big fasa 6

13
33333 PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PENDIDIKAN AMBILAN JANUARI 2013 LAPORAN PEMBINAAN PORTFOLIO INDIVIDU KURSUS BINA INSAN GURU (BIG) CERAMAH PEKELILING IKHTISAS SEMESTER 6 TAHUN 2015 NAMA : SITI ZERAFINA BINTI OSMAN NO KAD PENGENALAN : 930514-13-5166 NO MATRIK : 201106563 NO TELEFON : 010-9676298 KUMPULAN : PISMP PK MP 1 AMBILAN JANUARI 2013 TARIKH : 10 JULAI 2015 TEMPAT : AUDITORIUM TUN AHMAD ZAIDI ADRUCE PENSYARAH MENTOR : DR HJ ROSANA BIN AWG HJ BOLHASSAN PUAN LYDIA ZULAIFA SULLANG BINTI ABDULLAH BIODATA INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BATU LINTANG, JALAN KOLEJ, KUCHING

Upload: zera-fina

Post on 04-Sep-2015

235 views

Category:

Documents


5 download

DESCRIPTION

big

TRANSCRIPT

33333INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BATU LINTANG, JALAN KOLEJ, KUCHING

PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PENDIDIKANAMBILAN JANUARI 2013

LAPORAN PEMBINAAN PORTFOLIO INDIVIDU KURSUS BINA INSAN GURU (BIG) CERAMAH PEKELILING IKHTISASSEMESTER 6TAHUN 2015

NAMA:SITI ZERAFINA BINTI OSMAN

NO KAD PENGENALAN:930514-13-5166

NO MATRIK:201106563

NO TELEFON:010-9676298

KUMPULAN:PISMP PK MP 1 AMBILAN JANUARI 2013

TARIKH:10 JULAI 2015

TEMPAT:AUDITORIUM TUN AHMAD ZAIDI ADRUCE

PENSYARAH MENTOR:DR HJ ROSANA BIN AWG HJ BOLHASSANPUAN LYDIA ZULAIFA SULLANG BINTI ABDULLAHBIODATA

NAMA:Siti Zerafina Binti Osman

JANTINA:Perempuan

NOMBOR KAD PENGENALAN:930514-13-5166

NOMBOR MATRIKS:201106563

NOMBOR TELEFON BIMBIT:010-9676298

BANGSA:Melayu

KUMPULAN PENGAJIAN:PISMP PK MP (SK) 1 JANUARI 2013

SEMESTER:6

STESYEN/SEKOLAH:IPG KAMPUS BATU LINTANG

ALAMAT TETAP:Jln Cenderawasih, Lrg 7a, Semariang Petra Jaya, 93050, Kuching, Sarawak

NO TELEFON RUMAH:-

STATUS PERKHAWINAN:Bujang

NAMA WARIS YANG TERDEKAT:Dayangku Fatimah Awang Wang

PERHUBUNGAN:Ibu

NOMBOR TELEFON WARIS:017-8216689

NAMA PENSYARAH MENTOR:Dr Hj Rosana Bin Awg Hj BolhassanPuan Lydia Zulaifa Sullang Binti Abdullah

PENDAHULUANProgram Bina Insan Guru (BIG) ini melibatkan semua pelajar Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan dengan Kepujian (PISMP). Program ini direalisasikan melalui satu pakej aktiviti luar dan dalam kampus sepanjang enam semester tempoh pengajian. Melalui aktiviti yang dirancang, pelajar dapat mengenal diri (real-self) pembangunan diri sebagai insan guru secara berterusan. Program ini diharapkan dapat melahirkan guru-guru yang memiliki kemantapan sahsiah, kuasa profesional yang tinggi serta sentiasa bersedia dan mampu menangani pelbagai cabaran pendidikan dan arus globalisasi.MATLAMATKursus ini bermatlamat untuk melahirkan guru-guru yang mempunyai kemantapan akhlak , nilai-nilai kerohanian dan keguruan, daya ketahanan diri yang tinggi serta aura keguruan yang selaras dengan prinsip Rukun Negara, Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Falsafah Pendidikan Guru. Embinaan insan guru berasaskan kesedaran bahawa profesion keguruan adalah mulia dan guru adalah Pembina Generasi Negara.

OBJEKTIFI. Memahami realiti persekitaran dan responsif secara positif kepada keadaan dan keperluan persekitaran berkenaan.II. Menghayati ciri-ciri kerohanian, nilai, etika dan akhlak keguruan.III. Berupaya mengurus diri dengan mepamerkan displin kendiri yang tinggi, kebolehan berdikari dan penampilan diri yang sesuai.IV. Membina kemahiran berfikir aras tinggi dalam membuat keputusan dan menyelesaikan masalah.V. Mempamerkan daya ketahanan dan kekuatan jasmani, emosi, rohani dan sosial.VI. Memupuk semangat berpasukan, bekerjasama dan bertanggungjawab dalam melaksanakan tugas dalam kumpulan.VII. Berupaya berfikir secara realistik,kritikal ke atas pengalaman, kekuatan dan kelemahan diri dan mengambil tindakan penambahanbaikan.

JADUAL PELAKSANAANProgram Bina Insan Guru ini dijalankan pada 10 JULAI 2015. TEMPATAUDITORIUM TUN AHMAD ZAIDI ADRUCE (TAZA)

KANDUNGANLAPORAN BINA INSAN GURU SIRI 2015INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BATU LINTANG

Pada tanggal 25 JUN 2016 yang lepas, sebanyak 9 buah kelas pengajian PISMP ambilan Januari 2013 telah terlibat dalam ceramah Surat Pekeliling Ikhtisas yang mana wajib dijalani oleh semua guru pelatih PISMP ambilan 2013 untuk semester 6 ini. Lawatan ini telah melibatkan seramai lebih kurang 200 orang guru pelatih dari Institut Pendidikan Guru Kampus Batu Lintang.Sepanjang ceramah ini dijalankan pelbagai maklumat telah saya perolehi sama ada secara langsung mahupun secara tidak langsung. Ceramah yang diberikan bertajuk Surat Pekeliling Ikhtisas dan Peraturan-peraturan Perkhidmatan telah menarik perhatian saya kerana penceramah menggunakan pendekatan yang berbeza untuk menyampaikan isi ceramahnya.Surat Pekeliling Ikhtisas merupakan Warta Kerajaan yang dikeluarkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia yang diedarkan dari semasa ke semasa. Dalam pada itu, Ia juga merupakan satu arahan dan garis panduan dalam melaksanakan suatu tugasan dan perkhidmatan. Selain itu, merupakan satu punca kuasa yang perlu dipatuhi oleh penjawat awam.Surat pekeliling ikhtisas diwartakan bertujuan untuk memberikan satu peringatan dan tindak awal atau langkah keselamatan, langkah kawalan dan pencegahan bagi tujuan penjimatan dan salah guna, merupakan satu arahan dan garis panduan dalam melaksanakan suatu tugasan dan perkhidmatan serta sebagai satu perturan dan perlindungan. Dalam pada itu, surat pekeliling ikhtisas menyasarkan sasaran kepada pelajar, guru, pentadbir (sekolah, Pejabat Pendidikan Daerah, Jabatan Pendidikan Negara), ibu bapa, dan agensi luar (NGO & GO). Oleh yang demikian pegawai pendidikan (guru) terikat dengan undang-undang awam dan undang-undang pendidikan.Undang-undang berkaitan dengan guru terbahagi kepada dua iaitu, undang-undang tidak bertulis dan undang-undang bertulis. Undang-undang tidak bertulis terbahagi kepada undang-undang tort dan undang-undang keadilan asasi. Kamus undang-undang Blackstone mendefinisikan undang-undang tort sebagai sebahagian undang-undang yang melindungi seseorang individi daripada kesalahan sivil, persendirian atau kecederaan. Undang-undang tort melibatkan aspek kecuaian. Kamus Random House mentakrifkan kecuai sebagai kegagalan mengambil tindakan berjaga-jaga untuk melindungi individu lain sepertimana yang dikehendaki oleh undang-undang.Dalam konteks pendidikan, aspek kecuaian guru berpunca daripada konsep tanggungjawab berjaga-jaga dari segi undang-undang yang dipertanggungjawabkan kepada guru. Dalam pada itu, kecuaian guru selalunya dikaitkan dengan kemalangan atau kecederaan yang menimpa murid dan mengakibatkan kerugian yang terpaksa ditanggung oleh murid, seperti mata buta, patah tangan ataupun melibatkan kematian. Dalam pada itu, undang-undang tort adalah satu kecuaian sepeti kecuaian pendidikan, kecuaian guru di bawah dokrin in loco perantis dan prinsip kejiranan dan lain-lain. Manakala, undang-undang keadilan asasi ialah audi alteram parterm (hak untuk membela diri) dan nemo Judex incausa sua (undang-undang menentang tindakan berat sebelah).Bagi undang-undang bertulis yang berkaitan dengan guru melibatkan Perlembagaan Persekutuan dan Ordinan Pelajaran 1957 serta Akta Pendidikan 1996. Undang-undang bertulis Perlembagaan Persekutuan melibatkan 4 lapisan, iaitu lapisan 1 Akta Pendidikan 1996, lapisan 2 Peraturan-peraturan Pendidikan dan Peraturan-peraturan Pegawai Awam, lapisan 3 Surat Pekeliling Ikhtisas (SPI) serta lapisan 4 Peraturan-peraturan Sekolah. Manakala, undang-undang bertulis Ordinan Pelajaran 1957 serta Akta Pendidikan 1996 melibatkan School (general) Regulation 1951, Peraturan Pelajaran (Disiplin Sekolah) 1957, Peraturan Pelajaran (Pelancongan) 1959, Peraturan Pendidikan (Kurikulum Kebangsaan) 1997, Peraturan Pelajaran (Majalah Sekolah) 1998, Peraturan Pendidikan (Persatuan Sekolah) 1998, Peraturan Pendidikan (Penggal, Hari dan Cuti Sekolah)1998.Oleh hal demikian, pekeliling-pekeliling dan peraturan-peraturan yang telah dikeluarkan penting bagi semua anggotan kerajaan. Pekeliling ini bertujuan menyediakan garis panduan mengenai sesuatu perkara di agensi-agensi kerajaan serta perkara-perkara berkaitan yang perlu diberikan perhatian dan diambil tindakan oleh agensi-agensi kerajaan.Justeru itu, ceramah ini membolehkan guru pelatih dapat mengenali dan menilai diri sendiri dengan baik. Merefleksi semua perkara dan akitiviti yang telah dilakukan agar boleh mencari sebarang kelemahan untuk dibaik pulih. Guru pelatih juga dapat mengenali potensi diri yang ada pada mereka agar guru dapat merebut semua peluang yang ada dalam meningkatkan potensi yang baik dan cemerlang dalam kerjaya mereka dibidang pendidikan itu sendiri. Ini secara tidak langsung dapat membantu melahirkan guru yang seimbang dari semua bidang.Seperti yang diketahui umum, bidang pendidikan di sekolah mempunyai hubung kait yang kuat dengan pihak kerajaan. Ini kerana sebagai penjawat awam, kerajaan memberikan satu keistimewaan agar guru-guru dapat memberikan yang terbaik dalam bidang pendidikan itu khasnya. Guru-guru juga terlibat dengan perundangan mereka sendiri, termasuklah, nilai, etika, profesion, dan tatatertib.

REFLEKSI KENDIRIBagi Program Bina Insan Guru(BIG) Semester yang kelima ini, kami dikehendaki utnuk melakukan lawatan penanda aras ke sekolah. Berbeza dengan BIG yang lepas di mana ianya lebih lasak. BIG pada kali ini lebih ringan dan santai. Terdapat banyak pengalaman pahit dan manis yang saya tempuhi serta kekuatan dan kelemahan pada diri yang dapat dinilai sepanjang program ini dijalankan. Salah satu kekuatan yang ada pada saya ialah saya seorang yang peramah. Semasa saya berada di SMK Tabuan Jaya, saya bertegur sapa dengan guru-guru, kakitangan sekolah serta pelajar di sana. Tambahan pula, warga SMK Tabuan Jaya sangah ramah dan tidak lokek dengan senyuman. Hal ini sangat membantu saya semasa menjadi guru nanti. Guru haruslah sentiasa peramah dengan orang disekelilingnya agar mereka disenangi oleh masyarakat. Di sini dapatlah disimpulkan bahawa terdapat banyak kelemahan dan kekuatan diri yang dapat dikenalpasti melalui aktiviti-aktiviti yang telah dilaksanakan. Kelemahan diri semestinya dapat dijadikan panduan untuk lebih berusaha dan kekuatan diri pula dapat dijadikan tonggak keyakinan dalam membentuk jati diri seorang guru yang berkualiti.

PENILAIAN KENDIRIDisebabkan program Bina Insan Guru (BIG) adalah berdasarkan pada matlamat untuk membentuk bakal guru yang seimbang dari semua aspek, pelbagai aktiviti yang telah dirancang bagi mencapai matlamat tersebut. Pada masa yang sama, sebagai salah seorang peserta program ini, banyak manfaat telah saya perolehi yang dapat dianalogikan sebagai bakal pendidik.Sepanjang program ini berlangsung, saya merasakan bahawa nilai kerjasama dalam sesebuah pasukan itu adalah sememangnya sangat perlu dalam menyelesai dan menyempurnakan tugasan yang telah diamanahkan. Pengalaman bekerja keras untuk merancang program penanda arasan ini dengan baik adalah amat berguna apabila menjadi bakal pendidik kelak. Nilai kerjasama dan bantu membantu sememangnya dapat dilihat pada hari tersebut apabila kawan-kawan dari kumpulan lain sama-sama untuk memastikan kelancaran program dengan baik. Meskipun berdepan dengan cabaran dan pelbagai rintangan lain, namun kehadiran rakan-rakan di sisi yang sekaligus banyak membantu sedikit sebanyak telah mengurangkan bebanan yang kami rasa. Susah payah ditempuh bersama agar ukhwah yang terpelihara akan terus mekar terjaga sepanjang masa. Selagi kita mampu berusaha, pastinya kerja yang diberi terasa mudah untuk dilaksana. Antara kekuatan yang dapat saya lihat dengan jelas pada program Bina Insan Guru pada kali ini ialah kerjasama yang tidak berbelah bahagi lagi yang telah ditunjukkan oleh kesemua peserta bagi program ini. Perkara ini mungkin juga disebabkan oleh ukhuwah yang sememangnya erat dan telah lama terjalin antara peserta-peserta yang terdiri daripada Pengajian BC, BI SK 1, BI SK 2, BI SK 3, BI SK 4, BI SJKC 1, BI SJKC 2, PK MP 1 dan PK MP 2. Dengan kerjasama daripada setiap peserta, kesemua kerja-kerja tersebut telah berjaya kami laksanakan dengan jayanya..

Sokongan daripada pensyarah-pensyarah pembimbing dan juga tutor kelas adalah sangat memberangsangkan. Tutor kelas kami iatu Puan Lydia Zulaifa Sullang Binti Abdullah sanggup meluangkan masa untuk bersama-sama melaksanakan program penanda arasan ini walaupun sesungguhnya bebanan dan komitmen terhadap kerja lain wujud. Sesungguhnya usaha mereka itu sangat terpuji dan wajar diteruskan. Kami sebagai guru pelatih merasa begitu terinspirasi dan ingin mencontohi sifat murni tersebut. Sepanjang aktiviti ini berlangsung, kami juga berkesempatan untuk melihat suasana pembelajaran disekolah dan bertemu dengan warga pendidik yang berpengalaman dalam bidang pendidikan. Namun demikian, secara peribadi terdapat juga beberapa aspek yang dapat saya simpulkan di sini sebagai kelemahan-kelemahan yang dapat dikenal pasti sepanjang berlangsungnya program Bina Insan Guru pada kali ini.Konkulusinya, saya sangat berterima kasih dan merakamkan ribuan penghargaan kepada insan-insan yang telah banyak membantu kami sepanjang kami bekerja dan bersama menjalani program Bina Insan Guru kali ini. Terima kasih kepada rakan-rakan yang sudi bekerjasama, Encik Michael Tarang dan tutor kumpulan kami yang sudi hadir memantau. Pengalaman ini mudah-mudahan dapat kami jadikan pengajaran dan manfaatkan untuk aktiviti-aktiviti yang bakal kami tempuhi setelah bergelar seorang guru pada suatu hari nanti.Konklusinya, banyak manfaat yang telah saya perolehi daripada program Bina Insan Guru kali ini. Manfaat dan nilai-nilai yang baik yang diperolehi sekaligus telah membentuk jati diri saya sebagai seorang bakal guru. Saya berharap agar segala ilmu yang saya perolehi akan dimanfaatkan dengan sebaiknya dan diaplikasikan semasa menjadi seorang pendidik kelak.

PENUTUPSecara kesimpulannya, program Bina Insan Guru ini telah berjaya menjadi satu platform bagi membentuk bakal pendidik yang mempunyai jati diri yang kuat serta mempunyai ilmu dan kemahiran yang holistik dalam profesion perguruan.