buletin alam suri tahun 2013

32
BULETIN Wanita Sepakat, Negara Meningkat UNTUK AHLI SAHAJA KELUARAN 2014 Bilangan 9 I N S T I T U T P E N Y E L I D I K A N P E R H U T A N A N M A L A Y S I A INSTUN J A B A T A N A L A M S E K IT A R M A L A Y S I A NAHRIM PERHILITAN Menarik di dalam Lawatan turun padang YDP PUSPANITA dan IM4U Lawatan Kerja Teknikal Program Warga JPS Turun Padang Zon Utara Alam Suri JPSM JPS BIOKESELAMATAN JABATAN SEBARAN BERITA PUSPANITA KEMENTERIAN SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR (NRE) BAGI TAHUN 2013 11 5 Amalan Bersedekah 30

Upload: dokiet

Post on 28-Dec-2016

249 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Buletin Alam Suri Tahun 2013

BULETINWanita Sepakat, Negara Meningkat

UNTUK AHLI SAHAJA KELUARAN 2014

Bilangan 9

INSTITUTPE

NYELIDIKAN

PERHUTANANM

ALAY S I A INSTUN

JABATAN

ALAM

SEKITAR MALAYSIA

NAHRIM

PERHILITAN

Menarik di dalam

Lawatan turun padang YDP PUSPANITA dan IM4U

Lawatan Kerja Teknikal Program Warga JPS Turun Padang Zon Utara

Alam Suri

JPSM JPS BIOKESELAMATANJ A B ATA N

SEBARAN BERITA PUSPANITA KEMENTERIAN SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR (NRE) BAgI TAhUN 2013

11 5Amalan Bersedekah

30

Page 2: Buletin Alam Suri Tahun 2013

2 Buletin ALAM SURI 20112 Buletin ALAM SURI 2014

Bicara Editor

Sidang Redaksi

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan taufik dan inayahNya, saya diberikan lagi kesempatan untuk menitipkan sedikit kata bicara untuk Buletin Alam Suri. Tahniah dan syabas kepada semua pihak terlibat yang tidak mengenal erti putus asa untuk menerbitkan buletin ini. Terima kasih juga kepada sidang redaksi kerana memberi saya ruang untuk bersama-sama menjayakan penerbitan bagi tahun 2014.

Wanita adalah nadi untuk membangunkan modal insan bagi memacu negara. Justeru, matlamat untuk menjadikan Malaysia sebuah negara maju juga bergantung kepada keupayaan wanita membimbing anak-anak pewaris kepimpinan negara masa hadapan.

Wanita juga adalah satu aset penting kepada negara khususnya dalam usaha untuk menjana pembangunan, meningkatkan martabat dan maruah negara serta menentukan halatuju generasi akan datang. Untuk mencapai objektif tersebut, sewajarnya wanita perlu bergerak cergas dalam mengikuti perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi kini untuk melengkapkan diri dengan pelbagai ilmu yang boleh mendatangkan manfaat kepada diri, agama, bangsa dan juga negara.

Sempena pesaraan suami saya dan seterusnya berakhirnya peranan saya sebagai Pengerusi PUSPANITA JUPEM dan selaku Ketua Pengarang Buletin Alam Suri, saya mengucapkan selamat maju jaya dan ampun maaf atas segala kesilapan dari saya.

Akhir kata saya berharap kita dapat meningkatkan komitmen dan semangat bekerjasama agar menjana kejayaan yang unggul dan cemerlang.

Salam ukhuwah dari saya. Semoga hubungan kita terus berkekalan. InsyaAllah.

DATIN NoRMAh BT. MohAMADKetua Pengarangmerangkap Pengerusi PUSPANITA JUPEM

Penaung Datin Sri Doreen Mayang (sehingga Jun 2013) Datin Sri R. Kanagam (mulai Julai 2013) Penasihat Dato’ Sri Zoal Azha b. Yusof

Pengerusi Datin Sri Shahriah bt. Md. Khalid

Naib Pengerusi I Datin Zuraidah bt. Abdul Aziz

Naib Pengerusi II Datin Dr. Sharifah Norul Akmar bt. Syed Zamri

Ketua Pengarang Datin Normah bt. Mohamad

Sidang Redaksi Puan Hasidah bt. Baharuddin Puan Mazniyah bt. Mohammad Puan Iza Zarina bt. Abdu Razak@Idris Puan Marena bt. Osman Puan Muzarofah bt. Mohammad Judi Puan Noorzilah bt. Jafri Puan Juzaila bt. Abd Satar Puan Norliza bt. Halid Cik Rosfazilah bt. Bidin

Wakil AJK Induk Puan Marsineh bt. Jarmin (sehingga Sept. 2013) Puan Fariha bt. Mastor (mulai Okt. 2013) Puan Latifah bt. Md Ali

Percetakan Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia

BULETIN ALAM SURI diterbitkan sekali setahun oleh PUSPANITA Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar.

Segala surat menyurat dan sumbangan penulisan hendaklah dialamatkan kepada:Ketua PengarangSidang Redaksi Buletin Alam SuriPUSPANITA JUPEMTingkat 3, Bangunan UkurJalan Semarak50578 Kuala Lumpurhttp://www.nre.gov.my/sites/puspanita

Page 3: Buletin Alam Suri Tahun 2013

Buletin ALAM SURI 2014 3

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam 1Malaysia.

Bersyukur saya ke hadrat Allah SWT yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang kerana dengan limpah kurnia dan izinNya saya diberi peluang untuk menerajui PUSPANITA Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar (NRE). Saya amat berbangga dengan penglibatan kakitangan wanita serta isteri-isteri kakitangan NRE di dalam PUSPANITA. Tahniah diucapkan kepada penggerak PUSPANITA.

PUSPANITA NRE sehingga kini dapat menyatupadukan tenaga, meningkatkan pengetahuan dan kemahiran serta perpaduan dikalangan ahli-ahlinya. Ini terbukti dengan pelbagai program dan aktiviti yang dilaksanakan sepanjang tahun 2013 dengan jayanya.

PUSPANITA sentiasa memainkan peranan kritikal membawa perubahan dalam kehidupan keluarga, masyarakat dan pembangunan negara. Sumbangan PUSPANITA bukan sahaja dapat dilihat melalui aktiviti-aktiviti yang dijalankan, malah lebih penting sebagai teladan.

Saya amat berharap ahli-ahli PUSPANITA NRE terus memberi sokongan tenaga dan moral kepada semua aktiviti yang dijalankan dan berganding bahu menyumbang kepada pembangunan diri, keluarga, masyarakat dan negara.

Akhir kata, saya berharap kesungguhan dan kerjasama jitu ahli-ahli, ketua biro dan AJK dalam PUSPANITA NRE dapat diteruskan. Sewajarnya marilah kita bersama-sama menggalakkan dan melibatkan diri, khususnya dalam mengadakan aktiviti-aktiviti lebih bermanfaat untuk perkembangan minda dan sahsiah diri.

‘Wanita Sepakat Negara Meningkat’

DATIN SRI ShAhRIAh BT. MD. KhALIDPengerusi PUSPANITA Cawangan Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar

Mutiara Kata:Orang yang bahagia itu akan selalu menyediakan waktu untuk membaca kerana membaca itu sumber hikmah,menyediakan waktu tertawa kerana tertawa itu muziknya jiwa,menyediakan waktu untuk berfikir kerana berfikir itu pokok kemajuan,menyediakan waktu untuk beramal kerana beramal itu pangkal kejayaan, menyediakan waktu untuk bersenda kerana bersenda itu akan membuat muda selalu dan menyediakan waktu beribadat kerana beribadat itu adalah ibu dari segala ketenangan jiwa.

Sekapur SeulasSireh Pinang

Page 4: Buletin Alam Suri Tahun 2013

4 Buletin ALAM SURI 2014

Jasamu Dikenang

Majlis ini diadakan pada 26 Jun 2013 bertempat di Hotel Marriott, Putrajaya dan dihadiri 10 pengerusi PUSPANITA NRE untuk meraikan kedatangan Menteri dan Timbalan Menteri NRE yang baru serta isteri, dan mengenang jasa mantan Menteri dan mantan Timbalan Menteri serta isteri yang bertukar ke kementerian lain. Majlis ini juga diadakan bagi mengalu-alukan kehadiran isteri Menteri dan Timbalan Menteri yang baru sebagai Penaung dan Naib Penaung PUSPANITA NRE yang baharu.

Majlis Apresiasi Sekalung Budi NRE 2013

Mutiara Kata:Hari ini sebelum kita mengatakan kata-kata yang tidak baik,Fikirkan tentang seseorang yang tidak dapat berkata-kata sama sekali.

Sebelum kita mengeluh tentang rasa dari makanan,Fikirkan tentang seseorang yang tidak punya apapun untuk dimakan.

Sebelum kita mengeluh tidak punya apa-apa,Fikirkan tentang seseorang yang meminta-minta dijalanan.

Sebelum kita mengeluh bahawa kita buruk,Fikirkan tentang seseorang yang berada pada keadaan yang terburuk di dalam hidupnya.

Hari ini sebelum kita mengeluh tentang hidup,Fikirkan tentang seseorang yang meninggal terlalu cepat.

Dan di saat kita letih dan mengeluh tentang pekerjaan,Fikirkan tentang pengangguran, orang-orang cacat yang berharap mereka mempunyai pekerjaan seperti kita.

Sebelum kita menunjukkan jari dan menyalahkan orang lain,Ingatlah bahawa tidak ada seorangpun yang tidak berdosa.

Dan ketika kita sedang bersedih dan hidup dalam kesusahan,Tersenyum dan berterima kasihlah kepada Tuhan bahawa kita masih hidup!

Page 5: Buletin Alam Suri Tahun 2013

Buletin ALAM SURI 2014 5

Program lawatan turun padang Yang Di Pertua (YDP) PUSPANITA Datin Sri Dato’ Rohani bt Abdullah dan IM4U telah diadakan pada 9 Mac 2013, di Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM). Program ini merupakan kerjasama Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar (NRE) dan Kementerian Pelancongan Malaysia (MOTOUR). Datin Sri Dato’ Rohani telah merasmikan Program ‘IM4U’ yang turut dihadiri oleh Dato’ Sri Zoal Azha b. Yusof (Ketua Setiausaha [KSU] NRE), Dato’ Dr. Ong Hong Peng (KSU MOTOUR), Dato’ Dr. Abd Latif Mohmod, Ketua Pengarah FRIM, Ketua-ketua jabatan NRE, pegawai NRE dan ahli-ahli PUSPANITA.

Turut diadakan adalah pelancaran buku ‘Malaysia Herbal Heritage’ yang diterbitkan oleh FRIM. Buku ini mengandungi informasi herba-herba yang terdapat di Malaysia yang boleh digunakan sebagai ramuan perubatan semulajadi, dan dihasilkan kumpulan penyelidik FRIM yang diketuai oleh Dr. Vimala Subramaniam. YDP PUSPANITA turut merasmikan Laman PUSPANITA di perkarangan Rumah Arboreta.

Selain itu, pelbagai acara diadakan termasuklah gotong-royong, jualan dan pameran barangan IKS serta pameran kraftangan orang asli.

Aktiviti gotong-royong merupakan salah satu program ‘IM4U’ yang disertai oleh sukarelawan ‘IM4U’, ahli-ahli Rakan Alam Sekitar (RAS) dan pelajar-pelajar sekolah. Objektif ‘IM4U’ adalah bertujuan menyemai semangat untuk melakukan aktiviti sukarelawan di kalangan belia.

Program Lawatan Turun Padang YDP PUSPANITA dan IM4U

eksklusif

Majlis pelancaran buku ‘Malaysia Herbal Heritage’ telah disempurnakan oleh YDP PUSPANITA Kebangsaan

Datin Sri Dato’ Rohani menyampaikan ucapan perasmian

YDP PUSPANITA Kebangsaan merasmikan Laman PUSPANITA.

Page 6: Buletin Alam Suri Tahun 2013

6 Buletin ALAM SURI 2014

‘River of Life’ - Visi Negara

‘River of Life’ (ROL) adalah Projek Permulaan (EPP) yang dikenal pasti dalam ’The Greater Kuala Lumpur/Klang Valley National Key Economic Area’ (NKEA) di bawah ‘Economic Transformation Program’ (ETP). ROL bertujuan untuk mengubah Sungai Klang ke tepian air yang segar dan sesuai didiami dengan nilai ekonomi dan estetik yang tinggi. Transformasi ini dibahagikan kepada tiga komponen: Pengindahan Sungai, Pembersihan Sungai dan Pembangunan Sungai.

Objektif utama ROL adalah meningkat, memulih dan memelihara sungai serta persekitarannya selaras dengan status

‘Greater Kuala Lumpur City’, termasuk memperbaiki dan mengekalkan Sungai Klang dan anak sungai dalam Kualiti Air Kelas IIB (sesuai untuk mandi manda dan rekreasi) pada tahun 2020. Selain itu ROL juga menyediakan tahap yang mencukupi perlindungan tebatan banjir ke kawasan projek itu, bagi menyokong mencapai status ‘Greater Kuala Lumpur City’. Salah satu daripada acara pengindahan sungai yang telah dilancarkan oleh Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) ialah Program Melepaskan Anak-anak Ikan Dalam Sungai di kawasan projek yang disempurnakan oleh Ketua Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran, Datuk Ir Hj Ahmad Husaini bin Hj Sulaiman.

Pembersihan Sungai

Dibawah ‘Task Force: Pembersihan Sungai ROL’, Jabatan Pengairan dan Saliran, Malaysia mengetuai 26 agensi kerajaan dan jabatan-jabatan di empat buah kementerian, dua buah negeri (Selangor dan Wilayah Persekutuan) dan tiga agensi (Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, Majlis Perbandaran Selayang dan Majlis Perbandaran Ampang Jaya) untuk melaksanakan 13 Inisiatif Utama di kawasan projek sepanjang 10.7 km di kawasan Sg. Klang dan Sg. Gombak. Terdapat dua kaedah penyelesaian iaitu Penyelesaian Kejuruteraan dan Penyelesaian Bukan kejuruteraan.

Penyelesaian Kejuruteraan

Penahan tebing seperti Mechanically Stabillised Earth (MSE) Wall atau Gabion yang telah diperkenalkan sebelum ini dilengkapkan lagi dengan kaedah pengumpulan rawatan berkumpul ‘Teknologi Pemintas’. Teknologi pemintasan seperti Gross Pollutant Trap-Solid Interceptor, Gross Pollutant Trap-Cleans All dan Gross Pollutant Trap-Continuous Deflective Separation diperkenalkan dalam projek ROL ini dalam melaksanakan dua ‘Key’ Inisiatif ROL di bawah JPS. ‘Key’ Inisiatif 1 dalam pengekalan kaedah kolam takungan manakala ‘Key’ Inisiatif 7 boleh menambahbaik sistem peparitan dan saliran seperti MSE Wall.

aRTikel kHas

Datuk Ir Hj Ahmad Husaini bin Sulaiman bersama-sama warga JPS melepaskan anak-anak ikan di kawasan Projek ROL

Sepanjang 10.7 km

Sg. Klang dan Sg. Gombak

47000 Lot

550 ha.

Kawasan Projek (sumber:DBKL)

Page 7: Buletin Alam Suri Tahun 2013

Buletin ALAM SURI 2014 7

Loji Rawatan di Pasar Jalan Klang Lama, Kuala Lumpur Mechanically Stabilised Earth (MSE) Wall

Key Inisiatif ROL di bawah Jabatan Pengairan dan Saliran‘Key’ Inisiatif 1 : menggunakan pengekalan kolam untuk membuang pencemar daripada kumbahan dan endapan keladak

‘Key’ Inisiatif 7 : melaksanakan projek pelan induk untuk menambahbaik sistem parit dan saliran

Sistem Pemintas ROL

aRTikel kHas

Penyelesaian Bukan Kejuruteraan

Program-program menangani sungai; latihan pencegahan pencemaran air melalui pendidikan orang ramai mengenai keperluan bersama menjaga sungai, kualiti air sungai dan larangan-larangan serta kemahiran yang lain untuk memelihara sungai. Program dilakukan secara berkala dan mengadakan pertemuan dengan masyarakat tempatan serta mengadakan kelas terbuka di kawasan komuniti masing-masing.

Page 8: Buletin Alam Suri Tahun 2013

8 Buletin ALAM SURI 2014

akTiviTi PusPaniTa

Cawangan nRe

MESYUARAT AGUNG KALI KE 10

Pada 23 Januari 2013 bertempat di Dewan Baiduri, Wisma Sumber Asli, Putrajaya, PUSPANITA NRE telah mengadakan Mesyuarat Agung PUSPANITA NRE Kali Ke 10.

Seramai 250 ahli PUSPANITA telah menghadiri mesyuarat tersebut. Mesyuarat ini dipengerusikan oleh Datin Sri Shahriah binti Md. Khalid.

Pada majlis perasmian Dato’ Sri Zoal Azha bin Yusof menyampaikan amanat supaya semua pegawai dan kakitangan tingkatkan sokongan dan kerjasama

supaya wawasan menjadikan PUSPANITA NRE yang terbaik dapat direalisasikan. Selain itu, dapat menyemarakkan semangat murni berpersatuan dan sukarelawan dikalangan keluarga besar warga NRE.

SAMBUTAN MAULIDUR RASUL PERINGKAT KEBANGSAAN

Pada 24 Januari 2013, 80 ahli PUSPANITA NRE menyertai Kontinjen Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan bersama-sama DYMM Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong dan Permaisuri Agong. Majlis sambutan diadakan di Masjid Putra, Putrajaya. Penyertaan PUSPANITA NRE mencerminkan komitmen dan pengorbanan pengurusan NRE dan ahli-ahli PUSPANITA NRE yang sentiasa bersiap siaga menyokong program merentasi tugasan rasmi dan badan bukan kerajaan.

PERSIDANGAN TAHUNAN KALI PERTAMA PUSPANITA

Persidangan ini diadakan pada 3 – 4 Jun 2013 di Hotel Istana, Kuala Lumpur. Seramai 27 orang wakil dari PUSPANITA NRE menghadiri persidangan tersebut. Antara faedah yang diperolehi daripada persidangan tersebut adalah penambahan ilmu pengetahuan melalui ceramah-ceramah yang disampaikan oleh penceramah jemputan.

PROGRAM KAYUHAN HIJAU NRE BERSAMA KETUA PENGARAH PERKHIDMATAN AWAM

Program ini diadakan pada 2 Oktober 2013 bertempat di Taman Eko, Ara Damansara, Petaling Jaya. Program ini disertai oleh kedua-dua Pengerusi PUSPANITA Jabatan Perkhidmatan Awam dan NRE serta 20 ahli PUSPANITA.

PROGRAM RAKAN ALAM SEKITAR

Program Rakan Alam Sekitar (RAS) diadakan pada 20 Oktober 2013 di Cameron Highlands disertai seramai 50 ahli. Peserta dibawa menyusuri ‘board walk’ di Hutan Lumut, Gunung Berinchang, Cameron Highlands sambil diberi penerangan oleh pegawai dari Jabatan Hutan Negeri Pahang mengenai usaha pemuliharaan kawasan Hutan Lumut tersebut. Program diteruskan dengan aktiviti penanaman 20 batang pokok damar minyak di kawasan Hutan Lumut sebelum bergerak ke Tanah Rata bagi memeriahkan Majlis Pelancaran Minggu Alam Sekitar Malaysia oleh Menteri NRE serta pelepasan konvoi 32 kenderaan kumpulan Jejak Mesra Rakan Alam Sekitar 1Malaysia.

Page 9: Buletin Alam Suri Tahun 2013

Buletin ALAM SURI 2014 9

akTiviTi BiRO

PROGRAM AURA USAHAWANAN INDUSTRI KECIL/SEDERHANA

Program Aura Usahawanan Industri Kecil/Sederhana ke daerah Melaka Tengah diadakan pada 29-31 Januari 2013 dan disertai 10 ahli. Tujuan program adalah untuk menimba ilmu, pengalaman dan pembangunan keusahawanan khususnya dikalangan kaum hawa untuk menjana ekonomi negara di samping meningkatkan jalinan kerjasama dan silaturrahim dengan semua peringkat masyarakat. Antara industri yang dilawati ialah pembuatan dodol & gula melaka, industri pembuatan kerisik, rempah ratus dan industri pembuatan mee.

Biro Agama, Kebajikan dan Ahli Seumur Hidup

PERTANDINGAN BOLING SEMPENA MESYUARAT PENGURUSAN DAN MESYUARAT KETUA-KETUA JABATAN NRE

Pertandingan diadakan pada 21 April 2013 bertempat di Hotel Gold Coast, Sepang. Seramai 10 ahli PUSPANITA terdiri daripada pengerusi setiap Jabatan/Agensi di bawah NRE menyertai pertandingan tersebut. Pertandingan ini turut disertai oleh pengurusan tertinggi NRE termasuk KSU dan TKSU serta pegawai dan kakitangan NRE.

MAJLIS TADARUS DAN KHATAM AL-QURAN PERDANA

Pada 12 Julai 2013 bersamaan 3 Ramadan 1434H, bertempat di Dewan Baiduri, Wisma Sumber Asli, Putrajaya diadakan Majlis Tadarus Dan Khatam Al-Quran Perdana. Seramai lebih kurang 90 orang peserta hadir ke majlis tersebut. Sebelum mengadakan majlis tadarus, solat dhuha dan solat hajat diadakan majlis doa selamat bagi mendoakan kejayaan anak-anak yang akan menghadapi peperiksaan UPSR, PMR dan SPM. Majlis tadarus dan khatam Al Quran tersebut diketuai oleh Ustazah Nooraishah bt. Ishak.

Antara kumpulan peserta tadarus Al-Quran

PROGRAM CERAMAH SEMPENA SAMBUTAN ISRAK MIKRAJ

Pada 13 Jun 2013 bertempat di Dewan Baiduri, Wisma Sumber Asli, Putrajaya, PUSPANITA NRE dengan kerjasama Kelab Alam mengadakan ceramah yang bertajuk ‘Suatu Perjalanan’. Ceramah yang disampaikan oleh Ustaz Elyas bin Ismail dihadiri oleh ahli PUSPANITA dan juga pegawai serta kakitangan lelaki dari jabatan dan agensi di bawah Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar. Lebih 1,000 bekas bubur lambuk diagihkan kepada peserta selepas program.

Biro Sukan dan Sosial

Biro Keusahawanan

Page 10: Buletin Alam Suri Tahun 2013

10 Buletin ALAM SURI 2014

KELAS MENJAHIT BAJU KURUNG

Seramai 10 orang peserta menghadiri Kelas Menjahit yang diadakan pada 26 April 2013. Ahli-ahli yang hadir dapat mempelajari cara membuat pola, memotong kain serta menjahit baju kurung dengan cara mudah dan cepat. Di samping itu ahli-ahli dapat menambah pendapatan sekiranya mahir dalam bidang jahitan.

MENGHIAS KEK CAWAN

Seramai 15 orang ahli menyertai bengkel yang diadakan pada 31 Mei 2013. Mereka yang hadir dapat mempelajari cara membuat cupcakes, buttercream untuk hiasan, teknik menghias menggunakan buttercream dan fondant. Sebahagian daripada peserta berjaya menguruskan jualan runcit secara kecil-kecilan.

akTiviTi JaBaTan / agensiJabatan Pengairan dan saliran | JPs

MESYUARAT TERHIMPUN PUSPANITA JPSBIL 1/2013

Mesyuarat diadakan pada 18 Januari 2013 disempurnakan oleh Penasihat PUSPANITA Datuk Ir. Hj. Ahmad Husaini bin Sulaiman bertempat di Bilik Gerakan, Ibu Pejabat JPS, Kuala Lumpur bagi membentang laporan aktiviti 2012 dan aktiviti yang dirancang sepanjang 2013.

KUNJUNGAN KE NURSERY SG. BULOH

Taklimat oleh peniaga di Nursery Sg. Buloh mengenai cara-cara penanaman dan penjagaan pokok yang betul kepada ahli PUSPANITA pada 7 Jun 2013.

PERHIMPUNAN BULANAN DAN JAMUAN HARI RAYA AIDILFITRI

Perhimpunan bulanan bagi bulan Ogos dan Jamuan Hari Raya diadakan pada 29 Ogos 2013 dihadiri oleh Menteri NRE, Datuk Seri G. Palanivel dan semua pengurusan atasan JPS serta 500 orang warga JPS.

Page 11: Buletin Alam Suri Tahun 2013

Buletin ALAM SURI 2014 11

LAWATAN KERJA TEKNIKAL PROGRAM WARGA JPS TURUN PADANG ZON UTARA 2013

Lawatan Kerja Teknikal Ke Luar Negara melalui Program Warga JPS Turun Padang Zon Utara 2013 bersama Penasihat dan Pengerusi PUSPANITA JPS diadakan pada 18-21 Oktober 2013. Seramai 106 orang turun padang ke negeri Perak, Perlis dan seterusnya ke Royal Irrigation Department (RID), Thailand. Kunjungan ke RID disertai oleh Konsulat Malaysia dari Songkhla.

Program ini menyokong dasar-dasar kerajaan ke arah mewujudkan masyarakat sihat, cergas serta penyayang dan prihatin terhadap alam sekitar dan sungai, sekaligus menaikkan imej JPS Malaysia samada di dalam atau luar negara.

akTiviTi JaBaTan / agensiJabatan Pengairan dan saliran | JPs

PERTANDINGAN BOLING PUSPANITA JPS MALAYSIA 2013

Pertandingan boling PUSPANITA JPS Malaysia 2013 bagi acara berpasukan antara Bahagian dan Individu VIP untuk merebut piala pusingan Datin Hajjah Norliyati binti Haji Said berlangsung dengan jayanya pada 17 Disember 2013 di Ampang SuperBowl, Ampang Point Shopping Center. Kejohanan ini disertai Datin Hajjah Norliyati, ahli VIP serta ahli-ahli lain. Pertandingan ini bertujuan untuk mewujudkan semangat kesukanan dan berpasukan di kalangan ahli PUSPANITA, beramah mesra dan mengeratkan silaturrahim.

Mutiara Kata:Tidak ada kebaikan bagi pembicaraan kecuali dengan amalan. Tidak ada kebaikan bagi harta kecuali dengan kedermawanan. Tidak ada kebaikan bagi sahabat kecuali dengan kesetiaan. Tidak ada kebaikan bagi sedekah kecuali niat yang ikhlas. Tidak ada kebaikan bagi kehidupan kecuali kesihatan dan keamanan.

Page 12: Buletin Alam Suri Tahun 2013

12 Buletin ALAM SURI 2014

akTiviTi JaBaTan / agensi

Jabatan ukur dan Pemetaan malaysia | JuPem

MESYUARAT TERHIMPUN JUPEM

Mesyuarat Agung Tahun 2013 dirasmikan oleh Datuk Prof. Sr Dr. Abdul Kadir bin Taib, Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan Malaysia merangkap Penasihat PUSPANITA JUPEM pada 28 Februari 2013, bertempat di Dewan Ukur, JUPEM. Seramai 220 orang pegawai dan ahli PUSPANITA, termasuk barisan pegawai tertinggi dan pegawai kanan Jabatan menghadiri mesyuarat tersebut. Mesyuarat membentangkan laporan aktiviti dan kewangan sepanjang tahun 2011 dan 2012. Seterusnya ahli mesyuarat diperkenalkan kepada barisan Ahli Jawatankuasa Sesi 2013/2014.

KEMBARA ANTARABANGSA

Hong Kong, Shenzen dan Ghuangzhou menjadi pilihan destinasi Kembara Antarabangsa, bermula dari 23 - 29 Mei 2013. Rombongan seramai 38 orang peserta, disertai oleh Pengerusi PUSPANITA JUPEM Datin Normah bt. Mohamad, bersama ahli dan keluarga. Selain melawat tempat-tempat menarik, peserta rombongan sempat beramah mesra bersama isteri duta Malaysia di Hong Kong dan Konsul Jeneral Malaysia di Ghuangzhou. Lawatan ini bertujuan mengeratkan silaturrahim serta berkongsi pengalaman kehidupan diperantauan daripada kakitangan kedutaan dan konsulat di sana.

CERAMAH POSISI PENYUSUAN SUSU IBU

PUSPANITA JUPEM telah menganjurkan satu ceramah bertajuk ‘Cara Penyusuan Susu Ibu’ pada 22 Mei 2013 bertempat di Bilik PUSPANITA, Wisma JUPEM. Ceramah dihadiri seramai 20 orang peserta, disampaikan oleh Puan Juzaila binti Abdul Satar, Kaunselor Laktasi bertauliah daripada Bahagian Geospatial Pertahanan. Tujuan ceramah ini adalah memberi maklumat yang betul semasa menyusukan bayi bagi melancarkan dan menjayakan proses penyusuan. Ibu yang menyusukan akan lebih selesa dan bayi dapat menyusu dengan lebih efektif. Cara yang ditunjukkan adalah seperti cradle hold, cross cradle hold, football hold, laying down dan tandem.

Page 13: Buletin Alam Suri Tahun 2013

Buletin ALAM SURI 2014 13

akTiviTi JaBaTan / agensi

Jabatan ukur dan Pemetaan malaysia | JuPem

BENGKEL PENGGAYAAN SELENDANG

Memandangkan trend memakai tudung masa kini telah beralih kepada mengayakan selendang maka PUSPANITA JUPEM telah menganjurkan ‘Bengkel Penggayaan Selendang’, pada 21 Jun 2013. Seramai 18 orang ahli PUSPANITA menghadiri bengkel tersebut.

Pada 20 Ogos 2013 pula, sambutan Majlis Hari Raya Aidilfitri diadakan oleh PUSPANITA dan JUPEM. Pada tahun ini konsep gerai yang dipilih PUSPANITA JUPEM adalah Gerai Air Batu Campur (ABC) dan Cendol. Sempena majlis ini, seramai 40 anak-anak dari Rumah Titian Kasih diraikan serta diberi sumbangan duit raya yang disampaikan oleh Tan Sri Datuk Seri Panglima Joseph Kurup, Timbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar.

PROGRAM KEBAJIKAN DAN AGAMA

Majlis Berbuka Puasa anjuran JUPEM, Persatuan Kebajikan Pekerja Islam Jalan Semarak, dengan kerjasama PUSPANITA JUPEM diadakan pada 18 Julai 2013, di perkarangan Wisma JUPEM. Seramai 26 anak-anak yatim dari kalangan kakitangan JUPEM menerima sumbangan berupa cenderamata dan wang tunai, yang disampaikan oleh Datuk Prof. Sr Dr. Abdul Kadir bin Taib. Majlis diserikan dengan Kumpulan Nasyid JUPEM dan tazkirah khas disampaikan oleh penceramah jemputan selepas solat terawih.

Page 14: Buletin Alam Suri Tahun 2013

14 Buletin ALAM SURI 2014

akTiviTi JaBaTan / agensi

Jabatan ukur dan Pemetaan malaysia | JuPem

LAWATAN KE INSTITUT PENYELIDIKAN PERHUTANAN MALAYSIA (FRIM)

Pada 4 Disember 2013, PUSPANITA JUPEM mengadakan lawatan ke FRIM bertujuan mengenali dan memahami aktiviti serta peranan FRIM di samping mengeratkan silaturrahim di kalangan ahli-ahli. Seramai 42 ahli menyertai lawatan, yang diketuai oleh Datin Normah binti Mohamad, Pengerusi PUSPANITA JUPEM.

MAJLIS RAMAH MESRA 2013

Pada 3 November 2013, PUSPANITA JUPEM bersama dengan Persatuan Qaseh Bonda mengadakan Majlis Ramah Mesra bertujuan mengeratkan silaturrahim dan mengutip dana untuk ibu-ibu tunggal Rumah Soleh dan Rumah Titian Kasih. Majlis diadakan di Café Heliconia, FELDA, Jalan Perumahan Gurney, Kuala Lumpur bertemakan ‘Polka Dot Garden Party’. Seramai 60 ahli dari kalangan ahli PUSPANITA JUPEM dan Persatuan Qaseh Bonda hadir bagi memeriahkan majlis ini.

SENAM BOKWA

Senam Bokwa dilakukan secara santai baik untuk kesihatan kardiovaskular, menguatkan otot dan memperbaiki koordinasi gerak tubuh serta meningkatkan stamina. Senam dipimpin oleh Puan Sutini binti Sumanan dan Puan Nor Azlinda binti Azmi, akan menjadi aktiviti berkala ahli-ahli.

Mutiara Kata:Semalam merupakan suatu kenangan, hari ini adalah suatu kenyataan manakala esok adalah suatu penantian. Kenangan semalam mesti kita simpan buat pedoman di hari depan dan kenyataan hari ini mesti kita tempuhi dengan tabah tetapi kita juga harus bersedia untuk menanti hari esok yang merupakan suatu penyeksaan.

Hidup ini harus dijalani dengan penuh semangat,ada kalanya kita harus berlari dan ada kalanya kita jatuh. Ketika anda jatuh jangan mudah berputus asa. Bangkitlah kembali kerana orang yang sedang jatuh adalah orang yang sedang melakukan proses untuk mencapai keberhasilan yang diimpikannya.

Page 15: Buletin Alam Suri Tahun 2013

Buletin ALAM SURI 2014 15

akTiviTi JaBaTan / agensiJabatan Perhutanan semenanjung malaysia | JPsm

MESYUARAT TERHIMPUN JPSM

Mesyuarat Agung yang diadakan pada 29 Mac 2013 di Dewan Damar Minyak, Ibu Pejabat Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia, telah disempurnakan oleh Dato’ Prof. Dr. Haji Abd. Rahman bin Haji Abd Rahim. Mesyuarat ini membincangkan aktiviti-aktiviti yang akan diadakan sepanjang tahun 2013 dan dihadiri seramai 75 orang.

PROGRAM MENEROKA GUA TEMPURUNG

Program Meneroka Gua Tempurung yang dijalankan pada 15 Jun 2013 disertai seramai 30 ahli. Tujuan aktiviti ini adalah bagi menyemai rasa cintakan alam sekitar di samping berpeluang melihat keindahan dan keunikan bentuk muka bumi Gua Tempurung yang tersendiri, di samping mengeratkan silaturrahim di kalangan ahli serta memupuk kerjasama yang erat melalui aktiviti lasak yang dianjurkan. Program ini dianjurkan dengan kerjasama PUSPANITA Jabatan Perhutanan Negeri Perak.

AKTIVITI SENAMROBIK

Aktiviti senamrobik ini merupakan aktiviti yang dijalankan sepanjang tahun, bermula pada bulan April 2013, setiap hari rabu minggu kedua dan keempat setiap bulan. Sambutannya sangat menggalakkan dan akan diteruskan pada tahun-tahun mendatang. Objektifnya ialah untuk memupuk amalan cara hidup sihat dan merapatkan hubungan silaturahim di kalangan ahli-ahli.

KEJOHANAN BOLING SEMPENA HARI BAPA 2013

Bersempena dengan Sambutan Hari Bapa, PUSPANITA JPSM telah menganjurkan Kejohanan Boling yang diadakan pada 29 Jun 2013. Kejohanan ini disempurnakan oleh Ketua Pengarah Perhutanan Semenanjung Malaysia, di Pin Junction, Cineleisure Damansara. Kejohanan disertai 41 orang dan turut dimeriahkan dengan penyertaan pengarah-pengarah Bahagian.

Page 16: Buletin Alam Suri Tahun 2013

16 Buletin ALAM SURI 2014

akTiviTi JaBaTan / agensiJabatan Perhutanan semenanjung malaysia | JPsm

JUALAN SEMPENA MAJLIS PENYAMPAIAN SIJIL PENGAWAS HUTAN

Sempena Majlis Penyampaian Sijil di Bahagian Latihan Perhutanan pada 2 Julai 2013, PUSPANITA JPSM mengadakan gerai jualan bagi menambah dana PUSPANITA di samping mendedahkan ahli-ahlinya dengan bidang keusahawanan dan perniagaan.

PROGRAM SUKARELAWAN ZOO NEGARA

Pada 28 November 2013, satu program sukarelawan Zoo Negara telah diadakan di Zoo Negara, Hulu Kelang, Selangor yang disertai oleh 30 ahli. Program ini bertujuan untuk membina keyakinan diri dan semangat sukarelawan melalui khidmat masyarakat dan meningkatkan kesedaran kepada pemuliharaan hidupan liar. Selain itu, ahli-ahli berpeluang menimba pengalaman sebagai penjaga zoo (zookeeper).

PROGRAM PUSPANITA SEMPENA PERSIDANGAN PENGARAH-PENGARAH PERHUTANAN NEGERI KE 33

Program PUSPANITA sempena Persidangan Pengarah-Pengarah Negeri ke 33 telah diadakan pada 10 - 14 Disember 2013 di Perlis. Program ini merupakan platfom pertemuan dan perkongsian ilmu pengetahuan, serta mengeratkan silaturrahim di antara ahli PUSPANITA Ibu Pejabat dan PUSPANITA Jabatan Perhutanan Negeri-Negeri. Antara program yang diadakan seperti gotong-royong membersihkan surau di Hutan Lipur Bukit Ayer, lawatan ke Rimba Herba, Taman Anggur Perlis, Taman Ular dan Reptilia, Masjid Terapung Al Hussein, pertandingan boling serta Program Tanam Pokok. Program ini dianjurkan bersama dengan kerjasama PUSPANITA Jabatan Perhutanan Negeri Perlis.

Mutiara Kata:Tiada manusia yang berjaya dalam semua yang dilakukannya dan kewujudan kita ini sebenarnya mesti menempuh kegagalan. Yang penting ialah kita tidak menjadi lemah semasa kegagalan itu terjadi dan kekalkan usaha hingga ke akhir hayat.

Page 17: Buletin Alam Suri Tahun 2013

Buletin ALAM SURI 2014 17

INSTITUTPE

NYELIDIKAN

PERHUTANANM

ALAY S I A

akTiviTi JaBaTan / agensiinstitut Penyelidikan Perhutanan malaysia | fRim

MESYUARAT AJK INDUK PUSPANITA FRIM 1/2013

Mesyuarat AJK Induk PUSPANITA FRIM diadakan pada 27 Februari 2013 di Bilik Licuala dipengerusikan oleh Datin Halidah binti Kasmin Pengerusi PUSPANITA. Mesyuarat ini juga diadakan bagi sesi suaikenal bersama Timbalan Pengerusi I iaitu Puan Zaidah binti Mohd Yusoff isteri TKKP.

Sambutan Hari Alam Sekitar Peringkat FRIM diadakan pada 29 Jun 2013. Antara aktiviti yang diadakan ialah minum pagi dengan ahli-ahli senam, jualan barangan terpakai, gerai pameran dan produk kesihatan, kaunter refleksologi, pertandingan mewarna kategori 6-8 tahun dan 9-12 tahun serta lawatan berpandu ke Denai Alam. Seramai 10 ahli bertugas menjayakan aktiviti ini.

KUTIPAN DERMA IKHLAS

Pada 5 September 2013, kutipan derma ikhlas telah diserahkan kepada Pn. Rozita binti Ibrahim oleh lima orang wakil PUSPANITA di kampus FRIM, Kepong. Kutipan yang dianjurkan oleh PUSPANITA dengan kerjasama Persatuan Wanita FRIM (PWFRIM) bertujuan meringankan beban Pn. Rozita yang bercuti separuh gaji kerana menjaga suami beliau yang menjalani pembedahan pintasan jantung.

LAWATAN SAMBIL BELAJAR OLEH PUSPANITA JUPEM

Mutiara Kata:Seseorang yang berperibadi kuat umpama besi waja, semakin dibakar oleh keadaan semakin dititik oleh cabaran hidup, semakin teguh dan waja untuk menghadapi hidup. Seseorang yang berperibadi lemah laksana tanah, apabila diketuk oleh cabaran hidup ia akan berkecai.

Sesi bergambar bersama AJK Puspanita FRIM dan Puspanita JUPEM.

Dr. Zunoliza Abdullah memberi penerangan berkenaan aktiviti penyelidikan yang dijalankan di Makmal Fitokimia.

Jurupandu (En. Aziz) sedang memberi taklimat di Denai Keruing/Salleh kepada para peserta.

Sesi bergambar bersama AJK Puspanita FRIM dan Puspanita JUPEM.

Dr. Zunoliza Abdullah memberi penerangan berkenaan aktiviti penyelidikan yang dijalankan di Makmal Fitokimia.

Jurupandu (En. Aziz) sedang memberi taklimat di Denai Keruing/Salleh kepada para peserta.

YBhg Datin Halidah Kasmin bersama Timbalan Pengerusi I Puspanita FRIM, YBrs Puan Zaidah Mohd Yusoff.

Mesyuarat telah dihadiri oleh barisan AJK Induk Puspanita FRIM.

Pada 4 Disember 2013 PUSPANITA FRIM telah menerima lawatan sambil belajar dari PUSPANITA JUPEM yang diketuai oleh Datin Hjh. Normah bt. Mohamad, Pengerusi PUSPANITA JUPEM, manakala PUSPANITA FRIM diketuai oleh Setiausaha Pn. Saifulhazlin dan beberapa AJK. Antara program dilaksanakan pada hari tersebut adalah lawatan ke

Makmal Fitokimia & Genetik dan tapak semaian, sesi demonstrasi teknik 'keratan daun mudah alih' Kacip Fatimah, dan Marcot, lawatan ke Denai Alam serta Laman PUSPANITA di perkarangan Rumah Arboreta.

Acara taklimat kepada ‘Joggers’ FRIM telah disampaikan oleh YBhg Dato’ Dr. Abd Latif Mohmod, Ketua Pengarah FRIM.

Aktiviti car boot sale, gerai pameran & produk kesihatan, kaunter refleksologi telah dijalankan.

SAMBUTAN HARI ALAM SEKITAR

Page 18: Buletin Alam Suri Tahun 2013

18 Buletin ALAM SURI 2014

PERHILITAN

akTiviTi JaBaTan / agensiJabatan Perlindungan Hidupan liar dan Taman negara | PeRHiliTan

PERARAKAN SAMBUTAN MAULIDUR RASUL

Pada 25 Januari 2013 telah diadakan sambutan Maulidur Rasul di Kuala Tahan, Pahang.Sambutan perarakan yang melibatkan ahli-ahli PUSPANITA, guru-guru dan murid-murid Sekolah Kebangsaan Kuala Tahan ini dilakukan sebagai pendekatan bagi melahirkan rasa cinta terhadap Rasulullah.

MESYUARAT TERKUMPUL PUSPANITA JABATAN PERHILITAN TAHUN 2013

Pada 20 Mac 2013 bertempat di Auditorium Ibu Pejabat PERHILITAN, Mesyuarat Terkumpul 2013 telah diadakan. Mesyuarat diadakan bagi membentangkan laporan aktiviti dan kewangan tahun 2012 PUSPANITA Ibu Pejabat, Taman Negara dan Rezab Krau.

KURSUS KECANTIKAN

Pada 13 April 2013 telah diadakan Kursus kecantikan bersama Giffarine Skyline Unity (M) Sdn Bhd cawangan Jerantut. Selain teknik solekan, peserta juga diberi pendedahan cara-cara menjaga kesihatan. Seramai 20 orang ahli dan penduduk setempat turut serta dalam kursus ini.

KARNIVAL KESIHATAN

Ahli - ahli PUSPANITA PERHILITAN telah menjalani Ujian Saringan Kesihatan Sempena Karnival Kesihatan pada 17 Ogos 2013 bertempat di Perkarangan Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HOSHAS), Temerloh. Selain ujian kesihatan, peserta juga turut mendapat khidmat nasihat mengenai penjagaan kesihatan dan amalan gaya hidup sihat.

Page 19: Buletin Alam Suri Tahun 2013

Buletin ALAM SURI 2014 19

PERHILITAN

akTiviTi JaBaTan / agensiJabatan Perlindungan Hidupan liar dan Taman negara | PeRHiliTan

PERLAWANAN FUTSAL

Perlawanan Futsal antara ahli-ahli PUSPANITA pada 21 Ogos 2013 di Padang Futsal Kuala Tahan, Pahang disertai seramai 25 orang ahli.

MAJLIS CERAMAH AGAMA

Pada 19 September 2013 bersempena sambutan Aidilfitri satu Majlis Ceramah Agama bertajuk ‘Keberkatan & Khusyuk Dalam Solat’ telah diadakan bertempat di Surau Kuarters Kakitangan Bukit Rengit, Lanchang, Pahang. Ustaz yang dijemput turut memberi panduan mengenai kelebihan bersolat serta bagaimana untuk mendapatkan khusyuk dalam solat.

SUKANEKA

Sukaneka telah diadakan pada 5 Oktober 2013 bertempat di Padang Belia Kuala Tahan, Pahang bagi merapat dan mengeratkan silaturahim sesama ahli. Antara acara yang diadakan adalah lari dalam guni, lumba lari sambil membawa bola ping pong dalam sudu, tiup belon hingga pecah dan sebagainya.

KELAS PEMBUATAN KEK DAN BAKERI

Pada 10 September 2013 bertempat di Kolej Komuniti Bentong, Pahang telah diadakan Kelas Pembuatan Kek dan Bakeri. Peserta diajar cara-cara membuat pelbagai jenis kek dan roti antaranya puding karamel, pizza, kek brownies dan sebagainya.

MAJLIS SAMBUTAN HARI LAHIR AHLI - AHLI PUSPANITA JABATAN PERHILITAN

Pada 14 November 2013 satu Majlis Sambutan Hari Lahir Ahli-Ahli PUSPANITA Jabatan PERHILITAN telah diadakan bertempat di Ibu Pejabat Jabatan PERHILITAN.

PROGRAM ‘SIHAT CERIA, WANITA SIHAT KELUARGA BAHAGIA’

Program ini diadakan di Bukit Tinggi, Pahang pada 23 November 2013. Aktiviti ini disertai oleh 26 orang ahli. Pertandingan boling antara ahli PUSPANITA dan lawatan ke ‘Japanese Village’ turut diadakan.

Page 20: Buletin Alam Suri Tahun 2013

20 Buletin ALAM SURI 2014

akTiviTi JaBaTan / agensi

Jabatan mineral dan geosains | Jmg

PROGRAM MOTIVASI KESIHATAN

Program Motivasi Kesihatan diadakan pada 3 Julai 2013 di Bilik Nilam, Lantai 22, Ibu Pejabat JMG. Motivasi disampaikan oleh Encik Ahmad bin Salleh dari ADA Global Sdn. Bhd. Seramai 39 peserta menghadiri program ini yang terdiri daripada ahli PUSPANITA dan warga JMG.

Para hadirin tekun mendengar ilmu- ilmu yang disampaikan oleh penceramah.

Penceramah kesihatan, Encik Ahmad Salleh

MESYUARAT TERHIMPUN KE 13 JMG

Pada 27 Mac 2013 bertempat di Bilik Nilam telah diadakan mesyuarat agung ke 13. Di samping itu, peraduan teka buah dan teka-teki turut diadakan bagi memeriahkan majlis. Semua ahli PUSPANITA hadir menjayakan majlis kali ini.

LAWATAN SAMBIL BELAJAR DAN PROGRAM PENGHAYATAN MARIN KE PULAU REDANG, TERENGGANU

Program yang diadakan pada 28 Jun hingga 1 Julai 2013 ini merupakan lawatan sambil belajar yang melibatkan seramai 25 peserta terdiri daripada ahli PUSPANITA dan warga JMG. Program bertujuan untuk memahami, menghargai dan menikmati warisan marin serta alam semula jadi disamping memperkasakan diri dengan ilmu pengetahuan berkenaan khazanah hidupan laut. Selain Pulau Redang tempat-tempat lain yang dilawati ialah Masjid Kristal, perusahaan Keropok Lekor di Seberang Takir dan JMG Terengganu.

CERAMAH RAMADAN

Satu ceramah agama diadakan pada 11 Julai 2013 di Bilik Nilam, Lantai 22, Ibu Pejabat JMG. Ceramah telah disampaikan oleh Ustaz Muhamad Syaari bin Ab. Rahman daripada Universiti Putra Malaysia (UPM) bertajuk ‘RAMADAN PEMBENTUK TABIAT KERJA BERKESAN’. Seramai 40 orang hadir terdiri daripada ahli PUSPANITA dan warga JMG.

Penceramah Ustaz Muhamad Syaari bin Ab. Rahman

Hadirin tekun dan khusyuk mendengar ceramah walaupun sedang berpuasa.

Penceramah Ustaz Muhamad Syaari bin Ab. Rahman

Hadirin tekun dan khusyuk mendengar ceramah walaupun sedang berpuasa.

Page 21: Buletin Alam Suri Tahun 2013

Buletin ALAM SURI 2014 21

akTiviTi JaBaTan / agensi

Jabatan mineral dan geosains | Jmg

PERTANDINGAN BOLING MEREBUT PIALA JUSA 2013

Pertandingan pada 30 September 2013 di Mines Play@Zone Wonder Bowl, The Mines, Seri Kembangan merupakan anjuran bersama KESKIP dan PUSPANITA. Pertandingan dirasmikan oleh Haji Wahid bin Abdul Rahman, Pengarah Cawangan Penyelarasan Pelaksanaan Operasi (PPO).

Mutiara Kata:Kemanisan bicara seorang wanita dapat mengegarkan sebuah istana, menyejukkan jiwa yang kehangatan juga menghancurkan dirinya sendiri. Oleh itu tempatkanlah ia di sudut yang damai agar kebahagian bisa berpanjangan.

MAJLIS PERHIMPUNAN MERDEKA RAYA

Program pada 30 Ogos 2013 ini merupakan anjuran bersama Jabatan, Kelab Sukan dan Kebajikan Ibu Pejabat (KESKIP) dan PUSPANITA JMG. Majlis ini merupakan gabungan Perhimpunan Bulanan Jabatan, sambutan Hari Merdeka dan Hari Raya diadakan di Bilik Nilam, Ibu Pejabat JMG. Majlis ini disambut meriah dengan penyertaan daripada warga JMG Ibu Pejabat serta jemputan luar seperti pegawai-pegawai kader, kakitangan daripada pejabat negeri dan juga NRE.

LAWATAN KE MUZIUM GEOLOGI BANDUNG, INDONESIA

Program ini merupakan anjuran bersama KESKIP dan PUSPANITA. Lawatan selama empat hari tiga malam bermula dari 26 - 29 Oktober 2013. Banyak tempat menarik di sekitar Bandung dilawati.

ÊÊÊÊÊÊÊÊÊÊ

ÊÊÊÊÊÊÊÊÊBergambarÊkenanganÊdiÊdepanÊdanÊdiÊdalamÊMuziumÊGeologi.Ê

ÊÊÊÊÊÊÊÊÊÊÊÊÊÊÊÊÊÊÊ BergambarÊdihadapanÊrangkaÊdinasor.Ê

Page 22: Buletin Alam Suri Tahun 2013

22 Buletin ALAM SURI 2014

NAHRIM akTiviTi JaBaTan / agensiinstitut Penyelidikan Hidraulik kebangsaan malaysia | naHRim

MAJLIS BACAAN YASSIN DI TASKA NAHRIM

Biro Kebajikan PUSPANITA NAHRIM telah menganjurkan Majlis Bacaan Yassin pada 11 Oktober 2013 bertempat di Taska NAHRIM yang dihadiri oleh 25 orang warga NAHRIM. Sesi bacaan ini diadakan bagi memohon keberkatan dan kesejahteraan anak-anak warga NAHRIM yang ditempatkan di taska tersebut.

TUNJUK CARA MAKANAN SIHAT

Pada 24 Jun 2013, Biro Ekonomi PUSPANITA NAHRIM telah menganjurkan satu tunjuk cara masakan sihat tanpa menggunakan minyak yang dihadiri oleh 20 orang ahli. Pelbagai hidangan telah disediakan seperti pancake, pop-corn, burger dan lain-lain lagi. Tunjuk cara selama satu jam ini memberi pendedahan kepada ahli PUSPANITA kaedah memasak secara sihat, mudah dan cepat.

JUALAN BAZAR RAMADAN

Aktiviti jualan bazar ini diadakan pada 19 Julai 2013 di lobi NAHRIM. Gotong-royong menyediakan juadah untuk jualan telah dihadiri seramai hampir 30 ahli. Antara juadah yang dijual adalah nasi kerabu, nasi lemak ayam goreng berempah, kuih bakar, puding caramel, kuih cara, wantan goreng, air soya, teh bunga dan pelbagai lagi.

MAJLIS BERBUKA PUASA

Bersempena dengan Majlis Berbuka Puasa NAHRIM 2013 pada 24 Julai 2013, PUSPANITA NAHRIM telah menyumbang juadah berbuka iaitu kurma, karipap dan air mineral kepada para tetamu. Sesi gotong-royong untuk membungkus juadah pada petang tersebut dihadiri 15 ahli. Bungkusan juadah diedarkan kepada para tetamu selepas program ceramah dan sejurus sebelum waktu berbuka diketuai oleh Pengerusi PUSPANITA NAHRIM.

Page 23: Buletin Alam Suri Tahun 2013

Buletin ALAM SURI 2014 23

akTiviTi JaBaTan / agensiJabatan Taman laut malaysia | JTlm

MESYUARAT TERHIMPUN 2013

Pada 22 April 2013, buat julung kalinya Mesyuarat Agung Tahunan PUSPANITA JTLM diadakan di Bilik Mesyuarat Jed, JTLM. Mesyuarat ini telah melantik barisan AJK serta merancang aktiviti PUSPANITA JTLM sepanjang tahun 2013. Mesyuarat ini dirasmikan oleh Penasihat PUSPANITA JTLM iaitu Ketua Pengarah JTLM, Dr. Sukarno binti Wagiman.

SUKAN RAKYAT SEMPENA SAMBUTAN HARI LAUT SEDUNIA

Acara Sambutan Hari Laut Sedunia telah diadakan pada 7 Mei 2013 di perkampungan Pulau Redang. PUSPANITA dan Bahagian Pendidikan dan Interpretasi Maklumat, JTLM telah bergabung tenaga menjayakan acara sukan rakyat bersama penduduk Pulau Redang.

KELAS MEMASAK – CARA MEMBUAT PAVLOVA

Wanita dan memasak sesungguhnya tidak dapat dipisahkan. Justeru, satu aktiviti kelas memasak telah diadakan pada 17 Mei 2013. Ahli-ahli PUSPANITA telah diajar cara membuat ‘pavlova’ oleh salah seorang ahli PUSPANITA JTLM sendiri iaitu Pn. Suzilawati. Di dalam kelas tersebut ahli telah diajar teknik membuat serta menghias pavlova.

MAJLIS BERBUKA PUASA BERSAMA PENDUDUK KAMPUNG PULAU TINGGI, MERSING

Pada 26 Julai 2013 telah diadakan Majlis Berbuka Puasa bersama penduduk kampung Pulau Tinggi. Majlis ini merupakan kerjasama di antara PUSPANITA JTLM dan Kelab Sukan dan Sosial (MASKAL), JTLM bagi meraikan penduduk kampung di Pulau Tinggi, Mersing.

Selain majlis berbuka puasa, PUSPANITA juga mengadakan kutipan derma di antara ahli untuk disumbangkan kepada penduduk kampung bagi meringankan beban dalam persiapan untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri.

Mutiara Kata:Jika kejahatan di balas kejahatan, maka itu adalah dendam. Jika kebaikan dibalas kebaikan itu adalah perkara biasa. Jika kebaikan dibalas kejahatan, itu adalah zalim. Tapi jika kejahatan dibalas kebaikan, itu adalah mulia dan terpuji.

Page 24: Buletin Alam Suri Tahun 2013

24 Buletin ALAM SURI 2014

akTiviTi JaBaTan / agensiJabatan alam sekitar | Jas

MESYUARAT TERHIMPUN JAS 2013

Mesyuarat diadakan pada 15 Februari 2013 disempurnakan oleh Dato’ Halimah binti Hassan, Ketua Pengarah Alam Sekitar bertempat di Bilik Mesyuarat Cempaka, Ibu Pejabat JAS. Mesyuarat ini membentangkan pelaksanaan program dan penyata kewangan bagi tahun 2012 serta perancangan program yang akan dilaksanakan bagi tahun 2013. Mesyuarat ini turut melantik Ahli Jawatankuasa (AJK) yang baru bagi menggantikan AJK yang telah berpindah.

MAJLIS TADARUS AL-QURAN

Bersempena dengan bulan Ramadan 1434H, Majlis Tadarus Al-Quran telah diadakan bermula 11 – 31 Julai 2013. Program ini bertujuan mengimarahkan bulan Ramadan dengan aktiviti kerohanian dan memupuk jalinan silaturrahim di kalangan warga JAS. Program ini disertai oleh 60 pegawai dan kakitangan JAS.

MAJLIS KHATAM AL-QURAN DAN SINAR ILMU RAMADAN

Pada 2 Ogos 2013, Majlis Khatam Al-Quran dan Sinar Ilmu Ramadan telah diadakan dengan kerjasama PUSPANITA JAS dan Kelab Kebajikan dan Sukan Jabatan Alam Sekitar. Majlis tersebut diadakan di Bilik Mesyuarat Cempaka, Ibu Pejabat JAS. Seramai 60 pegawai dan kakitangan JAS hadir dalam majlis ini. Ustaz Wan Adam bin Yaakob telah dijemput untuk menyampaikan ceramah.

GERAI JUALAN SEMPENA SAMBUTAN MINGGU ALAM SEKITAR MALAYSIA (MASM) PERINGKAT KEBANGSAAN TAHUN 2013

PUSPANITA JAS telah mengadakan gerai jualan bersempena dengan sambutan Minggu Alam Sekitar Malaysia (MASM) pada 27 Oktober 2013. Aktiviti ini mendapat sambutan menggalakkan dari ahli-ahli yang turut sama menjual pakaian, tudung, kerepek, produk kesihatan, makanan dan minuman. Seramai 5,000 orang telah mengunjungi gerai-gerai jualan tersebut.

JABATAN

ALAM

SEKITAR MALAYSIA

Mutiara Kata:Kehidupan kita di dunia ini tidak menjanjikan satu jaminan yang berkekalan. Apa yang ada hanyalah percubaan, cabaran dan pelbagai peluang. Jaminan yang kekal abadi hanya dapat ditemui apabila kita kembali semula kepada Ilahi.

Page 25: Buletin Alam Suri Tahun 2013

Buletin ALAM SURI 2014 25

Pada 30 Mei hingga 1 Jun 2013, seramai 24 ahli PUSPANITA JKPTG mengadakan Lawatan Menjelajah Warisan Gerbang Selatan ke PTG Johor Bahru bertujuan untuk mengeratkan hubungan silaturrahim dengan PUSPANITA Cawangan PTG Johor Bahru dan PUSPANITA Negeri Johor Bahru. Ahli-ahli dibawa melawat Kota Iskandar, Nusajaya dan ke USS oleh PUSPANITA PTG Johor Bahru.

akTiviTi JaBaTan / agensiJabatan ketua Pengarah Tanah dan galian | JkPTg

MENJELAJAH WARISAN GERBANG SELATAN KE PEJABAT TANAH DAN GALIAN (PTG) JOHOR BAHRU DAN KE UNIVERSAL STUDIO SINGAPURA (USS)

Pada 30 Mei hingga 1 Jun 2013, seramai 24 ahli PUSPANITA JKPTG mengadakanLawatan Menjelajah Warisan Gerbang Selatan ke PTG Johor Bahru bertujuan untuk mengeratkan hubungan silaturrahim.dengan PUSPANITA Cawangan PTG JB dan PUSPANITA Negeri Johor Bahru. Ahli-ahli dibawa melawat Kota Iskandar, Nusajaya dan ke USS oleh PUSPANITA PTG Johor Bahru.

Bergambar bersama ahli-ahli PUSPANITA di Kediaman Setiausaha Kerajaan Negeri, Johor Bahru

Pada 30 Mei hingga 1 Jun 2013, seramai 24 ahli PUSPANITA JKPTG mengadakanLawatan Menjelajah Warisan Gerbang Selatan ke PTG Johor Bahru bertujuan untuk mengeratkan hubungan silaturrahim.dengan PUSPANITA Cawangan PTG JB dan PUSPANITA Negeri Johor Bahru. Ahli-ahli dibawa melawat Kota Iskandar, Nusajaya dan ke USS oleh PUSPANITA PTG Johor Bahru.

Bergambar bersama ahli-ahli PUSPANITA di Kediaman Setiausaha Kerajaan Negeri, Johor Bahru

PROGRAM IHYA RAMADHAN

PUSPANITA JKPTG menganjurkan Ceramah Ihya Ramadan pada 16 Julai 2013 di Dewan Baiduri, Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar yang dihadiri oleh Pegawai-pegawai JKPTG Negeri. Program ini dipengerusikan oleh Timbalan Pengerusi I PUSPANITA JKPTG Datin Kamariah binti Mohamed dan turut disertai oleh Datin Hjh. Zaharah binti Mohd. Salleh, Timbalan Pengerusi II serta Dato’ Mohd. Shafie bin Arifin, Timbalan KPTG.

MESYUARAT TERHIMPUN JKPTG 2013

Pada 15 Mac 2013 PUSPANITA JKPTG telah mengadakan Mesyuarat Terhimpun bertempat di Dewan Baiduri yang dipengerusikan oleh Datin Sri Taipah binti Shaari. Sebelum mesyuarat bermula majlis dimeriahkan dengan Peragaan Busana Muslimah dan cabutan bertuah. Mesyuarat ini membentangkan laporan Aktiviti dan kewangan tahun 2012 serta cadangan aktiviti-aktiviti bagi tahun 2013.

JUALAN MEJA PUSPANITA JKPTG

Pada 13 Jun 2013, ahli-ahli PUSPANITA JKPTG membuat jualan meja sempena Program Ceramah Sempena Israk Mikraj 2013 yang disampaikan oleh Ustaz Elyas bin Ismail di Dewan Baiduri, Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar. Kehadiran peserta ke program tersebut amatlah mengalakkan.

Page 26: Buletin Alam Suri Tahun 2013

26 Buletin ALAM SURI 2014

INSTUN

akTiviTi JaBaTan / agensiinstitut Tanah dan ukur negara | insTun

PROGRAM MEMASAK BUBUR LAMBUK

Program Memasak Bubur Lambuk ini diadakan pada 30 Julai 2013. Program ini saban tahun diadakan pada bulan Ramadan sebagai salah satu aktiviti wajib PUSPANITA INSTUN. Seramai 15 orang ahli PUSPANITA hadir bersama-sama untuk bergotong-royong memasak bubur lambuk. Program potong-memotong bahan-bahan bermula pada jam 12.30 tengah hari dan bubur siap dimasak serta dibungkus pada jam 4.00 petang dan seterusnya diedarkan pada semua Warga INSTUN.

PROGRAM LAWATAN

PUSPANITA INSTUN telah mengadakan beberapa program lawatan seperti berikut:

Pertama, lawatan kemasyarakatan ke perkampungan orang asli pada 29 Januari 2013 dengan kerjasama Pasukan Simfoni Seni INSTUN bagi melihat keaslian budaya masyarakat setempat dengan lebih dekat. Antara program lawatan adalah penyampaian sumbangan berupa pakaian dan lain-lain. Peserta persembahkan dengan dua tarian Sewang.

Kedua, lawatan ke Kompleks Kraf di Jalan Conlay dan Muzim Coklat di Kota Damansara dibuat pada 6 Mac 2013 dengan kerjasama Kelab INSTUN bertujuan melihat hasil kraf Malaysia dan untuk melihat dengan lebih dekat proses penghasilan coklat. Lawatan ini disertai seramai 35 orang.

Ketiga, lawatan ke Pesta Buku Antarabangsa di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) pada 30 April 2013 diadakan sebagai langkah memupuk minat membaca di kalangan ahli di samping membeli buku-buku dengan harga yang lebih murah dari biasa. Ahli-ahli berpeluang mempelajari bagaimana perolehan sebenar koleksi buku-buku di perpustakaan INSTUN dibuat.

Keempat, ahli PUSPANITA dan Kelab INSTUN mengadakan lawatan ke Pesta Floria Putrajaya 2013 pada 27 Jun 2013 bagi melihat sendiri kecantikan flora untuk dijadikannya panduan bagi merealisasikan pengurusan lanskap yang indah bagi prasarana INSTUN.

PROGRAM ZIARAH

Program ziarah ke rumah Puan Rojina binti Abd Rahman diadakan pada 9 Mei 2013. Beliau adalah salah seorang ahli PUSPANITA yang telah jatuh sakit kerana tekanan darah tinggi. Program ziarah ini disertai oleh 20 ahli PUSPANITA.

Ahli-ahli turut menyumbangkan buah tangan dan mendoakan agar Puan Rojina cepat sembuh dan pulih seperti sediakala.

Pada 19 Jun 2013 pula beberapa orang ahli menziarahi anak Puan Nor yang dilahirkan tidak cukup bulan dan mengidap penyakit kuning yang panjang hingga perlu disuntik dengan antibiotik di kepalanya.

Page 27: Buletin Alam Suri Tahun 2013

Buletin ALAM SURI 2014 27

PROGRAM ‘THE BIGGEST LOSER

INSTUN’

Program ini dijalankan untuk m e n g g a l a k k a n wanita INSTUN khususnya menjaga

kesihatan mereka. Berat badan setiap peserta dipantau setiap minggu dan nota-nota berkaitan pemakanan dan kesihatan juga di emel dari masa ke semasa. Program ini yang sepatutnya ditamatkan pada 2 Ogos 2013 dilanjutkan kepada 16 Oktober 2013.

MAJLIS TADARUS DAN KHATAM

AL-QURAN

Majlis tadarus dan khatam al-Quran telah diadakan di Surau INSTUN pada 1 Ogos 2013 dengan dihadiri seramai 20 orang peserta. Majlis ini turut diadakan bersekali dengan

Majlis Berbuka Puasa INSTUN. Peserta tadarus telah memulakan tadarus al-Quran sepanjang bulan Ramadhan dan seterusnya bersambung pada majlis ini. Semua peserta tadarus telah diberikan cenderamata berupa senaskah al-Quran.

INSTUN

akTiviTi JaBaTan / agensiinstitut Tanah dan ukur negara | insTun

LATIHAN KECERDASAN SENAMROBIK

Sebagai satu inisiatif bagi membudayakan warga kerja yang sihat, PUSPANITA INSTUN telah menganjurkan latihan aerobik yang dilaksanakan secara berkala setiap minggu. Latihan ini dikendalikan oleh pensyarah Seni Persembahan Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI), Encik Muhammad Faisal bin Ahmad. Keistimewaan sesi aerobik yang dikendalikan ini adalah lebih bercorak gerak tari dan peserta diajar langkah demi langkah bagi menghasilkan satu koreografi menarik berdasarkan lagu yang dipilih. Persembahan dalam bentuk tarian mengikut muzik berentak moden pop ini adalah lebih bertenaga, mudah diikuti dan lebih mantap.

AKTIVITI TASKA

Mesyuarat antara ibu bapa dan pengusaha taska ini kali pertama diadakan berikutan pengusaha taska yang lama telah berhenti dan diganti dengan pengusaha yang baru. Mesyuarat pada 9 Disember 2013 ini dihadiri oleh hampir semua ibu bapa yang telah menghantar anak mereka ke Taska INSTUN. Perbincangan diadakan bagi menentukan yuran taska yang terbaru, aktiviti yang akan dijalankan sepanjang tahun 2014, dan masalah-masalah yang

d i h a d a p i Taska INSTUN dalam proses ke arah Taska PERMATA. Namun berikutan kekurangan tenaga pengasuh buat masa ini, hasrat tersebut terpaksa ditangguhkan sehingga tahun 2015.

Pada 11 Disember 2013 pula diadakan Majlis sambutan hari lahir anak-anak taska INSTUN. Acara memotong kek, nyanyian lagu hari lahir, makan-makan dan edaran

cenderahati yang disediakan oleh ibu bapa kepada anak-anak di taska INSTUN adalah antara pengisiannya

Page 28: Buletin Alam Suri Tahun 2013

28 Buletin ALAM SURI 2014

Ketika Masuk

Ucapkan salam kepada orang-orang yang sudah hadir lebih dahulu, lalu duduklah di tempat yang dipersilakan oleh tuan rumah. Bila di majlis ada orang-orang yang telah hadir, maka duduklah di akhir dari rangkaian tersebut. Janganlah menyuruh orang lain untuk pindah, lalu menempati tempat duduknya.

Ketika Duduk

Duduklah dengan sopan dan baik. Jangan melepas pandangan secara bebas ke berbagai sudut rumah. Bila ramai yang hadir, maka bersosial dan beramah mesralah dengan tetamu yang lain. Dalam perkara ini, Rasullah saw memberikan nasihat “Apabila kalian berjumpa tiga orang, maka janganlah yang dua berbincang-bincang dan mengabaikan teman yang satunya kerana hal tersebut membuatnya sedih.

Ketika Makan

Mensyukuri segala nikmat dengan menampakkan kesukaan terhadap sajian yang dihidangkan, apapun bentuk makanan dan minumannya. Juga menganggap cukup meskipun sedikit.

Ketika Berbicara

Beberapa perkara yang perlu diperhatikan antaranya : 1. Hanya membicarakan perkara yang baik-baik sahaja bukan yang terlarang seperti masalah

hubungan suami isteri. 2. Merendahkan suara ketika berbicara, kerana suara wanita boleh menjadi fitnah bagi lelaki dan

secara umumnya merendahkan suara adalah cara terbaik ketika berbicara apabila disertai dengan lemah lembut, jelas dan sopan.

3. Menjadi pendengar yang baik. 4. Menjaga lisan dari sifat kasar dan kotor. 5. Jauhi memperkatakan mengenai keburukan orang lain baik bercerita secara lisan, tulisan atau

isyarat dengan mata, tangan, kepala dan selainnya.

ALLAH SWT berfirman “Hai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan berprasangka (kecurigaan), kerana sebahagian dari prasangka itu dosa. Dan janganlah mencari-cari keburukan orang. Dan janganlah mengunjingkan (ghibah) satu sama lain. Adakah seorang diantara kamu yang suka memakan daging saudaranya yang sudah mati? Maka tentulah kamu merasa jijik kepadanya. Dan bertakwalah kepada ALLAH. Sesungguhnya ALLAH Maha Penerima taubat lagi Maha Penyayang.”(QS al-Hujurat/49:12).

Akhir Kunjungan

Mengucapkan terima kasih kepada tuan rumah merupakan penghormatan dan penghargaan baginya, sekaligus syukur kepada ALLAH SWT. Sampaikan kepada tuan rumah permohonan maaf bila ada yang kurang berkenan untuk diri sendiri atau kerana kelakuan anak-anak. Jangan lupa persilakan untuk berkunjung ke rumah kita bila ada kesempatan.

Penutup Kunjungan

Terakhir jangan lupa minta diri sambil mengucapkan salam kepada tuan rumah. Datang berhias salam dan pulang menebar salam.

Etika BErada di rumah Orang Lain

PanDuan unTuk WaniTa

Page 29: Buletin Alam Suri Tahun 2013

Buletin ALAM SURI 2014 29

a. Apa yang dikatakan Pad Kain?Pad kain adalah tuala wanita yang diperbuat daripada kain, dicipta untuk menyokong persekitaran alam sekitar yang lebih baik untuk masa hadapan. Seperti nenek moyang kita dahulu yang memakai kain batik, teknik itu telah dimodenkan dan direkabentuk cantik serta lebih selesa.

b. Berapa lama satu pad kain boleh bertahan?Satu pad kain bersaiz heavy mampu bertahan antara 4-5 jam, pada hari-hari haid berat. Namun begitu, ia bergantung pada aliran haid individu yang mana berbeza-beza antara satu sama lain. Menukar lebih kerap amat digalakkan kerana boleh mengelakkan kebocoran.

c. Adakah ianya mengeluarkan berbau?Tuala wanita biasa di pasaran diperbuat dengan bahan yang tidak diketahui asal usulnya. Malahan diyakini sarat dengan bahan kimia berbahaya dan melalui proses kimia semasa pembuatannya. Pad kain adalah daripada kain yang pasti mempunyai struktur ruang untuk kulit bernafas. Tahukah anda sebenarnya darah haid anda tidak berbau sebenarnya? Jangan terkejut jika ia adalah benar.

d. Pad kain tak bocor?Pad kain dilengkapi dengan lapisan penghalang air di bahagian bawah pad untuk mencegah kebocoran. Walaubagaimanapun aliran air ini akan bocor jika anda tidak menukar pad selama berjam-jam terutama pada hari-hari berat. Oleh itu, anda disyorkan untuk menukar kepada pad segar setiap 3 – 4 jam di siang hari haid berat anda, bergantung pada arus individu.

e. Pad kain tak tebal ke?Pad kain sebenarnya adalah nipis kerana ia hanya mengandungi kain. Berbeza sekali dengan tuala wanita biasa yang padat dengan bahan kimia dan gel, pad kain rasa jauh lebih selesa terutama pada kulit berbanding tuala wanita plastik.

f. Darah haid tidak mengumpul bakteria jika menggunakan pad kain?Darah haid adalah steril dan tidak kotor. Darah mudah dicuci dari kain. Tuala wanita plastik sebenarnya tidak sihat kerana ia mencipta persekitaran yang lebih panas (dengan menjebak haba dan menghalang aliran udara) dan yang lebih cepat menggalakkan pertumbuhan bakteria yang menyebabkan gatal dan ruam.

g. Bagaimana nak cuci pad kain?Mencuci pad kain adalah semudah mencuci seluar dalam anda.i. Cuci dan bilas pad kain dengan air sehingga darah hilang. (anda juga boleh mencuci pad

dengan garam/sabun/shampoo untuk menghilangkan kesan darah yang degil lebih cepat)ii. Lipat, katup dan simpan dalam bag kalis air/plastik ziplock (sekiranya anda diluar)iii. Rendam pad kain dalam baldi kecil bersama beberapa titisan cuka/baking soda/garam/

syampu jika kesan darah masih degil. Cucian tangan membolehkan pad kain tahan lebih lama. Cucian mesin juga boleh dilakukan dengan mencuci pad kain bersama seluar dalam. (Cucian tangan adalah dengan menggosok pad sesama pad. (Fabrik dengan fabrik juga boleh dilalukan tetapi INGAT jangan berus pad anda.)

Nota : adalah lebih mudah mencuci pad kain yang telah basah berbanding pad kain yang dibiarkan kering beserta kesan warna perang di awal aliran haid. Oleh itu, tukar dengan kerap atau pakai pad kain warna gelap pada hari haid ringan anda.

Sumber : zamziela-design.blogspot.com

pad kain mOdEn

PanDuan unTuk WaniTa

Page 30: Buletin Alam Suri Tahun 2013

30 Buletin ALAM SURI 2014

Dari Abu Hurairah r.a : “ Bahawa Rasulullah s.a.w telah bersabda: Setiap anggota manusia harus membuat sedekah setiap hari apabila matahari terbit. Engkau mendamaikan antara dua orang adalah sedekah. Dan engkau menolong seseorang menaiki tunggangannya atau pun engkau menolong mengangkat baginya barang-barang ke atas tunggangnya adalah sedekah, dan ucapan yang baik itu sedekah. Dan pada setiap langkah menuju ke tempat solat adalah sedekah. Dan engkau menjauhkan bahaya dari laluan jalan juga menjadi sedekah.

Ulasan hadis

Daripada hadis ini, Rasulullah SAW menjelaskan bahawa cabang-cabang sedekah itu adalah pelbagai dan tidak semestinya mengeluarkan wang dan harta semata. Sedekah adalah satu pemberian ikhlas sama ada benda itu sesuatu yang kita sayang atau tidak. Asas penting yang perlu ada adalah keikhlasan. Maknanya asal sahaja kita ikhlas dalam melakukan sesuatu kebaikan dan tidak mengharapkan sebarang pembalasan apabila apabila melakukannya akan terus dikira sebagai sedekah.

Ganjaran Sedekah

Sedekah itu lebih luas ertinya berbanding zakat atau pun infak. Kerana sedekah tidak hanya bererti mengeluarkan atau mendermakan harta. Namun ianya mencakupi segala amal atau perbuatan baik. Sebahagian ulama berkata : Sedekah itu mempunyai sepuluh (10) kebaikan dan kelebihan dan ianya terbahagi kepada lima (5) bahagian dunia dan lima (5) bahagian akhirat.

Bahagian di dunia:1. Mencucikan hartanya2. Mencucikan badannya3. Menolak daripada penyakit4. Menggembirakan orang miskin dan menggembirakan orang mukmin dan ini adalah semulia-

mulia amal5. Berkat hartanya dan diluaskan Allah rezekinya

Bahagian di akhirat:1. Dinaungkan Allah orang yang bersedekah di hari kiamat ketika sangat panas2. Ringan hisabnya3. Berat timbangan (amalan) di akhirat4. Mudah melalui titian siratulmustaqim5. Bertambah darjatnya di dalam syurga

Dalam riwayat yang lain, Rasulullah s.a.w juga bersabda, yang bermaksud: “Apabila mati anak Adam, maka terputuslah segala amalannya, melainkan ada tiga perkara (yang tidak terputus); iaitu sedekah jariah, ilmu yang memberi manfaat dengannya dan anak yang salih yang sentiasa mendoakan ibu bapanya”. (Hadis riwayat Muslim).

Dalam hadis ini menerangkan tiga amalan yang dapat membantu seseorang pada hari akhirat kelak iaitu sedekah yang pahalanya berterusan, ilmu baik yang diajarkan dan juga doa anak yang salih. Sedekah dikira sebagai amalan yang berterusan pahalanya walaupun orang yang melakukan amalan tersebut telah meninggal dunia. Amalah tersebut terus menghasilkan pahala yang sentiasa mengalir.

Kesimpulannya, ketika masih hidup hendaklah kita sentiasa bersedekah dan membuat amal, khususnya pada perkara yang diberi ganjaran pahala berkekalan hingga ke hari akhirat.

Sumber : Takaful Ikhlas Sdn. Bhd.

amaLan BErSEdEkah

BimBingan ROHani

Page 31: Buletin Alam Suri Tahun 2013

Buletin ALAM SURI 2014 31

mutiara iman

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud :

“Rebutlah lima perkara sebelum datangnya lima perkara. Pertama : masa sihat sebelum sakit. Kedua : masa kaya sebelum datangnya masa sempit (miskin). Ketiga : masa lapang sebelum tiba masa sibuk. Keempat masa mudamu sebelum datang masa tua dan kelima masa hidup sebelum tiba masa mati.” (riwayat al-Hakim dan al-Baihaqi).

Hadis ini memperlihatkan kepada kita betapa Rasulullah s.a.w begitu sekali bersungguh-sungguh tidak mahu umatnya kerugian kerana mengabaikan kelima-lima peluang yang patut mereka bersungguh-sungguh merebutnya sebelum datang lima perkara yang boleh menyebabkan mereka ditimpa penyesalan.

Sikap mengambil mudah ini menyebabkan begitu banyak orang Islam telah membiarkan kelima-lima masa atau keadaan itu hilang lesap tanpa dimanfaatkan. Dan ianya berlalu dengan pantas pula diisi oleh kelima-lima masa atau suasana yang merupakan lawannya itu.

Penjelasan Hadis :

1. Sihat sebelum sakit

Lakukan sesuatu yang berfaedah dan mendatangkan kebaikan kepada diri kita dan orang-orang disekeliling semasa kita masih sihat.

2. Muda sebelum tua

Waktu muda inilah saatnya kita berusaha mencari kemewahan disamping tidak lupa kewajiban kita kepada Maha Pencipta, kelak bila tua kita tidak lagi memikirkan hal duniawi.

3. Kaya sebelum miskin

Waktu kita kaya berharta itulah kita boleh menolong orang yang lebih susah daripada kita kerana sedekah yang ikhlas akan jadi bekalan kita menghadapNYA.

4. Lapang sebelum sempit

Waktu kita masih ada kelapangan inilah waktu yang paling sesuai mendalami ilmu agama untuk pedoman kita.

5. hidup sebelum mati

Sesungguhnya sewaktu hidup semua 4 perkara di atas boleh kita lakukan. Bila kita telah tiada hanya amal soleh, sedekah jariah dan doa anak yang soleh yang mengiringi kita.

Pedoman untuk kita semua fikirkan bersama.

Allah S.W.T berfirman dalam surah Al-Asr ayat 1-3 yang bermaksud : “Demi masa, sesungguhnya manusia itu dalam kerugian, kecuali mereka yang beriman dan beramal soleh. Mereka berpusu-pusu dengan kebenaran dan berpusu-pusu dengan kesabaran.” Wallahua’lam.

Sumber : Takaful Ikhlas Sdn. Bhd.

BimBingan ROHani

Page 32: Buletin Alam Suri Tahun 2013

Wanita itu berhati lembut…nalurinya sebening titik titik embun di atas daun rerumputan…bila saat mentari bersinar…airnya jatuh menetes menyerap sampai di ujung bumi…menumbuhkan berjuta bijian menjadi tunas-tunas muda yang hijau bersemi…

Wanita itu berperasaan halus…kehalusannya mampu merobohkan kekerasan bukit batu yang sombong…menjadikan hatinya laksana samudera akhir dari sungai-sungai yang bermuara…

Wanita itu berjiwa kesatria…ketegaran hatinya bagai barisan batu karang dibibir pantai…tak luluh dari terjangan badai yang bergemuruh…tak gentar oleh hempasan gelombang laut pasang…dan tak bergeming dari buruknya angin musim barat…

Aku terpukau…memandang di kedalaman jiwanya…

Yang indah rupawan seperti bunga-bunga mekar di saat pagi menanti sinar harapan…

Wanita itu bisa berhati keras…bagai batu pualam di malam gelap…mampu melumatkan hati para kumbang kumbang dalam sekejap…emosinya bagai gelombang…. mampu menggulung bahtera yang dilaluinya…

Wanita itu bisa menjadi angkara…seperti api yang berlidah panjang…kobarannya menghanguskan seluruh jiwa…menjadi debu debu yang berhamburan di terjang deru angin yang mendesing

Aku menutup mataku saat memandang jiwanya…sehalus dan sekeras itukah hatinya…???

Wanita laksana kembang dan api…tak akan tersulut bila bara tiada di hati….harum semerbak menyelumuti bumi…Bila kembang selalu ada di hati…

Bila engkau ingin mengerti…mari kita sama sama duduk belajar disini…dari seorang wanita yang kita hormati…dari seorang wanita ibu kita sendiri.

Karya : Rasull Abidin, 31 Dec 2011.

Indahnya Wanita

Diterbitkan oleh:PUSPANITA Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia