yang boleh didapati daripada perlaksanaan sistem pemerintahan demokrasi berparlimen) (5 markah)

Nilai-nilai dan iktibar yang boleh diambil daripada pelaksanaan sistem pemerintahan demokrasi berparlimen ialahmemilih pemimpin yang benar-benar layakuntuk memimpin negara. Setiap warganegara bertanggungjawabmemilih pemimpin yang jujur,dan amanahagar dapat membina negara yang berintegriti. Setiap rakyat mestimenghormati pemimpinnegarayang telah dipilih secara adil dalam proses pilihan raya agar pentadbiran negara berjalan dengan lancar. Kita mesti memikul tanggungjawabmengekalkan keamanannegara supaya keadaan politik negara menjadi stabil. Kita juga mestilahmenghormati hak asasi dan kebebasan individusupaya setiap rakyat dapat membuat keputusan untuk mengekalkan kerajaan berwibawa. Kita hendaklahmematuhiundang-undang negaraagar keselamatan negara terjamin. Sebagai warganegara yang baik, kita mestilahmenghormati agama dan budaya kaum lainagar konsep 1 Malaysia dapat dihayati oleh setiap warganegara.

SOALAN 17 : KESIMPULAN(Kesimpulan keseluruhan isi yang dibincangkan) (5 markah)a. Pengetahuan yang diperoleh

Pengetahuan yang diperoleh ialah sistem ini merupakan satu sistem pemerintahan yang membolehkanrakyat memilih pemimpindan kerajaan melaluipilihan raya. Kerajaan yang memerintah perlu menunaikantanggungjawab terhadap rakyat.Di samping itu, rakyat berpeluangmembentuk sebuah kerajaan yang teguh.

b. Iktibar kepada diri bangsa dan negaraNilai murni dan patriotisme yang diperoleh denganmemupuk semangat cinta akan negara.Kestabilan negara bergantung kepadapermuafakatanantara rakyat dengan kerajaan. Di samping itu, negara terus dihormati keranakestabilan politik.Kita hendaklahberganding bahuuntuk memajukan negara dan bangsa.

c. Harapan menjadi bangsa dan negara Malaysia harmoni dan stabil Saya berharap agar negaraakanterus aman dan makmur. Selain itu, kerajaan yang adil dapat dikekalkan hasilkerjasamadalam kalangan rakyat.Perasaansetia dan banggaperlu diteruskanoleh generasi akan datang. Amalan demokrasi yang dijalankan di Malaysia perlulah diteruskan bagi memastikanpentadbiran demokrasi berparlimen terus dilaksanakan.