big draft

7
9.0 KANDUNGAN Pada 28 Februari 2015 bersamaan dengan hari Sabtu yang lepas, 4 buah kelas PISMP ambilan Jan 2013 yang terdiri daripada kelas BI (SJKC) 2, BI (SK) 2, PKMP 1 dan PKMP 2 telah mengadakan satu lawatan ke Kolej Datu Patinggi Abang Haji Abdillah iaitu sebuah sekolah kluster yang terdapat di Sarawak. Kami dikehendaki berkumpul pada jam 7.00 pagi di hadapan Auditorium TAZA untuk mendengar taklimat ringkas mengenai lawatan tersebut. Taklimat tersebut disampaikan oleh pensyarah pembimbing iaitu En. Micheal Tarang mengenai aktiviti lawatan yang bakal kami jalankan. Dalam taklimat tersebut, kami dinasihatkan untuk menjaga etika dan sentiasa beradab sopan semasa berada di tempat lawatan. Kami juga turut diingatkan untuk meninjau dan bertanyakan beberapa aspek yang perlu kami fokuskan semasa berada di sekolah tersebut. Antara aspek yang perlu kami fokuskan adalah mengenai prestasi sekolah dalam bidang akademik, penglibatan sekolah dalam bidang-bidang lain, hubungan sekolah bersama pihak luar dan sebagainya. Usai sesi taklimat ringkas tersebut, kami kemudiannya menaiki bas yang telah disediakan. Seramai 3 orang pensyarah turut sama mengiringi kami ke destinasi yang dituju pada pagi tersebut. Kami bertolak ke destinasi kami pada jam 7.30 pagi. Perjalanan ke sekolah tersebut mengambil masa kira-kira 20 minit. Kami akhirnya tiba ke destinasi pada jam 8.30 pagi sedikit lewat kerana keadaan trafik yang kurang terkawal. Kami mengambil kehadiran terlebih dahulu sebelum melapor diri kepada pihak pengurusan sekolah. Kehadiran kami disambut baik oleh pihak sekolah yang terdiri daripada

Upload: randy-rusli

Post on 16-Jan-2016

222 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

big

TRANSCRIPT

Page 1: BIG DRAFT

9.0 KANDUNGAN

Pada 28 Februari 2015 bersamaan dengan hari Sabtu yang lepas, 4 buah kelas

PISMP ambilan Jan 2013 yang terdiri daripada kelas BI (SJKC) 2, BI (SK) 2, PKMP

1 dan PKMP 2 telah mengadakan satu lawatan ke Kolej Datu Patinggi Abang Haji

Abdillah iaitu sebuah sekolah kluster yang terdapat di Sarawak.

Kami dikehendaki berkumpul pada jam 7.00 pagi di hadapan

Auditorium TAZA untuk mendengar taklimat ringkas mengenai lawatan tersebut.

Taklimat tersebut disampaikan oleh pensyarah pembimbing iaitu En. Micheal Tarang

mengenai aktiviti lawatan yang bakal kami jalankan. Dalam taklimat tersebut, kami

dinasihatkan untuk menjaga etika dan sentiasa beradab sopan semasa berada di

tempat lawatan.

Kami juga turut diingatkan untuk meninjau dan bertanyakan beberapa aspek

yang perlu kami fokuskan semasa berada di sekolah tersebut. Antara aspek yang

perlu kami fokuskan adalah mengenai prestasi sekolah dalam bidang akademik,

penglibatan sekolah dalam bidang-bidang lain, hubungan sekolah bersama pihak

luar dan sebagainya.

Usai sesi taklimat ringkas tersebut, kami kemudiannya menaiki bas yang telah

disediakan. Seramai 3 orang pensyarah turut sama mengiringi kami ke destinasi

yang dituju pada pagi tersebut. Kami bertolak ke destinasi kami pada jam 7.30 pagi.

Perjalanan ke sekolah tersebut mengambil masa kira-kira 20 minit.

Kami akhirnya tiba ke destinasi pada jam 8.30 pagi sedikit lewat kerana

keadaan trafik yang kurang terkawal. Kami mengambil kehadiran terlebih dahulu

sebelum melapor diri kepada pihak pengurusan sekolah. Kehadiran kami disambut

Page 2: BIG DRAFT

baik oleh pihak sekolah yang terdiri daripada pengetua sekolah, penolong kanan dan

beberapa orang guru sekolah tersebut.

Kami seterusnya dibawa ke dewan kuliah sekolah berkenaan untuk

mendengar taklimat daripada pihak sekolah mengenai latar belakang sekolah.

Taklimat ini disampaikan oleh penolong kanan sekolah berkenaan iaitu Pn. Hajah

Nur Fadillah. Pengetua sekolah berkenaan, Pn. Hajah Mastura memberikan sedikit

kata alu-aluan kepada kami sebelum sesi taklimat diteruskan. Beliau menerangkan

secara ringkas mengenai latar belakang sekolah, sedikit sejarah penubuhan sekolah

dan beberapa maklumat mengenai sekolah berkenaan.

Taklimat diteruskan lagi oleh Pn. Hajah Nur Fadillah mengenai pelbagai

aspek-aspek penting dalam meningkatkan prestasi sekolah sehingga mencapai

tahap sekolah kluster. Kami mendengar dengan penuh tumpuan dan kemudian satu

sesi soal jawab dijalankan kepada kami yang ingin mengajukan soalan berkenaan

sekolah tersebut.

Setelah sesi pembentangan tamat. Kami dibawa melawat di sekitar kawasan

sekolah. Kami di bawa melawat kawasan seperti perpustakaan, bangunan kelas dan

blok pentadbiran sekolah. Landskap serta kawasan laluan di sekitar sekolah ini juga

kelihatan menarik dengan tumbuh-tumbuhan yang subur serta laluan yang

berinformasi dan sarat dengan kata-kata semangat serta info akademik.

Selesai sahaja mengadakan tinjauan di sekitar kawasan sekolah berkenaan,

pihak sekolah mempelawa kami untuk ke dewan besar sekolah untuk menjamu

jamuan ringan yang telah disediakan. Pada jam 11.30 pagi kami berangkat pulang

ke IPGKBL semula.

Page 3: BIG DRAFT

10.0 LAPORAN REFLEKTIF

Program Bina Insan Guru Pada kali ini merupakan penandarasan ke sekolah

kluster iaitu Kolej Datu Patinggi Abang Haji Abdillah. Pelbagai pengetahuan baharu

yang dapat kami pelajari namun dalam setiap penganjuran terdapat kekuatan dan

kelamahan yang dapat diperbaiki.

Kekuatan yang dapat saya kenal pasti dalam program yang diadakan pada

kali ini adalah saya dapat menerima maklumat yang disampaikan oleh pihak

sekolah keseluruhan. Hal yang demikian pihak sekolah telah dimaklumkan dengan

lebih awal mengenai kehadiran kami, maka slaid pembentangan mengenai sekolah

telah disediakan dan disampaikan dengan lancar sekali oleh pihak sekolah.

Seterusnya program ini juga memberikan pelbagai informasi yang bermanfaat

berkaitan usaha sekolah dalam meningkatkan prestasi sekolah. Bertepatan dengan

objektif Program Bina Insan Guru, kami dapat menimba pengetahuan dari sekolah

berkenaan mengenai usaha dalam meningkatkan pencapaian sekolah tersebut.

Di samping itu juga sekolah turut menerangkan mengenai hubungan yang

dijalinkan bersama pihak luar dalam meningkatkan prestasi sekolah yang mana

merupakan salah satu aspek yang penting sesebuah sekolah tersebut dikenali oleh

pihak luar yang seterusnya meningkatkan nama sekolah pada peringkat yang lebih

tinggi lagi.

Seterusnya sesi soal jawab yang dijalankan juga merupakan salah satu

medium yang efektif bagi merungkai persoalan yang terdapat dalam benak pelajar

mengenai info mahupun sebarang ketidakpastian mengenai sesuatu perkara yang

boleh diajukan terus kepada pihak sekolah.

Page 4: BIG DRAFT

Kelemahan yang dapat saya kenal pasti pula adalah kami tidak menjalankan

sebarang interaksi formal bersama pelajar di sekolah berkenaan. Menurut pihak

sekolah terdapat badan perwakilan pelajar yang ditubuhkan di sekolah berkenaan.

Sebagai sebuah sekolah kluster, badan perwakilan pelajar ini juga seharusnya

memainkan peranan dalam membantu pihak sekolah. Interaksi bersama badan ini

dapat mengambarkan keadaan sekolah dalam mencapai kecemerlangan dari sudut

pelajar itu sendiri.

Peluang yang dapat saya peroleh semasa menjalani program ini, saya dapat

melihat bagaimana pengurusan sebuah sekolah cemerlang dan bagaimana cara

kerja seorang guru sekolah berkenaan. Saya juga dapat membuat pemerhatian

budaya yang cuba diterapkan oleh pihak sekolah kepada para pelajar dalam usaha

mengekalkan kecemerlangan.

Page 5: BIG DRAFT

11.0 LAPORAN KENDIRI

Saya ingin mengucapkan syukur kepada Tuhan kerana berjaya

melaksanakan Program Bina Insan Guru bagi aktiviti penandarasan pada kali ini.

Walaupun dengan kesibukan dan kekangan masa bertungkus lumus melaksanakan

tugasan yang dilakukan namun kami masih berpeluang menjalankan aktiviti BIG ini

dengan jayanya.

Sepanjang perlaksanaan program ini, pelbagai faedah dan input yan sangat

berguna saya perolehi apabila menjadi guru pada masa akan datang kelak. Pelbagai

pengalaman yang saya timba dari program Bina Insan Guru ini walapun hanya

dijalankan pada masa yang singkat.

Melalui program penandarasan ini, saya juga dapat membina pengalaman

dalam membuat hubungan serantau bersama organisasi luar. Perkara ini secara

langsung dapat memberikan pengetahuan kepada diri saya tentang kaedah dalam

menjalankan hubungan dengan pihak-pihak tertentu terutamanya dalam

menjalankan aktiviti yang berkaitan dengan pembangunan sekolah dari pelbagai

aspek. sebagai seorang guru kelak, guru merupakan perantara yang akan

menjalankan tanggungjawab dalam bidang tugas yang pelbagai. Hal yang demikian,

pelbagai aktiviti yang dijalankan akan turut melibatkan pihak-pihak luar seperti ibu

bapa, guru sekolah lain mahupun agensi-agensi luar. Jalinan hubungan yang baik

antara pelbagai pihak dapat membuka pelbagai peluang kepada sekolah dan murid

terutamanya dalam menjalankan aktiviti akademik dan program-program yang

bermanfaat.

Page 6: BIG DRAFT

Seterusnya, melalui program ini juga saya dapat membuat pemerhatian dan

menganalisis tentang pelbagai aspek sesebuah sekolah dapat menjana sesebuah

kecemerlangan murid dalam bidang akedemik, sahsiah dan sukan. Hal ini dapat

memberikan gambaran kepada saya bagaimana peranan yang di mainkan oleh

guru di sekolah berkenaan. Sebagai guru pada masa akan datang, saya dapat

melihat bahawa tugas guru tidak hanya mengajar semata-mata namun pelbagai

tugas lain yang perlu dipikul bagi menjamin kecemerlangan sekolah. Walaupun

beban tugas adalah berat namun, komitmen bagi mencapai kecemerlangan anak

murid perlu diterapkan pada diri kerana guru merupakan nadi penggerak dalam

mencapai kecemerlangan sekolah.

Selain itu, program ini dijalanakan dengan penglibatan beberapa buah kelas

lain. Perkara ini seterusnya dapat menggalakan penglibatan ahli kelas dan

mengeratkan hubungan sesama pelajar. Hubungan yang baik dan erat merupakan

perkara yang penting dalam mewujudkan perpaduan dan guru merupakan contoh

terbaik kepada murid dalam memberikan teladan kepada murid. Tanpa kerjasama

dan perpaduan yang utuh, perancangan dalam mencapai kecemerlangan sekolah

tidak dapat dicapai sekiranya tidak ada kesepakatan.

Secara kesimpulannya, program ini memberikan manfaat dan pengalaman

baharu kepada saya dalam membina kendiri sebagai seorang guru pada masa akan

datang kelak.

Page 7: BIG DRAFT

12.0 PENUTUP

Sebagai kesimpulannya, Program Bina Insan Guru ini bermatlamat

menjayakan guru-guru di Malaysia untuk memiliki dan menguasai kekuatan ilmu dan

intelek yang tinggi dan mempunyai kemahiran profesional yang mantap serta

kekuatan peribadi dan sahsiah yang terpuji selaras dengan aspirasi dan hasrat

negara. Kursus Bina Insan Guru (BIG) ini juga merupakan satu wahana ke arah

pembinaan dan pembentukan kualiti insan guru yang dihasratkan selaras dengan

Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) dan Falsafah Pendidikan Guru (FPG).

Program ini melibatkan semua pelajar PISMP yang merealisasikan pakej aktiviti luar

dan dalam kampus sepanjang lapan semester pembelajaran.Melalui aktiviti yang

dirancang, pelajar dapat mengenal diri dan mampu mengaplikasikan pengetahuan

dan pengalaman yang diperoleh ke arah pembangunan diri sebagai insan guru

secara berterusan. Program ini diharap dapat melahirkan guru-guru yang memiliki

kemantapan sahsiah dan kuasa profesional yang tinggi serta bersedia dan mampu

menangani pelbagai cabaran pendidikan dan arus globalisasi.