buletin kalam 1/2011

24
KALAM B U L E T I N ISU1/2001.JAN-JUN Pusat Kajian Alam Bina Dunia Melayu UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA ISU MENARIK DI DALAM jelajah nusantara: Orang Putih berjiwa Bali? turun padang Patah tumbuh hilang TAK berganti

Upload: pusat

Post on 10-Mar-2016

265 views

Category:

Documents


8 download

DESCRIPTION

Buletin KALAM edisi pertama meliputi aktiviti sepanjang Januari - Jun 2011

TRANSCRIPT

Page 1: Buletin KALAM 1/2011

K A L A MB U L E T I N

I S U 1 / 2 0 0 1 . J A N - J U NPusat Kajian Alam Bina Dunia MelayuUNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

ISU MENARIK DI DALAM

jelajah nusantara:

Orang Putih berjiwa Bali?

turun padang

Patah tumbuh hilang TAK berganti

Page 2: Buletin KALAM 1/2011

Hakcipta @ KALAM

Pusat Kajian Alam Bina Dunia Melayu (KALAM)Fakulti Alam Bina81310 UTM, Johor BahruJohor, Malaysia

tel: 07-5530511fax: 07-5566155email: [email protected]: http://utmkalam.wordpress.com

Penaung: YM Dr Raja Nafida binti Raja Shahminan

Ketua Editor: Jamilia binti Mohd Marsin

Wartawan:Norazila binti KamarulzamanYM Dr Raja Nafida binti Raja ShahminanJamilia binti Mohd MarsinFadhlina Ahmad@Taufik

Grafik:Jamilia binti Mohd Marsin

PenerbitanUngku Nur Haniz binti Ungku Mohd Aziz

KALAMB U L E T I N

Sidang Redaksi

Page 3: Buletin KALAM 1/2011

Kalam menulis....Alhamdulillah dengan keizinanNya Buletin KALAM 1/2011 ini berjaya diterbitkan. Buletin KALAM akan diterbitkan dua kali setahun dan akan memfokuskan kepada aktiviti-aktiviti KALAM dalam masa separuh tahun pertama dan kedua. Dengan adanya Buletin KALAM ini, warga UTM dan warga luar kampus akan dapat mengikuti perkembangan KALAM sepanjang tahun yang diharapkan berupaya mendidik masyarakat tentang kepentingan memahami warisan alam bina. Selain itu KALAM juga berusaha membantu masyarakat untuk menegakkan jatidiri melalui bidang senibina, dengana tidak mengenepikan soal sejarah dan budaya.

Terima kasih dan syabas saya ucapkan kepada Pasukan Perlaksanaan Buletin yang diketuai oleh Cik Jamilia Mohd Marsin kerana berjaya menerbitkan buletin ini yang merupakan buletin sulong KALAM. Diharapkan penerbitan buletin seterusnya akan berterusan.

“MEMBENTUK MASA DEPAN MELALUI WARISAN” “SHAPING THE FUTURE THROUGH HERITAGE”

Salam Warisan

Dr Raja Nafida Raja ShahminanPengarah Pusat Kajian Alam Bina Dunia Melayu (KALAM)Fakulti Alam Binatel: 07-55330511

Page 4: Buletin KALAM 1/2011

Pusat Kajian Alam Bina Dunia MelayuJabatan Senibina, Fakulti Alam Bina

Universiti Teknologi Malaysia

KALAMPusat Kajian Alam Bina Dunia Melayu (Centre for the Study of Built Environment in the Malay World) atau lebih dikenali sebagai KALAM, Fakulti Alam Bina merupakan salah sebuah pusat kecemerlangan di bawah Sustainability Research Alliance (SUTRA). Pusat KALAM telah ditubuhkan pada tahun 1996. Tujuan penubuhannya adalah bagi membantu mendokumentasi dan memelihara warisan senibina di Malaysia dari terus mengalami kepupusan. Walaupun di tubuhkan pada tahun 1996, namun usaha pendokumentasian bangunan-bangunan warisan telah giat dijalankan sejak tahun 1975 lagi. Kini KALAM telah mempunyai koleksi dokumentasi lebih dari 400 buah bangunan warisan yang terdiri daripada rumah kediaman, istana, masjid, institusi, bangunan awam, wakaf dan makam. KALAM juga terlibat secara langsung sebagai penasihat dan terlibat dalam projek-projek perundingan rekabentuk, pemuliharaan dan pembinaan semula, menyebarkan ilmu melalui seminar dan pameran, penerbitan buku dan menganjurkan bengkel-bengkel yang berkaitan dengan bidang warisan alam bina.

Objektif penubuhan KALAM adalah seperti berikut:• Mendokumentasi bangunan dan aspek-aspek alam bina dengan tujuan

memahami faktor-faktor yang mempengaruhi rekabentuk• Membuat analisis terperinci terhadap data sejarah ini bagi tujuan

mengenal pasti aspek-aspek warisan alam bina yang boleh diasimilasi dan diadaptasi di dalam rekabentuk bangunan dan alam bina masa kini dan masa hadapan yang dapat mewujudkan kesinambungan budaya

Page 5: Buletin KALAM 1/2011

struktur organisasi

Struktur Organisasi KALAMsehingga 30 Jun 2011

Warisan Senibina & Pembandaran

PM Dr Bagoes

Warisan & Sains Bangunan

PM Dr Aminatuzuhariah Megat Abdullah

Pengarah

YM Dr Raja Nafida binti Raja Shahminan

Perkhidmatan & Perundingan

PM Dr Syed Iskandar Ariffin,

Penerbitan & Kajian

Dr Alice Sabrina Ismail

Perhubungan Korporat

Dr Gurupiah Mursib

Pendidikan Warisan & Perkembangan Komuniti

Azari Mat Yassir

Kajian Landskap Warisan

PM Dr Hassanuddin Lamit

Warisan Kemanusian & Sains Sosial

PM Dr Thareeq

Pegawai Penyelidik

Jamilia Mohd Marsin

Juruteknik

Abdul Majid bin Mohd Yassin

Pengurs IT

Azari Mat Yassir

Pembantu Penyelidik

Norazila Kamarulzaman

Fadhlina Ahmad@Taufik

Ungku Nur Haniz binti Ungku Mohd Aziz

Page 6: Buletin KALAM 1/2011

PengarahKALAM,DrRajaNafidabintiRajaShahminanbersamaPuan Malsiah binti Hamid dan Arkitek Masjuita binti Hamzah telah berpeluang melawat pejabat MAS di Kampung Baru, Kuala Lumpur pada 31 Mac 2011. Mereka diberi penerangan tentang sejarah dan pembangunan Kampung Baru oleh Setiausaha Agong MAS, Encik Shamsuri bin Suradi.

Lawatan ke Kampung Baru juga telah memberi peluang meninjau kembali keadaan rumah tradisional yang pernah di dokumentasikan oleh pihak KALAM pada tahun 1986 dan tahun 2001. Sembilan buah rumah tradisional telah di dokumentasikan dari sudut sejarah dan senibinanya dan ia merupakan aset negara yang cukup berharga. Salah sebuah rumah yang dijejaki kembali adalah rumah kepunyaan Puan Som binti Siam yang terletak di no 30, Jalan Hamzah, Kampung Baru.

Lawatan ke rumah Arkitek Almaz telah di ketuai oleh Dr Gurupiah binti Mursib, beberapa orang pensyarah dari Pusat KALAM, Jabatan Senibina, UTM, Dr Raja Nafida binti RajaShahminan, Puan Malsiah binti Hamid, Encik Saifuddin bin Abdullah, Dr Roshida Abdul Majid serta lebih kurang 50 orang pelajar Sarjana Muda Senibina. Rumah yang terletak di Kuang, Selangor ini merupakan sebuah rumah yang dibina keseluruhannya daripada kayu terpakai.

Rumah ini telah memenangi beberapa anugerah antarabangsa kerana ia mengadaptasikan senibina ‘sustainable’ seperti penggunaan dinding yang unik, dipenuhi ram kayu boleh laras (adjustable wooden louvres), sistem pengumpulan air hujan dan penanaman pokok balak, herba dan buah-buahan serta penternakan kambing dan kuda di halaman rumah.

Lawatan inspirasi ke Rumah Persinggahan

Ar.Almaz Salma Abdul Rahim, Kuang, Selangor

11 April 2011

Lawatan ke Pejabat Lembaga Pentadbiran Penempatan Pertanian Melayu (MAS)

Kampung Baharu, Kuala Lumpur 31 mac 2011

Rumah Puan Som pada tahun 1986, koleksi lukisan kerja terukur

Page 7: Buletin KALAM 1/2011

Taman Tamadun Islam yang terletak di Pulau Wan Man, Kuala Terengganu adalah merupakan sebuah taman tema yang menetengahkan keunggulan seni warisan dan senibin Islam dari seluruh pelosok dunia. Ia juga merupakan salah satu projek pembangunan ekonomi Wilayah Ekonomi Pantai Timur.

Tujuan lawatan ini adalah bagi membincangkan tentang kemungkinan projek usahasama KALAM bersama TTI dalam usaha memelihara bangunan warisan di Terengganu. Kunjungan KALAM telah disambut baik oleh Pengarah TTI, Engku Md Azmi bin Engku Abdul Rahman dan salah seorang ahli lembaga pengarah TTI, Datuk Zubir Embong.

Lawatan ke Taman Tamadun Islam, Kuala Terengganu telah diadakan pada 29 Jun 2011 dan diketuai oleh Pengarah KALAM,DrRajaNafidabintiRajaShahminan, JuruteknikKanan, Encik Abdul Majid bin Yassin dan 2 orang Pembantu Penyelidik KALAM iaitu Norazila binti Kamaruzaman dan Ungku Nurhaniz binti Ungku Mohd Aziz.

Sewaktu dalam perjalanan ke Terengganu, kami telah singgah sebentar ke Pekan, Pahang untuk melihat keadaan rumah kelahiran Tun Abdul Razak yang terletak di Pulau Keladi, Pekan, Pahang. Lokasi tempat yang terpencil menimbulkan kesukaran untuk mencari rumah tersebut. Tambahan pula dengan maklumat dipapan tanda yang tidak tepat menyebabkan kami tersesat.

Tujuan persinggahan ini adalah untuk melihat secara dekat rekabentuk senibina rumah kelahiran Tun Abdul Razak yang telah dipindah dari tapak asal ke kawasan berhampiran dengan Institut Kemahiran Tenun Diraja Pahang yang dahulunya merupakan sebuah Kompleks Tenun Pahang.

Melalui persinggahan ini, kami mendapati lokasi perletakkan rumah kelahiran Tun Abdul Razak ini tidak bersesuaian jika dibandingkan dengan fungsinya sebagai tempat pelancongan serta mengenangkan jasa Allahyarham Tun Abdul Razak kepada negara. Seharusnya rumah kelahiran Tun Abdul Razak ini diletakkan di lokasi yang mudah dikunjungi oleh orang ramai.

Lawatan ke Taman Tamadun Islam, Terengganu29 Jun 2011

Kesulitan mencari Rumah Kelahiran Tun Abdul Razak,

27 Jun 2011

catatan permusafiran

Page 8: Buletin KALAM 1/2011

Serambi KALAM

Universiti Putra Malaysia10 Februari 2011

Seramai lebih kurang 30 pelajar jurusan senibina dari Fakulti Rekabentuk dan Senibina, Universiti Putra Malaysia, Serdang, Selangor bersama beberapa orang pensyarah yang diketuai oleh Prof. Dato’ Dr Ar Elias@Ilias bin Salleh telah melawat Fakulti Alam Bina pada 10 Februari 2011. Delegasi tersebut telah melawat PusatKALAMdanPengarahKALAM,DrRajaNafidabintiRaja Shahminan bersama Koodinator Tesis Senibina yang juga merupakan Pegawai Teknologi Maklumat KALAM, Encik Azari bin Mat Yasir telah memberikan penerangan mengenai Program Lukisan Terukur yang terdapat di pusat ini. Koleksi lukisan terukur di Pusat KALAM sering menjadi rujukan pusat pengajian tinggi di dalam dan luar negara. Ini adalah disebabkan oleh KALAM mempunyai koleksi dokumentasi bangunan warisan terbanyak, yang melebihi 400 bangunan sejak dimulakan 25 tahun yang lalu dan proses dokumentasi ini berjalan sehingga kini.

Pada 3 Mac yang lalu, KALAM telah menerima kunjungan daripada pelajar senibina Universitas Islam Alauddin Makasar dari Sulawesi Selatan,Indonesia. Lawatan telah disertai kira-kira 35 orang pelajar dan 4 orang pensyarah. Tujuan kedatangan mereka adalah untuk menjalinkan hubungan kerjasama antara Universiti Teknologi Malaysia dalam bidang senibina. Pembentangan ringkas mengenai Fakulti Alam Bina telah disampaikan oleh Dekan FAB, Assoc. Prof. Dr. Ahmad Nazri Muhamad Ludin dan penerangan mengenai KALAM telah disampaikan oleh Pengarah KALAM, YM Dr Raja Nafida binti RajaShahminan. Melalui lawatan ini, pihak universiti dapat memperkembangkan hubungan dengan universiti luar.

Universiti Islam Alauddin Makassar,Sulawesi Indonesia

3 Mac 2011

Universiti Teknologi MARA Shah Alam

14 Mac 2011

Seramai lebih kurang 20 pelajar Fakulti Senibina, Perancangan dan Ukur, Universiti Teknologi Mara, Shah Alam telah melawat Pusat KALAM pada 14 Mac 2011. Delegasi ini diketuai oleh Dr Mohd Zafrullah bin Mohd Taib dan telah diberikan taklimat oleh Prof Dr Mohd Tajuddin bin Mohd Rasdi.

Buah pauh mari di keratAlamat petang boleh dimakanPada yang jauh dan juga dekatSelamat datang kami ucapkan

Bunga kecubung warna ungu Ditatah berlian batu bermutu Adat Melayu menyambut tetamu Hamparkan tikar lebarkan pintu

Page 9: Buletin KALAM 1/2011

Kunjungan balas dari Ar Almaz Salma Abdul Rahim bersama Puan Suria Zainal, Pengarah Kanan MTC adalah bagi membincangkan usahasama yang boleh dibuat antara KALAM dan MTC. Kunjungan tersebut berlangsung pada 11 April 2011 dan perbincangan telah disertaiolehPengarahKALAM,DrRajaNafidabintiRajaShahminan, Dr Gurupiah binti Mursib, Dr Roshida Abdul Majid dan Puan Malsiah Abdul Hamid.

Terima Kasih kepada Puan Suria Zainal dan pihak MTC atas buah tangan berbentuk dua buah buku terbitan MTC sempena kunjungan ke pusat KALAM. Semoga ia akan menjadi bahan inspirasi untuk menghidupkan semula penggunaan kayu dalam senibina dunia Melayu. Buku-buku ini terdapat di simpanan KALAM untuk rujukan semua.

Pada 8 Jun 2011, KALAM mendapat kunjungan dari seorang pelukis warga Australia, Edwin Easydorchik. Kedatangan beliau adalah bagi membincangkan kemungkinan program usahasama diantara KALAM dan dirinya di dalam projek terbaru beliau yang melibatkan bangunan warisan di Malaysia. KALAM dipilih memandangkan pusat ini giat dalam usaha mendokumentasikan bangunan warisan serta menyimpan khazanah warisan negara yang begitu bernilai.

Di samping membincangkan program usahasama, beliau juga turut menerangkan tentang teknik lukisan yang menjadi ‘trade mark’ beliau yang dikenali sebagai teknik ‘frottage’. 2 orang pensyarah yang juga merupakan pelukis aktif iaitu Encik Fawazul Khair bin Haji Ibrahim dan Encik Saifuddin bin Abdullah telah bersama dengan pengarahKALAM,DrRajaNafidabintiRajaShahminandalam sesi perbincangan tersebut.

Ar. Almaz dan wakil Malaysian Timber Council

11 April 2011

Pelukis warga Australia,Edwin Easydorchik

8 Jun 2011

serambi KALAM

Page 10: Buletin KALAM 1/2011

‘orang putih’ berjiwa

BaliPerkongsian sepetang bersama arkitek landskap berasal dari Australia, Made Wijaya atau nama sebenarnya, Micheal White membawa persoalan tentang nasib identiti yang semakin ditinggalkan oleh sesuatu bangsa dan suatu ironi apabila ianya cuba dinaikkan oleh bangsa lain. Adakah identiti bangsa kita akan mengalami nasib yang sama?

‘Global Outreach Programme’ anjuran KALAM pada 14 hingga 20 Mei 2011 telah membawa 20 orang pelajar senibina dan lanskap serta 6 orang pensyarah Fakulti Alam Bina dengan matlamat “Mendalami sejarah, budaya dan senibina Bali”.

Selain itu program ini bertujuan untuk mengadakan kerjasama dan mempromosikan kekuatan akademik antara UTM dan Universitas Udayana, Bali dan seterusnya menyumbang kepada agenda pengantara bangsaan universiti. Kajian sejarah, budaya dan senibina /senibina landskap Bali dikaji dalam lawatan

oleh : Norazila Kamarulzaman

ini melalui Sarjana Muda Senibina, SBA 1762: History of South East Asian Architecture dan kursus wajib sarjana Muda Landskap. SBL 2833: Planting Technology1.

Program yang berlangsung selama 7 hari ini telah diisi dengan pelbagai aktiviti ilmiah. Penjelajahan ilmu kami bermula di melawat hotel-hotel sekitar Ubud, kemudian Universitas Udayana dan seterusnya ke rumah-rumah ibadat yang menjadi simbol kebudayaan masyarakat Bali yang teragung. Kami turut dibawa melawat ke kawasan perkampungan tradisional Bali yang sistematik dan tersusun. Cara hidup dan ekonomi Bali yang telah diubah oleh industri pelancongan jelas kelihatan semasa kami melawati pusat-pusat hasil kerja tangan seperti perak, lukisan, ukiran danjuga tempat-tempat penginapan pelancong seperti hotel dan vila.

Page 11: Buletin KALAM 1/2011

jelajahnusantara

Page 12: Buletin KALAM 1/2011

Kemuncak lawatan kami adalah ‘Green School’ yang mana bangunan sekolah ini diperbuat hampir keseluruhannya daripada buluh dan sistem pengoperasianya sangat mesra alam. Sistem pendidikannya juga kedengaran lebih efektif, interaktif dan menarik disamping suasana dan persekitarannya yang semula jadi.

Walaupun terpaksa berhadapan dengan masalah kerosakan bas dan sebagainya, lawatan kali ini sangat memberangsangkan. Dapat disimpulkan bahawasanya melalui lawatan ini dapat kami pelajari bahawa budaya dan senibina Bali sangat rapat dengan sejarahnya yang memungkinkan ianya diolah menjadi sumber industri pelancongan dengan jayanya.

gambar dari JAMILIA MOHD MARSIN

jelajahnusantara

Page 13: Buletin KALAM 1/2011

17 Januari - Bersempena dengan Hari Keputeraan D.Y.M.M Yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan yang ke 62, Lembaga Muzium Negeri Sembilan telah mengadakan Ceramah Hari Keputeraan. Ceramah tersebut telah diadakan pada 17 Januari 2011 bertempat di Muzium Di Raja Seri Menanti, Negeri Sembilan.

Pengarah KALAM, Dr Raja Nafida Bte Raja Shahminan telahdiundang untuk memberikan ceramah bertajuk “Evolusi Adat Perpatih dan Senibina di Negeri Sembilan”. Ceramah tersebut telah dihadiri oleh Pengarah Muzium Negeri Sembilan, Drs Shamsuddin bin Ahmad, Ketua Jabatan Kejuruteraan Awam Politeknik Port Dickson, Cik Hajjah Zaleha Binti Abdullah, beberapa orang pensyarah dari Jabatan Senibina Politeknik Port Dickson dan lebih kurang 50 orang pelajar kursus Senibina politeknik tersebut. Ceramah tersebut membincangkan tentang senibina tradisional Negeri Sembilan dan perkaitannya dengan amalan Adat Perpatih di kalangan masyarakat di Negeri Sembilan.

Di akhir program para peserta yang hadir telah dibawa melawat ke Istana Lama Seri Menanti dan penerangan mengenai senibina istana tersebut turut diberikan.

11 Mei - Lawatan panel penilai CAEM (Council of Accreditation and Architectural Education Malaysia) telah berlangsung di Fakulti Alam Bina pada 11 dan 12 Mei 2011. Selain dari melihat kerja pelajar dalam proses mengakreditasi, panel ini juga melawat kemudahan yang ada di fakulti. Dalam lawatan ke KALAM, panel tersebut telah diberi penerangan tentang peranan Pusat KALAM dalam meningkatkan mutu matapelajaran senibina melalui matapelajaran yang ditawarkan. Matapelajaran Warisan Senibina Malaysia yang di kendalikan oleh Pusat KALAM sepenuhnya adalah satu-satunya matapelajaran yang memperkenalkan sejarah, budaya dan senibina Malaysia kepada pelajar tempatan dan antarabangsa di Fakulti Alam Bina.

Pusat KALAM juga turut terlibat dalam pameran ‘Hall of Fame’ yang telah dianjurkan oleh pihak fakulti dengan mempamerkan model-model bangunan warisan yang pernah dikaji.

Ceramah Hari KeputraanD.Y.M.M Yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan yang ke-6217 Januari 2011

Pameran KALAM sempena Lawatan CAEM11 Mei 2011

oleh:YMDrRajaNafidaRajaShahminan

oleh:YMDrRajaNafidaRajaShahminan

Andai Roboh Kota Melaka Papan di Jawa kami dirikan Demi anak bangsa merdeka Perkhidmatan KALAM kami hulurkan

TurunPadang

Page 14: Buletin KALAM 1/2011

turun padang

KALAM menjejak kembali rumah-rumah yang pernah dikaji melalui program Lukisan Terukur pada tahun 2005 dan 2008 di Kuala Pilah sebagai kaji selidik untuk menghasilkan buku tentang rumah-rumah tradisional Negeri Sembilan bersama-sama Muzium Negeri Sembilan. Inventori kali ini membuka mata kami apabila banyak rumah yang dahulunya dimiliku oleh orang berpengaruh dan tersergam indah kini semakin reput dan usang setelah lama tidak digunakan. Hanya sedikit sahaja rumah-rumah kajian yang masih didiami dan mempunyai kondisi yang baik.

Kami masuk ke beberapa kampung di daerah Kuala Pilah sejurus selepas perjumpaan bersama pihak Muzium Negeri Sembilan pada 12 April

lepas. Selain daripada membincangkan isu buku rumah tradisional, pengarah Lembaga Muzium Negeri Sembilan, Y.Bhg. DRS.

Shamsuddin B Ahmad, juga meminta konsultasi pihak KALAM agar dapat membantu mereka untuk memberi

kesedaran kepada pemilik-pemilik rumah-rumah lama agar mengekalkan dan menjaga harta tradisi negara.

Rumah-rumah tradisional adalah lambang identiti bangsa yang menjadi khazanah negara. Sekiranya khazanah warisan ini dibiarkan reput ditelan zaman maka suatu hari nanti mungkin bangsa kita akan kehilangan asset senibina yang melambangkan negara kita. Wallahu a’lam.

Rumah To’ Lak Salleh, Kg Gunung Pasir kini

Patah tumbuh hilang tak berganti

Surau Galau, Kg.Galau

Rumah Hajah Ropah, Kg Galau

Rumah Zuhairah Talib, Kg.Mertang

Rumah To Lak Salleh, Kg. Gunung Pasir

Antara bangunan-bangunan kajian yang sudah usang dan

lama ditinggalkan(dari koleksi kajian lukisan terukur)

Perjumpaan dengan Muzium Negeri Sembilan &Inventori rumah warisan di Negeri Sembilan

12 - 13 April 2011

oleh: Jamilia Mohd Marsin

Page 15: Buletin KALAM 1/2011

turun padang

KALAM telah mempamerkan hasil lukisan terukur pelajar seperti poster dan model serta mengadakan demonstrasi pembuatan model untuk dijadikan bahan ilmiah kepada orang ramai semasa Sambutan Hari Muzium Antarabangsa peringkat negeri Johor pada 11 hingga 12 Jun lepas.

Sambutan ini telah dianjurkan oleh Yayasan Warisan Johor yang bertemakan ‘Muzium dan Kenangan’. Tujuan utama sambutan ini dijalankan adalah untuk memperkenalkan misi dan fungsi muzium kepada komuniti.Ia telah disertai oleh 11 buah muzium dan galeriseperti Muzium Nelayan, Muzium Layang-Layang, Muzium Warisan Tiong Hua dan KALAM yang mewakili Galerium Universiti Teknologi Malaysia. Melalui acara ini, fungsi KALAM sebagai tempat pengumpulan khazanah dunia Melayu dapat diperkenalkan kepada orang ramai.

Hari Muzium Antarabangsa11-12 Jun 2011

Seminar Kerjaya diSMK Taman Desa Skudai19 Jun 2011

oleh: Norazila Kamarulzaman

oleh: Jamilia Mohd Marsin

Remaja merupakan asset negara yang amat penting. Cita – cita sedari awal usia remaja menjadi salah satu pemangkin pembentukan generasi bermatlamat tinggi. KALAM juga yakin bahawa dengan mendidik remaja mempunya jati diri yang mantap dapat melahirkan generasi yang bangga dan sayang akan bangsanya.

Melalui Program Seminar Kerjaya 2011 anjuran Kelab Remaja ISMA (KRIM) Johor di SMK Taman Desa Skudai pda 19 Jun yang lepas, KALAM yang mewakili senibina merupakan salah satu penyumbang dalam Pameran Kerjaya selain dari 5 bidang lain iaitu bidang perubatan, kejuruteraan, sains dan teknologi, perguruan dan perakaunan. Model-model dan album foto milik KALAM menjadi tumpuan para pelajar dan juga ahli jawatan kuasa program tersebut untuk mengenali kursus senibina yang ditawarkan di IPT-IPT di Malaysia terutamanya UTM. KALAM merasa bangga kerana dapat menghulurkan khidmat kepada masyarakat umum dan semoga bangsa kita menjadi bangsa yang bermatlamat tinggi.

Keratan akhbar News Straits Times, 14 Julai 2011, Khamis

Page 16: Buletin KALAM 1/2011

Wacana Ilmu KALAM (WIK) adalah siri syarahan yang dianjurkan oleh KALAM dengan tujuan untuk menjadi salah satu wasilah perkongsian ilmu kepada umum. InsyaAllah Wacana Ilmu KALAM akan diadakan setiap bulan sepanjang semester berjalan. Para pelajar, staff akademik dan bukan akademik mahupun orang umum adalah dialu-alukan untuk meramaikan Wacana Ilmu KALAM. Semoga ilmu yang dikongsi dalam siri Wacana Ilmu KALAM dapat dijadikan pengajaran atau tauladan dan dibuahkan dalam bentuk amalan.

Bengkel Senibina Tahunan yang ke-23 yang dianjurkan oleh Persatuan Senibina (ARCHItech) telah berlangsung dengan jayanya pada 12-17 Jun 2011 yang lalu, melibatkan 600 peserta daripada 22 institusi pengajian tinggi di seluruh Malaysia.

KALAM juga telah terlibat secara langsung di dalam program ini, di mana KALAM telah melibatkan diri di dalam bahagian pameran yang telah berlangsung di Ruang Pameran 1, B05. Beberapa hasil lukisan terukur seperti poster dan model yang terpilih telah dipamerkan selama 6 hari program tersebut berlangsung.

Justeru itu, penglibatan pihak KALAM diharapkan telah dapat memberikan input yang positif dari segi kesedaran kepada pelajar-pelajar senibina dalam pengekalan warisan senibina sejak zaman-berzaman.

Page 17: Buletin KALAM 1/2011

oleh: Jamilia Mohd Marsin

20 April - Wacana Ilmu KALAM kembali lagi pada bulan April dengan membawakan kisah kembara sejarah ke Selatan Thailand. En.Fawazul Khair yang sedang melengkapkan PhDnya tentang hulu keris telah berkongsi tentang pengalamannya ke Selatan Thailand dibawa dalam bentuk penceritaan bermula daripada menyeberangi sungai ke Golok hingga sampai ke beberapa tempat yang dilawati di selatan Thailand.

Pengalaman beliau ke Perkongsian ini juga menyingkap peranan kita sebagai rakyat Malaysia terutamanya kepada para muslimin dan muslimat agar peka dengan nasib saudara kita yang ditindas di negara jiran.

oleh: Jamilia Mohd Marsin

30 Mac - Alhamdulillah KALAM telah melangsungkan Wacana Ilmu KALAM yang pertama pada 30 Mac yang lalu bertempat di Bilik Seminar Satu, Fakulti Alam Bina.

WIK 1 membawakan perkongsian tentang bangunan baru Fakulti Alam Bina yang tersergam megah di hadapan Linkaran Ilmu, UTM. Ar. Zawawi Zainuddin daripada Era3 Architects yang bertanggung jawab ke atas keberlangsungan projek ini telah bermurah hati melapangkan masanya bersama para hadirin yang terdiri daripada pensyarah, pelajar dan staf FAB dalam WIK yang bertajuk The New Wing of FAB: the Untold Stories. Perkongsian beliau tentang pengalamannya dan masalah-masalah yang dihadapi ketika mereka bentuk bangunan baru FAB diikuti dengan sesi soal jawab dan diakhiri dengan penyampaian cenderahati kepadaAr.ZawawiolehpengarahKALAM,YMDr.RajaNafida.

Kembara Sejarah ke Selatan Thailand20 April 2011

The New Wing of FAB:the untold stories30 Mac 2011

hadirin yang datang jauh dari negeri Cik Siti Wan Kembang

Ar.Zawawi, Era3 Arkitek

sidang hadirin dari kalangan pensyarah, pelajar dan staf sokongan

penyampaian cendera hati kepada En Fawaz dari pengarah KALAM

wacana ilmu KALAM

Page 18: Buletin KALAM 1/2011

Sekalung Tahniah

ANUGERAH KHIDMAT CEMERLANG 2010

Dr. Aminatuzuhariah Bte Megat Abdullah Dr Khairul Anwar Bin Mohamed Khaidzir

ANUGERAH DARJAH SETIA NEGERI SEMBILAN

oleh DYMM Tuanku Muhriz Tuanku MunawirPengarah KALAM

YM Dr Raja Nafida binti Raja Shahminanpada 15 Januari 2011

Page 19: Buletin KALAM 1/2011

kajian.lukisan.

t e r u k u r

Seramai 36 orang pelajar Sarjana Muda Senibina yang mengambil matapelajaran Warisan Senibina Malaysia telah menjalankan Program Lukisan Terukur di Melaka. Tumpuan kajian adalah terhadap 18 buah bangunan warisan yang terdapat di dalam kawasan Bukit St Paul. Pelajar-pelajar ini telah dibawa ke tapak kajian oleh pensyarah yang juga penyelaras matapelajaran, Dr Raja Nafida binti Raja Shahminan bagi meninjau bangunan kajian seterusnya mengumpul maklumat yang diperlukan. Bangunan-bangunan yang dikaji merupakan bangunan tinggalan penjajahan Portugis, Belanda dan Inggeris yang masih berdiri kukuh di tapak kajian.

di.Melaka.bersama.S.P.A.C.E

kajian.lukisan.

t e r u k u rsesi.2011.2012

Program ini merupakan program tahunan KALAM yang dijalankan dibawah subjek Warisan Senibina Malaysia. Untuk sesi 2011/2012, kajian tapak dijalankan sewaktu cuti semester iaitu pada 19 Jun sehingga 3 Julai 2011.

Seramai lebih kurang 50 orang pelajar telah mendaftar matapelajaran ini dan mereka di tempatkan di 3 zon yang berlainan. 4 kumpulan yang terdiri daripada 21 pelajar telah menjalankan kajian di Daerah Wajo’ dan Bone, Sulawesi Selatan. Di sana mereka menjalankan kajian terhadap 4 buah rumah adat masyarakat Bugis. Pensyarah, Dr Alice Sabrina binti Ismail, Encik Saifuddin bin Abdullah dan seorang Pegawai Penyelidik KALAM, Cik Jamilia binti Mohd Marsin telah menyelia pelajar tersebut sewaktu mereka di Sulawesi Selatan.

Page 20: Buletin KALAM 1/2011

ga

le

ri

kajian.lukis

an.

terukur

sesi.2011.2012

Terengganu

3 kumpulan yang terdiri daripada 15 pelajar dihantar ke Besut, Terengganu . Mereka menjalankan kajian terhadap sebuah istana dan 2 buah rumah tok guru agama di kawasan Kampung Raja, Besut. Besut dipilih kerana ia pernah merupakan Bandar di raja suatu masa dahulu. Dr Raja Nafida Raja Shahminan dan 2 orang Pembantu penyelidik KALAM iaitu Norazila binti Kamaruzaman dan Ungku Nurhaniz binti Ungku Mohd Aziz telah menyelia pelajar tersebut di tapak.

Manakala 3 kumpulan yang terdiri daripada 15 orang pelajar lagi menjalankan kajian terhadap 3 buah rumah masyarakat Bugis di Daerah Pontian dan Benut. Kumpulan ini di selia oleh Dr Gurupiah binti Mursib dan Encik Fawazul bin Ibrahim.

Page 21: Buletin KALAM 1/2011

Benut.Pontian.Johor

Wajo&Bone SulawesiSelatan

Page 22: Buletin KALAM 1/2011

kursus bengkel

DATUK LAT CARTOON WORKSHOP

Pemenang

Pertandingan

Melukis KartunKategori “WIRA ALAM

BINA”:Pertama: Vincent LaiKedua: Mohd Fakhri

Ketiga: Mohd Amirul Ridzuan Marak

Kategori “PERIBAHASA” :Pertama: Chong Eng KeeKedua: Mohd Nor UzairKetiga: Uwais Al-Qarani

Oleh: Fadhlina Ahmad

Pada tanggal 19-21 Februari 2011, Fakulti Alam Bina (FAB)

dengan kerjasama KALAM dan panel tesis Regionalism

telah menganjurkan “Bengkel Kartun Bersama Datuk Lat”

yang melibatkan sesi bengkel melukis dan ceramah bersama Datuk Lat serta pertandingan

melukis kartun.

Kehadiran pelukis komik tersohor negara Datuk Lat ataupun nama sebenarnya, Datuk Mohammad

Nor Khalid selama 3 hari itu telah menarik ramai minat peserta yang terdiri daripada oleh para pelajar dan staf Fakulti Alam Bina serta

anak-anak staf FAB.

Diharapkan penganjuran bengkel seperti ini dapat diteruskan pada

masa akan datang, serta dapat memberi informasi dan input positif kepada pelajar-pelajar, seterusnya menjana minda yang kreatif serta inovatif kepada perserta-peserta.

Page 23: Buletin KALAM 1/2011

REVIT WORKSHOP

SEMINAR TEKNIKAL LUKISAN TERUKUR

kursus bengkel

Bagi membantu pelajar yang akan mengambil matapelajaran yang ditawarkan, Pusat KALAM telah mengambil initiatif untuk mengadakan Bengkel Aplikasi Revit pada 23 hingga 25 Mei 2011. Bengkel ini telah di kendalikan oleh pensyarah yang juga Pegawai Teknologi Maklumat KALAM, Encik Azari bin Mat Yasir yang merupakan Pelatih Bertauliah Revit. Seramai 40 orang pelajar telah menyertai bengkel ini yang di jalankan dengan usahasama Institut Sultan Iskandar (ISI). Tujuan bengkel ini diadakan adalah bagi membantu pelajar menguasai aplikasi Revit bagi menggantikan aplikasi CAD yang digunapakai dalam matapelajaran.

Seminar ini telah di adakan di Bilik Seminar, Fakulti Alam Bina pada 26 Mei 2011. Seramai 40 orang pelajar menghadiri seminar ini dan terdiri dari pelajar yang mendaftar untuk mengambil matapelajaran Warisan Senibina Malaysia. 4 orangpensyarahmatapelajaraniaituDrRajaNafidabintiRajaShahminanselakupenyelaras, Dr Gurupiah binti Mursib, Encik Fawazul Khair bin Ibrahim dan Encik Saifuddin bin Abdullah telah memberikan penerangan mengenai proses kajian seperti kajian tapak, penulisan report, fotografi bangunan dan rekaan posterpameran.

Sila hubungi Sekretariat Program untuk maklumat lanjut:

Cik Jamilia Mohd [email protected]: Kalam’ UTM

atau layari:http://utmkalam.wordpress.com

KALAMPusat Kajian Alam Bina Dunia Melayu

Jabatan Senibina, Fakulti Alam BinaUniversiti Teknologi Malaysia

Johor Bahru, Malaysia

anjuran:

PROGRAM KALAM AKAN DATANG

Page 24: Buletin KALAM 1/2011

Pusat Kajian Alam Bina Dunia Melayu (KALAM)

Fakulti Alam BinaUniversiti Teknologi Malaysia

http://www.fab.utm.my/Kalam.htmlhttp://utmkalam.wordpress.com

tel: [email protected]

K A L A M