tatabahasa 2

3
PERKEMBANGAN : Langkah 1 - Membaca cerita RUJUK BUKU TEKS M/S 31 “ Hore! hore! Kita sudah sampai di Pantai Teluk Cempedak, Kuantan, Pahang ”. Kamal dan adiknya melompat-lompat gembira. Bapa pun mencari tempat yang sesuai.Bapa membentangkan tikar lalu meletakkan barang-barang di atas tikar itu. Ibu membantu bapa mengangkat barang-barang. “ Ibu, bolehkah kami bermain bola di pantai ?”, Tanya Kamal. “Boleh, tetapi kamu jangan pergi ke kawasan yang berbatu-batu. Kawasan itu licin dan berbahaya “, kata ibu.

Upload: matin75

Post on 27-May-2015

113 views

Category:

Documents


7 download

TRANSCRIPT

Page 1: TATABAHASA 2

PERKEMBANGAN : Langkah 1 - Membaca ceritaRUJUK BUKU TEKS M/S 31

“ Hore! hore! Kita sudah sampai di Pantai Teluk Cempedak, Kuantan, Pahang ”. Kamal dan adiknya melompat-lompat gembira. Bapa pun mencari tempat yang sesuai.Bapa membentangkan tikar lalu meletakkan barang-barang di atas tikar itu. Ibu membantu bapa mengangkat barang-barang. “ Ibu, bolehkah kami bermain bola di pantai ?”, Tanya Kamal. “Boleh, tetapi kamu jangan pergi ke kawasan yang berbatu-batu. Kawasan itu licin dan berbahaya “, kata ibu.

Page 2: TATABAHASA 2

“ Baiklah, ibu “, kata Kamal dan adiknya. Tiba-tiba, wajah ibu nampak cemas kerana Kamal dan adiknya sudah hampir ke laut. Bapa cepat-cepat mendapatkan mereka.

“ Kamal perlu berhati-hati semasa di laut. Kanak-kanak tidak boleh bersendirian di laut kerana tempat itu berbahaya dan kamu akan lemas “, kata bapa.

“ Oh, Kamal minta maaf ayah! Adik, mari kita bermain berhampiran dengan ibu “, kata Kamal sambil memimpin tangan adiknya.

Page 3: TATABAHASA 2