buletin asli bil 1 2013-2

20
BULETIN BULETIN - KARNIVAL WARISAN DAN PENYAMPAIAN BR1M 2.0 - MENGUBAH DESTINASI ORANG ASLI - APA KHABAR ORANG KAMPUNG TV3 Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah

Upload: jakoadocs

Post on 24-Oct-2015

85 views

Category:

Documents


8 download

DESCRIPTION

Buletin Asli Bil 1 2013-2

TRANSCRIPT

Page 1: Buletin Asli Bil 1 2013-2

BU

LETIN

B

ULETIN

- KARNIVAL WARISAN DAN PENYAMPAIAN BR1M 2.0

- MENGUBAH DESTINASI ORANG ASLI

- APA KHABAR ORANG KAMPUNG TV3

Kementerian KemajuanLuar Bandar dan Wilayah

Kementerian KemajuanLuar Bandar dan Wilayah

Page 2: Buletin Asli Bil 1 2013-2

BU

LETIN

Sekian, Terima Kasih

MOHD FATIAZEE AB AZIZPegawai Perhubungan Awam

Assalamualaikum w.b.tSalam Sejahtera dan Salam Satu Malaysia

Alhamdulilah, marilah sama-sama kita merafak kesyukuran kehadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurnia-Nya kita masih dapat berada dalam tahun 2013. Penghujung 2012 sehingga awal 2013 telah banyak mencatat peristiwa-peristiwa penting yang melibatkan Jabatan kemajuan Orang Asli (JAKOA) telah berlaku. Peristiwa-peristiwa yang berlaku ini merupakan satu coretan sejarah yang akan membuktikan bahawa JAKOA telah berfungsi sebagai sebuah jabatan kerajaan yang unggul dalam membela nasib masyarakat Orang Asli di Malaysia.

Segala catatan dan coretan peristiwa bersejarah yang berlaku sekitar penghujung 2012 dan awal 2013 akan diabadikan dalam buletin keluaran pertama dalam tahun 2013 ini. Peristiwa-peristiwa yang akan dipaparkan dalam buletin keluaran kali ini jelas akan membuktikan kepada kita semua bahawa kerajaan tidak pernah meminggirkan masyarakat Orang Asli dalam arus transformasi negara sesuai dengan slogan “Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan”. Segala keperluan dan kehendak masyarakat Orang Asli akan kerajaan tunaikan setakat mana yang termampu. Setiap tahun kerajaan melalui JAKOA akan menyediakan peruntukan berjuta-juta ringgit bagi pembangunan dan kemajuan masyarakat Orang Asli dalam semua aspek seperti pendidikan, ekonomi dan budaya.

Akhir kata, marilah kita sama-sama berdoa agar tahun 2013 akan memberi kejayaan yang lebih gemilang kepada JAKOA sebagai sebuah agensi yang amat unit kerana JAKOA satu-satunya Jabatan yang diamanahkan untuk memajukan masyarakat Orang Asli di Malaysia. Tahun 2013 juga merupakan tahun yang amat mencabar kepada Jabatan kerana pada tahun ini dijangka akan berlangsung Pilihanraya Umum ke-13. Tanggungjawab kitalah sebagai pegawai dan kakitangan JAKOA untuk memastikan masyarakat Orang Asli terus setia kepada kerajaan yang memerintah pada hari ini.

PenaungDato’ Hj. Mohd Sani bin MistamKetua Pengarah

PenasihatEn. Nisra Nisran bin Asra RamlanT i m b a l a n K e t u a P e n g a r a h (Pembangunan)

En. Suhaimi bin MahmudT i m b a l a n K e t u a P e n g a r a h (Perancangan & Pengurusan)

EDITORUnit Perhubungan Awam

JURUFOTOUnit Perhubungan Awam

EDITOR BERSEKUTUBahagian Khidmat PegurusanBahagian Pembangunan SosioekonomiBahagian Pembangunan Minda & PendidikanBahagian Perancangan & PeyelidikanSeksyen KewanganSeksyen Teknologi MaklumatSeksyen PentadbiranSeksyen Pengurusan Sumber ManusiaJAKOA PahangJAKOA Perak / KedahJAKOA Selangor / W.PersekutuanJAKOA N.Sembilan / MelakaJAKOA JohorJAKOA Kelantan / Terengganu

EDARANSeksyen Pentadbiran

Diterbitkan Oleh :Unit Perhubungan AwamPejabat Ketua PengarahJabatan Kemajuan Orang AsliTingkat 3, West BlockWisma Selangor Dredging142-C Jalan Ampang50548 Kuala LumpurTel : 03 - 2161 0577Faks : 03 - 2162 1470

Laman Web : Emel : [email protected]

www.jakoa.gov.my

ASLIEDITOR BERSEKUTUEDITOR BERSEKUTU

TINTA EDITOR.....

Page 3: Buletin Asli Bil 1 2013-2

LENSA PRO

BICARA KETUA PENGARAH 04. TRANSFORMASI ORANG ASLI 05. KARNIVAL WARISAN DANPENYAMPAIAN BR1M 2.006. MINI RTC ORANG ASLI 07. MALAM MESRAJAKOA08. AMANAT KPTAHUN 201309. MENGUBAH DESTINASIORANG ASLI10-11.

SUKAN PERPADUAN ORANG ASLI

SEMARAKKAN PERKHIDMATAN AWAM14. JATI DIRI BELIAORANG ASLI15. KP JAKOA BERSAMAPELAJAR IPT OA16. APA KHABAR ORANGKAMPUNG TV317. GAMBAR AKTIVITIJAKOA TAHUN 201218.

12-13.

GAMBAR AKTIVITI JAKOA TAHUN 201219.

KANDUNGAN KANDUNGAN

Page 4: Buletin Asli Bil 1 2013-2

Assalamualaikum wbt.Salam Sejahtera dan Salam 1Malaysia,

Terlebih dahulu saya ingin memanjatkan kesyukuran ke hadrat illahi kerana dengan limpah kurnia-Nya, Unit Perhubungan Awam Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) telah berjaya menerbitkan Buletin Asli Bil 1 untuk tahun 2013. Pada tahun 2012 yang lalu, jabatan telah banyak meraih kecemerlangan dalam usaha untuk memajukan masyarakat Orang Asli agar tidak ketinggalan dalam arus pemodenan dan transformasi negara. Memasuki tahun 2013 maka kita telah melangkah ke tahun baru dengan azam yang baru. Pada tahun ini juga, kita telah merancang pelbagai program dan aktiviti dengan lebih giat lagi untuk memastikan masyarakat Orang Asli dapat bersaing dengan kaum lain di Malaysia bagi menjadi sebuah masyarakat yang maju dalam bidang pendidikan, prasarana, ekonomi dan budaya.

Rasanya t idak ter lewat untuk saya mengucapkan Selamat Tahun Baru 2013 kepada seluruh masyarakat Orang Asli dan warga JAKOA khususnya. Saya ingin menyeru kepada semua warga kerja Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) agar terus memberikan perkhidmatan yang cemerlang agar kita sama-sama dapat meningkatkan nama baik jabatan dalam usaha memajukan masyarakat orang asli. Sejajar dengan zaman teknologi yang serba canggih, kita perlu sentiasa peka kepada isu-isu yang berlaku dalam negara kita terutamanya isu-isu yang melibatkan masyarakat Orang Asli. Ini penting kerana selain meningkatkan komunikasi ia juga dapat mencambah ilmu pengetahuan dan perkongsian pendapat antara satu sama lain. Sebagai sebuah agensi tunggal yang menjaga pentadbiran, pembangunan dan kebajikan orang asli, jabatan ini sentiasa berusaha memperkenalkan dasar-dasar baru yang pasti akan memberi manfaat kepada seluruh masyarakat Orang Asli. Dasar transformasi kerajaan tidak pernah meminggirkan masyarakat Orang Asli. Ini dapat dibuktikan dengan pemberian peruntukkan khas

Sekian, Terima Kasih.

Y.BHG DATO’ HAJI MOHD SANI BIN MISTAMKetua Pengarah Jabatan Kemajuan Orang Asli Malaysia

berjumlah RM 30 juta oleh YAB Perdana Menteri pada tahun lepas bagi melaksanakan pelbagai projek prasarana dan infrastruktur di kawasan perkampungan Orang Asli.

Akhir kata, saya menyeru kepada semua pegawai dan kakitangan JAKOA agar terus berganding bahu, komited dan sentiasa efisen dalam memberi perkhidmatan kelas pertama dan berkualiti kepada seluruh masyarakat Orang Asli.

BULETIN ASLI Bil. 1/2013 - 04

BICARA KETUAPENGARAHBICARA KETUAPENGARAH

Page 5: Buletin Asli Bil 1 2013-2

JAKOA telah banyak melaksanakan perubahan dan transformasi terhadap masyarakat Orang Asli. Bagi perbelanjaan p e m b a n g u n a n s a h a j a J A K O A t e l a h membelanjakan hampir RM88 juta yang merangkumi perbelanjaan pembangunan sosioekonomi, prasarana, serta aktiviti minda dan pendidikan masyarakat Orang Asli, YB Dato' Seri Mohd Shafei bin Hj Apdal, Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah ketika berucap dihadapan hampir 500 penduduk Kampung Orang Asli Tun Razak di Program Ramah Mesra YBM KKLW bersama masyarakat Orang Asli pada 15 Januari 2013 yang lalu.

YB Menteri KKLW juga berkata, Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah menerusi JAKOA telah menyusun b e b e r a p a s t r a t e g i s e r t a k e r a n g k a pembangunan infrastruktur dan sosioekonomi masyarakat Orang Asli ke tahap yang lebih mantap. Di dalam 'Rolling Plan 2' Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMKe10), JAKOA telah diperuntukkan sebanyak RM10.5 juta bagi pelaksanaan kerja-kerja ukur yang melibatkan 180 buah perkampungan Orang Asli dengan keluasan 13,035.27 ekar.

JAKOA juga turut diberi peruntukan khas daripada YAB Perdana Menteri sebanyak RM30 juta bagi tujuan peningkatan kemudahan infrastruktur khususnya di kawasan pedalaman perkampungan Orang Asli. Saya percaya dengan peruntukan yang telah dibelanjakan ini, masyarakat Orang Asli kini tidak lagi hidup terpinggir daripada pembangunan dan mampu hidup berdikari.

D a r i p a d a j u m l a h p e r u n t u k a n pembangunan tersebut, pelbagai program pembangunan telah dilaksanakan oleh JAKOA bagi membantu meningkatkan taraf hidup masyarakat Orang Asli khususnya di Negeri Selangor ini. JAKOA Negeri Selangor juga telah membelanjakan sejumlah RM355 ribu bagi tujuan pembangunan. Ia merangkumi perbelanjaan pembangunan ekonomi, program latihan usahawan, bantuan input pertanian, dan program kualiti hidup masyarakat Orang Asli. Hadir bersama dalam program ini ialah YBhg Dato' Hj Mohd Sani bin Mistam, Ketua Pengarah JAKOA.

TRANSFORMASI TRANSFORMASI

BULETIN ASLI Bil. 1/2013 - 05

ORANGASLIORANGASLI

Page 6: Buletin Asli Bil 1 2013-2

BULETIN ASLI Bil. 1/2013 - 06

Karnival Warisan Asli dan Pemberian BR1M 2.0 kepada masyarakat Orang Asli Gombak telah berlangsung di Dataran Semboyan Muzium Jabatan Kemajuan Orang Asli Gombak pada 22 Februari 2013. Program ini telah dirasmikan oleh YB Dato' Haji Hasan Bin Malek, Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah.

Karnival Warisan Asli ini bukan sahaja dihadiri oleh masyarakat Orang Asli, malah turut dihadiri oleh masyarakat kaum lain tanpa mengira bangsa. Karnival ini turut diserikan dengan persembahan artis-artis jemputan dan juga persembahan tarian masyarakat Orang Asli seperti tarian sewang.

Pada 24 Februari 2013, sekali lagi Karnival Warisan Asli dan Pemberian BR1M 2.0 telah diadakan untuk masyarakat Orang Asli di peringkat Daerah Jeli , dan ia telah berlangsung di perkarangan Muzium Orang Asli Jeli, Kelantan. Karnival ini telah dirasmikan oleh YB Dato' Sri Mustapa Bin Mohamed, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Malaysia merangkap Ahli Parlimen Jeli, Kelantan.

Matlamat utama penganjuran Karnival tersebut adalah untuk memberi peluang masyarakat setempat agar dapat melihat sendiri tentang keistimewaan kebudayaan masyarakat Orang Asli . Manakala Muzium Orang Asli Gombak dan Muzium Orang Asli Jeli, Kelantan yang telah dibuka kepada orang ramai telah berfungsi sebagai pusat penyelidikan sejarah dan budaya serta latar belakang masyarakat Orang Asli.

Terdapat lebih 1,300 jenis artifak yang mencakupi 18 suku kaum Orang Asli di semenanjung Malaysia dan diperagakan dengan menarik. Wujudnya muzium seperti ini, membolehkan masyarakat umum melawat dan memahami dengan lebih mendalam lagi cara hidup dan adat resam Masyarakat Orang Asli. Purata Pengunjung yang telah mengunjungi muzium Orang Asli telah mencecah 35,000 orang. Seramai 25,000 daripadanya ialah orang yang datang melawat muzium Orang Asli Gombak dan 10 000 orang lagi yang datang ke muzium Orang Asli Jeli. Mereka yang datang melawat ke muzium tersebut bukan sahaja datang dari dalam negara malah turut dikunjungi oleh pelancong dari luar negara.

KARNIVAL WARISAN ASLI DAN PEMBERIAN BR1M 2.0KARNIVAL WARISAN ASLI DAN PEMBERIAN BR1M 2.0

Page 7: Buletin Asli Bil 1 2013-2

BULETIN ASLI Bil. 1/2013 - 07

Masyarakat Orang Asli kini boleh bergembira kerana kerajaan menerusi JAKOA dan Unit Perancang Ekonomi (EPU) akan membina sebuah Pusat Pembangunan Bersepadu Aman Jaya bernilai RM107 juta di Kampung Bawong, Sungai Siput, Perak yang dibina berkonsepkan 'mini RTC'. Projek tersebut akan memberi manfaat sepenuhnya kepada lebih 5,000 masyarakat Orang Asli dari 27 penempatan di kawasan itu.

Majlis Pecah Tanah projek tersebut telah disempurnakan oleh YAB Menteri Besar Perak, YAB Dato' Seri Diraja Dr Hj Zambry bin Abd Kadir pada 2 Mac 2013 yang lalu.Pusat tersebut yang dijangka siap pada tahun 2016 merupakan RTC pertama bagi Orang Asli di negara ini. YAB Menteri Besar juga berkata pemilihan Kampung Bawong sebagai tempat pertama mewujudkan mini RTC itu adalah bukti kerajaan tidak pernah meminggirkan masyarakat Orang Asli. “Pusat ini diwujudkan atas keprihatinan YAB Perdana Menteri yang mahukan masyarakat Orang Asli di Perak mendapat nikmat kemajuan negara.

Mini RTC Orang Asli ini merupakan kompleks sehenti dengan kemudahan seperti sekolah menengah dan asrama, agensi berkaitan seperti Jabatan Kemajuan Orang Osli, RISDA, Jabatan Pertanian, FAMA, Jabatan P e n t a d b i r a n , d a n L e m b a g a K o k o . Perkhidmatan lain yang disediakan seperti terminal pengangkutan awam, kompleks perniagaan, pusat pengumpulan hasil, masjid, dewan orang ramai, stesyen minyak, dan padang futsal. Menurut YAB Menteri Besar juga perancangan sedang dibuat bagi menjadikan Kampung Bawong sebagai penempatan Orang Asli termaju dan termoden di negara ini. Hadir bersama di majlis tersebut ialah YBhg Dato' Hj Mohd Sani bin Mistam, Ketua Pegarah JAKOA.

MINI RTC ORANG ASLIMINI RTC ORANG ASLI

Page 8: Buletin Asli Bil 1 2013-2

MALAM MESRA JAKOA

BULETIN ASLI Bil. 1/2013 - 08

Bertempat di Premiera Hotel, Jalan Tunku Abdul Rahman telah berlangsung Majlis Malam Mesra dan Jasamu Dikenang JAKOA pada 22 Januari 2013 yang lalu. Majlis tersebut telah dirasmikan oleh YBhg Dato' Hj Mohd Sani bin Mistam, Ketua Pengarah JAKOA. Majlis yang dihadiri seramai 300 tetamu yang terdiri daripada warga JAKOA, pesara JAKOA dan warga KKLW ini mendapat sambutan yang meriah dengan tema “Warna Pelangi”.

YBhg Dato' Ketua Pengarah dalam ucapannya memberitahu bahawa tujuan utama majlis ini diadakan ialah untuk mengimbau kembali perjalanan kerjaya pegawai-pegawai JAKOA yang bersara pada tahun 2012 serta memberikan pengiktirafan kepada pegawai-pegawai JAKOA yang menunjukkan prestasi kerja yang cemerlang sepanjang tahun 2012.

Pada majlis tersebut juga, JAKOA turut m e n g h a r g a i m a s y a r a k a t O r a n g A s l i terutamanya kepada usahawan Orang Asli cemerlang dan JKKK Orang Asli cemerlang. Kecemerlangan yang ditunjukkan ini akan memberikan tanda yang positif bahawa segala usaha kerajaan dalam mentransformasikan rakyat membuahkan hasil.

YBhg Dato' Ketua Pengarah juga berkata “Saya percaya dengan penglibatan dan sumbangan yang diberikan oleh tuan-tuan dan puan-puan kepada usaha mempertingkatkan sistem penyampaian perkhidmatan jabatan ke tahap yang lebih tinggi mampu memantapkan lagi pengurusan jabatan”.

Majlis Malam Mesra JAKOA turut meriah dengan pelbagai aktiviti menarik seperti cabutan bertuah dan persembahan daripada artis jemputan yang menghiburkan para tetamu yang hadir.

Page 9: Buletin Asli Bil 1 2013-2

BULETIN ASLI Bil. 1/2013 - 09

Sempena dengan kehadiran tahun baru 2013, Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Orang Asli Malaysia (JAKOA) telah turun padang ke setiap JAKOA negeri bagi menyampaikan amanat beliau sempena tahun baru 2013. Antara negeri-negeri yang dilawati oleh YBhg Dato' Ketua Pengarah ialah JAKOA Negeri Perak & Kedah, JAKOA Negeri Pahang, JAKOA Negeri Kelantan & Terengganu, JAKOA Negeri Selangor & Wilayah ,JAKOA Negeri Johor dan yang terakhir JAKOA Negeri Sembilan dan Melaka.

Dalam amanat beliau di setiap negeri yang dilawati, YBhg Dato' Ketua Pengarah menyeru kepada semua pegawai dan kakitangan JAKOA Negeri agar sentiasa meningkatkan akauntabaliti dan membentuk integriti diri sebagai penjawat awam agar hasrat kerajaan untuk mewujudkan tadbir urus yang baik dapat dilaksanakan.

Beliau juga menjelaskan bahawa tadbir urus yang baik akan dapat dicapai sekiranya setiap pegawai dan kakitangan JAKOA mempunyai kefahaman yang jelas dan mantap terhadap unsur-unsur spiritual dan kebendaan berasaskan empat prinsip utama tadbir urus sektor awam iaitu integriti, akauntabiliti, pengamahan dan pengawasan (stewardship) dan ketelusan, supaya dapat mewujudkan budaya kerja berintegriti melalui penerapan nilai-nilai peribadi asas yang digariskan dalam Nilai dan Etika Perkhidmatan Awam bagi menghindari unsur-unsur rasuah dan penyalahgunaan kuasa dalam melaksanakan tugas seharian.

Pada perjumpaan dengan semua pegawai dan kakitangan JAKOA Negeri itu juga YBhg Dato' Ketua Pengarah JAKOA memaklumkan bahawa beliau akan mempergiatkan proses engagement dengan membudayakan amalan turun padang ke setiap pejabat JAKOA negeri dan daerah bagi mendapatkan maklumat serta melihat keadaan sebenar di peringkat akar umbi di samping memantau pelaksanaan projek serta program dan pada masa yang sama dapat beramah mesra dengan pegawai dan kakitangan JAKOA Negeri

AMANAT KP TAHUN 2013

AMANAT KP TAHUN 2013

Page 10: Buletin Asli Bil 1 2013-2

BULETIN ASLI Bil. 1/2013 - 10

Prinsip pendemokrasian pendidikan diamalkan kerajaan telah membuka ruang dan peluang luas kepada rakyat termasuk golongan minoriti Orang Asli mendapat akses pendidikan berkualiti. Sehubungan itu, YAB Perdana Menteri Malaysia, Dato' Sri Mohd Najib bin Tun Abd Razak telah merasmikan Program Mengubah Destini Orang Asli di UiTM Sri Iskandar Perak pada 15 Februari 2013 yang lalu sewaktu Himpunan Perdana warga Orang Asli bersama YAB Perdana Menteri.

MENGUBAH DESTINASIORANG ASLI

MENGUBAH DESTINASIORANG ASLI

Masyarakat Orang Asli menyambut baik usaha kerajaan dalam memberi jaminan masa depan yang lebih baik kepada mereka melalui program Mengubah Destini Orang Asli (MDOA) ini. YAB Perdana Menteri juga berkata berkata, kerajaan menyasarkan lebih 1,000 generasi muda Orang Asli memasuki universiti di bawah Program Mengubah Destini Orang Asli dalam tempoh terdekat berbanding 450 pelajar masyarakat itu di universiti ketika ini.

Y A B P e r d a n a M e n t e r i j u g a memaklumkan bahawa hingga kini seramai 13 anak Orang Asli telah melanjutkan pengajian di luar negara menerusi pinjaman Majlis Amanah Rakyat (MARA). Beliau juga mengumumkan pinjaman tersebut dijadikan biasiswa sebagai galakan kepada mereka melanjutkan pelajaran.

Page 11: Buletin Asli Bil 1 2013-2

BULETIN ASLI Bil. 1/2013 - 11

“Saya yakin Orang Asli turut berperanan penting dan boleh memberi impak besar dalam kerajaan, termasuk memegang jawatan ketua jabatan memandangkan ketika ini terdapat 1,350 penjawat awam Orang Asli. Ini bukan suatu yang mustahil jika ada keyakinan,” YAB Perdana Menteri ketika berucap dihadapan 10,000 masyarakat Orang Asli yang hadir di seluruh Semenanjung Malaysia.

YAB Perdana Menteri mengakui beliau

begitu tersentuh dengan ucapan aluan Tok

Batin Sahar Husin yang mewakili kaum

minoriti itu yang menyatakan Orang Asli juga

mahu berjaya dan mahu keluar dari kepompong

kemiskinan dan kemunduran. Turut hadir

bersama dalam majlis tersebut ialah Menteri

KKLW, Dato' Seri Hj Mohd Shafei bin Hj Apdal

dan Ketua Pengarah JAKOA, Dato' Hj Mohd

Sani bin Mistam.

Page 12: Buletin Asli Bil 1 2013-2

BULETIN ASLI Bil. 1/2013 - 12

Pada 1hb Februari 2013 hingga 3hb Februari 2013 telah julung-julung kalinya berlangsung Karnival Sukan Perpaduan JAKOA Kali ke- 9 bertempat di Kuantan, Pahang. Majlis pembukaan telah dirasmikan oleh YB Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, YB Dato' Haji Hassan bin Malek. Karnival Sukan Perpaduan ini pernah dianjurkan di era jabatan ini masih menggunakan nama rasmi Jabatan Hal Ehwal Orang Asli (JHEOA) di mana ia melibatkan penyertaan secara bersama di antara kakitangan JHEOA dengan masyarakat Orang Asli.

Cetusan idea penganjuran karnival sukan perpaduan ini bermula pada tahun 1970an di mana dalam satu perhimpunan tahunan Ahli-ahli Pasukan Pembina (Tukang Rumah) yang diadakan di Gombak. Bermula dari situlah diadakan acara panjat tiang licin, pukul bantal dan tangkap itik di dalam kolam (sekarang telah menjadi Dewan Serbaguna JAKOA Gombak). Kali terakhir Karnival Sukan Perpaduan ke-8 diadakan ialah pada 16 November hingga 21 November 1989, bertempat di sekolah Dato' Abd Razak (SDAR) bagi peserta lelaki dan bagi peserta perempuan diadakan di Sekolah Tunku Ampuan Durah (STAD) di Negeri Sembilan dengan penyertaan peserta pada waktu itu seramai 787 orang

SUKAN PERPADUANJAKOA KALI KE-9

SUKAN PERPADUANJAKOA KALI KE-9

Page 13: Buletin Asli Bil 1 2013-2

Pada Karnival Sukan Perpaduan ke-9, tahun 2013 kali ini, sebanyak 7 atau 8 acara sukan akan dipertanding seperti Bola Sepak, Futsal, Bola Jaring, Sepak Takraw (Antara Regu), Bola Tampar (Lelaki),Bola Tampar ( W a n i t a ) , B a d m i n t o n ( C a m p u r a n Lelaki+Wanita) dan sukan menyumpit. Sebanyak 8 kontijen dijangka akan menyertai pertandingan dalam karnival sukan pada kali ini. Kontijen daripada Ibu Pejabat, Gombak, Pahang, Perak & Kedah, Kelantan & Terengganu, Selangor & WP, Negeri Sembilan & Melaka dan Johor akan dijangka beraksi dalam pelbagai acara untuk bergelar sebagai juara. Setiap acara permainan akan dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu kumpulan A dan B. Matlamat utama Karnival Sukan Perpaduan ini adalah memupuk semangat kesukanan dan perpaduan sekali gus mengeratkan tali silaturahim dan muhibah dengan masyarakat Orang Asli.

BULETIN ASLI Bil. 1/2013 - 13

Page 14: Buletin Asli Bil 1 2013-2

BULETIN ASLI Bil. 1/2013 - 14

Program Jalinan Mesra Masyarakat Orang Asli bersama Timbalan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (Operasi), YBhg Dato' Dr Ismail bin Alias telah diadakan pada 9hb Disember 2012 bertempat di Kampung Orang Asli Kolam Air Bukit Bangkong, Dengkil. Program Jalinan Mesra ini juga telah disekalikan dengan Program Mesra Minda dan Semarak Perkhidmatan Awam kepada masyarakat Orang Asli.

Program Semarak Perkhidmatan Awam ini merupakan program tahunan bagi Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA). Pada kali ini JPA telah memilih perkampungan Orang Asli Kolam Air Bukit Bangkong, Dengkil. Pada ucapan aluan, YBhg Dato' Haji Mohd Sani bin Mistam amat berharap agar dengan adanya program seperti ini akan dapat menjalinkan hubungan yang mesra dan erat antara masyarakat Orang Asli dengan Penjawat Awam di Perkhidmatan Awam.

SEMARAKKAN PERKHIDMATAN AWAM

SEMARAKKANPERKHIDMATAN AWAM

Matlamat utama penganjuran program Jalinan Mesra Masyarakat Orang Asli bersama Timbalan Ketua Pengarah JPA (Operasi) ini adalah untuk mendapatkan maklum balas secara langsung dari lapisan masyarakat setempat tentang dasar-dasar kerajaan persekutuan yang disalurkan kepada mereka di samping berusaha untuk menyelesaikan apa jua isu setempat dengan sebaik mungkin. Dalam program ini turut diadakan program-program yang berbentuk sentuhan hati seperti ziarah, menyalurkan bantuan kecil seperti sumbangan kepada pelajar-pelajar cemerlang.

Setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM), Kementerian Kesihatan, Jabatan Alam Sekitar, Jabatan Kemajuan Masyarakat, Amanah Raya, Amanah Saham Amanah Saham Nasional Berhad kerana turut terlibat bagi menjayakan program ini.

Page 15: Buletin Asli Bil 1 2013-2

BULETIN ASLI Bil. 1/2013 - 15

Seramai 80 orang anak Orang Asli dari seluruh Melaka telah menyertai Program Peningkatan Jatidiri Belia.Beliawanis Orang Asli anjuran JAKOA Negeri Sembilan dan Melaka. Program ini telah berlangsung di D'Village Resort, Melaka pada 29hb November 2012. YBhg Dato' Haji Mohd Sani bin Mistam, Ketua Pengarah JAKOA Malaysia telah hadir untuk merasmikan upacara program ini yang telah berlangsung selama tiga hari.

Program Peningkatan Jatidiri Belia Beliawanis Orang Asli yang berlangsung ini merupakan salah satu daripada program yang terkandung dalam Pelan Strategik Kemajuan Orang Asli 2011-2015 sebagai salah satu usaha untuk memperkasa jati diri Belia , Beliawani dan pemimpin masyarakat Orang Asli melalui kursus pembangunan minda, motivasi, peningkatan kemahiran dan program sambil belajar.

Dalam ucapan perasmian penutup beliau, Y.Bhg Dato' Ketua Pengarah JAKOA m e n y a t a k a n b a h a w a J A K O A t e l a h mensasarkan 9,600 peserta dari masyarakat Orang Asli akan dapat mengikuti kursus pembangunan minda sepanjang 2011 hingga 2015 melalui latihan kemahiran dan kerjaya. Tujuan utama latihan ini diadakan adalah untuk untuk meningkatkan taraf kehidupan dan ekomomi mereka pada masa hadapan.

Sehingga kini seramai 150 orang anak-anak Orang Asli telah mendapat pekerjaan sebagai Penjaga Tiket Pelepasan Pesawat di Lapangan Terbang Antarabangsa, Kuala Lumpur dengan purata gaji yang mereka perolehi RM1, 600 selepas mengikuti Program Latihan, Kemahiran dan Kerjaya ini.

JATI DIRI BELIA ORANG ASLI

JATI DIRI BELIAORANG ASLI

Page 16: Buletin Asli Bil 1 2013-2

BULETIN ASLI Bil. 1/2013 - 16

Majlis Perjumpaan Ketua Pengarah JAKOA bersama pelajar-pelajar Orang Asli di IPTA peringkat Zon Borneo telah berlangsung di Hotel Promenade, Kota Kinabalu pada 6hb Disember 2012, jam 8.30 malam. Perjumpaan Ketua Pengarah bersama Pelajar-Pelajar Orang Asli di IPTA pada malam itu melibatkan pelajar-pelajar Orang Asli yang belajar di Universiti Malaysia Sabah dan Universiti Malaysia Sarawak dengan jumlah yang hadir adalah 32 orang. Bagi Majlis Perjumpaan Pelajar-Pelajar Orang Asli Zon Timur telah diadakan pada 20hb Disember 2012 bertempat di Bukit Gambang Resort City, Kuatan Pahang yang melibatkan pelajar-pelajar Orang Asli belajar di IPTA kawasan Timur.

Dalam kedua-dua perjumpaan tersebut, YBhg Dato' Haji Mohd Sani bin Mistam, Ketua P e n g a r a h J A K O A M a l a y s i a t e l a h menyampaikan beberapa amanat penting kepada pelajar-pelajar yang hadir. Antara amanat penting, beliau menyeru kepada semua pelajar-pelajar Orang Asli yang sedang belajar di IPTA agar terus berusaha bersungguh-sungguh dalam pelajaran agar mampu mencapai kejayaan cemerlang. YBhg Dato' Ketua Pengarah juga tidak ingin melihat adanya keciciran pelajar-pelajar Orang Asli di IPTA dalam pelajaran. Hal ini adalah kerana JAKOA telah menyediakan segala kemudahan kepada mereka agar tidak timbul masalah sewaktu mereka belajar di IPTA.

PELAJAR IPT OAPELAJAR IPT OA

Bantuan seperti Skim Bantuan Galakan Pendidikan (Biasiswa) kepada pelajar-pelajar Orang Asli yang berjaya ke IPTA, bantuan Komputer Riba dan pelbagai bantuan pendidikan lagi telah disediakan oleh JAKOA kepada pelajar-pelajar Orang Asli di IPTA. Tiada lagi alasan bagi pelajar-pelajar Orang Asli di IPTA untuk tidak mencapai kejayaan yang gemilang dalam pelajaran kerana JAKOA sentiasa peka dan prihatin kepada setiap masalah yang anda hadapi.

Pada akhir amanat beliau dalam kedua-dua perjumpaan tersebut, YBhg Dato' Ketua Pengarah amat-amat berharap agar Majlis Perjumpaan dengan Pelajar-Pelajar Orang Asli di IPTA dapat menjadi satu wadah bagi merapatkan lagi jalinan dan hubungan silatuhrahim pelajar-pelajar Orang Asli di IPTA dengan pegawai dan kakitangan JAKOA.

KP JAKOA BERSAMAKP JAKOA BERSAMA

Page 17: Buletin Asli Bil 1 2013-2

BULETIN ASLI Bil. 1/2013 - 17

Susulan daripada program Kampung Kita, sekali lagi TV3 bekerjasama dengan Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) menerusi program travelogue 'Apa Khabar Orang Kampung' (AKOK). Program yang dihoskan oleh Azwaliza Azman akan menyingkap keistimewaan sesebuah kampung yang mempunyai pelbagai inisiatif dari segi ekonomi dan sosial dalam usaha melahirkan komuniti luar bandar yang berwawasan.

Majlis pelancaran program 'Apa Khabar Orang Kampung' telah dirasmikan oleh Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, YB Dato' Seri Haji Mohd. Shafie bin Haji Apdal. Program 30 minit ini akan bersiaran selama 13 episod ini bermula 21 Disember 2012, setiap Jumaat jam 6 petang di TV3.

Pada 20 Disember 2012 yang lalu, kru AKOK telah turun ke lokasi pengambaran di RPS Runchang, Pahang bagi membuat liputan berkenaan kemajuan yang telah diterima oleh masyarakat Orang Asli di RPS Runchang. Hadir dalam sesi pengambaran tersebut ialah YBhg Dato' Hj Mohd Sani bin Mistam, Ketua Pengarah JAKOA. Antara yang menarik di perkampungan Orang Asli RPS Runchang ini ialah Projek Agropolitan yang merupakan sebuah projek sosioekonomi bersepadu yang dilaksanakan oleh Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC).

Matlamat projek ini adalah untuk membasmi kemiskinan dalam kalangan masyarakat miskin tegar di Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER). Melalui aktiviti-aktiviti ekonomi yang dilaksanakan, para peserta projek dijangka mampu menjana pendapatan tetap di antara RM1,000 hingga RM2,000 sebulan.

Kru AKOK juga turut berkesempatan bersama-sama YBhg Dato' Hj Mohd Sani serta penduduk kampung ke sebuah tempat yang dikenali sebagai “black water” dikalangan masyarakat Orang Asli di sini untuk mendapat hasil tangkapan ikan sungai. Apa Khabar Orang Kampung edisi JAKOA telah bersiaran pada 25 Januari 2013 jam 6 petang.

APA KHABAR ORANG KAMPUNG TV3

APA KHABAR ORANGKAMPUNG TV3

Page 18: Buletin Asli Bil 1 2013-2

BULETIN ASLI Bil. 1/2013 - 18

GAMBAR AKTIVITI JAKOATAHUN 2012

GAMBAR AKTIVITI JAKOATAHUN 2012

18.2.2012 - RTC GOPENG

17.3.2012 - JALINAN MESRA OA BERSAMA YAB PM

24.4.2012 - PERASMIAN PROGRAM MESRA MINDA KG. PENDERAS

26.5.2012 - HIMPUNAN JUTAAN BELIA ORANG ASLI

23.6.2012 - MAJLIS PELANCARAN PROGRAM PDK KU SIHAT PERINGKAT KEBANGSAAN

Page 19: Buletin Asli Bil 1 2013-2

27.7.2012 - MAJLIS BERBUKA PUASA & PENYERAHAN JALUR GEMILANG KEPADA MASYARAKAT OA KG. BADUK KINTA

9.8.2012 - MAJLIS MERDEKA RAMADHAN YBM KKLW BERSAMA MASYARAKAT ORANG ASLI NEGERI SEMBILAN

11.9.2012 - SAMBUTAN AIDILFITRI MASYARAKAT ORANG ASLI BERSAMA YBM KKLW

9.10.2012 - LAWATAN DELEGASI VIETNAM KE CAMERON HIGHLANDS

10.11.2012 - PERASMIAN RTC KUALA LINGGI MELAKA

BULETIN ASLI Bil. 1/2013

20.12.2012 - PENGGAMBARAN APA KHABAR ORANG KAMPUNG DI RPS RUNCHANG

- 19

Page 20: Buletin Asli Bil 1 2013-2

JABATAN KEMAJUAN ORANG ASLI

www.jakoa.gov.my

Kementerian KemajuanLuar Bandar dan Wilayah