buletin psikologi (1)

17
Melawan Pemikiran Negatif… Jenis Pemikiran Manusia??? Thinking Thin’ DietLucunya…. BULETIN SIRI 2/2011

Upload: sriraj-durailimgam

Post on 25-Jul-2015

153 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: Buletin Psikologi (1)

Melawan Pemikiran Negatif…

Jenis Pemikiran Manusia???

‘Thinking Thin’ Diet… Lucunya….

BULETIN SIRI 2/2011

Page 2: Buletin Psikologi (1)

Assalammualaikum wbt, Salam Ceria, dan Salam 1Malaysia!

Salam Perkenalan saya hulurkan kepada semua pembaca dan pengikut setia Buletin Psikologi & Kaunseling ini. Saya diberi mandat untuk menerajui Sidang redaksi Buletin Bil 2/ 2011 ini menggantikan Puan Noor Hafizah Abdul Halim yang telah berpindah ke Hospital Serdang. Saya ingin mengambil kesempatan ini mewakili semua sidang pengarang Buletin mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada Pn Hafizah Abdul Halim yang telah banyak menyumbang bakti kepada Buletin Psikologi dan Kaunseling ini sejak mula diterbitkan pada tahun 2009 lagi. Semoga beliau terus ceria dan sukses di tempat baru.

Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi Buletin Bil 2/ 2011 ini berjaya diterbitkan hasil usaha dan

kerjasama semua sidang Pengarang antaranya Pegawai Psikologi Encik Mat Noor Kamarol, Puan Raja Shuhaida dan Cik Fatin Hameema. Tidak lupa juga kepada Penaung Buletin, Encik Nanthakumaran a/ Manickam yang tidak jemu-jemu memberi perangsang dan sokongan kepada kami Pegawai-Pegawai Psikologi KKM di Negeri Sembilan agar terus maju. Amat dihargai kreativiti dan usaha keras Puan Siti Sarena Binti Md Deris demi melengkapkan dan memberi daya tarikan kepada Buletin ini.

Kali ini, diselitkan pelbagai snapshot aktiviti menarik Unit Psikologi & Kaunseling, antaranya Kursus Pra-

Persaraan Kakitangan KKM di Seluruh Negeri Sembilan yang bakal bersara bagi Tahun 2011 hingga Januari 2012.

Besarlah harapan saya agar Buletin ini dapat memberi ilmu bermanfaat kepada semua dan sokongan

tuan/ puan yang tidak berbelah bahagi amat dihargai. Akhir kata renungilah :

“Dengan Cinta Hidup Menjadi Lebih Indah Dengan Ilmu Hidup Menjadi Lebih Mudah Dengan Iman Hidup Menjadi Lebih Terarah”

Selamat membaca dan semoga berjumpa lagi. Senyum-senyumlah selalu. Aina Mazwin Mohamed Radzi

Aina Mazwin Binti Mohamed Radzi Pegawai Psikologi Kanan dan Ketua Editor Buletin Unit Psikologi & Kaunseling

Jabatan Kesihatan Negeri,Negeri Sembilan

MS 2 BULETIN PSIKOLOGI & KAUNSELING

Page 3: Buletin Psikologi (1)

MS 3 BULETIN PSIKOLOGI & KAUNSELING

UNIT PSIKOLOGI & KAUNSELING

JABATAN KESIHATAN NEGERI,NEGERI SEMBILAN

TEL : 06-7664869

FAX : 06-7648613

Emel : [email protected]

Laman Web : jknns.moh.gov.my

Sekapur sirih 2

Sidang Pengarang 3

Melawan Pemikiran Negatif 4

Sentiasa Positif 5

Cambah Ilmu 6

Tahukah Anda??? 7

Thinking Thin 8-9

Lucu Tak??? 10

Terapi Menggunakan Air 11 - 13

Sudut Renungan 14-15

Lensa Kamera 16-17

PENAUNG

Encik Nanthakumaran A/L Manickam

Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri (Pengurusan)

KETUA EDITOR

Puan Aina Mazwin Binti Mohamed Radzi

Pegawai Psikologi

Ibu Pejabat Jabatan Kesihatan Negeri, Negeri Sembilan

06-7664869

EDITOR

Puan Noor Hafizah Binti Abd Halim

Pegawai Psikologi

Ibu Pejabat Jabatan Kesihatan Negeri, Negeri Sembilan

Encik Mat Noor Kamarol bin Abd Talib

Pegawai Psikologi

Hospital Tuanku Jaafar Seremban

O6-7684706

Puan Raja Nor Shuhaida Binti Raja Ahmad

Pegawai Psikologi

Hospital Tuanku Jaafar Seremban

O6-7684710

Cik Faten Hameema Binti Rosli

Pegawai Psikologi

Hospital Tuanku Ampuan Najihah,

Kuala Pilah

06-4821611

Edaran

Puan. Siti Sarena Binti Md Deris

Pembantu Tadbir

Jabatan Kesihatan Negeri,Negeri Sembilan

Page 4: Buletin Psikologi (1)

Belajar dan menuntut ilmu merupakan salah satu perkara yang tiada akhirnya. Pelajaran akan terus

diulang sehinggalah kita faham dan belajar daripadanya. Masalah dan tentangan, kegagalan dan kekecewaan dalam pelajaran. Kesedaran, kesabaran dan penerimaan diri adalah prasyarat. Menyalahkan selain diri sendiri merupakan penghindaran dan penolakan. Perubahan tidak terjadi dalam satu malam. Maka berilah ia waktu. Dan selama kita hidup,akan selalu ada pelajaran. Menyerahlah pada iramanya. Janganlah memberontak atau melawan. Berkomitmenlah pada proses dan perubahan. Rendah hatilah untuk menerima kelemahan diri. Fleksibellah untuk mengadaptasi. Teruslah untuk belajar dan menuntut ilmu kerana ilmu yang akan miliki akan mencerminkan keperibadian anda seumur hidup.

APAKAH ANDA SERING DILANDA PERASAAN ATAU PEMIKIRAN NEGATIVE TENTANG DIRI SENDIRI. MARI CUBA LANGKAH MUDAH INI ???

JENAKA : Apabila timbul perasaan negative ,anggap ia suatu yang remeh dan ketawalah pada

pemikiran tersebut. Anggap ia sebagai suatu yang singgah sebentar dan tidak sampai menganggu hidup anda.

BERTEGAS PADA DIRI SENDIRI : Setiap kali datang pemikiran negative itu, katakan “ini tidak

akan membantu saya. Jika benar awak ingin membantu, jangan ganggu saya lagi”

MEREHATKAN MINDA : Tenangkan fikiran anda dan cuba untuk berehat dengan mengambil

cuti. Ajak rakan-rakan dan keluarga terdekat untuk sama-sama beriadah dan pastikan anda tidak memikirkan hal-hal yang remeh dan menyakitkan hati sendiri.

Oleh: Puan Raja Nor Shuhaida Binti Raja Ahmad

MS 4 BULETIN PSIKOLOGI & KAUNSELING

Page 5: Buletin Psikologi (1)

Oleh: Puan Raja Nor Shuhaida Binti Raja Ahmad

Pakar psikologi dari University Of New South Wales telah bertanya kepada 100 orang

pelajar untuk mengenal pasti kerisauan yang sering menghantui pemikiran mereka. Sebahagian daripada kumpulan itu diarahkan supaya fokuskan kepada masalah mereka lima minit sebelum masuk tidur dan hasilnya didapati mereka beroleh mimpi ngeri sebaik bangkit daripada tidur. Manakala, sebahagian lagi diminta supaya melupakan semua masalah sebelum masuk tidur. Hasilnya memang memberangsangkan.

Nasihat yang biasa didengar ketika sebelum tidur adalah melupakan semua perkara dan

masalah yang dihadapi. Satu kajian yang dilakukan di Australia telah membuktikan bahawa, sekiranya anda terlalu memikirkan masalah yang melanda, anda hanya akan diburu mimpi ngeri. Walau dalam keadaan apa jua, didik diri anda untuk sentiasa berfikiran positif.

Menurut para penyelidik di Mayo Clinic, Amerika Syarikat, mereka yang sentiasa optimis

semasa mudanya dijangka hidup 12 tahun lebih lama berbanding mereka yang pesimis.

Pendapat ini turut disokong oleh kajian Anna L.Marsland, Oleh itu biar bagaimana susah

sekalipun, anda adalah dinasihatkan agar sentiasa mencuba untuk sentiasa berfikiran positif. Selain baik untuk imej diri, berfikiran positif merupakan bonus utama kea rah kesihatan yang lebih baik.

SEDUTAN DARI MAJALAH MIDI, KELUARAN 15 APRIL 2009.

MS 5 BULETIN PSIKOLOGI & KAUNSELING

Pakar Psikologi Dari Pittsburgh Medical Center yang menyatakan bahawa mereka yang selalu “moody”, berfikiran negative dan mudah tertekan mempunyai tindak balas aktif terhadap vaksin hepatitis berbanding mereka yang sentiasa ceria.

Page 6: Buletin Psikologi (1)

oleh: En. Mat Noor Kamarol bin Abd Talib

MS 6 BULETIN PSIKOLOGI & KAUNSELING

PSIKOLOGI DAN KAUNSELING

Dua cabang yang berbeza tetapi sangat berkait rapat…

PSIKOLOGI KAUNSELING

Psikologi adalah suatu bidang yang luas dan melibatkan unsur dalaman yang

mempengaruhi jiwa, fikiran dan tingkahlaku manusia. Tingkahlaku manusia sentiasa dipengaruhi oleh fikiran dan juga emosi. Psikologi dilahirkan secara rasmi pada tahun 1879 oleh Wilhelm Wundt ( 1832 -1920) bagi mempelajari tingkah laku manusia

Pada dasarnya ilmu psikologi lebih menjurus kepada perdebatan mengapa

seseorang itu bertindak / berkelakuan tertentu dengan melihat pelbagai aspek termasuklah dari aspek klinikal, sosial dan kendiri.

Penggunaan ilmu psikologi sangat meluas dan ia dikatakan adalah ibu

kepada semua cabang ilmu seperti kaunseling, psikologi klinikal, psikologi kanak-kanak, psikologi remaja,dan juga psikologi abnormal.

Ilmu kaunseling lebih menjurus kepada konsep membantu seseorang yang

dipanggil klien dalam mengharungi kehidupan dengan lebih bermakna. Dari aspek profesional, kaunseling secara umumnya merangkumi pelbagai bidang seperti pendidikan, pekerjaan, dan perkahwinan. Secara khususnya dikatakan llmu kaunseling berkait rapat dengan proses pembangunan manusia dalam kehidupan harian.

Kaunseling adalah satu hubungan dua hala antara kaunselor dan klien.

Hubungan ini terbina dengan bermatlamat membantu klien mencapai kehidupan yang lebih berkualiti. Namun harus diingatkan bahawa segala tindakan atau perancangan yang akan diambil adalah diputuskan oleh klein sendiri dimana kaunselor hanya bertindak sebagai pemudahcara bagi membantu klien membuat keputusan terbaik.

Page 7: Buletin Psikologi (1)

Pemikiran Kritikal:

Pemikiran berbentuk kritikal adalah pemikiran berbentuk reaktif. Pemikiran ini kebiasaanya diamalkan bagi membuat penambahbaikan terhadap sesuatu idea.

oleh: En. Mat Noor Kamarol bin Abd Talib

TAHUKAN ANDA

TINGKAHLAKU KITA ADALAH

DIPENGARUHI BENTUK

PEMIKIRAN YANG KITA

AMALKAN????

MS 7 BULETIN PSIKOLOGI & KAUNSELING

PEMIKIRAN VERTIKAL: Cara berfikir vertikal bergerak pada satu garis, mula dari tahap pertama secara logikal hingga tamat pada tahap akhir Orang yang menggunakan pemikiran vertikal mengikut pola logik yang biasa contoh: “ oleh sebab harga naik, permintaan turun” “ oleh keranan hari hujan, ramai anggota yang lambat masuk kerja”

Page 8: Buletin Psikologi (1)

oleh: Cik Faten Hameema Binti Rosli

‘ TALK BACK TO CRAVING ’

‘ THINKING THIN ’

Diterbitkan pada 13 April 2009 oleh; Dr. Judith Beck (Clinical Associate Professor of Psychology in Psychiatry) dalam Thinking thin

www.psychologytoday.com

Pada minggu lepas, saya telah berjumpa dengan Jon disebuah parti. Kami berdua sudah saling mengenali. Dia memberitahu bahawa dia telah membaca sebuah buku saya yang bertajuk Cognitive Therapy on Dieting dan ingin menyatakan kepada saya mengenai langkah yang banyak membantu dirinya. Ianya ialah dengan megemailkan kepada „kawan dietnya‟ sekiranya dia mula mengambil makanan yang tidak sepatutnya dimakan. Dengan kebenaran daripada Jon, saya sertakan di sini potongan emailnya yang dia emailkan kepada saya.

Okay, saya nak sangat makan pizza kat dapur. Semua orang (baiklah, bukan semua orang) dalam pejabat dah makan sikit tapi saya dah ambil makan tengahhari. Fikiran jahat saya dah datang balik...Semuanya akan okay... Saya akan tebusnya nanti.

Tapi saya tahu ia TIDAK okay. Tidak sekiranya cita-cita saya adalah untuk menurunkan berat badan. Saya tak nak balik semula ke tabiat lama saya iaitu makan makanan yang lebih hanya kerana makanan tersebut ada disitu. Ianya adalah pekara yang saya selalu buat dulu.

Hey, ianya jadi lagi. Perasaan mengidam saya sudah hilang ketika saya menaip email ini. Saya sebenar nya okay. Saya rasa seperti...baik juga sekiranya saya boleh makan pizza tersebut. Tapi saya tahu saya tidak akan. Sambung balik kerja.

Adalah sangat peting bagi Jon untuk terus mengemail dengan kawan dietnya. Setelah berbuat demikian selama sepuluh kali berturut-turut (dalam beberapa hari), Jon mendapat tahu perasan mengidam itu boleh hilang. Dia tidak perlu makan. Sekarang dia tidak perlu lagi menghantar email kepada kawan dietnya secara kerap. Jon tahu dengan bercakap dengan dirinya sendiri, “Tiada pilihan. Saya tidak akan makan ini (makanan) yang saya tidak rancang untuk makan” dan dengan melibatkan diri dalam banyak aktiviti yang menarik yang mampu menghilangkan rasa mengidamnya, setiap masa.

MS 8 BULETIN PSIKOLOGI & KAUNSELING

Page 9: Buletin Psikologi (1)

oleh: Cik Faten Hameema Binti Rosli

ADAKAH ANDA MELAKUKAN DUA

KESALAHAN INI KETIKA BERDIET?

ANDA AKAN TAHU KENAPA KEBANYAKAN DIET GAGAL DALAM MASA SEMBILAN SAAT.

Diterbitkan pada 15 Jun 2011 oleh Kelly McGonigal, Phd dalam „The Science of Willpower‟

Saya telah melihat satu iklan telivisyen Yoplait yang menunjukkan dua permasalahan yang mana orang ramai sering terjerumus ketika berdiet, akhirnya menyebabkan kebanyakkan diet gagal. Semuanya bermula dengan sembilan saat yang pertama!

‘Moral Licensing’. Adakah anda menilai sesuatu dengan berdasarkan perbuatan lepas

anda? Seperti, saya mengambil sarapan yang sihat—jadi tiada masalah sekiranya saya memakan makanan segera ketika waktu tengah hari? Atau, hari ini saya bersenam—saya patut mendapat hadiah! Para Psikologi tahu bahawa „moral licensing‟ jarang logik—kita memberi kebenaran kepada diri sendiri untuk membiarkan diri kita terjerumus dalam cara yang mengakibatkan segala kerja keras yang dilakukan menjadi sia-sia. Tetapi dengan membuat lebih banyak pilihan yang positif akan merapatkan jurang diri anda dan cita-cita.

The Halo Effect’. Kajian telah menunjukkan apabila burger keju di gabungkan dengan

salad hijau, orang ramai beranggapan hidangan itu mengandungi kurang kalori berbanding dengan burger keju itu sahaja. Ini adalah tidak masuk akal, melainkan anda percaya dengan meletakkan daun salad secara ajaibnya boleh menghilangkan kalori yang ada. Apa yang sebenarnya terjadi? Salad itu telah membuatkan para pemakan merasakan makanan yang dimakan oleh mereka adalah baik. Daun-daun salad itu membuatkan burger itu seakan-akan mempunyai satu lingkaran kesihatan yang bernyala-nyala, yang mana mengakibatkan mereka beranggapkan kos kesihatan makanan itu rendahbila melibatkan dengan pemilihan makanan, jangan terleka atau buta dengan sayuran-sayuran yang dijadikan sebagai makanan sampingan, label yang menunjukkan „organik‟ atau lain-lain lagi yang boleh menyebabkan sesuatu yang tidak elok akan kelihatan baik dimata anda.

www.psychologytoday.com

MS 9 BULETIN PSIKOLOGI & KAUNSELING

Page 10: Buletin Psikologi (1)

oleh: Puan Noor Hafizah Binti Abd Halim

MS 10 BULETIN PSIKOLOGI & KAUNSELING

Lucunya, duit RM50 kelihatan begitu besar bila dibawa ke kotak derma masjid, tapi begitu kecil bila kita bawa ke supermarket. Lucunya, 45 minit terasa terlalu lama untuk berzikir tapi betapa pendeknya waktu itu untuk satu cerita komedi. Lucunya, betapa lamanya 2 jam berada di Masjid, tapi betapa cepatnya 2 jam berlalu saat menonton wayang di panggung. Lucunya, susah sungguh merungkai kata untuk dipanjatkan saat berdoa atau solat, tapi betapa mudahnya cari bahan bersembang dengan kawan-kawan Lucunya, betapa seruan dan teriakan yang berpanjangan sewaktu pertandingan pasukan bola jadi kegemaran kita, tapi betapa bosannya bila imam solat Tarawih bulan Ramadhan bacaannya lama dan panjang. Lucunya, susah sangat baca Al-Quran 1 juz saja, tapi majalah hiburan dan novel best-seller 100 halaman pun habis dilahap.

Lucunya, orang-orang berebut paling depan untuk menonton bola atau konsert, dan berebut cari saf paling belakang bila sembahyang Jumaat supaya bolehcepat keluar. Lucunya, kita perlu undangan seawal 3-4 minggu sebelumnya untuk majlis ilmuan supaya boleh dimasukkan di agenda kita, tapi untuk acara lain seperti menonton wayang, annual dinner atau high tea jadual kita boleh diubah sekelip mata. Lucunya, susahnya orang mengajak menyebarkan dakwah, tapi mudahnya orang menyertai dan menyebar gosip. Lucunya, kita begitu percaya pada yang dikatakan di e-mail layang di internet, tapi kita sering mempertikaikan apa yang dikatakan Al-Quran. Lucunya, semua orang inginkan masuk syurga tanpa harus beriman, berfikir, berbicara ataupun melakukan apa-apa. Lucunya, kita boleh mengirimkan ribuan jenaka dan surat berantai didalam email, tapi bila mengirim yang berkaitan dengan ibadah mesti berfikir dua kali.

Page 11: Buletin Psikologi (1)

Oleh : Puan Aina Mazwin Binti Mohamed Radzi

Air adalah satu daripada bahan yang paling banyak di muka bumi. Tanpa air tiadalah

kehidupan. Laut dan Lautan meliputi kira-kira tujuh persepuluh daripada permukaan bumi, bahkan air juga terkandung di dalam tanah, di atmosfera dan dalam semua kehidupan seperti manusia, haiwan dan tumbuh-tumbuhan.

Dalam Al-quran ada menjelaskan tentang kehidupan berpunca daripada air. Air adalah asas segala kehidupan. Dalam Surah al-Anbiyak ayat 30, Allah berfirman maksudnya : “......Daripada air kami jadikan segala sesuatu yang hidup”

Dalam Surah An-Nur Ayat 45 : “Allah mencipta kesemua jenis haiwan daripada air.”

Setiap kehidupan mempunyai sel-sel dan kehidupan sel ini bergantung kepada protoplasma dan ianya memerlukan air untuk hidup kerana 80% daripadanya adalah air. Menurut BBC News dalam segmen Science and Nature (Space) bertarikh 27 Mei 2006, pakae biologi bersepakat bahawa tidak boleh wujud kehidupan tanpa air kerana air adalah asas kehidupan.

Air yang diturunkan oleh Tuhan dari langit adalah bersih dan diberkati seperti dijelaskan oleh ayat berikut : “...dan Kami menurunkan dari langit air yang diberkati” (Surah Qaf 50:9) Dalam sesi rawatan kaunseling dan terapi contohnya pendekatan SEFT (Spiritual Emotional Freedom Technique) juga menganjurkan penggunaan Air semasa rawatan. Air yang didoakan sama ada oleh para terapis atau oleh pesakit sendiri diminum sebelum memulakan terapi dan selepas tamat terapi. Di antara Doa yang boleh dibaca ialah Surah Al-Fatihah. Masaru Emoto dari Jepun telah menjalankan kajian tentang molekular air. Beliau menjelaskan di dalam bukunya “the Message from Water” bahawa getaran tenaga dari badan manusia, pemikiran, perkataan yang diucapkan, idea dan muzik boleh mempengaruhi corak wajah kristal air.

Sekiranya pada air tersebut diucapkan dengan kata-kata pujian yang baik seperti “Aku sayang padamu” atau didoakan dan dibacakan dengan ayat-ayat suci Al-Quran atau apa-apa jenis doa dalam pelbagai bahasa, struktur kristal air berubah corak menjadi bentuk sempurna dan indah.

MS 11 BULETIN PSIKOLOGI & KAUNSELING

Page 12: Buletin Psikologi (1)

Oleh : Puan Aina Mazwin Binti Mohamed Radzi

Air yang telah didoakan tersebut jika diminum akan mampu merangsang kesegaran setiap sel-sel organ badan manusia. Proses Inilah yang mungkin berlaku pada air Penawar yang biasa kita minta Ustaz-ustaz atau ahli agama bacakan, atau air yang dibacakan dengan Surah Yassin dan pelbagai lagi jenis air untuk kesihatan yang kita minum dengan izin Allah badan menjadi lebih sihat, Otak semakin cergas dan sebagainya. Sumber-sumber air yang bersih dan sihat untuk diminum seperti Air dari sumber air

Badan manusia boleh diibaratkan sebagai span yang meresapkan air melalui trillion sel-sel badan. Kualiti kehidupan kita secara langsung berkitan dengan kualiti air.Kajian ini juga membuktikan kata-kata yang diluahkan sama ada yang positif atau negatif akan mempengaruhi kehidupan di sekeliling kita. Contoh yang terdekat adalah anak-anak kita, suami/ isteri kita dan mereka yang kita sayangi. Sebutkanlah perkataan yang indah dan manis agar unsur air di dalam tubuh mereka ini meresapkan tenaga yang positif dan seterusnya menjadikan mereka insan yang lebih baik. Cuba Lihat Struktur molekul air berikut yang diucapkan dengan kata-kata hinaan.

MS 12 BULETIN PSIKOLOGI & KAUNSELING

Air paip biasa sebelum (kiri) dan selepas (kanan) dibacakan doa

Fountain Lourdes di France. Air dari Mt Cook Glacier

Air yang didedahkan dengan perkataan “You make me Sick”

Page 13: Buletin Psikologi (1)

Oleh : Puan Aina Mazwin Binti Mohamed Radzi

MS 13 BULETIN PSIKOLOGI & KAUNSELING

Air yang diluahkan rasa kasih dan sayang Struktur Air yang diperdengarkan dengan

Heavy Metal Muzik sama strukturnya dengan air yang diucapkan perkataan “Awak Bodoh/

You Fool”

Apabila Air diletakkan minyak aroma bunga-bungaan, molekul air membentuk

seakan-akan sama dengan bunga tersebut. Di sebelah, air diletakkan minyak aroma

bunga Chamomile.

Air yang diucapkan perkataan “Thank you/ Terima Kasih”

Bibliografi : Ahmad Faiz Zainuddin (2005). Spiritual Emtional Freedom technique. Jakarta Timur: Afzan Publishing http://www.spiritofmaat.com http://www.is-masaru-emoto-for-real.com/

Page 14: Buletin Psikologi (1)

oleh: Puan Siti Sarena Binti Md Deris

ANAK-ANAK BELAJAR DARIPADA IBU BAPA...

Ada kalanya kita menegur anak bukan kerana ingin membetulkan kesalahannya, tetapi ingin meluahkan marah dan geram. Sepatutnya kita cuba belajar kaedah terbaik menegur anak kerana jika salah cara dan pendekatan mendidik, anak semakin nakal. Anak-anak banyak belajar daripada ibu bapanya. Mereka juga belajar marah untuk menunjukkan kelakuannya. Kita akui, banyak pengaruh luar yang mengubah perilaku mereka.Teman sebaya khususnya sangat akrab dengan anak yang boleh mempengaruhinya sama ada cara bercakap, bertindak, meluahkan kemarahan dan perkataan yang diucapkan.Sering berlaku anak-anak tidak memahami dan mengetahui maksud perkataan yang diucapkan kerana mereka hanya meniru. Banyak perkara yang boleh dilakukan ibu bapa bagi mengatasi anak nakal. Perlu diingat, anak mempunyai dunia berbeza dengan orang dewasa.

Sebelum mereka mengetahui benar atau salah sesuatu perkara itu anak-anak hanya bertindak melakukannya tanpa memikirkan kesannya. Justeru, perkara yang biasa dilihat, itulah yang mereka ikut dan seterusnya membentuk keperibadian anak-anak. Daya imaginasi anak sangatlah tinggi. Mereka ibarat sedang bermain dengan permainan dan keinginan yang tinggi itulah mendorong mereka bertindak. Tidak semua tindakan itu diistilahkan sebagai kenakalan.

SUDUT RENUNGAN...

Kalaulah kenakalan itu adalah kesalahan yang biasa cubalah atasi dengan senyuman. Kalau boleh dengan senyuman kenapa harus dengan kemarahan? Kalau boleh dengan usapan kenapa harus dengan pukulan? Kalau boleh dengan kucupan kenapa dengan cubitan?

MS 14 BULETIN PSIKOLOGI & KAUNSELING

Page 15: Buletin Psikologi (1)

oleh: Puan Siti Sarena Binti Md Deris

Menunjukkan kasih sayang dalam menegur kesalahan menyebabkan anak lebih

terbuka. Anak yang melakukan kesalahan belum memahami erti kesalahan sebenar. Paling penting anak-anak hanya inginkan perhatian daripada ibu bapa. Mereka lebih bahagia jika ibu bapa menunjukkan penuh kasih sayang contohnya dengan memeluk, mengusap kepala atau sekadar berbicara dengan lemah lembut.

Ibu bapa perlu memiliki kesabaran dalam menghadapi anak yang nakal. Kesabaran itu sangat dituntut dalam memberi didikan supaya jiwa anak stabil dan berkembang sempurna. Kesabaran ibu bapa boleh membuatkan anak mengerti bahawa perkara yang dilakukannya salah. Sebaliknya, cara kekerasan menyebabkan anak semakin melawan dan memberontak. Walaupun anak melakukan kesalahan, jangan terus membentak kerana perbuatan itu boleh melukakan perasaannya. Hal berkenaan boleh menyebabkan anak berdendam hingga dewasa kelak. Jadikan marah sebagai senjata terakhir apabila semua usaha lemah-lembut gagal. Marahlah jika anak benar-benar sudah terbukti bersalah. Namun, berilah nasihat dengan lembut kerana jiwa anak pasti tersentuh dengan kelembutan. Anak kita sangat kuat ingatannya hingga semakin banyak nasihat positif yang diterima, semakin stabil pertumbuhan jiwanya. Apabila anak sering menerima kata-kata kasar, maki atau sumpahan tentunya pertumbuhan jiwanya menjadi keras.

Lihatlah Rasulullah menegur Umar Abi Salamah ketika dia makan dengan mengambil makanan yang terletak jauh dari jangkauannya. Baginda mengatakan:

MS 15 BULETIN PSIKOLOGI & KAUNSELING

SUDUT RENUNGAN...

"Ya ghulam sammillah, kul biyaminik wa kul mimma yaliik (anak, bacalah bismillah, makanlah dengan tangan kananmu dan makanlah dari yang terdekat denganmu)." Jelas Baginda memilih kata-kata yang lembut dan hasilnya anak tidak lagi melakukannya dan nasihat itu terus meresap ke jiwanya.

Page 16: Buletin Psikologi (1)

oleh: Puan Siti Sarena Binti Md Deris

MS 16 BULETIN PSIKOLOGI & KAUNSELING

Page 17: Buletin Psikologi (1)

oleh: Puan Siti Sarena Binti Md Deris

SETELAH HAMPIR 3 TAHUN PN. NOOR HAFIZAH BERTUGAS

DI JABATAN KESIHATAN NEGERI SEMBILAN

KINI BELIAU TELAH TERUSKAN PERJUANGANNYA

DI HOSPITAL SERDANG SEBAGAI PEGAWAI PSIKOLOGI.

Penyampaian cenderahati dari TPKN

Pengurusan

Bergambar kenangan bersama barisan pegawai-pegawai sebelum

mengucapkan Selamat Tinggal.

MS 17 BULETIN PSIKOLOGI & KAUNSELING