buletin kencana edisi 1/2013

11
Edisi 1 / 2013 Buletin KENCANA INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BATU LINTANG

Upload: vonhan

Post on 31-Dec-2016

258 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: Buletin Kencana Edisi 1/2013

Edisi 1 / 2013Buletin

KENCANAINSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BATU LINTANG

Page 2: Buletin Kencana Edisi 1/2013

MAJLIS PERASMIAN DATARAN PERINGATAN PERANG DUNIA KE-2Pada 23 April 2013 menyaksikan satu peristiwa bersejarah di IPG Kampus Batu Lintang dengan perasmian Dataran Peringatan Perang Dunia Ke-2 yang telah disempurnakan oleh Encik Ipoi Datan, Pengarah Muzium Negeri Sarawak mewakili YB Encik Liwan lagang, Menteri Muda Kebudayaan dan Warisan Negeri Sarawak. Dataran Peringatan Perang ini yang terletak bersebelahan Muzium Mini, IPG Kampus Batu Lintang telah dibina semula dengan peruntukan kewangan daripada Jabatan Halehwal Veteran Perang Kerajaan Australia dan dengan inisiatif dan kerjasama antara IPG Kampus Batu Lintang, “Sarawak Tourism Federation”, Kementerian Pembangunan Sosial, Kementerian Pelancongan Negeri Sarawak dan Jabatan Pelajaran Negeri Sarawak.

Seramai lebih kurang 200 orang tetamu jemputan menghadiri majlis perasmian ini yang termasuklah beberapa orang veteran perang warga Australia yang the terlibat secara langsung dalam peperangan membebaskan negeri Sarawak daripada penaklukan tentera Jepun. Pembinaan Dataran Peringatan Perang ini bertujuan untuk memperingati jasa dan pengorbanan tentera serta mereka yang telah mengorbankan nyawa untuk tujuan kebebasan dan keamanan semasa Perang Dunia ke-2. Hasil ini dianggap sebagai salah satu lagi mercu tanda bagi memperingati sejarah negeri Sarawak zaman perang dan yang istimewanya Dataran Peringatan Perang ini terletak di dalam kawasan kampus institut yang sudah pastinya menambahkan lagi keunikan, khazanah dan warisan sejarah bagi IPG Kampus Batu Lintang.

01

ISI KANDUNGAN

Penasihat 1Tuan Haji Awang Hambali

bin Haji Awang Hamdan Pengarah

Penasihat 2En. Jamiran bin Salam Timbalan

Pengarah

PengerusiEn. Abdul Malek bin Mohd. TahirKetua Jabatan Pengajian Melayu

Penyelaras / EditorPn. Tay Meng GuatJabatan Pengajian Melayu

JurugambarEn. Alexander Tow

SID

AN

G R

ED

AK

SI

Sebahagian daripada tetamu jemputan dan wakil media yang hadir

Pengarah IPGK Batu Lintang, Tuan Hj. Awang Hambali menyampaikan ucapan alu-aluan

Tetamu kehormat, Encik Ipoi Datan, Pengarah Muzium Negeri Sarawak menyampaikan ucapan perasmian

Upacara melabuhkan kain penutup Tugu Peringatan Perang diketuai oleh tetamu kehormat serta tetamu kenamaan

Upacara meletakkan kalungan bunga di hadapan tugu peringatan oleh tetamu kehormat

MAJLIS PERASMIAN DATARAN PERINGATAN PERANG DUNIA KE-2

PAMERAN SENI VISUAL KURSUS INOVASI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAGI MATA PELAJARAN SAINS SEKOLAH RENDAH

AKTIVITI UNIT LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN

PROGRAM INTERAKTIF SAINS ANJURAN PROGRAM KEMASAINS 2013

AKTIVITI-AKTIVITI PRASEKOLAH - Institut Pendidikan Guru Kampus Batu Lintang

AKTIVITI-AKTIVITI JABATAN HAL EHWAL PELAJAR

AKTIVITI JABATAN PENYELIDIKAN DAN INOVASI PROFESIONALISME KEGURUAN

AKTIVITI PERPUSTAKAAN

SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 1434H - Institut Pendidikan Guru Kampus Batu Lintang

KEJAYAAN ANDA KEBANGAAN KAMI

PERTANDINGAN DEKLAMASI SAJAK DAN LAKON (DEKON)

01

02

03 - 04

05

06 - 08

09 - 11

12 - 13

14

15

16

17

18

Page 3: Buletin Kencana Edisi 1/2013

02 03

PAMERAN SENI VISUAL

Pameran Seni Visual merupakan satu program yang dirancang dan dilaksanakan pada setiap tahun di bawah kelolaan Jabatan Sains Sosial. Aktiviti pameran ini melibatkan semua pelajar PPISMP GSTT Bahasa Cina Semester 3 pada 3-4 April 2013 bertempat di Dewan Brooke. Perasmian pameran disempurnakan oleh Encik Awang Hepeni Bin Awang Onget, Ketua Jabatan Sains Sosial yang mewakili Tuan Pengarah, Institut Pendidikan Guru, Kampus Batu Lintang.

Pameran Seni Visual kali ini yang bertemakan “AquaArt” mengkehendaki pelajar-pelajar menghasilkan “arca asemblaj” daripada bahan-bahan berasaskan plastik. Pelbagai arca yang unik dan amat menarik berjaya dihasilkan oleh para pelajar. Sambutan dan respons yang amat positif daripada para pensyarah, staf dan pelajar telah menyuntik motivasi dan semangat untuk terus berkarya dalam diri pelajar. Jabatan Sains Sosial bercadang untuk menganjurkan pameran yang lebih besar yang melibatkan institusi serta agensi luar pada masa akan datang.

KURSUS INOVASI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAGI MATA PELAJARAN SAINS SEKOLAH RENDAH

Pada 2-3 Mei 2013, Program Kemasains telah bekerjasama dengan pihak Politeknik Kuching untuk menganjurkan Kursus Inovasi dalam Pengajaran dan Pembelajaran bagi Mata Pelajaran Sains Sekolah Rendah. Kursus ini diadakan di Bilik Latihan, IPG Kampus Batu Lintang.

Kursus yang dianjurkan selama 2 hari ini melibatkan seramai 44 orang peserta yang terdiri daripada pensyarah Jabatan Sains IPG Kampus Batu Lintang, guru-guru Kemasains dan guru-guru pelatih pengkhususan Sains IPG Kampus Batu Lintang. Beberapa orang pensyarah dari Jabatan Matematik dan Jabatan Kemahiran Hidup yang berminat turut menyertai kursus ini.

Pensyarah dari Jabatan Petrokimia, Politeknik Kuching telah dijemput sebagai fasilitator bagi kursus ini. Ketua fasilitator ialah Encik Mohd Taufik Rezza Bin Mohd. Foudzi dengan bantuan Encik Mohd Huzaimi Bin Md. Hussin dan Encik Alexander Anak George Empam.

Kursus yang diadakan ini merupakan kursus asas ataupun pengenalan kepada bidang robotik yang semakin popular dewasa ini. Dengan kemahiran dan ilmu yang ada, para fasilitator telah berjaya memberikan input dan pengalaman baharu berkenaan bidang robotik kepada para peserta. Hampir kesemua peserta tiada pengetahuan langsung dalam bidang ini. Namun dengan pengajaran dan ilmu yang disampaikan dengan teliti oleh para fasilitator, peserta akhirnya berjaya menguasai sedikit sebanyak ilmu terutamanya dalam penulisan bahasa komputer iaitu program c+.

Kebanyakan peserta menyatakan perasaan teruja apabila bahasa komputer yang dipelajari oleh mereka berjaya menggerakkan rangka-rangka asas robotik yang diberikan. Antara ilmu yang telah dipelajari ialah mengedipkan Light Emitting Diode (LED), menggerakkan tayar robotik dan seterusnya menggerakkan robot kecil di atas landasan yang telah disetkan.

Kursus yang berlangsung selama 2 hari ini telah memberikan banyak ilmu alternatif kepada para peserta yang selama ini mereka hanya terdedah kepada ilmu yang agak terhad yang dipelajari di dalam kelas dan sekolah sahaja.

Majoriti peserta yang ditemui menyatakan minat untuk mempelajari ilmu robotik ini dengan lebih mendalam dan mencadangkan agar kursus ini diadakan lagi pada masa akan datang.

Kelihatan para peserta sedang sibuk memasang wayar dan LED pada robot masing-masing.

Para peserta kursus bergambar beramai-ramai sebagai tanda kenang-kenangan.

Page 4: Buletin Kencana Edisi 1/2013

04 05

Turut kelihatan ialah Timbalan Pengarah IPGKBL, En. Jamiran B Salam yang berminat menyertai kursus robotik ini.

Peserta kursus sedang mendengar taklimat dan penerangan daripada fasilitator berkenaan dunia robot.

Kelihatan para peserta sedang sibuk memasang wayar dan LED pada robot masing-masing.

Fasilitator sedang menunjukkan cara-cara bagaimana litar dan wayar harus dipasang pada robot masing-masing.

Inilah dia hasilnya…kelihatan peserta melihat hasil daripada robot yang dipasang dan mengujinya pada landasan yang dihasilkan khas untuk robot tersebut.

Fasilitator sedang menunjukkan cara-cara bagaimana litar dan wayar harus dipasang pada robot masing-masing.

En. Lee dan En. Fauzi sedang meneliti litar pada badan robot untuk memulakan projek robotik mereka.

Kelihatan para peserta sedang melakukan sentuhan terakhir sebelum robot diuji.

Puan Lim Poh Moy menerima sijil daripada Timbalan Pengarah IPGKBL sebagai wakil kepada pensyarah-pensyarah Sains IPGKBL.

Inilah dia hasilnya…kelihatan peserta melihat hasil daripada robot yang dipasang dan mengujinya pada landasan yang dihasilkan khas untuk robot tersebut.

Salah seorang guru mewakili guru-guru Kemasains yang lain menerima sijil sebagai penghargaan kerana menyertai kursus dengan jayanya.

Per

kong

sian

Ilm

u P

elak

sana

an K

SS

R d

an P

BS

Sek

olah

Ren

dah

oleh

JP

N S

araw

ak

AKTIVITI UNIT LATIHAN DALAM PERKHIDMATANPelbagai aktiviti berbentuk ilmiah dan amalan telah dikendalikan oleh pihak LDP sebagai pengisian staf. Antaranya ialah program Bicara Ilmu, Program Induksi Pensyarah Baharu IPG Zon Sarawak dan Program Perkongsian Intelek Pensyarah ( PROSPEN ) IPG 2013.

1.0 Program Bicara Ilmu Program ini merupakan perkongsian ilmu , idea , pandangan serta pengalaman bagi mengembang dan meningkatkan ilmu dan profesionalisme dalam kalangan pensyarah IPG Kampus Batu Lintang, Kuching. Sesi-sesi yang telah berjaya dikendalikan ialah:

1.1 AnjakanParadigmaDalamPendidikan:RefleksiSeorangPengamalTentang Pedagogi Pendidikan Guru oleh Dr. Toh Wah Seng Tarikh : 16 Januari 2013 Tempat : Dewan TAZA , IPGKBL

1.2 The Morality of Normalcy : The Fuss Over The Normal Curve In Education Assessment by Dr. Toh Wah Seng Tarikh : 30 Januari 2013 Tempat : Bilik Latihan , IPGKBL

1.3 Strategic Planning oleh En. Jamiran Salam Tarikh : 27 Februari 2013 Tempat : Bilik Latihan , IPGKBL

1.4 Qualitative Research In Education by Prof. Micheal Crossley, University Of Bristol, UK Tarikh : 10 April 2013 Tempat : Dewan TAZA , IPGKBL

1.5 Perkongsian Ilmu Pelaksanaan KSSR dan PBS Sekolah Rendah oleh JPN Sarawak Penceramah : Pn. Rahayu Ahmad, Sektor Pengurusan Akademik Cik Tan Lee Suan, Sektor Penilaian dan Peperiksaan Tarikh : 12 April 2013 Tempat : Dewan TAZA, IPGKBL

2.0 Program Induksi Pensyarah Baharu IPG Zon Sarawak2.1 Program Induksi Pensyarah Zon Sarawak 2013 • IPG Kampus Batu Lintang pada 6-8 Mei 2013 • IPG Kampus Tun Abdul Razak pada 9-10 dan 13-14 Mei 2013 • Melibatkan 44 orang peserta

• Fasilitator terdiri daripada 17 orang Pensyarah IPGKBL yang diamanahkan untuk menyampaikan Unit 1 (Sistem Kualiti), Unit 4 (Aplikasi ICT), Unit 5 (Pengajaran & Pembelajaran) dan Unit 7 (Penyelidikan & Pembangunan).

3.0 Program Perkongsian Intelek Pensyarah ( PROSPEN ) IPG 2013 Matlamat Kolokium adalah untuk memberi sokongan dan bantuan khidmat kepakaran kepada pensyarah bagi menyempurnakan pengajian dalam tempoh yang ditetapkan. Kumpulan sasaran bagi kolokium ini ialah pensyarah yang sedang mengikuti program ijazah lanjutan. • Diadakan di IPG Kampus Batu Lintang pada 8-10 Mei 2013 • Ucaptama oleh Dr. Zulwali Kefli Merawi dan Majlis Penutupan oleh KJ Penyelidikan & Inovasi IPGM, Dr. Mohd. Nor Mohd.Taib • Melibatkan seramai 30 orang pembentang dari semua IPG Zon Sarawak yang sedang mengikuti pengajian peringkat Master dan PhD, dan 20 orang panel dari semua IPG zon Sarawak

Bilangan IPGK Jumlah Peserta

1 IPGK Batu Lintang, Kuching 17 orang

2 IPGK Tun Abdul Razak, Samarahan 8 orang

3 IPGK Sarawak, Miri 14 orang

4 IPGK Rajang, Bintangor 5 orang

Penceramah KSSR: Pn. Rahayu Ahmad

Penceramah PBS: Cik Tan Lee Suan

Sesi soal jawab oleh Dr. Tan Ming Tang

Ucapan oleh Pengarah IPGKBL Hj. Awang Hambali Hj. Awg. Hamdan

Penutupan Rasmi oleh Dr. Mohamad Nor Mohd. Taib, IPGM

Sesi Rumusan oleh Dr. Mary Wong Siew Lian, Jabatan Penyelidikan dan Profesionalisme Keguruan, IPGKBL

Panel dan Pembentang Kolokium

Sesi soal jawab oleh En. Derrick Warren

Page 5: Buletin Kencana Edisi 1/2013

0706

PROGRAM INTERAKTIF SAINS ANJURAN PROGRAM KEMASAINS 2013

Pada 27 Jun 2013 (Khamis) yang lepas, Jabatan Sains IPG Kampus Batu Lintang di bawah Program Kemasains telah mengadakan Program Interaktif Sains bertempat di Dewan Brooke IPGKBL.

Program selama sehari ini melibatkan seramai 168 orang peserta yang terdiri daripada murid-murid tahun 4 dari tujuh buah sekolah rendah sekitar Kuching. Sekolah-sekolah ini merupakan sekolah angkat Program Kemasains selama 3 tahun. Seramai 48 guru pelatih PISMP Sains Ambilan Januari 2010, 2011 dan PISMP Sains Ambilan Jun 2013 telah bertindak sebagai fasilitator semasa program dijalankan.

Program Interaktif Sains ini seiring namanya lebih menitikberatkan aktiviti yang membolehkan peserta berinteraksi dengan bahan-bahan yang disediakan iaitu melalui pendekatan Hands On. Aktiviti yang dijalankan pula adalah sesuai dengan peringkat umur peserta iaitu untuk murid tahap 2 yang sudah mengenali dunia sains namun masih belum berpeluang meneroka kebanyakan daripada bahan yang dipelajari di sekolah. Mereka juga diberi peluang mencuba beberapa eksperimen mudah secara teori di dalam kelas.

Aktiviti yang dirancang telah dijalankan di lima buah stesen dan peserta dibahagikan kepada lima kumpulan. Antara aktiviti yang dijalankan ialah Arkitek Muda, Lukisan Tangram, Makhluk Angkasa Lepas, Belon Ajaib, Siapa Yang Akan Tenggelam dan Ring Paper Aeroplane. Di stesen-stesen ini, peserta diberi tunjuk ajar untuk membuat aktiviti yang telah disediakan. Setiap stesen memakan masa selama 1 jam untuk selesai. Kelihatan guru-guru pengiring turut mendengar taklimat yang

diberikan oleh Penyelaras Program.

Peserta program sedang mendengar taklimat daripada Penyelaras Program Kemasains, En. Murugan A/L Mini Ratamun.

Peserta dibahagikan kepada 5 kumpulan besar sebelum beredar ke stesen masing-masing.

Kelihatan guru-guru pengiring turut mendengar taklimat yang diberikan oleh Penyelaras Program.

Di stesen pertama ini, peserta diberikan lukisan Tangram dan mereka hendaklah menggunakan kreativiti masing-masing untuk menghasilkan lukisan yang paling cantik mengikut contoh yang diberikan.

Rata-rata peserta yang ditemui menyatakan rasa gembira dan teruja untuk melakukan lagi aktiviti seperti ini pada masa akan datang. Selain mempelajari sesuatu yang baharu, mereka turut menambah pengalaman dan berpeluang bertukar-tukar fikiran dan pandangan dengan rakan-rakan sebaya dari sekolah-sekolah yang lain.

Timbalan Pengarah IPG Kampus Batu Lintang, Encik Jamiran Bin Salam dalam ucapan perasmian penutupan program menyatakan bahawa beliau amat berbesar hati dan berbangga dengan adanya aktiviti seperti ini. Beliau turut menyatakan bahawa bukanlah sesuatu yang mudah untuk melakukan aktiviti yang melibatkan orang luar sekiranya tiada komitmen dan kerjasama daripada pihak penganjur. Beliau berharap program seperti ini akan diadakan pada masa akan datang.

Di stesen ketiga, peserta dibahagikan kepada beberapa kumpulan untuk menghasilkan makhluk paling luar biasa daripada bahan terpakai dan plastisin.

Antara bentuk makhluk angkasa lepas yang dihasilkan oleh para peserta.

Antara bentuk makhluk angkasa lepas yang dihasilkan oleh para peserta.

Di stesen keempat, peserta diberikan beberapa keping straw untuk menghasilkan bangunan/struktur paling tinggi dan paling tahan.

Kelihatan para fasilitator sedang menyukat sejauh mana kapal terbang peserta mampu diterbangkan untuk menentukan pemenang.

Papan markah untuk pengiraan markah peserta.

Di stesen kedua pula, peserta dikehendaki menggunakan kertas yang dibentuk bulat untuk menghasilkan kapal terbang yang dapat terbang lebih jauh.

Pemenang diberikan hadiah di stesen yang sama.

Page 6: Buletin Kencana Edisi 1/2013

0908

Kami berjaya! Itulah kata-kata kumpulan yang berjaya dalam ujian belon ajaib.

Kelihatan para peserta sedang bertungkus lumus menyiapkan bangunan yang direka mengikut masa yang telah ditetapkan.

Di stesen kelima, terdapat dua aktiviti yang disediakan iaitu belon ajaib dan Perahu Siapa Yang Tenggelam?

Kelihatan peserta sedang menyiapkan perahu daripada plastisin yang akan digunakan untuk meletakkan sebanyak 15 biji guli.

Peserta sedang mengisi tepung ajaib untuk menghasilkan udara yang akan mengembangkan belon mereka.

Setelah penat melakukan aktiviti, peserta berhenti rehat untuk makan tengah hari.

Timbalan Pengarah IPGKBL, En. Jamiran Bin Salam berucap untuk merasmikan Majlis Perasmian Penutupan Program Interaktif Sains.

Timbalan Pengarah mengenakan Lab Coat dan glove untuk menyempurnakan Perasmian Penutupan dengan gimik yang dihasilkan oleh para pelajar PISMP Sains sambil disaksikan oleh Puan Rohana Abdullah, wakil Pengarah Yayasan Sarawak, En. Fauzi dan En. Murugan.

Timbalan Pengarah menyampaikan Buku Latihan kepada guru-guru Kemasains hasil ehsan daripada Program Kemasains.

Ketua Jabatan Sains, En. Fauzi menyampaikan sijil penyertaan kepada para peserta program.

Puan Rohana sempat beramah mesra bersama pensyarah dan guru-guru Kemasains setelah selesai majlis sebelum berangkat untuk jamuan petang.

Encik Fauzi Bin Mohamad, Ketua Jabatan Sains menyampaikan ucapan alu-aluan di Majlis Penutupan Program Interaktif Sains 2013.

Bil Jenis Aktiviti Tarikh Catatan1 Latihan Pengajaran dan Pembelajaran

Guru Pelatih PISMP (MT1, MT2, PEM) Amb. Jan.2011

16-18 Jan 2013 Jabatan MatematikEn. Puah Kien Kok, Pn. Khaw Ah Hong,

Dr. Wee Kim Teck2 Khidmat Masyarakat Guru Pelatih

di Prasekolah IPGKBL(PISMP-BM) Amb. Jan. 2012

02 Feb 2013 Menceria dan membersih kawasan luar dan bilik-bilik dalam bangunan Prasekolah.

3 Menonton Persembahan“The Rooster Who Went To His Uncle’s Birthday Party”

22 March 2013 Persembahan PISMP TESL di TAZA.

4 Penilaian Pentaksiran Penggal I 18 April 2013 Aktiviti Pusat Sumber Pn. Norlelawati bt Zainuddin

(Pembantu Perpustakaan Kanan)5 Aktiviti untuk

“Managing Child Behaviour”-CSZB212324 April 2013 Pelajar dari UNITAR International University.

Bil Jenis Aktiviti Tarikh Catatan1 Pendaftaran murid Prasekolah 02-04 Jan 2013 13 orang murid

(6 orang murid 5 tahun)(7 orang murid 6 tahun)

2 Mesyuarat Permaufakatan dan Waris 02 Feb 2013 Perjumpaan dengan ibu bapa murid dan membincang/merancang aktiviti. Merancang lawatan.

3 Hari Jadi Murid / Hari Guru 16 Mei 2013 Perayaan Hari Jadi Murid dari bulan Jan-Jun 2013.Sambutan Hari Guru.

4 Penilaian Pentaksiran Penggal I 24 Mei 2013 Membuat pentaksiran untuk menentukan tahap murid.5 Perkhemahan kanak-kanak 20 Jun 2013 Aktiviti di luar bilik pengajaran dan pembelajaran.

Pelaksanaan Sesi Amali Pengajaran dan Pembelajaran (Mikro/Makro/KKB/Projek) Guru Pelatih

Prasekolah IPGKBL telah berjaya melaksanakan aktiviti-aktiviti yang dirancang

dalam Perancangan Tahun 2013. Maklumat bagi setiap aktiviti adalah seperti berikut:

Aktiviti-AktivitiPrasekolah

Institut Pendidikan Guru Kampus Batu Lintang

Page 7: Buletin Kencana Edisi 1/2013

2.1.2013 - Hari Pertama/Hari Pendaftaran Latihan Pengajaran dan Pembelajaran Guru Pelatih PISMP(MT1 dan MT2), PISMP(PEM) pada 16, 17 dan 18 Jan 2013.

Khidmat Masyarakat Kumpulan Guru Pelatih PISMP (BM) Amb. Jan. 2012 pada 2.2.2013 Mesyuarat AJK Permuafakatan Waris Prasekolah IPGKBL pada 2 Februari 2013

Sesi Bercerita Prasekolah - Aktiviti Pusat Sumber pada 18 Mac 2013 Pn. Norlelawati bt Zainuddin (Pembantu Perpustakaan Kanan) Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran PISMP-PRASEKOLAH (BERCERITA) pada 8-9 April 2013

10 11Hari Penilaian/Pentaksiran Semester I pada 23 Mei 2013

Hari Guru dan Hari Jadi Kanak-kanak pada 16 Mei 2013

Perkhemahan pada 20 Jun 2013

“Managing Child Behaviour”-CSZB2123 – Pelajar dari UNITAR International University pada 24 April 2013

Menonton Persembahan PISMP TESL – TAZA pada 22 Mac 2013 “The Rooster Who Went To His Uncle’s Birthday Party”

Page 8: Buletin Kencana Edisi 1/2013

Perjumpaan Timbalan Pengarah Dengan Pelajar Asrama (6 Mac 2013)

Wanita penggerak transformasi negara (24 Februari 2013)

AKTIVITI-AKTIVITI JABATAN HAL EHWAL PELAJAR

Majlis Pelantikan Watikah JPP 2013/14

Perhimpunan Bulanan

Pilihan raya JPP IPGKBL Sesi 2013/14

Perjumpaan Timbalan Pengarah Dengan Pelajar Asrama (6 Mac 2013)

IPGKBL IDOL 2013Baucer Buku 1 Malaysia 2013 Majlis Pelantikan Watikah JPP 2013/14

Perasmian SPRM IPG 2013

Perayaan Hari Guru 2013 Peringkat IPGKBL

Program Pengurusan Mata Wang Pada 26 April 2013 Di Dewan Taza

Lawatan Penandarasan Ke IPG Kampus Rajang Dan IPG Kampus Sarawak (4 Mac 2013)

Pertandingan Bowling Sempena Hari Guru 2013 (4 April 2013)

Program Ceramah Perancang Keluarga Pada 8 Mei 2013

Penyerahan Derma Kilat Kepada Pelajar Yang Kematian Ibu Bapa

12 13

Page 9: Buletin Kencana Edisi 1/2013

AKTIVITI JABATAN PENYELIDIKAN DAN INOVASI PROFESIONALISME KEGURUAN

AKTIVITI PERPUSTAKAAN

Bengkel Inovasi P&P telah diadakan pada 21 Feb. 2013 oleh Unit Pengurusan dan Penyelidikan Inovasi. Bengkel ini telah menghasilkan garis panduan kriteria inovasi P&P untuk dijadikan panduan para pensyarah dan pelajar yang ingin menghasilkan inovasi P&P. Seramai 21 orang Panel “Reviewer” dalam kalangan Pensyarah Cemerlang dan Pensyarah Kanan menyertai bengkel ini untuk menghasilkan garis panduan berkenaan.

Kursus Pembinaan Alat Ukur Penyelidikan bagi Pegawai Pengurusan pula telah dikendalikan oleh Unit Penilaian Program pada 5 Mac 2013. Penceramah kursus ini ialah En. Mohd Richard Nelas Abdullah, En. Ding anak Giri dan En. Nazamud-din bin Alias. Kursus ini dihadiri oleh 15 orang pegawai pengurusan IPG KBL.

Kursus Penyuntingan dan Penerbitan Artikel Penyelidikan yang diadakan pada 17 April 2013 telah dihadiri oleh 15 orang pensyarah. Kursus ini dikendalikan oleh Dr. Mary Wong dari Unit Inovasi dan Penataran, Jab. PIPK. Beberapa aktiviti telah dilaksanakan untuk membolehkan peserta kursus sekurang-kurangnya menguasai kemahiran asas berkaitan dengan kursus ini.

Bengkel Penyelidikan Siri I/2013 telah diadakan pada 18 & 19 April 2013 di Bilik Latihan, IPG KBL. Seramai 16 orang pensyarah telah menghadiri bengkel ini. Sebanyak dua sesi input berkaitan dengan Penyelidikan Kuantitatif dan Penyelidikan Kualitatif telah dikendalikan oleh Dr. Chua Lee Chuan dan Dr. Siti Zohara binti Yassin. Peserta bengkel kemudian menghasilkan kertas cadangan dengan bimbingan fasilitator yang terdiri daripada Dr. Mary Wong Siew Lian, Dr. Chua Lee Chuan, Dr. Siti Zohara binti Yassin, En. Nazamud-din bin Alias dan Pn. Chuah Kim Hwa. Sebanyak 6 buah kertas cadangan telah dihasilkan oleh 6 kumpulan dalam kalangan pensyarah.

Pensyarah Jabatan PIPK juga terlibat sebagai penceramah dan mentor untuk Unit 7: Penyelidikan dan Inovasi dalam Kursus Induksi Pensyarah Baharu Fasa II pada 22-24 April 2013. Kursus Fasa II ini melibatkan seramai 17 orang pensyarah baharu dari IPG KBL.

Para penceramah dan salah satu kumpulan penyelidik membentang kertas cadangan pasukannya.

Peserta kursus kusyuk mendengar ceramah

BENGKEL BERKARYABengkel ini telah diadakan pada 22 Mac 2013 di Perpustakaan. Puan Radna Wismawati Muhibah Binti Yahya Sawek iaitu pensyarah dari Institut Pendidikan Guru Kampus Tun Abdul Razak telah dijemput sebagai penceramah jemputan.

Aktiviti dimulakan dengan kata aluan daripada Ketua Unit Pusat Sumber, Cik Agatha Anak Francis Umbit.

Guru pelatih dari kumpulan PISMP Bahasa Cina 1 ambilan Januari 2012 telah berpeluang untuk mengikuti bengkel ini sebagai asas penulisan sebelum menyertai pertandingan berkarya yang dianjurkan sejurus selepas bengkel ini.

PAMERAN JULAN BUKU Jualan buku oleh Syarikat Benzamine Bookstore telah berlangsung di Perpustakaan Institut Pendidikan Guru Kampus Batu Lintang pada 4 dan 5 Mac 2013.

Jualan sempena baucer Buku 1Malaysia ini bermula pukul 9.30 pagi hingga 2.30 petang. Aktiviti jualan buku ini bertujuan untuk memberi peluang kepada warga institut membeli buku dan bahan pelajaran untuk kegunaan pengajian mereka.

SESI BERCERITA PRASEKOLAHAktiviti Sesi Bercerita Prasekolah yang berlangsung pada hari Khamis bersamaan 18 April 2013 di ruang legar Perpustakaan IPG Kampus Batu Lintang berjaya dilaksanakan dengan kerjasama kakitangan perpustakaan yang lain.

Seramai 13 orang pelajar Prasekolah dan 3 orang kakitangan Prasekolah IPG Kampus Batu Lintang terlibat untuk menjayakan program ini. Sesi Bercerita dikendalikan oleh Cik Norlelawati Bt Zainuddin, Pembantu Perpustakaan Kanan. Antara cerita yang dipersembahkan ialah cerita ”Kisah Sahabat Baik, Pak Njang dan Pak Ndek” Aktiviti ini diselang-seli dengan soalan berdasarkan cerita.

BENGKEL PENJILIDAN BAHANBengkel penjilidan bahan ini merupakan kesinambungan dari 3 bengkel yang telah dianjurkan oleh Arkib Negara Malaysia Cawangan Sarawak dan Perpustakaan IPG Kampus Batu Lintang.

Bengkel yang dianjurkan dengan kerjasama Unit Perpustakaan dan Unit Latihan Dalam Perkhidmatan ini bermula dari 25 hingga 28 Mac 2013 bertempat di Bilik Bestari IPG Kampus Batu Lintang.

Seramai 21 orang peserta dari pelbagai unit telah menyertai bengkel yang diadakan selama 4 hari ini. Staf Perpustakaan iaitu Puan Philomena Septimus Amit dan Puan Sarifah Rokayah Binti Wan Ismail telah dilantik sebagai fasilitator.

14 15

Page 10: Buletin Kencana Edisi 1/2013

Sambutan Maulidur Rasul 1434H telah diadakan oleh Badan Dakwah dan Rohani, Institut Pendidikan Guru Kampus Batu Lintang bertempat di Masjid Al-Muallimin pada 24 Januari 2013.

Program pada hari tersebut bermula dengan program qiamullail perdana, sahur, solat subuh berjemaah, selawat dan puasa sunat. Seterusnya, bermula dari jam 4.15 petang, program diteruskan dengan solat asar berjemaah, slot ceramah “Mengenang Sirah Baginda Nabi Muhammad S.A.W”, pelancaran buku fekah, ifthar jamaie, solat maghrib berjemaah, berzanji, solat isyak berjemaah dan majlis bersurai.

Pengagihan tugas bagi sambutan kali ini dipertanggungjawabkan sepenuhnya kepada Lajnah Tarbiah dan Kepimpinan. Bagi pelancaran buku fekah, ahli lajnah telah bekerjasama dengan kumpulan pengajian PISMP PA-AQ Ambilan Januari 2010 dalam menyediakan gimik pelancaran. Selain itu, ahli lajnah juga bekerjasama dengan Lajnah Penerbitan dan Publisiti bagi pertandingan poster grafik sempena Maulidur Rasul.

SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 1434HINSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BATU LINTANG

Sesi ceramah “Mengenang Sirah

Baginda Nabi Muhammad SAW”

bersama Ustaz Farhan

Sesi penyampaian hadiah kepada

pemenang pertandingan poster grafik sempena

Sambutan Mualidur Rasul

Para VIP dan pensyarah lelaki

Ucapan penghargaan daripada pengarah program Sambutan

Maulidur Rasul 1434H

Sesi penyampaian cenderahati kepada penceramah oleh

Timbalan Pengarah

Para guru pelatih dan pensyarah wanita

Perjumpaan para guru pelatih

sebelum ifthar jamaie

Aktiviti berzanji

16 17

Sejak berlangsungnya tiga kali Majlis Konvokesyen untuk Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan dengan Kepujian Institut Pendidikan Guru Kementerian Pelajaran Malaysia, Institut Pendidikan Guru Kampus Batu Lintang telah meraih beberapa anugerah yang menjadi kebanggaan warga Institut. Dalam majlis konvokesyen pertama pada tahun 2011, pelajar IPG Kampus Batu Lintang yang bernama Mohd Azizi bin Rahim telah mendapat Anugerah Kepimpinan manakala Anisah bt. Anuar @ Yong Hui Ming dan Law Seng Hie telah diiktiraf sebagai pelajar Anugerah Cemerlang Akademik dalam pengkhususan Bahasa Melayu dan Bahasa Cina masing-masing.

KEJAYAAN ANDA KEBANGAAN KAMI

Dalam Konvokesyen yang berlangsung pada tahun 2013 pula, empat orang pelajar telah berjaya mengharumkan nama dan menaikkan imej IPG KBL dengan meraih Anugerah Cemerlang Akademik dalam pengkhususan Matematik oleh Betty Chiew Mee Hui dan Norhadi Anwar bin Tamit dalam pengkhususan Bahasa Melayu. Dalam bidang praktikum, Philomina Naomi Bayang dari pengkhususan Pendidikan Pemulihan telah dipilih sebagai pelajar terbaik dan Grace Tan Huimin dari

Program Kembar IPGM-Otago TESL pula berjaya dinobatkan sebagai Pelajar Cemerlang Akademik.

Sekalung tahniah untuk para pelajar berkenaan! Warga IPGKBL amat berbangga dengan kejayaan anda. Semoga pencapaian tersebut akan memberi aspirasi dan semangat gigih kepada pelajar-pelajar lain. Selamat menjalankan tugas sebagai pendidik yang dihormati dan disayangi.

Dari kiri: Law seng Hie, Anisah dan Mohd Azizi

Norhadi Anwar sedang menerima ijazahnya

Page 11: Buletin Kencana Edisi 1/2013

Pada 17 April 2013 yang lalu Jabatan Pengajian Melayu Institut Pendidikan Guru Kampus Batu Lintang Kuching Sarawak buat julung kalinya telah menganjurkan Pertandingan Deklamasi Sajak dan Lakon ( DEKON ). Para pensyarah daripada Jabatan Pengajian Melayu dan 60 orang guru pelatih yang terdiri daripada kumpulan PISMP BM Januari 2010, PISMP BM Januari 2012 dan DPLI BM Januari 2011 telah bekerjasama untuk menjayakan pertandingan ini. Pertandingan yang bertempat di Dewan Brooke Institut Pendidikan Guru kampus Batu Lintang ini membabitkan penyertaan sebanyak 16 buah sekolah di sekitar Kuching, Bau, Sematan dan Lundu. Sekolah yang mengambil bahagian ialah Sk Tabuan Jaya, Sk Matang, Sk Pueh, Sk bandar semariang, Sk Gersik, Sk Astana, Sk Encik Buyong, Sk Telaga Air, Sk Matang Jaya, Sk Gita, Sk Matu Baru, Sk Mejar Jeneral Dato Ibrahim, Sk Sejingkat, Sk Semariang, Sk semerah Padi dan Sk Dato Haji Mohamad. Pertandingan ini dibahagikan kepada dua kategori. Kategori pertama melibatkan murid yang dilatih oleh guru pelatih kumpulan DPLI Bahasa Melayu 2011 manakala kategori kedua ialah murid yang dilatih oleh guru pelatih PISMP Januari 2010 yang sedang menjalani pratikum Fasa 3.

Pertandingan ini bertujuan untuk memberi ruang dan peluang kepada guru-guru pelatih agar mampu serta berupaya mengaplikasikan kemahiran-kemahiran asas dalam seni lakon atau deklamasi sajak yang telah dipelajari. Secara keseluruhan Penganjuran pertandingan DEKON telah berjaya mendapat sambutan yang amat memuaskan serta respons yang begitu positif daripada semua pihak. Oleh itu aktiviti ini akan terus dilaksanakan oleh Jabatan Pengajian Melayu pada akan datang.

Sesi persembahan peserta

Sesi Pendaftaran Sesi taklimat disampaikan oleh En. Razali Hj. Yu, Pensyarah Cemerlang Kanan JUSA C

Seronoknya dapat piala

Ucapan perasmian oleh Timbalan Pengarh IPG KBL, En.Jamiran bin Salam

Timbalan Pengarah IPG KBL, En. Jamiran bin Salam bersama-sama dengan Ketua Jabatan Pengajian Melayu, En. Ab. Malek bin Mohd Tahir

PERTANDINGAN DEKLAMASI SAJAK DAN LAKON (DEKON)