buletin 1-2013

32
I MIGRESEN Buletin http://www.imi.gov.my Bil. 1/2013 Januari - Mac 2013 Jabatan Imigresen Malaysia ISSN 1394-5394-5486 PERCUMA MESRA, AMANAH DAN TEGAS

Upload: ikram-raza

Post on 23-Oct-2015

173 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: BULETIN 1-2013

IMIGRESENBuletin

ht

tp://

ww

w.im

i.gov

.my

Bil.

1/2

013

Janu

ari -

Mac

201

3 J

abat

an Im

igre

sen

Mal

aysi

a IS

SN 1

394-

5394

-548

6

PER

CU

MA

MESRA, AMANAH DAN TEGAS

Page 2: BULETIN 1-2013

Penaung

YBhg. Dato’ Alias bin Haji AhmadKetua Pengarah Imigresen Malaysia

Penasihat

YBrs. En. Sakib bin KusmiTim.Ketua Pengarah Imigresen (Kawalan)

YBrs. Pn. Aloyah binti MamatTim.Ketua Pengarah Imigresen (Pengurusan)

Ketua PengarangYBrs. Tn. Elanngovan Muniandy

(Bhg.Komunikasi & Khidmat Korporat)

Ketua Unit PenerbitanTn. Mohd. Hafiz bin Abdullah

Sidang PengarangPuan Amy Lydia binti Adnan

Puan Fatimah Haryati binti KamaludinEncik Verusmark V Ninin

Encik Hishamuddin bin KamsinPuan Mazleeana binti Itam

Encik Mohamad Isa bin SaariPuan Kamariah binti Isa

Puan Haridzna binti LaksonPuan Nurita binti Hj Mohd

Puan Faizatul Irni binti YahyaPuan Wan Azliana binti Wan Osman

Taip SetEncik Hamidun bin Samsuri

Pereka Grafik Encik Hamidun bin Samsuri

JurufotoEncik Zahari bin Seman

UrusetiaBahagian Komunikasi & Khidmat Korporat,

Ibu Pejabat Imigresen,Aras-4, Blok 2G4, Persint 2Pusat Pentadbiran Kerajaan

Persekutuan, Putrajaya

2

Page 3: BULETIN 1-2013

3

4 Sidang Pengarang

5. One Million Purple Walk - Putrajaya

6. Majlis Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan Tahun 1434 Hijrah

7. Sambutan Hari Imigresen Ke-13

11. Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2012 Jabatan Imigresen Malaysia

13. Lawatan Rasmi Ketua Setiausaha Negara Ke Imigresen Putrajaya

14. Pameran Maritim Dan Aero Angkasa Antarabangsa (LIMA) Langkawi

16. Kunjungan Hormat Menteri Kehakiman Republik Korea

18. Jelajah Janji Ditepati - Negeri Terengganu

20. Program Skuad Muda Imigresen

22. Lawatan Menteri Dalam Negeri Ke Negeri Johor

23. Outreach Ketua Pengarah Imigresen Ke Negeri Kelantan

24. Wanita Sepakat Negara Berkat

26. Bengkel Tatacara Penggunaan Senjata Api Dan menembak Bahagian Integriti Putrajaya

28. Lawatan Direktur Jeneral Imigrasi Indonesia ke Ibu Pejabat Imigresen Putrajaya

30. Kalbar Road Tour Atashe Pontianak - Indonesia 31. Kursus Komunikasi Dan Penulisan Berkesan Jabatan Imigresen Malaysia - AIMM

Page 4: BULETIN 1-2013

Bicara Ketua Pengarang...Salam sejahtera dan Salam 1Malaysia,

Selamat bertemu kepada saudara-saudari di keluaran Buletin Edisi 1/2013. Sebagai pembuka tirai dan menyambut kehadiran tahun 2013, Sidang Pengarang mengucapkan Selamat Tahun Baru serta Maulidur Rasul kepada warga yang menyambutnya. Dalam mengharungi tahun 2013 yang semakin mencabar ini, marilah kita sama-sama beriktiqad meningkatkan kecekapan, integriti dengan memperkukuhkan keupayaan institusi, meningkatkan kualiti perkhidmatan dan memartabatkan profesion Imigresen. Komitmen padu dalam merealisasikan program-program transformasi JIM yang sedang giat dilaksanakan sejajar dengan KPI Kementerian Dalam Negeri.

Jabatan Imigresen Malaysia sentiasa memberi fokus yang amat serius kepada sistem penyampaian dan mengambil inisiatif memperkenalkan perkhidmatan Imigresen di Urban Transformation Centre (UTC) Kuala Lumpur dan Ipoh Perak. Ia merupakan pusat sehenti yang memberi perkhidmatan bagi memudahcara orang ramai membuat permohonan Pasport Malaysia. Pejabat tersebut beroperasi tujuh hari seminggu dan dibuka kepada orang ramai dari jam 8.30 pagi hingga 10.00 malam. Disamping itu inisiatif pengurusan atasan JIM mengubah identiti pemakaian seragam baru Imigresen secara menyeluruh bagi memartabatkan profesion Imigresen di mata masyarakat dalam dan luar negara. Warga emas turut mendapat kemudahan apabila memohon senaskhah Pasport Malaysia kerana fee Pasport Malaysia dikurangkan kepada RM80 daripada RM100 bagi tempoh dua tahun manakala kadar fee RM300 Pasport Malaysia dikurangkan kepada RM150 sahaja. Inisiatif ini adalah bagi meringankan beban warga emas.

Pembaca yang budiman,

Kini Jabatan Imigresen Malaysia melaksanakan pemeriksaan kurang dari 10 minit di Lapangan Terbang Antarabangsa KLIA selaras dengan KPT bagi merealisasikan perkhidmatan berprestasi tinggi dalam Sektor Awam. Pertambahan kakitangan seramai 170 orang di KLIA adalah tepat sebagai jentera penggerak yang mempunyai peranan masing-masing supaya ekspektasi pelanggan dan stakeholders dapat dipenuhi. Pada sambutan Hari Imigresen yang lalu Skuad Muda Imigresen telah dilancarkan oleh YB Menteri Dalam Negeri. Semua warga Imigresen pada usia 18 tahun hingga 40 tahun secara automatik menjadi anggotanya secara menyeluruh. Ia sebagai satu wadah yg dimainkan oleh Jabatan Imigresen Malaysia bagi merealisasikan aspirasi negara utk menggalakkan generasi muda supaya menyertai semua program yang dilaksanakan di pihak jabatan dan kementerian.

Sebagai penutup tirai bicara pengarang, bersama-samalah kita semua membudayakan integriti sebagai amalan murni kehidupan disamping mempertingatkan kualiti perkhidmatan selain menyokong hasrat JIM meneruskan program-program rasmi disamping meningkatkan keyakinan pelanggan kepada Jabatan Imigresen. Selamat menyambut Tahun 2013.

4

Page 5: BULETIN 1-2013

Pada 10 Mac 2013 di Putrajaya, program 1 Million Women Purple Walk dimulai dengan acara Senamrobik dan Flag Off peserta-peserta yang membanjiri Dataran Putrajaya. Ketibaan YAB Dato’ Seri Mohd Najib Tun Haji Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia dan YBhg. Datin Sri Rosmah Mansor diiringi oleh YAB Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin bin Haji Mohd Yassin, Timbalan Perdana Menteri Malaysia dan YBhg. Puan Sri Datin Hajah Noorainee binti Haji Abdul Rahman bersama dengan peserta-peserta 1 Million Women Purple Walk berarak ke garisan penamat berhampiran pentas utama majlis pada pagi itu. Seramai 521 orang pegawai dari Jabatan Imigresen Malaysia turut menyertai program itu.Dataran Putrajaya bergema dengan nyanyian Lagu Negaraku dan 1Malaysia. YAB Dato’ Sri Mohd Najib Tun Haji Abdul Razak berbesar hati melancarkan 1Malaysia Komuniti PERWANI.

One Millions Purple Walk- Putrajaya

5

Oleh : Skuad Muda JIM Ibu pejabat Imigresen, Putrajaya

Page 6: BULETIN 1-2013

Bertemakan’ Wasatiyyah Tonggak Kesatuan Ummah’, majlis sambutan Maulidur Rasul peringkat Kebangsaan tahun 1434 Hijrah telah berlangsung di Dewan Solat Utama, Masjid Putra, Putrajaya pada 24 Januari 2013 bersamaan 12 Rabiul Awal 1434 Hijrah. Majlis yang penuh bersejarah itu di rasmikan oleh Yang Di-Pertuan Agong Sultan Abdul Halim Muadzam Shah ibni Al-marhum Sultan Badlishah. Turut menyerikan majlis tersebut ialah Perdana Menteri YAB Dato’ Seri Mohd. Najib Tun Abdul Razak dan isteri. Acara Perarakan sambil berselawat penuh warna warni oleh Kontijen-kontijen dari Agensi-Agensi Kerajaan, Agensi Swasta, Badan-Badan Berkanun, Pertubuhan Bukan Kerajaan dan tidak ketinggalan juga kontijen dari Jabatan Imigresen Malaysia Putrajaya turut sama mengambil bahagian. Majlis bermula pada jam 7.00 pagi, perarakan dari Mahkamah Tinggi sejauh 2.4 km dan berakhir di perkarangan Masjid Putra.

MAULIDUR RASUL 1434 PERINGKAT KEBANGSAAN - PUTRAJAYA

6

Oleh : Jefri Zunaidi Bhg.Komunikasi & Khidmat Korporat Ibu pejabat Imigresen, Putrajaya

Page 7: BULETIN 1-2013

7

Page 8: BULETIN 1-2013

SAMBUTAN HARI IMIGRESEN KE 13 - 2013

Tarikh 31 Januari 2013 mencatatkan sejarah bagi seluruh warga Jabatan Imigresen Malaysia. Bersempena dengan Sambutan Hari Imigresen Ke-14, beberapa aturcara telah disusun rapi bagi memeriahkan majlis yang penuh gemilang itu. YB Dato’ Seri Hishammuddin bin Tun Hussein, Menteri Dalam Negeri yang merasmikan Hari Imigresen ke-14. Dato’ Lee Chee Leong, Timbalan Menteri Dalam Negeri, YBhg Dato’ Sri Abdul Rahim bin Mohd.Radzi, Ketua Setiausaha KDN,Tuan-Tuan Yang Terutama Duta-Duta, Ketua-ketua Jabatan, Setiausaha Bahagian turut menyerikan sambutan Hari Imigresen kali ini.

YB. Dato’ Alias bin Hj. Ahmad, Ketua Pengarah Imigresen (KPI) menyatakan pada tahun ini, sambutan Hari Imigresen diadakan di dewan utama Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC). Beliau merakamkan setingi-tingi terima kasih atas kehadiran YB Dato’ Seri Hishammuddin bin Tun Hussein, Menteri Dalam negeri, YB Dato’ Timbalan Menteri Dalam Negeri, YBhg. Dato’ Sri KSU yang bertungkus lumus membantu JIM dalam semua aspek selama ini. YBhg. Dato KPI juga merakamkan penghargaan kepada semua warga Imigresen kerana kesungguhan mendaulatkan semangat integriti dalam menlaksanakan tugas. Jabatan

8

Oleh : PIT(I) Hamidun Samsuri Bhg.Komunikasi & Khidmat Korporat Ibu Pejabat Imigresen, Putrajaya

Page 9: BULETIN 1-2013

Imigresen Malaysia melalui anjakan paradigma menerusi Pelan Transformasi Jabatan Imigresen Malaysia dengan pendekatan terbaik bagi menjamin keselamatan negara. Pada majlis ini juga YB Menteri telah melancarkan Skuad Muda JIM, pelancaran pakaian seragam baru JIM diikuti dengan pemakaian pangkat Pegawai Imigresen 2012. Pada sesi seterusnya YBhg Dato’ Sri KSU berbesar hati menyampaikan anugerah Kumpulan Inovasi Kreatif(KIK), Sijil –sijil cendera kenangan kepada Jawatankuasa Teknikal Seragam JIM (JKTS), sijil penghargaan kepada jurulatih Akademi Imigresen(AIMM) dan Juruaudit Dalaman ISO 2012. Majlis Hari Imigresen ke-14 diakhiri dengan sesi fotografi warga Imigresen dan jamuan tengahari.

9

Page 10: BULETIN 1-2013

10

Page 11: BULETIN 1-2013

ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG TAHUN 2012JABATAN IMIGRESEN MALAYSIA

Anugerah Perkhidmatan Cemerlang(APC) tahun 2012, Jabatan Imigresen Malaysia Zon Tengah telah diadakan di Dewan Dewan Serbaguna, Jabatan Imigresen Malaysia, Putrajaya pada 14 Februari 2013. YB Datuk Wira Abu Seman bin Yusof, Timbalan Menteri Dalam Negeri telah hadir bagi menyempurnakan Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang itu. Tahniah dan syabas kepada warga Imigresen yang telah berjaya diplih oleh Panel Khas sebagai penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang tahun ini. Seramai 285 penerima APC, 136 dari Ibu Pejabat Imigresen Putrajaya, 7 penerima dari Akademi Imigresen Malaysia(AIMM), 29 dari Wilayah Persekutuan K.Lumpur, dan 111 dari Negeri Selangor. APC adalah sebagai tanda pengiktirafan Jabatan terhadap prestasi kerja yang cemerlang yang telah disumbangkan. Sebagai penerima anugerah, mereka bukan sahaja menerima Sijil Perkhidmatan Cemerlang, tetapi juga menerima hadiah prestasi Sijil Simpanan Premium bernilai satu ribu ringgit (RM1000.00) dan insentif-insentif lain seperti peluang dan keutamaan untuk kemajuan kerjaya serta peluang menerima, pingat, bintang, dan darjah

11

Oleh : PIT(I) Hamidun Samsuri Bhg.Komunikasi & Khidmat Korporat Ibu Pejabat Imigresen, Putrajaya

Page 12: BULETIN 1-2013

kebesaran. Justeru, pengiktirafan menerusi Panel Pembangunan Sumber Manusia JIM menjadi pencetus semangat untuk memberikan perkhidmatan terbaik menjangkaui jangkaan pelanggan, stakeholders, komuniti dan negara. Syabas dan tahniah kepada semua warga Imigresen yang telah memperolehi penghargaan yang berprestij tersebut.

12

Page 13: BULETIN 1-2013

LAWATAN KETUA SETIAUSAHA NEGARA KE IMIGRESEN PUTRAJAYA

Pada 29 Mac 2013 YBhg Dato’ Seri Dr Ali bin Hamsa, Ketua Setiausaha Negara(KSN) telah mengadakan lawatan rasmi ke Ibu Pejabat Imigresen Putrajaya. YBhg Dato’ Alias bin Hj.Ahmad, Ketua Pengarah Imigresen memperkenalkan Pengarah-Pengarah Bahagian Ibu Pejabat kepada YBhg Dato Seri KSN sebelum diiringi ke Bahagian Pas Penggajian untuk melihat perkhidmatan yg disediakan oleh Bahagian berkenaan. YBhg Dato’ Seri KSN telah menyampaikan amanat beliau kepada Pengarah-Pengarah Bahagian Ibu Pejabat Imigresen khususnya bagi mempertingkatkan mutu perkhidmatan bagi memenuhi ekspektasi pelanggan serta cabaran yang semakin mencabar. Lawatan YBhg Dato’ Seri KSN itu memberi nafas dan semangat baru serta komitmen seluruh warga Imigresen bagi memartabatkan profesionalisma Jabatan Imigresen Malaysia.

13

Oleh : PIT(I) Hamidun Samsuri Bhg.Komunikasi & Khidmat Korporat Ibu Pejabat Imigresen, Putrajaya

Page 14: BULETIN 1-2013

Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi (LIMA) di Langkawi telah diadakan pada 25-30 Mac 2013. Ia mempamerkan teknologi terkini dan produk industri Aero angkasa sebagai pameran termasyhur. Pameran dwi tahunan itu memberi impak kepada ekonomi negara dari segi pelancongan dan juga pertahanan. LIMA kini merupakan i salah satu pertunjukan udara utama di dunia. Kira-kira 250,000 pengunjung melawat Pameran Udara dan Maritim Antarabangsa Langkawi 2013 (LIMA”13) yang diadakan di Pusat Pameran Antarabangsa Mahsuri (MIEC) dan Awana Porto Malai, Langkawi.

Ia diilhamkan bagi mempamerkan negara pengeluar Aeroangkasa dan industri yang berkaitan serta mempromosikan teknologi aeroangkasa terkini kepada pegawai kanan kerajaan, tentera, ketua-ketua industri

Aeroangkasa di Malaysia serta rantau Asia Pasifik. Pameran pertama telah diadakan pada tahun 1991.Penganjur mensasarkan 500 peserta dengan 270 buah syarikat dari 22 buah negara menyertai pameran LIMA pada kali ini. Antara yang menyertai LIMA13 ialah Finmeccanica Fincantieri dari Itali, EADS dan anak syarikat Eurocopter, Navantia dari Sepanyol, Rosoboronexpect dari Rusia, SAAB dari Sweden, Bombardier dari Kanada dan Lockheed Martin dan L-3 Communications Amerika Syarikat.

LIMA kini menjadi tumpuan negara yang mempunyai sistem dan alat pertahanan yang berteknologi tinggi bagi tujuan pameran kepada negara lain dan juga orang ramai. Jabatan Imigresen Malaysia

PAMERAN LANGKAWI INTERNATIONAL MARITIME AND AEROSPACE (LIMA - 13)

14

Oleh : PI Mohd. Asri bin Ishak Bhg.Komunikasi & Khidmat Korporat Ibu Pejabat Imigresen, Putrajaya

Page 15: BULETIN 1-2013

turut menghantar wakil dari JIM negeri Kedah dan Ibu Pejabat Imigresen Putrajaya dalam pemeran peringkat antarabangsa ini. DYMM YDP Agong Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah dan Mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamed turut meluangkan masa melawat Booth pameran Jabatan Imigresen Malaysia selain Ketua-ketua agensi kerajaan dan deligasi dari luar yang hadir. Pengunjung dari dalam dan luar negara juga tidak melepaskan peluang melawat Pusat Pameran Antarabangsa Mahsuri (MIEC) untuk menyaksikan pameran dan pertunjukan aerobatik LIMA sepanjang dua hari ia dibuka kepada orang ramai.

15

Page 16: BULETIN 1-2013

Tuan Yang Terutama Kwon Jae-Jin, Menteri Kehakiman Republik Korea dan ahli rombongan nya telah mengadakan kunjungan hormat ke Ibu Pejabat Imigresen Putrajaya pada 31 Januari 2013. YBhg Dato’ Alias bin Hj. Ahmad, Ketua Pengarah Imigresen memperkenalkan Pengarah-Pengarah Bahagian Ibu Pejabat kepada rombongan Kementerian Kehakiman Rep. Korea tersebut sebelum memulakan taklimat mengenai organisasi Jabatan Imigresen Malaysia. TYT Kwon Jae-Jin telah menandatangani Buku Pelawat bagi mengabadikan kenangan Menteri kehakiman Rep.Korea di JIM Putrajaya. TYT Mr Kwon Jae-Jin mengadakan perbincangan dua hala mengenai hal-hal berkaitan Imigresen antara kedua negara dengan YBhg. Dato’ Alias bin Hj.Ahmad serta Pengarah-Pengarah Bahagian Ibu Pejabat Imigresen. Program kunjungan hormat itu diakhiri dengan pertukaran cenderamata dari kedua-dua pihak sebagai tanda persahabatan yang sentiasa terjalin.

Kunjungan Hormat Menteri Kehakiman Republik Korea

16

Oleh : PIT(I) Hamidun Samsuri Bhg.Komunikasi & Khidmat Korporat Ibu Pejabat Imigresen, Putrajaya

Page 17: BULETIN 1-2013

17

Page 18: BULETIN 1-2013

Pada 23 februari 2013 Program Jelajah Janji Ditepati Negeri Terengganu (JJD) telah dirasmikan oleh YAB Dato Seri Mohd. Najib bin Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia. Turut serta di program JJD itu ialah YB Dato’ Seri Haji Ahmad bin Said , Menteri Besar, YBrs Tn. Azhar bin Abd. Hamid, Pengarah Imigresen Negeri Terengganu dan Pegawai-Pegawai dari Bhg.Komunikasi dan Khidmat Korporat Ibu Pejabat Imigresen, Putrajaya. Kementerian Dalam Negeri(KDN) bersama-sama agensi-agensi di bawahnya telah mengadakan ‘Hari Bertemu Pelanggan’ dan Pameran sempena Program JJD itu. Pameran bermula dari jam 8.30 pagi hingga 6.00 petang. Agensi-angensi lain yang terlibat dalam pameran ini selain Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) ialah Jabatan Pendaftaran Negara Malaysia(JPN), Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM), Jabatan Penjara Malaysia, Agensi Anti Dadah Kebangsaan dan beberapa agensi yang lain. Jabatan Imigresen Negeri Terengganu diberi ruang pameran dan menyediakan beberapa perkhidmatan kepada pengunjung seperti khidmat nasihat serta semakan Senarai Syak Imigresen (SSPI).

Selepas menyempurnakan perasmian program JJD itu, YAB Perdana Menteri berkunjung ke Hospital Besar Sultanah Zahariah. Beliau menziarahi bekas pegawai beliau yang kini bertugas di JIM Terengganu. Masyarakat setempat yang berbilang bangsa dan keturunan dari dalam dan luar Terengganu yang dianggarkan seramai 50,000 orang turut hadir memeriahkan program JJD itu.

Program Jelajah Janji Ditepati - Negeri Terengganu

18

Oleh : Jefri Zunaidi Bhg.Komunikasi & Khidmat Korporat Ibu pejabat Imigresen, Putrajaya

Page 19: BULETIN 1-2013

19

Page 20: BULETIN 1-2013

Program Penanaman Sejuta Pokok di bawah Kementerian Dalam Negeri(KDN) dilancarkan di sekitar Vision Park, Kepala Batas Pulau Pinang pada 3 Mac 2013. Agensi Program yang tertumpu kepada semangat kesukarelaan itu telah di rasmikan oleh Yang Berhormat Tun Abdullah bin Haji Ahmad Badawi, Mantan Perdana Menteri Malaysia merangkap Ahli Parlimen Kepala Batas.

Program ini bermula seawal jam 7.30 pagi sehingga 1.00 tengahari yang telah melibatkan seramai 3000 orang ahli Skuad Muda KDN dari IPT dan masyarakat sekitar Kepala Batas Pulau Pinang. Turut serta dalam pengisian program ini adalah Senamrobik dan Gerai Pameran oleh Agensi di bawah KDN yang telah mendapat tempat dan dekat di hati rakyat.

Dalam Program ini sebanyak 20 pokok hiasan telah berjaya di tanam oleh semua Ketua Agensi di bawah KDN. Penghormatan turut diberi kepada Mantan Perdana Menteri untuk turut serta menanam pokok sebagai simbolik kepada perasmian program tersebut.

Tahniah dan Syabas kepada semua agensi yang terlibat kerana telah memberikan sumbangan yang tidak terhingga pada alam dan pada kehidupan manusia khususnya.

PROGRAM PENANAMAN SEJUTA POKOK DAN SKUAD MUDA KDN

20

Oleh : Skuad Muda JIM Ibu pejabat Imigresen, Putrajaya

Page 21: BULETIN 1-2013

21

Page 22: BULETIN 1-2013

LAWATAN YB MENTERI DALAM NEGERI KE NEGERI JOHOR

YB Dato’ Seri Hishammuddin bin Tun Hussein, Menteri Dalam Negeri dan YBhg. Dato’ Sri Abdul Rahim bin Mohd. Radzi, Ketua Setiausaha, Kementerian Dalam Negeri telah mengadakan pertemuan dengan warga KDN di Johor Bahru, Johor pada 8 dan 9 Februari 2013 dalam usaha mewujudkan gelombang kesukarelawan bagi agensi di bawah KDN. Semasa lawatan turut diadakan Pelancaran Logo Skuad muda KDN dan Pelancaran Penanaman Sejuta Pokok oleh YB. Menteri Dalam Negeri yang diadakan di Kompleks Mini KDN, Setia Tropika, Johor. Program itu diakhiri dengan lawatan YBhg. Dato’ Sri KSU ke kuarters lama Jabatan Imigresen Malaysia di Perumahan Imigresen Taman Kenangan, Tampoi Johor Bahru. Skuad Muda JIM terlibat sebagai penyelaras bagi sukarelawan daripada JIM dalam program Penanam Sejuta Pokok, 1 KDN. JIM Johor menyediakan 260 orang sukarelawan bagi menjayakan majlis pelancaran Logo Skuad Muda KDN dan Pelancaran penanaman sejuta pokok oleh YB Menteri Dalam Negeri. JIM Johor juga diamanahkan sebagai penyelaras program Perlancaran (soft launch) di Kompleks Mini KDN, Setia Tropika Johor Bahru. YBhg. Dato, Sri KSU bersama Dato’ Ketua Pengarah Imigresen mengadakan lawatan ke kuarters lama JIM di Perumahan Imigresen Taman Kenanga, Tampoi Johor bahru, disusuli cadangan membina blok baru kuarters Imigresen di Bandar Baru Uda, Johor Bahru.

22

Oleh : Skuad Muda JIM Ibu Pejabat Imigresen, Putrajaya

Page 23: BULETIN 1-2013

‘OUTREACH’ KETUA PENGARAH IMIGRESEN KE NEGERI KELANTAN

23

Program Outreach Dato’ Alias Bin Haji Ahmad, Ketua Pengarah Imigresen ke Negeri Kelantan pada 14 Februari 2013 telah disambut meriah oleh YBrs Tn. Mahasan bin Mustapa, Pengarah Imigresen Negeri Kelantan serta seluruh warga Imigresen. Pengarah Imigresen Negeri Kelantan telah memperkenalkan pegawai-pegawai kanan kepada YB hg. Dato’ KPI sebelum diiringi ke lokasi menanam pokok sempena Program Penanaman Sejuta Pokok.

YBhg. Dato’ KPI memulakan program dengan menanam sepohon pokok sebagai simbolik diikuti oleh Pengarah Imigresen Negeri Kelantan dan Pegawai-Pegawai Kanan yang lain. YB Dato’ KPI kemudiannya berbesar hati untuk memalu rebana ubi bagi memeriahkan program ‘Outreach’ di Negeri Kelantan dan disaksikan oleh seluruh hadirin pada program itu. Pengarah Imigresen Negeri Kelantan menyampaikan cenderamata kepada YBhg. Dato’ KPI sebelum mengakhiri Majlis ‘Outreach’ di negeri Kelantan.

Oleh : Skuad Muda JIM Ibu Pejabat Imigresen, Putrajaya

Page 24: BULETIN 1-2013

PUSPANITA Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) telah menganjurkan Mesyuarat Agung yang ke-9 bertempat Dewan Serbaguna Ibu Pejabat Imigresen Malaysia Putrajaya pada 17 januari 2013. Mesyuarat berkenaan telah dipengerusikan oleh YBhg. Dato’ Alias bin Haji Ahmad selaku Penasihat PUSPANITA (JIM) dan YBhg. Datin Norazizah Binti Sulaiman, Pengerusi PUSPANITA (JIM).

Mesyuarat dimulakan dengan bacaan doa, nyanyian lagu PUSPANITA dan disusuli dengan persembahan multimedia. Seterusnya, mesyuarat dilanjutkan dengan ucapan aluan oleh Pengerusi dan Penasihat PUSPANITA JIM. Pada penganjuran mesyuarat kali ini Ahli Jawatan Kuasa (AJK) baru telah dilantik untuk memantapkan lagi misi, visi dan hala tuju PUSPANITA JIM. Mesyuarat diakhiri dengan penyampaian sijil dan cenderahati kepada AJK Sesi 2011 – 2012 sebagai penghargaan dan penyampaian cenderahati kepada Penasihat dan Pengerusi atas kesudian menghadiri Mesyuarat Agung PUSPANITA Jabatan Imigresen Malaysia ke-9.

WANITA SEPAKAT NEGARA MENINGKAT

24

oleh : TPPI Kamariah Isa Bhg. Pentadbiran Ibu Pejabat Imigresen,Puttrajaya

Page 25: BULETIN 1-2013

25

Page 26: BULETIN 1-2013

BENGKEL TATACARA PENGGUNAAN SENJATAPI DAN LATIHAN MENEMBAK BAHAGIAN INTEGRITI 2013

Oleh : PIT Nor Hafizi Bin Yahaya Bahagian Integriti, Ibu Pejabat Imigresen Putrajaya

Bengkel tatacara dan keselamatan penggunaan senjata api telah diadakan pada 18 Januari 2013. Taklimat tatacara dan keselamatan penggunaan senjata api telah disampaikan oleh Pegawai Kanan Unit Persenjataan Bahagian Penguatkuasa, Putrajaya. Dalam taklimat tersebut para peserta telah didedahkan tentang aspek-aspek keselamatan, tindakan serta merta Akta yang berkaitan senjata api serta pengenalan terhadap jenis-jenis senjata api yang digunapakai di Jabatan Imigresen Malaysia. Peserta bengkel juga telah diberikan panduan serta kaedah melakukan tembakan dan prosedur keselamatan semasa berada di lapang sasar.

Pada 19 Januari 2013 seramai 40 orang pegawai dan kakitangan yang diketuai oleh YBrs Tuan Wan Ramli bin Wan Abdullah , Pengarah Bahagian Integriti telah menghadiri latihan menembak yang dijalankan di Lapang Sasar Kelab Penembak Di Raja, Kelang. YBrs Tuan Sakib Bin Kusmi, Timbalan Ketua Pengarah Imigresen (Kawalan) turut hadir menyerikan acara dan merasmikan latihan tersebut. Pegawai-pegawai dari Unit Persenjataan Bahagian Penguatkuasa, Putrajaya bertindak sebagai jurulatih dalam latihan tersebut. Latihan yang dijalankan itu adalah tembakan sebelah tangan dan dua belah tangan serta falling plate berpasukan dengan menggunakan senjata ringan jenis pistol 9mm dan

Revolver.

Di akhir latihan YBrs. Tuan Sakib bin Kusmi telah menyampaikan sijil serta hadiah kepada semua peserta latihan. Bahagian Integriti akan menjadikan latihan sebegini sebagai aktiviti tahunan kerana ianya memberi pengetahuan dan pengalaman baru pada pegawai dan kakitangan disamping merupakan

26

Page 27: BULETIN 1-2013

27

Page 28: BULETIN 1-2013

LAWATAN DIREKTUR JENERAL IMIGRASI INDONESIA KE IMIGRESEN MALAYSIA PUTRAJAYA

Pada 31 Januari 2013 yang lalu Tuan Yang Terutama Bambang Irawan, Direktur Jeneral Imigrasi Indonesia telah mengadakan kunjungan hormat ke Ibu Pejabat Imigresen Putrajaya.

Beliau diberi penerangan dan taklimat mengenai hal ehwal Imigresen oleh YBhg. Dato’ Alias bin Hj.Ahmad, Ketua pengarah Imigresen dan kemudiannya beliau telah diperkenalkan kepada Pengarah-Pengarah Bahagian Ibu Pejabat sebelum diiringi melawat ke beberapa Bahagian di Ibu Pejabat. Sesi Pertukaran cenderamata antara kedua pihak mengakhiri program lawatan tersebut.

28

Page 29: BULETIN 1-2013

29

Page 30: BULETIN 1-2013

Konsulat Malaysia, Pontianak menutup tirai 2012 dengan mengadakan perlawanan persahabatan badminton antara agensi-agensi Kerajaan dan swasta. Malah turut membanggakan semua pegawai Home Based Staff (HBS) terlibat di dalam perlawanan tersebut yang terdiri dari Konsul, Konsul Muda, Atase Imigresen, Penolong Atase Imigresen serta Pembantu Khas. Untuk permulaan, perlawanan melibatkan Pejabat Imigrasi (Imigresen) Pontianak dan diikuti dengan Pejabat Wali Kota (Pejabat Daerah), Pejabat Wakil Gabenor Kalbar (Kalimantan Barat), syarikat-syarikat pembekalan Tenaga Kerja Indonesia dan diikuti dengan Pejabat Daerah Singkawang dan Sambas.

Matlamat tujuan utama perlawanan itu diadakan adalah bagi mengeratkan hubungan diplomatik antara Konsulat Malaysia, Pontianak dengan agensi-agensi kerajaan dan masyarakat setempat. Sebagai penghargaan di akhir perlawanan cenderahati khas diberikan kepada pihak lawan

KALBAR ROAD TOUR 2012Oleh : TPPI(II) JUNAINA TA’AT Atase Imigresen Konsulat Malaysia, Pontianak

berbentuk piala dan tuala yang dicetak perkataan Konsulat Malaysia, Pontianak.

Bagi tahun 2013 pula, pihak Konsulat Malaysia, Pontianak merancang untuk mengadakan perlawanan dengan ahli Dewan Perwakilan Rakyat Daerah (Parlimen Kalbar) dan syarikat–syarikat Malaysia yang beroperasi di Kalimantan.

30

Page 31: BULETIN 1-2013

Pada 18 hingga 21 Februari 2013 bertempat di Akademi Imigresen Malaysia (AIMM) telah diadakan Kursus Komunikasi Dan Penulisan Berkesan. Seramai 40 orang peserta telah mengikuti kursus ini yang melibatkan Pegawai Imigresen dan juga Pegawai Guna Sama Jabatan Imigresen Malaysia. Kursus dikendalikan oleh Puan Fadzillah binti Abdullah dari Institut Aminuddin Baki, Temerloh Pahang dan dibantu oleh Pegawai-pegawai Bahagian Latihan AIMM yang bertindak sebagai urus setia kursus yang telah diadakan selama empat hari.

Peserta-peserta kursus didedahkan dan diperincikan dengan mandat dalam penulisan surat rasmi kerajaan, laras bahasa dalam komunikasi terutama melalui komunikasi bertulis. Disamping itu peserta kursus juga diberi pendedahan mengenai format memo antara bahagian, laporan rasmi jabatan, kertas cadangan serta minit curaian. Ianya dapat memberi kefahaman kepada para peserta bagi penambahbaikan bertepatan dengan klausa mengikut standard. Diakhir kursus, YBrs. Tuan Amrih bin Siatoh hadir bagi majlis penutupan kursus serta menyempurnakan penyampaian sijil-sijil kepada peserta kursus. Di dalam ucapannya, beliau menyatakan modul kursus ini dapat dimanfaatkan oleh peserta kursus bagi meningkatkan kualiti penulisan dan komunikasi yang berkesan apabila kembali bertugas di tempat masing-masing.

KURSUS KOMUNIKASI DAN PENULISAN BERKESAN

JABATAN IMIGRESEN MALAYSIA - AIMM

31

Oleh : PIT(I) Hamidun Samsuri Bhg.Komunikasi & Khidmat Korporat Ibu Pejabat Imigresen, Putrajaya

Page 32: BULETIN 1-2013