buletin bpl edisi 2/2013 apr-dis 2013

20
BULETIN BPL DEDIKASI KHAS KEPADA MANTAN SETIAUSAHA BAHAGIAN BPL 4-5 MAJLIS KONVOKESYEN ILKKM TAHUN 2013 ZON SEMENANJUNG 6-7 MAJLIS KONVOKESYEN ILKKM TAHUN 2013 ZON SABAH & SARAWAK 8-9 KONVENSYEN INOVATIF & KREATIF (KIK) KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA PERINGKAT KEBANG- SAAN TAHUN 2013 10-11 PELANCARAN ICMS 12 LAWATAN DELEGASI INDONESIA KE BPL 13 HARI PENDERMA DARAH SEDUNIA 14 PELANCARAN BULAN KEMERDEKAAN KE-56 PERINGKAT ILKKM 14 MESYUARAT PENYELARASAN ICT BPL & ILKKM 15 JOHAN PERTANDINGAN KECERIAAN MERDEKA NEGERI PAHANG 2013 16 PENYERAGAMAN KAD MATRIK PELATIH & PAKAIAN SERAGAM PELATIH JURURAWAT MASYARAKAT KE JURURAWAT (PSL) 16 SEMINAR KOKURIKULUM INSTITUSI LATIHAN KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA 17 LAWATAN SAMBIL BELAJAR MODERATOR PEMBIMBING RAKAN KOLEJ (PRK) DARI KOLEJ KESIHATAN AWAM KUCHING SARAWAK 17 AKTIVITI SUKAN BPL BERSAMA KSKB KOTA KINABALU 18-19 FOKUS MENARIK APR—DIS 2013 EDISI 2/2013 MUKA SURAT

Upload: nguyenxuyen

Post on 31-Dec-2016

256 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

Page 1: buletin bpl edisi 2/2013 apr-dis 2013

BULETIN

BPL

DEDIKASI KHAS KEPADA MANTAN SETIAUSAHA BAHAGIAN BPL 4-5

MAJLIS KONVOKESYEN ILKKM TAHUN 2013 ZON SEMENANJUNG 6-7

MAJLIS KONVOKESYEN ILKKM TAHUN 2013 ZON SABAH & SARAWAK 8-9

KONVENSYEN INOVATIF & KREATIF (KIK) KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA PERINGKAT KEBANG-SAAN TAHUN 2013

10-11

PELANCARAN ICMS 12

LAWATAN DELEGASI INDONESIA KE BPL 13

HARI PENDERMA DARAH SEDUNIA 14

PELANCARAN BULAN KEMERDEKAAN KE-56 PERINGKAT ILKKM 14

MESYUARAT PENYELARASAN ICT BPL & ILKKM 15

JOHAN PERTANDINGAN KECERIAAN MERDEKA NEGERI PAHANG 2013 16

PENYERAGAMAN KAD MATRIK PELATIH & PAKAIAN SERAGAM PELATIH JURURAWAT MASYARAKAT KE

JURURAWAT (PSL) 16

SEMINAR KOKURIKULUM INSTITUSI LATIHAN KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA 17

LAWATAN SAMBIL BELAJAR MODERATOR PEMBIMBING RAKAN KOLEJ (PRK) DARI KOLEJ KESIHATAN AWAM KUCHING SARAWAK

17

AKTIVITI SUKAN BPL BERSAMA KSKB KOTA KINABALU 18-19

FOKUS MENARIK

APR—DIS

2013

EDISI 2/2013

MUKA SURAT

Page 2: buletin bpl edisi 2/2013 apr-dis 2013

Muka Surat 2 BULETIN BPL

BICARA

PENGARANG

Salam Sejahtera & Salam 1Malaysia, Pertama sekali saya ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada pasukan

redaksi dengan hasil usaha dan kerjasama dapat kita menerbitkan Buletin BPL Edisi Kedua bagi Tahun 2013 ini. Edisi kali ini memfokuskan kepada aktiviti sekitar BPL bersama-sama ILKKM di mana pelbagai aktiviti yang dirancang telah dilaksanakan dengan jayanya di atas pimpinan dan usahasama semua pihak terutamanya pihak BPL dan ILKKM, terima kasih dan tahniah diucapkan. Adalah amat diharapkan usaha yang ter-jalin ini dapat diteruskan dan diperkuat lagi dalam me-mastikan peningkatan kualiti dan mutu kerja agar ke-jayaan yang kita raih lebih bermakna. Penerbitan buletin ini juga menyelitkan informasi dan tips penting berkaitan ICT sebagai panduan dalam melaksanakan tugas seharian. Informasi yang pelbagai juga akan turut dimuatkan di dalam edisi yang akan datang. Akhir kata, adalah amat diharapkan agar buletin ini terus menjadi wadah dalam mengekpresi-

kan kejayaan kita di masa-masa akan datang. Sekian, terima kasih.

TAN KIM HUAT

Ketua Penolong Setiausaha Unit Perancangan Dasar Korporat

Penaung YBhg. Dato’ Nadzri Siron

Penasihat

En. Roslee Bin Annuar

Ketua Pengarang En. Tan Kim Huat

Ketua Unit Penerbitan

Pn. Maisarah Binti Hashim En. Abdul Halim Bin Salleh

Urusetia

Pn. Masni Afiza Binti Mohamed Pn. Intan Syahrina Binti Zainal Abidin

Pn. Nordalilah Binti Helmi Pn. Rowenna Lantung Entang

Cik Ong Lee Hwa Cik Ainun Nadia Binti Ismail

SIDANG REDAKSI

Page 3: buletin bpl edisi 2/2013 apr-dis 2013

Muka Surat 3 EDISI 2/2013

Perutusan SUB Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

dan Salam 1Malaysia ,

Terlebih dahulu, saya ingin memanjatkan kesyukuran ke hadrat ilahi kerana dengan limpah kurnianya Buletin BPL Edi-si Kedua bagi tahun 2013 dapat direalisasikan. Adalah men-jadi harapan saya agar Buletin BPL ini dapat dijadikan se-bagai medium perkongsian ilmu dan maklumat yang padat seiring dengan objektif penerbitannya.

Buletin BPL merupakan salah satu wacana penting dalam penyebaran maklumat dan sebagai bahagian yang ber-tanggungjawab untuk merancang dan menguruskan pro-

gram latihan pra-perkhidmatan Anggota Sains Kesihatan Bersekutu (ASKB) dan Latihan Dalam Perkhid-matan bagi semua penjawat awam KKM yang meliputi kursus jangka pendek, program sarjana/PhD, pengkhususan dan sub-kepakaran, BPL mengambil langkah proaktif bagi merealisasikan penerbitan buletin ini agar segala maklumat berkaitan mudah diperolehi dan dikongsi bersama.

Melalui buletin ini juga, pembaca dapat mengetahui aktiviti-aktiviti yang diadakan di BPL dan seluruh Institusi Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia (ILKKM) secara langsung.

Adalah amat diharapkan agar Buletin BPL ini dapat menjadi wacana penyebaran maklumat dan per-kongsian ilmu di kalangan warga BPL, ILKKM dan orang ramai. Segala cadangan dan komen bagi menambahbaik penerbitan serta isi kandungan buletin ini amatlah dialu-alukan.

Akhir kata, jutaan terima kasih saya ucapkan kepada semua pihak yang telah menyokong penerbitan Buletin BPL dan terus memberi sokongan yang positif agar ianya dapat kekal sebagai wadah penyeba-ran maklumat dan perkongsian pengalaman yang efisien kepada semua. Sekian, terima kasih.

DATO’ NADZRI SIRON

Setiausaha Bahagian Bahagian Pengurusan Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia

Page 4: buletin bpl edisi 2/2013 apr-dis 2013

Bermula 1 Julai 2010, kehadiran mantan Setiausaha

Bahagian, Dato’ Abu Bakar Bin Othman telah mem-

beri satu harapan baru kepada Bahagian ini. Banyak

perubahan bagi menambahbaik kualiti kerja serta

perkhidmatan telah dilaksanakan beliau terutaman-

ya yang memfokuskan kepada pelanggan utama

BPL.

Sepanjang perkhidmatan beliau di BPL, banyak ak-

tiviti-aktiviti telah dilaksanakan antaranya bagi me-

rapatkan hubungan ukhwah antara warga BPL dan Institusi Latihan

Kementerian Kesihatan Malaysia (ILKKM), sukan persahabatan telah

dilaksanakan. Di samping itu, Majlis Konvokesyen ILKKM telah dijalan-

kan dengan jayanya. Berbekalkan semangat beliau, semua warga Ba-

hagian dan ILKKM turut bersungguh-sungguh dalam melaksanakan

tugas yang dipertanggungjawabkan.

Dato’ Abu Bakar telah dinaikkan pangkat ke Gred Utama Jusa B dan

ditukarkan ke Suruhanjaya

Perkhidmatan Pelajaran (SPP)

Malaysia sebagai Setiausaha

Suruhanjaya berkuatkuasa pa-

da 7 September 2013. Tahniah

dan Terima Kasih diucapkan di

atas jasa dan sumbangan yang

telah diberikan.

TAHNIAH & TERIMA KASIH

TAHNIAH & TERIMA KASIH

Muka Surat 4 BULETIN BPL

Page 5: buletin bpl edisi 2/2013 apr-dis 2013

Muka Surat 5 EDISI 2/2013

Page 6: buletin bpl edisi 2/2013 apr-dis 2013

Majlis Konvokesyen Institusi Latihan Kementerian

kesihatan Malaysia (ILKKM) tahun 2013 telah diadakan

bermula pada 30 November hingga 3 Disember 2013.

Majlis Konvokesyen ini telah dimeriahkan lagi dengan

Pelancaran Integrated Campus Management System

(ICMS) yang disempurnakan oleh YB Dato’ Sri Dr. Hilmi

Bin Haji Yahaya, Timbalan Menteri Kesihatan Malaysia

pada 3 Disember 2013. Selain itu, aktiviti Pesta Kon-

vokesyen turut memeriahkan suasana dengan aktiviti

Pameran iaitu Pameran Kerjaya/ Profesion, Promosi

Keselamatan dan Kualiti Makanan, Pameran Jabatan

Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) dan Kempen Der-

ma Darah. Pesta Konvokesyen juga menawarkan be-

berapa lot gerai jualan termasuklah gerai jualan bunga,

basah dan kering yang beroperasi bermula seawal jam

7 pagi hingga 12 tengah malam. Program-program juga

dirancang bagi memeriahkan suasana pada wak-

tu malam iaitu Nasyid Kontemporari, Pertand-

ingan Karaoke ILKKM, Battle of the Band serta

MAJLIS KONVOKESYEN INSTITUSI LATIHAN KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA (ILKKM) TAHUN 2013 ZON SEMENANJUNG

Muka Surat 6 BULETIN BPL

Page 7: buletin bpl edisi 2/2013 apr-dis 2013

Muka Surat 7 EDISI 2/2013

Page 8: buletin bpl edisi 2/2013 apr-dis 2013

7 & 8 Oktober 2013 – Sekali lagi kita bersua untuk penga-

nugerahan diploma, diploma lanjutan dan sijil di Majlis

Konvokesyen Institusi Latihan Kementerian Kesihatan

Malaysia (ILKKM) Zon Negeri Sabah dan Sarawak. Na-

mun demikian, Majlis ini menempa kejayaan yang lebih

besar lagi dibandingkan dengan sebelum ini, kerana bu-

at julung kalinya, Majlis Konvokesyen Zon Negeri Sabah

dan Negeri Sarawak disatukan di Universiti Malaysia Sa-

bah untuk meraikan graduan-graduan yang telah berjaya

mengikuti latihan Anggota Sains Kesihatan Bersekutu

(ASKB) khasnya di ILKKM negeri Sabah dan Sarawak.

Majlis ini telah disempurnakan oleh YB Dato’ Seri Dr.

Hilmi Bin Haji Yahaya, Timbalan Menteri Kesihatan Ma-

laysia pada 7 Oktober 2013 dan para graduan juga

berkesempatan untuk menerima penganugerahan da-

ripada YBhg Datuk Farida Mohd Ali, Ketua Setiausaha,

KKM pada 8 Oktober 2013.

MAJLIS KONVOKESYEN INSTITUSI LATIHAN KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA (ILKKM) TAHUN 2013

ZON SABAH & SARAWAK

Muka Surat 8 BULETIN BPL

Page 9: buletin bpl edisi 2/2013 apr-dis 2013

Muka Surat 9 EDISI 2/2013

Page 10: buletin bpl edisi 2/2013 apr-dis 2013

26 - 29 Ogos 2013 – Konvensyen Inovatif & Kreatif (KIK) Kementerian

Kesihatan Malaysia (KKM) Peringkat Kebangsaan Tahun 2013 telah diada-

kan di Hotel Regency, Kuala Lumpur. Kategori yang dipertandingkan

terdiri daripada kategori Pengurusan & Teknikal yang masing-masing dis-

ertai oleh 16 kumpulan.

Johan bagi kategori Pengurusan dimenangi oleh Kumpulan Kualiti da-

ripada Bahagian Pengurusan Latihan, KKM, Naib Johan pula jatuh kepada

Kumpulan D’Orlite daripada Jabatan Farmasi Hospital Ampang, JKN Se-

langor manakala tempat ketiga diraih oleh Kumpulan Avatar daripada

Farmasi Hospital Wanita & Kanak-kanak, JKN Sabah. Bagi kategori

Teknikal, Kumpulan KaBum daripada Hospital Parit Buntar, JKN Perak te-

lah meraih Johan, Naib Johan pula dimenangi oleh Kumpulan Green da-

ripada Hospital Sultan Hj Ahmad Shah, JKN Pahang dan tempat ketiga di-

menangi oleh Kumpulan Ombak daripada Klinik Pergigian Dungun, Hospi-

tal Dungun, JKN Terengganu. Selain itu, pemenang bagi persembahan

terbaik kategori Pengurusan jatuh kepada Kumpulan D’Orlite daripada

Jabatan Farmasi Hospital Ampang, JKN Selangor manakala bagi kategori

Teknikal pula dimenangi oleh Kumpulan Physio-T daripada Hospital Raja

Perempuan Zainab II, JKN Kelantan. Semua pemenang membawa pulang

Piala dan Sijil. Tahniah diucapkan.

KONVENSYEN INOVATIF & KREATIF (KIK) KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA PERINGKAT KEBANGSAAN TAHUN 2013

Muka Surat 10 BULETIN BPL

Johan bagi Kategori Pengurusan—Bahagian Pengurusan Latihan, KKM

Page 11: buletin bpl edisi 2/2013 apr-dis 2013

Muka Surat 11 EDISI 2/2013

Johan bagi Kategori Teknikal—Hospital Parit Buntar (JKN Perak)

Persembahan Terbaik Kategori Pengurusan — Jabatan Farmasi Hospital Ampang (JKN Selangor)

Persembahan Terbaik Kategori Teknikal — Hospital Raja Perempuan Zainab II (JKN Kelantan)

Page 12: buletin bpl edisi 2/2013 apr-dis 2013

Muka Surat 12

Pelancaran Integrated Campus Managament System (ICMS) yang digunapakai di Kolej

Sains Kesihatan Bersekutu Sultan Azlan Shah (KSKB SAS) telah disempurnakan oleh YB Da-

to' Seri Dr. Hilmi Bin Haji Yahaya, Timbalan Menteri Kesihatan Malaysia pada 3 Disember

2013. Pelancaran ini telah dilaksanakan semasa Majlis Konvokesyen Institusi Latihan Ke-

menterian Kesihatan Malaysia (ILKKM) 2013 di KSKB SAS.

ICMS KSKB SAS merupakan satu sistem pengurusan maklumat kolej yang dibangunkan

bertujuan untuk:

Memantapkan pengurusan kolej;

Menyeragamkan proses kerja; dan

Membolehkan pengemaskinian, perkongsian serta penyampaian maklumat yang cepat

dan tepat.

Penggunaan sistem ICMS di KSKB SAS telah membantu dalam meningkatkan kecekapan

pengurusan kolej dan pelatih. Sehubungan itu, sistem telah dirancang untuk diperluaskan

kepada semua ILKKM secara berperingkat mulai Januari 2014. Sebanyak 12 kolej akan terli-

bat dalam fasa pertama peluasan.

EDISI 2/2013

PELANCARAN INTEGRATED CAMPUS MANAGEMENT SYSTEM (ICMS)

Page 13: buletin bpl edisi 2/2013 apr-dis 2013

Muka Surat 13

Lawatan Delegasi daripada Indonesia telah diadakan pada 16 hingga 17 Disember 2013 ke Bahagian Pengurusan Latihan (BPL) dan Kolej Sains Kesihatan Bersekutu (KSKB) Sungai Buloh, Selangor. Lawatan ini ber-tujuan untuk mendapatkan maklumat berkaitan Cadangan Kerjasama Pertukaran Pelajar serta lawatan kawasan ke KSKB Sungai Buloh iaitu tempat kursus bagi Program Kejururawatan dan Fisioterapi. Lawatan ini disertai seramai 12 orang wakil Delegasi Indonesia dan 14 wakil daripada BPL. Antara perkara yang dibincangkan ialah berke-naan Program Kejururawatan dan Fisioterapi dalam mesyuarat yang dipengerusikan oleh Setiausaha Bahagian (BPL), YBhg. Dato’ Nadzri Siron pada 16 Disember 2013 dan diakhiri dengan lawatan ke KSKB Sungai Buloh pada 17 Disember 2013.

Delegasi Indonesia bersama wakil BPL

EDISI 2/2013

LAWATAN DELEGASI CADANGAN KERJASAMA PERTUKARAN PELAJAR INDONESIA KE KSKB SUNGAI BULOH

Page 14: buletin bpl edisi 2/2013 apr-dis 2013

14 Nov 2013—Sempena Hari Penderma Darah se-

dunia, Kolej Kejururawatan Kuantan telah di beri

penghargaan oleh Jabatan Kesihatan Negeri Pahang,

sebagai penganjur program derma darah paling aktif

peringkat Negeri Pahang bagi tahun 2012/2013. Ini ter-

laksana hasil keprihatinan seluruh warga kolej dan

semua pelatih memberikan kerjasama kepada jabatan

lain yang akhirnya memberikan manfaat kepada

masyarakat yang memerlukan.

BULETIN BPL

HARI PENDERMA DARAH SEDUNIA Muka Surat 14

PELANCARAN BULAN KEMERDEKAAN KE-56 PERINGKAT ILKKM

24 Ogos 2013—Institusi Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia (ILKKM) sekali lagi mencipta

rekod apabila telah berjaya menganjurkan Majlis Pelancaran Bulan Kemerdekaan ke 56 ILKKM 2013

secara serentak di tiga puluh tiga ILKKM. Kolej Kejururawatan Kuantan dan Kolej Jururawat

Masyarakat Jerantut telah diberi kepercayaan sebagai tuan rumah bagi menjayakan majlis tersebut

yang diadakan di Stadium Tertutup SUKPA, Kuantan, Pahang.

Pelancaran di Kuantan tersebut telah diatur bagi menggerakkan aktiviti serentak di seluruh Negara.

Aturcara pelancaran disiarkan ke seluruh ILKKM melalui rangakaian skype. Penglibatan tiga puluh

tiga ILLKM mencatat lebih lima belas ribu penyertaan dari kalangan pelatih basik dan pengkhu-

susan, pegawai Bahagian Pengurusan Latihan, warga kolej dan ahli keluarga mereka. Antara aktiviti

yang diadakan secara serentak sempena pelancaran tersebut

ialah senamrobik dan walkathon kemerdekaan.

Pelancaran telah disempurnakan oleh YBhg Dato’ Nadzri Siron,

Setiausaha Bahagian, Bahagian Pengurusan Latihan. YBhg Dato’

menyampaikan mesej penting kepada semua dengan harapan

aktiviti memperingati kemerdekaan serta walkathon ini dapat

menyemarak kesedaran patriotisme serta menyuburkan amalan

sihat.

Harapan beliau lagi, kemerdekaan perlu diterjemah dengan

lebih luas dan jelas, agar pengertiannya mampu terus me-

nyuburkan rasa kecintaan kepada Negara kelahiran yang ber-

tuah, menepati tema sambutan Bulan Kemerdekaan Negara iai-

tu Malaysiaku Berdaulat: Tanah Tumpahnya Darahku.

MERDEKA, MERDEKA, MERDEKA.

Page 15: buletin bpl edisi 2/2013 apr-dis 2013

Mesyuarat Penyelarasan ICT BPL dan ILKKM kali yang kedua telah diadakan pada 21 hingga 23 Ogos 2013. Seramai 52 orang pegawai/penyelaras ICT daripada semua 33 buah Institusi Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia telah hadir. Pengisian mesyuarat ini telah dit-ambahbaik dengan mengadakan sesi seperti berikut: Latihan berkaitan Government Unified Communication (1GovUC) sebagai persediaan untuk proses migrasi emel MOHcube kepada 1GovUC;

Taklimat mengenai talian 1Gov*Net oleh Unit Rangkaian, Bahagian Pengurusan Maklumat (BPM), Taklimat mengenai Dasar Keselamatan ICT Versi 4.0 oleh Unit Keselamatan, BPM, Taklimat dan demo berkaitan Sistem Integrated Campus Management System (ICMS) Kolej Sains Kesihatan Bersekutu Sultan Azlan Shah, Sesi dialog bersama YBhg. Dato’ Nadzri Siron, Setiausaha Bahagian BPL. Semasa sesi dialog YBhg. Dato’ Nazri

Siron, Setiausaha Bahagian BPL

memaklumkan bahawa usaha-usaha

untuk menjayakan ICT adalah sangat penting dalam era ini kerana pengurusan harian di

pejabat banyak menggunakan/ bergantung kepada kemudahan IT. Beliau berharap agar

semua pegawai/penyelaras ICT yang merupakan tulang belakang kepada program ICT supa-

ya mengubah mindset untuk sentiasa berusaha menuju ke arah yang lebih baik dan mening-

katkan pengetahuan.

BULETIN BPL

MESYUARAT PENYELARASAN ICT BPL DAN ILKKM

Muka Surat 15

Page 16: buletin bpl edisi 2/2013 apr-dis 2013

Kolej Kejururawatan Kuantan telah menyahut seruan kerajaan negeri Pahang bagi me-

nanamkan semangat patriotisma dan semangat cintakan negara melalui pertandingan

keceriaan Merdeka bagi Kategori Bangunan Kerajaan seluruh negeri Pahang. Dengan

usaha seluruh warga kolej dan

semua pelatih, akhirnya Kolej

Kejururawatan Kuantan telah

berjaya meraih Johan dengan

menerima hadiah wang tunai

berjumlah RM400 beserta tro-

phi. Hadiah telah disampaikan

oleh ADUN Kawasan Lepar

pada Majlis Kesyukuran Keceriaan Merdeka Peringkat Negeri Pahang 2013 yang telah

di adakan di Dewan Orang Ramai Kg Batu 8, Lepar, Pekan Pahang pada 16 November

2013.

BULETIN BPL

JOHAN PERTANDINGAN KECERIAAN MERDEKA

NEGERI PAHANG 2013

Muka Surat 16

PENYERAGAMAN KAD MATRIK PELATIH & PAKAIAN SERAGAM PELATIH JURURAWAT

MASYARAKAT KE JURURAWAT (PSL)

KAD MATRIK PELATIH ILKKM – Penyeragaman telah dibuat mulai Januari 2014 bagi 33 ILKKM. Kad matrik yang berukuran 5 cm lebar dan 8.5 cm panjang telah menampilkan perbezaan warna pada bahagian makluman program pengajian pelatih masing-masing.

PAKAIAN SERAGAM PELATIH JURURAWAT MASYARAKAT KE JURURAWAT ( PSL ) - telah ditetapkan memakai pakaian seragam Jururawat Masyarakat dengan PIP berwarna biru gelap bagi semester I dan merah bagi semester II mulai 4 Oktober 2013.

Page 17: buletin bpl edisi 2/2013 apr-dis 2013

Johor Bahru – Meriah ! Itulah perkataan yang mengambarkan kemeriahan Edisi ke 3 Seminar Kokurikulum Institusi Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia (ILKKM) Tahun 2013 pada 6 hingga 8 Jun 2013 yang merupakan aktiviti yang dianjurkan oleh Unit Pembangunan dan Hal Ehwal Pelatih, Bahagian Pengurusan Latihan (BPL), Kementerian Kesihatan Malaysia dengan kerjasama Kolej Sains Kesihatan Bersekutu Johor Bahru, Johor sebagai tuan rumah kali ini. Tema yang dipilih pada kali ini adalah Keharmonian Melestarikan Keunggulan. Antara jenis sukan yang dipertandingkan adalah Futsal Lelaki dan Wanita, Bola Tampar Lelaki dan Wanita, Ping Pong Lelaki dan Wanita, Badminton Lelaki dan Wanita, Bola Jaring Wanita, Sepak Takraw Lelaki.

Seminar Kokurikulum ILKKM 2013 telah dimulakan dengan pelancaran perasmian oleh YBhg Dato Abu Bakar bin Othman Setiausaha Bahagian, BPL di Kompleks Sukan Hospital Permai Johor. Seterusnya Majlis Perasmian dimulakan dengan perarakan masuk Pasukan Pancara-gam Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia Johor Darul Takzim. Setelah selesai ucapan perasmian, majlis diteruskan lagi dengan dengan persembahan kawad JPAM, fitness dance, senam tari 1 Malaysia, dan nyanyian koir oleh pelatih-pelatih.

Pada sebelah malam, acara indoor game diantara kakitangan-kakitangan ILKKM diadakan di-bilik kuliah 5,6,7 dan 8 bagi memeriahkan lagi seminar kokurikulum pada kali ini.

Majlis penutup dan penyampaian hadiah telah diadakan pada 8 Jun 2013 pada sebelah mal-am. Kontinjen Zon Utara telah diumumkan untuk merangkul gelaran juara keseluruhan acara sukan yang dipertandingankan. Selain itu, penyampaian piala, pingat dan sijil diberikan sepanjang majlis berlangsung kepada para peserta. Majlis penutupan diserikan lagi dengan pemberiaan Anugerah Tokoh Pengajar yang telah dianugerahkan kepada Tuan Haji Moideen Kutty Bin Hassan, Ketua Profesion Pengajar atas kecemerlangan yang beliau berikan dalam setiap perkhidmatan yang dilaksanakan. Bendera Sukan ILKKM telah diserahkan kepada Ket-ua Kontinjen Zon Sarawak sebagai tuan rumah yang akan datang pada 2015.

BULETIN BPL Muka Surat 17

SEMINAR KOKURIKULUM INSTITUSI LATIHAN KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

LAWATAN SAMBIL BELAJAR MODERATOR PEMBIMBING

RAKAN KOLEJ (PRK) DARI KOLEJ KESIHATAN AWAM KUCHING SARAWAK

11 Disember 2013—Seramai 6 orang pelatih dan seorang pengajar dari Kolej Kesihatan Awam Ku-ching Sarawak hadir ke Bahagian Pengurusan Latihan. Program yang julung kali diadakan memberi impak positif dengan mendapat maklumbalas yang memberangsangkan daripada pihak penguru-san atasan BPL. Antara objektif lawatan ini adalah mengetahui fungsi dan tugas Bahagian Pengurusan Latihan dan memperkenalkan Moderator Pembimbing Rakan Kolej dibawah khidmat bimbingan & kaunseling Kolej Kesihatan Awam Kuching Sarawak. Antara aktiviti yang dilakukan adalah pembentangan aktiviti yang telah dilakukan oleh Moderator Pembimbing Rakan KKA Kuching sepanjang 2013 oleh En Mohd Zaharen bin Md Zahir Pengajar. Selain itu juga, En Tan Kim Huat KPSU PDK memberi Taklimat berkaitan Bahagian Pengurusan Latihan. Aktiviti seterusnya adalah lawatan ke setiap unit-unit di BPL yang dikendalikan oleh Cik Ong Lee Hwa KPSU UP. Lawatan diakhiri dengan perbincangan dan pengkongsian pengetahuan serta jamuan makan tengahari.

Page 18: buletin bpl edisi 2/2013 apr-dis 2013

Muka Surat 18 BULETIN BPL

Acara Bola Tampar

Acara Bola Sepak

AKTIVITI SUKAN BPL BERSAMA KOLEJ SAINS KESIHATAN BERSEKUTU KOTA KINABALU, SABAH

Acara Bola Jaring

15 Jun 2013—Aktiviti Sukan Bahagian Pengurusan Latihan (BPL)

bersama-sama Institusi Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia

(ILKKM) bagi tahun 2013 telah diteruskan lagi bersama Kolej Sains

Kesihatan Bersekutu (KSKB) Kota Kinabalu, Sabah pada 15 Jun

2013 (Sabtu) bermula jam 8.30 pagi hingga 6 petang.

Antara aktiviti sukan yang diadakan ialah Bola Sepak, Futsal, Bola Jar-

ing, Bola Tampar, Badminton dan Ping Pong. Acara dimulakan

dengan senamrobik dan semua peserta bersama-sama pelatih Kolej

mengambil bahagian dalam acara ini. Aktiviti sukan diadakan pada

sebelah pagi manakala pada sebelah petang aktiviti diteruskan

dengan acara sukaneka bagi aktiviti ringan/ riadah.

Page 19: buletin bpl edisi 2/2013 apr-dis 2013

Muka Surat 19 EDISI 2/2013

Page 20: buletin bpl edisi 2/2013 apr-dis 2013

CLEAR DESK

Kata laluan tidak boleh ditulis dan disimpan di tempat yang boleh dilihat dan dicapai oleh orang lain.

Salinan dokumen yang mengandungi maklumat rahsia rasmi hendaklah segera diha-puskan dari sharing printer /mesin faks.

Dokumen atau media magnetik, atau media removable lain seperti CD, DVD dan lain-lain hendaklah disimpan dengan selamat.

Maklumat rahsia rasmi tidak boleh ditinggalkan pada atau di sekitar kawasan kerja. Meja perlu dibersihkan pada akhir setiap hari kerja. Almari yang mengandungi maklumat rahsia rasmi hendaklah dikunci. Item peribadi (kunci, tas, dompet, dan lain-lain) hendaklah disimpan dengan selamat.

Pengguna mesti shut-down komputer mereka pada akhir hari kerja. Kunci workstation apabila meninggalkan kerja pada workstation. Ianya dapat mencegah orang lain

menggunakan PC dan membaca maklumat rahsia yang dibiarkan terbuka di paparan. Onkan screen saver apabila workstation tidak digunakan selama 10 minit. Laptop hendaklah disimpan di lokasi yang selamat. Laptop hendaklah dikunci dengan kabel kunci ketika kawasan kerja tanpa

pengawasan atau pada akhir hari kerja. Ingat bahawa maklumat yang disimpan di laptop adalah tanggungjawab pengguna. Skrin hendaklah berada di kedudukan yang menyukarkan orang lain membaca

maklumat rahsia rasmi yang dipaparkan. Keluar (log out) dari sistem aplikasi sebaik sahaja tidak digunakan.

CLEAR SCREEN

Bagi memastikan maklumat Kerajaan sentiasa dilindungi dan selamat amalan “Clear Desk dan Clear Screen” perlu dilaksanakan oleh semua penjawat awam. Berikut meru-pakan tindakan-tindakan yang perlu diamalkan :

TIPS KESELAMATAN ICT

Muka Surat 20 BULETIN BPL