bm laporan
DESCRIPTION
BMTRANSCRIPT
1.0 Pengenalan
Laporan ialah maklumat tentang sesuatu kedudukan atau masalah yang dihadapi
yang dilaporkan (Kamus Dewan, 2005). Manakala, Siti Hajar Abd Aziz (2011),
menyebut bahawa laporan ialah kertas yang mengandungi khabar atau maklumat,
Laporan ditulis bagi melaporkan sesuatu hal atau perkara yang telah berlaku. Laporan
merupakan maklumat tentang sesuatu perkara yang dilaporkan. Laporan boleh
ditujukan kepada seseorang individu, sekumpulan ahli jawatankuasa atau sesebuah
organisasi. Laporan digunakan oleh golongan professional seperti penyelidik, pentadbir,
perunding, penyiasat dan seumpamanya untuk membuat sesuatu projek, mengesan
masalah dan mengambil tindakan untuk mengatasi sesuatu masalah, menentukan
strategi pemasaran atau untuk menilai kejayaan sesuatu rancangan (Ab. Rahman Ab
Rashid dan Yap Kim Fatt, 2002). Penulisan laporan berbeza, bergantung kepada
tujuan atau perkara yang dilaporkan.
Selain itu, laporan itu merupakan pemerian bertulis tentang kejadian, perkara atau
pendapat yang disampaikan dalam fomat tertentu dan laras bahasa format. Terdapat
jenis laporan yang kerap bergantung pada situasi, antaranya; laporan rutin, seperti
kemajuan projek sendiri dan laporan tak rutin yang disediakan untuk tujuan khusus
seperti laporan penyiasatan, laporan penyelidikan parti politik, laporan produk dan
laporan kebakaran.
2.0Format Laporan
2.1 Laporan rutin
Laporan rutin biasanya digunakan untuk kegunaan dalaman seperti kemajuan
projek persendirian dalam jabatan. Ciri-Ciri laporan biasanya terdiri daripada format,
tajuk, maklumat pada laporan, kefahaman pembaca dan maklum balas.
Dari segi format, oleh sebab bersifat rutin, laporan rutin biasanya ditulis dalam
borang khas. Cara ini membolehkan penulisan dan bacaan laporan lebih mudah dan
cepat. Di samping itu, borang laporan direka bentuk untuk menonjolkan perkara penting
dan membenarkan penulis mengemukakan cadangan peribadi. Dari segi kelemahan, 1
oleh sebab laporannya bersifat rutin, hasil laporan jarang menepati kehendak pembaca.
Contohnya, laporan kemajuan projek atau prestasi pekerja setiap bulan, yang kurang
mendapat tindakan sewajarnya kerana ia diisi dalam borang yang standard dan
dianggap laporan rutin sahaja.
Dari segi tajuk, oleh sebab laporan ini mengandungi perkara berilustrasi, gaya
penulisan mungkin terbatas pada pemilihan kaedah susun letak ilustrasi dan teks.
Dengan cara ini, aturan tatabahasa mungkin kurang dipatuhi dan tidak sesuai untuk
tatapan pihak di luar organisasi. Maklumat pada laporan biasanya mengandungi nama
penulis, tajuk dokumen, tarikh jangka masa liputan, tarikh, tarikh dikeluarkan dan
nombor rujukan.
Di samping itu, penulis harus peka kepada kehendak pembaca. Ini
menguntungkan kerana dapat menentukan gaya, cara persembahan, apa yang relevan
dan sebagainya. Oleh sebab kekerapan laporan itu, penulisnya mungkin mendapat
maklum balas daripada pembaca atau sumber lain. Semua ini dapat membantu
penulisan laporan yang berkesan.
2.2 Laporan Tidak Rutin
Laporan tak rutin meliputi laporan yang ditauliahkan untuk tinjauan khusus
misalnya, laporan penyiasatan pilihan raya, laporan kebakaran atau laporan produk.
Laporan tahunan dianggap laporan tak rutin. Kebanyakan laporan tak rutin, sama ada,
untuk kegunaan dalaman atau luaran mempunyai ciri-ciri rujukan utama dan
pendekatan penyelidikan.
Dari segi keutamaan, penulis mesti mendapat persetujuan bertulis untuk
mengadakan mesyuarat awal, sebelum merancang penyelidikan. Penulis juga perlu
mengetahui laporan itu ditulis dan jangkaan daripada pihak pembaca.
Dari segi pendekatan penyelidikan, perincian berbeza menurut subjek laporan
harus diteliti. Hal ini kerana perincian berbeza menurut subjek laporan. Butiran yang
utama meliputi pengumpulan fakta, pengambilan nota yang lengkap, dan perakaman
sumber yang relevan. Penulis mesti menyemak segala maklumat yang relevan dengan 2
tujuan penyiasatan dan membuat pertimbangan sama ada fakta yang relevan atau
bidang penyelidikan terlepas perhatian.
Setelah segala bukti yang relevan terkumpul, penulis perlu menilai dan memilih
dalam ruang lingkup tujuan, terhadap fakta penting yang diterima. Pada peringkat ini,
boleh dibentuk kesimpulan awal. Jika berlaku kekurangan atau keraguan, penyelidikan
dan pengesahan terhadap segala butiran dapat dilakukan, dan kemudian membolehkan
penulis menulis draf laporan.
Susun letak umum laporan rutin dan laporan tak rutin biasanya mengandungi;
Judul muka surat menyatakan nama penulis, organisasi, dan rujukan; tajuk
laporan; tarikh keluaran (bulan dan tahun); nama atau rujukan orang atau organisasi
yang ditujukan.
Ringkasan ini hanya penting bagi laporan panjang. Ini memberi gambaran umum
tentang kandungan laporan, ringkasan latar belakang penyiasatan, kerja penyelidikan,
kesimpulan dan cadangan.
Senarai kandungan ini diperlukan untuk laporan panjang. Senarainya berurutan;
semua tajuk, termasuk lampiran, dengan muka surat, penomboran pada perenggan.
Pengenalan memasukkan rangka sejarah latar belakang yang membina
pentauliahan laporan, rujukan, ringkasan kaedah penyelidikan dan penghargaan
menjadi sumber maklumat yang relevan.
Hujahan disusun di bawah bahagian dan tajuk untuk memudahkan ringkasan dan
pemahaman. Struktur dan tajuk yang dipilih bergantung pada subjek laporan. Contoh;
laporan penerbitan buku pengajian tinggi antara lain memuatkan sejarah dan
perkembangan penerbitan buku, ringkasan operasi semasa, tempat operasi dan staf
pengurusan, staf editoral, kos prospek dan lampiran.
Kesimpulan berbeza-beza daripada akhir penulisan esei atau prosa lain kerana
kesimpulan laporan boleh disenaraikan dan diberi nombor. Syor atau cadangan datang
selepas kesimpulan yang bermakna dalam penulisan laporan, tajuk kesimpulan tidak
semestinya pada bahagian akhir.
3
Cadangan dimuatkan sebagai satu senarai yang panjang, bolehlah dibahagikan
menjadi beberapa bahagian. Akan tetapi, jangan menggunakan istilah ”Ringkasan
Cadangan” melainkan bagi senarai yang padat, yang tidak lengkap. Setiap cadangan
perlu dihujahkan dengan justifikasi.
Lampiran perlu bagi laporan panjang, untuk mengurangkan bukti dan hujahan.
Lampiran juga perlu mengandungi bukti teknikal yang mungkin tidak sesuai dimuatkan
dalam laporan sebenar. Jumlah lampiran bergantung pada keperluan bukti dan
justifikasi laporan.
Rujukan dan Bibliografi juga diletakkan diakhir laporan, perbezaanya; rujukan
disebut dalam isi laporan manakala bibliografi berupa bacaan lanjutan yang
disenaraikan pada bahagian akhir.
3.0Tujuan Laporan
Kita harus memulakandengan perkara yang lebih jelas mengenai apa yang ingi ditulis.
Ia tidak sama dengan subjek kerana ia berfokus pada tujuan laporan. Apa yang kita
harapkan ialah untuk pembaca-pembaca benar-benar lakukan selepas mereka
membaca laporan tersebut. Sebagai contohnya; permintaan persembahan, fail laporan,
menyerahkan laporan kepada orang lain dan jawatankuasa, menghantar e-mail,
mengaturkan pertemuan dan menandatangani cek.
4.0 Ciri- ciri Laporan
Untuk menulis laporan memerlukan kebolehan menulis yang tinggi dari segi
penguasaan bahasa. Antaranya ciri laporan terbaik ialah mestilah bersifat objektif dan
sahih iaitu bukan tanggapan dan agakan.(Siti Hajar Abd Aziz, 2011). Ini kerana laporan
bertujuan memberi maklumat yang betul dan tepat. Sebelum melapor, satu kajian dan
penelitian data harus dilakukan. Selain itu, mestilah mempunyai unsur penilaian iaitu
pandangan berkaitan sesuatu isu yang hendak dilaporkan. Bahan yang dilapor
hendaklah mempunyai unsur ilmiah, empiritikal dan konkrit. Fakta yang
dipersembahkan hendaklah disertai dengan gambar, graf, jadual, peta minda bagi
4
memudahkan pemahaman pembaca. Fakta juga harus diolah secara adil tanpa
melibatkan prasangka dan unsur emosional. Bahasa yang digunakan hendaklah
bahasa yang sederhana dan mudah difahami kerana laporan bertujuan untuk
memperjelaskan fenomena yang berlaku dan memberikan kefahaman kepada
pembacanya. Justeru, bahasa laporan mestlah mudah difahami dengan menggunakan
ayat- ayat yang ringkas, tepat dan padat. Bahasa yang terlalu ilmiah dan banyak
menggunakan istilah khusus hanya sesuai untuk bidang dan orang- orang tertentu
sahaja.
Selain itu terdapat juga ciri-ciri lain dari segi kriteria penghasilan sesuatu laporan
itu, antaranya ialah kandungan laporan hendaklah berdasarkan sumber yang sahih.
Penulis hendaklah membuat penilaian ke atas bahan sama da perlu dimasukkan ke
dalam laporan ataupun tidak. Struktur Perlu disusun secara teratur dengan tajuk dan
penomboran. Sama ada perenggan demi perenggan atau bab demi bab.
Keputusan setelah dibaca, laporan boleh mempengaruhi sesuatu pandangan,
tindakan atau keputusan terutama jenis laporan sulit atau laporan prestasi. Oleh itu,
laporan itu perlu ditulis secara bertimbang rasa dan bertolak ansur. Kesan sesuatu
laporan juga perlu diteliti. Gaya penulisan laporan berbeza antara satu sama lain
kerana kemahiran berbahasa setiap individu berbeza. Penulis perlu memilih perkataan
sendiri dan menyusunnya menjadi ayat mudah difahami.
Unsur Laporan selain ciri-ciri laporan yang perlu ada, terdapat juga unsur-unsur
dalam laporan untuk melengkapkan dan menyempurnakan laporan tersebut iaitu perlu
mencatat fungsi dan objektif laporan itu ditulis dan hendakah selaras dengan tajuk
laporan itu. Ada juga laporan mencatatkan rasionalnya laporan itu ditulis. Laporan akan
dianggap dokumen bertulis jika pelapor memahami keperluan pembaca dan
mengemukakan butiran yang bersesuaian. Terdapat penyataan pelapor yang ditulis
secara konkrit dan mngemukakan kesimpulan dalam keadaan tertentu. Kesimpulan
penting untuk melengkapkan laporan dan maklumat hendaklah tepat. Ia mengandungi
latar belakang sejarah hingga kepada penghasilan laporan. Terdapat juga penyataan
kaedah kajian dan penghargaan kepada sumber. Terdapat di dalam kandungan dan
5
digunakan pelapor untuk mempertahankan pendapatnya terutama jenis laporan khas
tentang sesuatu.Hujah dikemukakan berdasarkan bukti kukuh. Terdapat pada akhir
laporan dan merupakan rumusan secara keseluruhan terhadap perkara yang ditulis
dalam laporan. Jika laporan dalam bentuk bab, kesimpulan harus dibuat di dalam setiap
bab. Cadangan merupakan sesuatu yang disarankan kepada sesuatu pihak dan
disenaraikan di dalam salah satu tajuk laporan. Cadangan penting terutama laporan
berkaitan penyelesaian sesuatu isu dan kejadian. Cadangan hendaklah bersifat konkrit
dan boleh dicapai.
Penyampaian Laporan dipersembah dalam bahasa mudah dan jelas dan perlu
menggunakan laras bahasa yang sesuai dan bergaya sederhana. Bahasa teknikal tidak
sesuai jika laporan disediakan untuk pihak awam. Harus menggunakan bahasa betul
dan berbentuk formal.
5.0 Kualiti Laporan
Kualiti sesuatu laporan boleh dilihat melalui enam prinsip iaitu yang pertama,
betul atau tepat dalam pengumpulan data, fakta dan maklumat. Dalam proses ini, perlu
menggunakan data semasa dan data terdahulu boleh dijadikan atau digunakan sebagai
perbandingan. Kedua ialah padat. Dalam penulisan laporan, pastikan data yang
dikumpul, ringkas tetapi padat, mencakupi semua perkara yang perlu. Ketiga pula,
lengkap dari segi data, fakta dan maklumat. Lampiran yang perlu turut disertakan dan
menyatakan bahan-bahan rujukan. Keempat diikuti dengan kualiti jelas dari segi
bahasa, urutan dan susun atur. Jika dilihat dari segi urutan, dimana fakta atau
maklumat yang penting dikemukakan dahulu, diikuti dengan fakta atau maklumat lain
mengikut tahap kepentingan. Selain itu perlu mengikut hierarki dimana penyataan
umum diikuti oleh butir-butir atau perincian. Perbandingan dimana sesuatu idea
dibandingkan dengan idea lain. Dari segi, penggunaan bahasa pula, sekiranya perlu
terjemahan Bahasa Inggeris, perkataan tersebut dicondongkan. Bagi penggunaan
perkataan baru, penjelasan boleh dinyatakan dalam kurungan, atau nota kaki, atau di
lampiran penjelasan istilah. Kelima pula, prinsip meyakinkan, matlamat utama laporan
adalah untuk mendapat sokongan atau pertimbangan. Oleh itu, semua asas, sebab
6
atau hujah perlu meyakinkan pembaca. Prinsip terakhir ialah bersopan iaitu,
menggunakan gaya bahasa dan penulisan yang bersesuaian dan tidak keras.
6.0 Jenis- jenis Laporan
Menurut Siti Hajar Abd Aziz (2011), terdapat pelbagai jenis laporan yang ditulis
untuk pelbagai tujuan dan maksud tertentu. Jenis- jenis laporan dapat ditentukan
berdasarkan kandungan dan sifat laporan. Laporan dapat dbahagikan kepada dua
kategori iaitu laporan berbentuk borang seperti laporan berita dan laporan berkala dan
laporan berbentuk terbuka atau panjang seperti laporan kajian, laporan prestasi dan
laporan tahunan. Antara jenis laporan yang umum ialah;
6.1 Laporan tahunan
Laporan tahunan disediakan oleh sesebuah organisasi, persatuan bagi
memaklumkan pelbagai perkara tentang persatuan dan organisasi tersebut. Ia
bertujuan untuk menyediakan pencapaian yang lebih baik dan prestasi yang lebih
tinggi. Laporan dibuat sekali setahun dan biasanya mengandungi laporan kewangan
dan belanjawan.
6.2 laporan Khas
Laporan khas bertujuan mendapat maklumat yang pantas, tepat dan jelas.
Laporan ini berguna bagi organisasi atau masyarakat bagi mendapat gambaran
sebenar peristiwa atau kejadian yang berlaku.
6.3 laporan prestasi
Laporan prestasi mengandungi penjelasan tentang tugas-tugas yang selesai dan
kejayaan yang telah dicapai oleh organisasi. Diterbitkan untuk makluman awam atau
syarikat tertentu tentang kejayaan syarikat. Pegawai awam juga mempunyai borang
laporan prestasi.
7
6.4 Laporan penilaian
Laporan penilaian digunakan untuk menyatakan nilai, mutu, keadaan atau sifat
sesuatu yang menjadi fokus penilaian. Matlamat akhir adalah untuk memberikan
maklumat kepada pihak tertentu untuk membuat keputusan ataupun sekadar makluman
sahaja.
6.5 laporan Sulit
Laporan sulit, biasanya ditujukan kepada individu dan mengandungi segala
maklumat tentang latarbelakang orang tersebut seperti kelulusan, kelayakan, kelebihan
dan keistimewaan. Biasanya digunakan oleh jawatankuasa panel seperti sewaktu
proses temuduga. Laporan ini hendaklah dibuat dengan tepat dan objektif.
6.6 Laporan Kajian
Laporan kajian, diadakan oleh suatu jawatankuasa atau lembaga yang
dipertanggunjawabkan untuk mengkaji sesuatu isu, dasar, kejadian ataupun
sebagainya. Hasil kajian ini kemudian diserahkan dalam bentuk kepada pihak tertentu
untuk diambil tindakan. Laporan diadakan apabila perlu sahaja.
6.7 laporan lawatan
Laporan lawatan bertujuan merakamkan peristiwa yang berlaku sepanjang
lawatan tersebut. Laporan ini menceritakan hal yang benar-benar berlaku melalui apa
yang dilihat dan dirasa. Hendaklah disampaikan dengan tepat dan mudah difahami agar
pembaca turut dapat menggambarkan lawatan itu.
6.8 laporan Aktiviti
Laporan aktiviti persatuan hendaklah ditulis mengikut format tertentu. Laporan
aktiviti persatuan harus mengandungi beberapa perkara seperti jawatankuasa, sejarah
ringkas penubuhan, jumlah ahli, aktiviti sepanjang tahun dan pencapaian. Penulisnya
mestilah berjawatan setiausaha dan menyertakan butir-butir yang logik dan munasabah
dalam laporan berkenaan.
8
7.0 Kesimpulan
Sebagai kesimpulan kita harus faham keperluan dan kepentingan menulis
sesebuah laporan. Sebagai seorang pendengar yang hadir, kita perlu menulis kepada
pihak yang perlu kita laporkan. Kita harus merancang proses laporan yang hendak
ditulis, mengambil masa yang cukup untuk diri sendiri bagi menulis laporan serta
mempelbagaikan sumber untuk menyiapkannya. Gaya dan persembahan adalah
penting untuk menambahkan impak terhadap laporan yang ditulis. Semua ini dapat
ditingkatkan melalui latihan yang berterusan serta bimbingan daripada pihak yang
berpengalaman dan berpengetahuan. Laporan yang baik mampu memberi kesan yang
baik kepada pembaca dan mampu menjadi rujukan kepada pihak yang membaca dan
pihak yang menerima laporan. Kepentingan laporan amat besar kepada sesebuah
organisasi serta mampu mempengaruhi penilaian terhadap organisasi tersebut. Setiap
bakal guru semestinya mempunyai kemahiran menulis laporan kerana ia merupakan
perkara penting dan akan menjadi kemestian untuk menyedia laporan terhadap apa
perkara yang berlaku semasa atau selepas mengajar nanti.
9
Rujukan
Ab. Rahman Ab. Rashid, Yap Kim Fatt, 2002. Bahasa Kebangsaan. Petaling Jaya.
Pearson Malaysia.
Ab. Rahman Ab. Rashid, Yap Kim Fatt, 1997. Bahasa Melayu Komunikasi 2,
Petaling Jaya. Longman.
Kamus Dewan Edisi ke empat. (2005). Kuala Lumpur. Dewan Bahasa Dan Pustaka.
Siti hajar Abdul Aziz (2011), Bahasa Melayu I edisi Kedua, Shah Alam. Oxford Fajar
Sdn. Bhd.
10
Lampiran
Contoh Laporan Aktiviti
TEMPAT : Pusat Ekuin, UTM Skudai.
TARIKH : 02 Jun 2010
HARI : Rabu
MASA : 8.00 pagi hingga 12.30 tengahari
BILANGAN YANG TERIBAT: i. 18 orang murid
ii. 6 orang guru
iii. 1 orang Pembantu Pengurusan Murid
BILANGAN KESELURUHAN : 25 orang
AKTIVIT I : i. Menunggang kuda
ii. Melawat sekitar UTM, Skudai
1. PENGENALAN
Panitia Pemulihan dan Pendidikan Khas telah mengadakan program lawatan sambil belajar iaitu menunggang kuda. Aktiviti ini dijalankan di Pusat Ekuin, UTM Skudai. Program ini merupakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang memberikan pengalaman sebenar menunggang kuda. Program ini juga sedikit sebanyak membantu murid untuk mempelajari sesuatu pembelajaran dengan lebih berkesan seperti mengenal dan menamakan haiwan.
Berdasarkan pemerhatian yang dilakukan, program ini berjalan lancar dan menyeronokkan. Mereka begitu teruja dapat menunggang kuda. Para guru juga tidak melepaskan peluang untuk cuba menunggang kuda. Selain itu penglibatan sekolah lain seperti SJK (T) Ladang Kulai Besar, SK Senai Utama, SJK (C) Pulai dan SK Taman Muhibah telah memeriahkan lagi program ini.
2. KELEBIHAN PROGRAM
Terdapat pelbagai kebaikan program lawatan sambil belajar ini dijalankan. Melalui program ini :-
i. Murid sangat seronok dan teruja dapat menunggang kuda.ii. Murid dapat menimba pengalaman baru serta menambahkan ilmu pengetahuan.iii. Murid dapat bersosialisasi dan berkomunikasi bersama rakan-rakan baru serta orang
awam.iv. Meningkatkan keberanian serta keyakinan murid terhadap diri mereka sendiri.
11
v. Murid dapat melihat dan mengenal haiwan secara lebih dekat dan realiti.
3. KELEMAHAN PROGRAM
i. Kawalan Murid
Disebabkan jamuan makanan disediakan pada jam 10.30 pagi maka ada beberapa orang murid tidak dapat mengawal emosi kerana lapar. Namun, guru-guru dapat mengawal dengan baik dengan memberi murid-murid makanan dan minuman yang dibawa oleh guru dari rumah.
ii. Terapi
Ada beberapa orang murid tidak dapat memberanikan diri untuk menunggang kuda. Mereka kelihatan takut dan menangis apabila disuruh untuk menunggang kuda. Terapi kuda untuk murid-murid ini boleh dikira berjaya kerana dapat memupuk sifat berani dalam diri murid apabila guru berjaya memujuk murid untuk menyentuh dan mengusap badan kuda.
iii. Kuantiti Kuda
Kuda yang disediakan oleh pihak Pusat Ekuin tidak mencukupi kerana mereka menyediakan 4 ekor kuda sahaja sedangkan terdapat 4 buah sekolah lagi yang menyertai program ini iaitu SJK (T) Ladang Kulai Besar, SK Senai Utama, SJK (C) Pulai dan SK Taman Muhibah. Maka, murid-murid tidak puas bermain dan menunggang kuda.
iv. Masa Disebabkan kuantiti kuda yang tidak mencukupi untuk memberi perkhidmatan menunggang kepada 5 buah sekolah maka masa yang ditetapkan oleh pihak Ekuin untuk menunggang adalah terhad iaitu sekitar 5 minit untuk 1 pusingan.
4. CADANGAN MEMPERBAIKI KELEMAHAN PROGRAM
i. Membuat T-shirt seragam untuk guru dan murid bagi untuk kegunaan aktiviti-aktiviti luar bilik darjah agar mudah bagi para guru untuk mengenal pasti murid-murid mereka.
ii. Membawa bekalan makanan dari rumah untuk mengelakkan murid dalam kelaparan.iii. Membuat latihan awal sebelum menunggang kuda sebenar seperti mengenal dan
menyentuh haiwan terlebih dahulu. iv. Meningkatkan kawalan untuk mengawal murid-murid ketika mengadakan program luar
bilik darjah.
12
5. KOS SEBENAR
BIL BIL PERKARA KOS (RM)
1 Pakej
(Tiket, fasilitator, makanan dan minuman)
RM 15.00 x 25 orang 375.00
2 Pengangkutan RM 4 x 25 orang 100.00
JUMLAH 370.00
6. PENUTUP
Secara keseluruhannya, program ini amat bermakna bagi murid-murid pendidikan khas kerana sedikit sebanyak memberi pendedahan mengenai realiti kehidupan masyarakat normal di luar sana. Selain mengenal pengangkutan darat dan haiwan-haiwan, murid-murid juga dapat bergaul dengan orang awam dan melihat situasi sebenar pada tempat yang dilawati. Oleh yang demikian, program ini seharusnya dilaksanakan pada masa-masa akan datang supaya pengajaran dan pembelajaran akan menjadi lebih bermakna.
Disediakan Oleh Disemak Oleh Disahkan Oleh
……………………………………
( Pn Adibah Binti Md. Yunos )
Guru Pendidikan Integrasi
SJK ( C ) Kulai 2
……………………………………
( En Adanan Bin Ramli )
GPK Pendidikan Khas Integrasi
SJK ( C ) Kulai 2
……………………………………
( En Chua Lay Kah )
Guru Besar
SJK ( C ) Kulai 2
13
14