bmm 3112

Upload: aiqa90

Post on 29-Oct-2015

549 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Sejarah Perkembangan Bahasa Melayu, Perkamusan, dan Terjemahan (BMM 3112)

TAJUK 9 : SEJARAH EJAAN JAWI9. 1 TULISAN JAWI PADA ZAMAN KESULTANAN MELAYU PASAI

Tulisan Jawi ( ) adalah satu seni penulisan yang telah wujud berabad-abad lamanya di Nusantara. Kemunculannya berkait secara langsung dengan kedatangan agama Islam ke Nusantara. Tulisan Jawi berasal dari tulisan Arab dan merupakan huruf-huruf Arab yang dimasukkan ke dalam sistem penulisan bahasa Melayu. Tulisan Jawi adalah antara tulisan terawal yang pernah ditemui. Tulisan ini telah berkembang sejak zaman Kerajaan Islam Pasai kemudian disebarkan ke Kerajaan Melaka, Kerajaan Johor dan juga Aceh pada abad ke-17. Dahulunya, orang luar terutama dari Asia Barat, membahasakan orang Melayu sebagai orang Jawi. Jawi yang dimaksudkan ialah Kepulauan Melayu yang merujuk kepada pusat tamadun Melayu yang terdapat di rantau Nusantara. Sementara itu, yang dimaksudkan dengan tulisan Jawi ialah tulisan Melayu. Pada zaman dahulu, tulisan Jawi memainkan peranan penting dalam masyarakat. Ia digunakan sebagai perantara penting dalam semua urusan pentadbiran, adat istiadat dan perdagangan. Pada abad ke-13 merupakan zaman kegemilangan Islam ke alam Melayu. Perkembangan agama Islam telah meletakkan bahasa rasmi agama Islam ialah bahasa Arab yang mulai mendapat tempat dalam kalangan penganut agama Islam di daerah ini. Bahasa Melayu Kuno yang menggunakan huruf-huruf India bertukar menggunakan huruf-huruf Arab disebut huruf Jawi. Perkataan Jawi ini bermaksud orang Jawa atau berasal dari tanah Jawa. Pada abad ke-13 merupakan zaman kegemilangan Islam ke alam Melayu. Perkembangan agama Islam telah meletakkan bahasa rasmi agama Islam ialah bahasa Arab yang mulai mendapat tempat dalam kalangan penganut agama Islam di daerah ini. Bahasa Melayu Kuno yang menggunakan huruf-huruf India bertukar menggunakan huruf-huruf Arab disebut huruf Jawi. Perkataan Jawi ini bermaksud orang Jawa atau berasal dari tanah Jawa. Lima huruf bukan Arab yang terdapat dalam tulisan Jawi ialah Ca (), Nga (), Pa (), Ga (), dan Nya (). Huruf-huruf ini dicipta untuk melambangkan bunyi-bunyi yang lazim disebut pada lidah Melayu. Huruf-huruf baharu ini ditiru daripada huruf Arab yang seakan-akan sama bentuknya. Tulisan ini telah berkembang sejak zaman Kerajaan Islam Pasai kemudian disebarkan ke Kerajaan Melaka, Kerajaan Johor dan juga Aceh pada abad ke-17. Samudera Pasai turut menjadi pusat perkembangan ilmu dan Islam. Ajaran Islam menerusi kitab bertulis Arab kemudian mencetuskan penghasilan tulisan jawi yang akhirnya menjadi warisan budaya Melayu. Terhasilnya tulisan jawi juga mencetuskan perkembangan sastera klasik Melayu antaranya penghasilan kitab Hikayat Raja-raja Pasai yang ditulis sekitar 1360. Selaras dengan itu juga, ilmu tasawuf turut berkembang apabila ada antara kitab tasawuf diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu bertulisan jawi. Antaranya adalah Durru al-Manzum, karya Maulana Abu Ishak.

9.1.1 BUKTI KEMUNCULAN TULISAN JAWI DI PASAI

Hikayat Raja Raja Pasai meriwayatkan bahawa Syarih dari Makkah telah menghantar satu jemaah untuk menyebarkan agama Islam di Sumatera Utara (abad-7) dan di kawasan Perlak dan Samudera. Raja Pasai Pertama iaitu Merah Silu telah memeluk agama Islam dan menukarkan nama kepada Sultan Malik Al-Salih. Pada nisan Sultan Malik Al-Salih tercatat petikan ayat Al-Quran surah Al-Hasyar: 22-24. Juga mengandungi satu puisi sufi arab dan juga huraian tentang pemilik makam iaitu Sultan Malik Al-Salih yang meninggal pada Ramadhan tahun 696 H.

9.2 TULISAN JAWI PADA ZAMAN KESULTANAN MELAYU MELAKA DAN JOHOR

Tulisan Jawi berkembang pesat sejajar dengan penyebaran Islam, setelah bangsa Melayu mendapati bahawatulisan Pallavayang digunakan mereka selama ini tidak sesuai sekali sebagai wahana penyebaran perihal agama baru ini. Orang Melayu memandang tinggi tulisan Jawi sebagai gerbang kepada pemahaman Islam dan kitab sucinya,al-Qur'an. Penggunaan tulisan Jawi merupakan faktor utama yang memangkin kebangkitan bahasa Melayu sebagai serantau di samping penyebaran agama Islam.Tulisan Jawi digunakan secara meluas di negeri-negerikesultananMelaka, Johor,Brunei,Sulu,Patani,AchedanTernateseawl abad ke-15, untuk tujuan surat-menyurat diraja, titah-perintah, puisi dan juga kaedah perhubungan utama sesama saudagar di pelabuhan Melaka.

Ikhtisar-ikhtisar perundangan purbakala sepertiHukum Kanun Melakadan bahan-bahan terbitannya, termasuk Hukum-Hukum Kanun Johor, Kedah dan Brunei semuanya ditulis dalam Jawi. Bahasa Melayu dalam tulisan Jawi merupakan bahasa perantaraan seluruh lapisan masyarakat, baik para raja, bangsawan, ilmuwan agama mahupun orang keramaian, di samping menjadi lambang tradisi kebudayaan dan tamadun Melayu. Proses pengislaman rantau Melayu telah melariskan abjad Jawi sebagai sistem tulisan yang paling berkuasa. Sebagai contoh, surat-surat diraja ditulis, dihiasi dan disampaikan dengan penuh istiadat. Contoh-contoh surat diraja yang masih terpelihara ialah surat antara Sultan Abu Hayat dariTernatedan RajaJoo III dari Portugal(1521); surat daripadaSultan Iskandar Muda dari Acehkepada RajaJames I dari England(1615); dan surat daripadaSultan Abdul Jalil IVdari Johor kepada RajaLouis XV dari Perancis(1719). Kebanyakan karya sastera baik hikayat, puisi mahupun prosa bertulisan Jawi. Ia merupakan kemuncak tamadun Melayu klasik. Sewaktu zaman penjajahan, tulisan Jawi masih menguasai Kepulauan Melayu, terutamanya dalam bidang sastera dan kesenian, teologi, falsafah dan mistik Islam, perdagangan, dan juga perundangan negeri.

9.3 TULISAN JAWI DI BATU BERSURAT

Batu Bersurat Terengganu yang dianggarkan telah berusia lebih kurang 700 tahun ini merupakan batu bersurat yang mempunyai ukiran yang paling tua dan tulisan Jawi pertama ditemui di Malaysia. Ia membuktikan Islam telah sampai ke Terengganu sebelum 1326 atau 1386. Batu ini ditemui separuh tenggelam selepas banjir surut di tebing Sungai Tersat di Kuala Berang, Hulu Terengganu pada tahun 1899. Batu ini dikatakan telah disedari oleh Saiyed Husin bin Ghulam Al Bukhari iaitu seorang ahli perniagaan. Saiyed Husin meminta Penghulu Ali dan orang kampung mengangkat dan meletakkannya diatas rakit untuk dibawa ke Kuala Terengganu. Sampai di Kuala Terengganu, batu ini telah di persembahkan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Zainal Abidin III dan kemudian batu itu diletakkan diatas Bukit Puteri. Pada tahun 1922 Timbalan Penasihat Inggeris di Terengganu Encik H.S. Peterson meminta seorang jurufoto berbangsa Jepun, N.Suzuki mengambil gambar dan dihantar kepada C.O. Blegden untuk dibuat pembacaan. Batu itu telah patah sebahagian disebelah atasnya dan ditulis didalam bahasa Melayu dengan tulisan jawi bertarikh 702 Hijrah. Pada tahun 1923, batu ini dipinjamkan ke Muzium Singapura sehingga Muzium Negara di Kuala Lumpur siap dibina, batu bersurat tersebut telah dipulangkan ke Kuala Lumpur dari Muzium Raffles Singapura. Pada 12 Februari 1987, Kerajaan Negeri Terengganu telah menulis surat kepada Jabatan Muzium menyatakan hasrat untuk mendapat kembali Batu Bersurat tersebut untuk dijadikan bahan pameran di Muzium Negeri Terengganu. Pada tahun 1991, Jemaah Menteri telah memutuskan supaya Batu Bersurat dipulangkan kepada Kerajaan Negeri Terengganu9.3.1 ISI KANDUNGAN BATU BERSURAT Isi teks batu bersurat ini mengenai undang-undang seorang raja. Catatan yang terkandung pada batu ini menyebut Islam sebagai agama rasmi dan menerangkan hukum-hukum Islam tentang maksiat dan segala kemungkaran. Catatan ini dipercayai sebagai bukti kedatangan agama Islam di Terengganu pada tahun 1303. Batu bersurat ini disimpan di Istana Sultan Terengganu sebelum di pindahkan ke Arkib Negara pada tahun 60-an.TAJUK 10 : SEJARAH DAN PERKEMBANGAN EJAAN RUMI10. 1 KEMASUKANT TULISAN RUMI Ejaan bahasa Melayu mempunyai tradisi tersendiri yang lebih lama daripada tulisan Rumi atau Jawi. Sebelum kedatangan Islam ke Kepulauan Asia Tenggara, bahasa Melayu telahpun mempunyai tradisi tulisan iaitu tulisan Kawi, Batak, Lampung dan Rencong telah digunakan oleh masyarakat Melayu di Kepulauan Nusantara. Sistem tulisan ini agak maju dan menggunakan lambang suku kata dan lambang baris untuk menunjukkan perbezaan-perbezaan bunyi. Walau bagaimanapun, ejaan Jawi dan Rumi lebih dikaji secara terperinci kerana tulisan-tulisan inilah yang lebih banyak melibatkan masyarakat pada hari ini. Contohnya para pedagang dan pendakwah dari Semenanjung Arab telah memperkenalkan sistem ejaan Jawi di Kepulauan Melayu. Bahasa Melayu terus berkembang sebagai lingua franca yang masyhur dan dianggap sebagai bahasa Islam yang kedua. (Syed Naquib Al-Atas: 1972) Potensi yang ada pada bahasa Melayu kemudiannya telah dihidu oleh para sarjana Barat, lalu mereka berusaha menyusun perkataan-perkataan Melayu dalam bentuk lebih praktikal. Antara yang paling terkenal ialah Antonio Pigafetta, seorang pelayar Itali yang berjaya belayar bersama Ferdinand Magellan mengelilingi dunia. Mereka telah menyusun 426 daftar kata Itali-Melayu. Seterusnya para pengembara mahupun orientalis Eropah cuba mentransliterasikan ejaan Jawi ke ejaan Rumi menggunakan huruf-huruf Latin, tanpa mengetahui ejaan Jawi sebenar yang telah menimbulkan kerumitan dalam sejarah sistem ejaan bahasa Melayu. Hal sedemikian terus berlarutan kerana pengkajian bunyi sering dikelirukan dengan pengkajian tentang sistem ejaan ataupun tulisan. Ini jelas dibuktikan apabila tulisan orang Inggeris pada abad ke-19 telah memasukkan bunyi Sanskerta, Arab dan Parsi sebagai lambang bunyi bahasa Melayu.10.2 PERKEMBANGAN TULISAN RUMI DI ZAMAN BRITISH Kedatangan kuasa Barat seperti Belanda, Portugis dan Inggeris telah menyogokkan sistem ejaan rumi kepada masyarakatnya, walaupun pada masa itu penduduk sudah mempunyai sistem ejaan jawi yang lengkap. Hal ini menyebabkan usaha untuk merakamkan bahasa Melayu dengan aksara latin berterusan. Sistem ejaan bahasa Melayu terus berkembang sehingga melahirkan leksikografi yang berupa daftar kata, glosari dan kamus Melayu asing. Kemudahan cetak dan penerbitan membuatkan ejaan Rumi menjadi lebih praktis daripada mana-mana sistem ejaan lain. Ejaan Rumi pertama wujud di alam Melayu dengan menggunakan aksara Rumi ialah sistem ejaan yang diperkenalkan oleh Van Ophuysen, seorang pentadbir Belanda pada tahun 1901. Sistem ini mempunyai 32 aksara dan berdasarkan sistem ejaan yang digunakan dalam bahasa Belanda. Pada abad ke-19 dan awal abad ke-20, usaha menulis bahasa Melayu dengan menggunakan huruf rumi telah dijalankan oleh beberapa orang sarjana Eropah secara perseorangan. Mereka menjalankan kajian terhadap tatabahasa Melayu. Usaha menggalakkan penggunaan bahasa Melayu dalam masyarakat dan sekolah dipelopori oleh Pakatan Belajar-Mengajar Pengetahuan Bahasa (PBMPB) yang ditubuhkan di Johor pada 1888, ia diteruskan oleh Maktab Perguruan Perempuan Melaka (1900). Usaha tersebut diperkembangkan lagi dengan penubuhan Maktab Perguruan Sultan Idris (SITC), Tanjung Malim pada tahun 1922.

Maktab ini berperanan penting dalam perkembangan sistem ejaan bahasa Melayu. Atas kebijaksanaan Za'ba, Maktab Perguruan Sultan Idris telah memulakan sistem ejaan baru yang dipanggil Sistem Ejaan Sekolah atau dikenali juga sebagai Sistem Ejaan Za'ba.

Di antara buku-buku yang ditulis oleh Za'ba ialah;

Ilmu Bahasa Melayu Penggal (1926) Pelita Bahasa Melayu Penggal (1941) Daftar Ejaan Melayu Jawi-Rumi (1949) Sistem Ejaan Sekolah ini kemudiannya dijelaskan dan digunakan oleh Za'ba dalam buku "Pedoman Bahasa Melayu, Penggal i, ii dan iii ". Sistem ini dikenali sebagai Sistem Ejaan Sekolah dan digunakan di negara ini sehinggalah ejaan baru yang diisytiharkan pada tahun 1972. Walau bagaimanapun sistem ini didasarkan kepada pengamatan umum sahaja dan oleh itu, terdapat jug pengaruh huruf Arab ke huruf Rumi. Ini menyebabkan Sistem Ejaan Sekolah tidak saintifik dan mengandungi beberapa kelemahan. Sebelum Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu pertama di Singapura (1952), kedua di Seremban (1954) dan ketiga di Johor Bharu (1956), sudah menjadi keinginan di kalangan para cendekiawan melihat penyatuan ejaan Rumi bahasa Melayu dengan bahasa Indonesia yang perlu dirumuskan secara fonemik, khususnya selepas penubuhan Angkatan Sasterawan '50 pada 6 Ogos 1950. Selepas Kongres ketiga, pengkaji bahasa bersetuju untuk memperbaiki ejaan Za'ba dengan maksud untuk menyatukannya dengan bahasa Indonesia. baru tersebut dikenali sebagai ' Ejaan Kongres '. Menerusi kongres ketiga itu juga, telah dirumuskan bagi penubuhan Dewan Bahasa dan Pustaka pada tahun yang sama. Dalam Kongres Bahasa Melayu ke-3 ini juga masalah ejaan Rumi di beri perhatian berat. Peserta kongres mencadangkan beberapa pembaharuan yang agak radikal. Perakuan-perakuan kongres itu telah mendapat perhatian kerajaan, dan sebuah Jawatankuasa Ejaan telah dibentuk pada tahun 1957.

TAJUK 11 : ISU BAHASA TERKINI11.1 SISTEM EJAAN TERKINI Pada tahun 1959 iaitu setelah dua tahun menjalankan kajian, diadakan perundingan dan termaktublah perjanjian persahabatan antara Persekutuan Tanah Melayu dengan negara Republik Indonesia. Satu jawatankuasa telah ditubuhkan. Jawatankuasa Ejaan Rumi Persekutuan Tanah Melayu di bawah pimpinan Tuan Syed Nasir bin Ismail dengan Panitia Pelaksanaan Bahasa Indonesia di bawah pimpinan Dr. Slametmuljana, yang diadakan di Jakarta pada tahun tersebut dan terhasilnya Ejaan Malindo. Namun begitu usaha tersebut terbantut akibat tercetusnya konfrantasi dan disambung semula pada 1966. Pada bulan September 1966, delegasi kebudayaan dari Indonesia di bawah pimpinan Kolonel Wahju Sukatjo mengunjungi Dewan Bahasa dan Pustaka serta mengesyorkan kepada kerajaan masing-masing supaya Ejaan Malindo (1959) itu dilaksanakan. Begitu juga dengan istilah, bahawa istilah-istilah bahasa Melayu dan bahasa Indonesia diselaraskan. Suatu kertas kerja disediakan untuk mengemukakan sistem Ejaan Malindo tersebut. Walau bagaimanapun, sistem ejaan tersebut perlu diperbaiki lagi sebelum dilaksanakan di kedua-dua negara itu. Beberapa perundingan terus disusunatur yang melibatkan beberapa buah jawatankuasa. Kesan dari itu, pada 23 Mei 1972, satu kenyataan bersama telah ditandatangani oleh Menteri Pelajaran Malaysia pada waktu itu iaitu Dato Hussain Onn dengan Menteri Pendidikan dan Kebudayaan Indonesia iaitu Bapak Mahsuri untuk melaksanakan ejaan baru itu. Sistem ejaan tersebut diisytiharkan secara rasmi serentak di kedua-dua negara pada 16 Ogos 1972. Risalah " Sistem Ejaan Rumi Bahasa Malaysia" diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka untuk kegunaan ramai. Sistem ejaan ini masih mengandungi beberapa masalah kecil lalu dibentuk Jawatankuasa Tetap Bahasa Malaysia dan bertemu dengan Panitia Pengembangan Bahasa Indonesia. Akhirnya terbentuklah Majlis Bahasa Indonesia-Malaysia pada 29 Disember 1972. Segala masalah mengenai ejaan baru itu dibincangkan dalam persidangan-persidangan majlis tersebut. Setelah lima kali bersidang, Majlis Jawatankuasa Tetap Bahasa Indonesia-Malaysia ini berhasil mengeluarkan pedoman umum ejaan yang lebih lengkap iaitu " Pedoman Umum Ejaan Bahasa Malaysia" yang diterbitkan pada 5 Disember 1974. Terdapat dua sistem pengejaan baru bahasa Melayu iaitu Sistem Keselarasan Huruf Vokal yang digunakan untuk mengeja kata bahasa Melayu dan Sistem Kekecualian Keselarasan Huruf Vokal yang digunakan untuk pengejaan kata pinjaman.

Pola Keselarasan Huruf Vokal. Dalam Sistem Ejaan Rumi Bahasa Melayu terdapat lapan belas (18) pola keselarasan huruf vokal. Keselarasan huruf vokal ialah kesesuaian dua huruf vokal yang membentuk dua suku kata pada kata dasar iaitu pasangan antara huruf vokal pada suku kata praakhir dan pada suku kata akhir tertutup.Keselarasan huruf vokal ini terbentuk berasaskan prinsip:i.Keselarasan antara dua huruf vokal pada kata dasar yang tidak melibatkan pengimbuhan.ii.Kata dasar yang berakhiran dengan suku kata tertutup iaitu tidak melibatkan suku kata akhir terbuka.Bagi kata yang lebih daripada dua suku kata , yang termasuk dalam sistem keselarasan huruf vokal ini hanyalah daripada dua suku kata yang terakhir sahaja.Pola Keselarasan Huruf Vokal yang Utama.PolaContoh Penggunaan1)a-a=asah, balak, halaman2)a-i=alih, balik, sumbangsih3)a-u=asuh, datuk, lembayung4)e pepet-a=emas, kelam, cemerlang5)e pepet- i=lebih, betik, sembelih6)e pepet-u=telur, tempuh, temenggung7)e taling-a=elak, dewan, belerang8)e taling-e taling=leceh, gelek, selekeh.9)e taling-o=esok, telor, selekoh.10)i-a=ingat, kilang, selinap11)i-i=intip, sisih, belimbimg12)i-u=riuh, tidur, periuk13)o-a=otak, borang, sekolah14)o-e taling=oleh, boleh,celoteh.15)o-o=obor,borong,kelompok16)u-a=ubat, tumpang, ketupat17)u-i=usik, kuih, gerusih18)u-u=untuk, tunduk, tengkujuh.

Hukum Kekecualian Keselarasan Vokal (HKKV) Dalam sistem ejaan rumi bahasa Melayu yang ada sekarang terdapat beberapa perkataan yang dikecualikan daripada hukum keselarasan vokal. Hukum ini dilaksanakan kepada beberapa perkataan yang berasal daripada bahasa Nusantara dan kata serapan daripada bahasa Inggeris. Hukum ini dikenali sebagai Hukum Kekecualian Keselarasan Vokal (HKKV). Terdapat sejumlah perkataan daripada bahasa Jawa yang sering digunakan dalam bahasa Melayu, namun pengejaannya dikecualikan daripada hukum keselarasan vokal yang digunakan. Perkataan-perkataan tersebut ialah aneh, perabot, lancong, lakon, calon, lapor, tulen, pamer, kaget, gembleng. Dalam hal ini ramai yang masih keliru dengan pengejaan perkataan-perkataan yang disebutkan itu. Cara terbaik untuk itu ialah dengan menghafazkannya, ia merupakan salah satu langkah terbaik.

Hukum kekecualian keselarasan vokal melibatkan pasangan vokal berikut:-i.a - e (t) yang sepatutnya keselarasan vokal ialah a - i .Misalnya dalam perkataan /aneh/ dan /kaget/ polanya ialah a - e bukan dieja sebagai /anih/ dan /kagit/ yang menggunakan pola a - i seperti dalam perkataan balik, kalis, masin yang terdapat dalam sistem keselarasan vokalii.a - o yang sepatutnya keselarasan vokal ialah a - u .Misalnya dalam perkataan /calon/ dan /lapor/ polanya ialah a - u bukan dieja sebagai /calun/ dan /lapur/ yang menggunakan pola a - u seperti yang digunakan untuk mengeja kata kasut, amuk dan anjung dalam sistem keselarasan vokal.iii.u - e (t) yang sepatutnya keselarasan vokal ialah u - i .Misalnya dalam perkataan /tulen/ dan /ulet/ polanya ialah u - i bukan dieja sebagai /tulin/ dan /ulit/ yang menggunakan pola u - i seperti dalam perkataan kuih, tumis, kudis, bunyi yang terdapat dalam sistem keselarasan vokal.iv.e (p) - e (p) yang sepatutnya keselarasan vokal ialah e (p) - i .Misalnya dalam perkataan /pepet/ dan /demdem/ polanya ialah e (p) - e (p) bukan dieja sebagai /pepit/ dan /demdim/ yang menggunakan pola e (p) - i seperti dalam perkataan kecil, degil, yang terdapat dalam sistem keselarasan vokal. Ejaan Gugus KonsonanEjaan gugus konsonan yang terdapat dalam bahasa Inggeris dan bahasa-bahasa Eropah yang lain diterima dan dikekalkan bentuknya ke dalam bahasa Melayu dengan beberapa penyesuaian.Penulisan Gugus Konsonan di Awal KataContoh:Bahasa InggerisBahasa Melayubl-blockjadibl-blokbr-brakejadibr-brekcl-clinicjadikl-klinikpr-practicaljadipr-praktisst-stablejadist-stabilsc-scriptjadisk-skrip

*** Sebagai kekecualian bagi peraturan mengenai gugus konsonan seperti yang disebut di atas, beberapa kata tertentu telah diterima menurut ejaan lama yang menggunakan huruf e pepet. Kata-kata yang telah ditetapkan ejaannya adalah seperti berikut:Bahasa InggerisBahasa Melayuclassjadikelasclubjadikelabglassjadigelasgrantjadigeranplanjadipelanstampjadisetem

Penulisan huruf gugus konsonan di akhir kata:Contoh:Bahasa InggerisBahasa Melayu-lfgolfjadi-lfgolf-ncesciencejadi-nssains-psforcepsjadi-psforseps-rdstandardjadi-rdstandard-rtconsertjadi-rtkonsert-xcomplexjadi-kskompleks-xttextjadi-ksteksHuruf gugus konsonan di akhir kata dalam bahasa Inggeris disesuaikan dengan penambahan huruf vokal dalam bahasa Melayu.Contoh:Bahasa InggerisBahasa Melayu-ctfactjadi-ktafakta-gmparadigmjadi-gmaparadigma-ismnationalismjadi-ismenasionalisme-smplasmjadi-smaplasma

PERBEZAAN ANTARA SISTEM EJAAN RUMI BARU DAN SISTEM EJAAN RUMI LAMA

Terdapat beberapa perbezaan di dalam ejaan Rumi bahasa Melayu baru (selepas 1972 ) dan ejaan Rumi bahasa Melayu lama. Di antaranya ialah:1.GrafemPenggunaan hurufe pepetatau dikenal juga sebagai hurufe bertanda di atasdalam ejaan lama (ejaan Rumi Zaba). Tanda diakritik di atase pepet ()tidak digunakan lagi dalam ejaan Rumi sekarang. Contoh penggunaannya ialah:Ejaan LamaEjaan Sekarang

makjadiemak

kledek"keledek

mntri"menteri

tmpoh"tempuh

2.Penggunaan Huruf KonsonanTerdapat juga perbezaan dari segi penggunaan huruf konsonan. Perubahan lima huruf konsonan, iaitu:Huruf LamaHuruf SekarangContoh Penggunaan

(i) chcchacat jadi cacat

chuchi " cuci

(ii) dhdkadhi " kadi

dharab " darab

(iii) dzzdzalim " zalim

dzat " zat

(iv) shsysharat " syarat

mashhor " masyhur

(v) thsmithal " misal

ithnin " isnin

Tanda koma di atas () dan (`) yang terdapat dalam sistem ejaan Rumi lama (sebelum tahun 1972) tidak digunakan lagi sistem tulisanRumi sekarang. Tanda-tanda koma tersebut digugurkan atau digantikan dengan huruf konsonan Rumi seperti yang berikut:Tanda koma di atas () yang sepadan dengan huruf jawi ain () dihapuskan jika membuka suku kata. Contohnya:alamjadialam

maaf"maaf

Tanda koma di atas () yang sepadan dengan huruf jawi ain () digantikan dengan huruf konsonankjika menutup suku kata. Contohnya:manajadimakna

tama"tamak

Tanda koma di atas () yang sepadan dengan huruf jawihamzah() dihapuskan jika membuka suku kata. Contohnya:masaalahjadimasalah

soal"soal

Tanda koma di atas () yang sepadan dengan huruf jawihamzah() digantikan dengan huruf konsonankjika membuka suku kata. Contohnya:datojadidatuk

ruyah"rukyah

Selain itu, tiga huruf yang diperkenalkan supaya digunakan secara tetap semenjak tahun 1972 ialahq,vdanx.Hurufqdigunakan sebagai padanan kepada huruf Jawiqaf() untuk mengeja kata istilah agama atau kata yang mengenai agama yang berasal daripada bahasa Arab.Contohnya:

qariah qunutHurufvdigunakan untuk mengeja kata serapan daripada bahasa Inggeris dan Bahasa-bahasa Eropah yang lain, di pangkal kata atau di pangkal suku kata, sebagaimana yang terdapat dalam ejaan bahasa sumber. Contohnya:

versi subversif universitiHurufxhanya digunakan pada pangkal kata istilah khusus yang tidak ditukar menjadiz. Contohnya:xelophonejadixelofon

xenomorph"xenomorf

3. Pola EjaanPerbezaan lain yang terdapat dalam ejaan rumi lama dan ejaan rumi baru ialah dari aspek pola ejaan. Dasar mengenai perubahan ini menetapkan supaya digunakan huruf vokaliatauudi suku kata akhir tertutup sekiranya digunakan huruf vokala, e pepet, iatauudi suku kata praakhir.Ejaan Rumi LamaEjaan Rumi Baru

Pola EjaanContohPola EjaanContoh

(1)a --- e talingaleha --- ialih

(2)a --- obatoka --- ubatuk

(3)e pepet ---e talinglbehe --- ilebih

(4)e pepet --- otmpohe --- utempuh

(5)i --- e talingpilehi --- ipilih

(6)i --- otidori --- utidur

(7)u --- e talinguseku --- iusik

(8)u --- ountongu --- uuntung

Catatan: Kata-kata yang mengalami perubahan tersebut biasanya mengandungi huruf konsonan akhirh, k, ngataur.Penulisan ImbuhanAturan penulisan imbuhan yang berubah daripada kaedah ejaan rumi lama (sebelum tahun 1972) kepada ejaan rumi sekarang adalah seperti berikut:tanda sempang pada awalan di dalam ejaan lama digugurkan dan awalan itu ditulis serangkai dengan katadasar atau bentuk dasar yang ada selepasnya dalam ejaan sekarang.

Contohnya:Ejaan LamaEjaan Sekarang

di-makandimakan

di-pandangdipandang

di-prkatakandiperkatakan

di-slidekidiselidiki

tanda sempang (-) pada awalansa-dalam ejaan lama digugurkan dan awalan itu digugurkan dan awalan itu diejasedan ditulis serangkai dengankata dasar atau bentuk dasar yang ada selepasnya dalam ejaan sekarang. Contohnya:Ejaan LamaEjaan Sekarang

sa-bagaimanasebagaimana

sa-blassebelas

4.Penulisan partikelAda empat jenis partikel dalam bahsa Melayu sekarang, iaitu lah, -kah, -tah dan pun. Partikel lah, -kah, dan tah yang menggunakan tanda sempang dalam ejaan Rumi lama ditulis serangkai dengan kata dasar atau bentuk dasar yang ada di depannya, tanpa tanda sempang, dalam ejaan Rumi sekarang. Contohnya:Ejaan LamaEjaan Sekarang

ada-lahadalah

tolong-lahtolonglah

Penulisan Kata UlangKata ulang (atau kata ganda) dalam sistem ejaan Rumi bahasa Melayu sekarang yang ditulis sepenuhnya dengan menggunakan tanda sempang (-) yang dibubuh di bahagian kata yang diulang. Angka dua (2) yang digunakan sebagai tanda ulangan dalam ejaan Rumi lama dihapuskan dalam ejaan Rumi sekarang. Kata ulang yang ditulis dengan menggunakan tanda sempang termasuklah kata ulang semu, kata ulang jamak, kata ulang berentak dan kata ulang berimbuhan. Contoh kata ulang yang sebelum ini menggunakan angka dua dan telah digantikan dengan tanda sempang:ber-ulang2berulang-ulang

di-paksa2kandipaksa-paksakan

11.2 BAHASA ROJAK DEFINISI : Bahasa Rojak adalah suatu jenis percakapan di Malaysiayang menakrifkan amalanberalih kod(mencampurkan pelbagai bahasa dalam satu pertuturan) yang serupa denganpijin,ManglishdanSinglish. Walau bagaimanapun, bahasa dasarnya merupakanbahasa Melayu.

SEJARAH : Bahasa Rojak boleh dikesan seawal zamanKesultanan Melayu Melakaapabila satuentrepotantarabangsa didirikan olehParameswarapada tahun 1402 diMelakadan pelabuhan ini menarik ramai pedagang yang secara keseluruhannya bertutur lebih 80 bahasa dari pelbagai bangsa dan budaya. Pedagang dunia dan penduduk yang mengunapakai pelbagai bahasa dalam satu perbualan amat biasa berlaku. Ini merupakan sebahagian daripadapijinbahasa penghubungyang dikenali sebagai Bahasa Rojak di Malaysia. Keunikan bahasa ini terdapat dalam gaya alihannya, seseorang mungkin memulai perbualan dalambahasa Melayudan kemudian menyambung denganbahasa Inggeris, dan seterusnya mencampurkan satu atau dua perkataanbahasa Kantonisdanbahasa Tamildan menamatkan ia dengan istilahbahasa Mandarinataubahasa Jepun. Semasa pemerintahan Parameswara apabila dua kumpulan pedagang tanpa satu bahasa kongsian, mereka akan cuba untuk bertutur dalam apa jua bahasa untuk mendapat keputusan yang terbaik dalam memahami antara satu sama lain, dan hasilnya mungkin suatu pijin atau Rojak. Untuk memahami asal-usul Bahasa Rojak Malaysia, seseorang mungkin perlu membacasejarah Malaysiaterutama Melaka sewaktu Parameswara. 50,000 termasuk komuniti pedagang yang bertutur 84 bahasa

ISU BAHASA ROJAK DI MALAYSIA : Bahasa Rojak digunakan secara meluas terutama di kalangan remaja bandarMalaysia, yang sekaligus membimbangkan orang dewasa tetang penggunaan bahasa Melayu yang betul. Baru-baru inikerajaan Malaysiamemutuskan hendak melaksanakan penggunaan bahasa Melayu yang betul terutama di sektor swasta dengan tidak menggalakkan penggunaan Bahasa Rojak. Sebagai contoh,TV 3telah menukar namaKarnival Sure HebohmenjadiKarnival Jom Heboholeh sebab kebimbangan orang ramai. Majalahkomiksering disalahkan kerana menjadi punca Bahasa Rojak dan isu ini sering diperdebatkan. Perkataan atau frasa yang ditulis dalam Bahasa Rojak sering ditekstebalkan untuk memungkinkan pembaca mengenalpasti mereka (seperti dalam majalahUjangdanApo?). Secara khususnya, menjelang akhir tahun 2003, majalahGempakdanKrekomenggunakan bahasa yang lebih formal dan meminimakan penggunaan Bahasa Rojak.

11.3 KEDUDUKAN BAHASA MELAYU SEBAGAI BAHASA PENGANTAR Semasa pemerintahan British, penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar di sekolah amat terbatas. Bahasa Melayu hanya di sekolah-sekolah Melayu hingga ke darjah VI, di Maktab Perguruan Sultan Idris, Tanjong Malim, dan di Maktab Perguruan Perempuan Melayu, Melaka. Mulai 1958, bahasa Melayu mula digunakan sebagai bahasa pengantar di sekolah-sekolah Melayu. Akta Bahasa Kebangsaan 1967 yang diluluskan pada 3 Mac 1967 menetapkan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi yang tunggal. Kementerian Pelajaran mulai tahun 1968 mengambil langkah-langkah menjadikan bahasa Melayu bahasa pengantar di sekolah-sekolah kerajaan dengan mengajar m/p PJK, PS, Kraftangan, KT dan Muzik diajar dalam bahasa Melayu mulai 1969 Sivik juga diajar dalam bahasa Melayu tahun 1970 KP menukar bahasa pengantar ke bahasa Melayu bagi semua m/p di ting.1 kecuali bahasa Inggeris dan bahasa ibunda tahun 1975 semua SRJk ditukar kepada SRK manakala SMJK ditukar kepada SMK mulai tahun 1982 LPM menjadikan bahasa Melayu bagi peperiksaan LCE, MCE dan HSC 1978 LCE diganti SRP; 1980 MCE diganti SPM ; 1982 HSC diganti STPM 1970 kemasukan ke maktab perlu memiliki kepujian bahasa Melayu dalam MCE atau SPM 1973 bahasa Melayu menjadi bahasa pengantar di maktab 1970 penggunaan bahasa Melayu di IPTA dengan tertubuhnya UKM

FUNGSI BAHASA PENGANTAR :

bertindak sebagai alat yang menghubungkan rakyat berbilang kaum di Malaysia mendukung tanggungjawab ke arah perpaduan negara bahasa Melayu adalah alat untuk menyampaikan buah fikiran dan hujah dengan tepat dan berkesan TAJUK 12 : KORPUS BAHASA Korpus ialah himpunan data- data mentah yang bakal digunakan untuk kajian linguistik. Contoh data mentah tersebut seperti manuskrip dan teks bertulis.

Sumber korpus boleh didapati melalui dua sumber, iaitu sumber bertulis atau sumber lisan. Sumber bertulis: buku, majalah, tesis, memo, laporan, borang, dan sebagainya. Sumber lisan: radio dan televisyen.

Melalui korpus bahasa penyusunan kamus akan mendapat kata kata masukkanbaru untuk kamus yang akan diterbitkan.

Kamus Dewan: korpus boleh ditakrifkan sebagai himpunan makalah mengenai sesuatu perkara tertentu @ kumpulan untuk kajian.

Linguistik Moden: korpus ialah himpunan data - data mentah yang bakal digunakan untuk kajian linguistik. Contohnya adalah himpunan manuskrip, teks bertulis dan lain - lain.Korpus dibahagikan kepada tiga peringkat pemprosesan sebelum sesuatu kata itu dimasukkan dalamdata korpus. Peringkat pertama: pangkalan data Peringkat kedua: pengumpulan & pengelasan kata Peringkat ketiga: kata & pengkomputeran12.1 PANGKALAN DATA KORPUS ( PDK ) Merupakan sebuah pangkalan data yang dibangunkan hasil daripadakerjasama antara Dewan Bahasa dan Pustaka ( DBP ) dengan Universiti Sains Malaysia ( USM ) melalui ikatan perjanjian persefahaman ( MoU ) pada 1993.

Data korpus bersumberkan tulisan @ pun lisan. Bagaimanapun usaha semasa program ini masih tertumpu pada bahan tulisan daripada buku, majalah, akhbar, monograf, dan sebagainya. Setiap wacana ini akan dikumpulkan dalamsub korpus yang berasingan.

Sehingga 25 November 2008 terdapat 135 juta perkataandalam data korpus.

Pangkalan data dibina dengan tujuan menyediakan data bagi penyelidik yang dapat dimanfaatkan untuk penyusunan kamus, penyelidikan tatabahasa @ bentuk - bentuk kajian kebahasaan yang lain.

Pangkalan Data ini dibina dengan tujuan untuk menyediakan data penyelidikan yang dapat dimanfaatkan untuk penyusunan kamus, penyelidikan tatabahasa, dan bentuk-bentuk kajian kebahasaan yang lain.

Subkorpus Jenis Bahan

Buku novel, buku ilmiah, buku umum, buku teks

Majalah umum meliputi pelbagai bidang

Akhbar harian, tabloid,mingguan

Terjemahan (buku) buku ilmiah, buku umum

Efemeral risalah, brosur, iklan

Drama drama yang dibukukan

Puisi puisi yang dibukukan

Kad Bahan kad kutipan untuk penyusunan Kamus Dewan

Teks Tradisional Teks lama dalam bentuk hikayat, cerita rakyat

Buku Teks Buku Teks Peringkat Ren&Men.

12.2 PENGUMPULAN & PENGELASAN DATA

Selepas selesai pengumpulan data, penyusun kamus haruslah menjalankan kerja pengisihan dan pengabjadan data. Dalam prosedur ini, setiap kata yang telah dirakam akan disusun mengikut abjad. Ini boleh dilakukan secara manual atau dengan penggunaan komputer. Data ini akan disimpan dalam bank data untuk digunakan sebagai rujukan kelak. Setelah selesai pengisihan entri, penyusun kamus akan bergerak kepada prosedur seterusnya, iaitu pengolahan data. Pada peringkat ini penyusun kamus akan mengklasifikasikan kepada yang ditemui ke dalam kata baharu, kata yang lewah, kata yang jarang digunakan (neologisme) dan kata yang mengalami perubahan makna. Kata lewah akan dibuang dengan menggunakan pendekatan semantik dan pragmatik, mendokumentasikan kata neologisme, dan seterusnya mengambil kata-kata baru dan kata-kata yang mengalami perubahan makna pada peringkat pembaharuan makna. Selepas itu penyusun akan membuang kata-kata lewah,mendokumentasikan neologisme dan mengambil kata-kata baharu. Pemberian makna ialah proses menjelaskan makna sesuatu perkataan. Penyusun kamus boleh menggunakan pelbagai bahan rujukan yang sedia ada seperti daftar istilah dan sebagainya untuk mencari maksud sesuatu kata. Pembutiran setiap medan maklumat secara relatifnya berbeza antara satu kamus dengan yang lain bergantung kepada tujuan kamus dihasilkan. Medan maklumat bagi sebuah ekabahasa ialah entri (kata masukan utama atau kata dasar), subentri (kata terbitan), entri varian, subentri varian,sebutan, etimologi, kelas kata, takrif, contoh penggunaan, homonim,sinonim, antonim, frasa dan ungkapan, simpulan bahasa dan peribahasa,nama saintifik, label, angka penanda, dan rujuk silang.

12.3 KATA DAN PENGKOMPUTERAN Perancangan bahasa Melayu sebagai bahasa moden diseiringkan juga dengan pemanfaatan teknologi canggih, melalui program pengkomputeran. Dua bentuk program yang dilaksanakan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka. Yang pertama ialah pembinaan prasarana atau sistem untuk penyelidikan bahasa Melayu, sementara yang kedua ialah penyelidikan dalam bidang linguistik korpus dan linguistik komputeran. Setakat ini sebuah korpus bahasa Melayu dengan saiz 70 juta patah kata daripada pelbagai teks (akhbar, buku, novel, majalah) telah dibina untuk kegunaan penyelidik bahasa di dalam dan di luar negara. Di peringkat kerjasama serantau, melalui MABBIM, telah mula diusahakan pembinaan Gerbang Bahasa Melayu/Indonesia pada WWW. Gerbang atau portal tersebut akan menjadi wadah bagi segala kemudahan untuk pengajaran, pemelajaran, penyebaran dan penelitian bahasa Melayu. Di peringkat antarabangsa, Dewan Bahasa dan Pustaka telah mula menyertai projek Universal Networking Language Pertubuhan Bangsa Bersatu. Projek ini tertumpu pada usaha menakrifkan suatu bahasa interlingua yang dapat digunakan untuk mengekodkan teks dalam sesuatu bahasa supaya teks tersebut dapat dibaca dalam pelbagai bahasa di Internet. Dijangka bahawa projek ini dapat meluaskan penyebaran bahasa Melayu di mata dunia. Pemanfaatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi telah dimulakan dengan Projek Karya Net, penerbitan pelbagai karya ilmu, pedoman bahasa dan karya kreatif dalam bentuk digital dan pengajaran bahasa dan persuratan Melayu melalui talian (Internet). Dewan Bahasa dan Pustaka dengan kerjasama pelbagai pihak sedang memperbanyak perisian komputer dan karya dalam bentuk digital dan elektronik dalam bahasa Melayu untuk membantu pencapaian misi negara dalam mengejar kemajuan pada era globalisasi.