brunei merdeka 2014.pdf

107
BRUNEI MERDEKA SAMBUTAN ULANG TAHUN HARI KEBANGSAAN KE-30 PADA 23 FEBRUARI 2014

Upload: trinhkien

Post on 30-Dec-2016

280 views

Category:

Documents


9 download

TRANSCRIPT

  • BRUNEI MERDEKASAMBUTAN ULANG TAHUN HARI KEBANGSAAN KE-30

    PADA 23 FEBRUARI 2014

  • Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Muizzaddin Waddaulah

    ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar Ali Saifuddien Saadul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam

  • TerbitanUnit Penerbitan Melayu

    Bahagian Penerbitan dan PameranJabatan Penerangan

    Jabatan Perdana MenteriNegara Brunei Darussalam

    Cetakan Pertama 2015

    HakciptaJabatan Penerangan

    PenyelarasDy. Hajah Rosidah Haji Ismail

    Susunan/Reka Letak/Taip SetHajah Painah binti Paiman

    Penyemak Dy. Ramlah Md. Nor

    Reka Bentuk Kulit Luar Muhammad Al Khaliq bin Ali

    Juruteknik FotoMahmud bin Haji Ibrahim

    Percetakan

    Jabatan Percetakan KerajaanJabatan Perdana Menteri

    FotoUnit Fotografi, Jabatan Penerangan

    Edisi Baru / Kulit Keras 978-99917-49-67-9Edisi Baru / Kulit Lembut 978-99917-49-68-6

  • Titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda

    Sultan Haji Hassanal Bolkiah Muizzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar Ali Saifuddien Saadul Khairi Waddien,

    Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Kebangsaan

    Negara Brunei Darussalam Ke-30 pada 23 Februari 2014

    Muka Surat 1

  • Titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Muizzaddin Waddaulah

    Ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar Ali Saifuddien Saadul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam

    Sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam Yang Ke-30

    pada 23 Rabiulakhir 1435 / 23 Februari 2014

    Assalamulaikum Warahmatullahi WabarakaatuhBismillahir Rahmanir Raheem

    Alhamdulillahi Rabbil Aalameen, Wabihee Nastaeenu Alaa Umuuriddunya Waddeen Wassalaatu Wassalaamu AlaaAsyrafil Mursaleen, Sayyidina Muhammadin, Waalaa Alihie Wasahbihee Ajmaeen, Wabadu.

    Kita bersyukur kehadhrat Allah Subhanahu Wataala kerana dapat pula menyambut Ulang Tahun Hari Kebangsaan kita di dalam suasana aman dan sentosa.

    Sambutan Hari Kebangsaan Ke-30 ini sangatlah signifikan, kerana genapnya tiga dekad negara kita menikmati kemerdekaan penuh. Sekarang, elok kita sama-sama menilai setakat mana kita telah memanfaatkan kemerdekaan tersebut.

    Dari segi pembangunan fizikal, dalam tempoh tiga dekad ini, negara telah banyak melaksanakan program-program pembangunannya di bawah Rancangan Kemajuan Negara (RKN). Kualiti kehidupan rakyat dan penduduk terus sahaja meningkat, sejajar dengan masyarakat moden.

    Berasaskan petunjuk kualiti antarabangsa mengenai dengan jangka hayat, alhamdulillah tahap kesihatan dan keperluan pendidikan kita, sudah pun mencapai kualiti kehidupan yang tinggi, sebagaimana mengikut sukatan Indeks Kemajuan Manusia atau Human Development Index (HDI) yang digunakan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. Semua ini memberi makna yang besar kepada kita.

    Namun begitu, wawasan dan matlamat utama kemerdekaan bukanlah setakat untuk meraih pencapaian kebendaan semata-mata, tetapi juga perlu memenuhi aspek-aspek kerohanian.

    Di samping untuk mencapai Wawasan 2035 dalam bidang fizikal, kita juga ingin meraih rahmat dan keberkatan dalam semua aspek kehidupan. Kita turut menginginkan sebuah negara yang benar-benar memenuhi ciri-ciri Baldatun Tayyibatun Warabbun Ghafur yang sejahtera lagi bahagia di bawah pemeliharaan Allah.

    Kerana itu, cara kita mengisi kemerdekaan ini sangatlah istimewa. Kita tidak lupa bersyukur dan berzikir kepada Allah dengan cara sembahyang berjamaah dan sama-sama mengaminkan doa. Inilah amalan Negara Melayu Islam Beraja, negara kita.

    Atas landasan unik inilah, kita terus berusaha memantapkan jati diri kita selaku orang Brunei. Perkara ini sangatlah kritikal bagi kelangsungan hidup kita dan proses nation building.

    Malahan, pada hemat beta, MIB adalah merupakan satu-satunya pendinding atau Firewall yang kukuh lagi berkesan untuk menangani pelbagai isu dan cabaran globalisasi.

    Muka Surat 2

  • Globalisasi, dalam realitinya, telah memacu perubahan paling cepat. Penggunaan internet dan pelbagai jenis media sosial pula, telah menjadikan penyebaran informasi sebagai tidak lagi bersempadan. Maklumat-maklumat sudah dapat disalurkan dengan begitu mudah kepada sesiapa sahaja.

    Ini, memastikan kita perlu bijak dan berhati-hati untuk memperolehi menfaatnya. Sebaliknya jika kita cuai atau salah guna, maka kesan buruknya, bukan sahaja kepada diri individu, malahan juga kepada negara.

    Pada masa ini, sudah mula terdapat percubaan daripada pihak-pihak tertentu untuk menghasut generasi masa kini bagi mempersoalkan, dan sekali gus tidak menyokong pelaksanaan hukum Kanun Jenayah Syariah di negara ini. Mereka itu menggunakan saluran-saluran media baru, seperti laman-laman web, blog, aplikasi WhatsApp dan seumpamanya. Ini bukan sahaja diakses oleh rakyat tempatan, malahan juga pihak luar negara.

    Semua ini, tidak syak lagi adalah cabaran, khasnya cabaran terhadap generasi baru kita. Mereka itu perlu mempunyai pendirian kuat, selaras dengan dasar-dasar negara. Mereka, tidak boleh sama sekali dipengaruhi oleh anasir-anasir yang tidak bertanggungjawab, yang ingin melihat dalaman kita kucar-kacir, atau bertelagah sesama sendiri, serta tidak menghormati ketua dan kerajaan.

    Di samping mempersoalkan pelaksanaan hukum Kanun Jenayah Syariah, golongan ini juga nampak-nampaknya sudah ada yang cuba-cuba menghina raja, menghina ulama dan menghina hukum syara. Perkara ini dapat dihidu melalui pelbagai ungkapan mereka apabila mereka itu menyebut tentang raja, tentang ulama dan tentang hukum syara.

    Semua ini adalah cabaran kepada pihak-pihak penguatkuasa undang-undang, khasnya mereka yang secara langsung berkaitan dengan Perintah Hukuman Kanun Jenayah Syariah. Ini tidak syak lagi, adalah jenis-jenis jenayah di bawah penggal Kesalahan-Kesalahan Am. Mereka ini tidak boleh dibiarkan berterusan melakukan penghinaan-penghinaan itu, tetapi jika betul ada unsur yang melayakkan mereka dibawa ke mahkamah, maka fasa pertama pelaksanaan Perintah Kanun Hukuman Jenayah Syariah pada bulan April ini, adalah sangat relevan bagi mereka.

    Selaku generasi berwawasan, kita mustahak berhati-hati terhadap apa jua bentuk cabaran, termasuk cabaran oleh atau dari golongan yang mengaku turut mendukung hasrat suci kita, tetapi kemudiannya memesungkan dukungan itu kepada kepentingan-kepentingan lain.

    Di sinilah generasi kita sangat perlu memiliki jati diri yang luhur dan tahan lasak, sehingga tidak boleh digugat atau diserit untuk memudharatkan negara.

    Maka dalam hubungan ini, kita sekarang adalah sedang giat memupuk nilai-nilai ketahanan diri melalui Program Khidmat Bakti Negara (PKBN). Program ini memainkan peranan amat penting, khasnya bagi membina nilai-nilai murni para belia.

    Tidak syak lagi nilai-nilai murni itu sangat diperlukan oleh bangsa dan negara.

    Bercakap mengenai nilai ini, kita telah dikejutkan oleh beberapa kejadian pencurian yang melibatkan beberapa buah masjid di negara ini. Kejadian-kejadian tersebut amatlah mendukacitakan, lebih-lebih lagi ianya berlaku di dalam Rumah-Rumah Allah.

    Dalam hal ini, Beta sangat berharap, supaya pihak-pihak berwajib akan dapat mengambil langkah berkesan dan menyeluruh, bagi menjamin, yang gejala memalukan ini tidak akan berulang lagi.

    Tidak terbatas kepada jenayah di Rumah Allah sahaja, malah semua jenayah dalam bentuk pencurian dan rompakan yang dilakukan ke atas rumah-rumah kediaman rakyat dan penduduk di negara ini mestilah

    Muka Surat 3

  • ditumpaskan setumpas-tumpasnya, tidak hanya memadai dengan kita merekodkan jumlah jenayah-jenayah tersebut sahaja, tetapi hendaklah dengan bertindak tegas sehingga penjenayah-penjenayah itu tertangkap untuk diadili. Insya Allah, Perintah Kanun Hukuman Jenayah Syariah adalah sedang menunggu mereka.

    Seperti negara-negara dalam rantau kita, negara kita juga tidak terkecuali turut mengalami cuaca hujan berterusan yang luar biasa. Banyak kawasan rendah mengalami banjir sehingga menjejaskan harta benda.

    Beta sangat mengkagumi sifat sabar yang ditunjukkan oleh mangsa-mangsa banjir. Mereka bersama-sama pihak Kerajaan, dengan tenang sahaja menghadapi situasi ini. Ditambah lagi dengan para sukarelawan juga tidak ketinggalan menyumbangkan khidmat bakti mereka yang sangat bermakna.

    Memang sewajarnya kita mesti menerima perkara ini dengan penuh redha, di samping terus berdoa memohon keringanan dan keselamatan daripada Allah Subhanahu Wataala.

    Akhirnya, Beta dengan ikhlas, merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih kepada ahli-ahli Jawatankuasa Tertinggi dan lain-lain Jawatankuasa Sambutan Perayaan Ulang Tahun Ke-30 Hari Kebangsaan, dan sekalian peserta serta petugas yang turut berusaha untuk menjayakan perayaan ini.

    Beta juga mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua lapisan rakyat, termasuk semua peringkat warga Perkhidmatan Awam serta mereka yang bertugas di luar negara, Pasukan-Pasukan Keselamatan dan juga mereka yang berkhidmat di sektor swasta, dengan iringan doa semoga kita semua dikurniakan rahmat serta hidayat oleh Allah Subhanahu Wataala. Amin.

    Sekian, Wabillahit Taufeq Walhidayah, WassalaamuAlaikum Warahmatullaahi Wabarakaatuh.

    Muka Surat 4

  • MajlisSembahyang Fardu Maghrib Berjemaah,

    Sembahyang Sunat Hajat,Membaca Surah Yaa Siin, Doa Kesyukuran dan

    Sembahyang Fardu Isyak Berjemaah Sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Kebangsaan

    Negara Brunei Darussalam Ke-30

    Muka Surat 5

  • Majlis Sembahyang Fardu Maghrib Berjemaah, Sembahyang Sunat Hajat, Membaca Surah Yaa Siin,

    Doa Kesyukuran dan Sembahyang Fardu Isyak Berjemaah Sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Kebangsaan Ke-30

    KEBAWAH Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Muizzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar Ali Saifuddien Saadul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berkenan berangkat bersama rakyat dan penduduk di negara ini menunaikan Sembahyang Fardu Maghrib dan Isyak Berjemaah, Membaca Surah Yaa Siin serta Doa Kesyukuran Sempena Sambutan Ulang Tahun Ke-30 Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam pada petang hari Sabtu, 22 Februari di Masjid Omar Ali Saifuddien di ibu negara.

    Acara juga serentak diadakan di masjid-masjid utama di seluruh negara. Di Daerah Brunei dan Muara, acara diadakan di Jame Asri Hassanil Bolkiah, Masjid Mohamed Bolkiah, Kampung Serusop; Masjid Al-Ameerah Al-Hajah Maryam, Kampung Jerudong; Masjid Setia Ali, Pekan Muara; Masjid Perpindahan Lambak Kanan; Masjid Sultan Sharif Ali dan Masjid Al-Muhtadee Billah, Kampung Sungai Kebun.

    Berangkat sama, anakanda-anakanda Kebawah Duli Yang Maha Mulia terdiri daripada Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri, Yang Teramat Mulia Paduka Seri Duli Pengiran Muda Abdul Malik, Yang Teramat Mulia Paduka Seri Duli Pengiran Muda Abdul Mateen dan Yang Teramat Mulia Paduka Seri Duli Pengiran Muda Abdul Wakeel.

    Keberangkatan tiba baginda dan kerabat diraja di pekarangan masjid dijunjung oleh Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Pekerma Laila Diraja Dato Seri Setia Awang Haji Hazair bin Haji Abdullah; Menteri Pendidikan, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Kerna Dato Seri Setia (Dr.) Haji Awang Abu Bakar bin Haji Apong; Menteri Pembangunan, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Indera Pahlawan Dato Seri Seti Awang Haji Suyoi bin Haji Osman selaku Pengerusi Bersama Jawatankuasa Tertinggi Sambutan Hari Kebangsaan Ke-30 berserta ahli-ahli jawatankuasa yang lain.

    Majlis Doa Kesyukuran bermula dengan Sembahyang Fardu Maghrib Berjemaah yang diimamkan oleh Dimuliakan Pehin Orang Kaya Paduka Seri Utama Dato Paduka Seri Setia Haji Awang Salim bin Haji Besar yang kemudiannya mengimamkan Sembahyang Sunat Hajat.

    Majlis diikuti dengan bacaan Surah Yaa Siin dipimpin oleh Yang Dimuliakan Pehin Orang Kaya Paduka Setia Raja Dato Paduka Seri Setia Awang Haji Suhaili bin Haji Mohiddin.

    Doa Kesyukuran dipimpin oleh Mufti Kerajaan, Yang Berhormat Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia (Dr.) Ustaz Haji Awang Abdul Aziz bin Juned.

    Sembahyang Fardu Isyak Berjemaah diimamkan oleh Yang Berhormat Pehin Datu Imam Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Abdul Hamid bin Bakal.

    Sebelum berangkat meninggalkan majlis, Kebawah Duli Yang Maha Mulia dan kerabat diraja berkenan menerima junjung ziarah dari para jemaah yang hadir di majlis tersebut.

    Muka Surat 6

  • Muka Surat 7

    RAKYAT dan penduduk Negara Brunei Darussalam sama-sama mengimarahkan masjid bagi mengadakan Majlis Doa Kesyukuran Sembahyang Fardu Maghrib dan Isyak Berjemaah dan Membaca Surah Yaa Siin, sempena dengan Sambutan Ulang Tahun Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam Ke-30 yang diadakan di Masjid Omar Ali Saifuddien.

    KEBAWAH Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Muizzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar Ali Saifuddien Saadul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berkenan menerima junjung ziarah dari para jemaah yang hadir di majlis tersebut. Berangkat sama, Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, Yang Teramat Mulia Paduka Seri Duli Pengiran Muda Abdul Malik dan Yang Teramat Mulia Paduka Seri Duli Pengiran Muda Abdul Wakeel.

  • Muka Surat 8

    DOA Kesyukuran sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Kebangsaan Ke-30 Negara Brunei Darussalam dipimpin oleh Mufti Kerajaan, Yang Berhormat Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia (Dr.) Ustaz Haji Awang Abdul Aziz bin Juned.

    SEMBAHYANG Fardu Maghrib Berjemaah diimamkan oleh Yang DiMuliakan Pehin Orang Kaya Paduka Seri Utama Dato Paduka Seri Setia Awang Haji Salim bin Haji Besar yang juga mengimamkan Sembahyang Sunat Hajat.

  • Perhimpunan Agung Sambutan Ulang Tahun Hari Kebangsaan

    Negara Brunei Darussalam Ke-30

    Muka Surat 9

  • Muka Surat 10

    Pukulan hadrah mengalu-alukan keberangkatan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Muizzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar Ali Saifuddien Saadul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha binti Al-Marhum Pengiran Pemancha Pengiran Anak Haji Mohamed Alam serta kerabat diraja.

    Hormat Diraja diikuti dengan Lagu Kebangsaan Negara Brunei Darussalam Allah Peliharakan Sultan berkumandang di udara.

    Upacara Perhimpunan Agung sempena Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam Ke-30 dimulakan dengan persembahan gabungan Pancaragam Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB), Pasukan Polis Diraja Brunei (PDB), Jabatan Penjara dan Jabatan Bomba dan Penyelamat.

    Suasana Stadium Negara Hassanal Bolkiah diserikan dengan persembahan Payung Terjun oleh 15 anggota Angkatan Tentera Udara Diraja Brunei termasuk seorang penerjun wanita. Acara diteruskan dengan persembahan gerak Jasmani Pasukan Kadet Bomba dan Penyelamat serta Pasukan Alumni Program Khidmat Bakti Negara.

    Menyusul kemudian ialah persembahan Identiti Bangsa oleh gabungan pelajar-pelajar sekolah rendah dan menengah yang melambangkan perpaduan tujuh puak asli di negara ini.

    Upacara Perhimpunan Agung diteruskan dengan perbarisan lalu melibatkan lebih 20 ribu peserta dari 136 pasukan mengandungi berbagai lapisan masyarakat dengan didahului oleh pasukan pembawa bendera kebangsaan Negara Brunei Darussalam berukuran besar.

    Diikuti oleh pasukan pembaca ikrar dan pasukan-pasukan pembawa bendera-bendera logo Hari Kebangsaan, ABDB, PDB, pasukan berpakaian seragam, PKBN, Pasukan Orang-orang Berkeperluan Khas, kementerian-kementerian dan jabatan-jabatan kerajaan, wakil daerah-daerah, sektor swasta, institusi-institusi pengajian tinggi, maktab-maktab, sekolah-sekolah, persatuan-persatuan dan pertubuhan awam, pasukan warga asing di Negara Brunei Darussalam.

    Turut membuat persembahan buat julung kalinya ialah terbang lalu dari pesawat Airbus A320 Syarikat Penerbangan Diraja Brunei (RB).

    KEBERANGKATAN TIBA

  • Muka Surat 11

    KEBAWAH Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Muizzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar Ali Saifuddien Saadul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha binti Al-Marhum Pengiran Pemancha Pengiran Anak Haji Mohamed Alam berkenan berangkat ke Upacara Perhimpunan dan Perbarisan Sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam Ke-30 di Stadium Negara Hassanal Bolkiah.

    BERANGKAT sama, Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Muizzaddin Waddaulah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri dan Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah binti Pengiran Haji Salleh Ab. Rahaman.

  • DULI Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Perdana Wazir Sahibul Himmah Wal-Waqar Pengiran Muda Mohamed Bolkiah, Menteri Hal Ehwal Luar Negeri dan Perdagangan, Yang Teramat Mulia Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Hajah Zariah dan Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Digadong Sahibul Mal Pengiran Muda Haji Jefri Bolkiah.

    Muka Surat 12

    YANG Teramat Mulia Paduka Seri Duli Pengiran Muda Abdul Malik, Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Azemah Nimatul Bolkiah, Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Fadzilah Lubabul Bolkiah dan Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Masna, Ambassador-at-Large di Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri dan Perdagangan.

  • KEBAWAH Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan berkenan memeriksa perbarisan kawalan kehormatan terdiri daripada anggota Pasukan Polis Diraja Brunei dan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (bawah).

    Muka Surat 13

  • Muka Surat 14

    PASUKAN wanita tidak ketinggalan menyerikan suasana perbarisan lalu sempena Perhimpunan Agung Hari Kebangsaan Ke-30.

  • Muka Surat 15

  • Muka Surat 16

  • SALAH sebuah pasukan dari sektor swasta dengan penuh semangat menyertai Perhimpunan Agung Hari Kebangsaan Kali Ke-30.

    PARA belia yang bakal jadi pelapis pemimpin negara yang terdiri daripada pelajar-pelajar dari maktab-maktab dan sekolah-sekolah menengah di negara ini berbaris lalu dengan penuh semangat.

    Muka Surat 17

  • Muka Surat 18

    SEBAHAGIAN daripada peserta yang mengambil bahagian dalam perbarisan lalu di hadapan Pentas Diraja.

  • Muka Surat 19

    PASUKAN Perisai Angkatan Bersenjata Diraja Brunei yang dilengkapi dengan senjata canggih (kiri). Persatuan Motosikal Darussalam - PEMODA (bawah).

  • Muka Surat 20

    Upacara Menaikkan Bendera Besar Negara Brunei Darussalam dan

    Penyerahan Bendera Negara dan Posterdi keempat-empat daerah

    Menandakan Bermulanya Sambutan Ulang Tahun Hari Kebangsaan

    Negara Brunei Darussalam Ke-30

  • Muka Surat 21

    BENDERA NEGARA BERKIBAR MEGAH

    Bendera besar Negara Brunei Darussalam mula berkibar megah di kawasan lapang Kompleks Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah di ibu negara sejurus selesainya Upacara Menaikkan Bendera Sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Kebangsaan Ke-30 tahun.

    Sambutan tahun ini merupakan sambutan yang istimewa kerana dengan izin-Nya juga kita dapat merasakan pencapaian kemerdekaan tanah air genap 30 tahun. Tema sambutan Ulang Tahun Hari Kebangsaan bagi tahun ini ialah Generasi Berwawasan mengajak kita untuk mengorak langkah dan terus bersedia menghadapi Wawasan Negara 2035.

    Upacara bermula dengan bacaan Surah Al Faatihah dan doa selamat dipimpin oleh Pegawai Hal Ehwal Masjid Omar Ali Saifuddien (SOAS), Mudim Haji Amran bin Haji Mohd. Salleh.

    Majlis diteruskan dengan penyerahan bendera besar oleh Menteri Pendidikan kepada pasukan Tentera Laut Diraja Brunei (TLDB) yang kemudiannya melaksanakan Upacara Menaikkan Bendera diiringi lagu kebangsaan oleh gabungan kumpulan koir Sekolah Menengah Pengiran Anak Puteri Hajah Masna dan diiringi oleh pancaragam Pasukan Polis Diraja Brunei.

    Menteri Pendidikan seterusnya menyempurnakan penyampaian bendera-bendera dan poster-poster sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam Ke-30 kepada pegawai-pegawai daerah di keempat-empat daerah.

    Antara yang hadir ialah Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Pekerma Laila Diraja Dato Seri Setia Awang Haji Hazair bin Haji Abdullah dan Menteri Pembangunan, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Indera Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Suyoi bin Haji Osman.

    Juga hadir ialah Grand Chamberlain, Yang Amat Mulia Pengiran Penggawa Laila Bentara Istiadat Diraja Dalam Istana Pengiran Haji Alauddin bin Pengiran Paduka Tuan Pengiran Haji Abu Bakar, Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Negara; Timbalan Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Mulia Datin Paduka Dayang Hajah Adina binti Othman; Timbalan Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Mulia Pengiran Dato Paduka Haji Bahrom bin Pengiran Haji Bahar, Pehin-Pehin, Setiausaha-Setiausaha Tetap dan Timbalan-Timbalan Setiausaha Tetap serta pegawai-pegawai kanan kerajaan.

    Upacara Menaikkan Bendera Besar tersebut menandakan bermulanya pengibaran bendera di rumah-rumah kediaman, bangunan-bangunan kerajaan dan swasta di seluruh negara sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Kebangsaan Ke-30.

  • Muka Surat 22

    MENTERI Pendidikan, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Kerna Dato Seri Setia (Dr.) Haji Awang Abu Bakar bin Haji Apong, Menteri Pembangunan, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Indera Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Suyoi bin Haji Osman selaku Pengerusi Bersama Jawatankuasa Tertinggi Sambutan Hari Kebangsaan Ke-30 dan Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Pekerma Laila Diraja Dato Seri Setia Awang Haji Hazair bin Haji Abdullah turut hadir semasa Upacara Menaikkan Bendera Besar Negara Brunei Darussalam.

    Menteri Pendidikan ketika menyerahkan Bendera Negara Brunei Darussalam kepada anggota Tentera Laut Diraja Brunei (TLDB) untuk dinaikkan.

  • Muka Surat 23

    UPACARA Menaikkan Bendera Besar Negara Brunei Darussalam Sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam Ke-30 Tahun 2014 di Kawasan Lapang Bangunan Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah di ibu negara.

  • Muka Surat 24

    MENTERI Pendidikan, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Kerna Dato Seri Setia (Dr.) Haji Awang Abu Bakar bin Haji Apong menyerahkan bendera negara sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam Ke-30 Tahun kepada Pemangku Pegawai Daerah Brunei dan Muara, Awang Haji Misle bin Haji Abdul Karim (atas) dan kepada Pegawai Daerah Belait, Awang Haji Harris bin Othmam (bawah).

  • Muka Surat 25

    MENTERI Pendidikan menyerahkan bendera sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam Ke-30 kepada Pegawai Daerah Tutong, Awang Wardi bin Haji Mohammad Ali (atas) dan Pemangku Pegawai Daerah Temburong, Awang Ajmain bin Haji Meluddin (bawah).

  • Muka Surat 26

    MENTERI Pendidikan menyerahkan poster sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam Ke-30 kepada Pemangku Pegawai Daerah Brunei dan Muara (atas) dan Pegawai Daerah Belait (bawah).

  • Muka Surat 27

    MENTERI Pendidikan menyerahkan poster sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam Ke-30 kepada Pegawai Daerah Tutong (atas) dan kepada Pemangku Pegawai Daerah Temburong (bawah).

  • Muka Surat 28

    PENGLIBATAN Persatuan Pengakap dan pelajar-pelajar sekolah turut memeriahkan Upacara Menaikkan Bendera Sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam Ke-30.

  • Muka Surat 29

    SEBAHAGIAN anggota Program Khidmat Bakti Negara dengan rasa bangga mengibarkan bendera-bendera kecil (atas). Ahli-ahli persatuan wanita juga tidak ketinggalan sama-sama menyertai Upacara Menaikkan Bendera Sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam Ke-30 (bawah).

  • Muka Surat 30

  • Muka Surat 31

    LOGO SAMBUTAN ULANG TAHUNHARI KEBANGSAAN

    NEGARA BRUNEI KE-30

  • Muka Surat 32

    LOGO HARI KEBANGSAAN 2014

    Logo bagi Sambutan Ulang Tahun Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam Ke-30, Tahun 2014 memaparkan ciri-ciri Generasi Berwawasan.Logo dicipta oleh Eddy Yong Tek Wei. Sejumlah 85 reka bentuk logo dari 44 penyertaan telah

    diterima.

    Logo tersebut mengandungi kriteria-kriteria seperti berikut:-

    1. Panji-panji Negara Brunei Darussalam sebagai lambang kedaulatan negara yang merdeka lagi berdaulat dan sentiasa dalam lindungan dan rahmat Allah Subhanahu Wataala jua. Seluruh rakyat dan penduduk di negara ini akan sentiasa menjunjung taat setia kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, di samping menanai dan melaksanakan konsep Melayu Islam Beraja yang memacu ke arah Negara Zikir.

  • Muka Surat 33

    2. Lambang tujuh puak Melayu yang ada di Negara Brunei Darussalam berganding bahu menuju arah dan hala tuju yang sama untuk merealisasikan Wawasan 2035. Tujuh puak inilah yang menjadi tunggak kekuatan negara dengan bersatu padu memikir secara kolektif dan menterjemahkan wawasan tersebut dalam bentuk idea bernas lagi meyakinkan. Tujuh warna bunga yang sedang kembang dan mekar pula melambangkan gabungan tenaga, hasrat murni dan jiwa besar tujuh puak menuju Wawasan 2035.

    3. Taburan enam lambang yang menyusup di celah-celah tujuh lambang puak adalah lambang bagaimana bangsa asing atau etnik lain yang berada di negara ini turut sama-sama mendukung hasrat dan wawasan negara.

    4. Lambang kepada paksi atau tiang seri utama iaitu agama Islam sebagai agama rasmi negara yang berpegang kepada Ahli Sunnah Waljamaah dan Hukum Syariah Islam demi keharmonian serta kesejahteraan hidup dunia dan akhirat yang mesti dipertahankan dan diwariskan kepada generasi muda agar negara akan tetap dalam perlindungan Allah Subhanahu Wataala. Dalam masa yang sama secara berterusan menzahirkan rasa syukur sepenuh hati dan jiwa.

  • Muka Surat 34

    5. Al-Qur'an dan Hadis sebagai pegangan hidup, di samping memperkasa, mempertahan dan mengamalkan tulisan Jawi sebagai satu tuntutan agama Islam yang harus dilihat dari sudut penggunaan dan penghayatannya.

    6. Tema yang cukup signifikan bagi semua warga Negara Brunei Darussalam bagaimana Generasi Berwawasan itu sendiri telah terbentuk sudah cukup lama. Tema ini gambaran bagaimana generasi masa kini mencapai wawasan yang cemerlang dan mempunyai keyakinan terutama dalam mendepani Wawasan 2035. Generasi Berwawasan perlu mempunyai utap yang kental dari segi rohani, fizikal, mental dan spiritual dalam menghadapi apa jua bentuk cabaran mendatang dan sentiasa memahirkan diri dalam semua bidang demi kemajuan bangsa, agama dan negara.

  • Muka Surat 35

    BACAAN Ikrar Hari Kebangsaan Ke-30 dikepalai oleh Penolong Penguasa Polis Haji Md. Noor bin Haji Abd. Rahman.

    Ikrar Hari KebangsaanDengan bersyukur di atas limpah dan kurnia Allah Subhanahu Wa Taalayang mentakdirkan kami bernegara merdeka penuh berdaulat,iaitu Negara Brunei Darussalam maka kami berikrar akan:

    Bersatu padu dan menumpukan taat setia di bawah pimpinanKebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultandan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam;

    Mempertahankan dan menjunjungnya dengan setia sebagaiNegara Melayu Islam Beraja yang Merdeka, Berdaulat danDemokratik bersendikan kepada ajaran-ajaran Agama Islammenurut Ahli Sunnah Waljamaah sebagai cara hidup yang lengkap;

  • Muka Surat 36

    Rencana Khas Pelita BruneiSempena

    Sambutan Ulang Tahun Hari KebangsaanNegara Brunei Darussalam Ke-30

  • PENCAPAIAN DI ARENA ANTARABANGSAOleh : Hilmy Zainal

    SEJAK Negara Brunei Darussalam mencapai kemerdekaan pada tahun 1984, penglibatan dan peranan negara dalam arena antarabangsa semakin menyerlah.Walaupun Negara Brunei Darussalam ini sebuah negara yang kecil dari segi penduduk dan saiznya tetapi dilihat sebagai sebuah negara yang mempunyai pengaruh dalam menangani apa jua isu-isu antarabangsa.

    Persoalannya apakah yang menjadikan negara ini mencapai pengiktirafan ini? Dua faktor utama yang membina hubungan Negara Brunei Darussalam dengan dunia luar ialah i) Kewibawaan pimpinan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Beginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan ii) Dasar Luar Negara.

    KEWIBAWAAN

    Pemimpin dunia luar terutama negara-negara kuasa besar telah mengakui akan kewibawaan pucuk pimpinan Kebawah Duli Yang Maha Mulia. Dengan prinsip baginda yang ingin berbaik-baik dengan negara sahabat, maka ianya telah dapat menjalin hubungan yang rapat dengan ketua negara dan ketua kerajaan bukan saja di rantau ini tetapi dengan pemimpin negara kuasa-kuasa besar.

    Di mata dunia Kebawah Duli Yang Maha Mulia merupakan pemimpin yang mengutamakan perdamaian dan memilih jalan diplomasi dalam menangani apa jua isu hubungan antarabangsa. Baginda juga disifatkan pemimpin yang tidak menginginkan apa jua bentuk tindakan keganasan dan mengambil berat akan isu-isu hak asasi manusia.

    Atas dasar ini negara-negara pemegang ekonomi terbesar seperti Amerika Syarikat, China, Jepun, Negara Kesatuan Eropah, dan Korea Selatan menaruh keyakinan untuk terus memperluas dan mengukuhkan hubungan dua hala dengan Negara Brunei Darussalam. Dasar baginda yang menyokong sepenuhnya akan perdamaian, keamanan dan keselamatan telah mendapat pengiktirafan seluruh dunia, ini terbukti dengan penganugerahan pingat tertinggi daripada hampir 34 buah negara. Selain itu baginda juga dianugerahkan Ijazah Doktor Kehormat lebih daripada 22 buah universiti dan institusi yang diiktiraf kerana pengaruh dan penglibtan baginda kepada perdamaian antarabangsa.

    DASAR LUAR NEGARA

    Aspek kedua yang memperluaskan hubungan negara dengan dunia luar ialah Dasar Luar Negara Brunei Darussalam yang berprinsipkan kepada i) menghormati kedaulatan setiap negara ii) mengiktiraf persamaan semua negara tidak kira besar atau kecil iii) tidak mencampuri hal ehwal dalaman setiap negara iv) memilih jalan perdamaian mengenai apa jua isu v) bekerjasama untuk kepentingan bersama.

    Atas dasar inilah bahawa Negara Brunei Darussalam telah memperluaskan hubungan dengan negara yang berhasrat menjalin hubungan yang baik sama ada melalui hubungan dua hala atau kerjasama pelbagai hala.

    Selain itu, Negara Brunei Darussalam juga dapat menyumbang kepada keamanan, keselamatan dan kestabilan di rantau ini dengan meningkatkan persefahaman terutama dengan negara-negara ASEAN.

    Negara Brunei Darussalam juga sentiasa mengikut akan charter yang telah dimeterai yang diakui oleh pertubuhan serantau dan antarabangsa seperti Bangsa-Bangsa Bersatu (UN), ASEAN, Undang-Undang Antarabangsa dan mana-mana dasar yang diperakui dalam menghormati hak asasi kemanusiaan.

    Muka Surat 37

  • Muka Surat 38

    Justeru itu, sejak 30 tahun kemerdekaan beberapa perkembangan telah dapat dicapai dalam usaha berterusan untuk meningkatkan hubungan dengan dunia luar.

    Negara Brunei Darussalam telah pun i) menjadi ahli beberapa pertubuhan antarabangsa ii) Menjalin hubungan diplomatik dengan negara-negara sahabat iii) Penubuhan Kedutaaan dan Suruhanjaya Negara Brunei Darussalam di luar negeri iv) Penubuhan Kedutaan dan Suruhanjaya Asing ke negara ini v) berjaya menjadi tuan rumah dan mempengerusikan beberapa sidang kemuncak.

    AHLI PERTUBUHAN ANTARABANGSA

    Negara Brunei Darussalam telah menjadi ahli kepada beberapa pertubuhan antarabangsa dan serantau seperti ASEAN, UN, OIC, NAM, The Commonwealth, ASEM, AMED, APEC, ACD, FEALAC, UNCTAD, UNESCO, UNFIL, UNWTO, UPU, WCO, WHO, WIPO, WMO, WTO, EAS, ARF, IMF.

    Penglibatan negara dalam pertubuhan ini bukan saja sebagai ahli tetapi memberi pengaruh yang signifikan kepada beberapa resolusi, kenyataan bersama dan sama-sama menyokong akan charter yang telah dimeterai oleh pertubuhan-pertubuhan berkenaan.

    Selain itu keahlian negara merupakan platform dalam memberikan keyakinan negara-negara ahli akan terus bekerjasama dengan Negara Brunei Darussalam dalam apa jua bidang. Keahlian ini juga memberikan ruang bagi Negara Brunei Darussalam untuk menjana rakan dialog sama ada secara dua hala atau pelbagai hala.

    Kebawah Duli Yang Maha Mulia juga komited untuk sama-sama berangkat bagi menghadiri apa jua sidang kemuncak, permesyuaratan, perjumpaan, seminar, perhimpunan yang dianjurkan oleh pertubuhan-pertubuhan antarabangsa yang Negara Brunei Darussalam menjadi ahli.

    Negara Brunei Darussalam memberikan komitmen yang kukuh kepada ASEAN kerana ia merupakan pertubuhan serantau yang memberikan impak kepada kestabilan, keselamatan dan keamanan di rantau ini. Sejak Negara Brunei Darussalam menjadi ahli ASEAN pada tahun 1984, Negara Brunei Darussalam telah dapat menyumbang kepada perkembangan ASEAN dan mempunyai pengaruh yang kuat bagi kestabilan politik, ekonomi dan sosiobudaya dalam ASEAN. Kerjasama Negara Brunei Darussalam dengan negara-negara ASEAN dalam semua bidang akan tetap menjadi fokus utama dan akan terus dipertingkatkan dari semasa ke semasa.

    HUBUNGAN DIPLOMATIK

    Negara Brunei Darussalam mempunyai hubungan diplomatik dengan 164 buah negara. Sesuai dengan dasar luar Negara Brunei Darussalam untuk menjalin hubungan persahabatan dengan apa jua negara besar atau kecil. Negara Brunei Darussalam akan tetap memberikan hak yang sama. Misalnya Negara Brunei Darussalam mempunyai hubungan diplomatik dengan negara-negara kuasa besar seperti Russia, Amerika Syarikat, China dan Jepun tetapi juga mempunyai hubungan diplomatik dengan Liechtenstein, Marshall Islands dan Palau yang dianggap kecil daripada saiznya dan jumlah penduduknya. Negara Palau hanya mempunyai 21,000 penduduk.

    KEDUTAAN / SURUHANJAYADI LUAR NEGERI

    Dalam usaha untuk meningkatkan kerjasama dua hala dengan negara-negara sahabat, Negara Brunei Darussalam telah membuka Kedutaan Besar, Suruhanjaya Tinggi dan Konsul Agung di luar negeri. Negara Brunei Darussalam kini mempunyai 40 misi di luar negeri. Jumlah ini dipercayai akan bertambah dari semasa ke masa disebabkan perkembangan kerjasama dua hala serta kepentingan Negara Brunei Darussalam

  • Muka Surat 39

    yang semakin meningkat. Peranan misi Negara Brunei Darussalam semakin meningkat bukan hanya untuk menjalin hubungan diplomatik tetapi meliputi memperluaskan kerjasama dalam bidang perdagangan, pelaburan, pendidikan, pertahanan dan kebudayaan. Selain itu jumlah diplomat yang dihantar bertugas dalam misi Negara Brunei Darussalam di luar negeri semakin meningkat dan beberapa misi Negara Brunei Darussalam telah mempunyai bangunannya sendiri. Dengan tertubuhnya misi ini juga akan memudahkan penduduk negara ini yang mempunyai urusan rasmi di negara berkenaan. Tidak dapat dinafikan bahawa dengan adanya misi ini akan menjana hubungan di antara dua penduduk negara berkenaan di semua peringkat.

    KEDUTAAN/SURUHANJAYA TINGGI ASING

    Sebanyak 28 buah negara-negara sahabat telah membuka Pejabat Kedutaan Besar dan Suruhanjaya Tinggi di Bandar Seri Begawan. Negara yang membuka misi-misinya di negara ini adalah terdiri daripada negara kuasa besar seperti Amerika Syarikat, United Kingdom, China dan Russia. Ini membuktikan negara berkenaan mempunyai kepentingan di negara ini.

    Setengah daripadanya juga mempunyai bangunan kedutaannya sendiri. Kerajaan Negara Brunei Darussalam telah menyediakan tapak-tapak yang strategik yang dipanggil kawasan diplomatic enclave dilengkapi dengan kemudahan infastruktur. Penyediaan tapak-tapak ini adalah dasar kerajaan yang berterusan dan komited untuk memperluaskan hubungan dua hala dengan negara-negara sahabat.

    TUAN RUMAH

    Negara telah berjaya menjadi Tuan Rumah dan menjadi Pengerusi beberapa sidang kemuncak antaranya i) APEC pada tahun 2000 ii) Sidang Kemuncak ASEAN tahun 2001 dan 2013.

    Kejayaan Negara Brunei Darussalam untuk menjadi Tuan Rumah Persidangan APEC tahun 2000 merupakan titik tolak akan kemampuan dan kebolehan kita dalam mengendalikan persidangan yang bertaraf antarabangsa yang dihadiri oleh ketua-ketua negara dari negara ahli APEC. Tahun 2013 telah membuktikan lagi akan kemampuan Negara Brunei Darussalam selaku Tuan Rumah dan seterusnya mempengerusikan Sidang Kemuncak ASEAN 2013. Kita bukan saja mampu untuk memberikan kemudahan logistik kepada delegasi-delegasi yang menghadiri mesyuarat tetapi dapat menyelesaikan beberapa isu yang sensitif dalam ASEAN sendiri. Kita juga mampu untuk mendekatkan dalam merealisasikan hasrat ASEAN ke arah ASEAN Satu Komuniti 2015.

    Setelah 30 tahun mencapai kemerdekaan, Negara Brunei Darussalam semakin matang dalam membina kepercayaan dan keyakinan negara luar sebagai sebuah negara yang mempromosikan keamanan, keselamatan dan kestabilan sama ada di rantau ini dan antarabangsa. Dalam menangani apa jua isu-isu politik Negara Brunei Darussalam akan tetap memilih jalan diplomasi menerusi meja rundingan dan akan tetap menolak apa jua penggunaan kekerasan. Imej ini akan tetap kita pertahankan dan ianya menjadi pegangan dalam membina hubungan dengan negara-negara sahabat. Pada masa yang sama negara luar telah menaruh kepercayaan kepada kita dan mengiktiraf Negara Brunei Darussalam sebagai sebuah negara yang tetap menghormati kedaulatan setiap negara.

  • Muka Surat 40

    MENDUKUNG MASYARAKAT PINTAR ICTOleh : Ali Termizzi Haji Ramlli / Haji Ramli

    Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam melalui Kementerian Perhubungan telah diberikan mandat untuk meningkatkan produktiviti keupayaan prasarana dan infrastruktur teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) yang canggih dan berdaya tahan bagi kepentingan dan kesejahteraan penduduk di Negara Brunei Darussalam ini khususnya kepada pengguna-pengguna pada semua peringkat usia.

    Penggunaan peralatan ICT ini sangatlah diambil berat oleh kerajaan bagi memastikan seluruh rakyat dan penduduk di negara ini sama ada meliputi aspek pentadbiran dan pengurusan adalah menjadi keutamaan yang perlu dikendalikan dengan cepat, terurus, tersusun dan tepat pada tempoh yang sewajarnya dikemaskinikan ataupun dikendalikan.

    Oleh kerana itu dalam usaha ke arah pencapaian yang lebih berdaya maju ke hadapan dari segi pengemaskinian dan kemudahan penggunaan peralatan ICT yang canggih, maka pelbagai inisiatif telah pun diusulkan dan diusahakan oleh pelbagai agensi kerajaan dan swasta dalam merealisasikan ke arah matlamat itu.

    Dalam aspek pencapaian sekarang khususnya Kementerian Perhubungan telah memantau pencapaian penanda aras antarabangsa dalam persediaan ICT di Negara Brunei Darussalam yang mana negara tercatat di bawah Indeks Persediaan Rangkaian (Networked Readiness Index-NRI 2012) dalam catatan itu negara adalah dalam purata peningkatan dalam kedudukan pencapaian persediaan ICT yang menunjukkan peningkatan yang positif.

    Melihat kepada kedudukan keseluruhan, Negara Brunei Darussalam telah meningkat dari kedudukan ke-54 daripada 142 pada tahun 2012, berbanding pada tahun 2011 pada kedudukan ke-57. Maka ini adalah pertanda baik kepada kemajuan ICT di negara ini berkembang maju ke hadapan dan berada pada tahap yang lebih baik.

    Sumbangan bagi peningkatan tersebut adalah daripada persekitaran subindeks yang memberi tumpuan kepada pengambilan dan penggunaan ICT dan teknologi yang kondusif serta penggunaan subindeks seperti yang didorong oleh individu-individu, perniagaan (sektor swasta) dan penggunaan awam (sektor kerajaan) di negara ini.

    Selain itu bidang yang perlu diperbaiki antaranya persediaan seperti infrastruktur, kemampuan dan kemahiran adalah kunci utama kepada mempelbagaikan pencapaian prestasi pengguna-pengguna agar mereka mengetahui aspek ICT dan teknologi komunikasi adalah menjadi nadi utama ke arah kemajuan dan pembentukan sosioekonomi yang lebih mantap dan berdaya saing pada abad ini.

    Melihat pada perspektif subindeks baru pada NRI 2012, pencapaian dalam kesan subindeks memperlihatkan kesan ekonomi dan sosial yang terkumpul daripada ICT yang memerlukan untuk penambahbaikan. Oleh kerana itu usaha kerajaan telah mengambil pelbagai inisiatif yang perlu untuk mempertingkatkan subindeks tersebut pada tahap yang memberangsangkan sebagaimana dalam inisiatif pihak Telekom Brunei (TelBru) dalam mana usaha pelancaran kabel Fibre Optic ke rumah (Fibre to the home) ataupun dikenali sebagai FTTH. Pelancaran itu juga tepat pada masanya yang boleh meningkatkan potensi penggunaan ICT di negara ini yang lebih baik pada jangka masa akan datang.

    Inisiatif tersebut pastinya merupakan satu langkah yang bukan sahaja ke arah memperbaiki kedudukan NRI akan tetapi yang lebih penting visi kementerian berkenaan untuk menjadikan masyarakat yang canggih. Ini perlu direalisasikan ke arah Wawasan Negara 2035 agar tercapai kelak.

  • Muka Surat 41

    Menyentuh mengenai peruntukan belanjawan yang telah diperkenankan pada 15 Julai 2012 oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Muizzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar Ali Saifuddien Saadul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam sebanyak BND230 juta di bawah Rancangan Kemajuan Negara (RKN) 2012-2017 bagi Kementerian Perhubungan untuk melaksanakan inisiatif jalur lebar di seluruh negara melalui FTTH telah berjalan dengan lancar dan berperingkat-peringkat.

    Oleh kerana itu penempatan (deployment) apa-apa bentuk teknologi di seluruh negara bukan satu proses semalaman akan tetapi ianya akan dilaksanakan dalam fasa secara berperingkat-peringkat.

    Penempatan tersebut juga memerlukan perancangan dan pertimbangan seperti mana prosedur yang diusahakan oleh pihak berkenaan agar ia menjadi kenyataan.

    Peruntukan belanjawan FTTH itu adalah diharapkan untuk menggunakan melalui gabungan teknologi dan menggabungkan bagi kedua-dua sambungan berwayar wired dan tanpa wayar wireless kepada seluruh penduduk di negara ini agar dapat berkomunikasi dengan lebih cepat dan membantu memberikan kesan yang positif kepada pengguna dari segi kemudahan yang disediakan oleh kerajaan.

    Pada peringkat ini, Kementerian Perhubungan dan Authority for Infocommunications Technology Industry (AITI) bekerjasama membuat rujukan reference bagi amalan terbaik pada peringkat serantau dan antarabangsa dari segi pelaksanaan dan penyusunan semula model industri. Model-model tersebut akan disesuaikan dengan persekitaran tempatan dan pasaran.

    Dengan peningkatan penggunaan jalur lebar mudah alih ini dan kemunculan teknologi baru seperti 4G dan Perkembangan Jangka Panjang (Long Term Evolution-LTE), FTTH akan dilengkapi dengan teknologi wireless untuk membolehkan kelajuan sambungan jalur lebar yang tinggi di seluruh negara akan terlaksana dan tercapai.

    Kerajaan sangat komited untuk menggalakkan pembangunan ICT sebagai teknologi strategik untuk meningkatkan produktiviti dan daya saing negara. Kerajaan juga sangat mengambil berat mengenainya dan sekarang langkah-langkah pelaksanaan diteruskan dalam pelbagai skop ICT yang luas.

    Seperti mana Kementerian Perhubungan melalui pihak-pihak yang tertentu sedang giat melaksanakan projek FTTH yang bertujuan untuk meningkatkan taraf dan kualiti perkhidmatan jalur lebar di Negara Brunei Darussalam bagi menjana pertumbuhan sosioekonomi dan daya saing negara.

    Dengan adanya infrastruktur berkelajuan tinggi seumpama ini, inisiatif tersebut jelas menunjukkan sokongan dan mendukung hasrat Kementerian Perhubungan untuk mencapai sebuah Masyarakat Pintar (Smart Society) akan tercapai.

    Kesan positif daripada perkembangan projek FTTH ini perlu diambil perhatian yang sewajarnya kerana mencapai matlamat sebuah Masyarakat Pintar akan memberikan sentuhan yang bermanfaat bagi persediaan individu dan masyarakat dalam mengembangkan potensi diri, laluan kerjaya yang berdaya saing dan seterusnya dalam menyumbang kepada sektor ekonomi dan negara dari segi pengetahuan penggunaan ICT.

    Sekarang dalam teknologi wireless ini kita telah melihat pertumbuhan pesat pasaran telefon bimbit sejak beberapa tahun kebelakangan. Sejak rangkaian 3G diperkenalkan ke negara ini pada tahun 2005, kini kita dapat melihat telefon bimbit menjadi satu keperluan gaya hidup dengan semakin meningkatnya penggunaan seperti smart phones dan tablet. Ini adalah kemajuan yang turut memberikan impak yang positif dari segi pengetahuan dan kemahiran masyarakat kita pada masa ini.

    Selain itu penggunaan gadgets canggih ini setentunya membuka banyak peluang bagi penciptaan

  • Muka Surat 42

    kandungan serta mobile apps untuk pelbagai aplikasi termasuklah pembelajaran, sosial dan perniagaan meliputi keperluan semasa.

    Lebih banyak inisiatif dilaksanakan oleh pihak-pihak yang tertentu di dalam mengembangkan inovasi bagi pasaran aplikasi-aplikasi teknologi tempatan termasuklah melaratkan elemen ICT seperti pembangunan kandungan dalam kurikulum akademik bagi kemajuan dan kemudahan pembelajaran pada peringkat sekolah dan institusi pendidikan.

    Ini meliputi gabungan kemahiran ICT dengan penggunaan yang baik dalam data saintifik sebenar, selain menyediakan masyarakat dengan pengalaman penggunaan peralatan canggih yang terkini untuk meningkatkan pengetahuan sains dan teknologi agar tidak ketinggalan.

    Selama 30 tahun Negara Brunei Darussalam mengecapi era kemerdekaan negara, kini pengamalan kemahiran ICT pada abad ke-21 yang telah diusahakan oleh Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia yang menjadikan masyarakat dan penduduk di negara ini celik penggunaan ICT adalah pada peringkat yang memberangsangkan.

    Dengan bertemakan Generasi Berwawasan pada kali ini adalah bertepatan dengan sebahagian daripada kemajuan ICT di negara ini bagi meningkatkan komunikasi dan kerjasama; kreativiti dan inovasi; pemikiran kritikal dan penyelesaian masalah serta meningkatkan pengajaran dan pembelajaran dari segi pendidikan ICT agar terus dilaksanakan bagi merealisasikan Masyarakat Pintar (Smart Society) menjadi kenyataan di Negara Brunei Darussalam kelak.

  • Muka Surat 43

    NEGARA BERJAYA MEREALISASIKAN PENDIDIKAN AGAMAOleh : Hajah Zabaidah Haji Salat

    Negara akan menyambut Ulang Tahun Hari Kebangsaan Ke-30 esok. Sepanjang usia tersebut, kita telah berjaya meletakkan negara bertuah ini seiring dengan negara-negara maju di dunia. Semua ini adalah berkat kepimpinan dari raja yang disayangi rakyat iaitu Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Muizzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar Ali Saifuddien Saadul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam.

    Berkat kepimpinan, keazaman yang tinggi dan kuat dari baginda, negara telah dapat mengharungi pelbagai cabaran globalisasi di mana tanpa adanya kekuatan segala cabaran pastinya tidak akan dapat diatasi. Walau bagaimanapun cabaran yang ditempuh negara telah berjaya meletakkan pendidikan agama yang telah bertapak di negara ini sejak dalam sejarah pendidikan agama secara bersistem moden ditubuhkan pada tahun 1956 iaitu sejak pemerintahan Al-Marhum Sultan Haji Omar Ali Saifuddien Saadul Khairi Waddien lebih 50 tahun lalu, diletakkan di tempat yang teratas.

    Pelaksanaan Perintah Pendidikan Ugama Wajib 2012 dan berkuat kuasa mulai 1 Januari 2013 yang dititahkan Kebawah Duli Yang Maha Mulia sempena Sambutan Hari Guru Ke-22 bagi Tahun 1433 Hijriah / 2012 Masihi pada 8 Zulkaedah 1433 bersamaan 24 September 2012 lalu lebih mengukuhkan lagi sistem pendidikan agama di negara ini, dan pelaksanaannya adalah satu kejayaan bagi Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia melalui Kementerian Hal Ehwal Ugama dan Institut Pengajian Islam dalam merealisasikan pendidikan agama di negara ini. Ianya dilaksanakan adalah dengan tujuan semata-mata ingin melihat rakyat Islam di negara ini selamat di dunia dan di akhirat akan menjadi kenyataan.

    Perintah penguatkuasaan undang-undang tersebut juga merupakan rahmat besar dalam pendidikan agama dan juga kepada umat Islam di negara ini khususnya dan kepada Negara Brunei Darussalam amnya yang mahukan negara ini menjadi Baldatun Tayyibatun Warabbun Ghafur dan sebagai Negara Zikir.

    Setelah perintah ini dikuatkuasakan, insya-Allah tidak ada lagi kanak-kanak Islam di negara ini yang akan tercicir dari memahami dan mengetahui ilmu asas pendidikan Islam, dan tidak akan ada lagi orang yang tidak pandai sembahyang dan membaca Al-Qur'an.

    Dengan terlaksananya undang-undang ini, sekali gus kita dapat menyaksikan bahawa dasar pendidikan negara mengikut ajaran Islam dan menurut Ahli Sunnah WalJamaah, Mazhab Shafie adalah seimbang di antara keperluan duniawi dan ukhrawi yang dapat membentuk kanak-kanak cemerlang dalam pengisian antara keperluan rohani dan jasmani mereka. Dalam hal ini peranan dan tanggungjawab keluarga atau ibu bapa amat diperlukan untuk menjadikan anak-anak mereka itu menjadi Yahudi, Nasrani atau Majusi kerana kanak-kanak dilahirkan adalah seperti kain putih, bersih dan terpulanglah kepada ibu bapa untuk membentuk anak itu sama ada menjadi orang yang taat pada perintah Allah Subnanahu Wataala ataupun sebaliknya.

    Sistem Pendidikan Agama Wajib ini lebih terserlah lagi dengan adanya sokongan dari semua pihak khususnya para ibu bapa dan penjaga kanak-kanak Islam di negara ini, di mana pada awal tahun ini, Jabatan Pengajian Islam, Bahagian Sekolah-Sekolah Ugama telah mencatatkan lebih 5,300 pelajar baru pra ugama memulakan pengajian di sekolah-sekolah agama di seluruh negara.

    Jumlah kemasukan yang meningkat dari tahun-tahun lalu menyaksikan kesedaran orang-orang kitani untuk menerapkan pendidikan agama dari peringkat akar umbi sangat tinggi sekali gus memberi rahmat kepada generasi anak bangsa untuk kesinambungan menerajui negara dengan berlandaskan keagamaan yang sangat mantap secara berterusan.

    Menteri Hal Ehwal Ugama,Yang Berhormat Pengiran Dato Seri Setia Dr. Haji Mohammad bin Haji Abdul Rahman telah menegaskan bahawa Perintah Pendidikan Ugama Wajib 2012 ini akan menjadi salah satu

  • Muka Surat 44

    tapak semaian yang baik dan sangat sesuai untuk kesuburan dan pertumbuhan falsafah negara Melayu Islam Beraja di negara kita ini. Di mana kanak-kanak yang berumur wajib bersekolah agama iaitu seorang kanak-kanak Islam yang berumur 7 tahun atau ke atas yang belum lagi mencapai umur 15 tahun dan yang memenuhi syarat-syarat untuk mendapat pendidikan agama pra sekolah dan rendah.

    HUKUMAN DENDA

    Ibu bapa atau penjaga yang gagal menjalankan tanggungjawab tersebut adalah melakukan suatu kesalahan. Hukuman denda maksimum $5,000 atau penjara maksimum setahun atau kedua-duanya sekali akan dikenakan kepada ibu bapa yang gagal mendaftarkan anak-anak mereka bersekolah agama menurut undang-undang tersebut. Kanak-kanak yang terkandung di dalam perintah itu ialah kanak-kanak berumur wajib bersekolah agama, beragama Islam, tinggal di Negara Brunei Darussalam dan kedua ibu bapanya atau salah seorang daripada mereka adalah warganegara Brunei Darussalam atau penduduk tetap. Manakala, bagi warganegara asing atau yang bukan beragama Islam adalah masih dialu-alukan belajar di sekolah agama sebagaimana yang berjalan pada masa ini namun tidak terkandung di dalam perintah berkenaan.

    Insya-Allah di masa depan negara ini tidak akan timbul lagi soal individu yang tidak pandai bersolat dan berwudhu, tidak pandai thaharah (kesucian diri), tidak pandai membaca Al-Quran, tidak pandai Jawi, tidak mengetahui sah batal puasa dan seumpamanya dan tidak akan timbul lagi mereka yang tercicir dari pendidikan agama, sebagaimana yang sama-sama dihasratkan oleh pemimpin negara dan seluruh umat Islam di negara ini.

    Impak yang besar yang dapat dijangkakan pada masa hadapan dari pelaksanaan Perintah Pendidikan Ugama Wajib ialah ia akan menjadi tapak semaian dan mekanisme yang penting untuk menjayakan beberapa gagasan negara iaitu Wawasan Negara 2035, yang berhasrat untuk melahirkan modal insan yang berkualiti duniawi dan ukhrawi, menegakkan falsafah negara Melayu Islam Beraja serta mengembangkan konsep Negara Zikir.

    Landasan ini jelas telah dapat menyediakan semaian yang indah dan subur untuk umat Islam dan seluruh penduduk di negara ini di mana masyarakat Islam dan bukan Islam dapat hidup dalam aman damai, bersatu padu dan saling bertautan antara rakyat dengan pemimpin dan pemimpin dengan rakyat.

    Pendidikan agama merupakan teras kepada pembentukan umat Islam dan bangsa yang berilmu, beriman dan beramal. Pada umumnya pendidikan Islam bertujuan untuk melahirkan generasi yang beramal salih yang tahu akan kewajipan di dunia dan akhirat. Begitulah juga dengan dasar pendidikan negara iaitu 'Ke arah Kesempurnaan Insan' yang hanya akan dapat dicapai melalui ilmu yang bermanfaat dan akhlak yang mulia.

    Tidak dinafikan kesedaran para ibu bapa juga semakin tinggi terhadap pentingnya pelajaran agama. Mereka mahukan anak-anak mereka pandai dalam ilmu agama, kerana mereka sedar anak yang dididik dan disemai dengan ajaran agama Islam, Insya-Allah mereka akan menjadi orang yang beriman, cinta kepada Allah dan Rasul-Nya, mentaati perintah Allah dan Rasul-Nya, berbakti kepada agama, masyarakat, raja dan negara serta mendapat kejayaan hidup di dunia dan akhirat.

    HAFIZ AL-QUR'AN

    Kita mengambil contoh dari hasil pendidikan agama yang kukuh, di mana baru-baru ini negara telah dapat melahirkan 12 orang Hafiz dan Hafizah, Program Diploma Aliyah Qiraat dari satu-satunya Institut Tahfiz Al-Quran di negara ini, iaitu Institut Tahfiz Al-Quran Sultan Haji Hassanal Bolkiah (ITQSHHB) yang mampu melahirkan para Hafiz Al-Quran yang telah dan akan terus mengharumkan nama negara di Majlis Haflut Takharruj Kali Pertama ITQSHHB pada bulan Disember tahun lepas.

    Dengan adanya kelahiran para Hafiz Al-Quran itu sesungguhnya menunjukkan keprihatinan yang besar dari Kebawah Duli Yang Maha Mulia sendiri dan memberikan makna yang sangat tinggi nilainya, di

  • Muka Surat 45

    samping dorongan yang kuat supaya lebih ramai anak-anak tempatan berminat untuk mengikuti bidang hafalanAl-Quran Al-Karim iaitu suatu bidang istimewa yang bukan mudah untuk dikuasai, di samping membawa rahmat dan berkat kepada hafiz itu sendiri, keluarga dan juga negara.

  • Muka Surat 46

    BANDAR SERI BEGAWANNIKMATI KEPESATAN KEMAJUAN

    PEMBANGUNAN NEGARAOleh : Samle Haji Jait

    Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam terus meningkatkan usaha merencana bagi kemajuan infrastruktur dan prasarana yang bersistematik dan terarah dalam menyahut keperluan kepesatan pembangunan negara. Pelaksanaan projek-projek mega yang telah dirancang bernilai jutaan ringgit itu akan memberikan kesan yang positif kepada kemajuan negara yang menyumbang kepada penjanaan sektor perekonomian di samping membantu menaikkan taraf negara sekali gus menjamin keselesaan dan keharmonian kehidupan rakyat jelata bagi manfaat generasi kini dan akan datang.

    Di dalam Pelan Induk Bandar Seri Begawan menerusi Rancangan Kemajuan Negara (RKN), ibu negara akan terus menikmati pelbagai kemajuan menerusi pembinaan prasarana dan penaikan taraf infrasturktur yang lebih dinamik dan moden.

    Usaha penuh signifikan kepada kepesatan kemajuan negara itu sudah tentu akan memberi kesan kepada perkembangan sektor pelancongan yang diyakini membantu menyumbang kepada peningkatan ekonomi.

    PROJEK PEMBINAAN JAMBATAN

    Pada 16 Januari lalu, negara memahat detik bersejarah apabila Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Muizzaddin Waddaulah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri telah berkenan merasmikan Majlis Peletakan Batu Asas Bagi Projek Pembinaan Jambatan Penghubung Menyeberangi Sungai Brunei dari Kampung Sungai Kebun ke Jalan Residency.

    Bemula dari tarikh detik itu, menandakan bermulanya kerja-kerja penyelenggaraan projek yang dijadualkan selesai dalam masa tiga tahun yang akan menelan belanja BND139 juta di bawah RKN Ke-10. Projek pembinaan jambatan serba moden itu merupakan satu lagi mercu tanda kegemilangan negara dalam bidang pembangunan yang sangat membanggakan.

    Apabila jambatan itu menjadi kenyataan nanti, ianya akan menukar imej ibu negara yang lebih indah dengan terbentangnya Cable Stayed Bridge yang merintasi Sungai Brunei yang pertama di negara ini.

    Jambatan kemegahan yang mempunyai struktur ironik itu berpotensi membantu menjana perkembangan ekonomi terutama kepada penarikan pelancong yang pasti akan terpesona menikmati keindahan jambatan unik sejauh kira-kira 607 meter keseluruhan yang berlatar belakang panorama Kampung Ayer.

    Projek mega yang membuktikan keprihatinan Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dalam memberikan kemudahan infrastruktur yang maksimum lebih-lebih lagi sebagai laluan alternatif dan nadi penghubung BSB dan Mukim Lumapas serta sekitarnya.

    Jambatan itu nanti akan membantu mengurangkan kesesakan lalu lintas yang sering berlaku terutama ketika masa sibuk di sepanjang Jalan Tutong dan Jalan Bengkurong Masin yang menghala ke Bandar Seri Begawan di mana dijangka kira-kira lebih 9,000 kenderaan akan menggunakan jambatan penghubung itu setiap hari nanti.

  • Muka Surat 47

    Sementara itu, satu lagi jambatan dari Daerah Temburong ke ibu negara juga telah dicadangkan untuk dibina sebagai usaha yang signifikan bagi projek infrastruktur kebangsaan yang penting kepada negara sebagai pelengkap hubungan rangkaian jalan raya kebangsaan di seluruh negara.

    Pautan jambatan kira-kira 30 kilometer panjang meliputi penyeberangan laut sepanjang 14 kilometer akan merentasi Teluk Brunei yang akan menjadi kemegahan rakyat jelata.

    Malah projek itu juga merupakan satu mercu tanda yang melibatkan sebahagian laluan Lebuhraya Pan Borneo yang lengkap bagi Negara Brunei Darussalam yang diilhamkan dalam tahun 80-an oleh pemimpin-pemimpin Borneo terdiri daripada Negara Brunei Darussalam, Malaysia (Sabah dan Sarawak) dan Republik Indonesia (Kalimantan).

    DERMAGA DIRAJA BANDAR SERI BEGAWAN (BSB)

    Dermaga Diraja BSB merupakan salah satu mercu tanda keindahan ibu negara yang mampu menarik lebih ramai pelancong untuk bersiar-siar sambil menikmati keunikan dan panorama Kampung Ayer.

    Lokasi strategik di ibu negara yang menyimpan banyak sejarah itu merupakan bekas terletaknya operasi Dermaga Kastam dan Eksais Diraja.

    Antara sejarah penting yang tercatat ialah pada tahun 1951, Al-Marhum Sultan Haji Omar Ali Saifuddien Saadul Khairi Waddien ibni Al-Marhum Sultan Muhammad Jamalul Alam II berangkat ke Tanah Suci bagi menunaikan fardu haji melalui tambatan atau Dermaga Kastam Brunei ketika itu.

    Sementara itu, penduduk Kampung Ayer tentunya masih lagi terkenang di Dermaga Diraja inilah acara lumba perahu yang dikenali Berjanuari yang disertai oleh Al-Marhum Sultan Haji Omar Ali Saifuddien Saadul Khairi Waddien.

    Manakala, pada 22 Januari 2012, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Muizzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar Ali Saifuddien Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah berkenan menyertai perlumbaan perahu pada Regatta Brunei Darussalam yang memukau ribuan penonton dan pelancong.

    Di Dermaga ini juga mencatat sejarah menerima keberangkatan kerabat diraja dan pembesar-pembesar negara luar negeri, di samping suatu ketika dulu menjadi pelabuhan keluar masuk penumpang dan barangan import dan eksport. Kini, Keunikan Dermaga Diraja BSB dilihat sebagai lambang kemegahan ibu negara yang meniliti kepesatan kemajuan yang mengagumkan.

    PROJEK EKO-KORIDOR TEBING SUNGAI

    Penjanaan Semula Eko-Koridor Tebing Sungai merupakan satu perancangan strategik utama di dalam Pelan Induk Bandar Seri Begawan bagi memperbaiki dan menaik taraf sistem aliran sungai-sungai termasuk Sungai Kedayan.

    Ia sekali gus mencantikkan persekitaran Masjid Omar Ali Saifuddien, masjid yang tersohor dan terus berdiri megah sebagai identiti kekuatan negara Brunei Darussalam dengan kekukuhan agama Islam sebagai landasan kehidupan.

    Perancangan tersebut dilaksanakan dengan aktiviti pembersihan kawasan-kawasan di Kampung Ayer bagi membina sebuah promenade di tebing sungai dan membina berbagai prasarana.

  • Muka Surat 48

    Projek berkenaan akan memberikan kemudahan beriadah sebagai tarikan pengunjung dan pelancong ke Bandar Seri Begawan sekali gus sebagai pemangkin konsep penghijauan Bandar Seri Begawan menjadi Bandar Dalam Taman seperti yang dihasratkan oleh Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam menerusi Pelan Induk Bandar Seri Begawan.

    Kerja-kerja pembersihan tapak kawasan tebing Sungai Kedayan termasuk meroboh rumah-rumah kosong secara berfasa telah bermula dari Kampung Sumbiling Lama sehingga ke Kampung Ujong Tanjong. Bagi rumah-rumah yang berpenghuni yang terlibat dalam projek berkenaan akan dipindah ke rumah-rumah yang telah disediakan oleh kerajaan sebagai ganti rugi bagi pemilik-pemilik yang layak mengikut peraturan yang berjalan ketika ini.

    BANDAR DALAM TAMAN

    Kepesatan dan kemajuan ibu negara terus terserlah yang dihiasi dengan infrastuktur serba moden dan dinamik namun dalam masa yang sama Bandar Seri Begawan akan lebih indah dengan mengekalkan kehijauan Bandar Dalam Taman pada persekitarannya. Konsep hijau yang membaluti bagi wajah masa depan Bandar Seri Begawan akan sama-sama mengiringi kemajuan bandar yang lebih mantap dan dinamik, yang mempunyai ciri bandar raya moden serta dilengkapi rangkaian pengangkutan yang cekap dan persekitaran yang berdaya saing dengan mengekalkan ciri unik negara melalui konsep falsafah Melayu Islam Beraja.

    Usaha murni itu akan membantu mencapai kualiti kehidupan yang tinggi sekali gus mendukung Wawasan Brunei 2035 dan matlamat perancangan strategik, strategi dan Pelan Tindakan Jangka Pendek, Sederhana dan Panjang bagi memajukan kawasan Perbandaran BSB iaitu untuk menjadikan BSB sebagai sebuah Bandar Dalam Taman yang mempunyai alam sekitar yang bersih dan bebas dari pencemaran.

    REALISASI WAWASAN

    Arus kepesatan BSB telah memberikan gambaran betapa kesungguhan Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam untuk memacu pembangunan BSB setanding dengan negara-negara yang lebih maju selaras dengan kehendak kemajuan dan relevannya kepada negara.

    Kita perlu berbangga dengan pelan-pelan kemajuan yang teratur dari agensi-agensi yang berwajib dan berperanan akan membantu memberi kejayaan dan merealisasikan impian menjadikan Bandar Seri Begawan lebih dinamik dan moden di samping menerusi perancangan yang tersusun sudah tentu akan membantu mencapai Wawasan Negara 2035 nanti.

    Bandar Seri Begawan yang menjadi ibu negara tentu sekali bermegah dengan kepesatan arus perkembangan yang pesat sekali gus mengangkat Negara Brunei Darussalam sebagai negara maju dan mampu menggiatkan sektor ekonomi menerusi peningkatan industri pelancongan dan pelaburan.

  • Muka Surat 49

    PENTADBIRAN DINAMIK BAWA KESEJAHTERAANOleh : Haji Sahari Akim

    Pentadbiran dan pengurusan yang baik dalam pemerintahan good governance telah membawa kemakmuran, keamanan, kemajuan dan kesejahteraan kepada rakyat dan penduduk Negara Brunei Darussalam. Keadaan ini dapat dirasakan lebih-lebih lagi setelah negara ini mencapai kemerdekaan penuh sejak 30 tahun lalu.

    Di bawah kepimpinan bijaksana Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam serta dukungan penuh pegawai-pegawai dan kakitangan kerajaan, negara ini dapat diurus dengan baik sekali gus menikmati kemajuan yang pesat dalam pelbagai bidang.

    Para pegawai dan kakitangan Perkhidmatan Awam melalui kementerian-kementerian dan agensi-agensi kerajaan dan badan berkanun memainkan peranan penting dan signifikan dalam membuat dasar, merencana program-program dan projek-projek pembangunan negara sekali gus melaksanakannya.

    Berteraskan falsafah negara Melayu Islam Beraja (MIB) dan Negara Zikir, pentadbiran negara ini menekankan kebahagiaan di dunia dan akhirat tanpa mengabaikan pembangunan dan teknologi moden seiring dengan kehendak masa sesuai tuntutan agama dan nilai-nilai murni warisan bangsa yang dengannya akan mewujudkan negara Baldatun Tayyibatun Wa rabbun Ghafur.

    Aspek-aspek rohani dan ukhriah diterap dan diterjemahkan dalam program dan perancangan negara baik dalam bidang keagamaan, pendidikan, sosiobudaya, ekonomi, pembangunan prasarana fizikal dan lain-lain. Ke arah ini para pegawai dan kakitangan Perkhidmatan Awam telah memberikan sumbangan yang besar sehingga kita dapat menikmati kehidupan berbangsa dan bernegara dengan aman, harmoni, mewah dan sejahtera.

    Perlu disyukuri bahawa berkat daripada pemerintahan dan pentadbiran yang baik itu kita dapat menikmati kesejahteraan dan keselesaan yang keseluruhannya tidak dapat diungkapkan dengan kata-kata, tetapi dapat dilihat dan dirasakan oleh segenap lapisan rakyat dan penduduk di bumi tercinta ini.

    Ini dapat disaksikan dan dinikmati melalui pelaksanaan infrastruktur kemudahan awam serta pelbagai skim jaminan sosial, subsidi dan bantuan yang dapat dinikmati oleh rakyat dan penduduk di bandar, mukim dan kampung di seluruh negara.

    Sesuai Wawasan Negara 2035 ke arah menjadikan negara ini dikenali di seluruh dunia dengan rakyat yang berpendidikan, berkemahiran tinggi dan berjaya; kehidupan rakyat yang berkualiti; dan ekonomi yang dinamik dan berdaya tahan maka Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) di bawah Jabatan Perdana Menteri terus berusaha menyediakan perkhidmatan yang kondusif sesuai dengan suasana dan persekitaran semasa.

    Selain itu JPA juga sentiasa berusaha mempersiapkan pegawai-pegawai dan kakitangannya yang berwibawa, berintegriti, kompeten, mantap dan profesional untuk merancang dan melaksanakan dasar serta projek dalam agensi masing-masing.

    Untuk memperkukuh lagi pencapaian Perkhidmatan Awam, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dalam titah sempena sambutan Hari Keputeraan baginda Ke-60 Tahun pada 15 Julai 2006 antara lain menekankan. Kita memerlukan sumber tenaga manusia yang profesional dan produktif dengan budaya yang kompetitif. Dalam hubungan ini adalah penting bagi jentera pentadbiran kerajaan merancang sumber tenaga manusia dengan bersepadu dan mantap dan membasmi mana-mana jua elemen pentadbiran yang menghalang wujudnya budaya berdaya saing ini.

    URUS TADBIR

    JPA sentiasa berusaha mencari dan memperkenalkan kaedah-kaedah urus tadbir yang berwibawa

  • Muka Surat 50

    dan mantap. Ini sesuai dengan tema Sambutan Hari Perkhidmatan Awam tahun lepas Urustadbir Dinamik Ke Arah Kesejahteraan Negara. Hasrat ini selaras dengan perkembangan pentadbiran masyarakat antarabangsa hari ini yang menumpukan kepada menaik taraf mutu pentadbiran dalam pemerintahan melalui konsep efektif, inovatif dan dinamik.

    Seperti yang ditekankan dalam Khutbah Jumaat di masjid-masjid bahawa dalam perspektif Islam, urus tadbir dinamik telah digambarkan oleh Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam. Dengan bersumberkan wahyu Ilahi, Baginda berjaya membangun negara Islam Madinah dan membentuk masyarakat menjadi model negara dan masyarakat yang dinamik.

    Terbukti dalam sejarah, urus tadbir Baginda yang dinamik itu telah membawa kesejahteraan kerana keadilan ditegakkan, kebajikan dipenuhi, keamanan dinikmati dan kemajuan dikecapi. Firman Allah Subhanahu Wataala dalam Surah Al Muminun ayat 57-61 juga menyebut tentang ciri-ciri dinamik seperti bertenaga, cergas dan bersegera mengerjakan kebajikan.

    Urus tadbir seperti inilah yang akan terus diperkukuhkan oleh JPA, apatah lagi dengan pelaksanaan Kanun Jenayah Syariah di negara ini setentunya ia akan meneguhkan lagi integriti dan akhlak warga Perkhidmatan Awam daripada melakukan sebarang unsur tidak amanah dan penyelewengan dalam melaksanakan tugas. Ini akan menjurus kepada pengurusan yang mesra rakyat, produktif, efektif dan inovatif, sekali gus membawa kepada kecemerlangan masa depan bangsa dan negara.

    KAEDAH

    Pelbagai kaedah diguna pakai dalam usaha memantapkan perkhidmatan, baik dari segi kerohanian mahupun fizikal. Antaranya ialah Rukun Akhlak dan Etika Kerja Perkhidmatan Awam yang berpaksi kepada ajaran agama dan nilai-nilai murni.

    Ini antaranya mengajak warga Perkhidmatan Awam supaya sentiasa berpegang kepada prinsip yang tidak melanggar tuntutan agama, adil, prihatin, pemedulian, berdisiplin, bersopan santun, hormat-menghormati, jujur, amanah, bersih, rajin, titih, lutanan, bekerja secara berpasukan dan lain-lain.

    Untuk mencapai matlamat tersebut, para pegawai dan kakitangan juga diberikan ceramah keagamaan dan motivasi kerja agar menjadi lebih mantap dan mempunyai keimanan yang kukuh, di samping memiliki semangat patriotisme dan jati diri kebruneian yang tinggi.

    Dari segi fizikal, warga Perkhidmatan Awam diberikan latihan dan kursus termasuk peluang melanjutkan pelajaran semasa dalam perkhidmatan di dalam dan di luar negara. Semua itu untuk meningkatkan kemahiran dan kepakaran warga Perkhidmatan Awam untuk lebih multi skill dan professional di era globalisasi dan teknologi infokomunikasi ini.

    Selain itu, ruang pejabat juga disediakan dengan persekitaran yang nyaman dilengkapi pelbagai prasarana dan peralatan yang canggih untuk memudah dan melicinkan tugas warga Perkhidmatan Awam sekali gus dapat memberikan keselesaan kepada orang ramai.

    Satu perkara yang tidak diabaikan ialah usaha menambah bilangan pakar yang sudah sedia ada serta mewujudkan kepakaran baru dalam bidang-bidang lain mengikut suasana dan keperluan negara masa kini dan akan datang.

    Kaedah penyediaan perkhidmatan kepada orang ramai pada masa ini dapat dipermudahkan dengan menggunakan teknologi-teknologi terkini khususnya infoteknologi komunikasi. Ke arah ini pelaksanaan e-Kerajaan giat dilaksanakan di setiap agensi termasuk usaha mewujudkan masyarakat awam yang celik IT.

  • Muka Surat 51

    Perkhidmatan secara online yang diperkenalkan di agensi-agensi kerajaan misalnya dapat memudahkan pelanggan tanpa datang ke pejabat-pejabat berkenaan tetapi boleh dilakukan secara online. Selain menjimatkan masa, kos dan tenaga sistem ini juga lebih efektif dan produktif.

    Kaedah lain termasuklah memperkenalkan Tekad Pemedulian Orang Ramai (TPOR) ke arah memperkesankan lagi penyediaan perkhidmatan kepada masyarakat. TPOR menjanjikan had waktu tertentu bagi pelaksanaan setiap proses permohonan atau urusan yang memenuhi syarat yang dibuat dengan agensi-agensi kerajaan. Ini telah membantu mempercepatkan proses pengurusan kepada para pelanggan.

    Juga diperkenalkan ialah Kumpulan Kerja Cemerlang (KKC) yang menjurus kepada melaksanakan kerja secara berpasukan. Selain memupuk kerjasama dan sikap saling membantu bagi meringankan dan melicinkan bebanan tugas, para pegawai dan kakitangan juga dapat menyumbangkan fikiran dan mencari kaedah dalam membuat perancangan dan menyelesaikan sebarang permasalahan dalam proses pelaksanaan tugas. Matlamatnya ialah menghasilkan kerja yang lebih mudah, produktif, kos efektif dan profesional.

    RANCANGAN PENGGANTIAN

    Untuk memastikan kewibawaan sumber tenaga manusia, JPA telah melaksanakan Rancangan Penggantian Dalam Perkhidmatan Awam di negara ini iaitu satu proses menggunakan kaedah sistematik dalam mengenal pasti, menilai dan membangun keupayaan individu bagi memenuhi keperluan organisasi pada masa kini dan akan datang.

    Selain itu, ia juga merupakan proses berterusan bagi memastikan tindakan yang lebih proaktif dilaksanakan dalam memperkembangkan potensi dan bakat kepimpinan sumber tenaga manusia untuk lebih kompeten dan bersedia untuk menjawat jawatan yang lebih kanan di dalam sesebuah organisasi. Dalam hal ini JPA menyediakan garis pandu kepada Bahagian/ Unit Sumber Tenaga Manusia di kementerian atau jabatan-jabatan dalam melaksanakan Rancangan Penggantian yang lebih mantap dan bersistematik terhadap mekanisme yang sedia ada.

    Kumpulan Sasaran Rancangan Penggantian adalah pegawai-pegawai dalam tanggagaji bermula dari tanggagaji B2EB3/B2 atau yang sebanding dengannya, hingga ke tanggagaji Superscale Special/A/B//C.

    Oleh itu, pemilihan pegawai dalam Kumpulan Sasaran ini adalah untuk mengisikan jawatan-jawatan dalam tanggagaji B.3 atau sebanding dan seterusnya mengisikan jawatan-jawatan strategik iaitu jawatan-jawatan kepimpinan leadership position dalam tanggagaji Kumpulan 1/2/3 dan ke atas.

    OBJEKTIF

    Pelaksanaan rancangan ini bertujuan mewujudkan satu kaedah rancangan penggantian yang lebih bersistematik, mantap, teratur dalam Perkhidmatan Awam, di samping mewujudkan kesinambungan sumber manusia yang berpotensi dan kompeten secara berterusan dalam jawatan yang dipegang masa kini dan seterusnya sebagai landasan bagi persediaan di masa akan datang untuk melaksanakan tugasan-tugasan lebih mencabar.

    Selain itu ia juga bagi memastikan kesinambungan perancangan sumber manusia yang berkualiti dan berpotensi tinggi khususnya di peringkat pengurusan/ atasan/ jawatan-jawatan strategik, selain meningkatkan ketelusan transparency dalam pencalonan dan pemilihan kerana setiap keputusan dilaksanakan secara kolektif.

    Ini setentunya akan membawa JPA ke tahap yang lebih mantap pada masa akan datang.

  • Muka Surat 52

    PELAKSANAAN PERINTAH KANUN JENAYAH SYARIAH, 2013:LAKAR LEMBARAN BARU SEJARAH NEGARA

    Oleh : Pengiran Haji Waliyuddin Pengiran Haji Ahmad

    Negara Brunei Darussalam melakar satu sejarah baru dan terus mengorak langkah maju ke depan lagi sejak kemerdekaannya 30 tahun lalu apabila Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam menggazetkan Akta Perintah Kanun Jenayah Syariah 2013 yang merangkumi pelaksanaan hukum hudud.

    Kita sebagai rakyat di bawah naungan raja bijaksana seharusnya bersyukur kehadrat Allah Subhanahu Wataala dan menjunjung kasih ke hadapan majlis Kebawah Duli Yang Maha Mulia kerana mempunyai seorang raja taat kepada agama, prihatin kepada undang-undang Islam dan memimpin negara ini ke jalan yang benar berlandaskan Al-Quran dan Al-Hadith.

    Penerimaan rakyat dan penduduk tetap Negara Brunei Darussalam terhadap Perintah Kanun Hukuman Jenayah Syariah 2013 dengan penuh rela dan dengan hati yang terbuka adalah suatu perkara yang membanggakan dan amat mengharukan sehingga akan mewujudkan impian baginda untuk menjadikan negara ini sebagai sebuah Negara Zikir dan Baldatun Tayyibatun Warabbun Ghafur.

    TITAH

    Perintah Kanun Hukuman Jenayah Syariah 2013 mula diwartakan atas titah perkenan Kebawah Duli Yang Maha Mulia pada 22 Oktober 2013 semasa baginda merasmikan Majlis Ilmu 2013 di Pusat Persidangan Antarabangsa, Berakas.

    Sehubungan itu, Majlis Ilmu 2013 telah menjadi saksi kepada sejarah, yang mendaulatkan kembali undang-undang Islam di negara tercinta kita Negara Brunei Darussalam. "Dengan izin Allah juga, Akta Perintah itu mula digazetkan hari ini, 22 haribulan Oktober 2013, dan akan mula berkuatkuasa enam bulan selepasnya secara berfasa. Dengan ini Alhamdulillah, pada peringkat ini tanggungjawab kita di hadapan Allah telah pun tertunai, titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia.

    "Undang-Undang Jenayah Syar'iah menjamin keadilan dan kesejahteraan untuk semua. Syariah yang datang daripada Allah memang wajar malah wajib diyakini sebagai mampu menjamin keadilan dan kesejahteraan bagi semua. Undang-Undang Allah disyariatkan, bukanlah untuk kepentingan-Nya sendiri. Allah sama sekali tidak mempunyai apa-apa hajat, kerana Dia sendiri adalah maha sempurna. Yang berhajat itu ialah kita para hamba, termasuk hajat untuk dapat menikmati keadilan dan kesejahteraan,titah baginda.

    Oleh itu, semua rakyat serta penduduk di negara ini hendaklah sama-sama berdiri teguh dan berganding bahu dalam mendukung, menyahut titah perkenan dan mengalu-alukan akta yang bersejarah ini menjelang pelaksanaannya yang bermula pada April 2014.

    MATLAMAT

    Matlamat umum undang-undang jenayah Islam adalah untuk memastikan manusia mematuhi hukum Allah Subhanahu Wataala dengan mengelakkan diri daripada melakukan tegahan-Nya dan melakukan suruhan-Nya. Matlamat khusus undang-undang jenayah Islam ialah menjaga lima perkara utama dalam kehidupan manusia iaitu agama, nyawa, akal fikiran, keturunan dan harta benda.

    Oleh itu, undang-undang Islam adalah undang-undang yang mantap, relevan untuk setiap zaman dan masa, tidak akan berubah buat selamanya. Ianya juga menjamin kebaikan, keadilan dan kesejahteraan kepada seluruh manusia tanpa memberikan keistimewaan kepada mana-mana golongan tertentu.

  • Muka Surat 53

    Hakikatnya undang-undang Islam adalah merupakan undang-undang yang mempraktikkan konsep disiplin yang tinggi dan pada masa yang sama menjurus kepada islah dan tarbiah.

    Pelaksanaan Perintah Hukuman Jenayah Syariah 2013 diyakini mampu membendung jenayah daripada terus berleluasa di negara ini seperti yang terbukti di negara-negara yang lebih awal mengamalkan undang-undang jenayah syariah seperti Kerajaan Arab Saudi, Iran, Pakistan dan sebagainya.

    Saranan dan cadangan yang diberikan adalah undang-undang Islam perlu dilaksanakan sepenuhnya di negara ini bagi memelihara kesejahteraan ummah dan kemakmuran negara.

    Sokongan dan komitmen semua pihak terutama pihak berkuasa atau pemerintah dan juga orang awam dalam mematuhi hukum Allah Subhanahu Wataala mampu merealisasikan kejayaan pelaksanaan Perintah Kanun Jenayah Syariah 2013.

    SIAP SIAGA

    Bagi memastikan pelaksanaan Perintah Kanun Jenayah Syariah Islam, 2013 berjalan seperti mana yang dijangkakan, pelbagai pihak mengadakan penerangan, taklimat, kursus, bengkel dan juga tunjuk cara pelaksaaan hukuman tersebut. Baru-baru ini rombongan Negara Brunei Darussalam yang diketuai oleh Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Berhormat Pengiran Dato Seri Setia Dr. Haji Mohammad bin Pengiran Haji Abdul Rahman telah mengadakan lawatan kerja ke Kerajaan Arab Saudi yang merupakan sebuah negara terunggul yang berjaya melaksanakan Undang-Undang Jenayah Syar'iah di negara berkenaan.

    Rombongan juga telah mengadakan lawatan ke beberapa agensi yang berperanan dalam penguatkuasaan dan pelaksanaan undang-undang negara khasnya syariah Islam seperti Projek King Abdullah bagi Pentadbiran Mahkamah-Mahkamah dan Kehakiman, Kementerian Keadilan; Mahkamah Umum; Jabatan Penjara Al-Malaz dan Jabatan Polis Riyadh, Amarat.

    Lawatan kerja ini telah mencapai objektifnya dalam menimba pengalaman dan maklumat yang berguna dari Kerajaan Arab Saudi yang telah sekian lama mempraktikkan undang-undang syariah Islam di negara berkenaan.

    Semua maklumat yang dikumpul sepanjang lawatan ini adalah penting dan bermanfaat dalam usaha untuk merealisasikan aspirasi Kebawah Duli Yang Maha Mulia dalam melaksanakan Undang-Undang Kanun Jenayah Syariah di Negara Brunei Darussalam, dan seterusnya dapat menyelesaikan apa-apa masalah yang mungkin timbul nanti. Semua ini memberikan pengalaman berharga bagi ahli rombongan dan setiap agensi berkepentingan dalam persiapan menghadapi pelaksanaan Perintah Kanun Jenayah Syariah Islam, 2013 yang akan bermula pada bulan April 2014 ini nanti.

    Selain itu, latihan juga harus diadakan kepada agensi-agensi yang berkenaan untuk membuat penelitian ke atas keperluan latihan dan pendedahan, latihan-latihan khusus secara praktikal di samping penyediaan prasarana yang lengkap dan sesuai serta keperluan peruntukan kewangan ke arah meningkatkan keupayaan dan infrastruktur.

    CABARAN

    Kita perlu menyedari bahawa kita akan berhadapan dengan pelbagai reaksi pro dan kontra daripada masyarakat tempatan dan masyarakat global.

    Bagi mengatasi kekeliruan dan kecelaruan pemikiran dan kefahaman tentang undang-undang maka perlu adanya usaha pencerahan yang mampu memberi pemahaman komprehensif tentang hakikat, falsafah dan prinsip undang-undang jenayah syariah.

  • Muka Surat 54

    Semua agensi yang terlibat dalam pelaksanaan Perintah Kanun Jenayah Syariah 2013, perlu bersiap sedia dengan mengikuti pengembangan sumber tenaga manusia dan penyediaan prasarana yang cukup dan bersesuaian.

    Pelbagai kritikan dan tekanan dihadapi daripada masyarakat antarabangsa yang menghendaki agar hukuman bunuh dihapuskan. Oleh itu, perlu dianjurkan penggemblengan tenaga dan pemikiran para ulama dan cerdik pandai juga pengamal undang-undang sivil dan syariah seluruh nusantara untuk mengikis pemikiran negatif tentang undang-undang jenayah Syariah.

    Bagi menjamin kelicinan pengendalian Perintah Kanun Hukuman Jenayah Syariah 2013, institusi dan jentera keadilan di negara ini perlu dikemaskinikan bagi menghindari sebarang pertindihan bidang kuasa.

    Untuk sekalian rakyat dan penduduk di negara ini, perbincangan dan perdebatan tentang pelaksanaan Perintah Kanun Hukuman Jenayah Syariah 2013 hendaklah dihentikan. Sekarang adalah masa untuk melaksanakan Perintah Hukum Kanun Jenayah Syariah demi kelangsungan hidup ummah yang diberkati. Oleh yang demikian, masyarakat Brunei tidak perlu meragui undang-undang jenayah ciptaan Ilahi.

    IMBASAN

    Pelaksanaan Perintah Kanun Jenayah Syariah 2013 bukanlah satu perkara yang baru atau asing sejak negara ini mencapai kemerdekaan pada tahun 1984, malah sebelum ini undang-undang berkenaan terutama hudud dan qisas pernah dikuatkuasakan di negara ini suatu ketika dahulu.

    Mengimbas kembali kepada buku bertajuk Perlaksanaan dan Pentadbiran Undang-Undang Islam Negara Brunei Darussalam: Satu Tinjauan yang dikarang oleh Allahyarham Dato Paduka Seri Setia Profesor Dr. Haji Awang Mahmud Saedon bin Awang Othman menyatakan bahawa sistem perundangan Islam yang dijalankan di negara ini telah bermula sejak dari Sultan Brunei yang pertama, Sultan Muhammad Shah pada kurun ke-14 Masihi yang berdasarkan kepada bukti-bukti yang jelas, iaitu dengan kewujudan beberapa buah naskhah undang-undang Islam yang bertulis, yang menjadi fakta sejarah yang perlu kita fahami dengan betul.

    Keterangan tersebut juga disokong dengan pengakuan Konsul-konsul Inggeris yang datang ke negara ini pada tahun 1856 dan 1891 yang masing-masing dan mengesahkan bahawa undang-undang di negara ini pada ketika itu adalah undang-undang yang berasaskan daripada Al-Quran dan Al-Hadis, yang mana undang-undang yang dijalankan pada ketika itu ialah hukuman potong tangan.

    Ke arah ini pada dasarnya telah mengembalikan pelaksanaan hukum hudud dan qisas itu setelah kira-kira 108 tahun dihentikan pelaksanaannya yang berpunca daripada campur tangan British pada tahun 1906 dalam pentadbiran dan perundangan Negara Brunei Darussalam.

    HIKMAH

    Hikmah dan tujuan diadakan hukum hudud atau hukuman-hukuman ialah untuk mencegah dan menahan manusia dari melakukan jenayah-jenayah itu dan untuk melindungi masyarakat dari kerosakan dan membersihkannya dari sebarang perlakuan jenayah. Ujar Ibnu Taimiyyah Rahimahullahu Taala:

    Antara rahmat Allah Subhanahu Wataala ialah Dia mengenakan hukuman terhadap perlakuan jenayah yang berlaku di antara sesama manusia yang melibatkan nyawa, tubuh badan, maruah dan kehormatan, harta benda, iaitu perlakuan jenayah membunuh, meluka, membuat tuduhan zina dan mencuri. Dan Allah Subhanahu Wataala telah mengatur kaedah-kaedah untuk mencegah jenayah-jenayah itu dengan undang-undang yang amat halus, kukuh dan menguatkuasakannya dengan sebaik-baik cara yang dapat mencapai maksud pencegahan itu tanpa melampaui batas yang wajar diterima oleh seorang penjenayah.

  • Muka Surat 55

    Oleh sebab itu, Allah Subhanahu Wataala tidak mensyariatkan hukuman potong lidah atau bunuh ke atas pembohong dan tidak pula mengenakan hukuman memotong kemaluan ke atas mereka yang berzina atau mengenakan hukuman bunuh ke atas pencuri, malah Allah Subhanahu Wataala mengenakan hukuman yang sesuai dengan nama-nama dan sifat-sifat-Nya Yang Maha Bijaksana, Maha Pengasih dan Penyayang, Maha Lemah Lembut, Maha Pemurah dan Maha Adil dengan tujuan untuk menghapuskan jenayah yang mendatangkan bala dan mala petaka serta untuk membasmi keinginan-keinginan untuk melakukan kezaliman dan pencerobohan agar setiap orang berpuas hati dengan limpah kurnia dan rezeki yang dikurniakan Allah Subhanahu Wataala kepadanya dan tidak tamak untuk merampas hak-hak orang lain.

    Dengan pelaksanaan undang-undang berkenaan dapat menjadikan negara tercinta kita menjadi sebuah negara aman damai, sejahtera, dijauhi segala bala malapetaka, sesuai dengan namanya yang telah diberikan oleh Sultan Brunei yang ketiga iaitu Sultan Syarif Ali sebagai Darussalam.

  • Muka Surat 56

    HARAPAN MASA DEPAN INDUSTRI MINYAK GASOleh : Dk. Hajah Saidah Pg. Haji Omaralli

    MUKADIMAH

    Daerah Belait merupakan daerah yang mengeluarkan emas hitam dari bumi Seria sebagai penyumbang utama ekonomi negara serta memberi kesejahteraan dan kesenangan kepada rakyat dan penduduk negara ini.

    Sehingga ke hari ini, emas berharga iaitu minyak dan gas yang bertapak di Daerah Belait dapatlah dianggap sebagai sebuah industri yang dewasa lagi matang dalam semua aspek eksplorasi dan penghasilan hidrokarbon. Industri minyak dan gas di Negara Brunei Darussalam bermula pada awal kurun ke-20. Pada mulanya beberapa buah syarikat bertanding untuk beroperasi di Negara Brunei Darussalam tetapi menjelang tahun 1918 hanya Royal Dutch Shell yang tinggal.

    Tidak dinafikan, Syarikat Brunei Shell Petroleum (BSP) telah membangun menjadi penyumbang besar kepada ekonomi Negara Brunei Darussalam sepanjang lebih 80 tahun yang lalu. Apabila memandang kepada 80 tahun yang akan datang, BSP mengiktiraf bahawa antara faktor-faktor yang akan wujud bagi senario di masa hadapan yang akan terus mencabar adalah saingan yang meningkat, kewujudan teknologi baru dan minyak yang semakin susah.

    Dengan mengambil kira kesemua cabaran-cabaran tersebut, BSP telah mengambil langkah besar bagi menggerakkan keseluruhan organisasinya bagi mewujudkan visi, nilai-nilai teras dan tatacara perilaku warga kerjanya yang kesemuanya merupakan strategi bagi menjamin kejayaan masa hadapan.

    Pengarah Urusan BSP, Ken Marnoch, menyatakan bahawa mereka melakukannya bagi memastikan yang mereka bersedia untuk menghadapi apa jua yang ada di hadapan mereka. Cabaran-cabaran di masa hadapan tidak akan sama dengan apa yang pernah kita lalui sebelum ini dan sementara kita masih ada kelebihan-kelebihan di dalam tangan, kita harus memanfaatkannya. Organisasi-organisasi yang terbaik menyedari akan hakikat ini dan menyesuaikan diri secara proaktif dengan keadaan yang berubah-ubah demi menjamin masa hadapan masing-masing, ungkapnya.

    KERJA-KERJA CARI GALIMINYAK DAN GAS

    Penemuan pertama yang penting dibuat dalam tahun 1929, iaitu Padang Minyak Seria. Padang Minyak Seria diusahakan dan pengeluarannya meningkat sehingga 17,000 tong sehari pada tahun 1940. Walaupun banyak kerosakan dan kemusnahan berlaku ke atas padang minyak itu semasa Perang Dunia Kedua, setelah dipulihkan selepas perang, pengeluaran mencapai sehingga 115,000 tong sehari pada tahun 1956.

    Penggerudian cari gali di luar pantai bermula dalam tahun 1959 dan pada tahun 1963 Padang Ampa Barat Daya membuktikan penemuan kelompok minyak yang bernilai komersial dengan itu seterusnya diusahakan. Selain daripada minyak, Padang Ampa Barat Daya juga mengandungi gas asli yang bersih. BSP terus memperluaskan penggerudian cari gali di luar pantai dan menemui beberapa buah lagi padang minyak dan gas untuk mempertingkatkan hasil pengeluaran dan pada awal tahun 1998, penemuan dibuat di luar pantai di Telaga Mampak-1.

    Baru-baru ini, BSP telah mengumumkan bahawa satu usaha eksplorasinya telah berjaya menemui sejumlah besar hidrokarbon di perairan laut dalam Brunei yang dijangka akan memperkukuhkan lagi bekalan minyak dan gas Brunei. Lokasi penemuan yang dinamakan Geronggong terletak di Kawasan Luar Pantai Ke-3, lebih kurang 100 kilometer dari pantai di perairan sedalam hampir 1 kilometer. Ini merupakan penemuan

  • Muka Surat 57

    hidrokarbon oleh BSP di kawasan laut terdalam di perairan Brunei. Sebagai perbandingan, air sedalam ini mampu menenggel