pass constitution draft

31
PERLEMBAGAAN PARTI 09 JUN 2021 PO Box 7, Pejabat POS Pending, Jalan Tun Razak, 93450 Kuching www.partisains.org | [email protected]

Upload: others

Post on 26-Oct-2021

16 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: PASS Constitution Draft

PERLEMBAGAAN PARTI

09 JUN 2021

PO Box 7, Pejabat POS Pending, Jalan Tun Razak, 93450 Kuching

www.partisains.org | [email protected]

Page 2: PASS Constitution Draft

PERLEMBAGAAN BAGI PARTI INDUK BERCAWANGANPARTI ASPIRASI SAINS MALAYSIA

FASAL 1 NAMA

1.1 Parti ini dikenali dengan nama:

PARTI ASPIRASI SAINS MALAYSIA

atau dalam Bahasa Inggeris, Science Aspirations Party of Malaysia

dan singkatannya, SAINS

(selepas ini disebut sebagai "Parti").

1.2 Takrif Nama: “SAINS” merujuk kepada kaedah atau ilmu pengetahuan yg teratur(sistematik) yang boleh diuji atau dibuktikan kebenarannya.

1.3 Bertaraf : KEBANGSAAN

FASAL 2 TEMPAT URUSAN

2.1 Alamat berdaftar dan tempat urusan Parti ialah

PO Box 7, Pejabat Pos Pending, Jalan Tun Razak, 93450 Kuching, Sarawak,Malaysia

atau di tempat lain atau tempat-tempat yang akan ditetapkan dari semasa ke semasaoleh Badan Eksekutif Pusat; dan alamat untuk surat-menyurat adalah

PO Box 7, Pejabat Pos Pending, Jalan Tun Razak, 93450 Kuching, Sarawak,Malaysia

2.2 Tempat urusan berdaftar dan alamat surat-menyurat Parti tidak boleh diubahtanpa kebenaran daripada Pendaftar Pertubuhan terlebih dahulu.

2.2.1 “Pendaftar Pertubuhan” di dalam Perlembagaan ini merujuk kepada PendaftarPertubuhan yang dilantik di bawah seksyen 3 dalam Akta Pertubuhan 1966termasuklah mana-mana Timbalan Pendaftar Pertubuhan yang dilantik di bawahseksyen itu juga.

Page 3: PASS Constitution Draft

FASAL 3 MATLAMAT PARTI

3.1 Matlamat Parti adalah seperti berikut:

Parti Aspirasi Sains Malaysia (SAINS) ingin menggunakan inovasi, pendidikan, danpembaharuan ekonomi sebagai kunci kejayaan Malaysia. Parti ini yakin bahawa kualitihidup seluruh rakyat Malaysia boleh ditingkatkan melalui perkembangan teknologi danpendekatan ilmiah, sekaligus menyemarakkan demokrasi dan mengukuhkanperdamaian sambil terus mendorong kemajuan pesat untuk masyarakat.

Parti ini komited untuk memastikan Malaysia tidak ketinggalan dalam dunia yang terusmaju. Kemodenan teknologi telah terbukti meningkatkan taraf kestabilan, kesihatan,dan kebahagiaan kepada dunia. Parti ini percaya kepada masa depan yang positifuntuk seluruh rakyat Malaysia; masa depan di mana Rakyat akan hidup lebih lama,lebih sihat, dan lebih selesa.

SAINS ingin memaksimakan perkembangan dan penerapan teknologi yang bermanfaatdengan cara yang selamat untuk semua. Parti ini bertujuan menjadikan Malaysiasebagai sebuah Negara Anti-Kemiskinan yang maju dengan kualiti hidup yangsejahtera untuk semua penduduknya.

FASAL 4 KEAHLIAN

4.1 Keahlian Parti adalah seperti berikut:

4.1.1 Ahli Biasa

4.1.1.1 Kewarganegaraan: Warganegara Malaysia

4.1.1.2 Umur Minima: 18 tahun

4.2 Tiap-tiap permohonan menjadi ahli hendaklah dikemukakan secara atas talian diwww.partisains.org untuk dipertimbangkan oleh Setiausaha Agung dan Badan EksekutifPusat.

4.2.1 Setiausaha Agung dan Badan Eksekutif Pusat boleh, mengikut budi bicaranya,menolak sebarang permohonan tanpa memberi sebab-sebabnya.

Page 4: PASS Constitution Draft

4.3 Mana-mana ahli boleh melaporkan kepada Setiausaha Agung dan BadanEksekutif Pusat atas mana-mana pemohon yang difikirkan tidak layak menjadi ahli sertamemberikan sebab-sebabnya.

4.4 Tiap-tiap pemohon yang permohonannya telah diluluskan seperti tersebut di atashendaklah, setelah membayar bayaran masuk dan yuran pertama yang ditetapkan,diterima dan berhak menjadi ahli Parti.

4.5 Setiausaha Agung dan Badan Eksekutif Pusat berkuasa meminda danmenetapkan borang permohonan dan kaedah permohonan ahli dari semasa kesemasa.

FASAL 5 PEMBERHENTIAN DAN PEMECATAN AHLI

5.1 Ahli yang hendak berhenti daripada menjadi ahli Parti hendaklah memberikenyataan bertulis dua minggu terlebih dahulu kepada Setiausaha Cawangan danmenjelaskan segala hutangnya.

5.2 Mana-mana ahli yang gagal mematuhi Perlembagaan Parti atau bertindakdengan cara yang akan mencemar nama baik Parti boleh dipecat atau digantungkeahliannya bagi suatu tempoh sebagaimana yang difikirkan munasabah oleh BadanEksekutif Cawangan.

5.3 Sebelum Badan Eksekutif Cawangan memecat atau menggantung keahlian ahlitersebut, ahli itu hendaklah diberitahu akan sebab-sebab bagi pemecatan ataupenggantungannya secara bertulis.

5.3.1 Ahli tersebut juga hendaklah diberi peluang untuk memberi penjelasan danmembela dirinya mengikut proses dan tatacara disiplin menurut Fasal 25 sertaberlandaskan prinsip keadilan asasi dan kedaulatan undang-undang.

5.4 Pemecatan atau penggantungan itu hendaklah dilaksanakan melainkanMesyuarat Cawangan menunda atau membatalkan keputusan itu atas rayuan oleh ahlitersebut.

5.5 Kenyataan dan pemberitahuan bertulis berkaitan keseluruhan Fasal 5 bolehditerima pakai dalam bentuk fizikal dan juga digital.

Page 5: PASS Constitution Draft

FASAL 6 SUMBER KEWANGAN

6.1 Yuran Keahlian

6.1.1 Yuran Tahunan RM 70.00 (Ringgit Malaysia Tujuh Puluh Sahaja)

6.1.1.1 Yuran Tahunan hendaklah dijelaskan kepada Bendahari Cawanganterlebih dahulu sebelum Sembilan (9) haribulan Jun tiap-tiap tahun.

6.1.1.2 Jika cawangan belum ditubuhkan, pembayaran hendaklah disampaikankepada Bendahari Agung atau kepada Setiausaha Agung.

6.1.2 Yuran seumur hidup (perludijelaskan semasa permohonan ahli) RM 200.00(Ringgit Malaysia Dua Ratus Sahaja)

6.2 Ahli yang membiarkan hutang yurannya tertunggak daripada 2 bulan akanmenerima surat peringatan yang ditandatangani oleh atau wakil Setiausaha Agung atauSetiausaha Cawangan, dan hilanglah hak-hak keistimewaannya sebagai ahli sehinggahutangnya dijelaskan.

6.2.1 Ahli yang membiarkan hutangnya tertunggak lebih daripada jumlah yuran bagi 3bulan dengan sendirinya terhenti daripada menjadi ahli.

6.2.2 Parti dan Badan Eksekutif Pusat boleh memerintahkan supaya tindakan yangsah diambil terhadapnya, dengan syarat mereka berpuas hati yang ahli itu telahmenerima kenyataan berkenaan hutangnya terlebih dahulu.

6.2.3 Badan Eksekutif Pusat mempunyai kuasa menetapkan yuran masuk semula bagisesiapa yang telah membiarkan keahliannya terlucut disebabkan hutang tertunggak.

6.2.4 Yuran khas atau kutipan wang daripada ahli-ahli untuk perkara yang tertentuboleh dipungut dengan persetujuan Badan Eksekutif Pusat.

6.2.4.1 Sekiranya ada ahli yang mungkir membayar wang yuran tersebut dalamtempoh yang telah ditetapkan, maka wang itu akan dianggap sama seperti hutangYuran Tahunan.

Page 6: PASS Constitution Draft

6.3 Sumbangan

6.3.1 Sumber utama kewangan Parti merupakan sumbangan daripada tiap-tiap ahliParti yang membayar Yuran Tahunan sebanyak RM 70.00 (Ringgit Malaysia TujuhPuluh Sahaja) tiap-tiap tahun atau ahli Parti yang membayar Yuran Seumur Hidupsebanyak RM 200.00 (Ringgit Malaysia Dua Ratus Sahaja) sewaktu pendaftaransebagai ahli Parti sebanyak sekali sahaja seumur hidup seperti dinyatakan dalamkeseluruhan Fasal 6.1.

6.3.2 Setiap ahli Parti berhak untuk menyumbang kepada kewangan Parti selaindaripada Yuran Keahlian dan jumlah sumbangan mestilah tidak melebihi RM 690.00(Ringgit Malaysia Enam Ratus Sembilan Puluh Sahaja)

6.3.3 Bendahari Agung hendaklah diberitahu mengenai setiap sumbangan kewangandaripada mana-mana ahli Parti.

6.3.4 Individu yang bukan ahli Parti juga boleh memberi sumbangan kewangan tidaklebih daripada jumlah yang ditetapkan dalam Fasal 6.3.2.

6.3.5 Organisasi yang berkaitan ataupun tidak berkaitan dengan Parti juga bolehmenyumbang kepada Parti dengan had maksima sepertimana yang ditetapkan dalamFasal 6.3.2.

6.3.6 Semua kemasukan wang mestilah dimaklumkan kepada Bendahari Agung danBendahari Agung diwajibkan mencatat dan mengeluarkan invois rasmi Parti, sama adasecara fizikal atau digital, setelah dimaklumkan tentang kemasukan wang ke dalamakaun Parti.

6.3.7 Timbalan Bendahari Agung boleh menjalankan tanggungjawab bagi pihakBendahari Agung sekiranya Bendahari Agung tidak dapat menjalankan tugas atasapa-apa sebab seperti yang tertakluk dalam Fasal 9.6.

6.4 Kegiatan Ekonomi

6.4.1 Sebarang kegiatan ekonomi akan ditentukan dan ditadbir urus oleh BadanEksekutif Pusat.

Page 7: PASS Constitution Draft

FASAL 7 MESYUARAT PERWAKILAN

7.1 Mesyuarat Perwakilan untuk Parti ini mesti diadakan secara Dwi-Tahunan iaitudua (2) tahun sekali, dan dikenali sebagai Simposium Sains Nasional.

7.1.1 Bagi Perlembagaan ini, seorang “ahli cawangan” maknanya ialah seorang ahliParti yang menjadi ahli sesebuah cawangan; dan seorang “wakil cawangan”maknanya ialah seorang wakil yang dilantik oleh ahli-ahli cawangan.

7.2 Pentadbiran Parti ini terserah kepada Simposium Sains Nasional yangmengandungi wakil-wakil cawangan dan ahli-ahli Badan Eksekutif Pusat.

7.2.1 Sebarang ahli Parti, dengan persetujuan Badan Eksekutif Pusat, boleh hadir didalam Simposium Sains Nasional namun tanpa bersuara atau mengundi.

7.3 Wakil-wakil cawangan hendaklah dipilih tiap-tiap dua (2) tahun oleh cawanganmasing-masing dan mereka boleh dipilih semula sebanyak satu (1) kali sahaja.

7.3.1 Sesuatu cawangan berhak memilih satu (1) wakil bagi setiap cawangandengan syarat jumlah wakil yang hadir ke Simposium Sains Nasional tidak lebihdaripada jumlah kerusi kawasan Parlimen Dewan Rakyat.

7.5 Ahli Badan Eksekutif Pusat tidak boleh dipilih menjadi wakil cawangan.

7.5.1 Ahli Badan Eksekutif Pusat dan wakil-wakil yang hadir berkuasa mengundi didalam Simposium Sains Nasional.

7.6 Kuorum untuk Simposium Sains Nasional dianggap cukup jika wakil-wakil yanghadir, tidak kira jumlahnya berjumlah lebih daripada jumlah wakil bagi setengah (1/2)bilangan cawangan-cawangan.

7.7 Jika kuorum tidak cukup selepas setengah jam daripada waktu yang telahditetapkan untuk mesyuarat, maka mesyuarat itu hendaklah ditangguhkan kepadasuatu tarikh (tidak lebih daripada 30 hari) yang ditetapkan oleh Badan EksekutifPusat; dan jika kuorum tidak cukup selepas setengah jam daripada waktu yangditetapkan untuk mesyuarat yang ditangguhkan itu, maka berkuasalah wakil-wakilyang hadir menjalankan mesyuarat pada hari itu tetapi tidaklah berkuasa memindaPerlembagaan Parti.

7.8 Simposium Sains Nasional bagi Parti hendaklah diadakan dalam tempoh duapuluh empat (24) bulan daripada tarikh Simposium Sains Nasional terakhir pada tarikh,masa dan tempat yang ditetapkan oleh Badan Eksekutif Pusat melainkan sebarangsituasi yang di luar jangkaan tidak membenarkan Simposium Sains Nasional diadakan.

7.8.1 Kerja-kerja Simposium Sains Nasional ialah:

Page 8: PASS Constitution Draft

7.8.1.1 Menerima laporan Badan Eksekutif Pusat berkenaan perjalanan Partiyang lalu;

7.8.1.2 Menerima laporan Bendahari Agung dan penyata kewangan yang telahdiaudit;

7.8.1.3 Memilih ahli-ahli Badan Eksekutif Pusat dan melantik Juruaudit; dan

7.8.1.4 Menguruskan perkara-perkara lain yang dibentangkan di dalammesyuarat itu.

7.9 Pengumuman awal mengenai Simposium Sains Nasional yang menyatakankaedah, tarikh, waktu dan tempat, dan panggilan mengemukakan cadangan untukperbincangan, cadangan untuk meminda Perlembagaan dan pencalonan untukpemilihan ahli-ahli Badan Eksekutif Pusat, hendaklah dikirimkan oleh Setiausaha Agungkepada tiap-tiap Setiausaha Cawangan tidak lewat daripada enam puluh (60) harisebelum tarikh yang ditetapkan untuk mesyuarat, dan pengumuman ini hendaklahditunjukkan supaya jelas kelihatan melalui surat pekeliling dan/atau media sosial milikParti dan/atau tempat urusan Parti yang telah didaftarkan.

7.9.1 Tiap-tiap Setiausaha Cawangan hendaklah mengadakan Simposium Cawangantidak lewat daripada tiga puluh (30) hari setelah menerima pengumuman awal itu.

7.10 Nama-nama wakil, pencalonan untuk pemilihan pegawai-pegawai dan cadanganuntuk dibincangkan di dalam Simposium Sains Nasional hendaklah dihantar olehSetiausaha Cawangan atau ahli-ahli secara individu supaya sampai kepada SetiausahaAgung tidak lewat daripada empat puluh (40) hari selepas penerimaan pengumumanawal mesyuarat.

7.11 Setiausaha Agung, jika boleh hendaklah mengadakan mesyuarat ahli-ahliterus tidak kurang daripada tiga puluh (30) hari sebelum tarikh yang ditetapkan untukMesyuarat Dwi-Tahunan Perwakilan, untuk melantik wakil-wakil ahli dengan syaratjika keadaan tempat yang berjauhan tidak sesuai bagi mengadakan mesyuarat, makadengan cara melantik wakil-wakil ahli hendaklah diputuskan oleh Badan EksekutifPusat.

7.12 Setiausaha Agung hendaklah menghantar kepada Setiausaha Cawangansekurang-kurangnya tujuh (7) hari sebelum diadakan Simposium Sains Nasional satunotis termasuk salinan minit mesyuarat dan laporan aktiviti tahunan, cadangan danpencalonan untuk pemilihan pegawai-pegawai berserta dengan penyata kewanganParti bagi tahun lalu yang telah diaudit.

7.12.1 Salinan dokumen-dokumen ini hendaklah diberikan kepada tiap-tiap wakilcawangan dan salinan dokumen itu boleh diperolehi untuk dibaca oleh ahli-ahli dialamat tempat urusan Parti atau di pejabat-pejabat cawangan.

Page 9: PASS Constitution Draft

7.13 Mesyuarat Khas Perwakilan bagi Parti ini boleh diadakan:

7.13.1 Bila difikirkan mustahak oleh Badan Eksekutif Pusat; atau

7.13.2 Atas permintaan dengan bertulis oleh ahli-ahli Badan Eksekutif Cawanganbagi lima (5) cawangan atau lebih atau oleh tidak kurang daripada lima (5) cawangandengan dua puluh (20) orang ahli-ahli bagi setiap cawangan dengan menerangkantujuan-tujuan dan sebab-sebab mengadakannya.

7.14 Mesyuarat Khas Perwakilan yang diminta oleh Cawangan-Cawangan atauahli-ahli cawangan hendaklah diadakan pada satu tarikh di dalam tempoh tiga puluh(30) hari dari tarikh penerimaan permintaan mesyuarat itu.

7.15 Pengumuman dan agenda untuk Mesyuarat Khas Perwakilan itu hendaklahdiedarkan kepada semua Setiausaha Cawangan oleh Setiausaha Agung sekurang-kurangnya lima belas (15) hari sebelum tarikh yang telah ditetapkan untuk mesyuarat.

7.16 Fasal 7.6 dan 7.7 di dalam Perlembagaan ini berkenaan kuorum danpenangguhan Simposium Sains Nasional boleh digunakan untuk Mesyuarat KhasPerwakilan, tetapi dengan syarat jika kuorum tidak mencukupi selepas setengah jamdari waktu yang telah ditetapkan bagi Mesyuarat Khas Perwakilan itu atas permintaan,maka mesyuarat itu hendaklah dibatalkan, dan sekurang-kurangnya enam (6) bulandaripada tarikh ini Mesyuarat Khas Perwakilan atas permintaan Cawangan-cawangandengan tujuan yang sama tidaklah boleh diadakan.

7.17 Setiausaha Agung hendaklah menghantar kepada semua Setiausaha Cawangansalinan minit mesyuarat tiap-tiap Simposium Sains Nasional atau Mesyuarat KhasPerwakilan dalam tempoh tiga (3) bulan setelah selesainya mesyuarat.

7.18 Simposium Sains Nasional atau Mesyuarat Khas Perwakilan secara maya dimana ada keperluan dan di atas sebab-sebab yang tidak memungkinkan ahli-ahliBadan Eksekutif Pusat, wakil-wakil cawangan dan ahli-ahli Parti untuk berkumpulbersama secara fizikal setelah mendapat persetujuan dari Badan Eksekutif Partimerupakan satu kaedah yang diterima dan boleh digunapakai mengikuti PerlembagaanParti.

FASAL 8 BADAN EKSEKUTIF PUSAT

8.1 Satu Jawatankuasa Pusat, yang dikenali dengan nama Badan Eksekutif Pusat,seperti berikut yang dinamakan pegawai-pegawai Parti hendaklah dipilih PerwakilanCawangan di dalam Simposium Sains Nasional tiap-tiap empat (4) tahun:

Seorang PresidenSeorang Naib Presiden

Page 10: PASS Constitution Draft

Seorang Setiausaha AgungSeorang Timbalan Setiausaha AgungSeorang Bendahari AgungSeorang Timbalan Bendahari AgungLima belas (15) orang Ahli Biasa Badan Eksekutif Pusat

8.2 Semua ahli yang berkhidmat di dalam Badan Eksekutif Pusat dan tiap-tiappegawai yang menjalankan tugas eksekutif di dalam Parti ini hendaklah merupakanwarganegara Malaysia.

8.3 Nama-nama untuk jawatan-jawatan yang di atas hendaklah dicadangkan sertadisokong dan pemilihan akan dijalankan dengan cara mengundi oleh wakil-wakilcawangan di dalam Simposium Sains Nasional.

8.3.1 Semua pegawai boleh dipilih semula sebanyak satu (1) kali dalam jawatan yangsama.

8.3.2 Sekiranya Parlimen Dewan Rakyat dibubar atau diisytihar tamat tempoh penggalsebelum pemilihan Badan Eksekutif Pusat yang baru, maka Badan Eksekutif Pusatberkuasa untuk menangguhkan pemilihan sehingga satu masa yang difikirkan sesuaiselepas Pilihan Raya Umum.

8.4 Fungsi Badan Eksekutif Pusat ialah mengelola dan mengaturkan kerja-kerjaharian Parti dan membuat keputusan atas perkara-perkara mengenai perjalanan Partimengikut dasar am yang telah ditetapkan oleh Simposium Sains Nasional.

8.4.1 Badan Eksekutif Pusat seharusnya tidaklah boleh mengambil tindakan yangbertentangan dengan keputusan Simposium Sains Nasional dengan tidak terlebihdahulu berhubung dengannya dan Badan Eksekutif Pusat mestilah sentiasa mematuhikeputusan Simposium Sains Nasional.

8.4.2 Badan Eksekutif Pusat hendaklah mengemukakan laporan berkenaankegiatan-kegiatannya dalam tahun lalu kepada tiap-tiap Simposium Sains Nasional.

8.5 Badan Eksekutif Pusat hendaklah bermesyuarat melalui kehadiran fizikal atausecara maya sekurang-kurangnya empat (4) kali dalam satu (1) tahun.

8.5.1 Notis bagi tiap-tiap mesyuarat hendaklah diberikan kepada ahli Badan EksekutifPusat tujuh (7) hari terlebih dahulu.

Page 11: PASS Constitution Draft

8.5.2 Presiden dengan bersendirian, atau tidak kurang daripada tiga (3) orang ahliBadan Eksekutif Pusat bersama-sama, boleh memanggil supaya diadakan MesyuaratBadan Eksekutif Pusat pada bila-bila masa.

8.5.3 Sekurang-kurangnya setengah daripada bilangan ahli-ahli Badan Eksekutif Pusathendaklah hadir bagi mengesahkan perjalanan dan mencukupkan kuorum mesyuarat.8.6 Jika timbul perkara mustahak yang memerlukan keputusan Badan EksekutifPusat dan Mesyuarat Badan Eksekutif Pusat tidak dapat diadakan, maka bolehlahSetiausaha Agung mendapatkan kelulusan Badan Eksekutif Pusat secara pengedaransurat pekeliling.

8.6.1 Syarat-syarat mengenainya seperti berikut hendaklah disempurnakan sebelumkeputusan Badan Eksekutif Pusat boleh dianggap sebagai telah diterima:

8.6.2 Masalah yang dibangkitkan itu hendaklah dinyatakan dengan jelas di dalam suratpekeliling yang diedarkan kepada tiap-tiap ahli Badan Eksekutif Pusat;

8.6.3 Sekurang-kurangnya setengah daripada bilangan ahli-ahli Badan Eksekutif Pusatmestilah menyatakan persetujuan atau bantahan mereka terhadap cadangan itu; dankeputusan hendaklah dengan undi yang terbanyak.

8.6.4 Sebarang keputusan yang diperolehi melalui surat pekeliling hendaklahdilaporkan oleh Setiausaha Agung kepada Mesyuarat Badan Eksekutif Pusat berikutnyauntuk disahkan dan dicatatkan di dalam minit mesyuarat.

8.7 Ahli Badan Eksekutif Pusat yang mungkir menghadiri Mesyuarat Badan EksekutifPusat sebanyak tiga (3) kali berturut-turut tanpa alasan yang memuaskan akandisifatkan sebagai telah meletakkan jawatan.

8.8 Jika seorang ahli Badan Eksekutif Pusat meninggal dunia atau meletakkanjawatan, calon kedua mendapat undi terbanyak di dalam pemilihan yang lalu hendaklahdipanggil untuk memenuhkan kekosongan itu.

8.8.1 Jika calon yang sedemikian tidak ada atau menolak jawatan itu, maka BadanEksekutif Pusat berkuasa melantik ahli Parti yang lain memenuhkan kekosongan itusehingga Simposium Sains Nasional diadakan.

8.9 Badan Eksekutif Pusat boleh memberi perintah kepada Setiausaha Agung danpegawai-pegawai lain untuk menjalankan urusan-urusan Parti, dan melantik pengurusdan kakitangan yang difikirkan mustahak.

Page 12: PASS Constitution Draft

8.9.1 Badan Eksekutif Pusat boleh menggantung atau melucutkan jawatan sebarangpengurus atau kakitangan kerana cuai di dalam pekerjaan, curang, tidak cekap, ingkarmenjalankan keputusan Badan Eksekutif Pusat atau kerana sebab-sebab yangdifikirkan boleh merosakkan kepentingan Parti.

8.10 Badan Eksekutif Pusat boleh menubuhkan Jawatankuasa kecil jika difikirkanmustahak dan memberikan kewajipan khas kepada sebarang ahli Jawatankuasa.

8.11 Badan Eksekutif Pusat yang lama hendaklah menyerahkan semua dokumenParti seperti sijil pendaftaran, perlembagaan berdaftar, salinan Penyata Tahunan,surat-surat maklum balas, buku-buku akaun, buku bank, cek dan resit, geran-gerantanah, senarai aset dan sebagainya kepada Badan Eksekutif Pusat yang baru.

FASAL 9 KEWAJIPAN-KEWAJIPAN PEGAWAI

9.1 Presiden, dalam tempoh memegang jawatannya hendaklah menjadi pengerusisemua Mesyuarat Badan Eksekutif Pusat dan bertanggungjawab atas kesempurnaanperjalanan semua mesyuarat.

9.1.1 Dia mempunyai undi pemutus dan hendaklah dia menandatangani minitmesyuarat bila telah diluluskan.

9.1.2 Dia mestilah melantik seorang pengerusi untuk menjadi pengerusi semuaSimposium Sains Nasional; dan orang yang dilantik sebagai pengerusi hendaklahbertanggungjawab atas kesempurnaan perjalanan semua mesyuarat.

9.2 Naib Pengerusi hendaklah memangku jawatan Pengerusi semasa ketiadaannya.

9.3 Setiausaha Agung hendaklah menjalankan kerja Parti mengikut Perlembagaandan hendaklah dia menjalankan perintah Simposium Sains Nasional dan BadanEksekutif Pusat, antaranya ialah:

9.3.1 Bertanggungjawab mengendalikan urusan surat menyurat dan menyimpansemua rekod dan dokumen Parti kecuali buku-buku akaun dan dokumen kewangan.

Page 13: PASS Constitution Draft

9.3.2 Menyimpan buku daftar ahli yang mengandungi maklumat terperinci ahlimengikut kategori seperti nama, tempat dan tarikh lahir, nombor kad pengenalan,pekerjaan, nama dan alamat majikan dan alamat rumah kediaman tiap-tiap ahli.

9.3.3 Hadir di dalam semua mesyuarat dan membuat catatan mesyuarat.

9.4 Timbalan Setiausaha Agung hendaklah menolong Setiausaha Agungmenjalankan kerja-kerjanya dan memangku jawatan itu semasa ketiadaan SetiausahaAgung.

9.5 Bendahari Agung adalah bertanggungjawab berkenaan semua hal kewanganParti.

9.5.1 Dia hendaklah bertanggungjawab sepenuhnya di atas ketepatan penyatakewangan Parti yang terdiri daripada penyata penerimaan dan perbelanjaan serta kuncikira-kira.

9.6 Timbalan Bendahari Agung hendaklah menolong Bendahari Agung menjalankankerja-kerjanya dan memangku jawatan itu semasa ketiadaan Bendahari Agung.

9.7 Ahli-ahli Badan Eksekutif biasa hendaklah membantu Badan Eksekutif Pusatmenjalankan tugas yang diarahkan olehnya.

FASAL 10 KEWANGAN

10.1 Tertakluk kepada peruntukan-peruntukan dalam Perlembagaan ini, wang Partiboleh digunakan untuk perkara yang berfaedah bagi menjalankan tujuan-tujuan Partitermasuklah belanja pentadbiran, bayaran gaji, pembiayaan dan perbelanjaanpegawai-pegawai dan kakitangan yang bergaji serta upah juruaudit.

10.2. Bendahari Agung dibenarkan menyimpan wang tunai tidak lebih daripada RM50,000.00 (Ringgit Malaysia Lima Puluh Ribu Sahaja) pada sesuatu masa.

10.2.1 Wang yang lebih daripada jumlah itu mestilah dimasukkan di dalam tempoh tujuh(7) hari ke dalam bank yang diluluskan oleh Badan Eksekutif Pusat.

10.2.2 Kira-kira bank itu hendaklah di atas nama Parti.

Page 14: PASS Constitution Draft

10.3 Segala cek atau kenyataan pengeluaran wang daripada akaun Parti hendaklahditandatangani bersama oleh Presiden, Setiausaha Agung dan Bendahari Agung.

10.3.1 Walau bagaimanapun, Badan Eksekutif Pusat berhak melantik sesiapa di antaramereka sebagai pengganti untuk menandatangani cek atau pengeluaran wang Partisemasa ketiadaan mana-mana penandatangan tersebut.

10.4 Perbelanjaan yang lebih daripada RM 50,000 (Ringgit Malaysia Lima Puluh RibuSahaja) bagi sesuatu masa tidak boleh dibayar dengan tidak diluluskan terlebih dahuluoleh Badan Eksekutif Pusat.

10.4.1 Perbelanjaan yang kurang daripada RM 10,000 (Ringgit Malaysia Satu PuluhRibu Sahaja) boleh diluluskan bersama oleh Pengerusi, Setiausaha Agung danBendahari Agung.

10.5 Penyata kewangan bagi setahun hendaklah disediakan oleh Bendahari Agungdan diperiksa oleh juruaudit yang dilantik di bawah Fasal 11 Perlembagaan ini denganseberapa segeranya setelah tamat tahun kewangan.

10.5.1 Penyata kewangan yang telah diaudit itu hendaklah diedar untuk maklumanahli-ahli dan dikemukakan untuk diluluskan oleh Simposium Sains Nasional yangberikutnya.

10.5.2 Setiap salinan tersebut hendaklah dibekalkan untuk makluman ahli di alamattempat urusan Parti yang berdaftar.

10.6 Tahun kewangan Parti ini hendaklah bagi tempoh dua belas (12) bulan iaitubermula dari 1 Jun 2021.

FASAL 11 JURUAUDIT

11.1 Satu (1) orang yang bukannya pegawai Parti boleh dilantik di dalam SimposiumSains Nasional sebagai Juruaudit.

11.1 Mereka akan memegang jawatan selama lima (5) tahun dan boleh dilantiksemula.

Page 15: PASS Constitution Draft

11.2 Juruaudit adalah dikehendaki memeriksa penyata kewangan Parti dancawangan-cawangan bagi satu (1) tahun.

11.2.1 Juruaudit hendaklah membuat perakuan dan menandatangani penyatakewangan tersebut untuk pertimbangan Simposium Sains Nasional dan SimposiumCawangan.

11.3 Juruaudit juga dikehendaki bila-bila masa oleh Presiden mengaudit penyatakewangan Parti atau Cawangan-cawangan pada bila-bila masa di dalam tempohperkhidmatan mereka dan membuat laporan kepada Badan Eksekutif Pusat dan BadanEksekutif Cawangan.

FASAL 12 PENTADBIR HARTA

12.1 Segala harta tidak alih Parti hendaklah didaftarkan atas nama Parti dan segalasurat cara pelaksanaan berkaitan dengan harta ini dianggap sah dan berkuatkuasaseolah-olah ianya telah dilaksanakan oleh seorang tuan punya berdaftar dengan syaratsurat cara itu disempurnakan oleh tiga (3) orang pemegang jawatan Parti pada masa ituyang mana perlantikan mereka disahkan melalui sijil perakuan yang dikeluarkan olehPendaftar Pertubuhan dan dimeteri dengan meteri Parti.

12.2 Harta tidak alih Parti tidak boleh dijual, digadai, ditarik balik atau ditukar miliktanpa persetujuan Badan Eksekutif Pusat.

FASAL 13 PEMBUBARAN

13.1 Parti ini boleh dibubarkan secara sukarela dengan persetujuan tidak kurangdaripada dua pertiga (⅔) jumlah semua wakil cawangan yang berhak mengundi didalam suatu Simposium Sains Nasional yang dipanggil khas kerananya.

13.2 Sekiranya Parti hendak dibubarkan secara yang disebutkan di atas, maka segalahutang dan tanggungan Parti yang sah mengikut Perlembagaan hendaklah dijelaskandan baki wang yang tinggal hendaklah diselesaikan mengikut cara yang dipersetujui didalam Simposium Sains Nasional berkenaan.

Page 16: PASS Constitution Draft

13.3 Kenyataan mengenai pembubaran itu hendaklah disampaikan kepada PendaftarPertubuhan di dalam masa empat belas (14) hari daripada tarikh pembubaran itu.

13.4 Parti ini tidak boleh ditukar nama, dijual atau dipindah milik sama sekali kepadaindividu yang bukan ahli Parti atau organisasi yang lain.

FASAL 14 PENUBUHAN DAN PEMBUBARAN CAWANGAN-CAWANGAN

14.1 Badan Eksekutif Pusat boleh membenarkan penubuhan cawangan di kawasanyang mempunyai sekurang-kurangnya tiga puluh (30) ahli Parti. Penubuhan cawanganhendaklah dibenarkan secara bertulis oleh Pendaftar Pertubuhan terlebih dahulu.

14.2 Badan Eksekutif Pusat boleh membubarkan cawangan:

14.2.1 Jika bilangan ahli-ahli di dalam tempoh enam bulan berturut-turut kurangdaripada sepuluh (10); atau

14.2.2 Jika cawangan tidak mematuhi Perlembagaan Parti atau keputusan SimposiumSains Nasional atau Badan Eksekutif Pusat atau jika Badan Eksekutif Pusatmendapatinya bersalah kerana perbuatannya mencemarkan Parti.

14.3 Keputusan membubarkan cawangan hendaklah dengan undi terbanyak di dalamMesyuarat Badan Eksekutif Pusat, dengan syarat sebelum diambil keputusanmembubarkan cawangan atas sebab yang disebutkan di dalam Fasal 14.2.2 di atas,cawangan yang berkenaan hendaklah diberi suatu notis selama tiga puluh (30) hariterlebih dahulu dan diberi peluang untuk menjawab tuduhan-tuduhan tersebut.

14.4 Perintah pembubaran hendaklah ditandatangani oleh Setiausaha Agung.Cawangan tidak boleh bergerak mulai dari tarikh penerimaan perintah tersebut kecualiuntuk urusan penyelesaian.

14.4.1 Sebarang cawangan yang musykil atas perintah pembubaran boleh, dengankenyataan bertulis kepada Setiausaha Agung di dalam tempoh tiga puluh (30) haridaripada tarikh penerimaan perintah tersebut, membuat rayuan kepada SimposiumSains Nasional.

14.4.2 Walaupun rayuan telah dibuat namun perintah pembubaran masih berkuatkuasasehingga dibatalkan tetapi di dalam keadaan yang sedemikian Badan Eksekutif Pusat

Page 17: PASS Constitution Draft

boleh melantik satu jawatankuasa penaja daripada ahli-ahli untuk menguruskan halehwal cawangan itu sementara rayuan tersebut dipertimbangkan.

14.5 Jika sesuatu cawangan ditutup kerana sebab yang disebutkan dalam Fasal14.2.1 di atas, maka Badan Eksekutif Pusat hendaklah memindahkan ahli-ahli yang adakepada cawangan yang terdekat sekali, dan jika cawangan ditutup kerana sebab didalam peraturan Fasal 14.2.2 di atas, maka ahli-ahli akan terhenti menjadi ahli Parti.

14.6 Adalah menjadi kewajipan Pengerusi, Setiausaha dan Bendahari bagi cawanganitu menyerahkan kepada Setiausaha Agung segala buku, rekod, wang dan harta-hartalainnya yang dimiliki oleh cawangan berserta dengan penyata kewangan cawangan itudaripada tarikh akhir pengemukaan penyata kewangan itu dibentangkan sehinggatarikh perintah pembubaran.

14.7 Jika ahli-ahli sesuatu cawangan memutuskan hendak keluar daripada Parti,maka pegawai-pegawai cawangan itu dengan serta merta mestilah menyerahkankepada Setiausaha Agung segala buku, rekod, wang dan harta-harta lain Parti danseterusnya menyedia dan menyerahkan penyata kewangan kepada Setiausaha Agungseperti di dalam Fasal 14.6 di atas.

14.8 Badan Eksekutif Pusat akan melantik barisan kepimpinan negeri yang akandikenali sebagai Badan Eksekutif Negeri mengikut kesesuaian ditentukan oleh BadanEksekutif Pusat.

FASAL 15 MESYUARAT CAWANGAN

15.1 Mesyuarat Dwi-Tahunan Cawangan akan dikenali sebagai SimposiumCawangan.

15.2 Simposium Cawangan akan diadakan tidak lewat daripada tiga puluh (30) hariselepas menerima pemberitahuan awal mengenai Simposium Sains Nasional, supayapemberitahuan mengenai masa, tarikh dan tempat Simposium Cawangan akandikeluarkan dengan sewajarnya.

15.2 Kerja-kerja Simposium Cawangan ialah untuk :

15.2.1 Menerima laporan Bendahari Cawangan dan penyata kewangan Cawanganyang telah diaudit;

Page 18: PASS Constitution Draft

15.2.2 Memilih wakil-wakil Simposium Sains Nasional;

15.2.3 Memilih Badan Eksekutif Cawangan dan Juruaudit Cawangan;

15.2.4 Membincangkan perkara-perkara lain yang akan dibentangkan.

15.3 Setiausaha Cawangan hendaklah menghantar kepada tiap-tiap ahli sekurang-kurangnya dua puluh satu (21) hari sebelum tarikh yang ditetapkan untuk SimposiumCawangan pemberitahuan awal yang menyatakan tarikh, waktu dan tempat mesyuarat,panggilan mengemukakan cadangan untuk perbincangan dan pencalonan untukpemilihan pegawai cawangan.

15.4 Pencalonan untuk pemilihan pegawai-pegawai dan cadangan untukperbincangan di dalam Simposium Cawangan hendaklah disampaikan kepadaSetiausaha Cawangan tidak lewat daripada tujuh (7) hari selepas penerimaanpemberitahuan awal mesyuarat.

15.5 Setiausaha Cawangan hendaklah menghantar kepada tiap-tiap ahli sekurang-kurangnya tujuh (7) hari sebelum diadakan Simposium Cawangan, satu agendatermasuk salinan minit mesyuarat dan laporan aktiviti tahunan berserta dengan penyatakewangan cawangan bagi tahun lalu yang telah diaudit.

15.5.1 Salinan dokumen-dokumen ini juga boleh diperolehi untuk dibaca oleh ahli- ahlidi alamat tempat urusan cawangan.

15.6 Sekurang-kurangnya satu perdua (½) daripada jumlah ahli-ahli cawangan yangberhak mengundi atau dua kali ganda jumlah ahli Badan Eksekutif Cawangan, mengikutmana yang kurang, hendaklah hadir di dalam Simposium Cawangan bagimengesahkan perjalanan mesyuarat dan mencukupi kuorum untuk mesyuarat.

15.7 Jika kuorum tidak cukup selepas setengah jam daripada waktu yang telahditetapkan untuk mesyuarat, maka mesyuarat itu hendaklah ditangguhkan kepadasuatu tarikh (tidak lebih daripada tujuh (7) hari) yang telah ditetapkan oleh BadanEksekutif Cawangan, dan jika kuorum tidak cukup selepas setengah jam daripadawaktu yang ditetapkan untuk mesyuarat yang ditangguhkan itu, maka ahli-ahliberkuasa menjalankan mesyuarat tetapi tidaklah berkuasa membuatkeputusan-keputusan yang melibatkan semua ahli.

15.8 Suatu Mesyuarat Khas Cawangan hendaklah diadakan:

Page 19: PASS Constitution Draft

15.8.1 Atas arahan Badan Eksekutif Pusat; atau

15.8.2 Apabila Badan Eksekutif Cawangan memikirkannya mustahak;

15.8.3 Atas permintaan bertulis tidak kurang daripada satu perdua (½) ahli-ahlicawangan yang berhak mengundi dengan menyatakan tujuan dan sebab untukmengadakan mesyuarat itu.

15.9 Mesyuarat Khas Cawangan atas permintaan ahli-ahli hendaklah diadakan dalamtempoh lima belas (15) hari dari tarikh penerimaan permintaan mesyuarat tersebut.

15.10 Fasal 15.6 dan 15.7 di dalam Perlembagaan ini berkenaan kuorum danpenangguhan Simposium Cawangan boleh digunakan untuk Mesyuarat KhasCawangan, tetapi dengan syarat jika kuorum tidak mencukupi selepas setengah jamdari waktu yang ditetapkan bagi Mesyuarat Khas Cawangan atas permintaan ahli-ahlitersebut, maka mesyuarat itu hendaklah dibatalkan dan dalam tempoh enam (6) bulandaripada tarikh ini Mesyuarat Khas Cawangan atas permintaan ahli-ahli dengan tujuanyang sama tidaklah boleh diadakan.

15.11 Setiausaha Cawangan hendaklah menghantar kepada tiap-tiap ahli danSetiausaha Agung satu salinan minit Simposium Cawangan atau Mesyuarat Khasdalam tempoh tiga (3) bulan setelah selesainya mesyuarat.

15. 12 Simposium Cawangan atau Mesyuarat Khas Cawangan secara maya di manaada keperluan dan di atas sebab-sebab yang tidak memungkinkan ahli-ahli cawanganParti untuk berkumpul bersama secara fizikal setelah mendapat persetujuan dari BadanEksekutif Cawangan merupakan satu kaedah yang diterima dan boleh digunapakaimengikuti Perlembagaan Parti.

FASAL 16 BADAN EKSEKUTIF CAWANGAN

16.1 Sesuatu Jawatankuasa Cawangan, yang dikenali sebagai Badan EksekutifCawangan, seperti berikut yang dinamakan pegawai-pegawai Parti hendaklah dipiliholeh ahli cawangan di dalam Simposium Cawangan:

Seorang Pengerusi Cawangan;Seorang Naib Pengerusi;

Page 20: PASS Constitution Draft

Seorang Setiausaha Cawangan;Seorang Bendahari Cawangan; danLima (5) Ahli Biasa Badan Eksekutif Cawangan.

16.2 Semua ahli yang berkhidmat di dalam Badan Eksekutif Cawangan dan tiap-tiappegawai yang menjalankan tugas-tugas eksekutif dalam cawangan hendaklahwarganegara Malaysia.

16.3 Nama-nama untuk jawatan-jawatan yang di atas hendaklah dicadang sertadisokong dan pemilihan dijalankan dengan cara mengundi oleh ahli-ahli di dalamSimposium Cawangan.

16.3.1 Semua pegawai boleh dilantik semula sebanyak sekali (1) sahaja dalam jawatanyang sama.

16.4 Fungsi Badan Eksekutif Cawangan ialah mengelola dan mengaturkan kerja-kerjaharian Cawangan mengikut Perlembagaan Parti dan arahan-arahan Badan EksekutifPusat dan Simposium Sains Nasional.

16.5 Badan Eksekutif Cawangan hendaklah bermesyuarat sekurang-kurangnyaempat (4) kali dalam setahun.

16.5.1 Notis bagi tiap-tiap mesyuarat hendaklah diberikan kepada ahli Badan EksekutifCawangan tujuh (7) hari terlebih dahulu.

16.5.2 Pengerusi Cawangan dengan bersendirian, atau tidak kurang daripada tiga (3)orang ahli Badan Eksekutif Cawangan bersama-sama, boleh memanggil supayadiadakan Mesyuarat Badan Eksekutif Cawangan pada bila-bila masa.

16.5.3 Sekurang-kurangnya satu perdua (½) daripada bilangan ahli-ahli BadanEksekutif Cawangan hendaklah hadir bagi mengesahkan perjalanan dan mencukupkankuorum mesyuarat.

16.6. Setiausaha Cawangan akan memberi satu salinan minit tiap-tiap mesyuaratBadan Eksekutif Cawangan kepada Setiausaha Agung tidak lewat daripada tiga puluh(30) hari selepas mesyuarat itu diadakan.

Page 21: PASS Constitution Draft

FASAL 17 TUGAS-TUGAS PEGAWAI-PEGAWAI CAWANGAN

17.1 Pengerusi Cawangan dalam tempoh memegang jawatannya hendaklah menjadiPengerusi semua Mesyuarat Cawangan dan semua Mesyuarat Badan EksekutifCawangan dan bertanggungjawab atas kesempurnaan perjalanan semua mesyuarat.

17.1.1 Dia mempunyai undi pemutus dan hendaklah dia menandatangani minitmesyuarat bila telah diluluskan.

17.2 Naib Pengerusi Cawangan hendaklah memangku jawatan Pengerusi Cawangansemasa ketiadaannya.

17.3 Setiausaha Cawangan hendaklah menjalankan kerja-kerja cawangan mengikutPerlembagaan dan dia hendaklah menjalankan perintah-perintah MesyuaratCawangan dan Badan Eksekutif Cawangan. Tanggungjawab Setiausaha Cawanganialah:

17.3.1 Mengendalikan urusan surat menyurat dan menyimpan semua rekod dandokumen Cawangan kecuali buku-buku akaun dan dokumen kewangan.

17.3.2 Menyimpan buku daftar ahli yang mengandungi maklumat terperinci ahlimengikut kategori seperti nama, tempat dan tarikh lahir, nombor kad pengenalan,pekerjaan, nama dan alamat majikan dan alamat rumah kediaman tiap-tiap ahli.

17.3.3 Hadir di dalam semua mesyuarat dan membuat catatan mesyuarat.

17.4 Bendahari Cawangan adalah bertanggungjawab berkenaan semua halkewangan Cawangan.

17.4.1 Dia hendaklah bertanggungjawab sepenuhnya di atas ketepatan penyatakewangan Cawangan yang terdiri daripada penyata penerimaan dan perbelanjaan sertakunci kira-kira.

17.5 Ahli Biasa Badan Eksekutif Cawangan hendaklah membantu Badan EksekutifCawangan menjalankan sebarang tugas yang diarah olehnya.

FASAL 18 KEWANGAN CAWANGAN

Page 22: PASS Constitution Draft

18.1 Semua wang yang dikutip di Ibu Pejabat dan Cawangan-Cawangan Parti akanmenjadi aset bersama Parti.

18.2 Simposium Sains Nasional akan menentukan dari semasa ke semasa peratusankadar yuran yang akan disimpan di Cawangan sebagai kumpulan wang Cawangan danakan menetapkan jenis-jenis perbelanjaan yang akan menggunakan wang Cawangan.

18.3 Tiap-tiap Bendahari Cawangan akan menyampaikan kepada Bendahari Agungsebelum lima belas (15) haribulan tiap-tiap bulan yuran-yuran yang diterima olehcawangan setelah ditolak peratusan yang disimpan sebagai kumpulan wangCawangan.

18.4 Bendahari Cawangan akan juga menyampaikan kepada Bendahari Agungsebelum lima belas (15) haribulan tiap-tiap bulan suatu penyata pendapatan danperbelanjaan serta kunci kira- kira Cawangan bagi bulan lepas.

18.5 Bendahari Cawangan dibenarkan menyimpan wang tunai tidak lebih daripadaRM 20,000 (Ringgit Malaysia Dua Puluh Ribu Sahaja) pada sesuatu masa.

18.5.1 Wang yang lebih daripada jumlah itu mestilah dimasukkan di dalam tempoh tujuh(7) hari ke dalam bank yang diluluskan oleh Badan Eksekutif Cawangan.

18.5.2 Kira-kira bank itu hendaklah di atas nama Cawangan.

18.6 Segala cek atau kenyataan pengeluaran wang daripada akaun Cawanganhendaklah ditandatangan bersama oleh Pengerusi Cawangan, Setiausaha Cawangandan Bendahari Cawangan.

18.6.1 Walau bagaimanapun, Badan Eksekutif Cawangan berhak melantik sesiapa diantara mereka sebagai pengganti untuk menandatangani cek atau pengeluaran wangParti semasa ketiadaan mana-mana penandatangan tersebut.

18.7 Perbelanjaan yang lebih daripada RM 20,000 (Ringgit Malaysia Dua Puluh RibuSahaja) pada sesuatu masa tidak boleh dibayar dengan tidak diluluskan terlebih dahuluoleh Simposium Cawangan.

18.7.1 Perbelanjaan yang kurang daripada RM 10,000 (Ringgit Malaysia Satu RibuSahaja) boleh diluluskan bersama oleh Pengerusi Cawangan, Setiausaha Cawangandan Bendahari Cawangan.

Page 23: PASS Constitution Draft

18.8 Penyata kewangan bagi setahun hendaklah disediakan oleh BendahariCawangan dan diperiksa oleh juruaudit yang dilantik di bawah Fasal 11 Perlembagaanini dengan seberapa segeranya setelah tamat tahun kewangan.

18.8.1 Penyata kewangan yang telah diaudit itu hendaklah diedar untuk maklumanahli-ahli dan dikemukakan untuk diluluskan oleh Simposium Cawangan yangberikutnya.

18.8.2 Setiap salinan tersebut hendaklah dibekalkan untuk makluman ahli di alamattempat urusan Parti yang berdaftar.

18.9 Tahun kewangan Parti ini hendaklah bagi tempoh dua belas (12) bulan iaitubermula dari 1 Jun 2021.

.18.10 Semua wang, buku dan harta-harta lain Parti yang dipegang oleh mana- manaCawangan yang telah dibubarkan akan dihantarkan dengan segera oleh SetiausahaCawangan kepada Setiausaha Agung, bersama-sama dengan penyata kewangansebagaimana dinyatakan di dalam Fasal 14.6 dan 14.7.

FASAL 19 PERUNTUKAN-PERUNTUKAN UMUM MENGENAI CAWANGAN

19.1 Di mana peruntukan khas tiada disebut di dalam Perlembagaan ini bagiperkara-perkara berhubung dengan pentadbiran Cawangan-cawangan Parti,Perlembagaan yang berkaitan mengenai pentadbiran Ibu Pejabat Parti akan diikutisejauh mana yang sesuai.

19.2 Simposium Sains Nasional dan Badan Eksekutif Pusat akan memberi arahankepada Simposium Cawangan atau Badan Eksekutif Cawangan mengenaipentadbirannya.

FASAL 20 PINDAAN PERLEMBAGAAN

20.1 Perlembagaan ini tidak boleh dipinda kecuali dengan keputusan majoriti duapertiga (⅔) Simposium Sains Nasional.

Page 24: PASS Constitution Draft

20.2 Permohonan untuk pindaan Perlembagaan hendaklah dikemukakan kepadaPendaftar Pertubuhan dalam tempoh enam puluh (60) hari dari tarikh keputusanSimposium Sains Nasional meluluskan pindaan itu dan hanya boleh berkuatkuasamulai daripada tarikh pindaan-pindaan itu diluluskan oleh Pendaftar Pertubuhan.

FASAL 21 TAFSIRAN PERLEMBAGAAN

21.1 Dalam tempoh di antara dua Simposium Sains Nasional, Badan Eksekutif Pusatboleh memberikan tafsirannya kepada Perlembagaan ini dan Badan Eksekutif Pusat,jika perlu, boleh memutuskan perkara-perkara yang tidak terkandung di dalamPerlembagaan ini.

21.2 Kecuali perkara-perkara yang bertentangan atau tidak selaras dengan dasaryang telah dibuat di dalam Simposium Sains Nasional, keputusan Badan EksekutifPusat ke atas ahli-ahli adalah muktamad jika tidak diubah oleh keputusan SimposiumSains Nasional.

FASAL 22 LARANGAN

22.1 Sebarang bentuk perjudian seperti yang ditafsirkan dalam Akta Rumah JudiTerbuka, 1953 adalah dilarang di premis Parti.

22.2 Parti atau ahli-ahlinya tidak harus mencuba menghalang atau dengan apa carajuga mengganggu perniagaan atau harga barang-barang atau mengambil peranan didalam gerakan kesatuan sekerja seperti definisi dalam Akta Kesatuan Sekerja 1959.

22.3 Parti ini tidak boleh menjalankan loteri sama ada dikhaskan kepada ahli-ahli atautidak, atas nama Parti atau pegawai-pegawainya atau Badan Eksekutif Pusat atauCawangan atau ahli tanpa kelulusan daripada pihak berkuasa berkenaan.

22.4 “Faedah” seperti yang ditafsirkan di bawah Seksyen 2 Akta Parti, 1966 tidaklahboleh diberi oleh Parti kepada mana-mana ahlinya.

22.5 Semua wang dan keuntungan yang didapati oleh Parti ini hasil daripadapenyertaannya dalam kegiatan ekonomi hendaklah disalurkan kembali kepada Parti

Page 25: PASS Constitution Draft

bagi mencapai matlamat Parti ini dan tidak boleh digunakan untuk membayar faedah,keuntungan atau bonus kepada mana-mana ahli Parti.

22.5.1 Sungguhpun begitu, peruntukan ini tidak menghalang sebarang pembayaran gajidan perbelanjaan pentadbiran atau kedua-duanya kepada mana-mana ahli atau pekerjaParti.

22.6 Parti ini tidak boleh ditukar nama, dijual atau dipindah milik sama sekali kepadaindividu yang bukan ahli Parti atau organisasi yang lain.

Page 26: PASS Constitution Draft

FASAL 23 BENDERA, LAMBANG DAN LENCANA

23.1 Ukuran Bendera dan Lambang Parti Berwarna

Page 27: PASS Constitution Draft

23.2 Ukuran Bendera dan Lambang Parti Tidak Berwarna

23.3 Keterangan Bendera dan Lambang Parti

Gabungan huruf S, a, i, n, S yang berbentuk galaksi dan cakerawala melambangkanaspirasi sains. Dua lengan galaksi yang sama di sisi melambangkan kerjasama darisemua pihak menuju ke arah dan prinsip teras parti. Lambang besar S merujuk kepadanama Parti, iaitu SAINS.

Page 28: PASS Constitution Draft

Dua tangan berjabat bersama lengan galaksi di atas dan bawah melambangkan usahapusat untuk mengangkat masyarakat lain dari semua lapisan masyarakat ke arahkesejahteraan bersama.

23.4 Lencana Parti

23.3 Keterangan Lencana Parti

Lencana SAINS ialah Bulatan Hijau (Planet Uranus) dengan berlatar belakang warnaputih. Planet Uranus adalah planet ke-3 terbesar di sistem suria - melambangkan hasratParti untuk menjadi "Third Force" di arena politik Malaysia.

Latar belakang putih melambangkan prinsip "buta warna" parti, iaitu berdasarkanmeritokrasi dan keperluan tanpa mengira warna kulit atau kepercayaan.

Warna putih melambangkan kebersihan dan kebebasan daripada rasuah. Warna hijaumelambangkan persekitaran hijau, perlindungan dan pemuliharaan semula jadi, sertakomitmen untuk mengatasi isu perubahan iklim.

Garis mendatar di tengah melambangkan keadilan sosial dan kesamarataan hak, sertakepentingan memelihara keseimbangan alam.

Page 29: PASS Constitution Draft

FASAL 24 HAK DAN TANGGUNGJAWAB AHLI

24.1 Setiap ahli Parti mempunyai tanggungjawab seperti berikut:

24.1.1 Mendukung matlamat dan tujuan parti serta melaksanakan dasar-dasar parti.

24.1.2 Mendaftar diri sebagai pengundi secara serta merta setelah mencapai umurlayak mengundi dan mengundi dalam setiap pilihan raya.

24.1.3 Menyokong dan mengundi calon-calon Parti Aspirasi Sains Malaysia yangbertanding dalam pilihan raya atau mana-mana calon parti lain yang disokong olehParti.

24.1.4 Menjalankan kerja-kerja Parti dan mengambil bahagian dalam mesyuarat danaktiviti-aktiviti Parti.

24.1.5 Mematuhi perlembagaan, peraturan dan tataetika disiplin Parti.

24.2 Setiap ahli Parti mempunyai hak-hak yang berikut:

24.2.1 Bersuara dan mengemukakan pandangan dalam mesyuarat-mesyuarat Parti.

24.2.2 Memilih, dipilih dan dilantik untuk sebarang jawatan dalam Parti menurutperuntukan perlembagaan ini dan peraturan-peraturan di bawahnya yang digubal darisemasa ke semasa.

24.2.3 Membela diri terhadap sebarang pertuduhan pelanggaran disiplin Parti mengikutproses dan tatacara disiplin menurut Fasal 25 serta berlandaskan prinsip keadilan asasidan kedaulatan undang-undang.

24.2.4 Ahli-ahli Biasa yang sedang dalam proses menghadapi tindakan disiplin tidaklahsecara automatik hilang hak keahliannya.

FASAL 25 DISIPLIN

25.1 Struktur organisasi dan tatacara tindakan disiplin parti adalah seperti berikut:

25.1.1 Lembaga Tatacara Disiplin – Badan Eksekutif Pusat berkuasa untuk melantikseramai tidak lebih daripada lima belas (15) orang untuk menganggotai Lembaga

Page 30: PASS Constitution Draft

Tatacara Disiplin yang terdiri daripada mana-mana ahli Parti Aspirasi Sains Malaysiayang pada pendapat Badan Eksekutif Pusat adalah berkelayakan dan tidak memegangsebarang jawatan di dalam parti.

25.1.2 Lembaga Rayuan Disiplin – Badan Eksekutif Pusat berkuasa melantik tidak lebihdaripada sembilan (9) orang untuk menganggotai Lembaga Rayuan Disiplin yang terdiridaripada:

25.1.2.1 Empat (4) orang perseorangan dalam kalangan ahli Parti Aspirasi SainsMalaysia yang pada pendapat Badan Eksekutif Pusat adalah berkelayakan dan tidakmemegang sebarang jawatan di dalam parti; dan

25.1.2.2 Lima (5) orang perseorangan yang bukan ahli Parti Aspirasi SainsMalaysia yang pada pendapat Badan Eksekutif Pusat adalah berkelayakan.

25.2 Badan Eksekutif Pusat hendaklah merujuk aduan bertulis samada daripadaPusat dan Cawangan serta aduannya sendiri berhubung salahlaku disiplin mana-manaahli parti kepada Lembaga Tatacara Disiplin yang akan mengambil tindakan mengkaji,menyiasat dan mendengar aduan dan menjatuhkan hukuman jika didapati sabit dengankesalahan yang didakwa.

25.2.1 Lembaga Tatacara Disiplin hendaklah:

25.2.1.1 Menyampaikan kepada ahli yang didakwa melakukan apa-apa salah lakusuatu notis yang mengandungi:

25.2.1.1.1 Jenis kesalahan, tarikh, masa dan tempat di mana kesalahan itu berlaku;

25.2.1.1.2 Tarikh, masa dan tempat di mana dia perlu hadir untuk siasatan dan/ataupendengaran.

25.2.2 Ahli yang didakwa akan diminta dan diberi peluang untuk membela diri ketikapendengaran tersebut.

25.3 Sekiranya tertuduh didapati bersalah, Badan Eksekutif Pusat berhakmenggantung keahlian seseorang ahli dan/atau melarang ahli itu daripada memegangjawatannya secara sementara sehingga keputusan muktamad dibuat oleh LembagaRayuan Disiplin.

Page 31: PASS Constitution Draft

25.4 Mana-mana ahli yang didapati bersalah boleh mengemukakan rayuan kepadaLembaga Rayuan Disiplin dalam tempoh empat belas (14) hari bekerja daripada tarikhhukuman dijatuhkan.

25.5 Keputusan Lembaga Rayuan Disiplin adalah muktamad. Setiap keputusan yangdibuat oleh Lembaga Tatacara Disiplin dan Lembaga Rayuan Disiplin hendaklahdimaklumkan kepada Badan Eksekutif Pusat untuk pelaksanaannya.

25.6 Keputusan Badan Eksekutif Pusat dan/atau mana-mana badan yangmenjalankan kuasanya di bawah perlembagaan ini adalah muktamad serta terikatdengan peruntukan Seksyen 18C Akta Pertubuhan 1966.