intelek edisi 3/2011 julai -integriti september informasi...

28
Menarik di dalam…. Edisi 3/2011 Julai - September Aktiviti Jabatan (2) Resepi (19) Edisi 3/2011 Julai September Intelek Integriti Informasi Intipati Ilmiah Kualiti Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Pejabat Daerah dan Tanah Barat Daya Pada 21 September 2011 Bertempat Di Perkarangan Pejabat Daerah Dan Tanah Barat Daya Majlis Perarakan Sempena Sambutan Hari Kemerdekaan Malaysia Kali Ke-54 Pada 16 September 2011 Bertempat Di Dataran Pemuda Merdeka, Butterworth Tips (15) Manja…. Sayangku(12) Celik IT (14) Lebih banyak info di dalamPetua Dapur (20) Info Sihat (21)

Upload: others

Post on 30-Dec-2019

13 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Intelek Edisi 3/2011 Julai -Integriti September Informasi ...dbd.penang.gov.my/images/buletin/sempoi32011.pdf · komersial di luar sana. Mungkin tidak segah nama-nama besar seperti

Menarik di dalam….

Edisi 3/2011 Julai - September

Aktiviti Jabatan

(2)

Resepi (19)

Edisi 3/2011 Julai – September

Intelek

Integriti

Informasi

Intipati

Ilmiah

Kualiti

Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Pejabat Daerah dan Tanah Barat

Daya Pada 21 September 2011 Bertempat Di Perkarangan Pejabat

Daerah Dan Tanah Barat Daya

Majlis Perarakan Sempena Sambutan Hari Kemerdekaan

Malaysia Kali Ke-54 Pada 16 September 2011 Bertempat Di

Dataran Pemuda Merdeka, Butterworth

Tips (15)

Manja…. Sayangku…

(12)

Celik IT (14)

Lebih banyak info di dalam…

Petua Dapur (20)

Info Sihat (21)

Page 2: Intelek Edisi 3/2011 Julai -Integriti September Informasi ...dbd.penang.gov.my/images/buletin/sempoi32011.pdf · komersial di luar sana. Mungkin tidak segah nama-nama besar seperti

Assalamualaikum dan salam

sejahtera.

Tahniah kepada urusetia yang diketuai

oleh unit Pengurusan PDTDBD kerana

berjaya menerbitkan Buletin Sempoi

@PDTDBD Edisi 2/2011 kepada

semua yang terlibat secara lansung

atau tidak langsung.

Untuk menerbitkan Buletin Sempoi

Edisi 2/2011 ini sememangnya

memerlukan komitmen, kerjasama,

kesepakatan serta sokongan daripada

semua pihak. Semoga warga

PDTDBD akan menjadikan buletin ini,

sebagai medan untuk mengasah

bakat, menzahirkan apa yang tersirat,

merehatkan minda dan sebagainya di

samping melaksanakan tugas-tugas

yang diamanahkan dalam kerjaya.

Buletin Sempoi adalah medan

menzahirkan kreativiti yang terpendam

samaada dalam bentuk pendidikan,

pengajaran, nasihat ataupun

pandangan dari semua peringkat umur

warga PDTDBD. Jadikan Buletin

Sempoi sebagai bahan koleksi

kenangan indah sepanjang kita di

PDTDBD.

Harapan saya semoga Buletin Sempoi

akan terus bertambah buletin di

keluaran akan datang, Buletin Sempoi

adalah wajah warga PDTDBD.

Ikhlas dari,

Ketua Penasihat Sidang Pengarang

Penasihat : Tuan Mohamad Daud bin Abdull Hamid

Ketua Pengarang : En. Rosli bin Halim

Ketua Editor : En. Wahi Annuar bin Othman

Pen. Ketua Editor : Pn. Noor Husna bt Sharuddin

Pereka Grafik : P. Noor Husna bt. Sharuddin & Pn. Nadiah bt. Jamaludin

Jurufoto : En. Rossidi bin Osman,

En.Erman Hazlan Faizal bin Sakhaban

Pengarang : Pn. Nadiah bt. Jamaludin, Pn. Wan Haslinda bt. Mydin,

Pn. Salina bt .Suntong, Pn. Suhaila bt. Ismail, En. Rossidi bin Osman,

Cik Ida Akmar bt. Anuar

Penjilidan / Pengedaran : Cik Mawarni bt.Othman, Cik Marthitah bt. Mat

Salam Perkenalan…….

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Illahi, akhirnya buah tangan edisi 2/2011 ini berjaya dihasilkan setelah pelbagai rintangan dalam menjayakan keluaran edisi 2/2011. Ia bukan sesuatu yang mudah, memerlukan iltizam serta menuntut komitmen yang tinggi untuk menghasilkannya. Seringkali terganggu dek tuntutan tugas hakiki yang tak pernah putus-putus menjengah dan menuntut disegerakan, namun, demi merealisasikannya digagahkan juga keringat ini untuk menjayakannya.

Hasilnya,lihatlah… Berbekalkan sepenuhnya kemahiran kakitangan PDTDBD sendiri, tidak kalah jika dibandingkan dengan majalah-majalah komersial di luar sana. Mungkin tidak segah nama-nama besar seperti Nona, Mingguan Wanita, Mastika dan lain-lain, tetapi apa yang di banggakan ialah kita sebenarnya mempunyai rakan-rakan yang mempunyai kepakaran setanding.

Buletin Sempoi ini juga adalah sebagai medan untuk kita melahirkan kreativiti yang terpendam selama ini. Diibaratkan sebagai satu ‘album mini’ untuk kita mengimbas kembali apa yang telah berlaku sebelum ini, untuk mengingatkan kembali apa yang telah kita tinggalkan pada hari-hari yang berlalu, untuk kita serlahkan bakat atau nukilan kreatif yang mungkin selama ini hanya tersimpan di dalam diari atau komputer peribadi sendiri atau mungkin telah banyak kali dihantar ke majalah-majalah atau akhbar-akhbar namun tidak pernah atau jarang sekali terpilih, maka lahirlah buletin ini sebagai medium pengantara. Ia dikira sebagai wadah pemangkin nukilan, rasa berkonsepkan imej sempoi…maka sesuailah ia diberi nama, ‘Buletin Sempoi@PDTDBD’.

Berjumpa lagi dikeluaran akan datang dengan paparan yang lebih menarik dan semoga lebih ramai yang akan tampil untuk menyumbangkan karya. Wassalam.

Ketua Pengarang

Ketua Pengarang

DARI MEJA

Penasihat

2

Page 3: Intelek Edisi 3/2011 Julai -Integriti September Informasi ...dbd.penang.gov.my/images/buletin/sempoi32011.pdf · komersial di luar sana. Mungkin tidak segah nama-nama besar seperti

PEJABAT DAERAH DAN TANAH

DAERAH BARAT DAYA

PULAU PINANG

PEJABAT DAERAH DAN TANAH, DAERAH BARAT DAYA, 11000 BALIK PULAU, PULAU PINANG. NO.TEL : 04-869 1104 NO.FAX : 04-866 1593 (http://dbd.penang.gov.my)

OBJEKTIF JABATAN

•Mewujudkan kepimpinan Peringkat Daerah yang berkesan bagi menjamin keadaan pentadbiran,

pembangunan, keselamatan, kestabilan serta kemakmuran Daerah.

•Menyelaras, menentukan, serta melaksanakan dasar, program dan aktiviti Kerajaan Negeri serta Kerajaan

Persekutuan di Peringkat Daerah dengan kerjasama Jabatan atau Agensi Kerajaan serta orang ramai.

•Melaksanakan kerja-kerja perancangan pembangunan Daerah serta melaksanakan kerja projek-projek kecil

luar bandar demi mempertingkatkan taraf serta kualiti hidup penduduk amnya.

•Mewujudkan pengurusan Pentadbiran Tanah Daerah secara cekap dan berkesan ke arah kemajuan,

kemakmuran, dan keharmonian rakyat selaras dengan matlamat Dasar Pembangunan Kerajaan.

VISI

Ke Arah Pentadbiran Yang Unggul Dan Penggerak Utama

Pembangunan Daerah

mISI

Bagi Mencapai Visi Pejabat Daerah Dan Tanah, Daerah Barat Daya, Seluruh Warga

PDTDBD Akan Sentiasa Mengamalkan Nilai-nilai Teras Yang Diasaskan Kepada

Singkatan Berikut : P : Pelanggan Adalah Tetamu

D : Dinamik Untuk Sentiasa Di

Hadapan T : Telus Bagi Semua Urusan

B : Betul Dalam Peraturan Dan

Tindakan D : Disiplin Tunggak Amalan

3

Page 4: Intelek Edisi 3/2011 Julai -Integriti September Informasi ...dbd.penang.gov.my/images/buletin/sempoi32011.pdf · komersial di luar sana. Mungkin tidak segah nama-nama besar seperti

Majlis Jamuan Teh Sempena Harijadi T.Y.T Yang Di- Pertua Negeri Pulau Pinang Ke-73 Peringkat Daerah Barat Daya Bertempat Di Setia Pearl Island

Country Club, Bayan Lepas Pada 19.7.2011

Majlis Serah Tugas Mantan Pegawai Daerah, Pejabat Daerah dan Tanah, Daerah Barat Daya (Tuan Hj. Jusni Bin Hj. Ismail) kepada Pegawai Daerah Yang Baru (Tuan Mohamad

Daud Bin Abdull Hamid) Bertempat Di Bilik Mesyuarat Bunga Raya, Pejabat Daerah dan Tanah, Daerah Barat Daya Pada 27 Julai 2011. Majlis Penuh Bermakna Ini Dihadiri

Oleh Pegawai dan Anggota Pejabat Daerah dan Tanah, Daerah Barat Daya.

3

Aktiviti

Jabatan

Page 5: Intelek Edisi 3/2011 Julai -Integriti September Informasi ...dbd.penang.gov.my/images/buletin/sempoi32011.pdf · komersial di luar sana. Mungkin tidak segah nama-nama besar seperti

Majlis Perpisahan Penasihat dan Pengerusi Puspanita Daerah Barat Daya (Puan Hjh. Fatimah Bt. Abdul Hamid) Di Restoran Bangkok Tom Yam Pada

27.07.2011. Majlis Dihadiri Oleh mantan Tuan Pegawai Daerah Barat Daya (Tuan Hj. Jusni Bin Hj. Ismail)

Lawatan 5S Dari Jabatan Ketua Pengarah Tanah Dan Galian (JKPTG) ke Pejabat Daerah Dan Tanah, Daerah Barat Daya Pada 12.08.2011.

4

Page 6: Intelek Edisi 3/2011 Julai -Integriti September Informasi ...dbd.penang.gov.my/images/buletin/sempoi32011.pdf · komersial di luar sana. Mungkin tidak segah nama-nama besar seperti

Sambutan Hari Kemerdekaan Diadakan Di Padang Dataran Pemuda Merdeka, Butterworth. Raptai Penuh Telah Diadakan Pada 14.09.2011. Manakala Perarakan

Sebenar Berlangsung Pada 16.09.2011.

Rumah Terbuka Aidilfitri Pejabat Daerah Dan Tanah, Daerah Barat Daya Diadakan Pada 21.09.2011. Majlis Dihadiri Oleh Semua Pegawai Dan Anggota PDTBD, dan Para Jemputan yang terdiri daripada ADUN, Ketua-ketua Jabatan, Para Pegawai, Pengerusi

JKKK, serta Orang Ramai.

5

Page 7: Intelek Edisi 3/2011 Julai -Integriti September Informasi ...dbd.penang.gov.my/images/buletin/sempoi32011.pdf · komersial di luar sana. Mungkin tidak segah nama-nama besar seperti

vs MERdEkA !!!

Sidang Pengarang Majalah Sempoi@PDTBD

mengucapkan SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN KE-54 dan SELAMAT HARI RAYA

AIDILFITRI, MAAF ZAHIR DAN BATIN kepada semua

warga PDTBD. Semoga Merdeka Raya pada kali ini

membawa seribu rahmat kepada anda semua.

6

Page 8: Intelek Edisi 3/2011 Julai -Integriti September Informasi ...dbd.penang.gov.my/images/buletin/sempoi32011.pdf · komersial di luar sana. Mungkin tidak segah nama-nama besar seperti

SELAMAT MAJU JAYA diucapkan kepada Pegawai-pegawai yang bertukar ke Jabatan lain. Semoga dengan

pertukaran ini akan lebih memberi semangat untuk memajukan diri dan kerjaya di masa-masa yang

akan datang.

Tuan Haji Jusni Bin Haji Ismail Tarikh Pertukaran : 01.08.2011

En. Abdul Kader BinShaik Mohd Tarikh Pertukaran : 01.08.2011

En. Ahmad Bakri Bin Baharom Tarikh Pertukaran : 01.08.2011

Pn. Anisa Shuhair Bt. Munawar Ali Tarikh Pertukaran : 15.08.2011

En. Mohamad Nazrul Bin Aziz Tarikh Pertukaran : 12.09.2011

Cik Siti Sahara Bt Norhikdmi Tarikh Pertukaran : 15.09.2011

Pegawai Bertukar

En. Zerri Bin Abdul Majid Tarikh Pertukaran : 03.10.2011

7

Page 9: Intelek Edisi 3/2011 Julai -Integriti September Informasi ...dbd.penang.gov.my/images/buletin/sempoi32011.pdf · komersial di luar sana. Mungkin tidak segah nama-nama besar seperti

SELAMAT DATANG diucapkan kepada Pegawai-pegawai yang baru melapor diri bertugas di Jabatan ini. Semoga silaturrahim yang terbina ini akan

menjadi lebih erat demi meningkatkan sistem penyampaian

Jabatan.

Pegawai Baru

Tuan Mohamad Daud Bin Abdull Hamid Tarikh Lapor Diri : 08.08.2011

En. Ahmad Musrab Bin Basah Tarikh Lapor Diri : 01.07.2011

En. Moganraj A/L Kamarah Tarikh Lapor Diri : 08.08.2011

En. Qhairul Annas Bin Abdul Gani Tarikh Lapor Diri : 08.08.2011

Pn. Zaiton Bt Abdul Rashid Tarikh Lapor Diri : 02.09.2011

Cik Siti Nabiqhah Bt Abdillah Tarikh Lapor Diri : 23.08.2011

8

Page 10: Intelek Edisi 3/2011 Julai -Integriti September Informasi ...dbd.penang.gov.my/images/buletin/sempoi32011.pdf · komersial di luar sana. Mungkin tidak segah nama-nama besar seperti

Julai 2011

Selamat Hari Lahir

Mohd Aidil Bin Mohd Baharuddin

TARIKH LAHIR : 03.07.1987

Wahi Annuar Bin Othman

TARIKH LAHIR : 10.07.1957

Rizaini Bin Aziz

TARIKH LAHIR : 10.07.1983

Zul Azman Bin Ismail

TARIKH LAHIR : 12.07.1959

Mohd. Farouk Bin Varusai Mohd

TARIKH LAHIR : 12.07.1979

Mohd Salihin Bin Ahmad

TARIKH LAHIR : 13.07.1991

Rosli Bin Harun

TARIKH LAHIR : 16.07.1966

Mohd Kadir Jailani Bin Ahmad

TARIKH LAHIR : 18.07.1982

Ismail Bin Shariff

TARIKH LAHIR : 21.07.1954

Rossidi Bin Osman

TARIKH LAHIR : 23.07.1982

Rameni A/P Vadiveloo

TARIKH LAHIR : 24.07.1985

Nurfarina Aida Bt. Aidarus

TARIKH LAHIR : 24.07.1989

Syawal Mazlan Bin Harun

TARIKH LAHIR : 31.07.1982

9

Page 11: Intelek Edisi 3/2011 Julai -Integriti September Informasi ...dbd.penang.gov.my/images/buletin/sempoi32011.pdf · komersial di luar sana. Mungkin tidak segah nama-nama besar seperti

Ogos 2011

Selamat Hari Lahir

Noor Amran Bin Chik

TARIKH LAHIR : 01.08.1963

Ida Akmar Bt. Anuar

TARIKH LAHIR : 03.08.1985

Norlia Bt Hussin

TARIKH LAHIR : 05.08.1959

Mohamad Azman Bin Kader Burhan

TARIKH LAHIR : 07.08.1963

Luqman Bin Mahfodz

TARIKH LAHIR : 07.08.1984

Muhamad Zailani Bin Osman

TARIKH LAHIR : 08.08.1979

Noor Husna Bt. Sharuddin

TARIKH LAHIR : 08.08.1982

Qhairul Annas Bin Abdul Ghani

TARIKH LAHIR : 08.08.1987

Amiruddin Bin Mohd.Kassim

TARIKH LAHIR : 09.08.1965

Mohammad Nasrun Bin Shari

TARIKH LAHIR : 16.08.1986

Irwan Effendy Bin Bahtiar

TARIKH LAHIR : 20.08.1982

Mohamad Firdaus Bin Mohamad Radzi

TARIKH LAHIR : 29.08.1986

Siti Nabiqhah Bt Abdillah

TARIKH LAHIR : 31.08.1991

10

Page 12: Intelek Edisi 3/2011 Julai -Integriti September Informasi ...dbd.penang.gov.my/images/buletin/sempoi32011.pdf · komersial di luar sana. Mungkin tidak segah nama-nama besar seperti

September 2011

Selamat Hari Lahir

Khatijah Bt Khalid

TARIKH LAHIR : 01.09.1957

Wan Haslinda Bt Mydin

TARIKH LAHIR : 03.09.1978

Nur Radziah Bt Md Kamal

TARIKH LAHIR : 04.09.1984

Moganraj A/L Kamarah

TARIKH LAHIR : 04.09.1986

Hazlina Bt Rahamathulla

TARIKH LAHIR : 07.09.1987

Abdul Hamid Bin Jamaludin

TARIKH LAHIR : 11.09.1959

Syed Ahmad Faizal Bin Syed Le

TARIKH LAHIR : 13.09.1984

Isham Bin Hassan

TARIKH LAHIR : 14.09.1977

Mohd Malindo Putra Bin Sulaiman

TARIKH LAHIR : 14.09.1982

Suhaila Bt Ismail

TARIKH LAHIR : 15.09.1980

Omar Bin Hassan

TARIKH LAHIR : 18.09.1955

Subhani Bt Fazulul Hack

TARIKH LAHIR : 19.09.1980

Ramzi Bin Mohamed

TARIKH LAHIR : 23.09.1973

Mohd Ali Bin Abdul Jabbar

TARIKH LAHIR : 25.09.1985

Samad Bin Mohamed

TARIKH LAHIR : 27.09.1955

Sharipah Bt Kassim

TARIKH LAHIR : 29.09.1957

Wazir Bin Osman

TARIKH LAHIR : 29.09.19

11

Page 13: Intelek Edisi 3/2011 Julai -Integriti September Informasi ...dbd.penang.gov.my/images/buletin/sempoi32011.pdf · komersial di luar sana. Mungkin tidak segah nama-nama besar seperti

40 KESILAPAN MENDIDIK ANAK

1. Pemilihan jodoh tanpa memperhitungkan mengenai zuriat

2. Perhubungan suami isteri tanpa memperhitungkan mengenai

zuriat

3. Kurang berlemah lembut terhadap anak-anak

4. Memaki hamun sebagai cara menegur kesilapan anak-anak

5. Tidak berusaha mempelbagaikan makanan yang disajikan

kepada anak-anak

6. Jarang bersama anak-anak sewaktu mereka sedang makan

7. Melahirkan suasana yang kurang seronok ketika makan

8. Membeza-bezakan kasih sayang terhadap anak-anak

9. Kurang melahirkan kasih sayang

10. Sering mengeluh di hadapan anak-anak

11. Tidak meraikan anak-anak ketika mereka pergi dan pulang

dari sekolah

12. Tidak mengenalkan anak-anak dengan konsep keadilan

13. Tidak memberatkan pendidikan agama

di kalangan anak-anak

14. Tidak terlibat dengan urusan pelajaran anak-anak

15. Tidak memprogramkan masa rehat dan riadah anak-anak

16. Tidak menggalakkan dan menyediakan suasana suka

membaca

17. Mengizinkan anak-anak menjamah makanan dan minuman

yang tidak halal

18. Tidak menunjukkan contoh tauladan yang baik di hadapan

anak-anak

19. Jarang meluangkan masa untuk bergurau senda dengan anak-

anak

20. Terdapat jurang komunikasi di antara ibubapa dengan anak-

anak

21. Tidak menggunakan bahasa yang betul

22. Suka bertengkar di hadapan anak-anak

23. Sentiasa menunjukkan muka masam di hadapan anak-anak

24. Tidak membimbing anak-anak supaya mematuhi syariat

25. Memberi kebebasan yang berlebihan kepada anak-anak

26. Terlalu mengongkong kebebasan anak-anak

27. Tidak menunaikan janji yang dibuat terhadap anak-anak

28. Tidak menunjukkan minat kepada aktiviti anak-anak

29. Tidak memupuk semangat membaca di kalangan anak-anak

30. Tidak berminat melayan pertanyaan atau kemusykilan anak-

anak

31. Tidak memberi perhatian terhadap buah fikiran anak-anak

32. Lambat memberi penghargaan kepada anak-anak

33. Kerap meleteri sesuatu kesilapan yang dilakukan anak-anak

34. Hukuman yang tidak setimpal dengan kesalahan yang

dilakukan

35. Sering mengancam dan menakutkan anak-anak

36. Menghukum tanpa menyatakan kesalahan yang dilakukan

37. Tidak konsisten dalam menjatuhkan hukuman ke atas anak-

anak

38. Memberi nasihat yang sama kepada anak-anak

39. Tidak tegas mendidik anak-anak

40. Tidak menggalakkan anak-anak hidup bekerjasama

Manja…

Sayangku… M

oham

ad I

man Z

ulfiq

ar

Bin

Moh

am

ad A

zhari

Mama ku : Nadiah

Bt. Jamaludin

Muham

ma

d H

arith

Rayya

n

Bin

Moh

am

ad F

irdaus

Papa ku : Mohamad

Firdaus Bin Mohamad

Radzi

Muham

ma

d F

ate

h

Bin

Mohd F

aro

uk

Papa ku : Mohd

Farouk Bin Varusai

Mohd

Nure

en H

asya K

hais

ara

Bt. I

shak

Mama ku : Suriada

Bt. Salleh

Kert

han

a A

/P

Mura

li R

aj

Mama ku : Rameni

A/P Vadiveloo

12

Page 14: Intelek Edisi 3/2011 Julai -Integriti September Informasi ...dbd.penang.gov.my/images/buletin/sempoi32011.pdf · komersial di luar sana. Mungkin tidak segah nama-nama besar seperti

Selamat

BaRu Pengantin

Pengantin :

Muhammad Khalili Bin Abu Bakar Pasangan :

Farah Nadia Bt. Shamsudin

Tarikh Perkahwinan : 18.6.2011

Pengantin :

Mohd Nazri Bin Ariff Pasangan :

Rohaina Bt. Muhammad Subari

Tarikh Perkahwinan : 15.10.2011

13

Page 15: Intelek Edisi 3/2011 Julai -Integriti September Informasi ...dbd.penang.gov.my/images/buletin/sempoi32011.pdf · komersial di luar sana. Mungkin tidak segah nama-nama besar seperti

Antara kelebihan Ramadhan yang dipetik daripada Buku Indahnya Hidup Bersyariat karangan

Dato Ismail Kamus ialah:

• Amalan berpuasa melahirkan jiwa insan yang selalu taat kepada Allah. Justeru akan lahir pula

ketenangan jiwa dan ketaqwaan

• Puasa itu disifatkan oleh Rasulullah SAW sebagai separuh daripada kesabaran

• Orang yang berpuasa lebih disayangi Allah, selamat daripada api neraka dan menghapuskan

dosa-dosa kecil.

• Ketibaan Ramadhan menandakan terbukanya pintu-pintu syurga, ditutup pintu-pintu neraka

dan dirantaikan syaitan.

• Terdapatnya Lailatul Qadar iaitu satu malam yang padanya terdapat saat penuh keberkatan

menyamai 1000 bulan (83 tahun 3 bulan) ganjaran pahalanya daripada Allah SWT.

• Sabda Nabi SAW maksudnya: "Sesiapa berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan,

mengharapkan balasan daripada Allah diampunkan dosa-dosanya yang lalu."

Justeru bersama-samalah kita mengambil kesempatan di bulan Ramadhan ini untuk meningkatkan amalan

dan ketaqwaan kepada Allah di samping berusaha memperbaiki kelemahan diri supaya menjadi muslim @

muslimah yang soleh @ solehah. InsyaAllah. :)

14

Page 16: Intelek Edisi 3/2011 Julai -Integriti September Informasi ...dbd.penang.gov.my/images/buletin/sempoi32011.pdf · komersial di luar sana. Mungkin tidak segah nama-nama besar seperti

JIMAT ELAK POKAI LEPAS RAYA

KEDATANGAN Aidilfitri sememangnya dinanti-nantikan. Bagi meraikan hari mulia ini,

lazimnya pelbagai persiapan berbentuk material seperti membeli pakaian baru, juadah

Hari Raya atau barangan rumah adalah antara senarai keperluan persiapan

Hari Raya yang sebolehnya cuba dipenuhi.

Bagi membantu anda merancang bajet dengan

betul, perunding motivasi bertauliah, Zaid

Mohamad menyatakan adalah lebih baik jika

setiap individu mengambil langkah mengumpul

atau menabung wang sekurang-kurangnya 3

bulan lebih awal sebelum sambutan Hari Raya,

malah, sasaran khas menyimpan wang juga

boleh dilakukan pada bulan Ramadhan kerana

bulan tersebut sebenarnya lebih mudah untuk

berjimat.

Dalam merencana perbelanjaan, setiap individu

khasnya ketua keluarga perlu bijak merancang

bajet kewangan. Dalam waktu yang sama,

mereka juga perlu mematuhi atau nekad dengan

bajet yang telah dilakukan. Apa yang penting,

niat juga perlulah betul kerana niat yang tidak

betul pasti membawa kepada pembaziran.

“Setiap individu perlu kuat untuk berlawan

dengan emosi mereka sendiri. Ia adalah kaedah

‘pendinding’ diri yang terbaik. Dalam waktu yang

sama, mereka juga perlu melakukan senarai

perbelanjaan. Ini penting kerana senarai yang

terlalu penjang atau tiada senarai langsung boleh

menyebabkan sesebuah keluarga itu menjadi

tidak terkawal.

“Untuk berjimat juga sebenarnya tidak sukar.

Caranya adalah dengan melakukan bajet untuk

setiap ahli keluarga. Misalnya, membuat

anggaran dengan menyenaraikan berapa pasang

baju raya yang hendak dibeli. Perlu diingat,

jangan terlalu berbelanja boros sebaliknya beli

mengikut kemampuan. Dalam waktu yang sama,

pastikan pakaian yang dibeli itu boleh dipakai

untuk jangka masa panjang.

STRATEGI BIJAK BERBELANJA

• Beli untuk tahan lama Membeli barang biarlah berbaloi, ibarat kata pepatah, alah membeli menang memakai. • Beli barang berkualiti Sebagai contoh, membeli jam tangan mahal tetapi tahan lama. • Istilah pembaziran jadi musuh Secara tidak langsung mendisiplinkan diri untuk tidak boros berbelanja sehingga membazir. • Beli dengan niat yang betul Dalam hal ini, sebaiknya kurangkan membeli dan lebih banyak membuat sendiri. Contohnya, kuih –muih atau barang-barang lain yang boleh dihasilkan sendiri tanpa perlu dibeli atau ditempah. • Beli pada masa yang sesuai Misalnya, membeli barang keperluan sewaktu ada promosi kerana harganya lebih murah berbanding biasa.

Tips

15

Page 17: Intelek Edisi 3/2011 Julai -Integriti September Informasi ...dbd.penang.gov.my/images/buletin/sempoi32011.pdf · komersial di luar sana. Mungkin tidak segah nama-nama besar seperti

“Mungkin ramai yang tidak sedar, membeli

pakaian selepas musim perayaan juga

sebenarnya adalah salah satu langkah untuk

berjimat. Ini kerana pakaian yang dijual selepas

musim perayaan biasanya lebih murah

berbanding sebelumnya,” ujarnya yang

berpendapat tidak salah jika membeli pakaian

selepas Hari Raya kerana ia boleh digayakan

pada Hari Raya Aidiladha atau disimpan untuk

dipakai pada Hari Raya Aidilfitri tahun depan.

AMALAN MENABUNG SEJAK KECIL

Sebagai ibu bapa, seharusnya amalan

menabung diterapkan dalam jiwa anak-anak

sejak mereka masih kecil. Ini kerana disiplin

diri yang terbentuk daripada amalan menabung

dapat diaplikasikan dalam kehidupan sehari-

harian. Dalam waktu yang sama, jika anak-

anak menerima duti raya, lebih elok jika didik

mereka supaya bijak mengurus wang “durian

runtuh” tersebut dengan sebaik-baiknya. Jika

perlu, gunakan hanya 25 peratus wang

tersebut dan selebihnya disimpan.

Menyentuh mengenai amalan pemberian duit

raya, ia adalah sesuatu yang baik. Namun, nilai

yang diberikan perlulah berpada-pada

mengikut kemampuan si pemberi.

Begitu juga dengan amalan rumah terbuka. Ia

juga adalah budaya yang baik. Apa pun, kena

berbalik pada niat. Jangan sekali-kali berniat

untuk menunjuk-nunjuk sehingga membazir

tidak kena tempat. Langkah terbaik adalah

dengan mengatur strategi dengan mencari

harga yang lebih murah. Malah, kita sendiri

juga perlu bijak mengawalnya.

TIP BELANJA BERHEMAH

• Senaraikan barang keperluan yang ingin dibeli. •Letakkan dalam bajet jumlah barangan yang

dikehendaki. •Lakukan penelitian premis yang hendak dikunjungi

untuk lebih berjimat. • Elak menggunakan kad kredit. •Usah berbelanja keyika perut lapar kerana

mendorong kita berbelanja lebih. •Beli barang keperluan secukupnya dan elak

pembaziran. •Pastikan barang yang dibeli mempunyai nilai yang

berpatutan. •Elak membeli barang diimport sedangkan ada

barangan buatan tempatan yang berkualiti. •Senaraikan barang keperluan yang hendak dibeli

agar tidak terbeli barang-barang yang tidak perlu. • Jangan membawa wang berlebihan. •Lakukan pembelian secara sekali gus, jangan

membeli secara sedikit-sedikit kerana ini akan menyebabkan kita sering ke kedai.

• Jangan membawa ahli keluarga yang ramai bagi mengelakkan pembelian yang terkeluar daripada senarai yang betul-betul diperlukan.

•Gantikan sayur-sayuran dan buah-buahan dengan makanan segera/sejuk beku. •Gunakan bakul berbanding troli semasa membeli belah.

16

Page 18: Intelek Edisi 3/2011 Julai -Integriti September Informasi ...dbd.penang.gov.my/images/buletin/sempoi32011.pdf · komersial di luar sana. Mungkin tidak segah nama-nama besar seperti

Tips

Kad Kredit

Tips Pengurusan Kad Kredit – Nasihat Dari AKPK

“Pandai gunakan kad kredit?”

Alangkah peliknya soalan ini – takkan saya tak tahu!

Senang sahaja: Apabila membeli, berikan kad kredit kepada

juruwang, kemudian letakkan tandatangan di resit yang

diberikan (kadang-kadang saya tak perlu tandatangan pun,

hanya lambai dan pergi!). Jika saya sentiasa bayarkan amaun

minima bulanan, banyak pula dapati kredit percuma.

Dan saya juga tak perlu risau jika perbelanjaan saya

sudah sampai tahap maksima kad tersebut. Syarikat

pengurusan kad kredit itu tentu akan menambahkan had kredit

saya, dan syarikat-syarikat lain pula pasti akan menawarkan

kad-kad yang lain sehingga saya pun tak terdaya untuk

menggunakan semuanya!

Sering dengar kata-kata begini? Sudah tentu. Ini

perkara yang tidak menghairankan sebab inilah pendekatan

yang diambil oleh berjuta-juta pengguna kad plastik ini,

seolah-olah membeli barang merupakan kegiatan yang

sungguh mudah. Awas! Pengurusan kewangan yang sebegini

telah memudaratkan kebanyakan keluarga. Apatah lagi

dengan kenaikan harga barang-barang yang tidak ditandingi

dengan kenaikan pendapatan. Kebanyakan orang Malaysia

terpaksa berbelanja lebih dari kemampuan masing-masing.

Hutang kad kredit ini mungkin kelihatan seperti isu yang agak

kecil tetapi ia boleh menimbulkan masalah yang jauh lebih

besar.

Fakta Kad Kredit

Pertama, marilah kita betul-betul memahami

bagaimana kad plastik “ajaib” ini berfungsi. Kita diberi talian

kredit, dengan had maksima yang boleh dicaj kepada kad –

“had kredit”. Setiap kali kad ini dicaj melalui sebarang

perbelanjaan (transaksi), kredit kita berkurangan. Penyata

bulanan yang diterima memberi kita pilihan, samada untuk

bayar baki sepenuhnya, atau hanya bayaran minima bulanan

(tidak digalakkan).

Apabila kita membayar bayaran bulanan kepada bank

yang mengeluarkan kad, had kredit maksima dikembalikan.

Walaubagaimanapun, pemegang-pemegang kad kredit

seringkali hanya bayar jumlah faedah dan bayaran minima

baki pokok yang terhutang, dan tidak akan bayar balik baki

yang sepenuhnya.

Perangkap Belanja

Bagaimana agaknya seseorang itu boleh

“terperangkap”? Bagi orang-orang muda, penyakit berhutang

ini mungkin bermula dengan cara yang tidak diduga. Di kolej

pengajian tinggi, sebahagian besar dari mereka diberi kad

plastik tersendiri oleh ibubapa sebagai pemegang kad

tambahan. Amboi! Banyak pula barang-barang yang perlu

dibeli (contohnya, kasut serta pakaian jenama, i-Pod, beg dan

barang fesyen yang “cun” dan paling terkini) dan pesta hiburan

atau aktiviti sosial yang penting untuk dihadhiri! Bukankah

amat leceh dan menyusahkan untuk meminta ibubapa

tersayang setiap kali duit tambahan diperlukan (bukankah

membazir wang untuk bayar kos telefon lagi?). Jadi, cara yang

termudah dan tercepat – Caj sajalah!

Mungkinkah bidang pelajar menceburi dalam dunia

berhutang ini sangat konfiden dan tiada ragu-ragu bahawa

mereka akan bergaji tinggi tidak lama kelak – tentu hutang itu

luput dalam jangkamasa yang singkat – hanya beberapa

tahun selepas graduan. Malangnya, ramai graduan

menghadapi bahawa realiti masa hadapan mereka jauh

berbeza dari apa yang telah dijangkakan. Sekarang mereka

sudah selesa dengan bilangan baki bulanan tersebut dan

sedar bahawa mereka terperangkap: hutang yang terus

meninggi tidak dapat ditandingi oleh kenaikan pendapatan

mereka yang ala kadar.

Bukan orang muda sahaja yang dapati diri mereka

terperangkap di dalam situasi begini. Malah, orang-orang

dewasa yang berfikiran cukup matang juga tergoda dengan

kemudahan kredit ini. Para iklan memaparkan barang-barang

baru dan canggih yang kononnya “ganjaran” bagi kita! Ya,

amat sukar bagi kita menolak kemewahan hidup dengan

barang-barang rekreasi, pakaian dan perkakas-perkakas

termoden, yang sering ditawarkan.

Dalam situasi lain pula, orang yang

tiada pekerjaan juga boleh terbabas dalam

hutang kredit kad – simpanan wang

pun tiada, kredit kad pula dijadikan

kemudahan untuk menyara

keperluan seharian. Akan tetapi,

apabila mereka mula bekerja semula,

mereka sedari bahawa kad kredit mereka

sudah mencapai had maksima;

pembayaran balik pun menjadi satu

bebanan yang besar.

17

Page 19: Intelek Edisi 3/2011 Julai -Integriti September Informasi ...dbd.penang.gov.my/images/buletin/sempoi32011.pdf · komersial di luar sana. Mungkin tidak segah nama-nama besar seperti

Walaupun kita tidak mahu berfikiran negatif, kita tidak

akan mencegah masalah kewangan jika kita selalu

mengendahkan realiti sebenar. Kemerosotan ekonomi

membuatkan ramai orang terdesak dan terjatuh dalam

malapetaka kewangan. Hanya mereka yang telah membuat

persediaan untuk menghadapi situasi yang kurang baik

sebegini akan dapat bertahan di dalam suasana yang sukar.

Apakah harus dibuat untuk mengelakkan diri kita daripada

menjadi sebahagian dari angka statistik yang menyedihkan?

Cara Pembayaran Balik Hutang Kad Kredit

Jika anda hanya membayar jumlah faedah kad kredit

setiap bulan dan ingin memberhentikan hutang sebegini,

langkah pertama adalah untuk menganalisa pendapatan dan

perbelanjaan bulanan anda. Jumlahkan perbelanjaan anda

dan tolakkannya dari pendapatan. Inilah baki pendapatan yang

boleh anda gunakan setiap bulan.

Langkah kedua: Hentikan bertransaksi melalui caj

kredit. Bekukan penggunaan kredit kad anda (ya, betul –

letakkan semua kad-kad kredit ke dalam kotak ais krim, isikan

dengan air dan simpankan kotak itu dalam pembeku di peti

ais!). Bayarlah barang-barang yang perlu dibeli secara tunai.

Kemudian senaraikan hutang kad-kad kredit yang masih ada.

Kenalpastikan kad yang mengenakan caj kewangan yang

paling tinggi. Mungkin anda berpeluang untuk pindahkan baki

dari kad berfaedah tinggi ke kad yang menawarkan kos yang

lebih rendah (tentukan anda membaca semua info yang diberi

supaya tidak dikenakan kos yang tersorok pula).

Seterusnya langkah ketiga, susunkan kad-kad anda

mengikut kadar caj kewangan, gunakan baki pendapatan untuk

membayar balik kad yang paling mahal (kos tertinggi) tersebut.

Setelah hutang kad termahal selesai, tutupkan akaun tersebut

dan musnahkan kad itu. Kemudian ubahkan fokus anda ke kad

yang seterusnya; teruskan langkah-langkah di atas sehingga

kesemua hutang anda sudah habis. Sebaik sahaja hutang kad

kredit anda luput, hanya simpan beberapa kad sahaja – hanya

dua atau tiga untuk penggunaan yang boleh dikawal.

Cara Penggunaan Kad Kredit Yang Baik

Setelah menyelesaikan semua hutang kad kredit

barulah anda boleh mempertimbangkan cara penggunaan kad-

kad tersebut dengan betul. Kad kredit ini sebenarnya adalah

alat pengurusan wang yang sungguh berkesan, jika digunakan

dengan waras. Kita harus pandang kepada konsumer-

konsumer yang berjaya menguruskan kewangan mereka

dengan kad ini.

Pendekatan terpenting dalam penggunaan kad kredit

adalah tanggungjawab anda untuk membayar jumlah baki

dalam penyata anda setiap bulan. Bayangkan kredit kad itu

sebagai wang tunai yang disimpan setiap bulan bagi barang-

barang yang dicaj. Dengan perumpamaan ini, anda tidak akan

dikenakan kos; kad kredit anda pula akan menjadi kemudahan

kewangan yang amat berguna bagi anda. Kad kita menjadi

seolah-olah pekerja kita dan kita pula bukan lagi

dihambakannya.

Kad kredit juga adalah satu-satunya sekuriti atau

perlindungan tambahan dan kemudahan sewaktu membeli-

belah dan berjalan, dengan syarat kita tidak

menyalahgunakannya. Sebagai contoh, anda mempraktikkan

bayaran hanya 5% atau RM50 minima setiap bulan, yang

mana lebih tinggi. Bagi baki RM10,000 yang mengenakan caj

kewangan sebanyak 18% setahun, anda akan mengambil

masa 7 tahun dan 3 bulan untuk menyelesaikan seluruh baki

hutang anda. Dan ini juga dengan anggapan bahawa anda

tidak lagi menambahkan caj (ingat, kad anda dalam pembeku

peti ais!). Bayangkan betapa lajunya hutang anda akan

meningkatkan jika apa yang dipraktikkan ini melibati banyak

kad kredit lain pada masa yang sama.

Petua-petua tambahan yang boleh membantu:

• Ingat, kad kredit bukan wang percuma

• Hanya simpan satu atau dua kad, jangan sehingga lapan

atau sembilan

• Cajkan hanya untuk barang yang anda mampu membayar –

elakkan berberlanja melibihi pendapatan anda

• Carilah kad yang menawarkan kos, caj tahunan dan yuran

servis yang paling rendah (kalau boleh, yang tiada yuran

sama sekali)

• Bayar kesemua baki setiap bulan; tetapi jika ini juga sukar,

bayar amaun lebih daripada amaun minima bulanan anda

• Masih bermasalah? Tinggalkan kad anda di rumah atau

bekukannnya di dalam peti ais!

• Dan peringatan terakhir – gunakanlah kad kredit sebagai alat

pembayaran dan bukan untuk kredit percuma. Jika anda

tidak dapat menggunakannya dengan waras atau

bertanggungjawab, mungkin lebih baik bagi anda untuk

hentikan penggunnaannya sama sekali.

Sumber artikel dari web www.akpk.org.my

18

Page 20: Intelek Edisi 3/2011 Julai -Integriti September Informasi ...dbd.penang.gov.my/images/buletin/sempoi32011.pdf · komersial di luar sana. Mungkin tidak segah nama-nama besar seperti

Resepi

Bahan-Bahan

• 1 kilogram mee kuning dan dicelur • 300 gram taugeh

• 2 tangkai daun sup dan dihiris

• 2 tangkai daun bawang dan dihiris

• 8 biji cili merah dan dihiris

• 4 keping tauhu goreng dan dihiris

• Sedikit bawang goreng • 6 biji telur dan dibelah

• 6 biji limau kasturi dan dibelah

Bahan Penumis Dikisar

• 2 sudu besar ketumbar

• 8 biji bawang besar

• 6 ulas bawang putih

• 18 tangkai cili kering

• 1 sudu kecil jintan kasar

• 1 sudu kecil jintan manis

Bahan Kuah • 300 gram daging dan dicincang

• 200 gram tetel dan direbus

• 300 gram keledek dan direbus

• 250 gram udang basah

• 5 sudu besar taucu

• 1 cawan kacang tanah dan ditumbuk halus • 1 batang serai dan diketuk

• 2 sentimeter lengkuas dan diketuk

• ½ cawan minyak masak

• Garam, gula dan air secukupnya

Cara Penyediaan 1.Panaskan minyak masak dalam periuk.

2.Tumiskan bahan penumis hingga garing.

3.Masukkan daging cincang, tetel dan udang.

4.Gaulkan supaya bercampur rata.

5.Masukkan kacang tanah, air, garam, gula dan

taucu. Kacau selalu supaya tidak hangit.

Bahan-Bahan

• 4 ketul peha ayam

• 75 gram mentega

• Garam dan serbuk lada sulah • Sebiji lemon (potong menjadi lapan hiris)

• Daun pasli untuk hiasan

Bahan Untuk Sos

• 25 gram mentega

• 1 biji bawang besar (dicincang) • 1 tin jagung manis (toskan)

• 25 gram tepung

• 300 gram susu sejat

• Garam dan lada sulah secukup rasa

Cara Penyediaan 1.Bersihkan ayam dan toskan. Gaul serta

lumurkan dengan mentega, garam dan lada

sulah.

2.Grill atau goreng hingga warna keemasan

selama 15-20 minit.

3.Susun di atas pinggan dan tuang sos ke atasnya. Hiasan dengan hirisan lemon dan daun

pasli.

Cara Untuk Sos

1.Cairkan mentega dan g reng bawang cincang

sehingga lembut. Masukkan jagung manis dan

tepung. 2.Kacau perlahan-lahan dan padamkan api.

Masukkan susu sejat.

3.Didihkan lagi sehingga sos menjadi pekat.

Masukkan garam dan lada sulah secukup rasa.

19

Page 21: Intelek Edisi 3/2011 Julai -Integriti September Informasi ...dbd.penang.gov.my/images/buletin/sempoi32011.pdf · komersial di luar sana. Mungkin tidak segah nama-nama besar seperti

Petua Membeli Limau Nipis

1. Pilih limau nipis yang baik berdasarkan kulitnya.

Kulit limau yang baik berwarna hijau gelap.

Kulitnya elok, tidak rosak dan keras. Jangan

menekan kulit limau dengan jari kerana kulitnya

nipis sahaja dan limau akan rosak.

2. Ambil sebiji limau dan tinbangkan di atas tapak tangan. Jika terasa berat bererti kandungan airnya

tinggi.

3. Limau nipis yang kulitnya berwarna hijau

kekuningan biasanya tidak mengandungi biji.

4. Limau nipis yang belum dipotong boleh disimpan

di tempat buahan-buahan dalam suhu bilik untuk beberapa hari. Tetapi jika disimpan ditempat salad

di dalam peti ais, ia boleh bertahan sehingga 3

minggu.

5. Limau nipis yang telah dipotong juga boleh

disimpan di dalam peti sejuk dengan

membungkusnya di dalam plastik pembungkus.

Kandungan Zat Pemakanan Limau Nipis

a) Kandungan asidnya sangat tinggi. Oleh itu ia

sering digunakan dalam sajian mentah seperti

untuk daging dan ikan mentah.

b) Ia juga boleh menghilangkan bau hanyir ikan dan boleh digunakan sebagai bahan perasa.

c) Ia mampu membakar lemak-lemak yang boleh

menurunkan berat badan seseorang. Walau

bagaimanapun ia tidak sesuai untuk

perkembangan mental kerana ia akan

menyebabkan seseorang itu mudah lupa.

Petua

Dapur

Petua Untuk Pekatkan Sup

Sup ayam mahupun daging adakalanya menjadi terlalu

cair. Bagi memekatkan sup, masukkan sedikit kentang

rebus yang telah dilecek ke dalam sup. Biarkan

seketika sehingga sup menjadi pekat.

Petua Untuk Menyimpan Cendawan

Lebih Lama

Cendawan yang dibeli di pasar biasanya

dipaket di dalam plastik. Jika anda hanya

pergi ke pasar seminggu atau 2 minggu

sekali, sukar menyimpannya kerana ia

mudah busuk. Oleh itu, selepas membeli cendawan keluarkan dari plastiknya dan

elakkan ia terkena air. Bungkus cendawan

itu dengan kertas surat khabar dan simpan

di dalam peti sejuk. Jika disimpan di dalam

plastik, cendawan itu akan bernafas dan

mengeluarkan air dan menyebabkan ia membusuk. Jika dibalut dengan kertas

akhbar, cendawan itu gagal bernafas dan ia

akan tahan lebih lama iaitu kira-kira 5

hingga ke 7 hari.

Petua Untuk Mengelakkan

Minyak Masak Berbau Tengik

Untuk mengekalkan rasa minyak

masak walaupun telah

digunakan, masukkan satu sudu

kecil santan ke dalamnya.

Minyak tersebut tidak akan

berbau tengik dan bolehlah

digunakan terutamanya untuk

menggoreng.

Minyak yang telah digoreng

boleh disimpan di dalam botol.

Untuk mewangikannya, letakkan

serai. Kemudian boleh digunakan

semula untuk menggoreng.

20

Page 22: Intelek Edisi 3/2011 Julai -Integriti September Informasi ...dbd.penang.gov.my/images/buletin/sempoi32011.pdf · komersial di luar sana. Mungkin tidak segah nama-nama besar seperti

Info Sihat

Superfruit untuk Wanita

120

92.7

61.8 53.2

47.8 36.4

8.7 4.6

0

20

40

60

80

100

120

140

Jenis Buah

Kandungan Vitamin C Buah

Vit

amin

C (

mg

/10

0g

Ed

ible

Fla

sh)

Sumber : USDA Nutrient

Database Release 23

mum mengetahui tentang keistimewaan buah kiwi yang kaya

dengan Vitamin C. Berasal dari negara China dan dikenali

sebagai Goseberry Cina atau Yangtao. Bagaimanapun, kini

buah kiwi dianggap antara tanaman terpenting di New Zealand.

Buah Kiwi adalah pembekal nutrisi hebat dan

memperolehi status baru iaitu makanan hebat atau

SuperFood. Selain daripada kandungan Vitamin C yang

tinggi, satu hidangan buah kiwi mengandungi jumlah

potasium yang sama dengan pisang serta kandungan

serat yang sama dengan satu hidangan emping bran

(kurang daripada 100 kalori). Buah kiwi juga adalah

sumber folat dan potasium yang baik. Ia bebas sodium

dan sumber Vitamin E yang rendah lemak.

Dengan kehebatan dan keistimewaan ini, buah

kiwi mampu menarik perhatian semua penggemarnya

terutama sekali kaum wanita. Ia juga berita baik untuk

wanita yang ingin mengamalkan cara hidup sihat.

Nutrisi Hebat Buah Kiwi

Kedua-dua Gold Kiwi dan Green Kiwi kaya

dengan nutrien penting dan memberikan perlindungan

menyeluruh secara semulajadi kepada semua

golongan. Buah kiwi yang kecil ini memiliki dua kali

ganda jumlah Vitamin C jika dibandingkan dengan

sebiji buah oren bagi setiap 100g isi yang boleh

dimakan. Hanya satu hidangan memberikan anda lebih

150 peratus kandunagn Vitamin C berdasarkan

Saranan Ambilan Harian (RDI).

Satu kajian terkini yang telah diterbitkan dalan

Jurnal Amerika bagi Nutrisi Klinikal (American Journal

of Clinical Nutrition), mengesahkan bahawa Vitamin C

yang terkandung dalam buah kiwi adalah lima kali

ganda lebih tersedia secara bio berbanding Vitamin C

yang terdapat dalam makanan sihat tambahan Vitamin

C.

Kebaikan Penjagaan Kulit

Satu lagi berita baik untuk kaum wanita

adalah Vitamin C dalam buah kiwi memiliki kebaikan

untuk kulit anda. Vitamin C diperlukan untuk

pertumbuhan dan pembaikan tisu dalam semua

bahagian badan.

Kajian yang dijalankan telah menunjukkan

bahawa Vitamin C menggalakkan penghasilan kolagen

yang amat berguna dalam memberikan kekuatan

kepada struktur kulit.

Bagi mereka yang berusia, Vitamin C amat

berguna terutamanya untuk penjagaan kulit. Ini kerana

kolagen yang dirangsang daripada kehadiran Vitamin C

membalikkan kesan penuaan seperti kedutan pada kulit.

Buah kiwi juga baik terutamanya untuk kulit

kerana ia mengandungi antioksida seperti polifenol,

karotenoid dan fitokimia lain yang berpotensi dan

termasuklah beberapa enzim yang unik.

21

Page 23: Intelek Edisi 3/2011 Julai -Integriti September Informasi ...dbd.penang.gov.my/images/buletin/sempoi32011.pdf · komersial di luar sana. Mungkin tidak segah nama-nama besar seperti

Buah Kiwi Menyihatkan Ibu & Kandungan

Pengambilan vitamin C secukupnya sewaktu

hamil boleh disamakan seperti mendapatkan polisi

insurans bagi anak anda. Vitamin C merupakan salah

satu vitamin paling penting sewaktu hamil bagi

mengekalkan kesihatan anda dan kandungan. Buah

kiwi merupakan sumber vitamin C paling baik

berbanding buah oren. Ia terbukti membantu

pergerakan plasma dan mampu menyimpan vitamin C

di dalam sel badan.

Selaku antioksidan selular yang kuat, umum

mengetahui kepentingan Vitamin C dalam

meningkatkan imuniti badan bagi melawan bakteria.

Pengambilan sesetengah jenis ubat-ubatan dikatakan

tidak selamat untuk ibu hamil. Oleh kerana kesihatan

harus diutamakan ketika hamil, maka mengekalkan

sistem imuniti pada tahap terbaik dapat membantu

anda tetap sihat.

Sebaliknya, flavonoid yang wujud dalam buah

kiwi membantu melindungi tubuh daripada kerosakan

oksidatif. Oleh itu, buah kiwi juga dapat melindungi

DNA anda daripada sebarang kerosakan serta mutasi.

Buah Kiwi Mengandungi Dua Kali Ganda

Vitamin C Berbanding Oren

• Menyumbang kepada pembentukan kolagen yang

normal, serta fungsi tulang, gigi, rawan, gusi dan

salur darah yang normal.

• Membantu penyembuhan luka dan kesan lecur.

• Melancarkan penyerapan kalsium dan membantu

mengekalkan kesihatan gigi dan gusi.

• Membantu badan menyerap zat besi dan

melancarkan pembentukan sel darah merah.

• Memetabolismakan kolestra, serta membantu

merendahkan tahap kolestrol.

Pengambilan buah kiwi dapat memastikan anda memperoleh

keperluan haroan antioksida , yang membantu melawan kerosakan yang

disebabkan radikal bebas dan tekanan oksidatif. Ia membantu kulit kekal

muda dengan mengurangkan tanda-tanda penuaan dan menganjalkan

semula kulit.

Kajian saintifik mendapati bahawa pengambilan Gold Kiwi dan

Green Kiwi membantu meningkatkan tahap antioksida dalam darah. Ini

bermakna lebih banyak antioksida hadir dalam darah untuk membantu

mencegah pengoksidaan lipid darah. Ia penting kerana tahap lipid darah

dioksida yang tinggi dikaitkan dengan risiko penyakit jantung yang tinggi.

Vitamin C memainkan peranan utama dalam

sintesis kolagen yang memegang membran fetus dan

mengekalkan kekuatan mekanikal membran

korioamniotik. Paling penting, vitamin C menyokong

penyerapan zat besi yang membantu pembentukan

hemoglobin yang diperlukan anda dan bayi.

Kajian terbaru menunjukkan sumber vitamin C

yang baik daripada buah kiwi sebenarnya membantu

penyerapan zat besi daripada sumber makanan lain.

Memakan buah kiwi dengan suplemen zat besi dan

makanan yang kaya dengan zat besi dapat

meningkatkan penyimpanan zat besi badan. Ini

membantu anda yang mungkin kekurangan zat besi

dengan cara yang mudah dan lazat bagi meningkatkan

jumlah zat besi dalam badan.

Oleh itu, selain daripada menghilangkan rasa

lapar pada waktu malam, memakan buah kiwi secara

harian berupaya memastikan anda dan bayi mendapat

Vitamin C secukupnya.

Satu lagi faktor menjadikan buah kiwi sebagai

makanan ideal bagi wanita hamil ialah kandungan asid

foliknya yang tinggi. Asid folik yang juga dikenali

sebagai folate memainkan peranan penting dalam

mengelak kecacatan saraf sewaktu lahir iaitu

perkembangan otak dan saraf yang tidak lengkap

sebanyak 70%.

Antara kecacatan saraf yang paling kerap

berlaku sewaktu lahir ialah spina bifida, penutupan

saraf tunjang dan kolum spina yang tidak lengkap.

Kebanyakan kecacatan ini berlaku sewaktu 28 hari

pertama kehamilan, lazimnya sebelum anda sedar

tentang kehamilan.

Oleh kerana itulah, anda digalakkan

mengambil asid folik walaupun sebelum hamil bagi

mengurangkan kebarangkalian kecacatan sewaktu

lahir. Sekiranya anda merancang untuk mengandung

dan mula memakan buah kiwi secara teratur, anda

sudah pun berada pada tahap permulaan yang baik.

22

Page 24: Intelek Edisi 3/2011 Julai -Integriti September Informasi ...dbd.penang.gov.my/images/buletin/sempoi32011.pdf · komersial di luar sana. Mungkin tidak segah nama-nama besar seperti

Celik IT JADUAL FUNGSI,

PERKAKASAN DAN PERISIAN

KOMPUTER

Komponen asas fizikal komputer terdiri daripada

peranti input, unit sistem (pemprosesan), storan dan

output.

1. Input

Digunakan untuk memasukkan data dan arahan ke

dalam komputer.

Perkakasan Input

♦ Papan Kekunci (Keyboard)

♦ Tetikus (Mouse)

♦ Mikrofon

♦ Pengimbas (Scanner)

♦ Kamera Digital

♦ Joystick

♦ Pengimbas kod bar (barcode scanner)

♦ Mesin CT X-Ray

♦ Pembaca kad pintar (smartcard reader)

♦ Pengimbas cap jari

Perisian Input

Capture Pro

Image Stabelizer,

Light mastering,

Graphic adapter

Intermec SmartWedge

2. Storage

Ingatan utama computer untuk menyimpan

program atau data yang sedang digunakan. Dikenali

sebagai storan primer atau storan utama. Terdapat 2

jenis ingatan dalam computer iaitu Ingatan Capaian

Rawak (RAM-Random Access Memory) dan Ingatan

Baca Sahaja (ROM-Read Only Memory). Kandungan

ROM tidak boleh diubah oleh pengguna dan data di

dalam ROM tidak akan hilang apabila computer

dimatikan. ROM digunakan untuk menyimpan arahan

yang diperlukan ketika memulakan computer. RAM

menyimpan data buat sementara ketika computer

digunakan. Kandungannya boleh diubah dan dan akan

hilang apabila computer dimatikan. Storan sekunder

ialah peranti storan bagi menyimpan data secara kekal

seperti CD dan sebagainya.

Perkakasan Storage

♦ Thumb Drive

♦ Hard Disk

♦ Server / Hosting

♦ Flash memory

♦ USB drive

♦ Optical drives

♦ Buslink

♦ Iomega Portable

♦ CD-R (CD-Recordable)

Teknologi CD rakaman untuk storan data dan muzik

menggunakan cakera yang boleh ditulis sekali sahaja.

Saiz cakera adalah kira-kira 650MB

♦ CD-ROM (Compact Disc Read Only Memory)

Sebuah format cakera padat yang digunakan untuk

menyimpan teks, grafik dan muzik. Pemain CD audio

tidak boleh membaca CD-ROM berisi data tetapi pemain

CD-ROM boleh membaca CD audio.

♦ CD-RW (CD-ReWritable)

Pemacu CD-RW boleh menulis kepada cakera CD-R,

dan ia boleh membaca CD-ROM. Cakera CD-RW boleh

ditulis semula banyak kali dan boleh dibaca berulang

kali pada pemacu CD-ROM atau CD-RW.

♦ DVD (Digital Versatile Disk)

Diperkenalkan pada tahun 1996, cakera optik ini

mempunyai saiz yang sama dengan CD tetapi kapasiti

storan adalah lebih besar iaitu dari 4 hingga 28 kali lebih

besar.

♦ DVD Video

Format yang popular untuk kualiti tinggi video MPEG2

dan bunyi sekeliling digital.

♦ DVD-RAM (DVD Random Acces Memory)

Cakera DVD boleh tulis semula berasaskan katrij. DVD-

RAM pertama diperkenalkan pada tahun 1998 dengan

kapasiti 2.6GB (sebelah) dan 5.2GB (dua belah). Versi 2

DVD-RAM dengan kapasiti 4.7GB dikeluarkan pada

1999 dan kapasiti 9.4GB pada tahun 2000.

♦ DVD-ROM

Mula diperkenalkan pada tahun 1997, cakera DVD

digunakan untuk menyimpan data dan aliran interaktif

bersama-sama audio dan video.

♦ DVD+RW (DVD ReWritable)

Ia dibangunkan bersama oleh Hewlett-Packard,

Mitshubishi Chemical, Philip, Ricoh, Sony dan Yamaha,

di mana ia adalah satu-satunya format boleh tulis

semula yang serasi dengan pemain video DVD dan

pemain DVD-ROM

♦ NAS (Network Attached Storage)

Storan berkeupayaan tinggi yang menyediakan

perkongsian data kepada pelanggan dan pelayan dalam

rangkaian kawasan setempat (Local Area Network)

23

Page 25: Intelek Edisi 3/2011 Julai -Integriti September Informasi ...dbd.penang.gov.my/images/buletin/sempoi32011.pdf · komersial di luar sana. Mungkin tidak segah nama-nama besar seperti

3. Processing

Merupakan satu unit sistem di mana satu kotak yang

mengandungi litar elektronik melaksanakan

pemprosesan data. Ia terdiri daripada Unit Pemprosesan

Pusat (CPU) juga dikenali sebagai ‘otak’ kepada sistem

komputer, ingatan dan komponen-komponen elektronik

yang lain.

Perkakasan Pemprosesan

♦ CPU (central processing unit) atau mesin memproses

yang disokong oleh motherboard (papan induk) dan

dibantu oleh komponen-komponen yang terdapat di

dalam motherboard tersebut. CPU juga dikenali sebagai

mikropemproses, iaitu sebuah cip yang mengawal dan

menjalankan segala tugas komputer.

Perisian Sistem

- Win95, Win98, WinNT, WinMe, Win2000, WinXP,

- Linux

- Antivirus

- Macintosh

- DOS (Disk operating system)

Perisian Apilkasi

- Publisher

- Computer Aided Design (CAD)

- Adobe Flash, menyuntik elemen grafik animasi

- Lotus

- Photoshop

- Coraldraw

4. Output

Peranti Output digunakan untuk mengeluarkan teks atau

grafik daripada komputer ke dalam bentuk fizikal

menggunakan pencetak/printer.

Sesuatu maklumat yang dihasilkan daripada prosesan di

dalam

sesuatu sistem.

Perkakasan Output

♦ Pencetak

♦ Pembesar suara

♦ Projector

♦ Kad tebuk

♦ Telefon

♦ Monitor

♦ Facsimile (Fax)

♦ Multifunction

Perisian Output

XMLLabel, ERPLabel

Jenis-Jenis Perisian

Terbahagi kepada 3 jenis iaitu;

1. Perisian Sistem

2. Perisian Utiliti

3. Perisian Aplikasi

Perisian Sistem

Satu perisian Sistem Operasi. Membolehkan perkakasan

berkomunikasi dengan perisian aplikasi. Berperanan

sebagai perisian tulang belakang komputer.

Contoh-contoh perisian Sistem:

• Windows (98, 2000, Me, XP, Vista)

• DOS 6.22

• UNIX, Linux

• OS2

• Mac OS X

Perisian Utiliti

Perisian ini berfungsi untuk menguruskan fail-fail dan

perkakasan komputer.

Contoh dan Kegunaan

a. Menyusun fail iaitu seperti Defrag dan Speed Disk.

b. Mengimbas Fizikal Cakera Keras seperti Scandisk,

Norton Disk Doctor, Antivirus (Mengimbas dan

Nyahvirus), PC-Cillin, Norton Antivirus, Mc Afee, AVG

dan Kaspersky.

c. Memampatkan fail iaitu WinZip, ARJ dan Winrar

d. Memotong fail kepada beberapa bahagian iaitu File

Splitter

e. Pakej Pengurusan Fail Komputer seperti Norton

System Works dan System Mechanic

Perisian Aplikasi

Perisian ini mempunyai pelbagai jenis variasi perisian

mengikut penggunaan.Ianya berkembang dengan cepat

kerana penggunaan komputer yang tidak terhad.

Contoh dan kegunaan

a. Pemproses Perkataan iaitu MS Word, Lotus, open

office dan sebagainya

b. Perisian Persembahan seperti MS PowerPoint,

Harvard Graphic dan Lotus FreeLance

c. Penyunting Web seperti Composer, Dreamweaver

dan FrontPage

d. Penyunting Video seperti Adobe Premier, Ulead Cool

dan Ifilm Editor

Terdapat perisian Aplikasi yang lain seperti untuk

Hiburan / Multimedia : CyberLink Player, Penyunting

Grafik : Adobe Photoshop, Pelayar Internet : Internet

Explorer, Pengaturcaraan : MS Visual C++ dan

sebagainya.

Sumber : Mohd. Aizaini Maarof. 2004. Teknologi Maklumat : Internet, Sistem Maklumat dan Bahasa Pengaturcaraan. Universiti Teknologi Malaysia,

Sekudai. (Majalah PC. Julai 2009) 24

Page 26: Intelek Edisi 3/2011 Julai -Integriti September Informasi ...dbd.penang.gov.my/images/buletin/sempoi32011.pdf · komersial di luar sana. Mungkin tidak segah nama-nama besar seperti

Tahukah

Anda Udang Kara @ Lobster Berwarna Biru

Kebiasaannya Udang Kara @ Lobster berwarna

Kelabu berjalur Merah Oren.Tapi apa yang menarik

dan Peliknya, rupa-rupanya wujud Udang Kara @

Lobster berwarna Kebiruan? Ia telah ditangkap oleh

nelayan di East Cost Scotland dan dibeli oleh Rex

Goldsmith di Billingsgate Market di London.

Dibeli hanya pada harga 10 Pound Sterling, Udang

Kara @ Lobster ini memilik satu kelebihan lain iaitu ia

mengalirkan arus elektrik. Ia sebenarnya Spesis

Udang Kara @ Lobster yang jarang dijumpai. Kalau

ada pun ia hanya ditemui dibeberapa tempat tertentu

sahaja seperti perairan British, Norway,lautan

Mediterranean, Crete dan Morrocco. Macam-macam...

Giant Weta – Serangga Terbesar Dunia

Memperkenalkan Giant Weta. Apakah itu Giant

Weta? Sebenarnya, ia adalah serangga yang

menyerupai cengkerik yang sangat besar yang juga

merupakan serangga terbesar di dunia. Ia seberat

tiga ekor tikus dan lebih besar dari beberapa jenis

burung.

Panjang sayap serangga itu 7 inci tetapi lihatlah

serangga itu di atas tangan manusia, ia seperti

makhluk asing. Mujurlah, Giant Weta hanya boleh

dijumpai di Pulau Little Barrier di New Zealand.

Pulau itu sebenarnya membantu Giant Weta

menjadi sangat besar kerana di situ tidak ada

banyak pemangsa dalam habitatnya.

Giant Weta itu ialah yang terbesar pernah ditangkap

gambar dan dijumpai oleh pengembara bernama

Mark Moffett. Mark memberanikan diri memegang

Giant Weta berkenaan dan memberikannya makan

lobak.

Rumah Di Tengah Laut Berusia 103 Tahun

Rumah ini benar-benar luar biasa. Bukan hanya kerana usianya yang telah 103 tahun tapi juga kerana dibina

di tengah laut. Dikatakan rumah ini telah berdiri sejak 1905, tepatnya di atas batuan Rhode Island yang ada di

tengah laut. Rumah itu selalu disebut Clingstone.

Rumah ini cukup besar dan tergolong selesa. Rumah tersebut dibina oleh JS Lovering Wharton dengan kos

sebanyak 36.000 dolar , sepupu Henry Wood (79), yang kini menjadi pemiliknya.

Henry Wood membelinya dengan bekas isterinya pada tahun 1961 dengan harga 3600 dolar AS. Kemudian

dia mengubahsuainya dan kini menjadi manson yang menarik dan nyaman dan telah didiami selama dua

dasawarsa lebih.

25

Page 27: Intelek Edisi 3/2011 Julai -Integriti September Informasi ...dbd.penang.gov.my/images/buletin/sempoi32011.pdf · komersial di luar sana. Mungkin tidak segah nama-nama besar seperti

Negaraku Bebas Merdeka Kini.. tiada lagi tangisan insan terseksa terkapai-kapai lemas mencari daratan berkorban jiwa pertahan negara penjajah durjana merampas segala 50 tahun dahaulu.. stadium merdeka menjadi saksi negaraku merdeka rakyatku tidak lagi sengsara menangis gembira mendapat cahaya Merdeka.. tiada lagi penjajahan.. tiada lagi penderitaan.. tiada lagi jeritan penyiksaan.. tanah air ditadbir insan bijak bestari.. memimpin negara mengukir nama.. Kini.. 50 tahun sudah merdeka.. negaraku cemerlang, gemilang dan terbilang burung berkicau bebas berterbangan menjadi tanda negaraku aman damai

Maju berteknologi kearah mencapai wawasan 2020. kugenggam erat amanah pejuang tanah air pertahanlah kemerdekaan teruskanlah kemajuan disebalik tirai kemerdekaan sematkanlah semangat jiwa bangsa dilubuk hati semoga kekal selamanya merdeka tetap merdeka..

Hasil Nukilan : Rahizan

Nukilan

Seloka Merdeka Meskipun kita telah merdeka masih ada rakyat menderita tontonlah bersamamu di tv tiga di situ anda mendapat buktinya Penjajah durjana sudah tiada namun bahagia tak kunjung tiba pemimpin disanjung mengumpul harta rakyat dikampung terus sengsara Setelah negara lama merdeka negara di bangun maju bahagia tiada tempat burung bercanda kicauan burung semakin hiba.. Bukan membenci…sekadar menampilkan realitinya… Hasil Nukilan : Salina

Pantun Raya Cincin disarung hati berdebar Jarinan lembut wajah terhias Ramadan disambut penuh sabar Aidilfitri disambut dengan meriah Saidina Affan menyusun kata Tutur peri yang aulia Maaf-bermaafan sesama kita Di Aidilfitri yang mulia Buah pauh ditengah bendang Jadi dagangan ditengah kota Saudara jauh datang bertandang Bermaaf-maafan sesama kita

Sungguh rendang pohon rumbia Tempat persinggahan sianak kera Ketupat rendang sudah tersedia Jemputlah semua menjamu selera Sungai disusur sehari-hari Dalam gelap menangkap ikan Kami menyusun sepuluh jari Salah dan silap harap maafkan Disisir diandam dengan cekap Potong rambut pelbagai gaya Puasa sebulan sudahlah lengkap Kita menyambut Hari Raya Masak udang dan gulai ketam Pembasuh mulut kuih keria Berbunyi mercun berdetum detam Riang gembira dihari raya

Adik tersayang segak bergaya Mengait kuih di atas para Suasana riang di hari raya Bermaaf-maafan riang gembira Menyeberang lautan melintas negeri Terbang jauh dari Itali Datuk nenek muka berseri Anak cucu telah kembali Gua Niah pintunya lebar Dayak dusun jadi penjaga Datuk nenek tidak tersabar Kuih tersusun di atas meja Memukul gendang pelbagai gaya Amat meriah riang gembira Ramai bertandang di hari raya Tersenyum riang sanak saudara Hasil Nukilan : Izuwani

26

Page 28: Intelek Edisi 3/2011 Julai -Integriti September Informasi ...dbd.penang.gov.my/images/buletin/sempoi32011.pdf · komersial di luar sana. Mungkin tidak segah nama-nama besar seperti

EDISI 3/2011 JULAI - SEPTEMBER

Pejabat Daerah Dan Tanah

Daerah Barat Daya

Pulau Pinang