law 5 futuro bm

18
LAW 5 – Pengadil

Upload: rizaldooum

Post on 19-Nov-2015

22 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

UNDANG-UNDANG 5 BOLA SEPAK

TRANSCRIPT

  • LAW 5 Pengadil

  • TajukKuasa dan TugasAdvantejKecederaanLebih dari satu Kesalahan pada satu-satu masaKesalahan-kesalahan Ringan

  • Kuasa dan TugasPengadil:Menguatkuasakan Undang-undang Permainan Mengawal perlawanan dengan kerjasama penolong-penolong pengadil, dan di mana perlu pegawai keempatMemastikan sebarang bola yang digunakan mengikut keperluan Undang-undang 2 Memastikan peralatan pemain mengikut keperluan Undang-undang 4Bertindak sebagai penjaga masa dan menyimpan butiran perlawanan Berhenti, menangguh atau menamatkan perlawanan, mengikut budibicaranya, untuk sebarang pelanggaran Undang-undang

    ..... lagi

  • Kuasa dan TugasPengadil:Berhenti, menangguh atau menamatkan perlawanan kerana sebarang gangguan luar Berhentikan perlawanan, jika, pada pendapatnya, seorang pemain tercedera parah dan pastikan dia dikeluarkan dari padang permainan. Seorang pemain tercedera boleh kembali ke padang hanya setelah permainan telah dimulakan semulaMembenarkan permainan diteruskan sehingga bola di luar permainan, jika seorang pemain, pada pendapatnya, hanya tercedera ringanMemastikan pemain yang berdarah kecederaannya keluar dari padang permainan. Pemain itu hanya boleh kembali setelah menerima isyarat dari pengadil, yang perlu puas hati bahawa pendarahan itu telah berhenti.

    ... lagi

  • Kuasa dan TugasPengadil:Meneruskan permainan jika pasukan yang dikasari oleh sesuatu kesalahan akan menerima keuntungan dari advantej ini dan hukumkan kesalahan yang asal jika advantej yang dijangkakan itu tidak bermanfaatHukumkan kesalahan yang lebih berat jika seseorang pemain melakukan lebih dari satu kesalahan pada sesuatu masa Ambil tindakan disiplin terhadap pemain yang bersabit kesalahan diberi amaran atau diperintah keluar. Dia tidaklah diperlukan untuk mengambil tindakan dengan segera tetapi mesti berbuat demikian sebaik saja bola di luar permainan

    ... lagi

  • Kuasa dan TugasPengadil:Ambil tindakan terhadap pegawai pasukan yang tidak berkelakuan yang tanggungjawab, dan dengan budibicaranya mengeluarkan mereka dari padang permainanBertindak dengan nasihat penolong pengadil bagi kesalahan yang dia sendiri tidak melihatnyaMemastikan orang luar yang tidak berkenaan tidak masuk ke dalam padang permainan Mulakan semula permainan setelah ia diberhentikan Kemukakan kepada pihak berkenaan laporan yang mengandungi sebarang tindakan disiplin yang telah diambil terhadap pemain, dan/atau pegawai pasukan dan sebarang insiden lain yang berlaku sebelum, semasa atau selepas perlawanan itu

  • TUGAS PENGADILKuatkuasakan Undang-undang permainanAdvantej dilaksanakan untuk yang dikasariPencatat MasaSEmua catatan perlawananArah permainan semula setelah berhentiLuka (PARAH, BERDARAH, RINGAN)Orang luar - bertanggungjawabBola mengikut Undang-undang 2

  • KUASA PENGADILBERHENTI / TANGGUH / TAMATKAN permainan untuk:Pelanggaran undang-undangGangguan luar (ABCDE)

    Hukumkan kesalahan yang lebih serius bagi kesalahan-kesalahan dilakukan serentakAmbil tindakan disiplin (AMARAN / PERINTAH KELUAR) * tidak perlu berhentikan segera. Accident Ball Common error Disturbances Error by referee

  • AdvantejPengadil boleh meneruskan permainan apabila pasukan yang dikasari oleh sesuatu kesalahan akan beruntung dengan advantej sedemikian

    Pengadil boleh menghukumkan kesalahan yang asal jika advantej yang dijangkakan itu tidak bermanfaat

    Advantage.DAT

  • AdvantejKeputusan untuk menghukumkan kesalahan yang asal mestilah dilakukan dalam masa tiga saatPengadil perlu mengambil kira tempat berlakunya kesalahan semasa melaksanakan advantej: semakin hampir kepada gol pasukan lawan lebih berkesan. Jika kesalahan itu perlu diberi amaran ia boleh diberi sebaik bola di luar permainan berikutnya. Walau bagaimanapun, kecuali ia suatu advantej yang jelas, adalah disyorkan untuk memberhentikan permainan dan beri amaran kepada pemain yang bersalah itu.

    Jika kesalahan itu perlu diperintah keluar berhentikan permainan dan perintah keluar pemain tersebut kecuali terdapat suatu peluang berikutnya untuk membuat jaringan.

  • AdvantejJika pemain bertahan melakukan sesuatu kesalahan, tunggu untuk kemungkinan sesuatu advantej diperolehi

    Jika pemain menyerang melakukan sesuatu kesalahan, hukumkan kesalahan itu kecuali terdapat sesuatu serangan yang jelas

  • Pemain tercederaPengadil hendaklah menuruti arahan berikut berkaitan dengan pemain tercedera:Permainan diteruskan sehingga bola di luar permainan jika seorang pemain, pada pendapatnya, hanya tercedera ringanPermainan diberhentikan jika, pada pendapatnya, seorang pemain itu tercedera parah atau cedera berdarahSetelah menyoalkan pemain tercedera aitu, pengadil membenarkan seorang, atau paling lebih dua orang doktor, untuk masuk ke padang permainan, bagi memastikan pemain itu dikeluarkan dengan selamat dan cepat dari padang permainan

    ..... lagi

  • Pemain TercederaPembawa stretcher perlu masuk bersama doktor untuk membolehkan pemain dikeluarkan secepat mungkinPengadil memastikan pemain tercedera dikeluarkan dari padang permainan dengan selamat Seseorang pemain tidak dibenarkan untuk dirawat di dalam padang permainan

    ..... lagi

  • Pemain TercederaSebarang pemain yang berdarah lukanya mesti keluar dari padang permainan. Dia hanya dibenarkan masuk setelah pengadil berpuas hati bahawa pendarahan itu telah berhentiSeorang pemain tidak boleh memakai pakaian yang berdarahSebaik saja, pengadil memanggil doktor masuk, pemain itu mesti keluar padang permainan, sama ada di atas stretcher atau berjalan. Jika pemain itu tidak mematuhinya dia akan diberi amaran kerana kesalahan tidak bersemangat sukanSeorang pemain hanya boleh masuk semula ke padang permainan setelah permainan dimulakan semula

    lagi

  • Pemain TercederaSeorang pemain tercedera hanya boleh masuk semula dari garisan tepi semasa bola di dalam permainan. Semasa bola di luar permainan, pemain tercedera itu boleh masuk semula dari mana-mana garisan Pengadil saja berkuasa untuk membenarkan pemain yang tercedera untuk masuk semula ke padang permainan sama ada bola di dalam atau di luar permainan Jika permainan tidak diberhentikan untuk hal lain, atau jika kecederaan berlaku bukan disebabkan oleh sesuatu kesalahan, pengadil memulakan semula permainan dengan satu jatuhan bola Pengadil membenarkan masa yang terbuang kerana kecederaan, dimainkan sepenuhnya pada penghujung setiap separuh masa permainan

    ..... lagi

  • Pemain TercederaPengecualian kepada peraturan ini hanya dibuat untuk:

    Kecederaan kepada penjaga gol

    Ketika seorang penjaga gol dan pemain penyerang terlanggar dan perlukan perhatian segera

    Ketika sesuatu kecederaan serius telah berlaku contohnya, tertelan lidah, pengsan, patah kaki dll.

  • Lebih dari satu kesalahan berlaku pada sesuatu masaDilakukan oleh pemain yang samaPengadil hendaklah menghukumkan kesalahan yang lebih berat apabila seorang pemain melakukan lebih dari satu kesalahan serentak.Permainan dimulakan semula dengan satu Sepakan Percuma Terus atau Sepakan Penalti.

    Dilakukan oleh dua pemain sepasukanPengadil hendaklah menghukumkan kesalahan yang lebih berat apabila pemain-pemain melakukan lebih dari satu kesalahan serentak.Permainan dimulakan semula sepatutnya mengikut kesalahan yang dilakukan.

    Dilakukan oleh dua pemain dari pasukan berbezaPengadil hendaklah memberhentikan permainan dan mulakan semula permainan dengan satu jatuhan bola di mana bola berada*

  • Kesalahan-kesalahan RinganUndang-undang Permainan adalah bertujuan untuk membenarkan permainan dimainkan tanpa sebarang gangguan yang boleh

    Kekerapan meniupkan wisel untuk kesalahan yang ringan atau yang was-was akan menghasilkan perasaan kurang senang dan hilang pertimbangan di kalangan pemain dan penonton