bm 1 tahun 5 (mei)

10
SJK (C) POI LAM, IPOH Penilaian kali ke-2 Pemahaman Bahasa Malaysia Tahun 5 Masa 5! mini" #ama $$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$ Ma%kah $$$$$$$$$$ &a%'ah 5 ( ) Ta%ikh Soalan 1 hingga Soalan 20 Isi tempat kosong dalam ayat-ayat di bawah dengan jawapan yang paling sesuai Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai 1. $$$$$$$$$$ *e%'an'i akan *ela'a% *e%sun++uh-sun++uh, ka"a mu%i -mu%i Tahu m.a" li" A &ia B Kami C Kamu & Me%eka Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai berdasarkan gambar di bawah. 2. &i manakah $$$$$$$$$$ 'um.a *uku aku ini/ "anya 0a1i ke.a a Tan A an a B *eliau C en+kau & me%eka Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai berdasarkan gambar di bawah 3. $$$$$$$$$$ *e%"un+kus-lumus un"uk men i%ikan se*uah *an+unan BM 3Thn 53 44A#I3ms 1

Upload: ezzani82

Post on 04-Oct-2015

232 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

hbml3303

TRANSCRIPT

SJK (C) POI LAM, IPOHPenilaian kali ke-2 Pemahaman Bahasa Malaysia Tahun 5Masa : 50 minitNama : _________________________

Markah : __________

Darjah : 5 ( )

Tarikh : Soalan 1 hingga Soalan 20

Isi tempat kosong dalam ayat-ayat di bawah dengan jawapan yang paling sesuai.

Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai1. "__________ berjanji akan belajar bersungguh-sungguh," kata murid-murid Tahun

Empat Elit.

A. Dia

B. Kami

C. Kamu

D.MerekaIsi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai berdasarkan gambar di bawah.

2."Di manakah __________ jumpa buku aku ini?" tanya Ravi kepada Tan

A. anda

B. beliau

C. engkau

D. mereka

Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai berdasarkan gambar di bawah

3.__________ bertungkus-lumus untuk mendirikan sebuah bangunan

BM1/Thn. 5/EZZANI/ms1

A. Ia

B. Dia

C. Beliau

D. MerekaIsi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai berdasarkan gambar di bawah.

4.Emak sedang __________ baju sekolah abang dan adik di dalam biliknya

A. menggosok

B. menyidai

C. membasuh

D. merendam

Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.

5.Raju __________ basikalnya yang pancit itu ke Kedai Basikal Ah Seng

A. menarik

B. menolak

C. menonton

D. menggapai

Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.6.Rancangan Jejak Rasul yang __________ menerusi TV3 mendapat sambutan yang menggalakkan

A. disiarkan

B. dipaparkan

C. dipamerkan

D. ditunjukkan

Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.7.Rumah banglo Encik Ramu sangat __________ manakala halamannya pula agak lapang

A. bulat

B. besar

C. berat

D. bujur

BM1/Thn. 5/EZZANI/ms2

Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.

8.Suara abang sangat __________ selepas akil-baligh

A. nyaring

B. mersik

C. merdu

D. garau

Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.9.Encik Suhaimi menghadiahi isterinya seutas __________ emas sempena ulang tahun ke-18 perkahwinan mereka.

A. rantai

B. cincin

C. loket

D. subang

10.Tok Ali terpaksa bertongkat apabila berjalan kerana sebelah __________nya dipotong akibat penyakit kencing manis

A. kaki

B. tangan

C. telinga

D. mata

11.Lebih ramai tentera diambil untuk menguatkan lagi __________ negara.

A. tahanan

B. menahani

C. pertahan

D. mempertahankan

Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai berdasarkan gambar di bawah.

12.Sebelum pergi ke sekolah, anak-anaknya __________ 20 sen seorang

A. beri

B. diberi

C. memberi

D. pemberianBM1/Thn. 5/EZZANI/ms3

Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai berdasarkan gambar di bawah.

13.Di pasar tani __________ dijual dengan harga yang murah

A. batu-batan

B. kayu-kayan

C. sayur-mayur

D. rumput-rampai

14. Terdapat banyak sarang __________ di rumah usang itu

A. patung-patung

B. labah-labah

D. rama-rama

D. kura-kura

15.__________ Adli cacat __________ dia tidak pernah mengemis

A. Sungguhpun, namun

B. Lantaran itu, tetapi

C. Walaupun, hingga

D. Kalau begitu, atau16.Mereka bangun __________ pergi ke meja makan.

A. lalu

B. serta

C. hingga

D. kemudian

17.Alya memetik __________ bunga di taman bunga itu.

A. sepucuk

B. setandan

C. sekuntum

D. sejambangan

18.Ayah telah membeli __________ anting-anting baru sebagai hadiah hari jadi kakak yang ke-20.

A. sebuah

B. sebutir

BM1/Thn. 5/EZZANI/ms4

C. sepasang

D. sebentuk

19.Mayat seorang pemuda yang berlumuran darah ditemui di __________ longkang itu.

A. atas

B. sudut

C. dalam

D. bawah

Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai berdasarkan gambar di bawah.

20.Kereta api itu bergerak menuju ke __________ Semenanjung Malaysia.

A. sekeliling

B. selatan

C. atas

D. tepi

Soalan 21 hingga Soalan 23

Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberikan.21Aktiviti kokurikulum banyak member faedah kepada murid-murid.

A. Faedah banyak terdapat pada aktiviti kokurikulum

B. Murid-murid dan aktiviti kokurikulum banyak member faedah

C. Murid-murid banyak memberi faedah kepada aktiviti kokurikulum

D. Murid-murid akan mendapat banyak faedah daripada aktiviti kokurikulum.

22.Ravi,tolong belikan sebotol kicap, pesan ibunya.

A. Ibu Ravi diminta untuk membeli sebotol kicap oleh Ravi.

B. Ravi menyuruh ibunya membeli sebotol kicap

C. Ibu Ravi menyuruhnya membeli sebotol kicap.

D. Sebotol kicap perlu dibeli oleh Ravi atau ibunya.23.Penduduk kampung bekerjasama membersihkan kawasan kampong.

A. Kawasan kampung bekerjasama membersihkan penduduk.

B. Penduduk bergotong-royong membersihkan kampung mereka.

C. Kerjasama antara penduduk kampung membersihkan kawasan kampung.

D. Kawasan kampung mereka dibersihkan oleh penduduk kampung.

BM1/Thn. 5/EZZANI/ms5

Soalan 24

Pilih soalan yang paling sesuai bagi jawapan yang diberikan.24.Di manakah asal rumah limas?

A. Rumah limas menjadi tarikan pelancong ke negeri Johor.

B. Rumah limas berasal dari negeri Johor.

C. Negeri Johor terdapat sebuah rumah limas.

D. Terdapat beberapa jenis rumah limas.

Soalan 25 hingga Soalan 27

Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan yang bergaris dengan betul.25IZulaikha mempunyai paras rupa yang menarik

IIDia memakai skirt paras lutut.

IIIParas air di Batu Pahat semakin surut

IVRumah pangsa itu mempunyai 20 paras.

A. I sahaja

B. IV sahaja

C. II dan III sahaja

D. I, II dan III sahaja26IBuku-buku itu telah masam kerana terlalu lama terendam di dalam air.

IIWajah adik masam kerana permintaannya tidak dipenuhi.

IIISaya tidak gemar makan makanan yang masam.

IVBilik air itu berbau masam kerana tidak dicuci.

A. IV sahaja

B. I dan II sahaja

C. II dan III sahaja

D. III dan IV sahaja

27IPendebat itu mengeluarkan hujah-hujah yang tajam.IIFadhil kecil hati dengan sindiran tajam abangnya.IIIBunga mawar mempunyai duri yang tajam pada batangnya.IVJalan ke Kampung Jati mempunyai banyak selekoh tajam.A. I sahaja

B. I dan IV sahaja

C. II dan III sahaja

D. II, III dan IV sahaja

Soalan 28 hingga Soalan 30Pilih ayat yang betul.

28.IHarun suka berkaki ayam apabila berada di luar rumah.

IIDia menghabiskan seulas durian sekaligus.

IIINadia dan Mimi gemar menontn gambar wayang.

IVSemua orang mempunyai pengalaman yang pahit dalam hidupnya.

BM1/Thn. 5/EZZANI/ms6A. I dan II sahaja

B. I dan IV sahaja

C. II dan III sahaja

D. III dan IV sahaja

29.ISemua penduduk-penduduk kampung menyokong keputusan penghulu

IISyabas atas kematian bapa awak semalam.

IIISaudara diminta mendaftar selewat-lewatnya pagi esok.

IVLaila memujuk Sophia sambil berhinti menangis.

A. I sahaja

B. III sahaja

C. II dan II sahaja

D. I, II dan III sahaja

30.IKelab ini dipimpin oleh Cik Rahimah.IIPasukan bola sepak telah tewas beberapa kaliIIIPertandingan itu diadili oleh hakim yang arifIVSemalam adik menangis terbahak-bahak.A. I sahaja

B. II dan III sahaja

C. I, II dan III sahaja

D. I, II, III dan IV

BM1/Thn. 5/EZZANI/ms7

Soalan 31 hingga Soalan 35

Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.No.23, Kampung Jara, Jalan Bakek,

06300 Kuala Nerang,

Kedah Darul Aman.

25 Februari 2013.

Menemui saudari Mimi yang kini berada di Gopeng Perak. Semoga saudari berada dalam keadaan sihat. Saudari,Apa khabar? Saya di sini sihat-sihat sahaja. Begitulah juga saudari hendaknya. Sudah lama kita tidak saling menghubungi antara satu sama lain. Sejak kebelakangan saudari menyepi tanpa berita.

Saudari, pada tahun ini saya dan rakan-rakan yang lain memasuki pertandingan buku skrap. Tahun lepas kami hanya mendapat hadiah sagu hati. Walau bagaimanapun, kami tetap bersemangat untuk menjadi juara pada pertengahan tahun ini.Saya rasa saudari juga bekerja kuat untuk memenangi pertandingan itu. Saya yakin bahawa sekolah saudari pasti terpilih kerana saudari memang terkenal dengan daya kreativiti yang tinggi.

Dengan ini, saya harap dapatlah kita bertukar-tukar pendapat dan berkongsi pengalaman. Cara begini memang banyak mendatangkan manfaat bagi kedua-dua pasukan.Rasanya setakat ini sahaja yang mampu saya tulis untuk tatapan saudari. Sambutlah salam daripada saya untuk saudari sekeluarga.

Sekian, terima kasih.

Yang benar,

Aminah

31Bilakah pertandingan buku sekerap akan diadakan?

A. Pada bulan Jun

B. Pada bulan April

C. Pada bulan Ogos

D. Pada bulan Oktober

32Mengapakah penulis yakin bahawa rakannya turut terpilih untuk menyertai pertandingan tersebut?

A. Kerana kawannya bekerja kuat

B. Kerana kebolehan kawannya tidak ada tandingannya.

C. Kerana dia tahu rakannya mempunyai daya kreativiti yang tinggi.

D. Kerana kawannya selalu sahaja menang dalam pertandingan sebelumnya.

33Bagaimanakah kedua-dua pasukan mendapat faedah?

A. Apabila kedua-dua pasukan saling bekerjasama.

B. Apabila kedua-dua pasukan saling meniru.

C. Kedua-dua peserta bertukar-tukar pendapat.

D. Apabila pasukan Mimi menolong pasukan penulis.

BM1/Thn. 5/EZZANI/ms8

34Penyataan manakah bukan tujuan pertandingan buku skrap?

A. Menggalakkan para pelajar berfikir secara kritis dan kreatif

B. Meningkatkan kesihatan dan kecergasan para peserta

C. Memupuk semangat bekerjasama dalam kalangan peserta

D. Menonjolkan daya kreativiti pelajar

35Apakah maksud menyepi mengikut petikan di atas?

A. Sunyi sepi

B. Mengasingkan diri

C. Tidak bercakap banyak

D. Tidak suka menonjolkan diri.

Soalan 36 hingga Soalan 40

Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.Sumarni :Selamat pagi, pak cik. Nama saya Sumarni. Saya wartawan Majalah Suara Emas.

Pak Cik Ali :Selamat pagi, silakan naik.

Sumarni :Terima kasih. Sebenarnya saya datang untuk menemu ramah tentang kehidupan pak cik sebagai seorang nelayan.

Pak Cik Ali :Silakan, pak cik sedia ditemu ramah.

Sumarni :Sudah berapa tahunkah pak cik melibatkan diri dalam bidang ini?

Pak Cik Ali :Sebenarnya pak cik mula menjadi nelayan sejak 25 tahun yang lalu. Selepas sahaja bapa pak cik meninggal dunia, pak cik terpaksa turun ke laut menggantikan tempatnya untuk mencari rezeki bagi menyara keluarga.

Sumarni :Bilakah waktunya pak cik menangkap ikan?

Pak Cik Ali :Pak cik dan rakan-rakan pergi menangkap ikan sebelum waktu Subuh dan pulang bersama-sama dengan hasil tangkapan ketika hari menjelang senja.

Sumarni :Bagaimanakah dengan jumlah tangkapan dan di manakah tangkapan ini dijual?

Pak Cik Ali :Jumlah tangkapan sebenarnya tidak menentu. Kadangkala banyak dan kadangkala pulang dengan perahu kosong. Itu semua bergantung pada nasib. Tentang jualan hasil tangkapan, pak cik menjualkannya kepada pemborong di kuala.

Sumarni :Apakah harapan pak cik pada masa akan datang?

Pak Cik Ali :Pak cik dan rakan-rakan bercadang hendak membeli sebuah bot. Maklumlah, menangkap ikan dengan perahu tidak mendatangkan hasil yang banyak. Tetapi, harga bot mahal. Walau bagaimanapun, kami akan berusaha untuk mendapatkannya.

Sumarni :Mudah-mudahan hasrat pak cik dan rakan-rakan akan tercapai. Baiklah pak cik, terima kasih kerana sudi ditemu ramah.

Pak Cik Ali :Sama-sama.

36Siapakah sebenarnya Sumarni dalam petikan di atas?

A. Wartawan Majalah Suara Emas

B. Wartawan majalah sekolah

C. Anak Pak Cik Ali

D. Penemu ramah

BM1/Thn. 5/EZZANI/ms9

37Pak Cik Ali terpaksa menjadi seorang nelayan kerana

A. mencari rezeki untuk menyara keluarga.

B. tiada pekerjaan lain yang sesuai

C. menggantikan tugas ayahnya

D. mengikut teman-temannya.

38Bilaka Pak Cik Ali mula menjadi nelayan?

A. Semenjak bapanya masih hidup

B. Semenjak berusia 25 tahun yang lalu

C. Semenjak usianya 25 tahun

D. Semenjak zaman remaja

39Jumlah tangkapan Pak Cik Ali adalah

A. lumayan

B. sederhana

C. sedikit sahaja

D. tidak menentu

40Cita-cita Pak Cik Ali pada masa hadapan ialah

A. ingin memiliki bot sendiri

B. ingin menjadi pengusaha bot

C. ingin menjad nelayan berjaya

D. ingin berkongsi membeli sebuah bot dengan rakan-rakannya.KERTAS SOALAN TAMAT

Tandatangan ibu bapa:______________

Disediakan oleh : Mohd Noor Ezzani

Disemak oleh :

BM1/Thn. 5/EZZANI/ms101