biskut bunga

6
Biskut BUNGA BAHAN - BAHANNYA :-) 250 gram mentega (che mat guna golden churn) 75 gram gula aising, diayak 1 kuning telur gred A 330 gram tepung gandum* 45 gram tepung jagung*(*disatukan dan diayak) 50 gram kelapa panggang (toasted coconut, contoh di sini), kisar halus 70 gram badam kisar 70 gram nestum, kisar halus 1 camca teh esen vanilla Secubit garam Kuning telutr, untuk disapu atas biskut Coklat M&M secukupnya CARA MEMBUATNYA :-) 1. Putar mentega dan gula aising hingga sebati, masukkan kuning telur, garam dan esen vanilla, putar rata, sementara itu, satu kan tepung yang diayak tadi bersama kelapa panggang kisar, serbuk badam dan nestum yang dikisar, gaul rata. 2. Perlahankan kelajuan, masukkan bahan2 kering yang disatukan tadi sedikit demi sedikit hingga habis dan adunan menjadi doh yang boleh dicanai. Matikan mesin, bulat2kan doh dan tutup dengan tuala dapur bersih yang telah dilembapkan, bertujuan untuk mengelakkan doh masuk angin dan menjadi keras. 3. Bahagikan doh kepada 4 bahagian. Ambil satu bahagian doh, canai diantara 2 lapisan plastik hingga mendapat ketebalan 1/2 cm. Terap dengan acuan kegemaran anda dan susun dalam dulang pembakar. Buat hingga siap. 4. Sapu kuning telur atas biskut dan taruk sebiji coklat M&M dibahagian tengahnya, buat hingga selesai dan bakar dalam oven yang telah dipanaskan terlebih dahulu pada suhu 170C, selama 20 - 25 minit. Selepas 10 minit anda bakar, pusing2kan dulang pembakar agar biskut masak sekata. 5. Bila biskut keperangan, keluarkan dari oven dan biar 1-2 minit atas dulang pembakar. Kemudian alihkan biskut atas jaringan, biar sejuk dan boleh simpan dalam bekas kedap udara...Selamat mencuba!!..

Upload: zaythe-saiman

Post on 12-Jul-2016

20 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

resipi

TRANSCRIPT

Page 1: Biskut BUNGA

Biskut BUNGA

BAHAN - BAHANNYA :-)250 gram mentega (che mat guna golden churn)75 gram gula aising, diayak1 kuning telur gred A330 gram tepung gandum*45 gram tepung jagung*(*disatukan dan diayak)50 gram kelapa panggang (toasted coconut, contoh di sini), kisar halus70 gram badam kisar70 gram nestum, kisar halus1 camca teh esen vanillaSecubit garamKuning telutr, untuk disapu atas biskutCoklat M&M secukupnya

CARA MEMBUATNYA :-)1. Putar mentega dan gula aising hingga sebati, masukkan kuning telur, garam dan esen vanilla, putar rata, sementara itu, satu kan tepung yang diayak tadi bersama kelapa panggang kisar, serbuk badam dan nestum yang dikisar, gaul rata.2. Perlahankan kelajuan, masukkan bahan2 kering yang disatukan tadi sedikit demi sedikit hingga habis dan adunan menjadi doh yang boleh dicanai. Matikan mesin, bulat2kan doh dan tutup dengan tuala dapur bersih yang telah dilembapkan, bertujuan untuk mengelakkan doh masuk angin dan menjadi keras. 3. Bahagikan doh kepada 4 bahagian. Ambil satu bahagian doh, canai diantara 2 lapisan plastik hingga mendapat ketebalan 1/2 cm. Terap dengan acuan kegemaran anda dan susun dalam dulang pembakar. Buat hingga siap.4. Sapu kuning telur atas biskut dan taruk sebiji coklat M&M dibahagian tengahnya, buat hingga selesai dan bakar dalam oven yang telah dipanaskan terlebih dahulu pada suhu 170C, selama 20 - 25 minit. Selepas 10 minit anda bakar, pusing2kan dulang pembakar agar biskut masak sekata.5. Bila biskut keperangan, keluarkan dari oven dan biar 1-2 minit atas dulang pembakar. Kemudian alihkan biskut atas jaringan, biar sejuk dan boleh simpan dalam bekas kedap udara...Selamat mencuba!!..

Page 2: Biskut BUNGA

Biskut KELAPA MALAYA

BAHAN - BAHANNYA :-)250 gram mentega2 kuning telur (telur gred A)150 gram gula aising (atau 130 gram gula kastor)400 gram tepung sagu ubi*70 gram tepung gandum*1 camca teh penuh baking powder*(*disatukan dan diayak)1 camca teh esen vanilla2 cawan kelapa keringSecubit garam (kalau guna salted butter, tak perlu taruk garam)Kuning telur, dipukul sedikit untuk disapu atas biskutSedikit kelapa panggang untuk hiasan

CARA MEMBUATNYA :-)1. Kelapa kering digoreng tanpa minyak hingga perang dan wangi, guna api kecil dan kacau sentiasa, berhati2 jangan sampai hangus. Sejukkan. Putar mentega dan gula aising hingga kembang. Masukkan kuning telur satu persatu sambil diputar hingga sebati.2. Masukkan garam (jika guna) dan esen vanilla, putar rata. Perlahankan kelajuan, masukkan tepung yang telah diayak tadi berselang seli dengan kelapa. Putar hingga hingga menjadi doh. Jika adunan agak lembut, biarkan sekejap.3. Panaskan oven pada suhu 160C, bagi doh kepada 4 bahagian, ambil 1 bahagian. Tutup baki doh dengan tuala dapur bersih yang dibasahkan. Canai doh tadi setebal 1/2 cm, kemudian terap dengan acuan berbentuk bulan. Susun dalam dulang pembakar. Buat hingga siap.4. Sapu dengan kuning telur dan taburkan kelapa panggang atasnya. Bakar selama 20 - 25 minit atau hingga masak. Keluarkan dari oven dan biar sekejap dalam dulang untuk 1-2 minit sebelum dialihkan atas jaringan. Biar sejuk dan simpan dalam bekas kedap udara...CATATAN MAT GEBU:- Tips untuk mendapat biskut yang masaknya sekata, che mat akan pusing2kan loyang selepas 10 minit biskut dibakar, kemudian 5 minit lagi, pusingkan sekali lagi. Che mat guna api atas dan bawah, tapi dulang pembakar letak pada rak pertama atau kedua dari bawah, tapi ini semua bergantung pada oven yang anda guna. Resipi ini akan menghasilkan kurang lebih 200 biji biskut mengikut saiz acuan yang anda guna....Selamat mencuba!

Page 3: Biskut BUNGA

KELAPA CORNFLAKBAHAN-BAHANNYA :-)200 gram mentega80 gram gula aising, diayak2 kuning telur200 gram tepung gandum50 gram tepung jagung1 camca teh emplex (penggaring biskut)1 camca teh esen vanilla80 gram kelapa kering, disangai hingga harum dan sejukkan50 gram serbuk kacang gajus50 gram cornflakes, diramas hingga hancur1 kuning telur, untuk sapuanHiasan kegemaran anda (gula manek, bunga aising dan sebagainya)

CARA MEMBUATNYA :-)1. Satukan tepung gandum, tepung jagung dan empelx, gaul rata dan ayak. Kemudian masukkan kelapa kering yang telah disangi tadi, serbuk gajus dan cornflakes yang diramas hancur ke dalam tepung. Gaul rata2 dan ketepikan.2. Putar mentega dan gula aising hingga sebati, masukkan kuning telur dan esen vanilla. Putar rata. Perlahankan kelajuan dan masukkan no. 1 sedikit demi sedikit hingga habis. Dan menjadi doh yang lembut. Matikan mesin dan bulat2kan doh. Tutup dengan tuala bersih yang dilembapkan.3. Bahagi doh kepada 4 bahagian. Ambil satu bahagian, canai antara 2 keping plastik bersih setebal 0.5 cm. Terap dengan acuan pilihan anda dan alihkan ke dalam dulang pembakar. Buat hingga siap.4. Sapu kuning telur, tabur hiasan pilihan anda atasnya dan bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 160C, sekurang2nya 15 minit. Bakar

Page 4: Biskut BUNGA

selama 20 - 25 minit. Selepas 10 minit, anda pusing2kan dulang pembakar untuk mendapat biskut yang masak sekata. Sejukkan atas jaringan dan simpan dalam bekas kedap udara....

Biskut BantalBAHAN-BAHANNYA :-)250 gram mentega60 gram gula aising, diayak2 camca besar penuh tepung kastard*2 cawan + 3 camca besar tepung gandum*(*disatukan dan diayak)Secubit garam1 camca teh pandan pasteSedikit pewarna hijau makananCoklat masakan + sedikit lemak sayur = dicairkanHiasan bentuk hati secuukupnya

CARA MEMBUATNYA :-)1. Putar mentega, gula aising, pandan paste, pewarna hijau makanan dan garam hingga sebati. Perlahankan kelajuan, masukkan tepung yang diayak tadi sedikit demi sedikit hingga habis dan adunan menjadi doh yang tidak melekat di mangkuk adunan. Matikan mixer dan rehat kan doh 30 minit dalam peti sejuk.2. Bagi doh kepada 4 bahagian. Ambil 1 bahagian, canai antara 2 lapisan plastik setebal 0.6cm kurang lebih. Terap dengan acuan kegemaran anda dan susun dalam dulang pembakar. Buat hingga siap.3. Guna lidi sate yang bersih, cucuk permukaan biskut, buat lubang2 seperti gambar di atas. Kemudian bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 170C selama 20 - 25 minit atau hingga masak. Sejukkan sekejap.4. Kemudian celop dalam cokat cair, pastikan anda celop 1/2 bahagian sahaja, hias dengan hiasan bentuk hati pada bahagian bercoklat. Letak atas jaringan dan biar colat mengeras. Buat hingga siap dan simpan dalam bekas

Page 5: Biskut BUNGA

kedap udara. Pastikan anda lapis dengan kertas minyak untuk setiap susunan biskut....

MOCHA CHOC CHIP COOKIESBAHAN-BAHANNYA :-)250 gram mentega (mat guna jenama Anchor)150 gram gula perang @ soft brown sugar3 kuning telur1/2 camca teh esen vanilla1 camca teh mocha oil (boleh beli dikedai baking)120 gram coklat chip100 gram gajus, panggang dan cincang kasar50 gram badam, panggang dan cincang kasar1/2 cawan kelapa kering1/2 camca teh baking powder*350 gram tepung gandum*15 gram serbuk koko*(*disatukan dan diayak)Secubit garam halus

CARA MEMBUATNYA :-)1. Putar mentega dan gula perang hingga gebu, masukkan kuning telur, satu persatu dan putar rata, tambah esen vanilla, garam dan mocha oil. Perlahankan kelajuan, masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga habis, masukkan kelapa kering, gajus dan badam serta coklat chip, putar hingga semua rata. 2. Ambil kurang lebih 1/2 camca besar adunan, bulat2kan dan susun dalam dulang pembakar, kemudian tekan sedikit dengan garfu. Buat hingga siap. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 175C selama 20 - 25 minit, sejukkan atas jaringan sepenuhnya sebelum disimpan dalam bekas kedap udara..