buletin bilangan 4-1

2
LAPORAN JNJK BERKUALITI ALOR GAJAH, 27 Julai – Ketua Nazir, Dato’ Misrah Ibrahim berkata, laporan yang dihasilkan oleh JNJK bukan sahaja berkualiti tetapi mengandungi idea-idea yang bernas, dan data-data yang tepat. Sehubungan itu, JNJK mestilah terus berusaha melatih nazir sekolah agar dapat menghasilkan laporan yang bermutu. Dato’ Misrah berkata demikian semasa menyampaikan perutusan sempena Mesyuarat Ketua-ketua Nazir Negeri Kedua tahun ini di sini mulai 26 – 29 Julai 2010. Hadir sama Timbalan Ketua Nazir (Dasar), Puan Norhayati Alias, Timbalan Ketua Nazir (Operasi) Puan Esah Jantan, Ketua-ketua Sektor, Ketua-ketua Penolong Pengarah dan Ketua-ketua Cawangan JNJK dari seluruh negara. Dato’ Misrah seterusnya berkata, sebanyak 45 laporan kebangsaan JNJK 2009 telah mendapat kelulusan Menteri Pelajaran untuk dibentangkan di bahagian dan di jabatan dalam Kementerian Pelajaran. “Selaras dengan usaha JNJK untuk menatarkan laporan pemeriksaan- nya kepada pelbagai pihak, kita harus berusaha untuk meningkatkan kualiti laporan yang dihasilkan kerana laporan ini mencerminkan imej dan kualiti JNJK,” tegasnya. Beliau juga mengucapkan tahniah dan syabas kepada Sektor Kualiti dan Penyelidikan serta pasukan task force yang berjaya menyiapkan semakan SKPM mengikut tempoh yang ditetapkan. Beliau turut mengingatkan para nazir agar berhati-hati semasa memberi nasihat, cadangan dan teguran kepada pelanggan. “Kecuaian dan kealpaan kita akan mengundang masalah,” ujarnya lagi. ROMBONGAN JNJK SABAH KE INDONESIA ALOR GAJAH, 29 Julai – Ketua Nazir Negeri Sabah, Puan Mistirine Radin menyampaikan butiran hasil lawatan sambil belajar 11 orang nazir JNJK yang diketuainya ke Asosiasi Pengawas Sekolah Indonesia (APSI) di Jakarta pada 7 Jun lalu semasa Mesyuarat Ketua Nazir Negeri di sini. Katanya, tanggungjawab pengawas- an di Indonesia dibahagikan kepada sekolah rendah, sekolah menengah rendah, sekolah menengah atas dan sekolah agama atau madrasah. “Kesemua pengawas sekolah bersatu secara profesional dan kebajikan dengan APSI,” ujarnya. Puan Mistirine selanjutnya menjelas- kan pangawas sekolah diberikan latihan khas secara berpusat dalam lima kemahiran iaitu sebagai Supervisor (membina men- supervisi), Evaluator (memantau – menilai), Counselor (membimbing – menyuluh), Motivator (mendorong – memotivasi) dan Consultant (memberi saran – menasihati). Puan Mistirine berkata nazir sekolah Malaysia amat beruntung kerana menikmati pelbagai kemudahan dalam melaksanakan tanggung- jawab penaziran di institusi-institusi pendidikan. JNJK JAYAKAN ASG KE-2 KUALA LUMPUR – JNJK terlibat dalam Jawatankuasa Makanan Peserta dan Pegawai Kejohanan Sukan Sekolah-sekolah ASEAN Ke- 2 [2nd. ASEAN School Games] – (ASG) di sini bermula pada 13 hingga 19 Julai 2010. Kejohanan dirasmikan oleh Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin Buletin Canang nazir JEMAAH NAZIR DAN JAMINAN KUALITI , KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA Edaran Dalaman Bil. 4/2010 Ketua Nazir, Dato’ Misrah Ibrahim (tengah) bergambar kenangan dengan ahli Mesyuarat KNN yang dijamu buah-buahan tempatan di dusun berhampiran Alor Gajah pada 28 Julai lalu anjuran JNJK Melaka. Dato’ Misrah Ibrahim (dua dari kiri) semasa perasmian pembukaan ASG Ke-2 di Cheras pada 13 Julai. Ketua Nazir JNJK, Dato’ Misrah Ibrahim dan isteri Datin Juliana mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada seluruh warga JNJK yang beragama Islam.

Upload: harwan

Post on 29-Jun-2015

235 views

Category:

Documents


6 download

TRANSCRIPT

Page 1: Buletin Bilangan 4-1

LAPORAN JNJK BERKUALITI ALOR GAJAH, 27 Julai – Ketua Nazir, Dato’ Misrah Ibrahim berkata, laporan yang dihasilkan oleh JNJK bukan sahaja berkualiti tetapi mengandungi idea-idea yang bernas, dan data-data yang tepat. Sehubungan itu, JNJK mestilah terus berusaha melatih nazir sekolah agar dapat menghasilkan laporan yang bermutu. Dato’ Misrah berkata demikian semasa menyampaikan perutusan sempena Mesyuarat Ketua-ketua Nazir Negeri Kedua tahun ini di sini mulai 26 – 29 Julai 2010. Hadir sama Timbalan Ketua Nazir (Dasar), Puan Norhayati Alias, Timbalan Ketua Nazir (Operasi) Puan Esah Jantan, Ketua-ketua Sektor, Ketua-ketua Penolong Pengarah dan Ketua-ketua Cawangan JNJK dari seluruh negara. Dato’ Misrah seterusnya berkata, sebanyak 45 laporan kebangsaan JNJK 2009 telah mendapat kelulusan Menteri Pelajaran untuk dibentangkan di bahagian dan di jabatan dalam Kementerian Pelajaran. “Selaras dengan usaha JNJK untuk menatarkan laporan pemeriksaan-nya kepada pelbagai pihak, kita harus berusaha untuk meningkatkan kualiti laporan yang dihasilkan

kerana laporan ini mencerminkan imej dan kualiti JNJK,” tegasnya. Beliau juga mengucapkan tahniah dan syabas kepada Sektor Kualiti dan Penyelidikan serta pasukan task force yang berjaya menyiapkan semakan SKPM mengikut tempoh yang ditetapkan. Beliau turut mengingatkan para nazir agar berhati-hati semasa memberi nasihat, cadangan dan teguran kepada pelanggan. “Kecuaian dan kealpaan kita akan mengundang masalah,” ujarnya lagi.

ROMBONGAN JNJK SABAH

KE INDONESIA

ALOR GAJAH, 29 Julai – Ketua Nazir Negeri Sabah, Puan Mistirine Radin menyampaikan butiran hasil lawatan sambil belajar 11 orang nazir JNJK yang diketuainya ke Asosiasi Pengawas Sekolah Indonesia (APSI) di Jakarta pada 7 Jun lalu semasa Mesyuarat Ketua Nazir Negeri di sini. Katanya, tanggungjawab pengawas-an di Indonesia dibahagikan kepada sekolah rendah, sekolah menengah rendah, sekolah menengah atas dan sekolah agama atau madrasah. “Kesemua pengawas sekolah bersatu secara profesional dan kebajikan dengan APSI,” ujarnya. Puan Mistirine selanjutnya menjelas-kan pangawas sekolah diberikan

latihan khas secara berpusat dalam lima kemahiran iaitu sebagai Supervisor (membina – men-supervisi), Evaluator (memantau – menilai), Counselor (membimbing – menyuluh), Motivator (mendorong – memotivasi) dan Consultant (memberi saran – menasihati). Puan Mistirine berkata nazir sekolah Malaysia amat beruntung kerana menikmati pelbagai kemudahan dalam melaksanakan tanggung-jawab penaziran di institusi-institusi pendidikan.

JNJK JAYAKAN ASG KE-2

KUALA LUMPUR – JNJK terlibat dalam Jawatankuasa Makanan Peserta dan Pegawai Kejohanan Sukan Sekolah-sekolah ASEAN Ke-2 [2nd. ASEAN School Games] – (ASG) di sini bermula pada 13 hingga 19 Julai 2010. Kejohanan dirasmikan oleh Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin

Buletin Canang nazir JEMAAH NAZIR DAN JAMINAN KUALITI, KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

Edaran Dalaman Bil. 4/2010

Ketua Nazir, Dato’ Misrah Ibrahim (tengah) bergambar kenangan dengan ahli Mesyuarat KNN yang dijamu buah-buahan tempatan di dusun berhampiran Alor Gajah

pada 28 Julai lalu anjuran JNJK Melaka.

Dato’ Misrah Ibrahim (dua dari kiri) semasa perasmian pembukaan ASG

Ke-2 di Cheras pada 13 Julai.

 Ketua Nazir JNJK, Dato’ Misrah Ibrahim dan isteri Datin Juliana mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada seluruh warga JNJK yang beragama Islam. 

Page 2: Buletin Bilangan 4-1

pada 13 Julai lalu di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras. Negara-negara yang mengambil bahagian ialah Malaysia, Brunei, Indonesia, Filipina, Singapura, Thailand, Vietnam dan Kemboja. Sektor HEM JNJK di bawah kepimpinan Tuan Haji Ahdon Mes berserta 30 nazir sekolah berjaya menguruskan makanan dan minuman atlet dan pegawai kejohanan itu dengan cemerlang. Timbalan Ketua Nazir (Operasi) Puan Esah Jantan bertungkus-lumus membantu dan memberikan motivasi kepada petugas jawatankuasa yang terdiri daripada nazir sekolah JNJK. Ketua Nazir, Dato’ Misrah turut memberi perangsang kepada petugas dari JNJK ketika hadir semasa upacara pembukaan dan penutup kejohanan ASG.

TIMBALAN KETUA NAZIR DASAR

KE SK ULU LUBAI

LIMBANG – Timbalan Ketua Nazir (Dasar) Puan Norhayati Alias mengetuai pasukan penilai Sekolah Berprestasi Tinggi Tahun 2010 di SK Ulu Lubai (SKUL), Sarawak pada 21 dan 22 Julai lalu. Rombongan beliau disertai oleh empat nazir sekolah iaitu Encik Michael Kuek @ Stephen Kuek, Tuan Haji Md. Tah Talib, Encik Zainal Mohamad dan Encik Haron Amir. Kehadiran mereka pada 8.15 malam pada 21 Julai menaiki bot disambut oleh guru besar sekolah, Encik Jaul anak Bunyau. Selepas majlis makan malam, rombongan JNJK menyaksikan persembahan kebudayaan yang

dijayakan oleh murid-murid sekolah tersebut. SKUL yang ditubuhkan pada 1964 mempunyai 30 orang murid dan 11 guru. Walaupun terletak jauh di pedalaman SKUL berjaya mencapai keputusan 100% lulus UPSR pada 2006 – 2009. Selain itu, murid-murid sekolah ini dapat bertutur dalam bahasa Inggeris dengan baik. SKUL pernah muncul johan Anugerah Kualiti Menteri Pelajaran Kategori Sekolah Rendah Pedalaman pada tahun 2006 dan Sektor Kluster Cemerlang Kategori Sekolah Pedalaman 2007.

KURSUS INDUKSI NAZIR

SHAH ALAM, 7 Julai – Seramai 32 orang nazir baru dari seluruh negara menjalani program Kursus Induksi Nazir Baru Siri 1 pada 4 hingga 7 Julai lalu di Hotel Carlton Holidays di sini. Ketua Nazir, Dato’ Misrah Ibrahim dalam ucapan penutup yakin nazir baru mendapat pendedahan dan kefahaman yang jelas mengenai peranan dan tugas nazir. Beliau berharap agar unsur-unsur kesederhanaan dan keseimbangan diambil kira dalam memberi teguran sama ada secara lisan mahupun secara bertulis oleh nazir sekolah semasa mengadakan pemeriksaan di institusi-institusi pendidikan.

JOM MASAK BUBUR LAMBUK

PUTRAJAYA, 26 Ogos – Timbalan Ketua Nazir (Operasi) Puan Esah Jantan merasmikan aktiviti “Jom Masak Bubur Lambuk” anjuran Badan Kebajikan Staf (BAKTI) JNJK Ibu Pejabat, Putrajaya. Pengerusi BAKTI, Datin Khairiah A. Majid berkata, dua orang tukang masak berpengalaman dari Kampung Baru, Kuala Lumpur diundang untuk menyediakan dua periuk besar bubur lambuk yang kemudiannya diagih-agihkan kepada warga JNJK Putrajaya. Datin Khairiah mengucapkan terima kasih ahli Parlimen Putrajaya, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor

yang menyumbangkan RM1,400.00 untuk menjayakan aktiviti ini.

PEMANGKUAN PPPS GRED DG48 NAZIR SEKOLAH

PUTRAJAYA, 1 September – Ketua Nazir, Dato’ Misrah Ibrahim berkata, Unit Naik Pangkat Siswazah Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Kementerian Pelajaran mengumumkan kelulusan pemangkuan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah (PPPS) Gred DG44 ke Gred DG48 kepada 15 pegawai dari JNJK mulai hari ini. Pegawai-pegawai itu ialah Encik Gunasekaran a/l Karapaya di JNJK Selangor manakala Puan Sharina Abdul @ Luz Lajot, Encik Yap Kok Yam, dan Encik Zulkunail Jaafar di JNJK Sabah. Penempatan di Sarawak pula ialah Dr. Ong Ewe Ngoh, Puan Norhayati Zamhari, Puan Siti Mariam Abdullah dan Encik Kalana Ali Hassan. Penempatan di Perak ialah Encik Zaharuddin Zamin dan Encik Abdul Nasir Abdul Aziz. Encik Ismail Arshad @ Md Sahad pula di JNJK Negeri Sembilan manakala Encik Kamaruddin Mohd Akil di JNJK Ibu Pejabat Putrajaya. Encik Ahmad Kamal Hj. Mohd Yasin (Pahang), Encik Abdul Rahim Bahaman (Johor) dan Dr. Azman Abbas (Kedah). Selain itu, jelasnya, Bahagian Pengurusan Sumber Manusia turut mengumumkan kenaikan pangkat kepada empat pegawai lagi dari luar JNJK yang dinaikkan pangkat dari DG44 ke DG48 (Memangku).

Sidang Pengarang

Penasihat : Y.Bhg. Dato’ Misrah bin Hj. Ibrahim (Ketua Nazir) Puan Norhayati binti Alias (Timbalan Ketua Nazir Dasar) Puan Esah binti Jantan (Timbalan Ketua Nazir Operasi) Ketua Pengarang : Encik Ghulam Sarver bin Mobarak Ali Pengarang : Dr. Hj. Othman bin Sodikin Dr. Harery bin Abu Saad Puan Rohana binti Mat Yassim Encik Aminuddin bin Mohd Noor Encik Mohd Rizal bin Abd Rasol Encik Teo Soon Tin Puan Murni binti Mohd Sood Encik Subramaniam a/l Muniandy Encik Tajuddin bin Shaari Cik Rusitah binti Abu Hassan Pembantu Penerbitan : Puan Kamariah binti Ibrahim

Puan Norhayati Alias (kiri) bergambar dengan nazir sekolah, guru-guru dan sebahagian murid

di SK Ulu Lubai, Sarawak pada 22 Julai lalu.