soalan bm penulisan mei 2015 (3)

9
 1 SJK (C) KULAI 2 PKSR BAHASA MELAYU (PENULISAN) TAHUN LIMA (1 / 2015) (1 jam 15 minit)  NAMA : _____________ _________ Markah : __________ % KELAS : 5 ( ) Tarikh : ____/___/2015 Tandatangan i bu b apa : ________ Kertas soalan ini mengandungi tiga bahagian, iaitu Bahagian A, Bahagian B dan Bahagian C. Kamu dikehendaki menjawab ketiga-tiga bahagian. BAHAGIAN A (10 markah) Tulis lima ayat yang lengkap tentang aktiviti yang terdapat dalam gambar.  1. 2. 3. 4. 5.

Upload: norhalimahmahat

Post on 04-Nov-2015

36 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

sjkc

TRANSCRIPT

  • 1

    SJK (C) KULAI 2

    PKSR BAHASA MELAYU (PENULISAN) TAHUN LIMA (1 / 2015)

    (1 jam 15 minit)

    NAMA : ______________________ Markah : __________%

    KELAS : 5 ( ) Tarikh : ____/___/2015

    Tandatangan ibu bapa : ____________

    Kertas soalan ini mengandungi tiga bahagian, iaitu Bahagian A, Bahagian B dan Bahagian C.

    Kamu dikehendaki menjawab ketiga-tiga bahagian.

    BAHAGIAN A (10 markah)

    Tulis lima ayat yang lengkap tentang aktiviti yang terdapat dalam gambar.

    1.

    2.

    3.

    4.

    5.

  • 2

    BAHAGIAN B (30 markah)

    Kamu telah pergi berkelah bersama keluarga kamu. Ceritakan pengalaman kamu sepanjang

    perkelahan tersebut. Kamu boleh membina karangan berpandukan rangka karangan atau tanpa berpandukan rangka karangan yang diberi. Panjang karangan tersebut hendaklah tidak kurang

    daripada 60 patah perkataan.

    Rangka Karangan

    Pendahuluan

    minggu lepas berkelah bersama keluarga Tanjung Balau

    Isi-isi penting

    pantai yang cantik ramai orang mencari tempat teduh

    mandi manda membina istana pasir menaiki bot

    makan bekalan makanan berehat bersiar-siar

    mengutip kulit siput mengambil gambar

    Penutup

    sungguh gembira bercadang akan datang lagi

  • 3

    BAHAGIAN C (20 markah)

    Bahagian C ini terbahagi kepada tiga soalan. Jawab ketiga-tiga soalan.

    (i) Baca tulisan kursif di bawah kemudian salin perkataan tersebut dengan tulisan yang kemas seperti contoh yang diberikan.

    Contoh :

    1.

    2.

    3.

    5.

    merejam merejam

    4.

    (5 markah)

  • 4

    (ii) Baca petikan di bawah kemudian lengkapkan Peta Alir mengenai Panduan Pengendalian Bahan Mentah.

    Pengendali makanan ialah orang yang terlibat dalam penyediaan makanan dari

    mula hinggalah makanan itu diambil atau dimakan. Pengendalian bahan mentah

    seperti daging ayam yang bersih amat penting bagi mengelakkan berlakunya

    keracunan makanan.

    Panduan pengendalian daging ayam yang selamat perlu diketahui oleh

    pengendali makanan. Pemilihan ayam segar di pasar raya harus dilakukan dengan

    teliti kerana kebarangkalian untuk terbeli ayam yang tidak segar akan menjadi lebih

    tinggi.

    Selepas itu, cuci daging ayam yang telah dibeli dengan air bersih yang

    mengalir seperti air paip. Daging ayam yang telah siap dicuci perlu disimpan di

    ruangan sejuk beku dalam peti sejuk.

    Selepas itu, jika daging ayam ingin dimasak, masak pada suhu 70C supaya

    bahagian tertentu daging ayam telah masak sepenuhnya sebelum dimakan. Akhir

    sekali, hidangkan makanan yang telah dimasak dengan segera dan tutup hidangan

    dengan rapi.

    Panduan Pengendalian Bahan Mentah

    Memilih

    Pilih ayam yang segar

    dengan teliti.

    Membersih

    Menyimpan

    Memasak

    Menghidang

    Amalan pengendalian bahan mentah yang selamat amat penting supaya ____________________________

    _____________________________________________________________________________________.

    (10 markah)

    Peta Alir

  • 5

    (iii) Lengkapkan simpulan bahasa yang betul dengan perkataan dan gambar yang diberikan.

    1.

    2.

    3.

    4.

    5.

    Jawapan :

    Jawapan :

    Jawapan :

    Jawapan :

    Jawapan :

    panjang

    ringan

    kudung

    bulat

    buah

    (5 markah)

    Disediakan oleh : Cik Nor Halimah bt. Mahat

    Disemak oleh : Pn. Lau Chin Choo

  • 6

    SJK (C) KULAI 2

    PKSR BAHASA MELAYU (PENULISAN) TAHUN LIMA (1 / 2015)

    (JAWAPAN)

    PEMARKAHAN MENGIKUT BAHAGIAN

    A. Pemberian Markah

    Bahagian A = 10 markah

    Bahagian B = 30 markah

    Bahagian C = 20 markah

    Jumlah markah keseluruhan = 60 markah

    BAHAGIAN A

    Bina lima ayat berdasarkan aktiviti yang terdapat dalam gambar. (10 markah)

    Membina ayat :

    1) Ayat yang ditulis mestilah ada kena mengena dengan bahan grafik yang diberi.

    2) Pemilihan kata kerja yang tepat dan sesuai dengan aktiviti dalam gambar yang diberi.

    3) Ayat yang ditulis mestilah gramatis dan mempunyai huraian.

    4) Jika kesalahan yang dilakukan oleh murid lebih daripada 4 kesalahan dalam kelima-lima

    ayat yang dibina markah yang patut diberi tidak lebih daripada 7 markah.

    5) Jika ayat yang dibina terlalu banyak kesalahan dan tidak menepati tatabahasa yang tepat

    dan sesuai markah yang harus diberi tidak lebih daripada 3 markah keseluruhan ayat.

    Contoh aktiviti :

    1) menyapu sampah

    2) membersihkan longkang

    3) mencantas pokok

    4) memotong rumput

    5) membakar sampah

    6) menyembur racun pembunuh nyamuk

    7) menghidangkan makanan

    8) menanam pokok

    9) menggembur tanah

  • 7

    BAHAGIAN B

    Bina karangan berbentuk cerita berkelah bersama keluarga. (30 markah)

    1) Penilaian aspek isi ( 15 markah )

    Isi mestilah terdiri daripada 4 atau 5 isi penting:

    Setiap isi memerlukan HURAIAN, KETERANGAN dan CONTOH yang sesuai. Huraian

    isi perlu jelas dan tepat. Contoh yang diberikan mestilah bersesuaian dengan isi atau tema

    yang hendak ditulis.

    2 markah x 4 isi yang lengkap = 8 markah

    1 markah pendahuluan = 1 markah

    1 markah penutup = 1 markah

    Jumlah markah isi = 10 markah

    2) Penilaian aspek bahasa ( 15 markah ) Aspek bahasa terbahagi :

    a. Perbendaharaan kata = 3 markah b. Struktur ayat = 3 markah c. Imbuhan = 3 markah d. Tanda baca = 3 markah e. Ejaan = 3 markah

    Jadi jumlah markah keseluruhannya ialah 15 + 15 = 30 markah.

    Markah penuh diberi untuk satu-satu isi yang dapat disampaikan dengan baik iaitu pengolahannya menarik dan sangat berkesan.

    1 markah diberi untuk satu-satu isi yang pengolahannya kurang menarik. Maksudnya tidak dapat markah penuh.

    markah pula untuk satu-satu isi yang pengolahannya lemah.

    Penulisan yang kemas, bersih, teratur serta senang dibaca juga mempengaruhi markah.

    * Peringatan :

    Karangan yang terpesong, markah yang diberi tidak melebihi 5 markah daripada 30 markah. Ini bermakna walau baik sekali pun karangan tersebut , jika terpesong, markah

    tertinggi hanyalah 5 markah sahaja.

    Isi yang berunsur negatif tidak akan diberi markah. (ukuran nilai ialah yang berteraskan nilai-nilai murni)

    *Tambahan markah :

    1) Ada markah tambahan (bonus) diberikan untuk karangan yang mempunyai susunan isi dan jalinan idea yang baik.

    2) Markah tambahan juga mungkin akan diberikan bagi karangan yang bertulisan cantik.

    *Potong markah : Perkara yang perlu dielakkan semasa menulis karangan.

    (i) Bilangan perkataan tidak mencukupi (kurang daripada 60 patah perkataan).

    kurang daripada 20 perkataan ( markah penuh tidak melebihi 10 )

    21 hingga 30 patah ( tolak 3 markah )

    31 hingga 40 patah ( tolak 2 markah )

    41 hingga 50 patah ( tolak 1 markah )

  • 8

    (ii) Bagi setiap satu kesalahan :

    Kesalahan imbuhan tolak markah

    Kesalahan tanda baca tolak markah

    Kesalahan ejaan tolak markah

    3) Karangan yang terpesong langsung : markah yang diperolehi tidak melebihi 10 markah

    Tips : Cara membilang perkataan

    Nama khas yang terdiri daripada beberapa patah perkataan dikira sebagai satu perkataan saja

    contoh 'Bahasa Melayu Tahun Enam'.

    BAHAGIAN C (20 markah)

    (i) Baca tulisan kursif di bawah kemudian salin perkataan tersebut dengan tulisan yang kemas. (5 markah)

    1) 1 perkataan yang kemas = markah 2) 10 perkataan yang kemas = 5 markah

    (ii) Lengkapkan Peta Alir. (10 markah)

    Memilih

    Pilih ayam yang segar

    dengan teliti.

    Membersih

    Cuci daging ayam dengan air

    bersih yang mengalir seperti

    air paip.

    Menyimpan

    Daging ayam disimpan di

    ruangan sejuk beku dalam

    peti sejuk.

    Memasak

    Masak pada suhu 70C supaya

    bahagian tertentu daging

    ayam masak sepenuhnya

    sebelum dimakan.

    Menghidang

    Hidangkan makanan yang

    telah dimasak dengan segera

    dan tutup hidangan dengan

    rapi.

    Amalan pengendalian bahan mentah yang selamat amat penting supaya dapat mengelakkan berlakunya

    keracunan makanan.

    (menerima sebarang jawapan yang betul dan logik).

    (2 markah) (2 markah)

    (2 markah) (2 markah)

    (2 markah)

  • 9

    (iii) Lengkapkan simpulan bahasa yang betul. (5 markah)

    1. Buah mulut 2. Bulat hati 3. Lipas kudung 4. Ringan tulang 5. Panjang tangan

    Disediakan oleh : Cik Nor Halimah bt. Mahat

    Disemak oleh : Pn. Lau Chin Choo